Memaparkan catatan dengan label awal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awal. Papar semua catatan

Rabu, Jun 26, 2013

TERLALU AWAL MUKHRIZ TANDING NAIB PRESIDEN

Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi. Anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu. "Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi. Zahid pada 1998 pernah menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan. Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri. Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu. Ulasan saya,masih terlalu awal bagi Mukhriz untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno kerana beliau bukan ahli Majlis tertinggi.Oleh itu lebih baik beliau bertanding jawatan ahlimajlis tertinggi UMNo sahaja dan mungkin dapat nombor satu kerana beliau berjaya merampas kedah kembali dari tangan PAS. Tiga tahun lagi, 2016, bolehlah beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Kecalulah beliau kini adalah Ketua Pemuda maka beliau boleh mencuba merebut kerusi Naib Presiden Umnopada hujung tahun ini.Oleh itupada hematsaya lebih baik beliau bertanding ahli majlis tertinggi Umno sahaja.

Jumaat, November 11, 2011

PEMBANGKANG TAKUT PILIHANRAYA AWAL?


Kerajaan negeri Pulau Pinang menyenaraikan lima sebab ia tidak akan mengikut langkah Barisan Nasional (BN) jika Parlimen dibubarkan sekarang untuk membuka laluan bagi pilihan raya umum tergempar.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih bertegas mahu memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini, maka Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan memanggil sidang khas untuk membawa usul bahawa pilihan raya negeri tidak akan diadakan bersama pilihan raya umum Parlimen.

Salah satu sebab menurut Lim ialah pentadbiran Najib masih belum menunaikan janji memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 yang dijanjikan untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

"Memandangkan spekulasi semakin rancak sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil pilihan raya umum pada tarikh bertuah 11 November (2011), ada lima sebab mengapa Pulau Pinang tidak akan ikut dan tidak akan mengadakan pilihan raya seiring dengan pilihan raya umum Parlimen tahun ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Di sebalik spekulasi itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini petang ini, yang dijangka antara lain akan membincangkan soal pengagihan kerusi.

"Persoalan timbul sama ada BN hanya akan mengadakan pengubahsuaian kosmetik berbanding memansuhkan ISA, sebaliknya menggantikan dengan dua undang-undang mirip ISA, menyebabkan rakyat Malaysia berhadapan dengan dua ISA berbanding satu sebelum ini," kata beliau lagi.

Keduanya kata Lim, adalah tidak adil mengadakan pilihan raya umum sekarang memandangkan jemaah haji belum pulang ke tanah air dan mereka akan dinafikan hak untuk mengundi, sekali gus menentukan kerajaan akan datang.

Kumpulan terakhir jemaah haji hanya akan pulang ke tanah air pada 11 Disember ini.

"Ketiga, kegagalan dan keengganan kerajaan BN untuk menjelaskan salah guna dana, penyelewengan yang jelas dan salah guna kuasa sebagaimana digariskan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Laporan Ketua Audit Negara mengingatkan rakyat Malaysia tentang setiap perkara yang salah di pihak kerajaan persekutuan BN," kata beliau, yang antara lain merujuk kepada perbelanjaan berlebihan oleh sembilan kementerian atau agensi kerajaan pusat dan projek kontroversi ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan milik keluarga Ketua Wanita Umno, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul.

Lim berkata, pihaknya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri memandangkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen masih menghalusi syor mengenai pembaharuan bagi mengadakan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

"Kegagalan untuk berbuat demikian akan membenarkan pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah dengan kewujudan pengundi-pengundi hantu dan pendatang asing tanpa izin yang diberikan status kerakyatan dan menjadi pengundi dalam beberapa jam. Apakah nasib Malaysia akan ditentukan oleh rakyat Malaysia atau pengundi hantu dan pendatang asing tanpa izin ini?" katanya lagi.

Selain itu menurut beliau, agenda nasional seharusnya difokus ke atas usaha mengelakkan banjir.

"Malaysia seharusnya belajar daripada keperitan masalah banjir di Thailand. Untuk mengadakan pilihan raya ketika musim tengkujuh apabila mangsa banjir lebih memikirkan keselamatan daripada mengundi, (kita) bukan sahaja menafikan hak demokratik mereka tetapi bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ulasan saya, nampak sangat pembangkang takut jika parlimen dibubar awal sehingga Lim Guan Eng mahu semua negeri dikuasai pembangkang (Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor) tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Selama ini pembangkang yang beriya benar mahu pilihanraya awal bila BN diwar-warkan bubar segera parlimen, mereka tak mahu pula. Selama ini Kelantan tidak pernah tidak membubarkan DUN bila parlimen dibubarkan. Oleh itu jelas bahawa Lim Guan Eng tidak yakin Selangor, Kedah dapat dipertahankan oleh mereka jika DUN dibubar serentak dengan parlimen.

Rabu, September 21, 2011

BERITAHU DARI AWAL KALAU TAK DICALONKAN


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang diminta menerima perkara itu dengan hari terbuka demi masa depan parti, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Perak itu berkata mereka mesti menghormati ketetapan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai kriteria calon yang bertanding adalah yang disukai, boleh menang dan mendapat sokongan pengundi di kawasan itu.

"Saya minta mereka pandang semula ke belakang dan lihat bagaimana orang lain membantu mereka untuk menang sebelum ini dan janganlah ada sikap iri hati.

"Sebelum mereka menang dan menjadi wakil rakyat mereka ini disokong dan dibantu orang lain dan saya harap tidak berlaku perkara sabotaj," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Dr Zambry berkata semua bekas wakil rakyat perlu mengambil pendekatan itu dan bekerjasama membantu calon baru untuk menang pada pilihan raya.

"Kita mahu bekas calon dan calon baru saling bantu membantu demi masa depan parti...Kita sudah kenalpasti beberapa calon di peringkat kawasan dan ada beberapa tempat lain dari segi kesesuaian," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Zambry menolak kenyataan yang disebarkan pembangkang mendakwa pihaknya mempunyai masalah dalam pembahagian kerusi bagi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata BN mempunyai formula tersendiri dan pembahagian kerusi adalah melalui musyawarah dan persetujuan semua parti komponen.

"Dalam konteks kita, BN mempunyai persefahaman dari soal kuota dan di mana tempat bertanding...," katanya.

Ulasan saya,calon yang digugurkan tak kesah kalau mereka hendak digugurkan tetapi biarlah mereka diberitahu dari awal supaya minda mereka dapat menerima perubahan mengejut ini.

Maklum sahaja dahulu jadi YB, tiba-tiba tak jadi YB sudah tentu pendapatan sudah tiada. Maka Pengerusi Perhubungan hendaklah maklumkan mereka dari awal supaya mereka dapat bersedia menerima berita pengguguran ini. Jangan dimaklumkan di saat-saat akhir. Itu yang menyebabkan ramai calon mengamuk, enggan bekerjasam dengan calon baru.

Saya masih ingat kata bekas ahli parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan. Dia tak marahi Datuk Seri Idris Jusoh gugurkan namanya sebagai calon. Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan senarai calon kepada Pak Lah, Idris singgah di Dungun merasmikan program Gelombang Biru Peringkat Parlimen Dungun.

Menurut Pok Li, Idris beritahunya jangan bimbang you (Pok Li) tetapi dicalonkan bertanding kerusi parlimen Dungun.Pok Li lega mendengar jaminan Idris sebaliknya Idris mencadangkan nama Matludi untuk parlimen Dungun. Pok Li rasa dia ditipu oleh Idris.

Sehubungan dengan itu dari sekarang semua pengerusi perhubungan kena panggil mana-mana wakil rakyat yang tidak perform supaya beritahu mereka terus-terang bahawa nama mereka sudah tiada dalam senarai. Tetapi mereka jangan beritahu nama bakal calon kerana last minute nama calon boleh berubah.

Sabtu, Januari 17, 2009

WAN FARID AWAL TIBA


Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 46, antara yang terawal tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Ladang, di sini jam 7.45.




Beliau yang ditemani isteri, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab yang turut mengundi di tempat sama, kemudian masuk ke pusat mengundi tepat jam 8.03 pagi dan keluar dari pusat berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.





Kehadiran Wan Ahmad Farid mendapat perhatian penyokongnya dengan Wan Farid melambai-lambai ke arah mereka sambil melaungkan "Hidup BN, Hidup Umno".




Sementara itu Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut,tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Chabang Tiga, Seberang Baruh, jam 7.50 pagi untuk mengundi di pusat itu. Beliau ditemani isteri, Wan Fatimah Wan Abdullah bersama lima daripada sembilan anaknya yang turut mengundi di pusat sama.





Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, 45, tidak mengundi hari ini di sini, sebaliknya beliau didaftar sebagai pengundi di Parlimen Petaling Jaya Utara. Usaha untuk menghubunginya sejak awal pagi ini bagaimanapun gagal apabila telefon bimbitnya ditutup.


Azharudin yang dilahirkan pada 1 April 1963 juga pengundi berdaftar untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama.





Semua 36 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dibuka jam 8 pagi tadi bagi membolehkan 80,229 pemilih menunaikan hak masing-masing hari ini. Keadaan di pusat pengundi membabitkan 143 saluran mengundi dilaporkan tenang sebaik dibuka dengan pengundi tiba seawal jam 7 pagi.





Pihak berkuasa keselamatan, terutama polis dilihat berkawal di sekitar kawasan pusat mengundi, termasuk helikopter PDRM berlegar-legar di udara bagi memastikan tiada keadaan tidak diingini berlaku.


Tiga calon menawarkan diri bertanding iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada Barisan Nasional (BN) dan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas) dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.





Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu. Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.