Memaparkan catatan dengan label demokratik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label demokratik. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 08, 2015

SIAPA YANG TIDAK DEMOKRATIK, MAHATHIR ATAU NAJIB?

Saya rasa malas dah nak komen tulisan Dr Mahathir Mohamad tetapi kalau tak komen, orang kata kita benarkan beliau menghentam Presiden Umno, Najib Razak sewenang-wenangnya. Baru baru ini saya temui junior saya di MRSM Seremban, Husin Lempoyang seorang blogger yang terkenal.

Husin dahulu memang blogger yang menyokong kuat Dr Mahathir tetapi kini dia  tidak lagi kerana dia tahu Dr Mahathir banyak temberang.

 Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menghalang penentangnya yang secara terbuka mencabarnya ketika masih menduduki kerusi presiden Umno, dalam satu posting di blognya semalam yang ditujukan kepada  Najib Razak yang didakwanya bertindak secara tidak demokratik.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau membiarkan Tengku Razaleigh Hamzah dan  Musa Hitam, yang pada akhir 1980-an cuba bertanding merebut jawatan presiden dan timbalan presiden, berkempen melawannya.
"Mereka berhajat menjatuhkan saya. (Tetapi) Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli Umno dan ahli Umno tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.
 "Bahagian-bahagian Umno menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat Bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan pada masa-masa lain," kata negarawan itu dalam tulisannya.
Katanya, tindakan kerajaan hari ini yang mengugut bertindak terhadap rakyat dan melarang ahli Umno daripada mendengar syarahan politik menunjukkan ia tidak lagi demokratik.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada lawatannya ke Tawau pada Isnin, yang menurutnya tidak dapat dihadiri ahli Umno Sabah.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan berjaya menempuhi beberapa percubaan untuk mencabar kepimpinan beliau dalam Umno berkata beberapa bahagian parti malah mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa untuk kedua-dua jawatan tertinggi parti.
Tetapi, katanya, beliau tidak menganggap mereka "musuh yang perlu diambil tindakan".
"Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi," katanya.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, Najib kini berkelakuan seolah-olah kedudukannya sebagai presiden Umno sedang diancam, sepertimana dapat dilihat melalui tindakan diambil terhadap ahli dan pemimpin parti yang mengkritik perdana menteri dan firma pelaburan negara hasil ilham beliau, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tetapi sekarang, presiden Umno belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli Umno," tulis beliau.
Benarkah Najib tidak demokratik? Siapa yang tidak demokratik? Najib atau Dr Mahathir? Kumpulan 11 mencabar keputusan pemilihan Presiden Umno pada 24 April 1987 kerana ada perwakilan yang tidak sah menjadi pengundi. Sebaliknya Dr Mahathir yang takut dicabar kali kedua oleh Ku Li rela lihat Umno yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 diharamkan oleh mahkamah.

Beliau menubuhkan Umno (baru) pada tahun 1988 dan kemudiannya menipu rakyat kononnya Umno baru itu adalah kesinambungan Umno yang dilahirkan pada 11 Mei 1946. Dr Mahathir sanggup tipu sejarah. Untuk mengelakkan Umno baru tidak diganggu gugat Dr Mahathir tidak membenarkan Ku Li dan Musa Hitam menyertai Umno (baru).

Muhyiddin Yasin selaku MB Johor terpaksa buat Perhimpunan Melayu Johor untuk membawa masuk Musa Hitam semula ke dalam Umno. Ku Li tiada pilihan terpaksa menggunakan Parti Semangat 46 untuk menghidupkan semula Umno lama. Setelah gagal dalam dua pilihanraya umum 1990 dan 1995, akhirnya Ku Li kembali ke dalam Umno dan membubarkan Semangat 46.
Apabila Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru), Dr Mahathir tidak membenarkan orang menentangnya bagi jawatan Preiden Umno. Maka beliau perkenalkan sistem kuota. Nak bertanding jawatan Presiden, kena ada pencalonan yang cukup. Begitu juga jawatan timbalan, naib presiden dan ahli majlis tertinggi. Sebaliknya Umno lama memerlukan dua pencalonan sahaja. Adakah cara Dr Mahathir ini demokratik?

Apabila Najib mengetuai Umno pada 2009 maka Najib hapuskan sistem kuota ini dan sesiapa sahaja boleh bertanding jawatan. Kalau benar Muhyiddin Yasin rasa kuat, tentanglah Najib pada pemilihan Umno pada tahun 2018 nanti. Dr  Mahathir yang merosakkan tradisi pemilihan Umno tiga tahun sekali. Dahulu pemilihan Umno setiap tiga tahun 1981, 1984,1987, 1990, 1993 dan 1996. Kemudian beliau ubah selepas PRU  2000. Pak Lah mengikut langkah Dr Mahathir buat pemilihan selepas PRU 2004 dan 2009. Najib teruskan tradisi ini selepas PRU 2013.
Sekarang Dr Mahathir marah kerana kononnya ahli Umno disekat mendengar ucapannya di Tawau. Itu hak ahli Umno nak pergi dengar atau tidak. Tetapi kalau Dr Mahathir terus jual temberangnya siapa lagi nak dengar ucapannya kerana beliau terlalu emosi mahu menjatuhkan Najib

 Sepatutnya beliau bersyukur Najib melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan menteri walaupun kalah bertanding ketua pemuda Umno pada tahun 2009. Sebaliknya Khairy Jamaluddin yang menang ketua pemuda tak dapat jadi menteri. Tetapi Pak Lah tidak menghentam Najib walaupun menantunya tidak jadi menteri.

Kalau Dr Mahathir masih PM, sudah ramai pembangkang yang mengkritiknya disumbat dalam ISA tetapi Najib menghapuskan ISA. Walaupun SOSMA dianggap sebagai lebih zalim dari SOSMA tetapi Najib tidak menyalahgunakan SOSMA untuk kepentingan peribadi. SOSMA digunakan untuk menahan orang gila macam Khairuddin Abu Hassan yang sanggup menjaja isu 1MDB ke luar negara. Jadi siapa yang lebih demokratik, Mahathir atau Najib?



Selasa, Jun 04, 2013

JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT

Semalam Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti pada hujung tahun ini. Tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hassab yang merupakan MB pertamna yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding. Nampak sangat Mat Hassan takut dengan pertandingan. Kenapa kita harus takut dengan pertandingan kalau kita penegak demokrasi? Biarlah siapa sahaja yang nak tawarkan diri sebagai peneraju parti. Perwakilan yang akan membuat keputusan memilih pemimpin yang terbaik.Kenapa harus sekat mereka yang mahu memberi alternatif kepada para perwakilan. Malam tadi saya berbual dengan Pak Hamid Satar di Restoran Nagas. Beliau adalah bekas pegawai Dewan Bandaraya yang kemudiannya berkhidmat dengan ibupejabat UMNO di zaman Dr Mahathir hinggalah sekarang. menurut Pak Hamid, jika Muhyiddin menentang Najib pun untuk jawatan Presiden UMNO, Muhiddin akan tewas. Sebab itu dia kata UMNO tak perlu takut dengan pertandingan. Pertandingan akan mematangkan Umno. Kalau kita lihat BN lebih teruk di zaman Najib dari zaman Pak Lah. Pak Lah menang cemerlang dalam pilihanraya pertama pada tahun 2004. Sebaliknya Najib gagal dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya pertama pada 5 Mei lalu. Oleh itu UMNO perlu celik mata untuk memilih Presiden yang lebih baik dari Najib. Siapa yang layak mengetuai UMNO di saat-saat UMNO tidak sehebat dahulu? Adakah Muhyiddin? Atau adakah Tengku Razaleigh Hamzah? Ada yang berkata zaman beliau sudah berlalu tetapi UMNO perlu diketuai oleh orang yang disegani oleh semua kaum. Tengku Razaleigh ada ciri-ciri itu. Jadi terpulang kepada perwakilan Umno untuk memilih Presiden baru yang boleh membawa perubahan untuk menghadapi ;pilihanraya umum 2018.Prestasi Najib lebih teruk dari prestasi Pak Lah pada tahun 2008. Jadi adakah Presiden UMNO seperti ini yang boleh dibanggakan? Memang benar UMNO menang lebih banyak kerusi kali ini tetapi sokongan kepada UMNO datang dari UMNO? Adaklah ia datang dari kawasan elit? Adakah UMNO mahu terus diketuai oleh tukang kebun di peringkat cawangan sedangkan cerdik pandai disekat menyertai UMNO menyebabkan mereka aktif dalam PKR dan PAS. Jadi adakah ini kualiti ahli UMNO yang patut dibanggakan? Oleh itu sempena dormat baru pemilihan parti, perwakilan perlu serius memilih ketua yang boleh membawa UMNO ke tahap yang lebih gemilang dan cemerlang.Esok makin ramai pembodek akan menyokong kenyataan Mat Hassan supaya Najib dan Muhyiddin tidak ditandingi. Jangan rosakkan UMNO kerana biar perwakilan buat keputusan. Kenapa kita jarus takut dengan pertandingan sedangkan kita sudah hapus kuota pencalonan. Dahulu bukan mahu susah untuk dapatkan 55 pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO, maka perwakilan UMNO perlu waras. Jangan berfikiran sempit seperti Mat Hassan.