Isnin, Oktober 03, 2016

PAS MAHU KERJASAMA DENGAN BERSATU YANG TOLAK RUU355?





Malam kelmarin bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangannya dengan beberapa pimpinan atasan PAS menunjukkan parti itu berkongsi matlamat dengan pembangkang lain iaitu mengalahkan BN.

Justeru beliau memuji PAS kerana menegaskan parti berkenaan tidak berminat untuk mengadakan "muafakat" dengan Umno.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberitahu BN kini mungkin mempertimbangkan cadangan mengadakan pilihan raya umum lebih awal kerana keadaan pembangkang yang tidak bersatu.

"Tetapi kalau kita boleh duduk bersama-sama dan berbincang mencapai muafakat untuk wujudkan satu barisan pembangkang atau pakatan untuk pilihan raya, atau perjanjian kerjasama pilihan raya, maka BN perlu fikir semasak-masaknya untuk buat pilihan raya umum sekarang atau menundanya," kata beliau.

Perbincangan dengan Mustafa juga kata Muhyiddin menunjukkan rakyat bersedia untuk membuat perubahan dan mengalahkan BN.

Muhyddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis anjuran PAS Terengganu di Kemasik, Kemaman dua maam lepas.

Ulasan saya, Adakah PAS sanggup bekerjasama dengan Bersatu, DAP, Amanah dan PKR yang menolak RUU persendirian Haji Hadi Awang?

Jika sanggup, baguslah kerana akhirnya PAS nampak RUU355 cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini kalah jika diundi dalam Dewan Rakyat.

Walaupun Umno menyokong RUU355 tapi parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, PBB dan PBS menolak RUU tersebut. Jadi PAS tak ada pilihan lain terpaksa berbaik semula dengan musuhnya DAP dan PKR yang menolak RUU355.

Malah Penasihat BERSATU, Dr Mahathir Mohamad yang merupakan penentang utama RUU355 tentu suka mendengar perkembangan ini kerana beliau mahu pertandingan dua penjuru di antara BN dengan parti pembangkang.

Jika PAS bersetuju bekerjasama dengan pembangkang, ini bermakna PAS kena berbaik semula dengan DAP yang merupakan penentang nombor satu RUU355. Muhyiddin berkata Bersatu mahu bertanding di 17 kerusi DUN yang PAS kalah di Terengganu dan ia tidak mahu ganggu 15 kerusi yang menang.. Sanggupkah PAS mengorbankan 17 kerusi itu untuk diagihkan kepada Bersatu, PKR dan Amanah? Takkan PAS sanggup korbanan kerusi mereka sedangkan pada PRU 13, mereka sudah bersetuju PKR tanding lima kerusi tetapi PAS tetap letak calon di kawasan PKR yang menjadikan pertandingan tiga penjuru berlaku.


Nampaknya PAS kena korbankan prinsipnya dengan menerima semula Amanah dan DAP jika cadangan untuk bertembung satu lawan satu dengan BN menjadi kenyataan. Inilah yang dibimbangkan oleh ahli majlis tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman yang mengatakan bahawa BN jangan pandang remeh jika berlaku pertandingan dua penjuru pada PRU akan datang.

j