Ahad, Februari 10, 2013

CUKUPLAH RADZI

Anggota parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bersedia menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini jika dikehendaki pucuk pimpinan parti. Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan sama ada untuk memberi mandat sebagai calon atau sebaliknya kerana apa yang lebih penting BN perlu menang pada pilihan raya umum. "Jika diberi kepercayaan untuk bertanding sama ada kerusi parlimen atau dewan undangan negeri, saya bersedia... dan jika tidak dicalonkan, saya tetap melaksanakan amanah sebagai pengarah pilihan raya BN parlimen Kangar," katanya. Bercakap kepada Bernama hari ini, Mohd Radzi berkata, tanggungjawabnya adalah memastikan setiap calon BN terutama di kawasan parlimen Kangar akan menang pada pilihan raya umum. Mohd Radzi, 71, anak kepada menteri besar Perlis yang pertama selepas merdeka, allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim, berkata faktor umur bukan penghalang untuk seseorang itu menjadi calon kerana yang penting ialah sihat tubuh badan dan mampu berkhidmat kepada rakyat. Ulasan saya, cukuplah Radzi jadi calon. Berilah peluang kepada orang muda untuk jadi calon BN di kawasan parlimen Kangar. radzi pernah jadi setiausaha parimen, timbalan menteri di zaman Dr Mahathir sehingga dipecat bila menyokong team B pada tahun 1987. Selepas Pak Lah jadi PM pada tahun 2003, baru beliau menyertai semula kabinet sebagai menteri penuh.