Memaparkan catatan dengan label hukum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hukum. Papar semua catatan

Khamis, September 29, 2011

PAS TAK MAHU HUKUM HUDUD PUN


PAS selepas mengocak loceng negara kebajikan tidak mahu hukum hudud dilaksanakan. Cuma MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang menyuarakan semula hukum hudud di Kelantan. Sedangkan Presiden PAS, Haji Hadi Awang tak ada bersuara pun mengenai hukum hudud kerana mahu menjaga hati PKR dan DAP.

Ternyata PAS membisu bila mana mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) malam tadi tidak ada kata putus mengenai hukum hudud walaupun Anwar Ibrahim telah melahirkan sokongan supaya ia dilaksanakan di Kelantan. Ternyata DAP berjaya mematahkan hujah PAS dalam mesyuarat malam tadi. Yang penting biar mereka menang dalam pilihanraya umum nanti, jangan berpecah sebelum pilihanraya kerana ia memberi kelebihan kepada BN untuk menumbangkan PR.

Kalau pun PR menang memerintah Malaysia, PAS masih gagal melaksanakan hukum hudud kerana DAP akan bermati-matian tidak mahu hudud dilaksanakan walaupun Nik Aziz berkata hukum hudud itu untuk orang Islam sahaja.

Selepas ini kalau Mat Sabu berkhalwat dengan bukan Islam, orang DAP tak perlu bimbang kerana perempuan bukan Islam itu tidak akan didakwa dengan hukum hudud. Itulah penjelasan Nik Aziz tetapi DAP tetap berkeras tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Padan muka PAS. Ia ingatkan MCA sudah penyangak, rupanya DAP lagi penyangak.Cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam tadi.

Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.

Majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur.

Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam ini, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama.

"Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya.

"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi.

Jelasnya, Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga.

"Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003," tambahnya.

Malah, kedua-dua enakmen tersebut dibentuk oleh dua negeri berkenaan ketika PAS, DAP dan PKR masih belum membentuk Pakatan, katanya lagi.

Namun, terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan, tambahnya.

Bagaimanapun, ditanya sekiranya Pakatan akan meminda perlembagaan bagi usaha itu seandainya ia berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Anwar berkata tiada persetujuan bersama dicapai.

Katanya lagi, mesyuarat juga telah menerima penjelasan berhubung pendirian Kelantan dalam isu berkenaan yang disampaikan anggota exconya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili menteri besar.

Turut hadir penasihat DAP, Lim Kit Siang; pengerusi DAP, Karpal Singh; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sabtu, Ogos 21, 2010

HUDUD AKAN PISAHKAN PAS DENGAN PAKATAN RAKYAT


Saya sokong dengan ketegasan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Bila Nik Aziz tegas, ini bermakna PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP tetap menentang cadangan itu.Pengerusi DAP,Karpal Singh bukan main marah dengan kenyataan Nik Aziz itu.

Oleh itu biarlah PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Biar PKR tinggal dengan DAP sahaja yang sudah tentu mereka tidak dapat tubuh kerajaan pusat dalam pilihanraya umum akan datang. PAS akan sendirian bertanding menentang BN dan Pakatan Rakyat. Jadi biarlah Nik Aziz tegas walaupun ia mungkin tidak boleh dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Kita lebih suka DAP berbalah dengan PAS supaya Pakatan Rakyat lebih lemah untruk berdepan dengan BN pada pilihanraya umum akan datang. Oleh itu pemimpin UMNO perlu eksploitasi sebaik mungkin isu ini supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat. Tahniah Nik Aziz yang sudah melihat ini peluang PAS keluar dari Pakatan Rakyat.