Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan

Rabu, Jun 06, 2018

KHAIRUDDIN DAKWA UMNO YANG LAGAKAN DR MAHATHIR DENGAN ANWAR



PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, hubungan sesama pemimpin Pakatan Harapan (PH) akrab dan tiada perebutan kuasa antara Tun Dr Mahathir Mohamad serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau   mendakwa Umno melancarkan perang psikologi dengan memberi gambaran negatif mengenai hubungan Dr Mahathir serta Anwar untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PH supaya rakyat hilang keyakinan kepada kepimpinan negara.

“Namun, kita harus bersyukur kerana perpaduan sesama pemimpin di dalam PH pada realitinya amat akrab serta tulen.

“Keseluruhan rakyat Malaysia dapat lihat sendiri kemesraan serta keakraban Dr Mahathir dengan Anwar ketika makan malam bersama di kediaman peribadi perdana menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak dibebaskan 16 Mei lalu selepas 3 tahun dipenjarakan, Anwar menemui Agong, empat sultan dan kerabat diraja Johor, Pahang, Perak dan Selangor.

Bagaimanapun, ada khabar angin mendakwa ketua umum PH itu membelakangkan perdana menteri dan sengaja mendekati istana yang tidak mempunyai hubungan mesra dengan Dr Mahathir.

Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak merahsiakan apa-apa daripada Dr Mahathir mengenai pertemuannya dengan sultan dan kunjungan itu atas jemputan istana yang tidak patut disalah tafsir sebagai langkah politik untuk menggugat pengerusi PH itu.

“Semua saya lapor kepada Tun Mahathir. Dia harus tahu saya menghadap Agong.

“Sebelum ke Johor, saya maklumkan kepada Tun Mahathir. Sebelum menghadap Sultan Nazrin (Perak), juga saya maklum Tun Mahathir. Yang lain sibuk apasal?” soalnya Isnin lalu.

Anwar sebelum ini turut menggesa penyokongnya memaafkan kesalahan lampau Dr Mahathir dan memberi kepercayaan kepada pengerusi PPBM itu untuk membina semula negara.

Katanya, beliau sendiri memaafkan Dr Mahathir yang pernah memenjarakannya selepas menyaksikan keikhlasan mahu memulihkan negara dan menghapuskan rasuah.

Khairuddin berkata, tindakan Umno itu tidak akan berjaya kerana Anwar memainkan peranan proaktif dengan cara sendiri untuk mengukuhkan kedudukan kepimpinan kerajaan PH demi masa depan negara.

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata, Anwar dan Dr Mahathir hanya mementingkan agenda membangunkan semula Malaysia, bukannya agenda politik peribadi.

“Gandingan kali kedua Dr Mahathir dan Anwar adalah lambang kejayaan Malaysia Baru. Insya Allah.

“Rakyat Malaysia boleh sandarkan harapan kepada kerajaan PH yang amat tulen membela kesejahteraan masa depan keseluruhan masyarakat tanpa kira kaum ataupun agama.”

Jumaat, Disember 02, 2016

ZAHID HAMIDI BUKAN DITAJA ANWAR IBRAHIM

(sudah disiarkan oleh Berita Harian)

Oleh Shahbudin Haji Embun

Benarlah bagai dikata orang. Pengalaman adalah sebaik baik guru. Segala pengalaman pahit manis perlu dijadikan iktibar dan pengajaran untuk berjaya dalam perjuangan. Mungkin itulah yang menjadi salah satu pegangan perjuangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan, terutamanya ketika hendak menjadi Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1996 dahulu.

Pengalaman ini dikongsi bersama dalam satu majlis Majlis Makan Malam Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia 1996 bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.Saya berpeluang menghadiri majlis itu dan untuk pertama kalinya Zahid telah mendedahkan beberapa rahsia yang tidak diketahui ramai.Dan sambil menyampaikan ucapannya, Zahid sempat menjelaskan yang rahsia ini boleh ditulis.

Kira-kira 20 tahun yang lampau, bertarikh 9hb Oktober 1996, Zahid Hamidi telah menumpaskan empat calon yang lain untuk muncul sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang ke-11.Inilah juga pertama kalinya pertandingan jawatan merebut Ketua Pemuda menyaksikan pertarungan lima penjuru.

Ketika itu Zahid Hamidi dicop sebagai “orang kuat Anwar Ibrahim” dan ramai yang menganggap Anwar telah memberikan sokongan dan restunya kepada Zahid untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno. Hakikatnya, Zahid tidak disokong oleh mana-mana pemimpin UMNO yang berpengaruh ketika itu, termasuklah juga Presiden UMNO ketika itu, iaitu Tun Mahathir Mohamad.

Zahid turut menjelaskan yang Anwar meminta Zahid menarik diri dari pertandingan ketua pemuda untuk memberi laluan kepada Tan Sri Isa Samad yang sebelum itu tewas tipis kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik pada pemilihan tahun 1993. Zahid yang dididik dari peringkat akar umbi pemuda Umno tidak begitu selesa dengan apa yang dicadangkan oleh Anwar. Zahid merasakan yang inilah masa yang sesuai untuk dia menabur bakti sebagai Ketua Pemuda Umno.

Zahid memberitahu  Anwar, biarlah  dia  lakukan solat istiqarah untuk mendapatkan petunjuk tentang keputusan yang bakal dilakukan itu. Setelah setiap malam beristiqarah , beliau semakin yakin dan bersemangat untuk bertanding walaupun ada pihak yang masih tidak merestui keputusannya itu.  

Pendedahan Zahid pada majlis makan malam itu dengan jelas membuktikan bahawa Zahid dipilih bukan disebabkan menumpang pengaruh populariti pemimpin seperti Anwar dan juga Mahathir.

Kedua-dua pemimpin ini tidak pernah merestui,  menjaja atau memainkan sebarang peranan yang membuatkan Zahid menjadi Ketua Pemuda UMNO.Itu sebabnya adalah tidak sesuai sama sekali untuk melabelkan Zahid sebagai “orang Anwar” .

Kemenangan Zahid adalah disebabkan ketokohan kepimpinan yang ada pada dirinya sendiri. Zahid dilihat oleh Pemuda UMNOsebagai seorang bakal pemimpin yang  memahami aspirasi perjuangan UMNO . Disebabkan itu  pemuda  UMNO ketika itu merasakan yang  sudah sampai masanya jawatan ketua pemuda diberikan kepada pemimpin dari kalangan mereka sendiri, iaitu yang sama-sama berjuang dari peringkat akar umbi .

Dalam ertikata yang lain, keputusan pemuda jelas mahukan seorang ketua yang telah melalui proses perkilangan, pembelajaran dan perkaderan Pemuda UMNO, iaitu yang tahu selok belok serta rintangan dan cabaran yang perlu ditempuh semasa dalam pergerakan pemuda lagi.Dan semua elemen ini jelas ada pada diri Zahid .

Untuk membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang “cakap serupa bikin”, Zahid telah  mengantikan biro-biro dalam pemuda UMNO  dengan nama baru iaitu 'Majlis'. Beliau telah membentuk 22 majlis yang mana usaha ini merupakan sebahagian daripada proses untuk meramaikan penglibatan barisan Exco  Pemuda UMNO.Usaha ini juga dilihat sebagai  langkah Zahid yang mahu memantapkan lagi proses perkaderan agar semua pihak dalam Pemuda UMNO dapat membuktikan daya kepimpinan yang ada pada diri mereka.

Dalam majlis itu juga Zahid menjelaskan "Sebagai ketua pemuda selama 22 bulan walaupun tiada jawatan dalam kerajaan, tetapi saya dapat laksanakan 222 buah program pemuda di seluruh negara," Menurut Zahid lagi, dalam sejarah Ketua Pemuda UMNO hanya dia dan Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar  sahaja yang tidak ada jawatan dalam kerajaan walaupun dipilih menjadi ketua Pemuda UMNO.

Banyak lagi yang diceritakan oleh Zahid pada malam itu. Namun apa yang penting, ucapan Zahid telah membuka mata dan hati kita semua bahawa kejayaan beliau bukannya kerana ditaja oleh pemimpin tertentu dan bukannya kerana menumpang kejayaan dan populariti orang lain.Mungkin banyak lagi pendedahan yang bakal dilakukan oleh Zahid. Bak kata Zahid pada malam itu, "Kalau saya tulis autobiografi saya, yang ini saya akan tulis,"Pastinya ramai yang akan ternanti-nanti buku autografi yang dimaksudkan oleh Zahid itu.


Sabtu, November 19, 2016

ANWAR MAHU ISA JADI KETUA PEMUDA 1996

KUALA LUMPUR: Selama ini orang menganggap bahawa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia 1996-1998, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai orang kuat bekas TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya pada pertandingan Ketua Pemuda 1996, Anwar yang juga Timbalan Presiden Umno mahu MB Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang menjadi Ketua Pemuda yang baharu.

Mendedahkan perkara ini dalam Majlis Makan Malam Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia 1996 bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi, Zahid berkata, " yang ini boleh tulis".

"Kalau saya tulis autobiografi saya, yang ini saya akan tulis," katanya yang sama sekali menyangkal dakwaan beliau ditaja oleh Anwar untuk menentang penyandang Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 9 Oktober 1996. Dalam pertandingan lima penjuru itu, Zahid mendapat 199 undi;Tan Sri Annuar Musa (135 undi); Rahim Thamby Chik (103 undi); Isa Samad (72 undi) dan Abdul Rahman Salleh (1 undi).

Zahid yang ketika itu Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mendedahkan bahawa ketika beliau berada di Kangar beliau dipanggil ke Pulau Pinang untuk menemui Anwar yang berada di situ. Mereka bertemu  dalam jet rasmi kerajaan di lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Anwar suruh Zahid tarik diri dari pertandingan ketua pemuda dan beri laluan kepada Isa Samad yang kalah tipis kepada Rahim pada pemilihan 1993. Dalam pemilihan dua penjuru pada tahun 1993, bekas Ketua Menteri Melaka itu menang dengan majoriti 44 undi. Rahim mendapat 264 undi manakala Isa dapat 220 undi.

Zahid beritahu Anwar biar beliau buat solat istiqarah terlebih dahulu. Setiap malam Zahid melakukan solat istiqarah dan beliau bertekad untuk bertanding walaupun tidak direstui oleh pucuk pimpinan kecuali dilarang oleh ayah dan ibunya.

Seminggu kemudian setiausaha sulit Anwar, Azmin Ali memanggil Zahid ke pejabatnya. Azmin tanya dah dapat petunjuk dari solat istiqarah. Zahid jawab beliau tetap akan bertanding walaupun mendapat dua undi sahaja.

Azmin beri sampul surat yang mengandungi wang tunai tetapi  beliau menolak kerana jika beliau terima wang tunai sebanyak RM30 ribu beliau akan dituduh menerima RM3 juta kerana tarik diri dari pertandingan itu.

Apabila Azmin beritahu Anwar yang berada di dalam biliknya melalui interkom bahawa Zahid tolak duit itu, Zahid  terdengar suara Anwar yang mengatakan degil sungguh Zahid kerana beliau sudah kaya.

Zahid menegaskan beliau kaya bukan kerana dapat saham Hicom atau Proton dari Anwar tetapi kerana latar belakang korporatnya sendiri tanpa bantuan Anwar.

Oleh kerana ayah dan ibunya tidak melarang Zahid bertanding, maka beliau pun bertanding jawatan ketua pemuda kerana pemuda 1996 mahu ketuanya datang dari kilang pemuda sendiri.

Beliau hanya berseloroh sedia bertanding apabila ditanya pemberita adakah beliau akan bertanding ketua pemuda kerana Datuk Seri Nazri Aziz yang memangku jawatan ketua pemuda buat pengumuman di London enggan bertanding dan menyebut Zahid yang layak bertanding.

"Saya dedahkan semua ini untuk menunjukkan bahawa bukan mudah saya berada di sini sekarang kerana ia penuh dengan ranjau dan duri," katanya sambil disambut bekas perwakilan dan pemerhati pemuda 1996 seramai 600 orang.

Katanya, hanya beliau dan Tan Sri Syed Jaafar Albar ketua pemuda yang tidak ada jawatan dalam kerajaan. Zahid ketika itu hanya Pengerusi Bank Simpanan nasional (BSN).

"Sebagai ketua pemuda selama 22 bulan walaupun tiada jawatan dalam kerajaan, tetapi saya dapat laksanakan 222 buah program pemuda di seluruh negara," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Dalam ucapannya itu juga beliau berseloroh walaupun semua yang hadir pada malam ini bukannya semua mengundi beliau pada tahun 1996 kerana masing-masing cari rezeki di empat kolam.

Katanya, selepas menang beliau bawa semua 165 ketua pemuda yang undinya dan tidak undinya menunaikan umrah tetapi ia dijadikan senjata oleh bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkannya sedangkan beliau bawa mereka ke Mekah selepas pertandingan dan bukannya sebelum pertandingan. Sebaliknya bukan sahaja beliau bawa penyokongnya malah ketua pemuda yang tidak mengundinya.

Beliau berharap ahli Umno ambil ikhtibar dari perjalanan karier politiknya bahawa dalam politik kita jangan meminta jawatan.

"Saya tak pernah rancang semua ini tetapi saya bersyukur akhirnya saya dilantik TPM untuk bantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang juga Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden.

Majlis berakhir pada jam 11 malam itu menyaksikan kemesraan Zahid dengan perwakilan pemuda 1996 yang sudah 20 tahun tidak ditemuinya. Malah ramai perwakilan pemuda 1996 sudah meninggal dunia. Zahid sanggup bersalam dengan semua 600 orang hadirin di pintu dewan. Ini jelas membuktikan bahawa Zahid masih mesra seperti dahulu walaupun kini beliau adalah seorang TPM






Ahad, April 07, 2013

PESANAN ANWAR IBRAHIM KEPADA RAKYAT MALAYSIA

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya. Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua. Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu? Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0 Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga. Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa. Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati. Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga. Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin. Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia. Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah! Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:- PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI? Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta), Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya: Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib. Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'. Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib. Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib. Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4. Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP). Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti. Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4. Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4. Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya: Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia. Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib. Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini. Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa? Keterangan-keterangan ringkas dan jelas: Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya. Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia. Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini. Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya. Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu. Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu. Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu. C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya. Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini? Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini. Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu. Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya. Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu. Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar) Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim. Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?". Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong. Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:- 1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak? 2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak? 3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak? 4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak? Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya. Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu. Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan. Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

Sabtu, Mac 26, 2011

KONSPIRASI ATAU ANWAR YANG BODOH?



UMNO menafikan terlibat dalam video lucah yang dikatakan lakonan Anwar Ibrahim dengan gadis Cina.Menurut Presiden UMNO, video itu tidak kena mengena dengan UMNO.

Memanglah UMNO tidak terlibat tapi Datuk T semuanya orang UMNO. Oleh itu Datuk T kena berhenti jadi ahli UMNO supaya UMNO tidak dipalitkan dalam isu ini.

Dendam RTC kepada Anwar tidak pernah padam. Oleh itu ini peluang terbaik untuk RTC membalas dendam kepada Anwar yang menjatuhkannya dari kerusi Ketua Menteri Melaka. Buat apa RTC berdendam sedangkan Anwar sudah tersingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Anwar sudah dihukum Allah. Dahulu dia jatuhkan RTC akhirnya Anwar dijatuhkan dari jawatan yang hampir menjadi PM.

Pelik juga tak habis dengan isu liwat kedua, kini muncul isu main perempuan pula. Hebat Anwar gay dan perempuan disapunya. Jika benar Anwar yang buat dalam video itu dia memang bodoh. Kalau nak main perempuan apa salahnya dia pergi ke luar negara dan jangan main di Malaysia kerana ke mana dia pergi SB akan ikut dia.Bukan salah SB kalau Anwar kena perangkap dengan Datuk T kali ini.

Datuk Eskay dikatakan kecewa kerana Anwar enggan jadi saksi dalam kes saman syarikat yang dapat projek jambatan bengkok. Dia kehilangan komisennya sebanyak RM20 juta bila jambatan bengkok tak jadi dibina.Oleh itu dia rancang untuk malukan Anwar dengan video lucah menjelang pilihanraya umum negeri Sarawak.

Bukan senang jadi pemimpin pembangkang. Lihat sejarah Ahmad Boestamam yang sering diganggu polis. Oleh itu apa yang dialami oleh Anwar adalah perkara normal.Parti pemeritah akan buat apa sahaja untuk memalukan Anwar. Cuma yang tak normal jika beliau tak berhenti dari tabiatnya main bonton jantan dan main perempuan. Kalau benar dia berzina tentu kecewalah bekas ahli-ahli ABIM yang menyanjung Anwar selama ini. Malah orang PAS tentu pening kepala dengan Anwar yang masih mengekalkan tabiat yang tidak senonoh ini. Atau mungkin Anwar tidak tahan dengan ujian Allah ini yang suka main bontot jantan dan main perempuan. Kalau dia tak ada tabiat ini sudah lama dia jadi PM. Oleh itu jangan salahkan orang lain bila Allah tarik rezeki kita, tanyalah diri sendiri di mana kesilapan kita.

Khamis, Mac 24, 2011

GILIRAN RAHIM KENAKAN ANWAR


Kalau dahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mengatur konspirasi menjatuhkan Ketua Menteri Melaka,Tan Sri Rahim Thamby Chik dengan membabitkan beliau dengan gadis bawah umur, kini giliran Rahim pula mengenakan Anwar dalam penyebaran video lucah tersebut.

Belum selesai lagi kes liwatnya, Anwart kini berdepan dengan isu video lucah pula. Yang peliknya isu ini timbul menjelang pilihanraya umum negeri Sarawak pada 16 April ini. Apakah rakyat Sarawak dapat menerima Pakatan Rakyat dalam susana penyebaran video ini?

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

'Tak boleh baca'

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.



Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.



Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.

Jumaat, Februari 05, 2010

ANWAR AKAN BIAYAI PELAJARAN SAIFUL


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menyambung keterangannya dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Anwar membuat "tawaran balas" untuk membiayai pelajarannya sekiranya beliau terus bekerja sebagai pembantu peribadi Anwar.

Mohd Saiful, 25, berkata Anwar memujuknya supaya jangan berhenti kerja dan menyuruhnya lebih berdisiplin.

Beliau berkata Anwar memberitahunya bahawa bekas bosnya itu ingin membiayai pelajarannya tidak kira di mana, dan boleh menyambung pelajarannya secara sepenuh masa dengan diberikan gaji penuh.

"Pada masa itu saya tidak object (menolak) tawaran itu. Kemudian setelah selesai, beberapa jam kemudian, Anwar menghantar e-mel kepada saya iaitu 'terima kasih kerana sudi menyambung perkhidmatan," katanya.

Mohd Saiful yang memakai kot hitam dan berbaju kemeja berbelang biru berkata demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan pada perbicaraan kes itu yang masuk hari ketiga Jumaat.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Dalam keterangannya juga, Mohd Saiful ditanya mengenai e-melnya kepada Anwar mengenai peletakan jawatannya.

Mohd Saiful berkata beliau menghantar e-mel kepada Anwar pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian memaklumkan ingin meletak jawatan, bagaimanapun Anwar memintanya berjumpa dengannya di pejabat beliau di Seksyen 16, Petaling Jaya.

"Ketika itu saya takut berdepan dengan dia. Dia tanya kenapa saya nak letak jawatan. Saya katakan seperti dalam e-mel iaitu kurang berdisplin, sering datang lewat ke pejabat sehingga dia marah saya, serta kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana diberi keistimewaan lebih daripada staf yang berkelayakan," katanya.

Mohamed Yusof: Apa sebab sebenarnya anda meletakkan jawatan?

Mohd Saiful: Sebab sebenar saya meletakkan jawatannya ialah tidak mahu diperlakukan sedemikian lagi.

Di peringkat ini, peguam utama Anwar, Karpal Singh membantah penggunaan perkataan "lagi" memandangkan perkataan itu tiada dalam pertuduhan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menjelaskan bahawa perkataan "lagi" yang dimaksudkan oleh Mohd Saiful ialah "dia tidak mahu insiden itu berulang di masa depan."

Terdahulu, menceritakan bagaimana beliau mula berkhidmat dengan Anwar, Mohd Saiful berkata rakannya Rahimi Osman menelefonnya meminta beliau datang ke pejabat Rahimi yang juga merupakan pejabat Anwar untuk berbual kerana mereka lama tidak berjumpa.

Mohd Saiful berkata semasa berbual, Rahimi ada bertanya kepadanya sama ada beliau berminat untuk bekerja di pejabat itu sebagai pembantu pejabat bagi membantu Rahimi kerana mereka kekurangan kakitangan disebabkan ramai yang terlibat dalam pilihan raya umum ke-12.

"Lepas kami berbincang, saya mula-mula 50-50 sama ada nak setuju atau tidak. Lepas itu Rahimi ajak saya masuk ke dalam bilik mesyuarat. Rahimi kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program ceramah pilihan raya," katanya.

Beliau duduk dalam bilik itu dan beberapa minit kemudian Anwar masuk dan diperkenalkan kepada Anwar oleh Rahimi.

Mohd Saiful berkata selepas mesyuarat itu, Anwar berkata "Saya hargai bantuan awak kepada kami", sebagai isyarat beliau menerimanya sebagai sukarelawan.

Mohamed Yusof: Ada Anwar tanya latar belakang anda?

Mohd Saiful : Ada

Mohamed Yusof : Ada anda minat kerja itu?

Mohd Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil.

Pada prosiding itu juga, Mohd Saiful mengesahkan gambar dalam kamera litar tertutup pada pukul 4.35 petang, 26 Jun 2008, menaiki kereta berwarna merah keluar dari kondominium itu adalah beliau.

Selasa, Disember 01, 2009

ANWAR'S APPLICATION IS DISMISSED


The High Court here Tuesday ruled that it cannot strike out the sodomy charge against Datuk Seri Anwar Ibrahim based solely on medical reports that there was no penetration.

Justice Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah said medical reports could not serve as the basis for the court to use its inherent powers to strike out the charge.

It had first to hear the evidence of the prosecution witnesses, he said when dismissing Anwar's application to strike out the charge.

Anwar is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari, 24, at a condominium in Bukit Damansara on June 27 last year.

Mohamad Zabidin said that at this stage, the court agreed with Solicitor-General II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden's submission that the reports were confined to observation and physical examination and were not conclusive.

He said that according to Mohamed Yusof, the prosecution's case would rely more on oral, forensic and other evidence.

The important element in this case was for the prosecution to prove that there was penetration by the accused's penis in the complainant's anus, he said.

He said the medical reports were one of the evidence that could be used either by the prosecution or the defence to cast doubt on the evidence of penetration or non-penetration.

Mohamad Zabidin said the second issue that the court took into consideration was Anwar's claim that the charge against him was malicious and an abuse of the court process.

He said Anwar's submission in his affidavit that the link between Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail and the "black-eye" incident in 1998 and the prosecution team in this case could cause bias was unacceptable.

"The onus to prove malice on the part of the prosecution in bringing this latest charge lies on the applicant.

"The applicant's affidavit named Gani in what he claimed to be an attempt to concoct evidence against him in 1998.

"Even if that were so, there is nothing to show that the same thing has happened in the latest case," he said.

Mohamad Zabidin said that merely showing that the prosecution team in this case had knowledge of Gani's role in the 1998 incident was not enough for the court to hold that they were biased in this case.

The judge fixed a month starting Jan 25 next year for trial although Anwar's counsel, Karpal Singh, objected on the ground that his client was appealing the decision in the Court of Appeal.

Karpal Singh later told reporters that a notice of appeal would be filed at the Court of Appeal tomorrow.

Anwar was present in court.

Rabu, Ogos 05, 2009

UMNO TAK PERLU TAKUT DENGAN ANWAR


UMNO tidak pernah takut berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pengkhianat bangsa itu sememangnya bertanggungjawab kepada perpecahan perpaduan orang Melayu, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


“Siapa dia Anwar ? Pengkhianat bangsa Melayu yang mengamalkan dasar pecah belah dan memperalatkan orang Melayu untuk memuaskan nafsu politik peribadinya,” jelasnya.


Menurut beliau, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah banyak menyusahkan rakyat dan kestabilan negara menerusi gerakan politik jalanan termasuk berdemontrasi.


Syed Ali menegaskan, parti pembangkang termasuk Anwar hanya menggunakan isu ‘saman’ apabila terdesak.


“Pemimpin UMNO bukan pengecut dan kita akan tentang mana-mana pihak termasuk Anwar yang cuba menghancurkan perpaduan dan kepentingan orang Melayu,” tegasnya.


Katanya, semalam Anwar telah memfailkan saman berjuta ringgit ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendakwa beliau sebagai pengkhianat bangsa.


“Memang dia pengkhianat bangsa Melayu, saya harap semua Ketua-Ketua UMNO Bahagian akan menggelarkan Anwar sebagai pengkhianat kerana perlakuan politiknya telah memecahbelahkan perpaduan umat,” tegasnya


Beliau berkata, pemimpin UMNO tidak perlu takut dengan ancaman saman yang akan dilakukan oleh Anwar kerana majoriti rakyat di negara ini sudah meluat dengan putarbelit beliau.


Syed Ali menegaskan demikian ketika berucap di majlis penutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, yang disempurnakan Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.


Hadir sama di majlis tersebut Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wiayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abiddin, Ketua-Ketua UMNO Bahagian serta ketiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.


Menurut Syed Ali lagi, Anwar sengaja mendalangi demontrasi jalanan memansuhkan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur Sabtu lalu kerana ada agenda tertentu.


Katanya, Anwar sengaja mencetuskan kekecohan dan galakkan segelintir pengikutnya berhimpun secara haram supaya beliau ditangkap dan ditahan dengan harapan kes liwatnya akan ditunda.


“Inilah taktik beliau, kes liwatnya sudah tentu akan ditunda entah keberapa kali dan akhirnya kes itu semakin hilang daripada perhatian rakyat,” katanya.


Beliau juga melahirkan rasa hairan kenapa Mahkamah Tinggi asyik tunda kes Anwar sehingga rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kredibiliti sistem perundangan.


Dalam nada kecewa, Syed Ali sekali lagi mendesak Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya tegas dan menahan mereka yang terbabit dalam perhimpunan haram di bawah akta ISA.


“Saya kecewa kementerian berkenaan hanya keluarkan amaran demi amaran, tetapi bertindaknya tidak, sepatutnya tahan pemimpin mereka di bawah ISA kerana mendalangi demontrasi baru-baru ini,” tegasnya.


(dipetik dari blog umno bahagian cheras)

Rabu, Oktober 29, 2008

ANWAR PERLU NASIHATI MPS


Di India gambar-gambar gergasi bintang filem Hindi di Mumbai atau bintang filem Tamil di Chennai adalah perkara biasa. Tetapi apabila gambar gergasi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipasang di satu simpang dekat Wisma Keringat, Batu Caves, Selangor, ia menimbulkan kontroversi.

Anwar bukannya mahu dipuja begitu tetapi para penyokong PKR dari keturunan India yang mahu menaikkan gambar gergasi itu.

Permitnya dijangka tamat pada 4 November ini dan ia akan diruntuhkan awal bulan depan jika permohonan mereka melanjutkan tempoh penegakannya tidak diluluskan.
"Permit tamat 4 November ini. Kita ingat mahu minta sambung (kelulusan). Tetapi kalau tidak dapat, tidak mengapalah, saya turunkanlah," kata pengelola projek itu R Viriya.

Tambahnya, beliau berharap dapat mengekalkan imej setinggi 12.2 meter tersebut di satu simpang dekat Wisma Keringat untuk tempoh kira-kira dua bulan lagi sehingga sambutan hari natal dan tahun baru.

Ekoran itu, kata Viriya, beliau bercadang menemui wakil rakyat Batu Caves, Amiruddin Shari bagi mendapatkan pandangan beliau.Bagaimanapun, tambahnya, permohonan baru untuk melanjutkan tempoh belum dibuat kepada pihak berkenaan Majlis Perbandaran Selayang.
"Mungkin dalam dua hari lagi (akan memohon)," kata Viriya yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement dekat situ.Penegakan imej itu genap sebulan lalu mula mencetuskan kontroversi apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin awal bulan lalu dilaporkan mendakwa imej itu "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."
Perkara itu bagaimanapun dinafikan Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), yang menjelaskan “tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu”. Viriya sebelum ini berkata, penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu.
Katanya, patung berharga RM5,000 itu yang dibina sempena sambutan hari raya awal bulan ini dan Deepavali semalam.Pemuda PAS Selangor bagaimanapun menafikan imej gergasi itu termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.Patung ini dibina atas menggunakan duit sumbangan masyarakat setempat.

Beranikah MPS yang dikuasai oleh kerajaan negeri tidak meluluskan penyambungan permit itu sehingga Hari Krismas? Oleh itu Anwar perlulah menasihati MPS supaya tidak menyambung permitnya. Walaupun tidak ada unsur keberhalaan, tidak ada faedahnya membazirkan wang sebanyak RM5,000 semata-mata untuk memuja pemimpin.

Selasa, Oktober 14, 2008

ANWAR IBRAHIM DARI KACA MATA ADELINE


Siapa sangka seorang gadis manis dari Kota Belud, Sabah merupakan peminat nombor satu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berusia 22 tahun, Adeline Anthony, anak Sino-Kadazan meminati Anwar sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Minatnya kepada Anwar kian meningkat bila Anwar dipenjarakan.

“Saya sedih bila beliau dipenjarakan tetapi sebagai pemimpin beliau kena hadapi apa sahaja risiko,”katanya sambil mengakui bahawa di mata Anwar nampak keikhlasannya berjuang untuk kepentingan rakyat.

Masih belajar di UiTM Shah Alam dalam bidang perakaunan, Adeline turut meminati bidang modeling. Beliau tidak minat dengan politik tetapi suka ambil tahu hal politik apatah lagi kalau akhbar menyiarkan berita mengenai Anwar Ibrahim.

“Saya yakin Anwar ikhlas berjuang untuk rakyat. Oleh itu rakyat perlu memberi peluang kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi yang tidak sempat mengundi pada 8 Mac lalu kerana belum mendaftar sebagai pengundi.