Sabtu, November 19, 2016

POLIS PATUT TAHAN JUGA DR MAHATHIR DAN MUHYIDIN YASIN



Walaupun mempunyai agenda lain di luar negara semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap pulang untuk bersama-sama ribuan rakyat Malaysia dalam perhimpunan BERSIH5 di ibu negara.

Perdana menteri keempat itu menyertai kumpulan Baju Kuning di stesen kereta api LRT di Bangsar, Kuala Lumpur kira-kira jam 2 petang semalam.

Berbaju rasmi BERSIH 5 dan bertopi putih, beliau diiringi oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Umno Datuk Seri Mukhriz, yang juga anaknya.

“Ramai orang hadir hari ini tetapi kerajaan pengecut, mahu halang demonstrasi yang menjadi hak rakyat, yang dijamin dalam perlembagaan,” katanya

Ditanya sama ada perhimpunan hari ini kebanyakannya dihadiri oleh orang Cina, Mahathir berkata persoalan kaum tidak berbangkit dalam isu itu.

“Semua orang bimbang dengan kerajaan kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Mahathir sebelum ini dirakam turut daripada pesawat setelah dikatakan pulang daripada menghadiri acara lain di Sudan.

Kehadirannya pasti mengejutkan sesetengah pihak setelah beliau membayangkan tidak hadir acara hari ini, dalam temu bual bersama radio atas talian Radio Bangsar Utama.

Mahathir menyeru orang ramai menyertai himpunan itu bagi memberi tekanan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan dakwaan skandal 1MDB dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Ketika lautan manusia membanjiri ibu kota hari ini, Najib sedang menghadiri acara rasmi di Peru bersama isterinya Rosmah Rosmah.

Ulasan saya, polis juga patut menahan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas tim balan perdana menteri, Muhyiddin Yasin di bawah SOSMA.

Ini adalah kerana mereka berucap di majlis haram semalam. Kalau dahulu mereka menentang BERSIH, kini mereka bersekongkol dengan BERSIH maka pihak polis perlu menahan juga mereka berdua kerana mereka menghasut rakyat menggulingkan kerajaan yang sah.