Memaparkan catatan dengan label mahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahu. Papar semua catatan
Rabu, Oktober 16, 2013
SAIRIN MAHU KUKUHKAN UMNO DI SABAH
KENINGAU: Calon ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Sairin Karno berkata beliau membuat keputusan bertanding jawatan tersebut kerana mahu mengukuhkan Umno di Sabah khasnya di kawasan zon 3 dan 4 pendalaman Sabah.
Beliau juga mahu membela nasib rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama kerana biarpun Umno dianggotai oleh Bumiputera tetapi ia telah terbukti memperjuangkan nasib semua kaum.
“Berani menyuarakan kebenaran dan memperbaiki setiap kesilapan merupakan transformasi yang mesti diberi keutamaan,” kata beliau kepada FMT.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah adalah di antara lima orang calon majlis tertinggi Umno dari Sabah selain dari Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan; Pengerusi FELCRA,Datuk Bung Mokhtar (penyandang), Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar dan Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Sairin yang juga ADUN Liawang menambah beliau akan cuba mempelopori kesederhaaan cara hidup atau watasiyyah yang disebut oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berikrar akan terus memartabatkan maruah bangsa melalui perjuangan Umno.
“Saya berikrar akan emmbantu memenangi PRU ke 14 di seluruh negara khususnya di Sabah jika saya berjaya memenangi kerusi ahli majlis tertinggi nanti,” katanya lagi.
Beliau berharap 150,000 perwakilan di seluruh negara dapat memilih lebih ramai calon majlis tertinggi dari Sabah untuk mengimbangi ahli majlis tertinggi dari Semenanjung kerana Sabah membentuk Malaysia. dipetik dari freemalaysiatoday.com
Khamis, September 20, 2012
UMNO KUALA NERUS MAHU PENAMBAHBAIKAN?
Terkejut juga membaca laporan Sinar Harian semalam yang menyebut UMNO Bahagian Kuala Nerus tidak menolak kemungkinan untuk tidak mengekalkan senarai segelintir wakil rakyat sedia ada sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Lalu tertanya-tanyalah Ambe, siapa yang tak bagus dan kenapa kalau bagus perlu digugurkan.
Apakah tiga ADUN berkenaan tidak boleh menang?
Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri menyifatkan kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu berkhidmat dengan cukup baik.
Ketika ini Kuala Nerus mempunyai wakil rakyat yang dikira berwibawa apalagi bahagian yang mempunyai dua Exco, selain Kemaman yang mempunyai Menteri Besar dan seorang Exco.
Mereka ADUN Seberang Takir, YB Ahmad Razif Ab Rahman yang juga Exco Kerajaan Negeri, ADUN Teluk Pasu, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said, juga Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Tepoh, YB Mohd Ramli Nuh (gambar kanan) yang juga aktif dan banyak membantu parti selain DUN Bukit Tunggal yang merupakan satu-satunya kerusi yang kalah di kawasan itu.
Tetapi? Menurut Nasir, UMNO Kuala Nerus mahukan ‘penambahbaikan’.
Katanya, UMNO bahagian itu akan menampilkan calon terbaik untuk kepentingan parti bagi memastikan kerajaan BN di Terengganu terus dipertahankan pada pilihan raya akan datang.
“Mereka yang berminat (menjadi calon) cukup ramai tetapi kita hanya ada lima kerusi untuk dipertandingkan di Parlimen Kuala Nerus. Kita akan tampil yang terbaik untuk kepentingan parti dan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri, di Pejabat Parlimen Kuala Nerus.
Bagaimanapun kata Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, gambaran individu tertentu yang difikirkan layak telah ada berdasarkan penilaian pihaknya terhadap prestasi sepanjang tempoh berkhidmat dengan parti, di samping mengambil kira umur dan kesihatan.
“Dalam kepala saya mungkin sudah ada (senarai calon) dan saya akan hantar senarai tersebut apabila diminta berbuat demikian oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu,” katanya.
Persoalannya kenapa Nasir bercakap begini?
Cara Nasir ini sengaja mahu merosakkan UMNO. Mana boleh Ketua Bahagian pandai-pandai mahu tukar orang?
Benarlah cakap-cakap mengatakan Nasir ini tidak pandai berpolitik tetapi bercita-cita besar.
Dia dikatakan mahu menjadi Menteri Besar sebab itu asyik ganggu Razif di DUN Seberang Takir.
Dengar cerita sudah tidak mahu jadi Ahli Parlimen tetapi mahu rebut kerusi Razif dan kerana itu mengatakan ADUN dalam Parlimen itu perlku diganti.
Anehnya beliau membuat kenyataan pada ketika mengaku belum menyenaraikan nama calon secara rasmi tetapi tetap meneruskan proses penilaian sehingga kini untuk memastikan calon cadangan kelak boleh memenangkan parti.
Nasir sendiri apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding mengatakan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pucuk pimpinan parti sama ada dicalonkan atau tidak.
“Walaupun saya sebagai ketua bahagian tetapi penapisan dan kata putus terserah kepada presiden parti dan mungkin Perdana Menteri juga sudah dapat senarai calon daripada agensi tertentu yang melihat dan menilai calon lain yang boleh memberi kemenangan kepada parti,” katanya.
Nasir tidak sebut pun Mad Said boleh menentukan calon tetapi mengatakan Datuk Seri Mohd Najib Razak akan menentukannya.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Nasir ini jenis bernafsu besar kerana:
1. Bercita-cita tinggi mahu menjadi Menteri Besar dan tidak peduli nasib wakil rakyat lain khususnya Razif yang kini menjadi ADUN Seberang Takir;
2. Tidak menghormati Datuk Rahin, ADUN Teluk Padu yang juga Exco Kerajaan Negeri; dan
3. Tidak dapat menerima peranan dan sumbangan YB Ramli Nuh yang jelas begitu rapat dengan penduduk.
Soalan kepada Nasir ialah apakah beliau berkuasa sangat menentukan calon?
Juga apakah ketiga-tiga ADUN sekarang tidak ada rupa, keupayaan dan diri yang mampu membawa kemenangan kepada parti?
Yang dibimbangi Nasir membuat kenyataan ini untuk melobi dan melayakkannya bertanding di Seberang Takir, konon akan dilantik menggantikan Mad Said.
Bagaimana kalau kelak Nasir pula yang tidak terpilih?
(dipetik dari facebvook marzuki muda)
Wallahualam....
Jumaat, Oktober 14, 2011
PEMBANGKANG MAHU CEPAT PILIHANRAYA

Kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi Pakatan untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN.
Pakatan menerajui pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
"Dengan ini, mereka (Pakatan) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam.
"Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan Pakatan tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," katanya.
"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (Pakatan) kena buat (membubarkan DUN) juga," katanya.
Dr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.
Ulasan saya, pembangkang sudah lama mahu kerajaan bubarkan parlimen kerana mereka tak sabar lagi mahu duduk di Putrajaya. Oleh itu tidak mungkin mereka tidak membubarkan empat DUN Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Pada tahun 2004, kerajaan Kelantan dan Terengganu tetap membubarkan DUN walaupun PAS ada kuasa untuk tidak memubarkan Dewan Undangan Negeri.
Saya bersetuju Najib tak perlu tergesa-gesa bubarkan parlimen kerana masih ada dua tahun lagi tempohnya. Tetapi timing sekarang amat sesuai untuk dapatkan mandat baru dari rakyat. Oleh itu saya percaya Najib akan bubarkan parlimen pada bulan Feburai 2012 selepas hari raya Cina.
BN sekarang ada peluang untuk menang besar selepas Bajet 2012 dibentangkan Najib baru-baru ini. BN ada harapan untuk menang dengan majoriti dua pertiga ketika PAS dan DAP masih berbalah mengenai hukum hudud.
Prof Dr Aziz Bari kata Kelantan ada hak untuk kuatkuasa hukum hudud. Oleh itu Nik Aziz kena buat sekarang supaya lebih cepat DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Ini yang memberi kelebihan kepada BN.
Isnin, Februari 16, 2009
NAJIB MAHU MUHYIDDIN?
Benarkah Najib Tun Razak mahu Muhyiddin Yassin jadi timbalannya pada perhimpunan agung UMNO Mac depan? Ini yang sedang heboh diperkatakan orang UMNO kini. Sudah dua kali Najib dikatakan bersama Muhyiddin.
Kali pertama minggu lepas Najib menyuruh Muhyiddin mewakilinya dalam satu majlis mengenai perkhidmatan awam sedangkan Muhyiddin bukan menteri yang jaga perkhidmatan awam. Sepatutnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga JPA diberi amanah itu. Apa kena mengena Muhyiddin sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan JPA?
Semalam Najib main golf bersama Muhyiddin. Sudah dua kali Muhyiddin bersama Najib. Ini sudah isyarat jelas najib mahu Muhyiddin jadi timbalannya dan bukannya Mohd. Ali Rustam atau Muhammad Muhd. Taib.
Jika perwakilan patuh kepada Najib, maka mereka hendaklah mengundi Muhyiddin. Bagaimana pun terpulang kepada perwakilan membuat keputusan.
Kali pertama minggu lepas Najib menyuruh Muhyiddin mewakilinya dalam satu majlis mengenai perkhidmatan awam sedangkan Muhyiddin bukan menteri yang jaga perkhidmatan awam. Sepatutnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga JPA diberi amanah itu. Apa kena mengena Muhyiddin sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan JPA?
Semalam Najib main golf bersama Muhyiddin. Sudah dua kali Muhyiddin bersama Najib. Ini sudah isyarat jelas najib mahu Muhyiddin jadi timbalannya dan bukannya Mohd. Ali Rustam atau Muhammad Muhd. Taib.
Jika perwakilan patuh kepada Najib, maka mereka hendaklah mengundi Muhyiddin. Bagaimana pun terpulang kepada perwakilan membuat keputusan.
Langgan:
Catatan (Atom)

