Memaparkan catatan dengan label beri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beri. Papar semua catatan

Jumaat, September 16, 2016

KALAU NAK BERI DISKAUN BERI KEPADA SEMUA JANGAN TERHAD PADA JAM 6 HINGGA 7 PAGI SAHAJA



Prasarana Malaysia Berhad hari ini mengumumkan diskaun tiket Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) sebanyak 50 peratus kepada semua pengguna bagi laluan Kelana Jaya, Sri Petaling, Monorel dan Sunway BRT.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, orang ramai akan menerima diskaun itu bermula esok sehingga pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun tawaran ini hanya terbuka kepada mereka yang menggunakan Touch 'n Go, kad MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30 dan kad konsesi MyRapid.

Kata Azmi, potongan diskaun 50 peratus itu juga hanya pada hari Isnin hingga Jumaat dan di antara jam 6 hingga 7 pagi sahaja.

Jelasnya, pihaknya memberi diskaun pada waktu berkenaan bagi membolehkan orang ramai menggunakan LRT di luar waktu puncak.

"Kalau kita masuk stesen dan tap kad pada pagar sebelum 7 pagi, tak kira pukul berapa anda keluar, tambang diskaun tetap 50 peratus.
"Kita buat begini sebab kita belajar daripada bandar dari negara lain yang menghadapi masalah sama. Mereka tahu kapasiti kereta api mungkin tidak dapat menampung pada waktu puncak.

"Sesetengah bandar mula memperkenalkan perkara ini untuk mengalakkan orang ramai keluar awal," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Selain itu Azmi berkata, pihaknya akan melihat sambutan orang ramai terhadap tawaran diskaun tersebut sebelum membuat keputusan sama ada akan menawarkan tawaran sama di waktu petang.
Ulasan saya, kalau nak beri diskaun beri kepada semua jangan beri kepada pemegang kad RapidKl sahaja. Orang yang beli tiket secara mahual pun kena beri diskaun juga. Kalau nak beri diskaun, beri kepada semua masa jangan beri kepada jam 6 hingga 7 pagi sahaja. Bodoh punya pengurusan Prasarana.

Isnin, Ogos 01, 2016

PARTI MAHATHIR AKAN BUAT BN LEBIH BERJAYA

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Parti baharu yang akan ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi UMNO dan Barisan Nasional (BN) persaingan untuk menjadi lebih berjaya, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang menyambut baik langkah Dr Mahathir berkata negara seperti Jepun dan Jerman cemerlang kerana mereka terpaksa berjuang untuk terus hidup manakala empayar seperti Britain semakin menghilang akibat kemusnahan dan bersikap puas hati.

"Kadang-kadang persaingan adalah baik apabila ia membuat anda sedar, melainkan jika anda
bersemangat dan bekerja lebih keras anda menghadapi risiko kekalahan.

"Jadi mungkin Mahathir sedang menolong UMNO dan Barisan Nasional dengan menawarkan kami beberapa persaingan kerana persaingan sentiasa baik untuk mengecapi kejayaan," katanya dalam laman blog beliau sskeruak.blogspot.com.

Bendahari UMNO yang baru dilantik itu bagaimanapun berkata, keputusan Dr Mahathir membuktikan pendiriannya dengan jelas bahawa beliau tidak berusaha untuk menyelamatkan UMNO, sebaliknya memusnahkan parti berkenaan.

"Dr Mahathir akhirnya mengakui bahawa satu-satunya cara untuk mengubah kerajaan adalah melalui pilihan raya umum. Sudah pastinya, Mahathir tidak akan mengakui bahawa beliau sedang berusaha untuk menukar kerajaan.

"Beliau mendakwa, beliau hanya berusaha untuk membuang Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak untuk menyelamatkan UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia.

"Adalah pelik, Seseorang mahu menyelamatkan parti yang didakwa masih menyayangi parti berkenaan dengan berusaha untuk memusnahkannya. Ia seperti mengatakan bahawa anda mahu menyelamatkan manusia dengan memusnahkan dunia," kata Salleh.

-- BERNAMA

Rabu, Oktober 16, 2013

IDRIS BERI LALUAN UNTUK MEREMAJAKAN PARTI

BESUT: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengejutkan ahli-ahli Umno Bahagian Besut apabila beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian tersebut. Sebaliknya beliau berundur ke belakang bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian. Jawatan Ketua Bahagian yang dikosongkan Idris jadi rebutan antara ADUN Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof dengan ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad. Manakala jawatan Timbalan Ketua Bahagian menjadi rebutan ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dengan Pengarah Unit Komunikasi (UKOM), Haji Shamsuddin Sulong. Idris menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Bahagian. Menurut sumber yang rapat dengan beliau, tindakan Idris itu sebagai menyahut seruan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu meremajakan Umno. “Oleh kerana beliau sibuk sebagai menteri dan ahli majlis tertinggi Umno maka sudah sampai masanya bagi orang muda mengambilalih pimpinan Bahagian Besut,” kata sumber itu lagi. Katanya lagi, tindakan Idris wajar dipuji kerana ramai pemimpin yang menjadi Ketua Bahagian enggan berundur. “Sebab itulah beliau sanggup berundur ke bawah supaya Umno Besut diketuai oleh orang muda,” ujarnya. Bagaimanapun,Idris tetap mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi pada 19 Oktober depan.

Selasa, September 03, 2013

TENGKU RAZALEIGH BERI LALUAN KEPADA MUKA BARU

Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya bagi beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di sini. “Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat,” katanya Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak. PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baharu yang dapat menggantikannya. “Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang bersama Orang Asli di Kampung Lambok, di sini hari ini. Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan kepimpinan Umno Oktober ini, Tengku Razaleigh enggan mengulas lanjut. “Saya tidak hendak komen dan kita sama-sama tengoklah pada 28 Sept ini untuk bertanding atau tidak,” katanya. Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baharu parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 Sept (untuk Majlis Tertinggi). – BERNAMA

Selasa, Julai 02, 2013

MUHYIDDIN HARAP MB BERI KERJASAMA

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Memaklumkan perkara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, Menteri Pendidikan Dua, Datuk Seri Idris Jusoh pula bertindak sebagai timbalannya. "Saya diberi tugas oleh Perdana Menteri untuk mengepalai jentera pilihan raya selain melantik Datuk Seri Idris sebagai timbalan. "(Bagaimanapun) kita harap juga pihak Menteri Besar (Terengganu) memberi kerjasama," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di bangunan Parlimen, di sini hari ini. Beliau ditanya pemberita berhubung persediaan BN bagi menghadapi PRK DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar, Rabu lalu. "Kita sudah bersedia. Kita harap pengundi yang sebelum ini mengundi Allahyarham Dr. Rahman membuat keputusan yang sama membantu calon yang akan kita namakan nanti," katanya. Mengulas mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Muhyiddin berkata, beliau menyerahkan kepada badan penguatkuasa itu untuk menjalankan tugas mereka. "Kita tak boleh mencampuri urusan mereka, kalau ada apa-apa aduan dan SPRM nak ambil tindakan, itu bidang kuasa mereka. "Saya percaya SPR akan bersikap terbuka dan memberikan kerjasama yang sepatutnya. Kedua-duanya ialah suruhanjaya, masing-masing ada bidang kuasa tersendiri," katanya.

Isnin, Mei 06, 2013

NAJIB KENA BERI LALUAN KEPADA MUHYIDDIN

Datuk Seri Najib Tun Razak menerima mandat pertamanya daripada rakyat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri keenam selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13. Pakatan Rakyat menguasai baki 89 kerusi, tambahan tujuh kerusi berbanding pada 2008, tetapi pada kali ini, DAP memenangi kerusi terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 dan PAS dengan 21 kerusi. BN juga menawan kembali Kedah dan mengekalkan Pahang, Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Johor. Najib berkata pencapaian BN mungkin lebih baik sekiranya tiada putar-belit dan pembohongan oleh pakatan rakyat dan juga sentimen perkauman yang dimainkan dalam pilihan raya yang telah menimbulkan kebencian dan kemarahan terhadap parti gabungan itu. Kemenangan BN diterajui Umno manakala Sabah dan Sarawak kekal menjadi "simpanan tetap" BN dengan memenangi 47 kerusi. Ini masih merupakan saat bersejarah bagi Najib dan negara kerana ia merupakan kali pertama anak bekas seorang perdana menteri berjaya menerajui 13 parti gabungan untuk memenangi pilihan raya umum ini yang merekodkan 13.27 juta pemilih berdaftar. Najib telah berkempen tanpa mengenal penat lelah di seluruh negara untuk menyakinkan pengundi mengenai transformasi yang berlaku dalam BN dan aku janji dalam manifesto BN yang mendahulukan rakyat dan untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi. Pengerusi BN itu dan beberapa pemimpin parti komponen telah berkumpul di ibu pejabat BN di Menara Dato Onn di ibu negara untuk menunggu keputusan pilihan raya. Dalam pada itu, MCA, parti komponen kedua terbesar BN, terus merekodkan kegagalan besar pada kali ini manakala keadaannya lebih teruk lagi bagi Gerakan berbanding pada 2008. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat pengumuman yang disiarkan secara langsung di televisyen pada kira-kira 1 pagi apabila BN mencapai majoriti mudah 112 kerusi. Sejurus selepas itu, Najib muncul dalam siaran secara langsung di televisyen untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat memilih semula BN dan menggesa semua pihak, khususnya pakatan rakyat untuk menerima keputusan itu selaras dengan proses demokrasi negara. Beliau melahirkan kebimbangan dengan sokongan pengundi Cina yang lari daripada BN dengan menyifatkannya sebagai "tsunami kaum Cina" yang amat tidak sihat bagi negara disebabkan oleh sentimen perkauman yang dimainkan pada pilihan raya ini. "Demi negara, hanya dasar-dasar sederhana yang harus diterima sebagai dasar negara kita. Saya memang jangkakan ini, tetapi bukanlah sebanyak ini, namun di sebalik peralihan sokongan sebanyak ini, BN tidak tumbang dan akan kekal," katanya pada sidang akhbar. Katanya pada keseluruhannya keputusan yang dibuat rakyat kali ini menunjukkan trend polarisasi pengundian dan ini membimbangkan pihak kerajaan kerana kalau tidak ditangani dengan sebaik-baiknya boleh menimbulkan ketegangan atau perbalahan dalam negara. Najib berkata kerajaan seterusnya akan usahakan proses penyatuan kaum dan menolak kefahaman yang keterlaluan atau unsur-unsur perkauman yang tidak sihat dan akan menjurus kepada dasar-dasar yang berpaksi kepada keputusan yang sederhana atau wasatiyah. Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno, mengambil alih tampuk pemerintahan negara empat tahun lepas pada 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, setahun selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga buat pertamanya kalinya walaupun tetap menguasai Dewan Rakyat pada 2008. Najib mengalahkan calon PKR Mohd Fariz Abdul Talib dengan majoriti lebih besar 35,613 undi berbanding 26,464 undi pada 2008 mengatasi lawannya dari PAS, untuk mengekalkan kubu kuatnya di Pekan, kerusi yang dahulunya diwakili bapanya Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan perdana menteri kedua. Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menang besar di kerusi Parlimen Pagoh, mengalahkan Mohamad Rozali Jamil dengan kelebihan 12,842 undi. Pemimpin parti komponen BN, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan, masing-masing menang di kerusi Cameron Highlands dan Saratok. Palanivel, yang kalah di Hulu Selangor pada 2008, menang dengan majoriti 462 undi mengatasi pencabar terdekatnya M. Manogaran (DAP) dalam pertandingan lima penjuru manakala Mawan menang dengan kelebihan 2,081 undi dalam pertarungan tiga penjuru. Tiga pemimpin parti komponen BN mengalami kekalahan dengan Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pedamar di Perak manakala di Sabah, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu Tan Sri Bernard Dompok dikalahkan di Penampang dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Lui Vui Keong kalah di Sandakan. MCA, parti komponen kedua terbesar BN, menang hanya tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan hanya 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi parti itu. Parti itu mengalami kekalahan menerusi Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Chong Ha, bekas Menteri Pengangkutan di Lumut manakala bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong di Kampar. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hanya mampu bertahan dengan majoriti tipis 376 undi ke atas calon DAP Wong Tack di Bentong. Gerakan menang hanya satu kerusi Parlimen dan tiga DUN. Ia bertanding di 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN. Dalam pertandingan di 'kerusi panas', bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman kalah kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kekal gah untuk penggal ketiga di Putrajaya dengan menundukkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, malah dengan majoriti besar 5,541 undi di pusat pentadbiran persekutuan itu. Di Lembah Pantai, di sini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengalahkan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan kelebihan 1,847 undi. Ulasan saya, prestasi Najib lebih teruk dari prestasi Pah Lah dalam pilihanraya umum 2008. Oleh itu Najib yang membuat pelbagai transformasi gagal memikat hati rakyat. Oleh itu Najib kena berunur dan beri laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM yang baru. Walaupun pelbagai produk 1Malaysia diperkenalkan Najib, ia masih gagal memenangi pilihanraya dengan majoriti dua pertiga. Oleh itu Najib perlu berundur sebelum didesak ahli-ahli UMNO dengan meletakkan Muhyiddin sebagai calon Presiden UMNo yang baru pada pemilihan November ini.

Khamis, Oktober 04, 2012

BERI KEUTAMAAN KEPADA ANAK TEMPATAN

Pengerusi Perkasa Daerah Kemaman, Zulkifli Ngah berpendapat sudah sampai masanya bagi DUN Air Putih, Kemaman diberi semula kepada anak tempatan. Menurut beliau, kali pertama dan terakhir ADUN tersebut diwakili anak tempatan dari tahun 1986 hingga 1999 (Haji Harun Hassan) selama tiga penggal. Pada tahun 1999, kerusi itu ditandingi anak Kijal, Dr Ramli Taib tetapi tewas kepada calon PAS, Haji Ismail Harun. Pada tahun 2004, anak Chukai, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid dipilih sebagai calon BN Air Putih dan menang tapi digugurkan pada pilihanraya umum 2008 yang ditandingi anak Chukai juga, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar. Wan Hakim menang dan prestasinya dikatakan kurang disenangi pengundi tua. Sebaliknya beliau berjaya menambat golongan muda dengan berbasikal masuk kampung menemui rakyat. Pada pilihanraya umum akan datang Wan Hakim dikatakan akan dicalonkan di DUN Chukai kawasan lama ayahandanya, Wan Mokhtar yang juga bekas Menteri Besar Terengganu. Zulkifi berpendapat jika Wan Hakim dipindahkan ke DUN Chukai, sudah sampai masanya bagi pucuk pimpinan memilih anak tempatan sebagai calon BN. Di antara nama-nama yang disebut ialah Zulkifli Sulong, Tuan Kecil Tuan Tengah dan Jantan Mohamad. Manakala orang luar yang turut popular ialah Wan Ahmad Nizam, Rosli Ahmad dan Wan Hakim selaku penyandang jawatan. "Hanya anak tempatan yang memahami kehendak rakyat Air Putih," tegas Zulkifli Ngah lagi.

Jumaat, Jun 10, 2011

MAHUKAH UMNO BERI PELUANG KEPADA NASHARUDDIN?


Bolehkah UMNO menerima bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin? Mahukah UMNO beri peluang kepada Nasharudin bertanding dalam pilihanraya akan datang? Jika masalah ini tidak difikirkan oleh UMNO, tak payahlah Zaini Hassan kolumnis Utusan Malaysia mempelawa Nasharuddin masuk UMNO.

Ke mana Ustaz Nakhaie selepas menyertai UMNO? Bekas Naib Presiden PAS itu tidak pernah diberi peluang oleh BN bertanding di Baling. Sepatutnya dia diberi peluang mencabar bekas Imam masjid Negara, calon PAS, Ustaz taib nazamuddin.

Orang UMNO tidak akan beri peluang kepada ahli-ahli dari parti pembangkang duduk di hadapan. UMNo mahu mereka menjadi pengikut sahaja.Sebab itu pemimpin PAS tidak ada hati untuk menyertai UMNO.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia semalam mecadangkan Nasharudin Mat Isa yang tewas jawatan timbalan presiden pada pemilihan PAS minggu lalu supaya meninggalkan parti itu dan berjuang dalam Umno.

Menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu semlam, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian.

“Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

“Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya.

Selain itu, Zaini juga mendakwa matlamat PAS sudah terpesong kerana sanggup meninggalkan janjinya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan memilih bagi mendirikan negara berkebajikan.

“PAS kini telah meninggalkan perjuangan yang kononnya dipegang sejak dulu, untuk bersekongkol dengan sebuah parti yang kita kenali sebagai terlalu antikan Islam.

“Slogan 'langkah mayat saya dulu' begitu terkenal setelah Karpal Singh memberi amaran kepada PAS mengenai cadangannya mahu mewujudkan negara Islam dan mewujudkan hukum Hudud.

NONE“Tapi kini, kerana terlalu beralah dan mengharapkan bantuan DAP, mereka tidak berkuasa 'melangkah mayat' Karpal. Karpal bagi PAS merupakan kapal yang boleh membawa mereka mencapai cita-cita politik,” kata Zaini.

Justeru, beliau mencadangkan Umno yang kini mempunyai “cukup advantage serta kelebihan hasil muktamar PAS supaya merebut peluang itu.

“Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,” tulisnya.

Menurut Zaini, ia bersesuaian dengan penubuhan Sekretariat Ulama Muda Umno dikenali sebagai ILMU yang diwujudkan tahun lalu dan diletakkan di bawah Biro Agama parti itu.

young ulama join umno 250610 02“ILMU perlu dikembangkan kepada sebuah Sayap.

“Kita mahu supaya sekretariat ini diangkat menjadi sebuah sayap yang mempunyai Ketua Ulama, Naib Ketua Ulama dan exco-exconya yang tersendiri supaya fungsi dakwahnyake seluruh negara dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan mantap,” katanya lagi.

Zaini mengakhiri rencananya dengan mendoakan presiden Umno mempertimbangkan syor penubuhan Sayap Ulama itu dan membawa usul itu dalam Perhimpunan agung Umno akan datang.

“Allah SWT telah membuka laluannya kepada Umno, rebutnya peluang itu,” tulisnya.

Ahad, September 27, 2009

BERILAH TAN SRI KEPADA RAHIM BAKAR


Sudah menjadi adat orang Melayu, orang yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara biasanya akan dikenang dan dihormati sehingga ke akhir hayat.

Bagi bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir, penghormatan diberi bagaimanapun tidak seharusnya terhenti setakat individu itu masih bernyawa, sebaliknya perlu diteruskan sehingga ke akhir upacara pengurusan jenazahnya.

Beliau tidak menafikan Islam menuntut kesederhanaan, namun katanya, kesederhanaan itu sewajarnya bersesuaian dengan jasa serta pengorbanan yang dilakukan seseorang pemimpin atau penjawat jawatan tertinggi kerajaan.

"Ada upacara pengkebumian pemimpin atau penjawat tinggi kerajaan, saya mendapati berlangsung dalam keadaan yang 'terlalu sederhana' seperti yang berlaku terhadap jenazah bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar.

"Tidak dinafikan, kesederhanaan memang dituntut Islam, tetapi biarlah kesederhanaan itu berpada, sesuai dengan jasa serta pengorbanan pemimpin dan penjawat jawatan tinggi kerajaan itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut, beliau percaya upacara pengkebumian Abdul Rahim akan menjadi lebih baik sekiranya ia dilakukan di kampung halamannya di Beserah, Pahang.

Menurutnya, ada kemungkinan ahli keluarga gagal memikirkan jalan terbaik untuk menguruskan jenazah disebabkan baru kehilangan orang tersayang, justeru kerajaan perlu memainkan peranan dengan memberi layanan terbaik kepada jenazah.

"Contohnya, di tanah perkuburan kalau boleh siapkan lah khemah, tidaklah cuma direntang kain untuk dibuat alas. Agensi-agensi tertentu mungkin boleh berusaha menyediakannya kerana keluarga si mati pastinya sukar berfikir dengan baik akibat kehilangan orang tersayang.

"Jenazah Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, seorang yang banyak berjasa kepada negara sebelum ini diterbangkan dengan helikopter ke kampung halaman. Itulah penghormatan terbaik untuk individu berjasa," ujarnya.


Komen saya senang saja bila pemimpin sudah tidak ada kuasa, maka penghormatan tidak diberi lagi seperti kata Adam Kadir. Orang yang berjasa seperti Rahim Bakar sepatutnya sudah lama jadi Tan Sri tapi apa yang kerajaan buat kepada beliau. Beliau dilupakan begitu sahaja seperti kata bekas ADUN Beserah, Datuk Fauzi Abdul Rahman bahawa politik tidak berlaku adil kepada Rahim Bakar.

Soal beliau mahu dikebumikan di Beserah atau Kuala Lumpur, terpulang kepada keluarga mereka. Seperti kata Adam, jika beliau dikebumikan di Beserah, sudah tentu beliau lebih dihargai kerana para pengundinya dapat datang menghantar jenazahnya ke kubur.

Oleh itu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wajarlah menamakan mana-mana dewan yang ada di DBP sebagai Dewan Rahim Bakar sempena namanya atau mana-mana sekolah di DUN Beserah ditukar kepada Sekolah Menengah Datuk Rahim Bakar sebagai menghargai jasanya kepada negara. Malah DBP juga patut menerbitkan biografi beliau mengisahkan keberaniannya sepanjang menceburi bidang politik.


Khamis, Mac 05, 2009

KAMI HANYA BERI AMARAN


Datuk Kadar Shah menegaskan bahawa tindakannya bersama Datuk Mazlan Datuk Harun adalah memberi amaran kepada pucuk pimpinan UMNO supaya mengambil tindakan segera kepada aduan salah laku politik.

"Kami belum lagi membuat injunksi mahkamah. Cuma beri amaran sahaja, " katanya ketika dihubungi di Australia pagi ini mengulas kenyataan calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Kadar, mereka berbuat demikian untuk membersihkan UMNO dari gejala politik wang.

Kata Muhyiddin, tindakan dua ahli UMNO, Kadar Ninam Shah dan Mazlan Harun mahu memohon injunksi di mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada 24 hingga 28 Mac ini, akan mencemarkan nama baik parti.

Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin menegaskan, adalah tidak wajar Ketua UMNO Cawangan Bandar Muar dan ahli UMNO Sri Dagang, Kota Damansara itu mengheret parti ke Mahkamah.

“Tindakan mengheret UMNO ke mahkamah tidak wajar walaupun mereka menuntut disegerakan tindakan terhadap kes-kes (politik wang) yang telah dilaporkan kepada Lembaga Disiplin,” katanya semalam.

Kadar dan Mazlan semalam dalam sidang akhbar menegaskan akan mengambil tindakan memohon injunksi daripada mahkamah sekiranya pucuk pimpinan UMNO tidak menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum pemilihan UMNO.

Kedua-duanya kesal kerana tiada tindakan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Disiplin UMNO terhadap laporan mereka berkaitan isu politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menegaskan, UMNO sedang berhadapan dengan banyak ujian dan cabaran yang getir.

Tegasnya, setiap ahli parti harus bertindak dengan lebih bijaksana untuk membantu pimpinan menangani masalah yang lebih utama.

“Mengikut peraturan parti, tindakan sebegini ditegah kerana ia mencemar nama baik UMNO dan kalau injunksi itu dilakukan juga maka keahlian mereka dalam parti terlucut secara automatik,” katanya.