Rabu, Ogos 01, 2012

ADAKAH LAJIM KING MAKER?

Datuk Seri Lajim Haji Okin pernah menjadi king maker kepada penubuhan kerajaan baru, kerajaan BN apabila dia meninggalkan kerajaan PBS pada tahun 1994.Kini beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Umno Beaufort dan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Adakah Lajim akan menjadi king maker kepada kerajaan baru pula pada pilihanraya umum akan datang? Sama-samalah kita tunggu tarikh pilihanraya sama ada beliau akan jadi king maker sekali lagi. Beliau adalah Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang telah dibatalkan jawatannya. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tercemar apabila seorang timbalan menteri melepaskan jawatan dalam Umno walaupun dia masih kekal sebagai ahli Umno. Dia bukan kecil anak. Dia adalah seorang ahli majlis tertinggi Umno. Sudah dua penggal berada dalam Majlis Tertinggi Umno. Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dipecat dari Umno. Adakah Lajim akan menjadi hero seperti Datuk Seri Pairin Kitingan dipecat dari jawatan menteri dalam kerajaan Berjaya oleh Datuk haris Salleh? Lajim dijangka bertanding dua kerusi parlimen dan DUN Klias kawasan lamanya. Jika Pakatan Rakyat menangt di Sabah, adakah Lajim akan menjadi Ketua Menteri Sabah? Beliau pernah melobi jawatan itu tetapi ia menjadi milik Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan orang kuat Pak Lah ketika itu. Politik Musa begitu licik. Dari jawatan Ketua Menteri digilirkan setiap dua tahun sekali, akhirnya dengan tipu helahnya Musa kekal sebagai Ketua Menteri sampai sekarang dah masuk 10 tahun. Musa dikatakan mahu mencantas Lajim sebaggai calon Bn pada pilihanraya umum akan datang, maka Lajim ambil keputusan yang lebih ceoat declare melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengaruh Lajim di Beaufort begitu kukuh kerana dia bukannya orang yang kedekut. Dia pandai jaga hati para pengundinya. Oleh itu tidak mustahil Lajim akan menang di Beaufort walaupun dia tidak bertanding sebagai calon BN. BN kena kerja kuat untuk mengekalkan kerusi parlimen dan DUN Klias yang bakal ditandingi Lajim nanti. Saya mengenali Lajim ketika bertugas sebagai wartawan Watan di sabah pada tahun 1989. Sejak itu kami tak putus bersahabat. Oleh itu saya doakan beliau berjaya dalam pilihanraya umum nanti.