Memaparkan catatan dengan label wajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wajar. Papar semua catatan

Selasa, Februari 09, 2016

GAJI PEKERJA ASING WAJAR DIKENAKAN CUKAI PENDAPATAN



Keputusan kerajaan untuk menyusun semula sistem kadar levi untuk pekerja asing kepada dua kategori sahaja dijangka memberi pendapatan tambahan RM2.5 bilion kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar baharu itu akan berkuat kuasa mulai  1 Febuari lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS), satu-satunya universiti di tengah Sarawak yang merupakan sebahagian program lawatan dua hari beliau ke Sarawak baru baru ini.

Beliau berkata sebelum ini, pekerja asing dikenakan kadar berbeza berdasarkan kepada sektor-sektor di mana mereka bekerja seperti pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.

“Sekarang hanya ada dua kategori. Pertama adalah untuk mereka yang berada di sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Di sini setiap pekerja akan dikenakan kadar baharu RM2,500.

“Bagi mereka yang bekerja di sektor ladang dan pertanian yang terletak di bawah kategori kedua, kadar tersebut adalah RM1,500 bagi setiap pekerja,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, pekerja domestik dikecualikan. Menurut statistik, beliau berkata kini terdapat kira-kira 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 telah menyentuh mengenai penyusunan semula ini.

“Ini adalah selaras dengan perkembangan dalam senario ekonomi negara dan di peringkat antarabangsa, “katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu tampil dengan kadar baharu memandangkan pekerja asing juga menikmati pelbagai faedah seperti harga subsidi makanan dan keperluan lain yang semata-mata untuk rakyat negara ini.

“Mereka juga menikmati infrastruktur yang baik yang disediakan kerajaan, tapi kita juga mengiktiraf peranan penting mereka dalam pembangunan negara dan ekonomi kita, “katanya.

Namun demikian Dr Zahid berkata KDN akan mengadakan pertemuan dengan majikan selepas perayaan Chap Goh Meh yang membantah kenaikan harga levi itu. Mereka tidak bersetuju harga levi yang dikenakan terlalu tinggi.

Berdasarkan harga baru levi sebanyak RM2.500 yang memberi pendapatan tambahan sebanyak RM2.5 billion  sepatutnya kerajaan mengenakan cukai pendapatan kepada setiap gaji tahunan pekerja asing. Terpulang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menetapkan kadar potongan cukai kerana 2.35 juta pekerja asing membawa  pulang sebanyak RM71.76 bilion ke negara masing masing.

Sudah sampai masanya kerajaan meminda akta buruh di parlimen supaya pekerja asing turut dikenakan cukai pendapatan. Bayangkan setiap pekerja asing diberi gaji sebanyak RM2,600 sebulan. Ini bermakna jumlah  gaji setahun setiap pekerja asing adalah sebanyak RM31,200.00

RM31,200 darab 2.3 juta pekerja asing maknanya mereka mendapat RM71.76 billion  tolak dengan hasil negara RM2.5 billion maknanya mereka membawa pulang sebanyak RM69.26 billion. Alangkah ruginya negara kita tidak mengenakan cukai di atas RM69.26 billion itu.

Kalau kenakan cukai pendapatan sebanyak 10 peratus pun, hasil pendapatan negara bertambah RM6.9 billion. Bukan sahaja kita rugi dari segi tidak mengenakan cukai pendapatan kepada mereka, malah mereka yang untung kerana menikmati subsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. Pekerja asing beli gula, beras, minyak masak dengan harga yang sama dengan harga subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia.

Perkiraan ini berdasarkan kepada pekerja asing yang berdaftar. Bagi PATI yang tidak berdaftar lebih banyak lagi mereka membawa pulang wang ke negara mereka. Sebab itu sudah sampai masanya bagi kerajaan menilai cadangan ini. Mungkin cara ini boleh mengurangkan kemasukan pekerja asing selepas ini tetapi sekurang-kurangnya negara dapat hasil dari titik peluh mereka.

Rabu, Disember 09, 2015

MUHYIDDIN WAJAR DIPECAT

Majlis tertinggi umno memutuskan bahawa timbalan presidennya, muhyiddin yasin tidak perlu merasmikan persidangan serentak pemuda, puteri dan wanita tetapi muhyiddin tetap mengadakan majlis berasingan di kelab sultan sulaiman kg baru untuk berucap.

Ini sudah jelas muhyiddin tidak mematuhi arahan parti dan beliau memang wajar dipecat dari umno. Dalam ucapannya di kg baru beliau sekali lagi membangkitkan isu 1mdb dan derma rm2.6billion yang jadi punca pemecatan beliau dari jawatan tpm.

Sebab itu majlis teringgi umno tidak membenarkan beliau berucap kerana isu yg sama dibangkitkannya jika beliau diberi peluang merasmikan perhimpunan agung pemuda, puteri dan wanita.

Cuba bayangkan jika teks ucapan beliau di kg baru digunakan muhyiddin untuk merasmikan pemuda, wanita dan puteri maka sudah tentu kecoh apabila beliau membaca para ke 62 yang memetik desakan orang ramai dalam facebook yang mendesak najib berundur.

Adakah ini yang sepatutnya keluar dari ucapan timbalan presiden umno dalam perhimpunan agung umno? Seperti kata najib, muhyiddin ada sakuran untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada najib dan bukannya bercakap terbuka yang dilihat secara langsung oleh rakyat malaysia. Bukan main seronok pembangkang melihat muhyiddin belasah najib secara terbuka yang belum pernah dibuat oleh mana mana timbalan presiden umno sebelum ini.

Seperti kata tengku adnan, lembaga disiplin yang berhak memutuskan nasib muhyiddin. Bagi saya sudah sampai masanya muhyiddin dipecat dari umno. Sampai bila umno nak simpan duri dalam daging dan musuh dalam selimut?

Isnin, Mei 20, 2013

KU LI YANG WAJAR KETUAI UMNO

Hujung tahun ini bakal ada pertandingan semua jawatan dalam UMno. Pada hemat saya, bila Najib gagal dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum 5 Mei, maka jawatan Presiden perlu dipertandingkan. Pada hemat saya, Tengku razaleigh hamzah atau Ku Li yang layak mengetuai Umno di waktu usia senja ini. Dr Mahathir dapat keputusan cermerlang dua pertiga dalam pilihanraya pertama beliau pada tahun 1982.Begitu juga Pak Lah pada pilihanraya umum 2004. tetapi najib gagal mendapat majoriti dua pertiga pada pilihanraya pertamanya pada tahun 2013. Maka perwakilan Umno perlu memilih Presiden Umno yang baru. Saya kira Ku Li yang paling layak mengetuai Umno untuk tiga tahun akan datang. Pilihanraya umum 2018 akan menjadi lebih sengit kerana golongan muda semakin menjauhi BN. Maka Presiden UMNO yang baru mesti memenangi semula rakyat terbanyak untuk mengundi BN. jika tidak BN hanyut pada tahun 2018. Kenapa Ku Li yang paling layak? kerana dia konsisten dalam perjuangan. Dahulu beliau tidak bersama Umno kerana mahu hidupkan semula Umno lama. Setelah Semangat 46 dua kali ditolak rakyat dalam pilihanraya umum 1990 dan 1995, beliau kembali menyertai semula Umno pada tahun 1996.

Selasa, September 11, 2012

NASIR TAK WAJAR UNGKIT PERLANTIKAN MB

Ahli Parlimen Kuala Nerus Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang dikenali sebagai pemimpin yang matang dalam sepak terajang politik tidak wajar mengungkit isu perlantikan Menteri Besar lagi kerana isu lapuk itu telah dilupakan oleh semua rakyat Terengganu. Rakyat Terengganu mahu Menteri Besar sekarang terus menerajui kepimpinan negeri. BN Terengganu menjadi semakin hebat dan yakin mendapat sokongan padu daripada rakyat Terengganu dalam PRU ke-13 nanti. Dalam temubual dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 6 September 2012, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu sepatutnya tidak melayan sikap segelintir individu yang kecewa atau berniat tidak baik kepada kepimpinan sekarang. Selaku peneraju kepimpinan UMNO di Kuala Nerus, tumpuan harus diberikan kepada memperkasakan sokongan rakyat di parlimen itu serta berusaha menyelesaikan masalah dalaman yang mungkin berbangkit dan mengembalikan DUN Bukit Tunggal kepada BN pada PRU ke-13 tidak lama lagi. Pengalaman pahit telah mengajar kita dimana isu berkaitan tuduhan kepada seorang pegawai kerajaan negeri yang difitnah dalam isu SMS yang juga melibatkan beberapa ADUN BN di Terengganu dan akhirnya terbukti pegawai kerajaan berkenaan didapati tidak bersalah, manakala orang yang memfitnah itu telah dijatuhi hukuman penjara setahun. Kita percaya, Dato’ Nasir tidak beranggapan kepimpinan Terengganu sekarang perlu diubah sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Kita amat yakin, Dato’ Nasir diambil kesempatan dan dipengaruhi oleh segelintir oleh pegawai kerajaan yang kecewa dengan kehebatan kepimpinan Dato’ Seri Menteri Besar sekarang. Adakah isu SMS tersebut akan berulang kembali? Harapan agar Dato’ Nasir menyemak semula artikel bertajuk Terengganu boleh menang, asalkan… dalam Utusan Malaysia dan membuat kenyataan untuk membetulkannya, melainkan beliau sanggup dipergunakan oleh pegawai kerajaan terbabit ataupun beliau sendiri berniat mahu mengganti kepimpinan negeri yang telah diterima oleh rakyat. Biarlah pentadbiran kerajaan negeri dan politik ada sempadan tertentu supaya masing-masing dapat memberikan tumpuan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Kita yakin Dato’ Nasir boleh memainkan peranan yang lebih hebat untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar dan seterusnya mengukuhkan sokongan pengundi kepada BN di Terengganu khususnya di Parlimen Kuala Nerus. Alangkah malang sekiranya Dato’ Nasir dijadikan kambing hitam oleh pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang tidak mahu melihat hubungan baik beliau dengan Menteri Besar, dan jika ia berlaku tiada pihak yang akan untung kecuali mereka yang berniat jahat seperti kata pepatah “kalah jadi abu, menang jadi arang”. Renunglah dengan mata hati yang ikhlas demi maruah diri dan masa depan rakyat Terengganu. http://dgp-dapgantipas.blogspot.com

Isnin, Julai 11, 2011

LANGKAH POLIS TIDAK TANGKAP ANWAR WAJAR


Langkah polis tidak menangkap Anwar Ibrahim dalam perhimpunan haram dua hari lepas wajar kerana polis tidak mahu dia disanjung sebagai wira. Sebaliknya semua kena tangkap termasuk Haji Hadi, Mat Sabu, Ambiga sebaliknya orang tertanya-tanya kenapa Anwar tidak ditangkap.

Itulah harapan Anwar supaya dia ditangkap kerana mahu memohon simpati dunia kononnya kerajaan BN zalim.Tapi pelakon terbaik ini sempat cipta isu kononnya dia cedera dan masuk hospital. Memang hebat lakonan Anwar.

Apa yang berlaku pada hari Sabtu lepas menunjukkan orang Melayu yang mudah diperalatkan oleh Ambiga. Kenapa majoriti Melayu yang hadir sedangkan pejuang murtad yang anjurkannya? Mana pergi orang Cina dan India. Orang Melayu memang sudah berjaya diperalatkan oleh Ambiga kononnya mahu hantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong sedangkan peluang untuk menghadap Agong sudah ada tiga hari sebelum itu.

Motif Bersih mahu memalukan Malaysia di mata dunia. Gambar ini disiarkan oleh CNN kononnya Malaysia sudah jadi seperti Mesir rakyat merusuh kerana marahkan BN.Sebaliknya langkah tegas polis menghalang mereka masuk Kuala Lumpur berjaya.

Tahniah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang berjaya menyekat ratusan ribu berada di Stadium Merdeka. Tidak seperti 2007 di mana perhimpunan Bersih gagal ditangani oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Pak Lah sendiri dan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan.

Seperti kata Ibrahim Ali, Ambiga wajar dilucutkan kerakyatan kerana gagal mematuhi arahan Agongs supaya jangan berkumpul secara haram. Kenapa mereka tidak berkumpul di Stadium Melawati, Shah Alam kerana mereka bukannya mahu bercakap tentang pilihanraya tetapi untuk memalukan kerajaan Malaysia di mata dunia.

Ahad, Jun 13, 2010

USAHA PENERBIT LEGENDA BUDAK SETAN WAJAR DIPUJI


Jarang filem Melayu diterbitkan berdasarkan novel popular. Usaha penerbit filem Legenda Budak Setan menerbitkan filem berdasarkan novel karya Ahdiat Akashah wajar diberi pujian. Apatah lagi sudah banyak novel Melayu yang difilemkan telah gagal di box office.

Lain dengan Legenda Budak Setan yang dilakonkan oleh ramai pelakon popular masa kini seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar,Raja Farah, Fazura, filem ini telah mengutip lebih dari RM2 juta. Sudah tentu usaha Astro Shaw menerbitkan filem ini agak berbaloi dengan fotografi yang cantik serta arahan yang mantap dari seorang pengarah India, Sharad Sharan.

Filem Melayu kini bukan sahaja diarahkan oleh orang Melayu malah orang bukan Melayu minat menerbitkannya seperti David Teo. Sekali lagi gabungan Farid Kamil dan Lisa Surihani membuktikan bahawa mereka adalah pasangan yang serasi di layar perak. Sebelum ini mereka ditemukan dalam Cinta Merah Stiletho, kini mereka adalah pasangan yang romantis dalam Legenda Budak Setan.

Farid berjaya menghidupkan wataknya. Begitu juga Lisa, Raja Farah, Fazura. Que Haidar dengan watak bengisnya memang dibenci penonton. Bila penonton benci, menunjukkan Que Haidar berjaya menghidupkan wataknya sebagai suami yang cemburu, panas baran dan kaki pukul isteri.

Pelakon baru Shikin Kamal yang diperkenalkan buat kali pertama melalui filem ini juga berjaya membawa watak Ayu yang sudah memnerima pembedahan plastik. Ini semua wajar diberi pujian kepada guru lakon mereka, Fauziah Ahmad Daud yang berjaya membentuk para pelakon dengan watak masing-masing.

Legenda Budak Setan bukan sahaja membuat kita ketawa tetapi membuat kita menangis. Tahniah Sharad Sharan yang berjaya mencuit perasaan para penonton. Selama ini banyak novel remaja yang boleh difilemkan tetapi para penerbit kita agak malas membaca novel. Jadi usaha yang dibuat oleh Sharad Sharan ini mengangkat novel popular ini wajar diberi pujian. Bagi mereka yang belum menonton filem ini, pergilah segera kerana rugi jika anda tidak menontonnya. Sebagai peminat setia Lisa Surihani, saya tidak pernah miss filem-filem lakonannya. Tahniah Lisa!