Sabtu, September 22, 2012

DAH DAPAT UTAR, NAK KOLEJ UNIVERSITI TAR PULAK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dan menyokong cadangan agar Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dinaik taraf menjadi kolej universiti. Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan kewangan kepada KTAR walaupun setelah institusi itu dinaik taraf sebagai kolej universiti. "Permohonan agar KTAR dinaik taraf kepada kolej universiti sudah dikemukakan kepada Kabinet dan saya yakin kolej ini mampu memenuhi semua syarat ditetapkan untuk mencapai status itu. "Ini kerana kolej ini adalah lambang kepada akses pendidikan berkualiti apabila seramai 160,000 Alumni KTAR kini muncul sebagai modal insan yang berperanan dalam menyumbang kepada kemajuan negara. "Bagi kerajaan, kita memberi jaminan akan meneruskan bantuan kepada KTAR walaupun sudah dinaik taraf kepada kolej universiti kelak," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Alumni KTAR, di sini malam ini. Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang juga Pengerusi Majlis KTAR dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha. Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan telah menyalurkan bantuan sebanyak RM766 juta kepada KTAR dan ia bukti Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan komited dalam usaha membangunkan bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan atau warna kulit. Katanya, kerajaan sedar untuk menjayakan hasrat muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, akses kepada pendidikan berkualiti perlu dipertingkatkan bagi melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada cita-cita tersebut. "Inilah yang kita lakukan sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu kerana melalui pendidikan berkualiti jugalah ia akan menyatukan bangsa Malaysia melalui gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan," katanya. Ulasan saya, dahulu kerajaan dah tunaikan permintaan MCA tubuhkan Universiti Tunku Abduyl Rahman (UIAR). Sekarang minta naik KTAR jadi kolejh universiti pulak> Apa ni MCA? Tak habis-habis tekan Najib. Najib yang takut dengan MCA tunaikan hasrat itu sedangkan orang Cina akan menolak terus MCA pada pilihanraya umum akan datang. Apa nak jadi Najib? Baru ini dah iktiraf semua diploma KTAR, ni nak naik taraf kolej universiti pula KTAR? Di mana suara Perkasa dalam soal ini?