Memaparkan catatan dengan label haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label haram. Papar semua catatan

Ahad, Julai 24, 2016

RAPIDKL MAKAN DUIT HARAM?



RapidKL merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat 179 laluan bas penumpang yang dikendali RapidKL, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006.


Bas-bas RapidKL terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2003 dan dialihkan operasinya ke RapidKL tahun berikutnya.


Sejak beroperasi pada tahun 2004, sudah 12 tahun bas RapidKL memonopoli laluan utama di Kuala Lumpur. Sejak 12 tahun lalu, sudah berjuta RapidKL makan duit haram. Ini adalah kerana tambang bas yang dikenakan ialah sebanyak RM1.90 sedangkan penumpang beri duit sebanyak RM2.00 yang mana 10 sen tidak dikembalikan.


Cuba bayangkan sudah banyak mana duit 10 sen yang dimakan oleh RapidKL setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun serta 12 tahun? Adakah itu duit halal atau duit haram? Oleh itu SPAD hendaklah mengarahkan RapidKL supaya membuat tambang baru RM2.00 dan bukannya RM1.90.


Buat apa RapidKL makan duit haram sebanyak 10 sen sedangkan duit itu menjadi darah daging untuk bayar gaji pegawai dan kakitangan RapidKL.Sudah 12 tahun RapidKL makan duit haram, maka SPAD perlu buat tambang baru.



Bercakap tentang SPAD, Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar hendaklah cuba naik bas Ekspress dari Kuantan ke Kuala Lumpur, baru dia tahu masalah penumpang bas Express. Sampai di tol Gombak, penumpang tidak boleh turun di situ kerana pemandu akan disaman oleh SPAD sebanyak RM300. Pemandu takut turunkan penumpang kerana pemandu yang disaman dan bukannya syarikat bas yang disaman. Maka penumpang kena turun di terminal bas selatan (TBS). Maka penumpang terpaksa naik LRT dari TBS ke Gombak semula untuk balik ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sedangkan sebelum ini para pelajar UIA



boleh turun di tol Gombak.


Kalau Syed Hamid naik bas, baru dia faham masalah penumpang. Maka SPAD hendaklah membatalkan keputusan tidak membenarkan pemandu bas menurunkan penumpang di tengah jalan kerana peraturan ini menyusahkan rakyat yang naik bas. Syed Hamid yang tak pernah naik bas tidak nampak ini semua.

Jumaat, Oktober 19, 2012

PERKASA KATA HARAM UNDI MCA

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam. Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA. "Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan). "Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat. Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''. Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut. Apa tujuan Soi Lek? Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hassan juga membangkitkan persoalan tujuan kenyataan Dr Chua yang menyentuh isu sensitif itu sedangkan pemimpin veteran itu sudah lama bersama dengan "rakan Islam". "Apakah kita mahu berlaku di sini? Umat Islam wajib pertahankan hukum hudud yang
Menyentuh kenyataan Dr Chua itu, Syed Hasan membidasnya, hudud tuntutan Islam tidak akan membuatkan rakyat hilang pekerjaan, malah memberi banyak peluang pekerjaan. Justeru, katanya lagi, Chua lebih baik berdiam diri kerana beliau didakwa tidak faham apa itu hukum hudud sebenarnya. "Seorang bukan Islam adalah lebih baik tidak menyentuh hukum Islam lebih-lebih lagi di Malaysia," katanya melalui SMS ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Syed Hassan juga mengingatkan supaya perkara sensitif tidak diusik, termasuk yang melibatkan agama bukan Islam, kerana ia pasti mendatangkan kemarahan pihak lain. "Banyak terjadi di sesetengah negara luar, isu agama boleh jadi huru hara sehingga bunuh membunuh antara penganut agama berlainan." katanya lagi.

Selasa, September 14, 2010

HARAMKAN FILEM TAMIL DI TV


Sudah sampai masanya kerajaan mengharamkan penayangan filem Tamil di televisyen. Kalau kita lihat filem Tamil penuh dengan keganasan. Bila bergaduh, terus bawa parang untuk membunih si hero. Pengaruh filem Tamil menyebabkab banyak keganasan berlaku di kalangan kaum India di negara kita.

Paling terbaru kita lihat bagaimana seorang peguam tergamak membunuh empat orang musuhnya termasuk Datuk Sosilawaty Lawia. Selain dari pukul, bunuh, mayat empat orang ini pula dibakar. Betapa ganasnya seorang terpelajar seperti peguam ini sering kita lihat dalam filem-filem Tamil.

Oleh itu sudah sampai masanya filem Tamil diharamkan penayangannya di tv dan juga di pawagam. Apakah kita mahu negara kita ini dipenuhi dengan pembunuhan kejam seperti ini berulang? Cukuplah kita dengar kisah Mona Fendi mengerat mayat Datuk Mazlan Idris menjadi 18 potongan. Setiap hari akhbar laris di pasaran kerana semua orang mahu mengikuti perkembangan pembunuhan kejam Sosilawati sehingga ada akhbar harian yang mendahului polis yang mengatakan Sosilawati sudah dibuh sedangkan polis mengesahkan pembunuhan itu sehari kemudian.

Tahniah kepada polis yang cekap menyelesaikan kes ini. Ini bermakna di zaman canggih ini teknologi banyak membantu polis. Walaupun handphone Sosilawaty tidak ditemui tetapi maklumat nombor orang yang menghubungi aatau yang dihubungi Sosilawati dapat dikesan semula. Inilah untungnya di zaman teknologi yang memudahkan penyiasatan polis.

Jumaat, September 04, 2009

BILA MAJLIS FATWA MAHU HARAMKAN POCO-POCO?


Tidak lama dahulu Majlis Fatwa Agama Islam Kebangsaan telah mengharamkan senaman yoga untuk orang Islam kerana kononnya senaman itu berasal dari senaman agama Hindu.


Sekarang ini bila pula tarian poco-poco mahu diharamkan? Ini adalah kerana tarian itu berasal dari Filipina yang ada kaitan dengan agama Kristian. Saya telah menerima e mail dari seorang rakan yang mengatakan tarian poco-poco bukan berasal dari Indonesia sebaliknya dari Filipina.


Tarian Poco-poco kini begitu popular di kalangan rakyat Malaysia. Malah di semua karaoke kini tidak sah kalau tidak ada tarian poco-poco yang mempunyai lebih 60 rentak.


Ikutilah e mail penuh rakan saya itu:-


Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.


Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia.Ia ditarikan oleh masyarakat yang berugama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.


Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu.


Cuma tarian pocoh-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan. Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan e mel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.


Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.


Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar umat Islam tidak terpesong akidahnya.

Khamis, September 03, 2009

JANGAN MAKAN DUIT HARAM, RAPIDKL


Apa nak jadi dengan bas RapidKL? Dahulu kalau naik bas utama, beli tiket RM2.00 dapat naik bas 10 kali satu hari dengan tiket yang sama. Tetapi mulai 1 September lalu, pengguna RapidKL terpaksa berbelanja lebih.


Yang anehnya ada juga tiket RM1.90 yang menyebabkan pemandu bas yang tiada duit baki 10 sen tidak memulangkan baki kepada pengguna. Ini sudah tentu menguntungkan RapidKl jika 10 sen dipungut dari 1 juta pengguna setiap hari. Oleh itu Rapid KL tidak perlu kenakan tambang RM1,90 tetapi mengekalkan RM2.00 supaya pengguna tidak perlu risau wang 10 sen tidak dikembalikan.


Nampaknya Rapid KL tidak ambil ikhtibar dari kematian tokoh korporat taukeh bas Intrakota dahulu. Ramai pengguna mengadu wang mereka 10 sen tidak dikembalikan semula bila bas itu mengenakan tiket 90 sen. Apabila pengguna memberi wang kertas RM1.00 secara automatik wang 10 sen tidak dikembalikan. Adakah pengguna menghalalkan 10 sen itu diberi secara percuma kepada Intrakota? Jawabnya tidak.


Maka tuan punya Intrakota mati dalam kemalangan helikopter yang berkecai daging tubuhnya kerana makan duit haram 10 sen dari setiap pengguna Intrakota. Oleh itu RapidKL hendaklah ambil ikhtibar dari peristiwa makan duit haram 10 sen ini yang tidak dihalalkan oleh pengguna. Justru itu tiket RM1.90 hendaklah dikekalkan RM2.00 untuk memudahkan pengguna.


RapidKL tidak ketinggalan mahu berkhidmat kepada orang ramai apabila ia mengambil berat terhadap penularan pandemik Influenza A (H1N1), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kini menyediakan pembersih tangan nyahkuman bagi pengguna di semua 48 stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT).


Pengurus Besar Komunikasi RapidKL Ebi Azly Abdullah berkata penyediaan kemudahan itu adalah sebahagian usaha RapidKL untuk mengekang wabak itu daripada merebak.


"Kira-kira 350,000 penumpang LRT di Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang kini boleh menggunakannya secara percuma, dan kemudahan ini disediakan di ruang khas di semua stesen LRT sehingga wabak H1N1 berjaya dikekang," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.


Sejak wabak itu menular, RapidKL telah melaksanakan penguatkuasaan Pelan Kesinambungan Perniagaan untuk memastikan operasi tren dan bas tidak terjejas termasuk mewujudkan pasukan petugas dalaman khas untuk mengawasi status keseluruhan H1N1.


Ebi Azly berkata selain itu topeng pernafasan khas diberi kepada semua kakitangan, manakala pemeriksaan rambang dibuat di semua stesen LRT dan depot bas terhadap semua staf yang bertugas.


Beliau berkata bagi memastikan kemudahan tren dan bas sentiasa bersih, RapidKL melaksanakan program pembersihan khas di tren dan bas setiap hari dengan menggunakan bahan anti-bakteria khas.


RapidKL juga dalam usaha menggantikan pemegang tangan dalam semua tren LRT Aliran Kelana Jaya yang kini sudah digunakan melebihi 11 tahun, katanya.


Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian bantuan di 03-78852585 atau melayari laman web www.rapidkl.com.my.Sehingga Khamis, pandemik H1N1 mengakibatkan 73 kematian di negara ini dengan 230 lagi disahkan positif H1N1.