Saya mohd zabidi bin saidi pemilik blog ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini serta kepada kawan kawan dan sanak saudara. Saya minta maaf semalam tak ada posting kerana cyber cafe dah tutup di bandar chukai.
Saya tak biasa menulis terus dengan handphone ini. Hari ini saya cuba guna handphone ini. Saya berada di kemaman selama seminggu. Dan kepada kawan kawan yang selalu ditemui dalam grup wasap dapatlah kita bertemu di bandar cukai. Selamat hari raya aidilfitri.
Memaparkan catatan dengan label selamat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selamat. Papar semua catatan
Rabu, Julai 06, 2016
Selasa, November 10, 2015
SELAMAT HARI DEEPAVALI
Saya ingin mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu terutamanya rakan-rakan dalam Free Malaysia Today dahulu seperti Kabilan, Ratna, Ramani, Narinder, Nantha, Pragalath, Berita baik Deepavali semalam seramai 1,647 orang sudah membaca blog saya yang biasanya dikunjungi 400 orang setiap hari. Posting saya, Nak Tarik Undi Cina, Tak Payah Kata KL Bodoh sudah dikunjungi 3,286 orang merupakan rating tertinggi setakat ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sarawak yang mempromosi blog saya dalam Facebook mereka.
Rabu, Disember 31, 2014
SELAMAT TINGGAL 2014
Hari ini hari terakhir dalam tahun 2014. Mengenang kembali tahun 2014, banyak peristiwa duka yang saya lalui pada tahun ini. Pada awal tahun 2014, saya masih bekerja dengan Free malaysia Today (FMT) tetapi pada 2 Julai lalu, saya terpaksa meletakkan jawatan. Pada 22 Julai pula, saya kehilangan ibu saya, Hajah zainun haji abdullah yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya. namun demikian saat suka apabila menerima duit KWSP pada 20 Mac, sempena hari jadi saya yang ke 55. tak banyak hanya RM100,000 kerana banyak tempat saya bekerja gaji potong tetapi majikan tak hantar potongan itu kepada KWSP. tambahan pula saya pernah keluarkan wang KWSP saya sebanyak RM20,000 untuk beli rumah di Tasik Puteri, rawang. Malah saya pernah ambil duit KWSP untuk skim komputer RM5,000 dan pernah keluarkan sebanyak RM13,000 untuk pengeluaran umur 50 tahun. Dengan wang KWSP itu, saya bayar RM16,000 untuk anak saya beli rumah teres dua tingkat berharga RM290,000 di Bandar Tasik kesuma, Semenyih yang kami duduki sekarang. Dengan duit KWSP juga, saya dapat beli kereta idaman saya Mercedes Benz E200. memang sedap bawa kereta Mercedes. Pergi ke mana-mana jaga tak tahan, terus dia suruh kita masuk ke dalam bangunan. kalau bawa Myvi, dia suruh kita ambil pas dahulu. Tapi bila saya pergi ke Nagas, saya pula dipau kawan-kawan kerana mereka tengok saya bawa Mercedes. dahulu apabila saya bawa Myvi saya boleh pau kawan-kawan. Saya ingatkan FMT adalah tempat terakhir saya bertugas sehingga umur 60 tahun,tetapi langit tidak selalu cerah. Tiba tiba Nelson proxy taukeh FMT bergaduh dengan Ketua Editor FMT, Kabilan. Maka semua staff FMT meletakkan jawatan beramai-ramai mengikuti Kabilan pada bulan Jun. Saya masih bekerja dengan FMT tetapi Ketua Editor FMT yang baharu, Menon suruh saya cek doktor kerana saya seringkali batuk di pejabat. Saya memang tak tahan kena air condition, habuk, asap rokok. Maka saya pergi ke klinik kesihatan Sungai Buloh buat pemeriksaan. Doktor mengesahkan saya sihat dan tidak ada penyakit batuk kering serta para-paru saya okay. Rupa-rupanya itu semua helah Menon untuk menyingkirkan saya. Bila saya bercuti cek doktor, dia masukkan pengganti saya. Maka apa pula jawatan saya? Maka fahamlah saya bahawa Menon mahu semua staf Kabilan meletakkan jawatan. Maka saya letaklah jawatan pada 2 Julai 2014 manakala Muda Mohd. Noor dan Narinder Singh menyusul kemudian. Sampai sekarangh FMT masih ada hutang dengan saya tak bayar caruman KWSP saya selama satu bulan. Maka mulai Julai saya menganggur semula. Pada Ogos, kawan lama Datuk Nordin Ahmad menawarkan saya menulis buku kampungnya AYER MOLEK. Selama tiga bulan saya duduk di Kg Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka. Saya ambil gaji bulanan untuk menulis buku itu. habis projek buku tersebut, saya menganggur semula pada bulan November lalu.Dah dua bulan saya menganggur dan saya menjadi broker pula. Sebelum saya bekerja dengan FMT pada Julai 2013, saya pernah jadi broker barang-barang mistik. Pengalaman saya menjadi broker boleh dibaca dalam buku saya TOYOL UNTUK DISEWA yang merupakan koleksi cerita misteri dalam FMT selama 25 minggu. Itu semua kisah benar angan-angan nak jadi jutawan menjual barang-barang mistik tapi angan-angan tidak pernah jadi kenyataan. Sudah dua bulan saya menganggur. Apabila Terengganu bertukar Menteri Besar, saya ada minta kerja dengan kerajaan negeri. Saya kenali abang MB, Che Azmi Abdul Rahman yang merupakan bekas ahli parlimen Kuala Nerus. Saya sms beliau. beliau suruh saya temui timbalan setiausaha kerajaan (pengurusan), samiun salleh. Saya temui Samiun pada awal Jun tetapi sampai sekarang tidak ada jawapan dari beliau. Mungkin saya sudah tua untuk bekerja di negeri Terengganu.Seperti kata Fakhrul Azman Abu Bakar, kita ni ibarat buat gabus sahaja. Jadi alat orang sahaja untuk menjatuhkan bekas MB melalui FMT. Ada orang tanya dah dua bulan menganggur, macam mana saya hidup.Datuk Rahim Husein, Datuk Bung Mokhtar, Datuk Tawfik Abu Bakar, Datuk Seri Dr Salleh Said keruak dan Datuk Ibrahim Ali banyak membantu saya sepanjang dua bulan menganggur. Saya terpaksa menjual kereta idaman saya sejak kecil, Mercedes Benz E200 untuk menyara kehidupan keluarga kami sementara saya dapat peluang lain.Pada 25 Oktober, saya menerima menantu perempuan yang pertama, Syazwani, orang Pantai Remis dan pada 22 Julai, saya berdukacita apabila emak saya, hajah zainun meninggal dunia. Sesungguhnya tahun 2014 penuh dengan suka dan duka. Semoga 2015 membawa kecemerlangan. Bunga-bunganya sudah nampak apabila koperasi menerima proposal Datuk Nik untuk membangunkan mixed development di Balik Pulau, Pulau Pinang. pada 28 Disember lalu. Seronok juga menjadi broker maut ini. Hahaha.
Sabtu, Ogos 18, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya, Mohd. Zabidi bin Haji Saidi pemilik blog ini serta keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. maaf zahir dan batin.
Jumaat, Julai 20, 2012
SELAMAT BERPUASA
Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca beragama Islam. Semoga ibadah puasa kita mulai esok diterima Allah.
Isnin, Ogos 29, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya.Mohd. Zabidi bin Haji Saidi dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Saya minta maaf sepanjang tahun ini mulai 1 Januari 2011 sehingga hari ini jika saya banyak menghentam sesiapa sahaja dalam blog ini.
Tujuan saya berbuat demikian ialah menegur mana yang patut. Bukannya berniat untuk menjatuhkan sesiapa. Sebagai penulis blog sepenuh masa, saya kini ada tiga blog www.catatanzabidi.blogspot.com , www.pantangdicuit.blogspot.com dan www.celikniaga.blogspot.com.
Sebagai penulis blog sepenuh masa, saya bukannya ada pendapatan bulanan.Sudah 10 tahun saya tidak bekerja tetap sejak berhenti dengan PNS. Zainal Epi hairan macam mana saya boleh survive sedangkan saya tiada pendapatan tetap.
Oleh itu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi (yang ketika itu sedang menunaikan umrah di Mekah), Datuk Ibrahim Ali,Datuk Rizalman Abdullah, Datuk Haji Rahim Husin, Haji Mustafa Abdul Rahman, Musli Oli dan Johny yang membuatkan hari raya kami lebih bermakna.Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.
Selasa, Januari 04, 2011
KJ UCAPKAN SELAMAT TINGGAL?

Akhirnya KJ buat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau pada pilihanraya umum akan datang. Sebelum ini beliau pernah buat kenyataan tidak akan mempertahankan kerusi ketua pergerakan pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan akan datang.
Nampaknya KJ hanya menjadi ketua pemuda UMNO sepenggal. Ramai bersungut betapa lemahnya pemuda di bawah kepimpinan Khairy. Pemuda tidak berani, bacul menghadapi musuh-musuh orang Melayu. Yang lebih berani ialah Perkasa daripada pemuda UMNO.
Oleh itu kita kena hormati pendirian KJ. Percaturan politik KJ silap. Dia begitu ghairah menonjol di zaman bapa mertuanya jadi PM. Sepatutnya sewaktu Pak Lah jadi PM, KJ berdiam diri. Bila Pak Lah bersara, baru dia pegang jawatan Exco Pemuda. Lihatlah betapa cerdiknya Dr Mahathir yang tidak membenarkan anaknya aktif dalam politik masa dia jadi PM. Bila dia berhenti baru Mukhriz jadi Exco Pemuda.
KJ terlalu ghairah sewaktu Pak Lah di puncak kuasa. Pernah Dr Zambry mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah yang memilihnya sebagai calon BN pada tahun 2004 sedangkan beliau adalah orang kuat Anwar Ibrahim. Pak Lah jawab, jangan ucap terima kasih kepada saya, ucap terima kasih kepada Khairy. Lihatlah betapa besarnya pengaruh KJ. Dia dapat menentukan calon.
Akhirnya di zaman Najib, KJ tidak dapat apa-apa walaupun menang dalam pertandingan ketua pemuda. Sebaliknya Mukhriz yang kalah dapat jawatan timbalan menteri. KJ dikatakan kecewa. Masa depannya gelap di zaman Najib apatah lagi Najib dikatakan banyak mendengar nasihat Dr Mahathir.
BN kalah teruk dalam pilihanraya umum 2008 kerana pemimpin BN sendiri menyampah dengan kerenah KJ dalam pentadbiran pak lah. BN menang tanpa majoriti dua pertiga. Akhirnya Pak Lah terpaksa berundur dan beri lalaun kepada Najib. Maka Najib buat keputusan drastik dengan tidak melantik KJ sebagai timbalan menteri yang sedikit sebanyak mengguris hati Pak Lah.
KJ nampak masa depannya dalam politik sudah berakhir. Maka dia buat keputusan tidak mempertahankan kerusi ketua pemuda UMNO dan kerusi parlimen Rembau. Atau dia sudah sedar kalau dia bertanding kerusi ketua pemuda, belum tentu dia menang. jadi lebih baik dia berundur secara terhormat.
Khamis, Disember 30, 2010
SELAMAT TINGGAL 2010
Akhirnya tahun 2010 sampai ke penghujungnya. Mengenang kembali tahun 2010, banyak kenangan pahit manis yang dilalui bersamanya. Paling manis ialah apabila merujuk kembali bekas isteri, Zaitun Othman, 48 tahun, pada 15 Mei lalu.
Kami bercerai selama setahun lebih. Sepanjang menduda selama 1 tahun 3 bulan akhirnya saya tiada pilihan lain menikahi semula bekas isteri demi anak-anak. Kenangan paling pahit ialah saya sakit darah tinggi pada 12 Mac lalu. Sepanjang hidup saya, 51 tahun, saya tidak pernah sakit. Inilah kali pertama saya sakit yang serius dalam hidup saya.
Saya diberi pil darah tinggi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur. Saya batuk teruk akibat menelan pil itu. Di atas nasihat boss saya, Datuk Radzi Latif, saya tukar pil. Akhirnya saya tidak batuk teruk lagi.
Dalam masa yang sama saya turut makan ubat tradisional seperti akar kayu Mahkota Dewa. Kebetulan kawan saya, Syed Yassin Tuan Pandak menjual akar kayu itu. Apabila saya ada temujanji dengan doktor sebulan kemudian, doktor kata saya sudah bebas dari darah tinggi. Namun demikian doktor nasihati saya terus menelan pil hospital.
Satu lagi kenangan manis ialah apabila rakan saya, Kamri Kamaruddin mendapat permit majalah Mindaniaga pada bulan Jun lalu. Kebetulan beliau tiada modal untuk menerbitkan majalah bulanan itu. Dia suruh saya cari pelabur dan saya perkenalkannya kepada Datuk Radzi yang saya sudah kenali sejak tahun 1994 lagi.
Datuk Radzi bersetuju menjadi penerbit majalah dengan syarat beliau mendapat 70 peratus saham dalam syarikat Wow Communications Sdn Bhd, manakala kami bertiga termasuk Pak Abu Saim mendapat 10 peratus seorang saham.
Majalah itu berjaya diterbitkan pada awal November. Atas sebab-sebab tertentu, Mindaniaga tidak diterbitkan pada Disember dan Januari 2011 kerana beri laluan kepada akhbar Harian Mutiara untuk diterbitkan. Maka Kamri sebagai pemilik asal permit Mindaniaga berhasrat memberhentikan buat sementara waktu penerbitan majalah tersebut.
Ke mana saya selepas ini? Saya boleh kekal di pejabat sekarang kerana kita ada dua akhbar iaitu Harian Mutiara dan Buletin Prestasi yang bakal menjelma pada Februari 2011. Tetapi memikirkan saya tak nak lagi makan gaji, maka saya kena buat sesuatu untuk tahun 2011. Insya Allah Allah akan beri jalan yang terbaik buat saya.
Merumus kembali tahun 2011, saya bersyukur dengan pemberian Allah. Kalau dahulu saya buat freelance dengan majalah Agro Malaysia kini saya sudah ada kerja tetap dengan Mindaniaga, Harian Mutiara dan Buletin Prestasi. Ya Allah, terlalu banyak yang Kau beri terlalu sedikit yang dapat kubalas.
Esok hari terakhir dalam tahun 2010, sehingga esok saya sudah ada 900 posting dalam blog ini, www.catatanzabidi.blogspot.com. Dahulu blog ini dikenali sebagai www.memobelakang.blogspot.com. Apabila blog ini dihacked, maka saya tukar namanya.
terima kasih kepada semua pembaca yang terus menyokong blog ini dan saya ucapkan selamat tahun baru 2011. Semoga 2011 menjanjikan lebih banyak kejayaan buat kita semua.
Ahad, Januari 31, 2010
PERKASA SELAMATKAN MELAYU?

Nampaknya orang Melayu tidak boleh lagi bergantung pada UMNO. Maka orang Melayu perlu mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangan bangsa. Mereka tidak berharap pada PAS. PAS kini sudah lari jauh dari perjuangan asal. Dulu PAS kata tak boleh berkawan dengan orang kafir kini PAS boleh berpeluk pula dengan DAP.
Orang Melayu juga tidak berharap pada PKR yang memperjuangkan semua kaum. Maka mereka mencari alternatif baru iaitu sebuah NGO bernama PERKASA yang akan mempertahankan hak-hak orang Melayu.
Di majlis pelancaran PERKASA Negeri Selangor semalam, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menyeru orang-orang Melayu yang kecewa dengan UMNO supaya menyertai PERKASA. Biar semua orang Melayu bersatu dalam PERKASA.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan PERKASA Negeri Selangor semalam berkata suasana yang ada pada hari ini sama dengan suasana pada tahun 1946. Pada tahun 1946, orang Melayu bimbang dengan kedudukannya yang terancam maka orang Melayu bersatu. Suasana yang ada pada hari ini, kata Dr M ahathir, sama bila orang Melayu mula bimbang kedudukan mereka tergugat.
Maka berkumpulnya orang melayu dalam PERKASA menunjukkan bahawa PERKASAlah yang berjuang hak-hak orang Melayu. Dalam pada itu Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas (Bebas) menyeru orang Melayu jangan bakar kelambu b ila marh pada nyamuk. Bila tiba pilihanraya, orang Melayu kena mengundi UMNO supaya tunjang BN itu kuat.
Bila UMNO kalah banyak kerusi kepada PKR dan PAS, menyebabkan orang bukan Melayu dalam MCA, MIC, Gerakan tidak menghormati UMNO lagi. Sebab itu kalau marah kepada UMNO sekalipun, bila tiba pilihanraya, orang Melayu kena beri undi kepada BN supaya BN dapat kembali menjadi kerajaan yang gagah (menang dengan majoriti dua pertiga) pada pilihanraya umum 13 nanti.
Yang Dipertua PERKASA Sabah, Musli Oli yang turut diberi peluang berucap mengatakan Dr Malathir yang menyelamatkan peribumi Sabah apabila UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1991. Orang peribumi Sabah tertekan di zaman pemerintahan PBS. Jadi apabila PBS keluar dari BN, maka langkah Dr Mahathir mengembangkan UMNO ke Sabah adalah untuk menyelamatkan peribumi Sabah.
Beliau yang dapat peluang berucap buat keli pertama di hadapan Dr Mahathir turut berseloroh, "Sudah 22 tahun saya dengar ucapan Dr Mahathir, hari ini Dr Mahathir dengar ucapan saya pula".
Sesungguhnya pelancaran PERKASA Selangor amat meriah yang dihadiri kira-kira 3 ribu ahli PERKASA dari seluruh Selangor. Tahniah kepada YDP Perkasa Selangor, Sdra Abdullah Mansor. Selangor merupakan negeri terakhir yang dilancarkan PERKASA. Kini PERKASA bertapak di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Apakah PERKASA akan jadi parti politik suatu hari nanti apabila UMNO kalah pilihan raya pada pilihanraya umum akan datang? Masa akan menentukannya.
Selasa, Oktober 13, 2009
SELAMAT KEMBALI

Tiga hari saya tidak berada di Kuala Lumpur menyebabkan blog ini tidak dapat diupdatekan. Pada hari Sabtu lalu saya ikuti rombongan santai selebriti-media ke Sutera Beach Resort, Merang, Terengganu.
Program tiga hari dua malam itu adalah anjuran Anita Production yang mempromosi lima artis baru. Dua artis M. Nasir iaitu Ocham dan Zenn, adik kepada penyanyi popular, Shidee. Manakala dua orang lagi dua beradik, Zoufi dan Zwen dari Serendah dan seorang lagi artis wanita, Jocye Saayan.
Kami sampai jam 5.30 petang di Sutera Beach Resort dengan bas persiaran yang ditaja oleh Discovery Global Sdn. Bhd. Tuanpunya syarikat bas itu, Richard Moo dan Irwan Lee turut bersama dalam rombongan kami seramai 40 orang yang disertai oleh artis, media dan staf Anita Production.
Malam itu hotel mengadakan rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri. Majlis itu yang diserikan oleh nyanyian lima artis baru turut dihadiri oleh Tengku Temenggong, Tengku Badrul dan isteri. Majlis itu amat meriah kerana hotel mengundanghampir 200 orang hadirin termasuk Ketua Polis Daerah Setiu.
Pada hari ahad, kami ke Pulau Bidong snorkeling dan diving. Hanya orang yang ada lesen diving sahaja dibenarkan diving.Oleh kerana bot terhad, maka 16 orang sahaja yang pergi ke Pulau Bidong.
Petang media sibuk menemubual Pengurus Besar hotel, Malizan yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang perhotelan. Beliau memulakan kariernya ketika berusia 16 tahun di hotel Cashuarina Ipoh sebagai waiter. Beliau telah membuktikan bidang perhotelan merupakan industri yang cerah kepada orang bawahan sepertinya yang boleh meningkat dari waiter hinggalah ke pengurus besar.
Hotel ini juga menyediakan spa di mana jari-jari lembut Raja Jamilah sempat mengurut model kami, Zenn sampai tertidur. Zenn jadi model kami untuk shooting majalah kami.
Lima artis baru turut ditemubual oleh wartawan Sukses, Business Kini, Libur,Maskulin dan Sinar Harian. Krew Muzik-Muzik TV3 dan Diva TV1 turut sama membuat liputan majlis tersebut.
Petang itu kami bermain bola sepak pantai lawan staf hotel. Kami kalah teruk begitu juga pasukan netball kalah di mana oleh kerana pasukan kami kekurangan pemain wanita, terpaksalah pemain lelaki turut main netball.
Pada malamnya majlis lebih santai di mana kami mendengar lagu-lagu dendangan residen artis, Adi Putra yang menghiburkan para pelancong dari Jerman, Itali dan England. Saya turut diundang menyanyi sebuah lagu Biar Bulan Tanpa Bicara di mana inilah kali kedua saya menyanyi secara terbuka tanpa karaoke. Kali pertama di KL International Hotel tiga bulan lepas menyanyi di coffee house dengan lagu yang sama.
Hari terakhir, semalam kami check out pada jam 12 tenghari dan sebelum pulang kami singgah di Kedai Payang. Jam 4.30 petang kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dan tiba di destinasi,Pandan Indan pada jam 12.30 malam. Terimakasih Anita Production yang sudi mengundang kami ke majlis santai bersama selebriti media ini. Setelah begitu lama sibuk dengan tugas,maka sekali sekala bersantai di Merang memang menyeronokkan.
Jangan lupa tonton tv1 pada jam 1.45 tengahari ini Diva buat liputan majlis santai selebriti-media anjuran Anita Production ini.
Program tiga hari dua malam itu adalah anjuran Anita Production yang mempromosi lima artis baru. Dua artis M. Nasir iaitu Ocham dan Zenn, adik kepada penyanyi popular, Shidee. Manakala dua orang lagi dua beradik, Zoufi dan Zwen dari Serendah dan seorang lagi artis wanita, Jocye Saayan.
Kami sampai jam 5.30 petang di Sutera Beach Resort dengan bas persiaran yang ditaja oleh Discovery Global Sdn. Bhd. Tuanpunya syarikat bas itu, Richard Moo dan Irwan Lee turut bersama dalam rombongan kami seramai 40 orang yang disertai oleh artis, media dan staf Anita Production.
Malam itu hotel mengadakan rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri. Majlis itu yang diserikan oleh nyanyian lima artis baru turut dihadiri oleh Tengku Temenggong, Tengku Badrul dan isteri. Majlis itu amat meriah kerana hotel mengundanghampir 200 orang hadirin termasuk Ketua Polis Daerah Setiu.
Pada hari ahad, kami ke Pulau Bidong snorkeling dan diving. Hanya orang yang ada lesen diving sahaja dibenarkan diving.Oleh kerana bot terhad, maka 16 orang sahaja yang pergi ke Pulau Bidong.
Petang media sibuk menemubual Pengurus Besar hotel, Malizan yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang perhotelan. Beliau memulakan kariernya ketika berusia 16 tahun di hotel Cashuarina Ipoh sebagai waiter. Beliau telah membuktikan bidang perhotelan merupakan industri yang cerah kepada orang bawahan sepertinya yang boleh meningkat dari waiter hinggalah ke pengurus besar.
Hotel ini juga menyediakan spa di mana jari-jari lembut Raja Jamilah sempat mengurut model kami, Zenn sampai tertidur. Zenn jadi model kami untuk shooting majalah kami.
Lima artis baru turut ditemubual oleh wartawan Sukses, Business Kini, Libur,Maskulin dan Sinar Harian. Krew Muzik-Muzik TV3 dan Diva TV1 turut sama membuat liputan majlis tersebut.
Petang itu kami bermain bola sepak pantai lawan staf hotel. Kami kalah teruk begitu juga pasukan netball kalah di mana oleh kerana pasukan kami kekurangan pemain wanita, terpaksalah pemain lelaki turut main netball.
Pada malamnya majlis lebih santai di mana kami mendengar lagu-lagu dendangan residen artis, Adi Putra yang menghiburkan para pelancong dari Jerman, Itali dan England. Saya turut diundang menyanyi sebuah lagu Biar Bulan Tanpa Bicara di mana inilah kali kedua saya menyanyi secara terbuka tanpa karaoke. Kali pertama di KL International Hotel tiga bulan lepas menyanyi di coffee house dengan lagu yang sama.
Hari terakhir, semalam kami check out pada jam 12 tenghari dan sebelum pulang kami singgah di Kedai Payang. Jam 4.30 petang kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dan tiba di destinasi,Pandan Indan pada jam 12.30 malam. Terimakasih Anita Production yang sudi mengundang kami ke majlis santai bersama selebriti media ini. Setelah begitu lama sibuk dengan tugas,maka sekali sekala bersantai di Merang memang menyeronokkan.
Jangan lupa tonton tv1 pada jam 1.45 tengahari ini Diva buat liputan majlis santai selebriti-media anjuran Anita Production ini.
Langgan:
Catatan (Atom)




