Khamis, November 29, 2012

BN KALAH TRAGEDI 13 MEI BERULANG?

Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang. “Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. “Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. “Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. “Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku. “Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan. “Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh. “Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana ‘luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung,” kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi. Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember