Memaparkan catatan dengan label peguam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peguam. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 10, 2017

ANNUAR MUSA SEDIAKAN PEGUAM UNTUK MAT TERE



KUALA LUMPUR – “Apa jua bantuan yang perlu untuk Mat Tere (Muhamad Zul Apis Baharom) sedang kita berikan termasuk peguam,” kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, Mat Tere yang ditahan polis di Kota Bharu, Kelantan semalam merupakan insan istimewa.

Justeru, katanya, beliau selaku wakil rakyat penduduk Ketereh termasuk Mat Tere tidak mahu melihat mana-mana pihak mengambil kesempatan diatas kekurangan insan tersebut.


“Semua tahu Mat Tere insan istimewa. Janganlah sesiapa ambil kesempatan atas keadaannya itu. Dia tu lurus selurus-lurusnya. Allah S.W.T takdirkan keadaan dia begitu.

“Beliau tetap mulia di sisi Allah S.W.T,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mat Tere yang berusia 29 tahun ditahan polis kerana didakwa menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi satu rakaman video yang tular di internet.

Mat Tere yang kini ditahan dijangka dibawa ke Johor Bharu, Johor untuk direman dan disiasat.

Keluarga Mat Tere bagaimanapun merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak memanjangkan kes itu kerana mendakwa pemuda berkenaan dianiayai pihak tertentu disebabkan kekurangannya.

Sepupunya, Yusrizam Ahmad menjelskan Mat Tere dikategorikan sebagai kurang cerdik dan sering menuruti apa sahaja arahan orang lain tanpa mengambil kira akibatnya.

Khamis, November 21, 2013

PEGUAM YANG KALAHKAN KES SPRM DITERIMA JADI PENDAKWA KES ANWAR

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam berkaliber yang banyak mengalahkan kes SPRM seperti kes Tan Sri Kasitah Gadam, Datuk Ramli Yusof, Tan Sri Eric Chia akhirnya dilantik menjadi pendakwa dalam kes rayuan bekas Timbalan Perdana Menteru, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim gagal dalam percubaan terakhirnya untuk melucutkan kelayakan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan ketua pembangkang itu daripada satu pertuduhan liwat. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, sebulat suara menolak rayuan Anwar. Ini bermakna Muhammad Shafee boleh mengetuai pendakwaan pada pendengaran rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan pada 11 dan 12 Dis depan. Dalam penghakimannya, Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordi, berkata tidak ada alasan yang munasabah bagi melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada tampil sebagai pendakwa raya dalam kes itu. Md Raus berkata isu yang dibangkitkan peguam Karpal Singh bahawa Muhammad Shafee tidak boleh tampil sebagai pendakwa raya kerana merupakan saksi penting pada perbicaraan kes liwat Anwar, bukan isu kerana pihak pendakwaan dan pembelaan telahpun memutuskan beliau bukanlah seorang saksi yang relevan. Md Raus juga berkata hujah Karpal Singh bahawa pelantikan Muhammad Shafee sebagai pendakwa raya adalah terbatal kerana Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah tidak lagi terpakai, tidak mempunyai merit. Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara 'fiat' untuk mengetuai pendakwaan mengikut Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah serta Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Surat pelantikan beliau ditandatangani Peguam Negara pada 2 julai tahun ini. Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang memutuskan terdapat penetrasi zakar namun fakta itu tidak disokong bukti lain. Oleh itu, Mohamad Diah berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. -- BERNAMA

Ahad, Oktober 07, 2012

PEGUAM DIJEMPUT UNTUK POLITIK

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak. Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada. Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan. Zahid memberitahu pemberita selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah, Kampung Tanah Lalang di Bagan Datok, semalam. Ahmad Zahid berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program 'offset', latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat. Ditanya mengenai perkara lain iaitu permintaan elaun RM500 setiap bulan oleh veteran tentera zaman darurat, beliau terserah kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menunaikannya sekiranya kerajaan berkemampuan melakukan demikian. "Permintaan elaun tetap RM500 sebulan adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan oleh kerajaan. Kita harus bersyukur dengan pemberian saguhati RM1,000 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2013 sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan veteran tentera yang bertugas semasa darurat," katanya. - Bernama