Rabu, September 09, 2009

KENYATAAN PENUH MENTERI BESAR TERENGGANU









Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad bin Said melahirkan kekecewaan di atas satu laporan akhbar Berita Harian bertarikh 4 Sept, 2009 yang mempunyai unsur fitnah serta laporan yang kurang tepat yang telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti akhbar tersebut.


Berita yang disiarkan di muka surat 5 bertajuk ‘Muhyiddin mahu selesai kemelut BN Terengganu’ dilihat telah gagal melaporkan perkara sebenar yang berlaku pada majlis yang dihadiri lebih 5000 rakyat Hulu Terengganu tetapi melihat majlis itu dari sudut politik semata-mata.


Dato’ Ahmad yang telah sekian lama mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungan beliau dengan pentadbiran dan politik, sudah tidak dihormati oleh media.


Beliau kesal dengan sikap sesetengah wartawan yang tidak beretika dan membuat laporan berdasarkan andaian serta pandangan yang menyebelahi sesuatu pihak tanpa mengambil kira atau mengambil inisiatif untuk membuat siasatan rapi dari pelbagai sudut sebelum menyiarkan sesuatu berita.


“Saya sudah lama bersabar. Walaupun saya telah memberikan penjelasan secara tertutup kepada pihak media beberapa bulan yang lepas, namun masih ada yang tidak memahami keadaan atau sengaja tidak mahu menerima kebenaran.


“Laporan Berita Harian Jumaat lalu adalah penghujung kesabaran saya (last straw) kerana ia jelas telah memfitnah saya. Wartawan yang membuat laporan tersebut jelas tidak memahami Perlembagaan Umno serta perjalanan parti, dan tidak teliti membuat pemantauan kehadiran wakil-wakil rakyat di majlis tersebut sehingga ramai yang terguris hati apabila nama mereka dilaporkan sebagai ADUN yang tidak hadir bersama Timbalan Perdana Menteri.”


Perenggan 5 : Kemelut dalaman kepimpinan Umno negeri dikatakan berpunca daripada tindakan Ahmad tidak melantik wakil rakyat sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Ketua Umno Bahagian yang turut diberi kuasa melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).


Laporan Perenggan 5 merupakan satu fitnah. Untuk pengetahuan para wartawan, rakyat dan pembaca Berita Harian serta akhbar-akhbar lain bahawa tidak ada jawatan Pengerusi Penyelaras DUN di dalam Perlembagaan Umno dan Barisan Nasional.


Jawatan ini diwujudkan semasa Tan Sri Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar ketika itu, untuk memudahkan pengurusan Umno di peringkat DUN dimana semua Ketua Bahagian melantik sendiri Ahli Jawatankuasa Penyelaras DUN.


“Pada ketika itu, hak melantik Penyelaras DUN diberikan kepada semua 8 Ketua Bahagian. Saya sendiri, sebagai Ketua Bahagian Kemaman semenjak tahun 2000, telah melantik penyelaras-penyelaras DUN di Bahagian saya.


“Menteri Besar tidak ada kena mengena dalam perlantikan Penyelaras DUN dan jawatan ini pula tidak pernah ujud di negeri-negeri lain, kecuali Terengganu. Oleh itu, laporan Berita Harian tersebut telah memfitnah saya secara terang-terangan dan saya meminta akhbar tersebut memohon maaf diatas laporannya yang tidak berasas.”


Perenggan 10: Adun yang tidak hadir ialah Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Ramlan Ali (Jabi), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Alias Abdullah (Alor Limbat), Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Pehemi Yusoff (Kota Putera), Rosli Othman (Kemasek), Zakaria Abdullah (Paka), Ashaari Idris (Langkap) dan Nawi Mohamad (Hulu Besut).


“Saya amat kecewa dengan laporan Perenggan 10 kerana jelas wartawan-wartawan Berita Harian yang membuat pemantauan di majlis tersebut tidak teliti atau mereka memang tidak kenal siapa wakil-wakil rakyat Terengganu, atau mereka mempunyai agenda tertentu.


“Saya ingin menjelaskan bahawa wakil rakyat yang tidak hadir tanpa alasan atau memaklumkan kepada saya ialah Dato’ Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid, YB Alias Abdullah, YB Zakaria Abdullah dan YB Zawawi Ismail.


“Manakala YB Ramli Noh tidak hadir kerana mewakili saya di satu majlis dengan RTM di Kuala Lumpur; YB Dato’ Mohamed Awang tera, ahli Exco, telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau ada program lain yang tidak dapat dielakkan; dan ahli Exco YB Toh Chin Yaw pula tidak dijemput kerana ini merupakan majlis Umno dan majlis berbuka puasa.


“Namun demikian, untuk pengetahuan umum, YB Dato’ Seri Idris Jusoh sempat hadir bersama Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu untuk program di masjid Penarik serta bersama-sama berada dalam majlis gotong royong membina wakaf di pantai Penarik pada hari Jumaat 4 Sept.


“Manakala YB Halim Jusoh tidak hadir di majlis bersama TPM di Hulu Terengganu kerana beliau terbabit dalam persiapan untuk menerima kunjungan Dato’ Seri Hishammuddin dan anak-anak angkat Umno Perhubungan di Kampung Penarik, dan saya telah dimaklumkan lebih awal.


“Namun demikian saya percaya bahawa ketidakhadiran Dato’ Seri Idris Jusoh pada petang tersebut mungkin telah dimaklumkan sendiri olehnya kepada Dato’ Seri Hishammuddin, manakala yang lain-lain yang tidak dapat hadir mungkin telah memaklumkan sendiri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, terutamanya YB Zawawi dan YB Dato’ Rosol Wahid kerana TPM berada di DUN Kuala Berang dan di Bahagian Hulu Terengganu, di mana mereka adalah wakil rakyat di Bahagian Hulu Terengganu.


“Akibat dari laporan yang tidak tepat itu telah menyebabkan wakil-wakil rakyat yang hadir di majlis tersebut menyatakan rasa amat kecewa mereka dan terguris hati apabila laporan Berita Harian menyatakan bahawa mereka tidak hadir.


Laporan berita harian itu seolah-olah mengambarkan dengan niat menghebahkan kepada rakyat bahawa mereka memulaukan majlis bersama TPM. Apakah niat sebenar laporan sedemikian dibuat?”


Mengenai satu lagi laporan Berita Minggu bertarikh 6 Sept 2009 bertajuk “Ahmad tak pernah ajak Adun ‘penentang’ bermesyuarat, yang juga mendakwa ADUN memboikot Sidang dewan Undangan Negeri dan mengambil sikap mendiamkan diri semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri berpunca daripada perlantikan Pengerusi Penyelaras DUN, adalah tidak benar dan mengambarkan ceteknya pengetahuan wartawan Berita Harian itu dalam melaporkan isu ini.


Sebagai bukti, YB Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (ADUN Air Putih) adalah Pengerusi Penyelaras DUN Air Putih dan beliau diberi kuasa memilih pegawai APMT dan pengerusi JKKK bagi DUN Air Putih.


Beliau dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Air Putih oleh Ketua Umno Bahagian Kemaman yang juga selaku Menteri Besar, dan YAB Menteri Besar tidak langsung terbabit dalam perlantikan pegawai APMT dan Pengerusi JKKK DUN air Putih.


YB Alias Abdullah wakil rakyat DUN Alor Limbat dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras DUN oleh YB Yahya Khatib Mohamad selaku Ketua Umno Bahagian Marang dan beliau diberi kuasa penuh untuk mencadangkan nama ahli APMT dan Pengerusi JKKK Alor Limbat.


YB Pahemi Yusof selaku ADUN Kota Putera dilantik Pengerusi penyelaras DUN Kota Putera oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh selaku Ketua Umno Bahagian Besut dan beliau mempunyai kuasa penuh untuk mencadangkan nama pegawai APMT dan pengerusi JKKK DUN Kota Putera.


YB Nawi Mohamad, ADUN Hulu Besut, juga telah dilantik sebagai Pengerusi penyelaras DUN Hulu besut dan beliau juga mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai APMT dan pengerusi JKKK Hulu Besut.


Begitu juga YB Ramli Noh selaku ADUN Tepoh telah dilantik oleh YB Dato’ Nasir Ibrahim Fikri selaku Ketua Bahagian Kuala Nerus sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Tepoh dan setelah perbincangan dibuat antara YB Dato’ Nasir, YB Ramli Noh dan saya selaku menteri Besar, akhirnya persetujuan dicapai untuk melantik pegawai APMT di DUN Tepoh dengan kadar 50-50, iaitu sebahagian dipersetujui oleh ADUN Tepoh dan sebahagian oleh YB Dato’ Nasir selaku Ketua Bahagian Kuala Nerus.


Manakala perlantikan Pengerusi JKKK diberi kuasa penuh oleh Ketua Bahagian kepada YB Ramli Noh.


Dengan ini jelas membuktikan bahawa pendapat, pandangan dan lain-lain yang berkaitan dengan isu perlantikan Pengerusi Penyelaras DUN, perlantikan pegawai APMT dan Pengerusi JKKK tidak timbul sama sekali, terutama yang melibatkan lima ADUN ini, dan ia tidak boleh diterima sekiranya isu ini diandaikan menjadi punca mereka memboikot Persidangan Dewan Undangan Negeri dan begitu juga dengan sikap mereka mendiamkan diri semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu kerana kelima-lima mereka adalah Pengerusi Penyelaras DUN dan diberikan kuasa mutlak melantik pegawai APMT dan Pengerusi JKKK.


“Jika mereka sedar bahawa mereka seorang wakil rakyat, mereka wajar hadir mesyuarat walaupun mereka tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kerajaan.


“Sebagai wakil rakyat yang diamanahkan untuk membela nasib rakyat dan memastikan Barisan Nasional terus kuat di Terengganu, mereka seharusnya memikul tanggungjawab dan mandat yang diberikan dengan berjiwa besar, jujur dan ikhlas.


“Sepatutnya wakil-wakil rakyat Barisan Nasional, terutama dari Umno, bersatu hati dan tidak melemahkan parti.”


“Saya tidak pernah menghalang media di Terengganu atau dimana jua untuk membuat sebarang bentuk laporan mengenai suasana politik dan umum di Terengganu tetapi amat mengharapkan agar wartawan menjiwai etika kewartawanan dengan membuat laporan yang adil, benar dan menyeluruh serta tidak berpihak atau mensensasikan sesuatu isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau menimbulkan fitnah.”


Dikeluarkan oleh :

Pejabat Menteri Besar Terengganu

9 Sept 2009

KETUA PEMUDA TAK PERLU ADA HAD UMUR


Pada hemat saya, jawatan Ketua Pemuda UMNO tidak perlu dihadkan umur seperti dicadangkan oleh ketuanya, Khairy Jamaluddin. Sejarah menunjukkan pemuda yang diketuai oleh orang yang lebih dari umur 45 tahun memang hebat seperti Datuk Harun Idris dan Tan Sri Syed Jaafar Albar.


Jadi cadangan pemuda supaya hadkan umur pemuda akan melemahkan pemuda lagi. Dalam isu hangat Indonesia-Malaysia ini, ke mana perginya suara pemuda. Kalau pemuda di zaman Datuk Harun dulu, mereka sanggup bangun mengganyang kerajaan Indonesia. tetapi kenapa exco pemuda kini lesu dan tidak bermaya? Ini adalah kerana mereka ada kepentingan bisnes. Mereka takut kontrak mereka dibatal. Jadi mereka berjuang bukan kerana kepentingan orang Melayu tetapi kerana kepentingan perut terlebih dahulu.


Inilah bezanya perjuangan exco pemuda sekarang dengan pemuda dahulu. Sebab itu bila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor meninggal dunia, saya terkejut apabila UMNO sedia membantu keluarga Allahyarham kerana keluarganya tinggal di rumah sewa dan anak-anaknya masih kecil bersekolah.


Memang di zaman sekarang sukar mahu cari wakil rakyat "miskin" seperti Azman kerana biasanya wakil rakyat yang baru sudah pandai kumpul harta sama ada melalui cara sah atau cara haram.


Sebab itu sekarang rakyat menyampah dengan wakil rakyat UMNO kerana baru sepenggal menjadi YB, YB sudah ada rumah besar tersergam indah dan ada beberapa kereta mewah. Tetapi apa yang berlaku kepada bekas ADUN Bagan Pinang perlu jadi contoh kepada pemimpin UMNO yang lain supaya tidak mengaut harta sewenang-wenangnya bila berkuasa. Oleh itu exco pemuda janganlah asyik mengejar kemewahan semata-mata hingga sanggup menggadai perjuangan parti.


Pemuda UMNO mencadangkan usia kelayakan bertanding bagi jawatan ketuanya dihadkan kepada 45 tahun berbanding tiada had umur ketika ini.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pada masa ini sesiapa juga dibenarkan untuk bertanding merebut jawatan tertinggi dalam sayap parti itu asalkan mereka melepasi kriteria tertentu selain mendapat pencalonan mencukupi.


''Ini antara pembaharuan yang dicadang untuk dipinda dalam perlembagaan parti. Kami berpandangan pemilihan individu berusia 45 tahun ke bawah selaras dengan aspirasi perjuangan Pemuda,'' katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.


Turut hadir, Setiausahanya, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dan Ketua Penerangan, Datuk Reezal Merican Naina Merican.


Selain itu, Pemuda UMNO turut mencadangkan agar pemilihan parti dibuat di peringkat mesyuarat perwakilan bahagian dan bukan lagi pada perhimpunan agung selain penghapusan sistem kuota.


''Kita juga meminta perwakilan bahagian ditambah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah sedia ada termasuk melibatkan ketua-ketua sayap cawangan untuk menentukan jawatan tertinggi dalam UMNO.


''Dengan cara itu, lebih 100,000 ahli UMNO berpeluang membuat pilihan dan ia selari dengan hasrat kita untuk terus mengembangkan demokrasi di dalam parti ini,'' katanya.


Mesyuarat itu turut mencadangkan agar syarat kelayakan bertanding untuk sebarang jawatan dalam parti dilonggarkan.


Sebagai contoh katanya, untuk jawatan di peringkat awal seperti Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian, kelayakan bertanding hanyalah setahun menjadi ahli.


''Bagi jawatan lebih tinggi seperti Naib Ketua Pemuda dan Ketua Pemuda pula, mereka hanya perlu menjawat jawatan Exco Pemuda UMNO selama satu penggal atau Ketua Pemuda UMNO bahagian, juga satu penggal sebelum layak bertanding,'' ujarnya.

MB MAHU AKHBAR MINTA MAAF


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi tempoh seminggu kepada sebuah akhbar tempatan supaya memohon maaf kepada beliau berhubung satu laporan yang didakwanya mempunyai unsur fitnah.


Katanya jika akhbar berkenaan gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan laporan itu pada 4 Sept lepas.


"(Laporan) ini jelas memfitnah kerana saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Kuala Terengganu hari ini.


Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap berita bertajuk "Muhyiddin Mahu Selesai Kemelut BN Terengganu" itu, Ahmad berkata laporan itu gagal menyiarkan perkara sebenar pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 rakyat Hulu Terengganu sebaliknya melihat daripada sudut politik semata-mata.


Dalam kenyataan setebal lima muka surat yang dibacanya, Ahmad berkata selama ini beliau mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungannya dengan pentadbiran dan politik


"Saya sudah lama bersabar. Walaupun saya telah memberikan penjelasan secara tertutup kepada pihak media beberapa bulan lepas, namun masih ada yang tidak memahami keadaan atau sengaja tidak mahu menerima kebenaran.


"Laporan akhbar terbabit adalah penghujung kesabaran saya kerana ia jelas telah memfitnah saya," katanya.


Mengenai laporan portal berita The Malaysian Insider bahawa beliau menolak tawaran menteri pusat bagi membolehkan beliau meletakkan jawatannya di Terengganu, Ahmad menafikan pernah menerima tawaran itu.


Katanya berita itu mempunyai unsur fitnah dan spekulasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab.


Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan sama terhadap portal berita itu seperti dilakukan kepada akhbar tempatan terbabit, Ahmad berkata beliau akan melihat berita itu terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

KDN DICADANG ADAKAN SIDANG MEJA BULAT


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri mengadakan persidangan meja bulat bagi membincangkan sebarang bentuk cadangan pindaan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata langkah tersebut akan membolehkan pihak berkenaan menimbang dan mengkaji cadangan pelbagai pihak yang berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dilaksanakan.


"Jika ini dibuat, ia akan memudahkan Peguam Negara merangka deraf pertama sebelum dibentangkan di peringkat Parlimen untuk diluluskan.


"Sebelum draf pertama dicetak dan dibawa ke Parlimen, ia perlu dibincangkan di luar, untuk ditokok tambah segala cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berminat dan berkepentingan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di kediamannya di Tumpat malam tadi, lapor Bernama.


Katanya, langkah ini juga dilakukan sebagai membuktikan sikap keterbukaan kerajaan dalam melayani kemahuan pihak berkenaan berhubung isu itu.


Beliau diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di Putrajaya Selasa lalu, untuk menyerahkan memorandum cadangan pindaan ISA.


Menurut Ibrahim, sebagai sebuah pertubuhan NGO pertama yang mengemukakan cadangan, Perkasa sudah membentuk sebuah jawatankuasa yang dianggotai peguam berpengalaman dalam menyediakan pandangan ke arah penambahbaikan cadangan itu.


Sementara itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, menolak anggapan sesetengah pihak kononnya beliau kemungkinan menyertai parti pembangkang khasnya PKR sebagai platform perjuangan politiknya.


"Saya tidak ikut (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dasar yang sangat peribadi, walaupun sesetengah pihak menganggapnya sebagai idola atau ikon kepada perjuangan politik negara," katanya.


Ditanya kemungkinan menyertai Umno semula, Ibrahim berkata beliau masih belum membuat keputusan walaupun rakyat dalam kawasannya menyerahkan mandat kepada beliau untuk membuat sebarang keputusan.

APA DAH JADI DENGAN UMNO?


Apa dah jadi dengan UMNO? UMNO kalah kepada DAP dalam pendaftaran pemilih yang baru. Dahulu heboh Puteri UMNO sibuk mendaftar pengundi baru. Apa dah jadi dengan Puteri UMNO? Ketua Puterinya, Datuk Rosnah Shirlin kena arah semula puterinya bergerak cergas dalam mendaftarkan pemilih yang baru.


Bukannya susah sangat. SEtiap cawangan UMNO ada senarai ahli UMNO, pemuda dan puteri. Bila genap usia 21 tahun, terus puteri pergi cari orang berkenaan untuks uruhnya daftar sebagai pemilih di pejabat pos. Kaedah ini diamalkan saya sejak dahulu lagi.


Tiga orang anak saya bila genap usianya 21 tahun, terus saya ajaknya pergi ke pejabat pos untuk daftar sebagai pemilih. Anak ketiga saya, Siti Zatul Itri yang sambut harijadi yang ke 21 pada 4 Disember 2007 sempat mengundi pada pilihanraya umum 8 Mac 2008.


Berapa ramai ibubapa yang ada kesedaran tentang pentingnya menjadi pengundi kepada anak-anak kita seperti saya? Oleh itu kempen ini perlu bermula di rumah dengan ubah sikap ibubapa kita. Tanamkan dalam fikiran mereka bila anak mereka genap usia 21 tahun, ajak anak mereka ke pejabat pos untuk daftar sebagai pengundi. Jika semua ibubapa ada sikap seperti saya, puteri UMNO tak perlu buat kerja lagi.


Sekurang-kurangnya dalam rumah saya sudah ada lima undi yang dapat menentukan jatuh bangun BN. Pada tahun depan, anak lelaki sulung saya pula, Mohd. Zuwairi akan genap usia 21 tahun pada 7 Mei 2010. Maknanya menjelang pilihanraya umum akan datang, sudah ada enam undi dalam rumah saya untuk menentukan sama ada kerajaan BN kekal di Terengganu atau tidak.


DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.


Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.


Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.


"PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.


"Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India," katanya.


Wan Ahmad berkata, SPR menghargai daya usaha PPS dalam menarik minat orang ramai mendaftar menjadi pemilih memandangkan tanggungjawab besar yang dipikulnya berikutan setiap tahun terdapat 400,000 orang mencapai umur 21 tahun.


"Kumpulan PPS inilah yang paling berkesan dalam mencari dan mendaftarkan pemilih baru berbanding kakitangan SPR yang turun padang, diikuti di pendaftaran di pejabat pos dan kaunter.


"Tahun lepas terdapat kira-kira 2,000 PPS di seluruh negara. Mereka begitu rajin sekarang dan bila rajin, tinggilah pendapatan mereka yang diberi RM1 jika berjaya mendaftarkan seorang pemilih baru," katanya.


Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada SPR supaya menambah bilangan PPS sedia ada iaitu dari seorang setiap parti untuk satu Dewan Undangan Negeri kepada tiga hingga lima orang.


"Mungkin kita akan mencadangkan supaya setiap daerah mengundi diperuntukkan seorang PPS bagi setiap parti," katanya.

Selasa, September 08, 2009

LETAK ORANG BARU PUN MENANG


Barisan Nasional (BN) akan memastikan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang nanti adalah orang yang layak dan sesuai untuk menggalas tanggungjawab tersebut.


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam hal ini soal sama ada yang terpilih sebagai calon itu wanita atau lelaki adalah tidak penting sebaliknya penilaian berdasarkan siapa yang paling layak dan sesuai.


"Ini kita akan timbang berdasarkan pada beberapa cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bahagian dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.


"Kita akan meneliti bila sudah dikemukakan nama itu, kita akan lihat. Tak kira dia lelaki atau wanita, yang paling penting ialah calon yang layak dan sesuai," katanya.


Timbalan Perdana Menteri bercakap pada sidang akhbar selepas meninjau perjalanan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara di sini semalam.


Muhyiddin diminta mengulas saranan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim supaya calon BN pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dipilih daripada kalangan pemimpin wanita selepas kesemua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum lalu menampilkan calon lelaki.


Kerusi DUN Bagan Pinang yang terletak dalam Parlimen Telok Kemang, Negeri Sembilan, kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.


Azman, 54, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum tahun lalu mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan bermesyuarat Isnin depan bagi mengumumkan tarikh bagi pilihan raya kecil kawasan itu.


Oleh kerana BN menang besar pada pilihanraya umum lalu, BN tak perlu letak Ketua UMNO Bahagian bertanding, Tan Sri Isa Samad. Kecuali BN menang kecil dapatlah letak Isa untuk mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang.
Jadi apa salahnya BN letak orang baru sama ada calon pemuda atau wanita atau ahli jawatankuasa UMNO bahagian yang ada rekod bersih. Rekod Isa sudah tercalar kerana terlibat dengan politik wang. Sedikit sebanyak ia menjejaskan kempen BN seperti kes pecah amanah calon BN Permatang Pasir baru-baru ini.


Saya yakin jika BN letak orang baru pun, BN tetap menang kerana undi pos yang menyelamatkan DUN Bagan Pinang walaupun undi pos itu mengalahkan kerusi parlimen Teluk Kemang yang ditandingi oleh calon MIC.

RISDA, FELCRA, FELDA KENALPASTI KERJASAMA


Risda, Felda dan Felcra telah mengenalpasti bidang kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersepadu melalui sebuah konsortium yang bakal ditubuhkan dalam tempoh terdekat ini, kata Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.


Beliau yang mempengerusikan satu mesyuarat melibatkan tiga agensi itu pada 4 Sept lepas, berkata bidang kerjasama itu seperti melibatkan penggemblengan sumber, aktiviti hiliran berasaskan getah dan kelapa sawit, bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan.


"Saya ingin memaklumkan bahawa sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai kerjasama bersepadu antara tiga agensi iaitu Risda, Felda dan Felcra, kita telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 4 Sept lalu bagi menentukan bahawa apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri itu boleh kita laksanakan dengan berkesan dengan seberapa segera yang boleh," katanya.


Abdul Rahim berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dividen 2008 sebanyak RM2.437 juta kepada 512 peserta Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) Risda Melaka di sini, malam Isnin.


Pada 23 Ogos lepas, Najib mencadangkan supaya tiga agensi pertanian terbesar di negara ini bergabung mewujudkan satu konsortium bagi membolehkannya melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi.


Abdul Rahim berkata cadangan lain yang akan diterokai konsortium itu ialah pembinaan kilang baja yang bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pekebun kecil dan peserta tanah rancangan tetapi untuk pasaran domestik dan eksport.


Katanya berdasarkan keperluan tiga agensi itu, banyak kemudahan boleh disediakan oleh konsortium itu untuk manfaat bersama seperti membina kilang kelapa sawit dan menubuhkan syarikat pengangkutan, yang mungkin terbesar di Malaysia.


Beliau berkata banyak lagi aktiviti hiliran yang berasaskan getah dan kelapa sawit akan dikenalpasti untuk diterokai oleh konsortium berkenaan.


Mengenai penubuhan konsortium itu, Abdul Rahim berkata sebuah sekretariat telah ditubuhkan bagi merangka satu memorandum persefahaman berkaitan jalinan kerjasama bersepadu tiga agensi itu.


"Kita akan mencadangkan satu mekanisme tertentu bagi memastikan satu kerjasama yang erat dan bersepadu dapat dilaksanakan melalui penubuhan satu konsortium yang akan disertai dengan ekuiti yang sama oleh ketiga-tiga agensi ini," katanya.


Katanya draf memorandum persefahaman itu yang dijangka siap selepas hari raya Aidilfitri ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan sebaik mendapat "lampu hijau", mereka akan melaksanakan penubuhan konsortium dan aktiviti yang dirancangkan.

Ahad, September 06, 2009

JKKK ROSAKKAN UMNO


Tidak lama dahulu Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang pernah mengatakan bahawa Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) sebagai "Jin Kacau Kampung". Nampaknya tuduhan Haji Hadi itu ada kebenarannya kerana ia bukan sahaja menafikan hak orang PAS, malah sesama orang UMNO pun JKKK buat onar.

Hal ini disahkan oleh bekas Ketua UMNO cawangan Batu 14, Rantau Panjang, Kemaman, Terengganu iaitu Abdullah Noor dan bekas Ketua UMNO cawangan Batu 16, Othman Awang. Abdullah Noor ketika ditemui penulis kesal dengan JKKK Batu 14 yang buat pilih kasih dalam pembahagian dana remaja kepada para penduduk kampung.

"Dasar kerajaan sudah elok tetapi JKKK sebagai pelaksana dasar di akar umbi yang merosakkan pelaksanaan," katanya kepada Memo Belakang. Beliau kesal kerana anaknya, Edi Zakaria dinafikan haknya untuk menerima dana remaja sebanyak RM200.

Katanya, JKKK mengutamakan kroninya dalam pembahagian dana remaja.

"Kalau sesama ahli UMNO sudah ada sikap pilih kasih oleh JKKK, bagaimana UMNO mahu menerima sokongan yang mantap dalam pilihanraya umum akan datang?" soal beliau.

Abdullah pernah menjadi Pengerusi JKKK Batu 14. ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar menggugurkan Pak Lah dan beliau melantik Ustaz Salahuddin sebagai Pengerusi JKKK yang baru.

Pak Lah juga kesal cara pembahagian kurma dan air zam zam oleh JKKK kepada orang kampung yang diletakkan di luar rumah tanpa memanggil tuan rumah untuk menerima kurma dan air zam zam sumbangan kerajaan negeri menjelang bulan puasa baru-baru ini.

Beliau turut mempertikai projek Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang menerima peruntukan sebanyak RM100,000 daripada KETENGAH untuk projek ikan tawar tetapi duit itu entah ke mana hilangnya.

"Saya minta KETENGAH siasat dakwaan saya ini," tegasnya lagi.

Beliau juga meminta SPRM menyiasat kakitangan U-Best yang mendapat rumah PPRT sedangkan sebagai kakitangan kerajaan, dia tidak layak menerima rumah PPRT. U-Best diwujudkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh tetapi diberi nama baru oleh menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad said, Agensi pembangunan masyarakat (APM).

Beliau berharap ADUN Air Putih, Wan Hakim tidak mengutamakan kroni dalam pembahagian apa sahaja bantuan kepada rakyat Air Putih.

"Janganlah slogan baru Perdana Menteri ditukar kepada kroni diutamakan pula," katanya lagi.

Pada masa yang sama bekas Ketua UMNO Batu 16,Othman Awang mengesahkan perkara yang sama turut berlaku di kampungnya di mana ahli-ahli UMNO yang tidak menyokong ketua cawangan, Cikgu najib dianaktirikan oleh JKKK.


Sabtu, September 05, 2009

EXCO TIDAK HORMATI TPM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat Terengganu Khamis lalu. Beliau menerima sambutan hangat di Kuala Berang dan Teluk Menara, Kuala Terengganu dan beliau diiringi oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.


Yang sedihnya ramai ADUN yang tidak hadir termasuk empat orang Exco. Exco dari MCA, Toh Seng Chai boleh dimaafkan kerana beliau bukan ADUN UMNO tetapi ketidakhadiran tiga orang Exco dari UMNO iaitu Datuk Mohamed Awang Tera, Khazan Che Mat dan Ashaari Idris tidak boleh dimaafkan. Kenapa mereka bertiga tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri?


Kalaulah benar mereka bertiga kurang menyenangi Ahmad Said, sepatutnya mereka hadirlah untuk menghormati kedatangan Timbalan Perdana Menteri. Mungkin mereka bertiga ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan yang sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar.


Jika mereka tidak hadir tanpa memaklumkan kepada Menteri Besar, wajarlah Ahmad Said mengambil tindakan kepada mereka. Sebagai Exco, ketua mereka adalah Menteri Besar. Jadi mereka kena patuh arahan Menteri Besar supaya mereka hadiri majlis Timbalan Perdana Menteri.


Khabarnya Khazan paling lantang mengkritik kepimpinan Ahmad Said dalam pertemuan semua ADUN dengan Pengerusi baru Badan Perhubungan UMNO Terengganu. Hishamuddin terkejut kerana beliau tidak sangka dalam pertemuan itu Khazan paling lantang mengutuk Ahmad Said.


Memang pelik Khazan menghentam Ahmad Said tetapi pada masa yang sama beliau masih jadi Exco. Kalau tak setuju dengan Ahmad Said, sepatutnya Khazan letak jawatan dan bolehlah Ahmad Said lantik orang lain sebagai Exco. Nampaknya Khazan tidak berani seperti Datuk Zaid Ibrahim yang rela letak jawatan sebagai menteri apabila tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menangkap beberapa orang di bawah ISA.

Jumaat, September 04, 2009

BAGAN PINANG ANGKAT MARUAH BN


Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari berikutan kematian ADUNnya, Azman Mohd. Noor. Selama ini BN asyik kalah dalam pilihanraya kecil kecuali Batang Ai di Sarawak, maka Bagan Pinang di Negeri Sembilan dijangka mengangkat maruah BN.


Ini adalah kerana BN menang besar pada pilihanraya umum lalu mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Oleh itu agak sukar bagi PAS mahu menumbangkan BN kecuali PAS meletakkan calon heavyweight yang sudah dikenali umum.


Azman Mohammad Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban di sini pada pukul 2.30 petang hari ini.


Anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.Allahyarham yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lepas mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi.


DUN Bagan Pinang merupakan satu daripada lima DUN di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Empat lagi DUN ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.


Ekoran kekosongan kerusi itu, satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru.BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.


Pada pilihan raya lepas, DAP menang 10 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (4) dan PAS (1)


Allahyarham meninggalkan seorang isteri Normah Zainal Abidin, 49, dan lima orang anak iaitu Mohd Khusairi, 23, Hairol Asfani, 22, Norsyazila, 19, Norsyafikah, 16, dan Norsyafitra, 13.


Hairol Asfani yang ditemui pemberita di hospital itu berkata bapanya dimasukkan ke hospital pada pukul 3.30 pagi tadi akibat demam dan tidak boleh berjalan.


"Ayah mengadu demam sebelum ini tapi boleh berjalan tetapi lepas berbuka (puasa) petang semalam ayah tidak boleh berjalan," katanya.


Beliau berkata semua anggota keluarga berada di sisi bapanya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 2.30 petang.


Hairol Asfani berkata bapanya pernah menjalani pembedahan pintasan koronari pada Mei lepas.


Turut hadir di hospital ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri Besar yang juga Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.


"Allahyarham merupakan kawan lama saya dalam Umno, tambahan pula beliau adalah Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan telah berkhidmat dengan baik. Saya berharap keluarga allahyarham dapat bersabar menerima dugaan ini dengan tabah," kata Mohamad.


Mohd Isa pula berkata pemergian allahyarham adalah kehilangan seorang tokoh Umno Bahagian Telok Kemang dan Negeri Sembilan.


Katanya allahyarham adalah seorang yang taat kepada parti dan komited dalam tugasan yang diberikan kepadanya.Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan kariah Bagan Pinang malam Jumaat.

BILA MAJLIS FATWA MAHU HARAMKAN POCO-POCO?


Tidak lama dahulu Majlis Fatwa Agama Islam Kebangsaan telah mengharamkan senaman yoga untuk orang Islam kerana kononnya senaman itu berasal dari senaman agama Hindu.


Sekarang ini bila pula tarian poco-poco mahu diharamkan? Ini adalah kerana tarian itu berasal dari Filipina yang ada kaitan dengan agama Kristian. Saya telah menerima e mail dari seorang rakan yang mengatakan tarian poco-poco bukan berasal dari Indonesia sebaliknya dari Filipina.


Tarian Poco-poco kini begitu popular di kalangan rakyat Malaysia. Malah di semua karaoke kini tidak sah kalau tidak ada tarian poco-poco yang mempunyai lebih 60 rentak.


Ikutilah e mail penuh rakan saya itu:-


Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.


Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia.Ia ditarikan oleh masyarakat yang berugama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.


Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu.


Cuma tarian pocoh-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan. Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan e mel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.


Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.


Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar umat Islam tidak terpesong akidahnya.

Khamis, September 03, 2009

IDRIS DAN ROSOL TIDAK HADIR


Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Idris Jusoh dan bekas Setiausaha Pehubungannya, Rosol Wahid tidak kelihatan di majlis Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini di Kuala Berang, Terengganu.


Sementara itu Muhyiddin menawarkan diri menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut politik di Terengganu yang sudah berlarutan sejak selepas pilihan raya umum ke-12 lepas.


Pemerhati politik berpendapat Muhyiddin lebih sesuai mengetuai UMNO Terengganu kerana dengan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, kumpulan 10 lebih menghormati Muhyididin daripada Hishamuddin yang lebih junior dari Idris dalam politik. Idris sudah jadi Ketua Pemuda UMNO Terengganu pada tahun 1993 sedangkan Hishamuddin baru menang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang pada tahun yang sama.


Trend Timalan Perdana Menteri memimpin UMNO Terengganu pernah dirintis oleh Pak Lah apabila beliau selaku Timbalan Perdana Menteri dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu pada tahun 1999.


Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau sedia bersemuka dengan pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat kerana berpendapat kemelut itu lebih kepada masalah peribadi.


Katanya sejak beberapa bulan lepas, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan timbalannya, Datuk Ahmad Said yang juga Menteri Besar, telah melakukan pelbagai inisiatif bagi memperbaiki keadaan tersebut.


"Saya lihat sudah ada penambahbaikan situasi sekarang berbanding dahulu. Namun begitu, saya nyatakan kesediaan saya untuk membantu mana yang difikirkan perlu kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan.


"Sama ada melibatkan isu politik atau kerajaan dengan kerjasama Datuk Seri Hishammuddin dan Menteri Besar...lepas hari raya atau bila masa yang sesuai," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin empat peringkat Umno Terengganu di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu di sini.


Sambil mengakui memang wujud krisis dalaman parti itu di Terengganu, Muhyiddin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Beliau berkata sebagai sebuah negeri yang disifatkan sebagai "kubu kuat" Umno selepas pilihan raya umum lepas, hubungan dan kerjasama antara pemimpin parti perlu diperkukuhkan kembali di Terengganu.


"Saya tidak melihat ia satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semua isu yang berbangkit, (melibatkan) hubungan antara kita..bukan ada orang luar nak kacau dan sebagainya."Saya melihat Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kukuh dan bersatu padu...Terengganu merupakan negeri yang penting kepada kita dan mahu kedudukan ini terus kekal. Sebab itu kedudukan politik dan parti amat mustahak diberikan perhatian," katanya.


Dalam pada itu, beliau percaya tiada wakil rakyat BN Terengganu yang akan bertindak untuk keluar daripada parti itu kerana mereka merupakan pemimpin yang masih cintakan dan mempunyai semangat yang kuat untuk memperkukuhkan parti.


"Setakat ini, saya tidak dengar (ada pemimpin Umno hendak lompat parti). Saya tidak fikir mereka akan ambil langkah yang boleh merugikan parti," katanya.


Muhyiddin percaya kemelut dalaman itu tidak akan mengancam parti kerana pemimpin-pemimpin yang terlibat hanya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa perkara melibatkan Umno di negeri ini.


Namun begitu, beliau berkata kunjungan dan perjumpaannya dengan pemimpin Umno Terengganu adalah kritikal bagi memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Kemelut politik Terengganu timbul selepas Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh selepas pilihan raya umum ke-12 lepas.


Berikutan itu, beberapa isu timbul di kalangan pemimpin Umno Terengganu antaranya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu April lepas, 10 wakil rakyat BN tidak menghadiri mesyuarat tersebut sebagai "memboikot" kepimpinan Ahmad sebagai Menteri Besar.


Hishammuddin dan Ahmad turut hadir pada perjumpaan itu.Bagaimanapun bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha badan perhubungan Umno Terengganu yang juga anggota Dewan Dewan Undangan Negeri Ajil Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno Bahagian Hulu Terengganu itu.

JANGAN MAKAN DUIT HARAM, RAPIDKL


Apa nak jadi dengan bas RapidKL? Dahulu kalau naik bas utama, beli tiket RM2.00 dapat naik bas 10 kali satu hari dengan tiket yang sama. Tetapi mulai 1 September lalu, pengguna RapidKL terpaksa berbelanja lebih.


Yang anehnya ada juga tiket RM1.90 yang menyebabkan pemandu bas yang tiada duit baki 10 sen tidak memulangkan baki kepada pengguna. Ini sudah tentu menguntungkan RapidKl jika 10 sen dipungut dari 1 juta pengguna setiap hari. Oleh itu Rapid KL tidak perlu kenakan tambang RM1,90 tetapi mengekalkan RM2.00 supaya pengguna tidak perlu risau wang 10 sen tidak dikembalikan.


Nampaknya Rapid KL tidak ambil ikhtibar dari kematian tokoh korporat taukeh bas Intrakota dahulu. Ramai pengguna mengadu wang mereka 10 sen tidak dikembalikan semula bila bas itu mengenakan tiket 90 sen. Apabila pengguna memberi wang kertas RM1.00 secara automatik wang 10 sen tidak dikembalikan. Adakah pengguna menghalalkan 10 sen itu diberi secara percuma kepada Intrakota? Jawabnya tidak.


Maka tuan punya Intrakota mati dalam kemalangan helikopter yang berkecai daging tubuhnya kerana makan duit haram 10 sen dari setiap pengguna Intrakota. Oleh itu RapidKL hendaklah ambil ikhtibar dari peristiwa makan duit haram 10 sen ini yang tidak dihalalkan oleh pengguna. Justru itu tiket RM1.90 hendaklah dikekalkan RM2.00 untuk memudahkan pengguna.


RapidKL tidak ketinggalan mahu berkhidmat kepada orang ramai apabila ia mengambil berat terhadap penularan pandemik Influenza A (H1N1), Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kini menyediakan pembersih tangan nyahkuman bagi pengguna di semua 48 stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT).


Pengurus Besar Komunikasi RapidKL Ebi Azly Abdullah berkata penyediaan kemudahan itu adalah sebahagian usaha RapidKL untuk mengekang wabak itu daripada merebak.


"Kira-kira 350,000 penumpang LRT di Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang kini boleh menggunakannya secara percuma, dan kemudahan ini disediakan di ruang khas di semua stesen LRT sehingga wabak H1N1 berjaya dikekang," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.


Sejak wabak itu menular, RapidKL telah melaksanakan penguatkuasaan Pelan Kesinambungan Perniagaan untuk memastikan operasi tren dan bas tidak terjejas termasuk mewujudkan pasukan petugas dalaman khas untuk mengawasi status keseluruhan H1N1.


Ebi Azly berkata selain itu topeng pernafasan khas diberi kepada semua kakitangan, manakala pemeriksaan rambang dibuat di semua stesen LRT dan depot bas terhadap semua staf yang bertugas.


Beliau berkata bagi memastikan kemudahan tren dan bas sentiasa bersih, RapidKL melaksanakan program pembersihan khas di tren dan bas setiap hari dengan menggunakan bahan anti-bakteria khas.


RapidKL juga dalam usaha menggantikan pemegang tangan dalam semua tren LRT Aliran Kelana Jaya yang kini sudah digunakan melebihi 11 tahun, katanya.


Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian bantuan di 03-78852585 atau melayari laman web www.rapidkl.com.my.Sehingga Khamis, pandemik H1N1 mengakibatkan 73 kematian di negara ini dengan 230 lagi disahkan positif H1N1.

ROSOL BARU SEDAR


Saya sudah biasa dengan suasana Kuala Berang kerana ayah saya, aruah Haji Saidi bin Abdul Latif bekerja di FELCRA Kuala Embong, Sekayu dan FELCRA Kg. Nibong dari tahun 1975 hingga 1993. Jadi saya selalu berulang alik dari rumah nenek saya di Pasir Gajah, Kemaman ke Kuala Berang rumah ayah dan ibu saya. Sejak kecil saya duduk dengan datuk dan nenek saya di Kemaman.




Pada tahun 1996, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang ketika itu Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu menawarkan saya menulis buku HULU TERENGGANU MENUJU KEEMASAN. Saya tinggal di Kuala Berang selama empat bulan untuk menyiapkan buku tersebut yang dilancarkan oleh Exco Kerajaan negeri, Datuk Abdul Rashid Ngah.




Ketika itu Datuk Rosol Wahid belum aktif dalam politik. Jadi ketika saya berada di Kuala Berang pada tahun 1996, saya tidak kenali Rosol. Pada tahun 1999 sewaktu PAS menang di Terengganu, beliau baru aktif dalam politik dan menang di DUN Ajil bersama Tengku Putera yang mengekalkan kerusi DUN Telemong.




Pada tahun 2004 Tengku Putera berpindah ke parlimen Hulu terengganu maka Rosol menjadi Exco memenuhi kuota UMNO Bahagian Hulu terengganu. Beliau menjadi semakin gagah apabila Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh melantiknya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO terengganu.




Sepatutnya beliau berterima kasih kepada Tengku Putera yang mempromosi dirinya untuk masuk politik menggantikan tempat bekas Exco, Othman Daud yang tidak ngam dengan Tengku Putera. Bila dah jadi wakil rakyat dan Exco, Rosol mula gong dan tak nak terima Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar kerana dahulu Ahmad setaraf dengannya sesama Exco dari tahun 2004-2008.




Tapi sebenarnya Rosol lupa bahawa Ahmad Said lebih senior darinya kerana Ahmad jadi ADUN sejak pilihanraya kecil 1990 dan jadi Exco dari tahun 1995-1999 tetapi tewas di Kijal pada tahun 1999.


Inilah bahananya bila Rosol tak nak terima Ahmad sebagai Menteri besar baru.




Saya ingin ulas tulisan Rosol dalam blognya pada 20 Ogos lalu. Saya tertarik dengan tulisannya seperti berikut:- Bercakap tentang harapan, kita di Terengganu Darul Iman juga mempunyai harapan yang menggunung agar UMNO terus perkasa. Terutama di bawah kepimpinan mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Harapan kita agar diadakan program-program memperkasakan UMNO dan BN.


Saya katakan demikian kerana masa telah terlalu suntuk untuk pilihanraya akan datang. Sehingga kini saya tidak melihat satu usaha ke arah itu...Mungkin saya tidak terlihat atau tersalah pandang barangkali. Kalu begitu maaflah.


Kedatangan Pengerusi ke Terengganu beberapa hari yang lalu dengan kehadiran begitu ramai orang pada saya buka indikator kekuatan UMNO dan BN Terengganu. Strategi sekarang ialah menjaga setiap individu...atau 'head count'...ini lebih penting. Peranan ketua lima perlu diaktifkan semula. Malangnya kita hanya sibuk berpolitik sesama kita.




Rosol menulis kita hanya sibuk berpolitik sesama sendiri. Siapa yang sibuk berpolitik? Bukankah dia yang tak nak terima Menteri Besar baru dengan geng sembilan? Kalau dia terima Ahmad Said, kekecohan yang ada sampai sekarang tidak timbul.


Khabarnya Najib dan Hisshamuddin menghadap Sultan Mizan secara berasingan mengadu hal politik Terengganu. Sultan Mizan bertitah yang lain boleh sentuh tapi jangan sentuh hal Ahmad Said. Sultan Mizan yamg melantik Ahmad Said, kecuali Ahmad Said buat salah dengan Sultan Mizan, baru Sultan Mizan tukar Menteri Besar.


Rosol tak sedar ke mempertikai Ahmad Said maknanya mempertikai Sultan Mizan. Kalau tak nak dengar titah Sultan Mizan, lebih baik pindah ke negeri lain. Jangan duduk di Ajil lagi. Jangan cakap merapu. Dulu nak letak jawatan tapi sampai sekarang tak letak jawatan ADUN pasal Rosol tak tahu bila letak ADUN tak boleh tanding selama lima tahun.


UMNO Pusat sepatutnya ambil tindakan disiplin kepada sembilan ADUN yang bertemu dengan Anwar Ibrahim. Bila Setiausaha Agung UMNO mahu bertindak?

TINDAKAN BIAR SEIMBANG


Kita menyokong penuh tindakan KDN merampas penerbitan yang tidak ada permit penerbitan. Apa yang berlaku pada Gedung Kartun patut jadi ikhtibar kepada semua penerbit. Baru submit dummy, belum dapat kelulusan KDN dah cetak majalah merupakan satu tindakan yang tidak betul.


Di zaman Syed Hamid Albar jadi menteri yang jaga permit akhbar, beliau luluskan banyak permit penerbitan akhbar termasuk yang condong kepada pembangkang. Tetapi di zaman Hishamuddin nampaknya penerbit tidak boleh sebebas di zaman Syed Hamid. Oleh itu kelambatan Hishamuddin meluluskan permit penerbitan Gedung Kartun menunjukkan zaman liberal yang dinikmati di zaman Pak Lah tidak akan berulang di zaman Najib.


Janganlah kita ambil tindakan kepada satu pihak sahaja. Bagaimana siasatan polis kepada Harian Metro yang menyiarkan berita palsu di muka depan baru-baru ini. Kenapa belum didakwa Harian Metro itu. Malah Kosmo juga menyiarkan berita yang menyinggung keluarga Yasmin Ahmmad. Kenapa Kosmo tidak diambil tindakan oleh KDN. Oleh itu KDN perlu bersikap adil kena ambil tindakan kepada semua Gedung Kartun, Harian Metro dan Kosmo.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) Rabu menyangkal dakwaan Ketua Pengarang Gedung Kartun, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau kartunis Zunar bahawa majalah itu memiliki permit penerbitan yang sah.


"Kesemua kenyataan Zunar tidak berasas sama sekali, kerana 'dummy' Gedung Kartun yang dihantar untuk penilaian masih di peringkat perbincangan KDN. Tetapi kelihatannya Zunar telah ke hadapan mencetak lebih awal," menurut KDN dalam satu kenyataan Rabu.


Kenyataan itu turut menyebut jika apa yang didakwa Zunar bahawa permit penerbitan daripada KDN telah diperoleh maka beliau seharusnya mempunyai resit pembayaran.


Bagaimanapun, rekod KDN tidak ada menunjukkan sebarang transaksi daripada Gedung Kartun atau Sepakat Effektif Sdn Bhd.


KDN juga menolak dakwaan pengarang majalah itu bahawa tindakan yang diambil terhadap majalah itu bermotifkan politik.Pada 25 Ogos lepas, sebanyak 408 naskhah edisi pertama majalah Gedung Kartun dirampas mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.

Rabu, September 02, 2009

ADUN PONTENG BERSYUKUR


"Saya bersyukur kerana masih dapat meneruskan khidmat kepada rakyat dan pengundi di Kota Siputeh serta tidak dihukum dengan perkara yang bukan sengaja saya lakukan."


Itu reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.


Abu Hasan berkata, sebagai ahli politik veteran, beliau telah bersedia untuk menerima sebarang keputusan SPR tetapi simpati memikirkan nasib pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut yang berasa gelisah dengan kes berkenaan.


"Kes yang menimpa saya ini ada hikmahnya. Ujian yang dihadapi ini membuatkan saya berasa lebih bersemangat untuk meningkatkan usaha bagi menabur bakti kepada penduduk di DUN Kota Siputeh," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kampung Teluk Tenggiri di Jerlun semalam.


Abu Hasan memberitahu, dia dimaklumkan masih kekal sebagai wakil rakyat di kawasan itu selepas dihubungi oleh ADUN Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Ketua Pembangkang negeri pada pukul 4.40 petang ini.


Katanya, sepanjang dua minggu sejak Abdul Isa memaklumkan kesnya itu kepada SPR, beliau tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat seperti biasa.


Menurut beliau, kesnya itu tidak merungsingkannya kerana sebagai manusia biasa, beliau reda dengan sebarang ketentuan daripada Allah SWT.


Dalam pada itu, beliau mahu kesnya itu dijadikan peringatan oleh semua wakil rakyat di negara ini supaya tidak lalai untuk memaklumkan segera kepada Speaker jika mereka tidak dapat hadir ke persidangan DUN.
"Dengan keputusan SPR hari ini, saya mengingatkan ADUN-ADUN supaya lebih berhati-hati mengenai kes seumpama ini kerana ia merupakan kes pertama kali berlaku dalam sejarah negara," katanya.

Selasa, September 01, 2009

IKLAN




Sesiapa berminat membeli lembu korban boleh hubungi Nadhirah Jaya Enterprise di no hp 0199160295 atau e mail kepada nadhirahjaya@yahoo.com. Lembu ini cukup umur untuk korban dan berat antara 250 hingga 500kg diambil dari Australia dan Myammar.


SEMUA YB BOLEH PONTENG


Semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) boleh pontengi sidang Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan negeri selepas ini tanpa perlu takut mereka kehilangan jawatan.


Ini adalah kerana mereka tidak perlu mengosongkan kerusi seperti yang berlaku pada kes ADUN Kota Siputeh, kedah. Keputusan SPR ini memberi galakan kepada semua wakil rakyat untuk ponteng sidang dewan tanpa memaklumkan kepada Speaker. Syabas SPR yang suka lihat wakil rakyat ponteng. Kalau tak nak datang sidang dewan, tak payah jadi wakil rakyatlah.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan bahawa tiada kekosongan berlaku pada kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh di Kedah.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kerusi itu masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sharif yang memenanginya pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas.


Katanya SPR dalam mesyuaratnya pada Selasa sebulat suara memutuskan bahawa Adun Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.


"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh Adun Kota Siputeh diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.


Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.SPR pada 17 Ogos lalu menerima pemakluman daripada Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kekosongan luar jangka yang dikatakan berlaku di kerusi Kota Siputeh.


Pemakluman itu menyatakan bahawa Adun kawasan berkenaan, Abu Hassan gagal menghadiri sesi DUN dengan tidak memperoleh kebenaran Speaker sebanyak dua kali berturut-turut, sekaligus menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.


Dalam hal ini, Abdul Aziz menjelaskan bahawa Abu Hassan telah diberi peluang untuk menjelaskan sebab sebenar ketidakhadiran beliau dalam sidang itu.

IDRIS ANGKAT SUMPAH SENATOR


Datuk Seri Idris Jala mengangkat sumpah sebagai senator pagi ini, dan akan melaksanakan tugas baru sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) yang baru diwujudkan.


Idris, 51, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di Dewan Negara di Kuala Lumpur.


Pelantikan Idris diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.


Menyifatkan pelantikannya sebagai satu tugas khidmat negara, bekas CEO Malaysia Airlines itu berkata beliau berazam untuk melaksanakan tugas dengan tekun."


Saya amat gembira berada di sini dan saya akan buat kerja saya dengan bertungkus lumus untuk kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas upacara itu.


Beliau turut menjelaskan selaku CEO Pemandu, beliau akan melaporkan terus kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, oleh itu tidak berlaku pertindihan dalam melaksanakan tugas.


"Dalam hubungan ini, saya sebenarnya bukanlah menteri dalam kapasiti itu," katanya.


Beliau berkata keutamaannya dalam Pemandu sekarang ialah untuk mendapatkan butiran terperinci berhubung kemajuan Indeks Prestasi Utama (KPI) sehingga kini dan akan merangka lebih banyak inisiatif untuk terus menggerakkannya dalam usaha mencapai objektif nasional.


Mengenai tugas sebagai menteri, Idris berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan daripada Perdana Menteri.


"Tanggungjawab itu akan diberikan kepada saya dari semasa ke semasa oleh Perdana Menteri," katanya.


Mengenai pengganti beliau dalam MAS, Tengku Datuk Azmil Zahruddin, Idris berkata beliau berkeyakinan penuh terhadap Azmil untuk memacu syarikat penerbangan kebangsaan itu ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

KEPUTUSAN SPR TENTUKAN KREDIBILITI


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berharap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini bagi memutuskan status kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, dibuat mengikut peruntukan perundangan.


Azizan berkata, keputusan yang dibuat SPR berhubung status kerusi DUN Kota Siputeh itu akan memberi impak besar terhadap kredibiliti badan terbabit yang mempunyai kuasa muktamad untuk mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi dan pilihan raya kecil.


Beliau berkata, mengikut kuasa yang diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebenarnya sudah boleh mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan, tetapi bagi memastikan kes itu tidak menimbulkan ‘kekacauan’ seperti yang berlaku di DUN Perak, pihaknya menyerahkan kuasa itu kepada SPR.