KULAI, 6 Feb (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melihat kemungkinan menggunakan satu platform pengenalan diri biometrik yang boleh digunakan untuk semua agensi di bawah kementerian itu.
Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sistem pengenalan biometrik di pintu masuk negara dilihat bukan sahaja dapat merekod data keluar masuk pelawat tetapi juga membanteras aktiviti jenayah seperti pemerdagangan manusia dan penjenayah lintas sempadan.
"Matlamat akhir untuk KDN ialah memastikan bahawa semua agensi dalam KDN termasuk Jabatan Imigresen menggunakan platform pengenalan diri biometrik yang sama.
"Kalau ada syarikat seperti AirAsia yang ada sistem biometrik boleh diguna pakai, kita terbuka dengan cadangan tersebut tetapi kena pastikan integrasi dalam sistem yang ada sekarang," kata beliau selepas melancarkan Fast Clearance Experience System (Faces) iaitu sistem pengecaman wajah di pintu perlepasan AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini hari ini.
Buat masa ini, KDN sedang menjalankan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang membabitkan keselamatan biometrik imbasan jari, mata (retina) dan wajah, yang kini dilaksanakan Jabatan Imigresen.
Memaparkan catatan dengan label kdn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kdn. Papar semua catatan
Rabu, Februari 07, 2018
Khamis, Mei 22, 2014
KDN BERI AMARAN KEPADA PENERBIT NOVEL LUCAH
SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penerbit yang menerbitkan novel berunsur lucah di negara ini.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar berkata, pihaknya akan menyiasat dengan teliti novel yang dikatakan dijual secara meluas di pasaran dan menjadikan pelajar sekolah selain remaja sebagai sasaran pembaca.
“Pada kebiasaannya, novel sebegini diterbitkan oleh penerbit yang tiada permit dengan KDN dan pencetak yang tidak ada permit pencetakan.
“Pihak KDN boleh ambil pelbagai tindakan kepada mereka,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dan Penolong Pegawai Penguatkuasa KDN, Noor Zaman Mohammad.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan memantau lebih serius perkara itu dan mengharapkan agar orang ramai turut memberikan maklumat kepada KDN.
“Masyarakat boleh turut sama membantu dengan menyalurkan aduan dan menyertakan bukti novel-novel tersebut kepada pihak kami," katanya
Sementara itu, beliau turut mengingatkan penerbit dan pencetak yang mempunyai permit sah supaya tidak melanggar akta yang telah ditetapkan.
Menurutnya, jika mereka melanggar peraturan tersebut, mereka bakal berdepan risiko dibatalkan permit penerbitan.
“Bila dah diberi permit, mereka perlu berhati-hati dan pastikan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Jika tidak, kami akan terus batalkan permit mereka.
“Bila dah melanggar batasan-batasan tertentu, kami terus keluarkan surat tunjuk sebab dan mereka kena bagi jawapan kenapa kami tidak boleh batalkan permit mereka," katanya
Tambahnya, setakat ini sebanyak enam akhbar telah dibatalkan permit penerbitan.
Rabu, September 08, 2010
LEMBAB SANGATKAH KDN?

Apakah Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlalu lembab sehingga 10 bulan senarai nama yang dihantar oleh Ketua Polis Negara untuk mengisi kekosongan jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)masih belum diisi? Apa KSU dan PTD yang ada di KDN buat?
Pendedahan terbaru Tan Sri Musa Hassan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam KDN.yang peliknya Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak sering kali menyebut tentang KPI tetapi cara kerja pegawai kerajaan masih di takuk lama. Masih tidak berubah. Surat yang boleh dijawab dalam masa lima minit sampai tiga bulan tidak berjawab. Macam mana perkhidmatan awam kita mahu maju jika perkara remeh-temeh seperti ini masih tidak boleh diatasi.
Kita baca berita penuh Musa Hassan mengenai perkara ini seperti mana berikut:-
Tan Sri Musa Hassan berharap beliau tidak dituduh 'tidak buat kerja' kerana membiarkan kekosongan beberapa jawatan penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara (KPN).
Ini kerana jelasnya, beliau telah menghantar senarai nama kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) November tahun lalu untuk dipertimbangkan tetapi kekosongan jawatan itu masih berlaku.
"Saya pun tidak tahu kenapa kekosongan itu tidak diisi sampai sekarang walaupun kita sudah hantar senarai nama sejak November lalu. Saya tak mahulah ada yang mengatakan saya tidak buat kerja.
"Malah senarai nama yang dicadangkan itu juga telah dipersetujui bersama oleh jawatan kuasa pemilihan dianggotai oleh pegawai kanan polis sebelum dihantar kepada KDN," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Musa ditanya berhubung beberapa kekosongan, termasuk jawatan dianggap penting dalam polis yang tidak diisi sehingga sekarang termasuk Ketua Polis Daerah Cheras.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan Polis Selangor sempena persaraannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini.
Dalam pada itu, Musa menafikan laporan akhbar yang mengatakan dirinya terkejut hanya diberitahu berhubung penamatan kontraknya sebagai KPN semasa pengumuman mengenainya dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein di Putrajaya dekat sini kelmarin.
Beliau dilaporkan berkata demikian semasa sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
"Ada media salah faham mengenainya. Saya katakan hanya dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum sidang akhbar dibuat bukannya hanya tahu ketika pengumuman itu," jelasnya.
Rabu, September 09, 2009
KDN DICADANG ADAKAN SIDANG MEJA BULAT

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya Kementerian Dalam Negeri mengadakan persidangan meja bulat bagi membincangkan sebarang bentuk cadangan pindaan berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata langkah tersebut akan membolehkan pihak berkenaan menimbang dan mengkaji cadangan pelbagai pihak yang berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dilaksanakan.
"Jika ini dibuat, ia akan memudahkan Peguam Negara merangka deraf pertama sebelum dibentangkan di peringkat Parlimen untuk diluluskan.
"Sebelum draf pertama dicetak dan dibawa ke Parlimen, ia perlu dibincangkan di luar, untuk ditokok tambah segala cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang berminat dan berkepentingan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di kediamannya di Tumpat malam tadi, lapor Bernama.
Katanya, langkah ini juga dilakukan sebagai membuktikan sikap keterbukaan kerajaan dalam melayani kemahuan pihak berkenaan berhubung isu itu.
Beliau diminta mengulas mengenai pertemuannya dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di Putrajaya Selasa lalu, untuk menyerahkan memorandum cadangan pindaan ISA.
Menurut Ibrahim, sebagai sebuah pertubuhan NGO pertama yang mengemukakan cadangan, Perkasa sudah membentuk sebuah jawatankuasa yang dianggotai peguam berpengalaman dalam menyediakan pandangan ke arah penambahbaikan cadangan itu.
Sementara itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, menolak anggapan sesetengah pihak kononnya beliau kemungkinan menyertai parti pembangkang khasnya PKR sebagai platform perjuangan politiknya.
"Saya tidak ikut (Penasihat PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dasar yang sangat peribadi, walaupun sesetengah pihak menganggapnya sebagai idola atau ikon kepada perjuangan politik negara," katanya.
Ditanya kemungkinan menyertai Umno semula, Ibrahim berkata beliau masih belum membuat keputusan walaupun rakyat dalam kawasannya menyerahkan mandat kepada beliau untuk membuat sebarang keputusan.
Langgan:
Catatan (Atom)

