Sabtu, September 26, 2009

NAMA ISA HARUM KALAU TIDAK TANDING


Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati supaya bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, sebaliknya memberi laluan kepada calon lain.

"Kalau saya jadi (Tan Sri) Isa, saya sendiri akan minta kepada parti supaya janganlah calonkan saya. Sebaliknya saya akan berusaha membantu mana-mana calon yang dipilih untuk berkempen.

"Dengan itu nama Isa akan jadi cukup harum, tapi di Malaysia budaya kita budaya nak semua," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sin

Mengenai tindakan akar umbi Umno Bahagian Teluk Kemang yang tetap mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Beliau berkata, mereka jelas berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk. Kita dah ada sebelum ini di Permatang Pasir, itu pun kotor juga, ni nak bubuh kotor lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

SYAZNA MINATI TUNGGANG KUDA


Anak gadis Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Syazna Leena Zulhasnan, memang minati menunggang kuda yang merupakan sukan yang mampu diamalkan oleh orang kaya sahaja.

Sebenarnya menunggang kuda adalah sunah Rasulullah. Oleh itu usaha orang kaya menceburi sukan ini merupakan usaha yang dialu-alukan oleh sunah Nabi.

Syazna bersama teman baiknya, Quzandria Nur Datuk Seri Muhamad Fathil, biasanya menunggang kuda di pusat ekuestrian milik bapa Quzandria, di 3Q Equestrian, Sungai Serai, Kuang, Selangor.

Menyentuh soal raya, kata Syazna, tahun ini merupakan tahun pertama dia akan beraya di luar negara.

Ini kerana dia bersama keluarganya telah terbang ke United Kingdom (UK) sebelum hari raya aidilfitri.

Menurut pelajar undang-undang di Universiti of Leicester, UK ini, walaupun telah tiga tahun menuntut di luar negara namun pada setiap kali raya dia akan menyambut bersama keluarga di tanah air.

Tetapi kali ini oleh disebabkan adiknya, Syara Leana akan mula menyambung pengajian peringkat pra universiti di Benenden School, UK dan dia juga akan memulakan kelas tidak lama selepas raya, maka terpaksalah mereka berhari raya di luar negara tahun ini.

“Keluarga saya akan berada di sana selama lima hari. Agar dapat juga merasai suasana raya di sana, kami bawa bekal kuih tat, serunding daging, nasi himpit, kuih baulu dan sebagainya,’’ kata Syazna yang menyukai rendang daging, pulut kuning, soto dan nasi dagang.

Tambahnya, jika beraya di Malaysia, di pagi raya, mereka sekeluarga akan menziarah pusara datuk kedua-dua belah pihak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Selepas itu, mereka akan ke rumah nenek sebelah mak di Wangsa Melawati dan sebelah ayah di Taman Tun Dr. Ismail.

Berbeza dengan kebanyakan gadis remaja sepertinya, Syazna yang menyukai rekaan Inai ini berkata, dia tidak banyak berbelanja mengenai persiapan baju raya. Ini kerana dia hanya menempah sepasang sahaja baju kurung untuk dipakai di pagi raya.

“Saya rasa hari raya paling indah semasa kecil-kecil dahulu. Sepupu-sepupu semua sebaya dengan saya dan kami akan bersama-sama bermain bunga api. Tetapi sekarang semua sudah dewasa dan masing-masing menuntut di luar negara. Kami dah jarang berjumpa dan sudah pasti suasana raya sekarang amat berbeza,’’ ujar anak sulung daripada tiga beradik ini.

Pemergian Syazna ke luar negara bermakna dia terpaksa meninggalkan kuda kesayangannya, Helu de Codard. Kuda jantan berusia 15 tahun ini akan ditinggalkan di pusat ekuestrian 3Q di Kuang.

Bercerita mengenai sukan berkuda, Syazna nampak begitu teruja sekali.

Katanya, Helu, kuda daripada Perancis ini merupakan hadiah daripada ayah selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Helu telah bersama saya selama empat tahun. Sebelum Helu, saya mempunyai kuda poni bernama Big Ben, hadiah ayah selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Sekarang ini Helu ditunggang oleh adik bongsu saya, Muhammad Suhail, 14 tahun,’’ tambahnya.

Syazna berkata, dia mula berjinak-jinak dengan kuda semasa berumur tujuh tahun. Ketika itu, ayahnya yang meminati sukan polo meletakkannya di atas kuda.




“Mula-mula tu takut tetapi lama kelamaan sudah biasa. Setiap hari Ahad, saya bersama ayah ke Kelab Polo di Ampang untuk berlatih menunggang.

“Semasa berumur 14 tahun saya terfikir untuk serius dengan sukan berkuda dan bukan setakat main-main. Ayah pun belikan Big Ben dan sekarang ini saya memiliki Helu pula,’’ jelasnya.

Nampaknya minat Syazna dalam sukan berkuda tidak sia-sia kerana berjaya menempa beberapa kejayaan yang mengharumkan nama negara.

Di antaranya ialah pada tahun 2007, Syazna memenangi anugerah Young Rider Terbaik Malaysia, pingat emas di Sukan Sea, Korat, Thailand, Young Rider Kategori No. 4 di KL Grand Prix 2006 dan banyak lagi.

‘‘Tahun depan, saya hendak cuba menyertai Sukan Asia dan ini bermakna saya perlukan kuda lain yang sesuai untuk sukan itu,’’ katanya yang menganggap kuda merupakan haiwan yang paling cantik dan jinak di dunia.

SENIMAN PERLU TUBUH YAYASAN BANTU ARTIS


Pelawak terkenal, Ahmad Busu yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat strok minggu lalu susah hati memikirkan cara untuk menyara keluarga dan membiayai rawatan perubatannya.


Dia yang mengalami kesukaran berdiri, terpaksa menolak pelbagai tawaran termasuk rakaman rancangan Bersamamu di Pulau Pinang pada 3 Oktober ini dan pementasan bangsawan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama tiga hari bermula 9 Oktober ini.


Ekoran penyakitnya, Ahmad yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam siri sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu terpaksa membatalkan persetujuan menjadi pengacara sebuah majlis perkahwinan di Ipoh, Perak yang bakal berlangsung pada 8 Oktober ini.


“Memang saya rasa susah hati sebab tawaran sebegitu adalah punca pendapatan saya sekeluarga,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Andalas di Kelang, semalam.


Dengan keadaannya itu, Ahmad juga tidak mampu membantu adiknya, Norgayah, 51, yang mengambil kontrak menyediakan makanan di kantin Sekolah Menengah Seri Andalas untuk menambah pendapatan mereka.


Apa yang merunsingkan, perbelanjaan rawatannya di klinik kini mencecah RM200 sehari.


Menurut Ahmad, minggu ini sahaja, dia perlu berulang-alik mendapatkan rawatan susulan termasuk penyakit kencing manis yang menjangkau hampir RM1,000 seminggu.


“Itu belum lagi kos yang diperlukan untuk rawatan terapi. Keadaan ini memakan masa yang lama untuk pulih kerana doktor mengatakan sekurang-kurangnya mengambil tempoh enam bulan.


“Saya kini tidak mampu melakukan pelbagai perkara sendirian kerana terpaksa bergantung kepada isteri dan anak-anak,” katanya.


Selain bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), kerjaya seni yang diceburi sejak 1978 menjadi punca pendapatan utamanya bagi menyara empat anak iaitu Nur Hamizah, 25, Mohd. Afiq, 24, Muhammad Luqman, 17 dan Nur Hanis, 6.


Menurut isterinya, Seri Mohamad, 50, mujur sejak bersara daripada Lembaga Pelabuhan Klang pada 1992, suaminya itu memperoleh pencen RM800 sebulan yang digunakan untuk perbelanjaan rumah tangga.


Selama enam hari terlantar di wad Neurosains, PPUM sejak 13 Oktober lalu, Ahmad menjalani pelbagai rawatan termasuk imbasan sinar-X dan ujian elektrokardiogram (ECG).


Dia bagaimanapun dibenarkan pulang ke rumah pada 18 September lalu.


Pelawak terkenal itu ketika ditemui turut mengadu masih lagi mengalami pening kepala dan kebas di bahagian kaki.


Pada hemat saya, persatuan artis seperti SENIMAN perlu memikirkan cara mana mahu membantu artis yang sedang sakit. SENIMAN perlu tubuhkan satu yayasan untuk membantu kebajikan artis. Dahulu ada cadangan supaya beri elaun tetap bulanan kepada artis supaya masa depan mereka lebih terjamin tetapi cadangan itu sampai sekarang belum jadi kenyataan.


Malah cadangan kementerian untuk memotong satu peratus dari peruntukan membuat program televisyen untuk membantu artis masih di peringkat cadangan lagi. Oleh itu sesuatu yang lebih konkrit perlu dilaksanakan segera untuk menjamin masa depan artis di negara kita terutamanya mereka yang sedang terlantar sakit yang tidak dapat menyanyi, berlakon dan melawak. Itulah nasib artis yang mampu menghibur orang ramai tetapi nasib mereka sendiri tidak terhibur,

Jumaat, September 25, 2009

REMAJA DILINDUNGI KANSER PAKAR RAHIM


Mulai tahun depan, remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberikan pelalian 'human papillomavirus' (HPV) bagi melindungi mereka daripada penyakit kanser pangkal rahim.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkannya pada hari Jumaat berkata program itu akan menelan belanja RM150 juta setahun meliputi 300,000 remaja perempuan yang akan divaksin setiap tahun.

Program itu berkemungkinan dijalankan di sekolah-sekolah menengah dan bukannya di hospital atau klinik kerajaan bagi memudahkan pelajar mendapatkan vaksin tersebut iaitu tiga dos bagi setiap enam bulan, katanya.

"Perkara ini kita belum muktamadkan butirannya tetapi besar kemungkinan kita buat di sekolah-sekolah sebab sekolah-sekolah tempat terbaik untuk beri vaksin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Bergerak Skuad Menangani Krisis MCA (CRSM) dan kempen kesedaran kesihatan di Kuala Lumpur.

Liow berkata melalui program itu, kementerian yakin penyakit kanser pangkal rahim di negara ini dapat diatasi dengan jayanya pada masa depan.

"Vaksin HPV dilaporkan 98 peratus berkesan dalam memberi perlindungan terhadap HPV jenis 16 dan 18... ada banyak jenis HPV. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, vaksin ini akan mengurangkan kekerapan berlaku kanser pangkal rahim sekurang-kurangnya 70 peratus," katanya.

Liow berkata vaksin itu sudah berada di pasaran negara ini dan boleh diperoleh di sektor swasta pada harga sekitar RM1,200 bagi tiga dos yang diberikan.

"Bagaimanapun, kita akan terus berunding dengan penyedia vaksin bagi mengurangkan harganya kepada RM500 seorang supaya orang ramai akan mendapat vaksin yang lebih murah," katanya.

Di Malaysia, kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua kerap berlaku di kalangan wanita selepas kanser payu dara dan hampir 2,000 kes baru didiagnos di negara ini setiap tahun.

"Wanita Cina di negara ini mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita kaum lain iaitu 23.2 peratus berbanding India (16.4 peratus) dan Melayu (8.7 peratus).

"Jadi saya ingin menyeru para penyelidik kita untuk mengkaji fenomena yang aneh ini dan mencari sebabnya," katanya.

Liow juga menggalakkan semua wanita agar melakukan pemeriksaan "pap smear" secara berkala dan melakukan rawatan dengan awal jika dikesan menghadapi kanser tersebut.

"Menurut pakar perubatan, jika kanser ini dikesan dan dirawat dengan awal, kadar sembuhnya adalah lebih tinggi iaitu lebih daripada 90 peratus pesakit masih hidup selepas lima tahun, manakala jika pesakit datang lewat untuk rawatan, kurang daripada 15 peratus masih hidup selepas lima tahun," katanya.

KISAH SEORANG QARIAH


SERONOK mata memandangnya. Sentiasa tersenyum, sisipan lesung pipit di pipi begitu menarik perhatian. Malah khabarnya gadis berasal dari Ipoh ini juga mempunyai ramai peminat lelaki!

Manakan tidak, penampilan dan kebijaksanaannya membuang kelaziman pandangan orang ramai terhadap seorang qariah kebangsaan.

Bibir yang tidak pernah dibiar pucat, pilihan pakaian yang berwarna ceria dan petah menjawab soalan, naib johan Akademi Al-Quran musim ketiga TV9, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman, 25, memiliki banyak kelebihan. Beliau memenangi johan qariah peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Bagi saya, biarlah melawan arus, daripada melawan akidah. Tentang pilihan berpakaian atau berfesyen, tepuk dada tanya selera. Apa yang penting ialah keikhlasan. Tuhan saja yang tahu keikhlasan kita," jawabnya tenang.

Tidak mengikuti pendidikan formal dalam pengajian Islam, anak kedua daripada tiga adik-beradik ini tidak pula melatah apabila ada yang mempersoalkan 'qariah bekerja di Astro?'

"Kalau bekerja dalam bidang sekular tidak semestinya seseorang itu tidak tahu mengaji. Begitu juga sebaliknya," katanya.

Pemegang Sarjana Muda Kewangan dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini sekarang bertugas sebagai pegawai di Jabatan Perkhidmatan Pelanggan di Pusat Penyiaran Asia Astro di Bukit Jalil.

Duduk berbual dengannya, nyata anak perempuan tunggal pasangan Syed Mohd. Badiuzzaman Al Yahya dan Zauyah Ahmad ini masih terkenangkan arwah bapanya.

Syed Mohd. Badiuzzaman baru pulang ke rahmatullah pada hari ketiga Ramadan lalu.

"Selama ini walid (bapa) menemani saya ke semua tilawah yang saya sertai. Dialah yang mula-mula mengajar saya mengaji dan mengesan bakat saya untuk bertaranum.

"Dia jugalah yang mendorong saya menyertai Akademi Al-Quran. Bukan kerana hadiah, tetapi kerana di dalamnya ada pembelajaran qiraati yang saya belum pelajari," kongsi Sharifah Khasif.

Kematangan yang terserlah pada bait pertuturannya rupa-rupanya datang dari era hidupnya sejak berumur empat tahun.

"Arwah walid seorang yang sangat garang. Saya takut padanya. Semasa bermain di laman rumah, kalau saya dan abang terdengar bunyi enjin motor walid, walaupun masih jauh, kami akan lari bertempiaran masuk ke dalam rumah.

"Kerana kalau dirotan walid, kami akan ingat rasanya sampai bila-bila," ujar Sharifah Khasif.

Fasih berbahasa Arab, si manis, bersama-sama abang sulungnya, sudah dilatih untuk mengaji lima kali sehari.

"Kami mengaji setiap kali selepas solat. Walid sangat bersungguh-sungguh melatih kami mengaji kerana minatnya yang mendalam dalam pengajian al-Quran.

Idolanya ialah qari dan qariah Allahyarham Datuk Ismail Hashim dan Datuk Rogayah Sulong.

"Walid sehinggakan sanggup pulang dari tempat kerja dan hantar kami pergi mengaji di masjid dan pondok-pondok. Kemudian dia pergi bekerja semula.

Hasilnya, pada hari ini tujuh jenis taranum dikuasai Sharifah Khasif, termasuklah bayati, soba, nahwand, rast, sikah, hijaz, dan jiharkah.

Walaupun mengakui takut setiap kali berdepan dengan bapanya, Sharifah Khasif bagaimanapun merasakan kehilangan yang besar berikutan pemergian bapanya itu.

"Sebenarnya, apa yang walid ajar dan katakan adalah baik untuk saya," ungkapnya sambil sekali-sekala menyeka air mata yang hampir tumpah.



Mengingati arwah bapanya, kata Sharifah Khasif, membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk membaca al-Quran.

"Ini perjuangan walid. Walaupun saya yang membacanya, walid juga akan mendapat manfaatnya," ujarnya.

Mengakui mempraktik taranum adalah jauh lebih sukar berbanding menyanyi kerana ia perlu mengutamakan hukum tajwid, walkman menjadi alat yang dikelek ke sana ke mari sepanjang beliau belajar.

"Melalui walkman, saya dapat mencari kesilapan sendiri dan memperbaikinya untuk pembelajaran yang seterusnya. Ia alat yang paling penting," katanya yang begitu meminati taranum nahwand.

Sharifah Khasif menjadi johan tilawah kebangsaan Tenaga Nasional ketika berumur tujuh tahun.

Rentetan daripada itu, namanya terus mengisi rekod pencapaian dalam majlis-majlis tilawah. Beliau sehinggakan pernah menerima jolokan pelapis Datuk Rogayah Sulong.

Ketika usia mencecah 12 tahun, Sharifah Khasif meraih kejuaraan dalam Tilawah Sekolah-sekolah Malaysia. Hadiah daripada kemenangan itu membolehkan beliau mengerjakan ibadat haji pada usia yang sangat muda.

"Sepanjang saya bertanding, saya tidak pernah mengambil tahu tentang hadiah yang ditawarkan. Saya sekadar menyertai dan mengaji.

"Hadiah kemenangan, saya hanya ketahui setelah pihak penganjur mengumumkannya semasa majlis penyampaian hadiah," imbaunya yang menjadi naib johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-50 di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada tahun lepas.

Malah melalui hadiah-hadiah yang dimenanginya itulah Sharifah Khasif mampu membawa ibu, bapa dan abangnya pergi mengerjakan haji, membina rumah yang baik untuk mereka dan membeli kereta untuk kegunaan sekeluarga.

Majlis khatam al-Quran pada bulan Ramadan adalah acara tahunan keluarganya.

Tidak pernah sekali pun dalam hayat beliau tidak dapat mengkhatam al-Quran melainkan semasa beliau menerima jemputan memperdengarkan bacaan di Iran pada tahun 2005.

"Kebetulan pula waktu itu bulan Ramadan. Kerana sibuk memenuhi undangan, saya tidak sempat menghabiskan kesemua 30 juzuk. Walid marah tapi saya ke sana pun untuk mengaji," katanya.

Bersiap sedia untuk berhari raya, Sharifah Khasif, pada tahun ini beraya dengan empat pasang baju baru.

"Ini tahun pertama beraya tanpa walid. Sedih mengenangkannya, tetapi kami perlu teruskan hidup. Jadi kami beraya ala kadar saja," jelasnya yang sebelum ini lazimnya beraya dengan lima pasang baju.

Masjid Negeri Perak menjadi destinasi setiap solat Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. Hidangan wajib ada di meja pula ialah lemang, ketupat, dan rendang daging.

PERGINYA SEORANG IDOLA


Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar meninggal dunia di kediamannya di Jalan U-Thant di Kuala Lumpur pukul 7.10 petang semalam dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham berusia 66 tahun.


Beliau merupakan seorang tokoh politik yang berprinsip yang mempertahankan wang rakyat ketika berkrisis dengan Sultan Pahang. Di atas ketegasannya itu maka Perdana Menteri, Tun Hussein Onn terpaksa tunduk kepada desakan Sultan Pahang yang mahu Rahim digantikan dengan Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Pahang sebelum menghantar Datuk Seri Najib ke Pahang sebagai Menteri Besar baru pada pilihanraya umum 1982.


Ketegasannya itu menyebabkan beliau sering kali menang jawatan ahli majlis tertinggi UMNO. Sebelum UMNO terlibat dengan krisis istana di zaman Dr. Mahathir (1981-2003) menjadi Perdana Menteri, Rahim telah mencipta sejarah sebagai Menteri Besar yang enggan tunduk kepada kehendak istana.


Anak keduanya, Rosnita, 35, ketika ditemui Bernama di kediamannya berkata, bapanya sedang menunggu azan untuk berbuka puasa di meja makan apabila tiba-tiba didapati tidak lagi bernafas oleh ibunya, Datin Rosnah Kamaruddin.


Katanya, mereka segera menghubungi paramedik dari Pusat Perubatan Gleneagles Intan dan Abdul Rahim disahkan sudah meninggal dunia.


“Ayah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik sebelum meninggal, bahkan setahu saya Allahyarham tidak menghidap sebarang penyakit tetapi berkemungkinan kematiannya akibat serangan jantung,” katanya.


Rosnita berkata, semua adik-beradiknya sempat menemui Allahyarham sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir kerana masih berada di rumah itu sempena Aidilfitri.


Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Pandan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas selepas solat Jumaat hari ini.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar ketika ditemui menyifatkan pemergian Abdul Rahim sebagai kehilangan besar dalam arena politik negara khususnya kepada UMNO. Allahyarham selaku Yang Dipertua Angkasa.


Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak iaitu Roslina, 37, Rosnita, Mohd. Rizal, 32, dan Rosazreen, 25, serta empat cucu.


Abdul Rahim yang dilahirkan pada 7 Februari 1943 di Beserah, Kuantan memulakan karier politiknya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada pilihan raya umum 1978.


Allahyarham, yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, menjadi Menteri Besar Pahang selama kira-kira tiga tahun bermula 19 Julai 1978 hingga 7 November 1981.


Beliau masih bergiat aktif dalam politik terutamanya UMNO walaupun selepas meletakkan jawatannya sebagai menteri besar, antaranya menjadi Anggota Parlimen Kuantan setelah memenangi kerusi Parlimen kawasan itu pada pilihan raya umum 1982.


Abdul Rahim pernah dipilih beberapa kali sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mulai tahun 1980 tetapi gagal mempertahankan kedudukannya sebagai anggota MT pada pemilihan 1996.


Allahyarham pernah dilantik Timbalan Menteri Tenaga, Pos dan Telekomunikasi pada 1984 selama dua tahun selain menjadi Yang Dipertua Angkasa sejak Januari lepas.


Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada 1982 dan Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1986, selain memegang jawatan dalam sektor swasta termasuk Pengerusi Shamelin Holding Sdn. Bhd. dan Koperasi Shamelin Berhad sejak 1991 sehingga kini.

Khamis, September 24, 2009

RASUL PUN ADA DI KALANGAN ORANG MELAYU?


Orang Melayu memang hebat. Kalau dahulu 25 orang Rasul ,Allah pilih di kalangan orang Arab, kini ada pula orang Melayu yang mengaku jadi Rasul sedangkan Nabi Muhammad adalah nabi terakhir. Nampak sangat betapa jahilnya orang Melayu hingga percaya ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad.

Jika tak percaya masakan ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad mempunyai pengikut. Beliau menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap lima pertuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam petang tadi.


Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad bagaimanapun menetapkan 2 Okt untuk mendengar rayuan peguam bela tertuduh, Musa Awang dan hujahan pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abd Hamid serta pegawai pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Muhamad Nazri Basrawi kerana mahkamah kesuntukan masa berikutan waktu pejabat berakhir pada pukul 5 petang.

Abu Zaky turut membenarkan permohonan Musa supaya Abdul Kahar, 59, dibebaskan dengan jaminan RM10,000 serta 10 penjamin penjawat awam Jusa C bagi kelima-lima pertuduhan berkuatkuasa petang ini dan sekiranya gagal membayar jaminan, tertuduh akan terus ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Berhubung isu jaminan itu, Abu Zaky berkata mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh sebelum ini pernah diikat jamin dengan dua penjamin penjawat awam tetapi dia tetap gagal hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kesnya tanpa sebarang alasan.

"Mengenai faktor anak-anak tertuduh yang sanggup menjamin bapanya dan bertanggungjawab terhadap kehadiran tertuduh pada tarikh seterusnya, mahkamah memutuskan anak-anak tertuduh sepatutnya memberi kerjasama pada peringkat awal semasa kes bermula agar tertuduh hadir di mahkamah, tetapi mahkamah berpendapat tiada kerjasama diberikan.

"Kalau dibenarkan ikat jamin risikonya amat tinggi dan dibimbangi akan menimbulkan persepsi negatif terhadap mahkamah dan kepada institusi agama sendiri. Bagaimanapun mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan dua penjamin penjawat awam Jusa C bagi setiap pertuduhan berkuatkuasa petang ini. Kalau gagal (bayar jaminan) tertuduh hendaklah ditahan di Penjara Sungai Buloh," katanya.

Pertuduhan terhadap Abdul Kahar menyebut, dia didapati telah menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar sahaja dan ibadah Haji sekarang ini adalah sia-sia dan merugikan.

Tertuduh juga didapati mengisytiharkan diri sebagai Rasul Orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagi tuduhan ketiga Abdul Kahar didapati menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa iaitu mengaku dirinya Rasul yang diutuskan oleh Allah untuk orang Melayu, menyatakan bahawa sembahyang lima waktu tidak wajib memadai hanya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran dan menyatakan bahawa ibadah Haji itu tidak perlu ditunaikan di Mekah serta boleh dikerjakan di mana-mana sahaja di bumi Allah.

Pertuduhan keempat menyebut, tertuduh didapati menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan Mufti yang mana dia masih menjelaskan amalan serta mengajar ajaran Kahar Bin Ahmad di hadapan tiga orang bernama Hanif Taslin, Nurhelmi Ikhsan dan Mohammad Nabil Abu Naim yang difatwakan pada 23 Mei 1991 sebagai menyeleweng daripda ajaran agama Islam.

Bagi pertuduhan terakhir, Abdul Kahar didapati mempersendakan dengan perkataan amalan yang berhubung dengan Agama Islam iaitu menyatakan: "Sekiranya ada orang yang berbuat mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran ini adalah rukun, mentaati Allah itu adalah sujud, tidak perlu tonggang tonggek dan membebel seorang-seorang."

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah beralamat No.44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Ulu Klang, Ampang, Gombak, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 8(a), 7 (1), 12(c), 10(b) dan 13 (1) enakmen itu membolehkan Abdul Kahar didenda RM21,000 dan dipenjara selama 13 tahun dan disebat.

Fakta kes menyebut tertuduh yang mendapat pendidikan sehingga darjah lima di sekolah Melayu, ditangkap pada 23 Jun 2005 oleh pegawai penguatkuasa JAIS berhubung semua kesalahan itu dan dia didapati telah menyebarkan pendapat serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam, lebih-lebih lagi ajaran 'Kahar Bin Ahmad' telah diwartakan sebagai ajaran salah oleh Mufti Selangor pada 23 Mei 1991.

Pada 8 April 1991, Abdul Kahar pernah didakwa mengikut Seksyen 150 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 1952 kerana tidak bersolat Jumaat dan dikenakan denda RM300 atau dua bulan penjara.

Tertuduh yang merupakan bekas pekerja Zoo Negara, pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 17 Ogos 2005 serta dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dan sepatutnya dibicarakan pada 21 Sept 2005.

Dia bagaimanapun beberapa kali gagal hadir untuk dibicarakan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan walaupun waran tangkap dikeluarkan, sehinggalah pada 16 Sept lepas apabila dia ditahan pasukan penguatkuasa Jais kira-kira pukul 9.45 pagi, di tempat persembunyian barunya di Sungai Long, Kajang sebelum dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan ke atasnya.

PENGARAH JAIPK PERLU LETAK JAWATAN


Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mendakwa masalah teknikal menjadi punca sebahagian imam, bilal dan siak masjid dan surau di negeri ini tidak menerima bonus pemberian kerajaan negeri sebelum Hari Raya Aidilfitri Ahad lalu.

Pengarahnya, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor al-Hafiz berkata, masalah itu mungkin berlaku semasa proses pengagihan wang tersebut di peringkat pejabat agama daerah ke 579 masjid dan 30 surau.

Beliau berkata, JAIPk menerima waran daripada Pejabat Kewangan negeri pada 9 September dan mengagihkan kepada pejabat agama daerah pada 11 September.

''Pejabat agama daerah pula diarah memproses segera bayaran tersebut ke dalam akaun setiap masjid dan surau pada 16 September dan pada hemat saya, semua pegawai masjid berkenaan telah menerima sagu hati itu selewat-lewatnya pada 18 atau 19 September lalu.

''Saya hanya mengetahui ada pegawai masjid yang tidak terima bonus hari raya selepas dihubungi Pegawai Kewangan negeri pagi ini,'' katanya pada sidang akhbar di Ipoh semalam.

Sebelum ini, kerajaan negeri bersetuju memberi wang sagu hati Hari Raya berjumlah RM1.25 juta atau RM500 seorang kepada 2,496 imam, bilal dan siak di Perak.

Bagaimanapun pegawai masjid yang tidak menerima bonus hari raya itu telah mengadu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang kemudiannya bertanyakan perkara itu kepada Pegawai Kewangan negeri.

Sheikh Mohamad berkata, pihaknya kesal dengan masalah tersebut dan berjanji ia tidak berulang pada masa depan.

''Setakat ini, saya difahamkan sebahagian besar daripada mereka telah menerima sagu hati tersebut,'' katanya sambil memberitahu tidak mengetahui bilangan pegawai masjid yang lewat menerima bonus hari raya.

Ditanya sama ada masalah berkenaan disebabkan terdapat unsur sabotaj bagi memburukkan imej kerajaan negeri, beliau menafikannya dan menganggap masalah itu langsung tidak berbangkit.

Komen saya ialah beginilah nasib imam, siak dan bilal di Perak dipermain-mainkan oleh jabatan mereka sendiri. Niat kerajaan BN untuk memberi elaun khas kepada mereka wajar diberi pujian tetapi dari segi perlaksanaan, hancur kerana tiada komitmen dan kesungguhan jabatan berkenaan.

Kesian imam, bilal dan siak masjid seluruh Perak yang terpaksa menerima bonus selepas hari raya sedangkan wang itu boleh dibelanjakan untuk persiapan hari raya. Saya cadangkan supaya Pengarah JAIPk meletakkan jawatan kerana gagal mengagihkan bonus ini dengan kadar segera.

LETAK FAIZAL CALON BN BAGAN PINANG


Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan perwakilannya untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Oktober ini.


Walaupun ada ura-ura yang menyatakan Isa tidak cukup kredibel kerana pernah diambil tindakan disiplin parti atas tuduhan politik wang, perwakilan melihat hanya Isa yang boleh menyatu-padukan masyarakat Port Dickson, katanya.


"Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat," katanya kepada Bernama di sini Rabu.


Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.


"Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini," katanya.


Beliau memberi contoh mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah diambil tindakan disiplin oleh Allahyarham Tuanku Abdul Rahman kerana menulis buku Malay Dilemma.


"Akibat desakan yang kuat dari akar umbi, Perdana Menteri kemudian Allahyarham Tun Abdul Razak membawa masuk Mahathir kembali dan beliau akhirnya muncul sebagai pemimpin yang hebat," katanya.


Katanya, pemilihan Isa sangat tepat kerana tokoh itu telah membuktikan kesetiaannya kepada parti walaupun telah diambil tindakan disiplin dan ini merupakan contoh yang baik kepada ahli lain.


Ini membuktikan kesetiaan itu merupakan satu perkara yang perlu kita utamakan, jadi bagi saya selaku Ketua Pemuda malah mungkin mewakili sebahagian Pemuda inilah yang patut menjadi idola kerana kita hendak mencari orang yang benar-benar setia pada parti," katanya.


Jika parti menolak suara perwakilan, beliau khuatir Umno akan melakukan kesilapan yang sama seperti parti LDP yang telah memerintah Jepun selama lebih dari 50 tahun tetapi akhirnya tewas.


Komen saya ialah kes Dr. Mahathir pada tahun 1969 tidak boleh disamakan dengan kes Isa pada tahun 2004. Kes Isa adalah terlibat dalam rasuah politik sedangkan Dr Mahathir hanya mengecam kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Jika Dr. Mahathir dikenakan tindakan disiplin kerana melakukan rasuah politik, Tun Razak tidak bawanya kembali ke dalam UMNO.


Saya kira kalau letak Ketua Pemuda, Mohd Faizal Ramli sebagai calon BN, BN mampu menang kerana undi pos akan membantu kemenangannya walaupun majoriti undi mungkin merosot. Apa salahnya letak Faizal sebagai calon, kerana beliau adalah Exco pemuda UMNO Malaysia.

Rabu, September 23, 2009

PELIK JUGA DR MAHATHIR HADIRI MAJLIS MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN


Selama ini Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dianggap sebagai orang Pak Lah. Jadi apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadiri majlis terbuka rumah beliau, ia dianggap pelik.


Apatah lagi Dr Mahathir membuat kenyataan seolah-olah tidak pro kepada Tan Sri Isa Samad yang disebut-sebut sebagai bakal calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. Kenapa Mat Hassan jemput Dr. Mahathir? Apakah ini mesej beliau bahawa calon BN bukan Isa? Adakah Dr. Mahathir bercakap bagi pihak Mat Hassan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan?


Saya pun tak mahu Isa dipilih sebagai calon kerana saya sokong kenyataan Dr. Mahathir bahawa calon yang bersih yang wajar jadi calon. Isa sudah terbukti bersalah amalkan politik wang. Jadi dia tidak layak jadi calon.


Tetapi amalan UMNO tidak begitu. Six milion dollar man, Datuk Tajudin Rahman turut bersalah tetapi dia dipilih jadi calon parlimen Pasir Salak pada tahun 2008. Kini dia masih ahli parlimen dan Pengerusi FELCRA pula. Bekas Bendahari Agung UMNO, Datuk Azim Zabidi pernah jadi calon BN Bukit Gantang pada pilihanraya umum 2008 tetapi kalah. Beliau pun pernah dihukum terlibat dalam politik wang.


Oleh itu jika Isa jadi mangsa kali ini, maka Tajudin tidak boleh bertanding lagi dalam pilihanraya umum akan datang. Jika tidak orang kata UMNO double standard. Kita ikuti berita Dr. Mahathir seterusnya.


Dr. Mahathir sekali lagi menegaskan UMNO perlu memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.


Beliau berkata, UMNO boleh mendapat majoriti besar pada pilihan raya kecil DUN tersebut yang merupakan kubu kuat parti jika memilih calon yang benar-benar bersih.


Beliau berkata, jika calon tidak bersih diketengahkan dalam pilihan raya tersebut, UMNO mungkin menang di Bagan Pinang tetapi akan kalah di tempat lain.


"Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang.


"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, Rembau semalam.


Dr. Mahathir turut khuatir jika trend pemilihan calon yang tidak bersih diteruskan, parti itu akan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


"Saya tak fikir tentang individu, saya kenal semua orang dan saya tak peduli dengan siapa pun tapi saya fikir cuma untuk parti sahaja," tegasnya.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Oktober sementara pengundian 11 Oktober.


Dr. Mahathir berkata, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk menang dalam pilihan raya kecil berkenaan kerana ia merupakan kubu UMNO.


"Yang kita kalah sebelum ini pun semua di kawasan pembangkang," ujar beliau.


Beliau juga berkata, sokongan kaum Cina dan India masih belum cukup untuk membantu BN memenangi pilihan raya berkenaan.


Kata beliau, faktor itu berpunca daripada pemimpin parti komponen yang masih berhadapan dengan masalah sendiri.


"Saya nampak belum ada perubahan yang boleh dilihat atau mungkin saya belum nampak. Masing-masing masih memikirkan masalah kaum sendiri.


"MIC masih mempunyai masalah dalaman dan saya tidak tahu sama ada mereka boleh menumpukan perhatian dalam berkempen untuk membantu BN," jelas beliau.


Jelas beliau, sekiranya semua pemimpin parti mengutamakan parti dan bukannya diri sendiri, sudah pasti semua masalah dapat diselesaikan.

Selasa, September 22, 2009

RASHID SIBIR MASIH KUASAI DRAMA ASTRO



Hari ini hari raya ketiga. Drama drama Rashid Sibir masih menguasai Astro. Pada jam 6 pagi tadi, Astro 105 menyiarkan drama Salam Sakratulmaut arahan Rashid Sibir. Drama itu lakonan Aqasha dan Nurkhiriah.

Aqasha halau isterinya Nurkhiriah kerana mengaku bahawa anak yang dilahirkannya bukan anak Aqasha tapi anak kawan baik Aqasha iaitu Zulhelmi. Aqasha yang terlalu percayakan kawannya itu tidak percaya lantas menghalau isterinya. Sekembalinya ke kampung, isterinya jadi gila bila anaknya meninggal. Apabila Aqasha sedar bahawa isterinya tidak bersalah dia pulang ke rumah mertuanya untuk menjemput isterinya pulang tetapi ia sudah terlambat kerana isterinya menjadi gila. Ia amat menyentuh perasaan.

Pada pagi ini jam dari jam 6.30 pagi Astr0 104 menyiarkan Takbir Suci 3 lakonan Fauziah Nawi, Raja Azura. Sekali lagi Raja Azura yang tidak mati dalam Takbir Suci 2 buat konspirasi untuk membolot harta emak angkatnya, Fauziah Nawi. Drama ini biasa sahaja tidak sedih seperti Takbir Suci 1.

Sekarang mulai 9.30 pagi Astro 106 pula mengulang tayang takbir Suci 2 yang sudah ditayang pagi semalam di Astro 105. Pagi ini sahaja tiga drama Rashid Sibir menguasai drama-drama Astro. Itulah kehebatan Rashid Sibir sehingga pengarah drama yang lain tidak diberi peluang oleh Astro untuk berkarya. Drama Rashid sudah sinonim dengan drama air mata.

Jam 11 pagi tadi, TV3 turut menyiarkan drama Rashid Sibir berjudul Pelita Buluh lakonan Azizah Mahzan, Azean Irdawarty, Ogy Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan. Adegan paling menyayat hati apabila Nasir minta maaf dengan isterinya Ogy tetapi Ogy enggan memaafkannya. Akhirnya Nasir mati di hadapan isterinya itu.

Petang semalam jam 4 saya menerima panggilan dari kawan lama yang sudah 10 tahun terpisah. Sedang berbual bateri handphone sudah habis. Balik ke rumah sebelah malam, mahu caj bateri handphone tetapi handphone tidak boleh dibuka. Tekan punya tekan rosak pula handphone saya. nampaknya minggu ini saya tidak dapat hubungi sesiapa kerana handphone saya rosak. Kalau sesiapa mahu hubungi saya, e mail kepada saya zabby5257@yahoo.com.my atau berhubung melalui facebook saya.

Isnin, September 21, 2009

MASIH BERAYA DENGAN ASTRO


Pagi ini jam 6.30 Asro 105 menyiarkan drama Rashid Sibir lagi, Takbir Suci 2 lakonan Fauziah Nawi, Raja Azura. Ia adalah sambungan Takbir Suci yang disiarkan oleh Astro pagi semalam. Dalam Takbir suci, watak Suraya emak kepada Nasir Bilal Khan dipegang oleh Datuk Sarimah manakala dalam Takbir Suci 2, watak itu dipegang oleh Fauziah Nawi.

Raja Azura membuktikan bahawa beliau adalah pelakon serba boleh. Watak jahatnya begitu berkesan dan ia menimbulkan kebencian kepada penonton. Raja Azura adalah anak angkat Fauziah Nawi yang tergamak menghalau emak angkatnya kerana harta pusaka. Akhirnya dia mati terminum cuka getah di ladang getah dengan kekasihnya, Ako Mustafa.

Rashid Sibir merupakan seorang pengarah drama tv yang paling hebat dekad ini. Drama-drama arahannya amat menyentuh perasaan para penonton. Jam 10 pagi tadi, Astro 106 pula menyiarkan drama Takbir Suci. Sekali lagi air mata mengalir tanpa disedari. Begitulah hebatnya Rashid Sibir yang boleh membuat penonton menangis menonton drama-drama tv arahannya.

Di hari raya kedua ini, saya masih menerima sms dari rakan-rakan yang mengucapkan selamat hari raya daripada dua orang ejen public mutual saya, Alicia Wong dan Mr Chin. Tidak ketinggalan daripada Haji Muhammad Abdullah seorang taukeh kereta used car di Padang Midin, Kuala Terengganu.

Sejak saya upgrade sim card saya ke 3G, saya kehilangan nombor hand phone beliau semua nombor yang ada dalam sim card lama itu saya hilang kecuali rakan-rakan yang telah menghubungi saya selepas menggunakan 3G barulah saya tahu nombor hand phone mereka. Sudah lama saya cari nombor handphone Haji Mat ini tetapi rakan-rakan ramai yang tidak tahu nombor handphonenya.

Saya akhiri tulisan ini dengan memetik sms kiriman Haji Mat iaitu" Jika harta adalah racub, zakatlah penawarnya. Jika umur adalah dosa, maka taqwa dan taubat adalah ubatnya, jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhanlh pemutihnya. Selamat hari raya aidilfitri dari Haji Muhammad Abdullah sekeluarga".

Ahad, September 20, 2009

ASTRO MENDAHULUI PENGUMUMAN HARI RAYA




Malam tadi pada jam 7.30 malam Astro 105 telah menyiarkan takbir hariraya sedangkan pengumuman hari raya diumumkan dalam berita TV3 pada jam 8.17 malam. Nampaknya Astro telah mendahului pengumuman hari raya.

Sepatutnya takbir disiarkan oleh Astro selepas pengumuman rasmi dalam berita TV3. Saya berharap Astro tidak ulangi kesilapan ini di masa akan datang. Hari ini umat Islam berhari raya aildil fitri di seluruh dunia. Saya tidak pergi ke mana-mana hari ini cuma menonton Astro di rumah.

Seperti biasa Astro 105 menyiarkan dua drama airmata Rashid Sibir. Pagi tadi jam 6 ulangan Takbir Suci lakonan Nasir Bilal Khan, Ellie Suriyati. Jam 2 tadi pula drama lakonan Fauziah Nawi, Azizan Nin iaitu Takbir Terakhir. Semalam Astro juga menyiarkan drama Rashid Sibir lakonan Fauziah Nawi, beego dan Jalil Hamid. Seperti biasa drama-drama Rashid Sibir amat menyentuh hati kita hingga tidak disedari air mata kita menitis. Tahniah kepada Rashid Sibir.

Sejak malam tadi saya menerima lebih dari 30 sms dari kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari raya dari Lina Lembah Jaya, Burn Penerangan, Wan Jasni, Emi Raub, Zaki, Jee Sungai Tua, Kamri bangi, Kak Long dan Faizal di Batu Gajah, Datuk Kamal Amir, Zahari Said, Haji Rosli suami boss, Seha GMC, Zawawi Zin, Hairul Muar, Datuk yusof Annas, Borhan Dollah Timbalan KSU Kementerian Belia dan Sukan, Norehan Mokhtar dua pupu, Salahuddin dua pupu, Datuk Rizalman Abdullah, Yazid Damansara Damai, Yazeed Datuk Kayoom, Pak Yusof Kerteh Enam,Fadilah Bukit Mentok,Datin Ira Aura Seri, Haji Mat Ali Kuala Ibai, Zul, Drs Kamaruzaman Kuantan, Roslay Raffie, Datuk Azman Taiping, Haji Bidin Beseri Saad, Haji Abu Bakar Ahmad, Datuk Nordin Vas Aero dan dari dua no handphone yang saya tidak kenali pengirimnya iaitu nombor 0129844492 dan 0199157007. Terima kasih kepada semua. Selamat hari raya kepada semua pembaca blog ini, maaf zahir dan batin.

Saya beraya di rumah di Chukai sendirian kerana anak-anak pulang ke rumah neneknya di Pasir Gajah sejak malam tadi. Petang tadi baru saya dapat beraya dengan mereka. Inilah kali pertama kami tidak beraya bersama.


Sabtu, September 19, 2009

FISIOTERAPI MEDAN ELEKTRIK DI MARAN


Petang semalam tepat jam 3 saya menumpang adik ipar saya,Pak Da Kor balik ke kampung. Dari rumahnya di Tasik Puteri, Rawang, kami lalu ikut Serendah-Genting-Genting Sempah-Kuantan untuk mengelakkan kesesakan di tol Gombak.

Sampai di Genting Sempah, kami lalu ikut jalan lama ke Bentong sebelum masuk ke LPT semula. Di Bentong jalan kurang sibuk dah kerana banyak kereta menghala ke Gua Musang. Kami tak sempat berbuka puasa di rumah emak di Balok kerana jam 7 petang kami baru sampai di pekan Maran. Kami keluar pula dari LPT untuk berbuka puasa.

Sementara berehat satu jam di sebuah gerai di pekan Maran sambil berbuka puasa, saya sempat caj bateri handphone saya di kedai Pak Nan di sebelah gerai makan itu. Pak Nan,60, adalah seorang pakar fisioterapi medan elektrik yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, gout, batu karang dan sebagainya.

Kisah hidup Pak Nan yang berasal dari Paya Jaras, Selangor agak menarik. Dia sudah lama menetap di Luit, Maran dan pernah bekerja sebagai pemandu lori kargo yang berulang alik dari Kuantan ke Kuala Terengganu.

Tiga tahun lepas Pak Nan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Hulu Telemong, Hulu terengganu. Dua minggu Pak Nan koma dan tiga bulan dia tidak boleh bercakap. Doktor mengesahkannya beliau hilang ingatan. Dia dengar suara orang bercakap tetapi dia tidak boleh bercakap.

Sejak itu dia berubat dan pelbagai bomoh dijumpainya tetapi penyakitnya tidak pulih sehinggalah beliau mendapat rawatan fisioterapi elektrik dari seorang pakar di Kuantan. Bila Pak Nan pulih, Pak Nan belajar pula merawat orang sakit melalui kaedah fisioterapi dengan medan elektrik.

Pak Nan baru buka kedainya di pekan Maran itu dua bulan lepas. Sejak itu ramai yang datang berubat untuk memulihkan pelbagai penyakit. Ada seorang isteri yang sudah dibedah kanser otak datang ke kedainya untuk mencuba rawatan fisioterapi medan elektrik tetapi Pak Nan tak berani mengubatinya kerana dia sudah buat pembedahan. Setelah suaminya beri jaminan bahawa dia tidak akan tuntut apa-apa dari pak Nan jika berlaku apa-apa sepanjang rawatan itu, barulah Pak nan berani mengubati isterinya itu. Kini alhamdulilah perempuan itu makin pulih.

Bagi sesiapa yang ada pelbagai penyakit, boleh cuba berubat dengan pak Nan. Hubunginya melalui nombor handphonenya 0105284289. Kos rawatannya amat murah. Satu jam RM6.00 atau setengah jam 3.00. Bagi lelaki yang lemah tenaga batin, dia kena berubat melalui kaedah ini sebanyak tujuh kali, satu jam satu kali. Insya Allah kebatinan itu akan pulih seperti biasa.

Jam 8 malam saya meneruskan perjalanan ke Kuantan. Sesungguhnya pertemuan sebentar dengan Pak Nan amat mengesankan. Semoga perniagaannya semakin maju selepas ini.

Jumaat, September 18, 2009

DR M LEBIH MARAHI NAZRI DARIPADA SUKUMARAN


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan iannya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M. Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata : "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata...suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi). Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya,"

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu.

Khamis, September 17, 2009

JALAN MUDAH JADI JUTAWAN


Semalam dalam perjalanan ke Ampang Point pada pukul 11.51 pagi, saya menerima panggilan yang tidak saya kenali dari Negeri Sembilan bermula dengan nombor 06. Saya angkat hp dan terdengar suara seorang gadis yang mahu tanya nombor telefon Yayasan AlBukhary. Gadis itu, Hani yang berasal dari Sekinchan kini bertugas di Skill Development Centre di Mantin mahu tahu tentang yayasan itu untuk kawannya yang mahu melanjutkan pelajaran di Mesir.

Kebetulan Hani membaca kisah yayasan itu dalam blog saya dua hari lepas. Saya jawab saya ada di luar, nanti sampai di pejabat saya cari nombor telefon yayasan tersebut. Sampai di pejabat jam 2 petang, saya terlupa dengan janji saya kepada Hani. Jam 4.30 baru saya teringat dan lantas saya search dalam google mengenai website yayasan al Bukhary tetapi tidak ditemui sebarang maklumat.

Saya buka website Muzium Kesenian Islam yang ada kaitan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Saya dapat nombor pegawainya dan saya hubungi Hani supaya hubungi Haji Razali yang pastinya tahu nombor telefon yayasan berkenaan. Syukurlah pada petangnya Hani ucapkan terima kasih kepada saya kerana sudah dapat maklumat tentang yayasan itu melalui Haji Razali.

Saya amat tertarik dengan satu tulisan dalam blog Momo Rantings yang ditemui ketika saya search dalam google mengenai yayasan al Bukhary. Saya petik kembali tulisan itu sepenuhnya mengenai azam beliau pada tahun 2008.

My pledge of 2008 is, God Willing, to provide the opportunity and easyness to whoever qualified to be given to. Everytime before I went to sleep, I hope somebody would give a million ringgit for that I can help the others. Dont tell me that I can still help even I'm not that rich, but these days, things cost money. Money will not solve every problem, but money can solve some problems. One problem is, giving opportunity for education. If my wish are becoming a reality, with that million ringgit, I would divide it into 2 - half million each. One is for generating more money (ibu duit) and another will be use for education purposes. A deposit into Tabung Haji would give me 9% in interest which is HALAL inside out (some say ASB is not halal. Dont ask me. Ask them) and imagine annually of 9% addition to 500,000 deposit? Calculator please. RM 45K. So, given the interest is more of less the same, every year, I'll have the additional of 45,000 ringgit to the initial deposit. 45K is good for giving full year scholarship (similar to PTPTN) for 2 students for their whole degree programme (4 years, RM7K per year). I'll propose to Yayasan Al Bukhari to include a new scholarship award which I think will be under Guar Chempedak Fellowship (GCF). The unique of CGF is the award is only applicable to the students/ applicants that stay in Guar Chempedak and atleast complete the whole secondary study at one of the schools situated in Guar Chempedak. I also would propose to Yayasan Al Bukhari to invest in Guar Chempedak, for instance, build a Hajj Complex there for Hajj's business. In future, everybody going to Hajj under the payment of Yayasan Al Bukhari will be handle from start to end in Hajj Complex of Guar Chempedak. The applicants of GCF will be bonded for several years, in order to serve at Hajj Complex or any of the Al-Bukhari businesses*, inside and outside the country. The GCF is not a lease. It is a scholarship. An award for those who excel in secondary education and wanting to futher them in universities. The applicants also should apply for IPTA inside Malaysia in order to have better supervision. The most important thing of all is that Guar Chempedak Fellowship is only applicable to Malays. I tell you why. Because all those Chinese and Indians, they got this private bodies that give assurance in term of financial. For instance, a Chinese Hall Club in Gurun had give several of its members financial aids - student's scholarships/ investment fund/ business leases/ etc. etc - but none of these surfaces or known to many. But I know because I live there. They operated like a Koperasi - members pay monthly fees and take their shares when they need any help. But Malays don't have those things. They are all depended to the Government for all their needs. I'm not going to bother about that but I'm stressing that GCF should be applicable only to Malays for this reason. Another half of the million ringgit will be use as somesort of micro credit purposes. Applicants can apply for fund injection for their businesses, but I must stress that, again, this micro credit thing is only applicable for Malays and applicants must be from Guar Chempedak. All those Pasar Tani seller, can apply micro credit loans which amount to 1000 ringgit to 10,000 ringgit per applicant. In return, they must register with a new Business Body - Dewan Perniagaan Melayu Guar Chempedak (DPMGC), and repay back their loans in monthly fees. A procedure on this can be work on later, but I just want to insist that, this micro credit purpose will lead to us copying what the Chinese and Indians had done hundred years before us. DPMGC will serve as the Koperasi for its members which are mainly traders around Guar Chempedak. Again, I think, I will convince Al-Bukhary to work with us for this purpose. But again, that's my 2008 pledge which I think only be a reality once I got that lot - a million ringgit. Adios Amigos! *Al Bukhary businesses include Engineering Firms in around the world and most notably, working in Saudi Arabia with the Government of KSA, and also, the winner bidder (MCMC) for the double tracking project from Ipoh to Padang Besar. A fleet company handles container ships. Civil works include highways in India, Qatar, KSA, and around the world. So much more which I dont have to mention here. Its a big consortium!

Momo Rantings memerlukan RM1 juta tetapi saya memerlukan RM38,974.00 untuk menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat. Ini bukanlah omong-omong kosong kerana Sifu Khirul Anuar yang mengasaskan multi level marketing (MLM) GMC Wawasan telah membuktikannya.

Setiap petang Rabu saya ke hotel Vistana mendengar taklimat mengenai GMC. Saya kenali Sifu apabila boss saya suruh saya interbiunya untuk majalah BUSINESS KINI. Kisah hidupnya amat sedih. Selama 11 bulan beliau terlantar di hospital kerana sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Sewaktu sakit inilah, isterinya yang tidak sabar dengan ujian Allah ini telah meninggalkannya.

Apabila kawannya memperkenalkan produk Nutriblend, beliau pulih dari penyakit itu sepenuhnya. Bila Sifu baik, beliau pun menyertai GMC untuk menjual produk Nutriblend. Sudah tujuh tahun setiap minggu (hari Rabu) dia buat taklimat GMC kepada orang ramai yang mahu jadi jutawan di hotel Vistana. Jika produk Nutriblend tidak berkesan, sudah lama dia kena pukul kerana orang ramai yang datang beli produk itu dapat carinya di hotel Vistana setiap malam Rabu. Nutriblend juga dapat menyembuhkan perempuan yang kena barah payah dara. Kini GMC menunggu kelulusan Kementerian Kesihatan sama ada Nutriblend dapat menyembuhkan penyakit HIV dan H1N1.

Baru-baru ini Sifu memperkenalkan marketing plan baru GMC yang tidak perlu menjual produk, menaja orang dan maintain jualan apabila kita sampai ke penthouse kedua. Ia adalah skim yang terunggul di dunia yang tidak pernah diperkenalkan oleh mana-mana syarikat MLM di dunia.

Untuk jadi ahli kita kena bayar RM2,998.00. Lepas itu kita taja tiga orang, kita dapat RM1,600. Tiga orang yang kita taja kena cari tiga orang juga untuk dapat RM1,600. Kita dapat lagi RM1,600. Kemudian kita masuk penthouse kedua, di mana kita tidak perlu menaja dan menjual lagi. Untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai GMC, jom ikut saya ke hotel Vistana , Kuala Lumpur pada setiap malam Rabu.

Skim baru ini amat mudah seseorang ahli menjadi jutawan. Apatah lagi kalau kita ada modal RM38,974.oo di mana kita beli semua unit (13 unit) dalam penthouse pertama. Bila sampai ke penthouse kedua, kita tak perlu taja orang lagi kerana kita akan diletak secara auto-placing dalam penthouse kedua.

Saya masuk pelbagai MLM yang datang berkempen di rumah. Isteri Datuk Ibrahim Ali, Datin Rohaya ajak masuk Amway, saya masuk tetapi yang tidak tahan kita kena maintain jualan jadi saya tidak aktif. Bila heboh MH Products dahulu, saya masuk juga jual sabun. Bila kontraktor Haji Shahbudin Maidin, ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman jadi stokis Sureco di Kemaman, saya masuk juga, tetapi semuanya tidak aktif. Paling terbaru Tok Penghulu Mat Dalam ajak saya sertai MLM dengan modal RM630, saya masuk juga tetapi tidak aktif.

Pelbagai MLM saya masuk tetapi tidak aktif kerana kita kena jual barang, kena maintain jualan tetapi dengan GMC bila kita sampai ke penthouse kedua, kita tak perlu taja orang lagi.S aya nampak apa yang dibuat oleh GMC lebih meyakinkan untuk jadi jutawan. Dengan modal besar RM38,974.00 kita akan jadi jutawan di mana bila kita sampai di penthouse keenam, kita dapat cash di level satu sebanyak RM500,000 manakala di level kedua, kita dapat cash RM819,200. Oleh itu jika anda mahu jadi jutawan dalam masa yang singkat, sertailah GMC. Saya teringat kata-kata Momo Rantings yang kiranya ada orang sudi meminjamkannya RM1 juta, dia dapat menjayakan cita-citanya tetapi jika ada orang sudi meminjamkan saya RM38,974.00, saya dapat menjadi jutawan GMC dalam tempoh yang singkat. Insya Allah.

Betul kata pepatah orang tua, kalau kita mahu jadi orang pandai, kita berkawanlah dengan orang yang berilmu. Kalau kita mahu jadi jutawan, kita berkawanlah dengan jutawan. Kisah kegigihan Sifu yang berjaya sebagai jutawan GMC dan beliau pula telah melahirkan enam orang jutawan memberi semangat kepada kita semua untuk menjejaki langkah beliau sebagai jutawan.

Yang untungnya GMC menyediakan pinjaman kepada orang yang blacklist dan muflis untuk jadi ahli terutamanya kepada pegawai dan kakitangan kerajaan. Inilah peluang kepada kita yang blacklist dan muflis untuk membersihkan nama kita. Sayangnya orang bekerja swasta seperti saya tidak layak buat pinjaman itu. Jika tidak sudah tentu saya rebut peluang keemasan ini.

Rabu, September 16, 2009

INDONESIA MINATI E BOOK TERENGGANU


Indonesia menunjukkan minat dengan e-Book yang dipelopori oleh Terengganu dan telah menyatakan hasrat untuk membeli komputer riba itu daripada kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata, kerajaan Indonesia telah meminta kerajaan negeri melalui Top IT iaitu kilang pengeluar komputer berkenaan untuk membekalkan komputer riba itu ke negara berkenaan.

"Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, selepas hari raya nanti kita akan tanda tangani perjanjanjian persefahaman dengan Kementerian Pelajaran Indonesia di Jakarta," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Selain Indonesia, Ahmad Razif berkata Brunei juga menunjukkan minat terhadap penggunaan kompter riba tersebut, tetapi ia masih dalam perbincangan.

Beliau berkata beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang dan Melaka juga menunjukkan minat untuk menggunakan komputer seberat tidak sampai satu kilogram itu.

"Terengganu kini boleh berbangga kerana e-Book bukan sahaja mendapat pengiktirafan di dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Ahmad Razif untuk tahun depan, kerajaan negeri memperuntukkan RM60 juta untuk membekalkan 60,000 unit komputer kepada murid Tahun Empat dan Lima, berbanding RM30 juta untuk kira-kira 30,000 orang murid Tahun Lima tahun lepas.

LETAK JAWATANLAH PENGURUSAN LRT


Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) aliran Ampang dari Stesen Sultan Ismail ke Sentul Timur mengalami gangguan teknikal bermula pukul 6 pagi ini. Jurucakap RapidKL, Haliza Abd. Hamid memberitahu, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan sistem aliran itu kembali pulih secara berperingkat.

Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) aliran Ampang yang dilaporkan mengalami gangguan sejak awal pagi ini, kini pulih seperti sediakala.

Jurucakap RapidKL memberitahu, perkhidmatan menghubungkan Stesen Sultan Ismail ke Sentul Timur itu kembali pulih pukul 11.04 pagi ini.

RapidKL turut memohon maaf kepada semua pengguna perkhidmatan itu di atas segala kesulitan yang dialami.

Apa nak jadi dengan LRT? Perkhidmatan yang lembab. Entah pagi ini berapa ramai kakitangan kerajaan dan swasta sampai lambat ke ofis dengan mendapat punch card berwarna merah gara-gara kelembapan LRT.

Kebetulan saya mahu pergi ke Menara PGRM, Cheras pada jam 9 pagi tadi. Saya naik LRT dari stesen Titiwangsa. Satu laluan ditutup kerana kerja-kerja membaikpulih landasan LRT. Yang lucunya saya kena pergi ke stesen Sentul Timur terlebih dahulu dari situ dan ia berakhir di stesen Sultan Ismail. Dari situ tukar ke LRT lain di laluan sebelah menghala ke stesen Maluri.

Ketika LRT kami sampai di Sentul Timur, saya nampak tren yang sedang servis landasan dengan beberapa orang pekerja. Yang lucunya ada juga empat orang pekerja tidur dalam tren servis itu. Ini yang peliknya. Tidak ada disiplin langsung pekerja LRT.

Kerajaan menggalakkan rakyat menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan bas Rapid KL. Tetapi jika perkhidmatan lembab seperti ini siapa lagi yang mahu bergantung kepada LRT. Barangkali Pengerusi RapidKL Datuk Idrose Mohamed dan COOnya, Noor Hassan Ismail kena letak jawatan di atas kelembapan LRT ini.





KETUA CAWANGAN JADI PERWAKILAN CUKUPLAH


Pergerakan Pemuda UMNO semalam mengesyorkan supaya ketua-ketua pemuda cawangan secara automatik dipilih sebagai perwakilan ke persidangan UMNO bahagian selaras pindaan perlembagaan parti itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jika syor berkenaan diterima 17,000 ketua pemuda cawangan berhak memilih kepimpinan parti di peringkat pusat.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan membentangkan syor berkenaan pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan untuk dibahaskan secara menyeluruh.

"Pergerakan Pemuda UMNO juga akan membentangkan cadangan membenarkan semua ahli jawatankuasa sayap di peringkat bahagian diberi hak memilih pucuk pimpinan parti.

"Jika cadangan ini juga diterima ini bermakna 4,200 lagi pemimpin muda akan terlibat dalam menentukan kepimpinan tertinggi parti," katanya dalam satu kenyataan di Kuala LUmpur semalam.

Pada 11 September lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) bersetuju menghapuskan sistem kuota bagi pemilihan dalam parti iaitu dengan menambah bilangan perwakilan yang diberi hak serta kuasa untuk memilih pemimpin pada masa akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dengan keputusan itu, bilangan perwakilan yang akan diberi hak dan kuasa untuk memilih jawatan tertinggi dalam parti adalah jauh lebih besar daripada 2,500 perwakilan yang dibenarkan sekarang.

Menurut Najib, langkah itu bagi membanteras kegiatan politik wang selain menjadikan proses pemilihan lebih telus untuk menunjukkan UMNO benar-benar parti yang melibatkan seberapa ramai golongan dalam proses pemilihan pemimpinnya.

Reezal Merican yakin dua syor yang bakal dikemukakan itu merupakan satu bentuk perubahan yang boleh menarik minat generasi muda terlibat dengan perjuangan UMNO.

"Kita percaya perubahan ini akan membawa kepada implikasi positif dari sudut perluasan asas keterlibatan generasi muda dalam menentukan kepimpinan tertinggi parti," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pindaan perlembagaan yang akan berlaku dalam UMNO bakal mengubah landskap pemilihan pucuk pimpinan parti.

"Pindaan yang menyeluruh baik dalam ruang perlembagaan, peraturan persidangan mahu pun tataetika parti akan menghadirkan UMNO yang lebih segar dan dinamik di mata rakyat.

"Perubahan-perubahan ini bukan lagi bersikap retorik dan abstrak tetapi menjurus kepada perubahan sebenar, saya pasti Pemuda UMNO di peringkat akar umbi akan menyambut baik perubahan ini," tambahnya.

Nampaknya cadangan pemuda tidak praktikal. kalau ketua pemuda cawangan dibenarkan jadi perwakilan, ketua wanita cawangan dan ketua puteri cawangan pun mahu jadi perwakilan juga. Oleh itu biar ketua cawangan sahaja dibenarkan jadi perwakilan.


Selasa, September 15, 2009

MAIN CINTA MELALUI SMS


Seramai 39 peratus penduduk bandar di Malaysia pernah bermain cinta dengan pasangan mereka melalu sistem pesanan ringkas (SMS) manakala hampir 15 peratus pernah memutuskan hubungan melalui SMS dan 20 peratus telah meninggalkan pasangan mereka melalui SMS, kata syarikat penyelidikan global Synovate, dalam satu kajian baru-baru ini.

Synovate telah mengkaji selidik lebih 8,000 responden bandar daripada Malaysia, Kanada, Denmark, Perancis, Netherlands, Filipina, Russia, Singapura, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata kajian itu bertujuan mengenalpasti sikap lelaki dan wanita terhadap telefon bimbit mereka dan faktor-faktor yang menyumbang kepadanya.

Pengarah Urusan Synovate Malaysia Steve Murphy berkata adalah jelas masyarakat bandar di Malaysia memilih untuk tidak berkonfrontasi ketika menghadapi situasi yang rumit.

" Mereka mendapati lebih mudah untuk menyatakan perasaan menerusi pesanan ringkas berbanding komunikasi secara terus," katanya.

Kajian itu juga menunjukkan penduduk bandar di Malaysia memilih menggunakan telefon dengan papan kekunci berbanding skrin sentuh sementara aktiviti berkaitan telefon yang paling popular adalah mengambil gambar (61 peratus), bermain permainan video, memuat turun atau mendengar muzik (38 peratus) dan menonton klip video (22 peratus).

Sebanyak 57 peratus penduduk bandar berkata mereka tahu menggunakan semua fungsi telefon bimbit mereka.

Murphy berkata buat masa sekarang, menonton televisyen (tujuh peratus), menghantar e-mel (12 peratus), jaringan sosial (13 peratus) dan melayari internet (15 peratus) merupakan aktiviti-aktiviti yang paling tidak popular di kalangan pemilik telefon bimbit di Malaysia.

Beliau berkata permintaan dan keinginan untuk aktiviti tersebut bagaimanapun akan meningkat apabila pembekal di negara ini terus mengembangkan perkhidmatan yang ditawarkan.