Sabtu, September 22, 2012
DAH DAPAT UTAR, NAK KOLEJ UNIVERSITI TAR PULAK
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dan menyokong cadangan agar Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dinaik taraf menjadi kolej universiti.
Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan kewangan kepada KTAR walaupun setelah institusi itu dinaik taraf sebagai kolej universiti.
"Permohonan agar KTAR dinaik taraf kepada kolej universiti sudah dikemukakan kepada Kabinet dan saya yakin kolej ini mampu memenuhi semua syarat ditetapkan untuk mencapai status itu.
"Ini kerana kolej ini adalah lambang kepada akses pendidikan berkualiti apabila seramai 160,000 Alumni KTAR kini muncul sebagai modal insan yang berperanan dalam menyumbang kepada kemajuan negara.
"Bagi kerajaan, kita memberi jaminan akan meneruskan bantuan kepada KTAR walaupun sudah dinaik taraf kepada kolej universiti kelak," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Alumni KTAR, di sini malam ini.
Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang juga Pengerusi Majlis KTAR dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan telah menyalurkan bantuan sebanyak RM766 juta kepada KTAR dan ia bukti Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan komited dalam usaha membangunkan bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan atau warna kulit.
Katanya, kerajaan sedar untuk menjayakan hasrat muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, akses kepada pendidikan berkualiti perlu dipertingkatkan bagi melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada cita-cita tersebut.
"Inilah yang kita lakukan sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu kerana melalui pendidikan berkualiti jugalah ia akan menyatukan bangsa Malaysia melalui gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan," katanya.
Ulasan saya, dahulu kerajaan dah tunaikan permintaan MCA tubuhkan Universiti Tunku Abduyl Rahman (UIAR). Sekarang minta naik KTAR jadi kolejh universiti pulak> Apa ni MCA? Tak habis-habis tekan Najib.
Najib yang takut dengan MCA tunaikan hasrat itu sedangkan orang Cina akan menolak terus MCA pada pilihanraya umum akan datang. Apa nak jadi Najib? Baru ini dah iktiraf semua diploma KTAR, ni nak naik taraf kolej universiti pula KTAR? Di mana suara Perkasa dalam soal ini?
Khamis, September 20, 2012
UMNO KUALA NERUS MAHU PENAMBAHBAIKAN?
Terkejut juga membaca laporan Sinar Harian semalam yang menyebut UMNO Bahagian Kuala Nerus tidak menolak kemungkinan untuk tidak mengekalkan senarai segelintir wakil rakyat sedia ada sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Lalu tertanya-tanyalah Ambe, siapa yang tak bagus dan kenapa kalau bagus perlu digugurkan.
Apakah tiga ADUN berkenaan tidak boleh menang?
Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri menyifatkan kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu berkhidmat dengan cukup baik.
Ketika ini Kuala Nerus mempunyai wakil rakyat yang dikira berwibawa apalagi bahagian yang mempunyai dua Exco, selain Kemaman yang mempunyai Menteri Besar dan seorang Exco.
Mereka ADUN Seberang Takir, YB Ahmad Razif Ab Rahman yang juga Exco Kerajaan Negeri, ADUN Teluk Pasu, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said, juga Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Tepoh, YB Mohd Ramli Nuh (gambar kanan) yang juga aktif dan banyak membantu parti selain DUN Bukit Tunggal yang merupakan satu-satunya kerusi yang kalah di kawasan itu.
Tetapi? Menurut Nasir, UMNO Kuala Nerus mahukan ‘penambahbaikan’.
Katanya, UMNO bahagian itu akan menampilkan calon terbaik untuk kepentingan parti bagi memastikan kerajaan BN di Terengganu terus dipertahankan pada pilihan raya akan datang.
“Mereka yang berminat (menjadi calon) cukup ramai tetapi kita hanya ada lima kerusi untuk dipertandingkan di Parlimen Kuala Nerus. Kita akan tampil yang terbaik untuk kepentingan parti dan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri, di Pejabat Parlimen Kuala Nerus.
Bagaimanapun kata Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, gambaran individu tertentu yang difikirkan layak telah ada berdasarkan penilaian pihaknya terhadap prestasi sepanjang tempoh berkhidmat dengan parti, di samping mengambil kira umur dan kesihatan.
“Dalam kepala saya mungkin sudah ada (senarai calon) dan saya akan hantar senarai tersebut apabila diminta berbuat demikian oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu,” katanya.
Persoalannya kenapa Nasir bercakap begini?
Cara Nasir ini sengaja mahu merosakkan UMNO. Mana boleh Ketua Bahagian pandai-pandai mahu tukar orang?
Benarlah cakap-cakap mengatakan Nasir ini tidak pandai berpolitik tetapi bercita-cita besar.
Dia dikatakan mahu menjadi Menteri Besar sebab itu asyik ganggu Razif di DUN Seberang Takir.
Dengar cerita sudah tidak mahu jadi Ahli Parlimen tetapi mahu rebut kerusi Razif dan kerana itu mengatakan ADUN dalam Parlimen itu perlku diganti.
Anehnya beliau membuat kenyataan pada ketika mengaku belum menyenaraikan nama calon secara rasmi tetapi tetap meneruskan proses penilaian sehingga kini untuk memastikan calon cadangan kelak boleh memenangkan parti.
Nasir sendiri apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding mengatakan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pucuk pimpinan parti sama ada dicalonkan atau tidak.
“Walaupun saya sebagai ketua bahagian tetapi penapisan dan kata putus terserah kepada presiden parti dan mungkin Perdana Menteri juga sudah dapat senarai calon daripada agensi tertentu yang melihat dan menilai calon lain yang boleh memberi kemenangan kepada parti,” katanya.
Nasir tidak sebut pun Mad Said boleh menentukan calon tetapi mengatakan Datuk Seri Mohd Najib Razak akan menentukannya.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Nasir ini jenis bernafsu besar kerana:
1. Bercita-cita tinggi mahu menjadi Menteri Besar dan tidak peduli nasib wakil rakyat lain khususnya Razif yang kini menjadi ADUN Seberang Takir;
2. Tidak menghormati Datuk Rahin, ADUN Teluk Padu yang juga Exco Kerajaan Negeri; dan
3. Tidak dapat menerima peranan dan sumbangan YB Ramli Nuh yang jelas begitu rapat dengan penduduk.
Soalan kepada Nasir ialah apakah beliau berkuasa sangat menentukan calon?
Juga apakah ketiga-tiga ADUN sekarang tidak ada rupa, keupayaan dan diri yang mampu membawa kemenangan kepada parti?
Yang dibimbangi Nasir membuat kenyataan ini untuk melobi dan melayakkannya bertanding di Seberang Takir, konon akan dilantik menggantikan Mad Said.
Bagaimana kalau kelak Nasir pula yang tidak terpilih?
(dipetik dari facebvook marzuki muda)
Wallahualam....
JANGAN TUKAR KERAJAAN
Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa negara akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko dengan bereksperimen untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana pentadbiran pembangkang di beberapa buah negeri telah menampakkan pelbagai masalah, selain tiada kesepakatan di kalangan mereka, khususnya melibatkan pelaksanaan hukum hudud.
Jelasnya, hal itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang menampakkan keseimbangan dalam pelbagai perkara.
"Dahulu siapa yang nak lelong Putrajaya? Tetapi kini merekalah (pembangkang) berebut nak kuasai Putrajaya. Hubungan pembangkang bukanlah satu bentuk kerjasama. Mereka pun bertelagah dengan isu hudud. Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Nik Abdul Aziz Nik Mat (Musyidul Am Pas) saling bertelagah.
"Pastinya, suasana Parlimen nanti akan penuh dengan perbalahan jika pembangkang mengambil alih negara ini. Ini sangat tidak baik untuk masa depan," katanya ketika menyampaikan ucaptama Forum Ketua Pegawai Eksekutif 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam
.
Beliau berkata, justeru BN perlu menang pilihan raya umum akan datang dengan majoriti dua per tiga supaya fokus dapat diberikan kepada pelan pembangunan negara.
Menurutnya, ini kerana kerajaan yang ada ketika ini tidak begitu kuat dan lebih memfokuskan kepada kesinambungan hidup parti untuk terus meraih sokongan rakyat.
Jelasnya, ia menyebabkan perhatian kepada meningkatkan ekonomi, pembangunan industri dan perdagangan berkurangan.
"BN masih boleh menang dan mentadbir negara tetapi ia tidak begitu kuat. Ini kerana pembangkang sudah menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan. BN boleh menang jika rasa benci itu dapat diatasi," jelasnya.
Mengenai janji-janji pembangkang untuk meraih undi rakyat, tegasnya, ia bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan.
"Janji hapuskan cukai dan tol akhirnya akan membebankan negara. Kerajaan perlu kutip cukai sebagai sumber pendapatan. Jika kerajaan tiada sumber pendapatan, ia tidak mampu berfungsi atau menaikkan gaji perkhidmatan awam yang akhirnya mengundang kepada gejala rasuah," tambahnya.
Sementara itu, dalam sesi dialog, beliau yang diaju soalan tentang tarikh pilihan raya secara berseloroh berkata, ia mungkin diadakan pada November ini.
Rabu, September 19, 2012
NGEH BIADAB
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan sebagai seorang yang biadab dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila mempersoalkan hasrat Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan protes terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims, Jumaat ini.
Malah Ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Malaysia turut menegaskan bahawa Ahli Parlimen Beruas itu menghina Islam apabila sengaja mempersoalkan kewajaran umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk melakukan protes tersebut.
Katanya, Koo Ham telah menunjukkan sikap sebenarnya terhadap Islam meskipun ia diungkap dalam bentuk pertanyaan, justeru Pas yang merupakan rakan sekutu DAP wajar menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu.
''Junjungan besar Rasulullah SAW merupakan rasul dan nabi kepada umat Islam. Kedudukan dan makamnya terlalu tinggi kerana baginda merupakan pesuruh Allah SWT. Saya yakin Koo Ham tahu siapakah Rasulullah di kalangan kita semua," kata Khairy lagi.
Selasa, September 18, 2012
TEGANUKU MILIK SIAPA?
Saya tak pasti blog www.teganuku.blogspot.com milik siapa. Kalau tak silap milik Unit Komunikasi (Unikom) kepunyaan kerajaan negeri Terengganu. Tetapi kenapa ia juga memuatkan rencana Utusan Malaysia yang mengkritik MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said?
Saya hairan dengan sikap editor blog itu? Kenapa ia kekalkan rencana itu sedangkan isinya mengkritik MB dengan adanya jawatan 'ketua menteri besar' yang diperkatakan oleh ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.
Oleh itu saya mencadangkan supaya rencana yang dipetik dari Utusan malaysia itu ditarik segera. Atau adakah ini kebebasan akhbar yang diamalkan oleh Ahmad Said yang membenarkan isi kandungan blog kerajaan negeri turut menyiarkan bahan yang mengkritiknya. Wallahuklam.
KITA MASIH AGUNGKAN PENJAJAH
Semua mata pasti tertumpu kepada kehadiran pasangan diraja Britain, Putera William dan pasangan Kate Middleton yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.50 tengahari baru-baru ini di KLIA. Pasangan ini dalam rangka jelajah sembilan hari ke Asia Tenggara dan Malaysia menjadi destinasi kedua selepas Singapura. Mereka berdua menjadi wakil kepada nenda William, Ratu Elizabeth yang bakal menyambut Jubli Intan pemerintahannya yang ke-60 sebagai Ratu.
Duke dan Duchess of Cambridge ini akan menghabiskan masa di bekas negara jajahan British ini selama 4 hari.Selain Kuala Lumpur, pasangan ini juga akan berlepas ke Sabah untuk melawat negeri di bawah bayu itu. Sebaik tiba, kedua mereka telah dibawa untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri, di Seri Perdana untuk makan tengahari bersama. Selepas itu mereka dijadual untuk melawat hospital yang menempatkan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur dimana Kate akan menyampaikan ucapannya.
Pada sebelah malamnya mereka akan dirai dengan jamuan makan malam Diraja bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sebelum berlepas ke Sabah untuk melihat pusat pemuliharaan hutan di Lembah Danum yang popular dengan orang utan pada keesokan harinya.
Dilaporkan kehadiran mereka ini telah mengundang kebanjiran lebih kurang 100 wartawan luar seperti United Kingdom, America, Australia, New Zealand, Jepun, Jerman, China, Perancis dan Indonesia yang berada di Malaysia untuk membuat liputan. Mereka dijadualkan akan berlepas ke Kepulauan Solomon pada Ahad untuk meneruskan siri jelajah mereka.
Ulasan saya, menjelang sambutan Hari Malaysia yang bermakna kita bebas dari penjajahan Inggeris, kita masih mengagung-agung
kan penjajah dengan memberi liputan besar-besaran kepada cucu Queen Elizabeth di akhbar dan tv. Adakah Yang Dipertuan Agong kita melawat England media dan tv mereka beri liputan besar-besaran kepada Raja kita?
Nampaknya kita masih lagi dijajah pemikiran kita walaupun kita sudah 55 tahun merdeka. Alangkah malunya kita.
Selasa, September 11, 2012
NASIR TAK WAJAR UNGKIT PERLANTIKAN MB
Ahli Parlimen Kuala Nerus Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang dikenali sebagai pemimpin yang matang dalam sepak terajang politik tidak wajar mengungkit isu perlantikan Menteri Besar lagi kerana isu lapuk itu telah dilupakan oleh semua rakyat Terengganu.
Rakyat Terengganu mahu Menteri Besar sekarang terus menerajui kepimpinan negeri.
BN Terengganu menjadi semakin hebat dan yakin mendapat sokongan padu daripada rakyat Terengganu dalam PRU ke-13 nanti.
Dalam temubual dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 6 September 2012, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu sepatutnya tidak melayan sikap segelintir individu yang kecewa atau berniat tidak baik kepada kepimpinan sekarang.
Selaku peneraju kepimpinan UMNO di Kuala Nerus, tumpuan harus diberikan kepada memperkasakan sokongan rakyat di parlimen itu serta berusaha menyelesaikan masalah dalaman yang mungkin berbangkit dan mengembalikan DUN Bukit Tunggal kepada BN pada PRU ke-13 tidak lama lagi.
Pengalaman pahit telah mengajar kita dimana isu berkaitan tuduhan kepada seorang pegawai kerajaan negeri yang difitnah dalam isu SMS yang juga melibatkan beberapa ADUN BN di Terengganu dan akhirnya terbukti pegawai kerajaan berkenaan didapati tidak bersalah, manakala orang yang memfitnah itu telah dijatuhi hukuman penjara setahun.
Kita percaya, Dato’ Nasir tidak beranggapan kepimpinan Terengganu sekarang perlu diubah sebagaimana yang berlaku sebelum ini.
Kita amat yakin, Dato’ Nasir diambil kesempatan dan dipengaruhi oleh segelintir oleh pegawai kerajaan yang kecewa dengan kehebatan kepimpinan Dato’ Seri Menteri Besar sekarang.
Adakah isu SMS tersebut akan berulang kembali?
Harapan agar Dato’ Nasir menyemak semula artikel bertajuk Terengganu boleh menang, asalkan… dalam Utusan Malaysia dan membuat kenyataan untuk membetulkannya, melainkan beliau sanggup dipergunakan oleh pegawai kerajaan terbabit ataupun beliau sendiri berniat mahu mengganti kepimpinan negeri yang telah diterima oleh rakyat.
Biarlah pentadbiran kerajaan negeri dan politik ada sempadan tertentu supaya masing-masing dapat memberikan tumpuan terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.
Kita yakin Dato’ Nasir boleh memainkan peranan yang lebih hebat untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar dan seterusnya mengukuhkan sokongan pengundi kepada BN di Terengganu khususnya di Parlimen Kuala Nerus.
Alangkah malang sekiranya Dato’ Nasir dijadikan kambing hitam oleh pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang tidak mahu melihat hubungan baik beliau dengan Menteri Besar, dan jika ia berlaku tiada pihak yang akan untung kecuali mereka yang berniat jahat seperti kata pepatah “kalah jadi abu, menang jadi arang”.
Renunglah dengan mata hati yang ikhlas demi maruah diri dan masa depan rakyat Terengganu.
http://dgp-dapgantipas.blogspot.com
Ahad, September 09, 2012
UTUSAN MALAYSIA ADA AGENDA?
Apabila Utusan Malaysia menyiarkan rencana mengenai ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri minggu lepas, semua orang terkejut kerana Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus itu berani bersuara.
Beliau mengungkitkan rasa tidak puas hati pegawai kerajaan (TCS) kerana ada yang lebih berkuasa daripada SUK, Datuk Mazlan Ngah. Malah beliau juga mengungkitkan istilah Ketua Menteri Besar yang seolah-olah menyatakan MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Said tidak ada kuasa.
Benarkah apa yang dinyatakan Nasir? Katanya, jika perkara ini dapat diselesaikan BN akan menang di Terengganu.Sejauh mana kenyataan Nasir ini benar? sama-samalah kita tunggu.
Nasir adalah pilihan Sultan Mizan untuk jadi MB selepas Datuk Seri Idris Jusoh. Apabila PM ketika itu, Pak Lah menghadap Sultan Mizan yang ketika itu Yang Dipertuan Agong, Baginda telah melahirkan hasrat untuk menggantikan Idris dengan Nasie selepas pilihanraya umum 2008.
Pak Lah menyampaikan hasrat Sultan Mizan kepada Idris. Apabila Idris mengetahui kedudukannya tidak selamat, maka Idris menukarkan Nasir bertanding di parlimen Kuala Nerus dengan harapan Nasir bukanlah calon MB.
Idris cantas semua ketua bahagian.Terengganu ada lapan bahagian sahaja. Idris mengekalkan dirinya bertanding di DUN Jerteh. Datuk Mohd Jidin ditukarkan ke parlimen Setiu. Nasir ditukarkan ke parlimen Kuala Nerus. Datuk Wan Farid yang ketika itu Setiausaha Politik PM tidak dijadikan calon parlimen atau DUN.Datuk Tengku Putera digugurkan di parlimen Hulu Terengganu.
Datuk Rahman Bakar digugurkan di parlimen Marang. Datuk Rosli Hassan digugurkan di parlimen Dungun dan Ahmad Said turut digugurkan di DUN Kijal tetapi di saat akhir beliau sempat menemui Pak Lah.
oleh kerana ramai ketua bahagian menjadi mangsa cantas Idris, semua ketua bahagian menghapa Sultan Mizan tidak mahu Idris dikekalkan menjadi MB. Maka Sultan Mizan tiada pilihan melantik Ahmad said sebagai MB kerana beliau adalah ADUN paling senior (sejak tahun 1990) dan Ketua Bahagian. Maka rezeki Ahmad Said jadi Mb dan bukan Nasir yang jadi Mb selepas Idris.
Apa motif Utusan Malaysia menyiarkan rencana ini? Adakah Utusan mahu menonjolkan Nasir sebagai MB baru? Kononnya Nasir mahu bertanding di DUN Seberang Takir di tempat
Exco kanan sekarang, Datuk Razif Abdul Rahman.
DUN Bukit Tunggal yang pernah diwakilinya pada tahun 2004 tidak selamat buat Nasir. Pada tahun 2008, PAS berjaya merampas kerusi yang ditinggalkan Nasir itu.
Apa nak jadi dengan Terengganu kalau asyik bertukar MB? Idris sepenggal, Ahmad said sepenggal kalau Nasir dilantik MB baru selepas pilihanraya umum akan datang. Tidak ada kesinambungan pembangunan yang telah diasas Ahmad said sekarang jika berlaku pertukaran MB.
Oleh itu apa salahnya kekalkan Ahmad Said sebagai MB untuk penggal kedua. Biarlah beliau menjadi MB selama dua penggal. Selepas itu bolehlah lantik orang lain. Apa dosa Ahmad said sehingga ramai orang umno sendiri tidak suka kepadanya? Di sana sini orang mengutuknya seolah-olah Ahmad said salah urus negeri Terengganu.
Orang Umno sendiri yang tidak mahu lihat BN menang di Terengganu. Kata mereka, jika BN menang, Ahmad Said kekal MB. Mereka kata lebih baik beri PAS menang supaya Ahmad Said tidak kekal jadi Mb. Inilah yang merosakkan UMNo bila orang Umno sendiri sanggup mengundi PAS kerana hasad dengki semata-mata.
SEMUDAH ITU MOHON MAAF
Selepas 15 jam dalam tahanan polis, gadis yang ditahan kerana memijak gambar perdana menteri memohon maaf secara terbuka.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, Ong Sing Yee, 19, menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghasut.
Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, yang diterjemahkan peguamnya, Ong berkata beliau menghadiri perhimpunan Janji Bersih kerana perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan peserta lain yang bertindak demikian.
"Dia (Ong) memohon maaf dan menegaskan itu bukan hasratnya. Dia tidak berniat menghasut," kata peguam Eric Tan.
Ahad, September 02, 2012
AMANAH JANGKA AHLINYA BERTAMBAH
Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) menjangkakan keahlian anggotanya di negeri ini bakal bertambah dengan kehadiran Presidennya, Tengku Razaleigh Hamzah ke Kemaman tidak lama lagi, bagi menarik lebih ramai ahli untuk menyertai badan bukan kerajaan itu.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, setakat ini Amanah Terengganu sudah memiliki seramai 300 ahli biarpun baru sahaja dilancarkan di negeri ini pada bulan lalu.
Menurut Raja Kamarul Bahrin, keahlian Amanah tidak terhad dan terbuka kepada setiap lapisan masyarakat kerana objektif utamanya adalah untuk melihat setiap rakyat terutama generasi muda menghayati konsep amanah yang merupakan suatu nilai universal.
“Sebagai NGO yang cintakan negara, misi kita adalah untuk menghidupkan semula legasi, janji dan cita-cita Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra dan pengasas negara, supaya semua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai anggota masyarakat kebangsaan yang benar-benar adil, saksama, maju, bersatu, sejahtera dan gembira.
“Misi kita juga untuk memastikan institusi negara menghormati dan menjunjung peraturan undang-undang, prinsip demokrasi, dan hak-hak universal selain bagi membantu kerajaan dan pihak pentadbiran agar telus dan bertanggungjawab, benar-benar layak dan cekap, bebas dari rasuah dan amalan kronisme, bersih dan jujur serta saksama dan boleh dipercayai.
“Kita mahu menyemarakkan rasa kebersamaan dan semangat kekeluargaan yang mendalam dalam kalangan rakyat sepertimana ketika sama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan Amanah yang dihadiri lebih 3,000 tetamu dan diadakan di T Top Kopitiam, Jalan Jakar, dekat sini, kelmarin.
Turut hadir memeriahkan majlis, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman, Senator Rohani Abdullah; Ketua Puteri Umno Bahagian Kemaman, Asfalinda Anuar dan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat.
Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur pada 22 Julai tahun lalu dan dengan pelancaran itu suatu suara baru, suara solidariti dan perpaduan dilahirkan.
Mengulas mengenai kehadiran tetamu yang melebihi sasaran, Raja Kamarul Bahrin menyifatkan ia sebagai kejayaan yang membanggakan apatah lagi program berkenaan adalah pertama diadakan di daerah ini seterusnya mengeratkan hubungan ahli Amanah
(dipetik dari SINAR HARIAN, 1 September 2012)
dengan segenap lapisan masyarakat.
Khamis, Ogos 30, 2012
CUKAI JEM GARA-GARA MAJLIS AIDILFITRI AMANAH
Pekan Chukai ibu daerah Kemaman di selatan terengganu jem hari ini gara-gara majlis hari raya aidilfitri anjuran angkatan amanah merdeka malaysia (Amanah). Jalan Jakar yang selama ini tenang jem sejak dari awal pagi dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Kira-kira 5 ribu hadirin pelbagai kaum telah memeriahkan majlis sambutan hari raya aidilfitri dan menyambut kemerdekaan ke 55 itu. Majlis anjuran Dato' Mohd Rahim Husin itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri ahmad shabery Cheek dan ADUN Cukai, Datuk Mohamed Awang tera. Manakala ADUN kemasik, Ir Rosli tidak kelihatan. begitu juga ADUN Air Putih, YB Wan Hakim Tan Sri wan Mokhtar. manakala ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak dapat hadir kerana ada majlis rasmi di Kuala Terengganu.OCPD Kemaman, Tuan Khamis turut hadir di majlis tersebut.
Majlis itu dihadiri juga Pengerusi Amanah terengganu, Datuk raja baharin yang diwar-warkan sebagai calon PAS di DuN Batu buruk. Majlis aidilfitri anjuran amanah ini dapat menyatukan orang UMno dan PAS Kemaman. Malah bekas calon PAS DUN Cukai, hanafiah turut hadir. Di mejanya hanafiah diapit oleh AJK Umno bahagian Kemaman, Che Ku Maznah.
Beberapa AJK Umno yang hadir ialah Mat Bawal (yang disebut bakal calon BN Cukai jika Mat awang tera tidak bertanding), Kamaruddin Ali, Tuan Kecil Tuan Tengah dan kamarizam Harun. Inilah kali pertama dalam sejarah politik kemaman majlis Amanah dapat menyatukan ahli PAS dan UMNO dalam satu majlis.malah beberapa bekas AJK Bahagian turut hadir seperti Shabudin Maidin, Tuan Chik Tuan Muda, haji yahya mohd dan bekas AJK pemuda, Yusof Jaafar dan Khalid Awang.
Tahniah kepada Dato' Rahim yang ambil inisiatif menganjurkan majlis ini. ia merupakan langkah awal kepada penubuhan Amanah sebagai satu lagi NGO yang penting di Malaysia. Kehadiran pelbagai kaum terutamanya Cina dan India membuktikan Amanah bakal diterima sebagai NGO berbilang kaum. Setiausaha kerja Amanah Malaysia, Subari turut hadir manakala rakan-rakan Datuk Rahim dari Kuala Lumpur seperti Shahbudin Embun, Mat Nor rawang, Dr Norsidi Salim, Malek Kelang, Din perkasa tuurt kelihatan memberi sokongan moral kepada Dato' Rahim.
tahniah Dato' rahim dan ahli jawatankuasa penganjur terutamanya pengerusi pelaksana, Cikgu John. Wakaupn ajlis ini dirancang secara ad hoc ia berjaya diadakan walaupun pengajur tidak sempat menghantar kad jemputan. Mereka hanya sempat menjemput melalui sms dan facebook sahaja.
Sabtu, Ogos 18, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saya, Mohd. Zabidi bin Haji Saidi pemilik blog ini serta keluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. maaf zahir dan batin.
Rabu, Ogos 15, 2012
ANWAR AHLI FREEMASON?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif.
"Saya tidak menuduh Anwar tetapi menuntut beliau memberi penjelasan kerana perkara ini sangat mustahak. Ini kerana nama individu yang menyandang kedudukan dalam organisasi tersebut sama dengan Anwar tetapi jika hanya pelanduk dua serupa tidak mengapa.
Jumaat, Ogos 10, 2012
JANGAN MUDAH MINTA MAAF
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menggesa kerajaan bertegas menghadapi fenomena trend memohon maaf selepas didakwa melakukan kesalahan serius, termasuk dalam isu kritikan terhadap atlit negara Lim Chong Wei,
Presidennya Datuk Ibrahim Ali juga membariskan kes yang menyaksikan pelaku tindakan "biadap" terlepas selepas memohon maaf, seperti isu penghinaan terhadap lagu "Negaraku" oleh Namewee dan pengedaran kartun menghina sahabat Rasululah di Johor baru-baru ini.
"Beliau boleh puas dapat menghina orang dan kemudian hanya perlu mohon maaf sahaja.
"Bagi PERKASA, mereka yang telah melakukan kesalahan tidak boleh dimaafkan sahaja tanpa diambil tindakan undang-undang," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim berkata, pihaknya bimbang fenomena itu mendorong individu bertindak di luar undang-undang kerana tidak berpuas hati.
Menurutnya lagi, tindakan itu juga seolah-olah mengetepikan mahkamah kerana pihak terlibat hanya perlu meminta maaf dan terlepas.
"Kerajaan kena tegas kalau nak kekal keyakinan majoriti rakyat yang senyap; dan rakyat tak hormat undang-undang lagi," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Mas.
Rabu, Ogos 08, 2012
PERKASA PERSOAL HUKUM AHLI PAS UNDI DAP
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP.
''Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan DAP terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal Pas, tetapi kecaman yang dibuat oleh Karpal itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam.
''Satu perkara lagi, dahulu ada kepercayaan di kalangan ahli Pas khususnya semasa diadakan kempen-kempen pilihan raya iaitu mengundi Pas masuk syurga, namun kini timbul pula persoalan apa pula hukum mengundi DAP dalam keadaan DAP menolak negara Islam,'' katanya
di sini.
Beliau mengulas ketegasan Karpal bahawa DAP akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang menang pada pilihan raya akan datang.
Kontroversi pelaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hasan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal dengan menegaskan beliau tidak akan bertolak-ansur dalam isu pelaksanaan hukum tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim menyeru umat Islam negara ini bangkit mempertahankan Islam daripada terus diperlekehkan oleh DAP melalui kenyataan-kenyataan yang melampau daripada Karpal.
Beliau berkata, langkah itu wajar memandangkan Karpal ketika ini langsung tidak menghormati Islam dan undang-undang yang terkandung di dalamnya.
Apatah lagi, katanya, dalam keadaan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tidak mampu melakukan apa-apa tindakan terhadap DAP dan Karpal walaupun kecaman tersebut jelas menyentuh kesucian Islam.
''Pembentukan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud merupakan asas akidah umat Islam dan ia tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun. Soal pelaksanaan itu soal lain tetapi yang penting dua perkara ini merupakan asas akidah Islam
''Siapa Karpal mahu mempersoalkan perkara itu. Oleh itu, kita wajib bangkit mempertahankan. Ini merupakan satu jihad. Pas tidak lagi boleh diharapkan. Mereka nampaknya terlalu taat dan takut kepada DAP,'' katanya.
Menyentuh isu sama, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, tiada jalan lain yang harus diambil oleh parti itu kecuali segera keluar daripada pakatan pembangkang.
Beliau berkata, berdasarkan sejarah yang berlaku di Perak selepas pilihan raya umum 2008. Pas hanya sekadar menjadi 'pak turut' kepada DAP walaupun Menteri Besar ketika itu merupakan wakil rakyat daripada Pas.
''Inilah yang berlaku sebenarnya. Dalam isu pemerintahan di Perak ketika pakatan memerintah, DAP lebih berkuasa dan dominan. Pas tidak mampu berbuat apa-apa dan parti itu tidak lebih hanya sebagai 'pak turut','' katanya.
Rabu, Ogos 01, 2012
ADAKAH LAJIM KING MAKER?
Datuk Seri Lajim Haji Okin pernah menjadi king maker kepada penubuhan kerajaan baru, kerajaan BN apabila dia meninggalkan kerajaan PBS pada tahun 1994.Kini beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Umno Beaufort dan Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Adakah Lajim akan menjadi king maker kepada kerajaan baru pula pada pilihanraya umum akan datang? Sama-samalah kita tunggu tarikh pilihanraya sama ada beliau akan jadi king maker sekali lagi.
Beliau adalah Timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan yang telah dibatalkan jawatannya. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tercemar apabila seorang timbalan menteri melepaskan jawatan dalam Umno walaupun dia masih kekal sebagai ahli Umno. Dia bukan kecil anak. Dia adalah seorang ahli majlis tertinggi Umno. Sudah dua penggal berada dalam Majlis Tertinggi Umno.
Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dipecat dari Umno. Adakah Lajim akan menjadi hero seperti Datuk Seri Pairin Kitingan dipecat dari jawatan menteri dalam kerajaan Berjaya oleh Datuk haris Salleh?
Lajim dijangka bertanding dua kerusi parlimen dan DUN Klias kawasan lamanya. Jika Pakatan Rakyat menangt di Sabah, adakah Lajim akan menjadi Ketua Menteri Sabah? Beliau pernah melobi jawatan itu tetapi ia menjadi milik Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan orang kuat Pak Lah ketika itu.
Politik Musa begitu licik. Dari jawatan Ketua Menteri digilirkan setiap dua tahun sekali, akhirnya dengan tipu helahnya Musa kekal sebagai Ketua Menteri sampai sekarang dah masuk 10 tahun. Musa dikatakan mahu mencantas Lajim sebaggai calon Bn pada pilihanraya umum akan datang, maka Lajim ambil keputusan yang lebih ceoat declare melepaskan semua jawatan dalam parti.
Pengaruh Lajim di Beaufort begitu kukuh kerana dia bukannya orang yang kedekut. Dia pandai jaga hati para pengundinya. Oleh itu tidak mustahil Lajim akan menang di Beaufort walaupun dia tidak bertanding sebagai calon BN. BN kena kerja kuat untuk mengekalkan kerusi parlimen dan DUN Klias yang bakal ditandingi Lajim nanti.
Saya mengenali Lajim ketika bertugas sebagai wartawan Watan di sabah pada tahun 1989. Sejak itu kami tak putus bersahabat. Oleh itu saya doakan beliau berjaya dalam pilihanraya umum nanti.
Sabtu, Julai 28, 2012
BELUM MEMERINTAH SUDAH GILA
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membayangkan kemungkinan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan mengadakan hari kemerdekaan dengan tema yang berlainan, kata Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat PAS di ibunegara hari ini, Mahfuz berkata, tema tersebut masih belum diputuskan memandangkan pertandingan merekacipta tema dan logo hari kebangsaan akan diadakan.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai tema hari kemerdekaan tahun ini ''Janji Ditepati'', yang dianggap berat sebelah.
"Kita akan mengadakan satu tema lain dan juga akan mengadakan pertandingan untuk cipta tema dan logo.
"Kita juga akan melantik panel bagi pertandingan ini. Ia akan dilancarkan dalam dua tiga hari lagi. Dan pertandingan ini akan melalui Facebook," kata Mahfuz.
Jelas Mahfuz, tema yang perlu direka mestilah bersifat patriotik dan mengajak orang ramai agar cintakan negara dan bukan melambangkan mana-mana parti.
"Tema itu mestilah patriotik yang mengajak orang ramai. Bukan macam 'Janji Ditepati' yang orang akan terbayang BN.
"Itu slogan BN tapi pakai untuk hari merdeka," katanya.
Ulasan saya, kenyataan mahfuz Omar ini menunjukkan Pakatan rakyat belum memerintah tapi sudah gila.macam mana tak gila, kerajaan sudah umumkan janji ditepati tema hari kebangsaan tetapi mahfuz kata empat negeri akan guna tema lain.
hai macam macam gila nampaknya pemimpin pakatan rakyat.
Jumaat, Julai 27, 2012
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TAKKAN KEKAL LAMA
Pas tetap berkeras akan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP.
Menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kaum Cina terutama yang kaya-raya akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan hukum tersebut kerana ia dapat menjaga keselamatan dan harta benda mereka.
Menurutnya, kebanyakan kes kecurian yang berlaku di negara ini melibatkan orang kaya dan jika dilihat taraf sosial masyarakat, lebih ramai individu kaya datang daripada kaum Cina berbanding Melayu.
"Seperti saya sebut di Ipoh mula-mula dulu, kalau pencuri, dia curi rumah orang miskin ke orang kaya? Sudah tentu curi rumah orang kaya.
"Melayu dengan Cina ini, kaya Cina lagi, jadi mereka lebih mustahak untuk hukum hudud ini kerana mereka ramai orang kaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu hukum hudud yang timbul sekali lagi antara pemimpin pembangkang terutama Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
Karpal baru-baru ini menafikan dakwaan Nasrudin kononnya beliau sedia berkompromi dalam soal hudud.
Ia berikutan kenyataan Nasrudin ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya minggu lalu yang mendakwa Karpal bersedia melaksanakan hukum berkenaan bersama Pas.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Nasrudin bahawa Karpal menyokong hukum hudud merupakan satu sindrom keyakinan palsu.
Jelas Mohd. Puad, ia bukan sekadar sindrom keyakinan palsu sebaliknya satu pembohongan yang menyebabkan Pas kelihatan selalu dibuli oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata, isu tersebut tidak akan selesai selagi DAP tidak memberi persetujuan, namun ia bukan halangan untuk Pas melaksanakannya.
''Saya tegaskan sekali lagi hukum gantung lagi kejam daripada hukum kerat tangan tetapi tiada siapa bantah. Jadi kalau hukum gantung orang boleh terima, kerat tangan apa salahnya (hudud dilaksanakan).
''Karpal tidak setuju apa boleh buat, tetapi kami nak laksanakan hudud kami untuk
orang Islam. Bukan Islam, kalau dia mahu guna hudud tidak mengapa," katanya.
Ulasan saya, jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke 13, kerajaan Pakatan Rakyat tak akan kekal lama kerana mereka akan bergaduh sesama sendiri. PAS kata tetap nak buat hukum hudud sedangkan DAP tentang. Jadi DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat maka tumbanglah kerajaan Pakaran Rakyat.
Pada masa itu kerajaan BN akan memerintah semula negara kecuali BN tidak cukup untuk bentuk kerajaan maka perlu adakan kerajaan campuran dengan PAS. MCA mungkin tidak setuju jika PAS masuk dalam BN kerana bimbang PAS desak buat hukum hudud. Atau adakah ini gimik PAS semata-mata untuk menang pilihanraya sedangkan mereka tahu mereka tak mapu laksanakan hukum hudud.
Rabu, Julai 25, 2012
KERAJAAN MAHU STRUKTUR SEMULA SUBSIDI
Kerajaan sedang meneliti untuk menstruktur semula pemberian pelbagai bentuk subsidi terutama berkaitan minyak dan gas, agar dapat memenuhi matlamat membantu golongan berpendapatan rendah.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini kerajaan belum memutuskan mekanisme terbaik mengenai perkara itu.
"Kita mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan daripada mana-mana pihak untuk dimasukkan dalam pembentangan bajet tahun 2013," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Perupuk, Bachok.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno yang mahu kerajaan menstruktur semula pemberian subsidi kepada rakyat bagi membolehkannya disalur terus kepada golongan sasar.
Ketuanya Khairy Jamaludin dilapor berkata langkah itu perlu memandangkan kaedah sedia ada dilihat tidak begitu proaktif kerana lebih memberi faedah kepada golongan berpendapatan tinggi terutama subsidi petrol dan diesel.
Mengulas lanjut, Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata banyak pihak bersuara mengenai perkara itu namun tidak mengemukakan cadangan mereka.
Katanya langkah kerajaan mengapungkan petrol RON97 dan mengekalkan subsidi bagi RON95 dengan harapan dapat membantu golongan berpendapatan rendah juga tidak banyak membantu.
Ini kerana katanya sebilangan besar golongan berpendapatan tinggi turut menggunakan RON95 untuk kereta mewah mereka yang memerlukan petrol pada kuantiti besar.
Akibatnya kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan besar kira-kira RM30 bilion setahun manakala RM20 bilion daripada itu bagi tujuan subsidi minyak dan gas, kata beliau.- Bernama
Selasa, Julai 24, 2012
JANGAN LAYAN ORANG GILA
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.
Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.
''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami.
Ulasan saya, tak payah layan orang gila. Kalau dilayan orang gila, kita jadi gila. Semua orang tahu karpal Singh kata langkah mayat aku dulu, baru boleh buat hudud tapi nasrudin gila kata karpal terima hudud. Bukankah gila namanya ini?
Dia cabar adakan debat kedua pula. Tak payahlah Sunar harian layan orang gila nanti Sinar harian pun jadi gila.
(dipetik dari www.pantangdicuit.blogspot.com)
Langgan:
Catatan (Atom)