Jumaat, Julai 19, 2013
ABBY ABADI UMUM DAH NIKAH DI KUALA BESUT
Ketika PAS dan Umno panas berkempen di Kuala Besut, berita perkahwinan Abby Abady nampaknya lagi panas.
Hari ini Abby mengumumkan melalui facebooknya, dia telah berkahwin 12 hari yang lalu dengan jejaka yang baru dikenalinya dua minggu lalu.
"Sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian...Allah kami dulukan," tulis Abby menggunakan akaun Instagram.
Pengumuman itu dibuat Abby ketika berada di Kuala Besut dalam suasana kempen pilihan raya kecil (PRK) di situ rancak berjalan.
Malam tadi, dalam satu majlis anjuran PAS, Abby melelong sepasang baju kurung miliknya dan dibeli dengan harga RM1,100 oleh seorang doktor dari Kelantan.
Menurut Abby, hasil lelongan itu mahu diberikan kepada tabung kempen untuk calon PAS di Kuala Besut.
"Insya Allah, majlisnya (kenduri perkahwinan) dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasi. Doakan," tulis Abby lagi mengulas mengenai perkahwinannya.
Bagi beliau perkahwinan dengan jejaka yang tidak disebutkan namanya oleh beliau itu adalah jodoh.
"Ini jodoh...kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal," tulis Abby lagi.
Abby sebelum ini berkahwin dengan pelakon Norman Hakim, namun jodoh mereka tidak panjang.
Abby dan Norman berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.
Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
Norman kini berkahwin semula dengan pelakon Memey Suhaiza, wanita yang menjadi punca mereka bertelingkah.
Abby yang terkenal dengan watak Inspektor polis dalam siri televisyen popular Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas.
Beliau menyertai PAS dan aktif berkempen untuk PAS sepanjang pilihan raya umum ke 13 lalu. -
PRK KUALA BESUT 5
KUALA BESUT: Seramai 17,683 orang pengundi yang akan membuang undi pada pilihanraya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini berada dalam dilema sama ada mahu mengundi BN atau PAS terutamanya di kalangan ahli Umno.
Jika BN menang , Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu. Ini bermakna kroni beliau semakin kaya. Sebaliknya jika BN kalah, pilihanraya umum negeri akan diadakan semula berikutan kedudukan 16-16 kerusi.
Di atas kertas, memang sukar PAS menang kerana majoriti undi yang dimenangi calon BN, Dr Abdul Rahman Mokhtar dua bulan lalu amat besar, 2,434 undi tetapi tidak mustahil PAS boleh buat kejutan kerana ia pernah menang pada tahun 1999.
Jika PAS menang, ia adalah kerana orang Umno yang mengundi PAS. Mereka marah pada Ahmad Said yang jadi Menteri Besar buat kali kedua sedangkan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Idris Jusoh hanya menjadi Menteri Besar sepenggal sahaja.
Mereka berhujah sudah 25 tahun orang Kemaman (Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad) jadi Menteri Besar, dari tahun 1974-1999, kini jawatan itu masih disandang orang Kemaman lagi (Ahmad Said)(2008-kini)
“Adakah orang Besut layak jadi Menteri Besar sepenggal sahaja ?” kata seorang ahli Umno di Kuala Besut.
Kalau BN kalah, bukan sahaja Ahmad Said dapat malu malah Idris pun dapat malu kerana orang Kuala Besut tidak menghargai perlantikan Idris sebagai Menteri Pelajaran II oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya jika BN menang, bukan sahaja kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar kukuh malah masa depan Idris dalam politik nasional juga teguh. Jika Idris bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada Disember ini peluang Idris untuk menang amat cerah. Tambahan pula beliau adalah seorang Menteri Pelajaran.
Kita tentu masih ingat pilihanraya kecil Kuala Berang pada tahun 2004.Ketika itu Ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putra Tengku Awang bekerja keras untuk menangkan calon BN, Cikgu Zawawi. Tengku Putra yang juga Timbalan Menteri Kewangan menang mudah dalam pertandingan ahli majlis tertinggi Umno pada hujung tahun.
Kemenangan calon BN di Kuala Berang melonjakkan nama Tengku Putra yang pertama kali bertanding terus menang jawatan ahli majlis tertinggi Umno. Pilihanraya kecil itu menjadi medan kepada semua calon majlis tertinggi berkempen kerana semua ahli Umno di seluruh negara berkampung di Kuala Berang.
Senario yang sama berlaku di Kuala Besut di mana ia menjadi medan calon-calon ahli majlis tertinggi berkempen menemui semua ahli Umno dari seluruh negara yang berkampung di situ.
Pada pilihanraya kecil ini, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman berhadapan dengan calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long.
Che Long dikatakan amat popular di kalangan masyarakat Kuala Besut kerana dia adalah seorang dermawan. Manakala Tengku Zaihan dikatakan bersekolah di luar dan bekerja di luar juga.
Malah beliau dikatakan punca 2000 keluarga petani tidak dapat menanam sawah padi kerana beliau gagal membaikpulih empangan yang mengalirkan air ke sawah padi ketika beliau menjadi jurutera JPS.
Isu tanah yang dibangkitkan PAS telah dijawab Ahmad Said. Katanya, tak salah ADUN menerima tanah kerana rakyat pun menerima tanah.
Memanglah ia tak salah tetapi alangkah baik dasar bekas Menteri Besar, Wan Mokhtar yang tidak membenarkan ADUN yang sedang bertugas mohon tanah dikekalkan kerana ia tidak menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.
ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata apabila BN menang pada tahun 2004, banyak tanah TOL yang diberi oleh kerajaan PAS dibatalkan.
Beliau tahu kerana ketika PAS memerintah Terengganu, beliau pernah menjadi Pengarah Tanah dan Galian negeri.
24 Julai tinggal enam hari lagi. Ia memang menjadi dilema kepada pengundi Kuala Besut sama ada mahu mengekalkan BN atau memilih PAS.
Khamis, Julai 18, 2013
BN BATAL TANAH TOL DIBERI PAS
Jertih: “Segala prosedur pemberian tanah di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) ketika pemerintahan PAS di Terengganu dilakukan mengikut tatacara dalam Kanun Tanah Negara (KTN).
“Malangnya, tanah yang diberi milik secara Lesen Menduduki Sementara (TOL) dibatalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa sebab munasabah,” dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.
Bekas Pengarah Tanah dan Galian Terengganu itu turut mendakwa BN merampas lot tapak rumah dan pertanian yang telah diukur di Kampung Tok Saboh, di sini, selepas BN mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri pada 2004.
Dakwanya lagi, ketika PAS memerintah, mereka sudah mengukur hampir 60,000 lot tanah tapak rumah dan pertanian yang sebahagiannya sudah pun diluluskan kepada rakyat, tetapi diberikan tempoh tiga tahun dalam bentuk TOL.
“Malangnya, apabila PAS kalah dan saya ketika itu masih lagi Pengarah PTG, tanah yang sudah diluluskan dalam bentuk TOL itu dibatalkan kerajaan baru (BN).
“Permohonan tanah sudah bayar tetapi belum sempat mendapat geran, wang itu dikembalikan semula untuk menafikan haknya mendapatkan tanah itu, ini suatu tindakan yang zalim,” katanya pada sidang media harian di Markas PAS di Kampung Baharu di sini semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar semalam yang menyebut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menjelaskan tapak pembinaan pangsapuri di Kampung Tok Saboh adalah milik kerajaan dan bukannya dirampas daripada penduduk miskin.
Ahmad dalam laporan itu menjelaskan, pada 1999 Kerajaan PAS Terengganu sudah memberi tanah kepada masyarakat tanpa menyertakan dokumen pemberian tanah yang jelas menyalahi undang-undang berkaitan pentadbiran tanah.
Sementara itu, calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, semalam meneruskan siri kempennya bertemu dengan pengundi selepas solat Zuhur di Masjid Kampung Lampu dan Kampung Nangka.
Selepas itu, beliau turut meluangkan masa dengan penduduk di Seberang Barat selepas menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Seberang Kastam.
Rabu, Julai 17, 2013
PRK KUALA BESUT 4
KUALA BESUT: Nampaknya hari raya belum tiba, tetapi para penduduk Kuala Besut sudah berhari raya. Mereka gembira mendengar durian runtuh yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Inilah untungnya bila ada pilihanraya kecil. BN akan tabur pelbagai projek untuk memancing undi. Semalam dalam sidang media, Muhyiddin yang juga Pengarah PRK BN mengumumkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju dengan projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut. Menurutnya lagi, sebanyak RM500 ribu diperuntukkan untuk melantik perunding bagi membuat kajian projek tersebut, memandangkan sebelum ini dilaksanakan secara ad hoc yang menelan belanja antara RM10 hingga RM20 juta. Selain dari itu, beliau turut mengumumkan peruntukan menaik taraf Masjid Haji Ishak, Kampung Dengir sebanyak RM343,000 selepas solat tewarih di masjid tersebut malam tadi manakala di sebelah siang beliau menghadiri majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Menengah Alor Peroi. Muhyiddin menolak dakwaan pembangkang bahawa semua projek yang diumumkan adalah bermotif politik. Katanya, ia sudah lama dirancang dan bukannya projek ad hock. Katanya lagi, kebetulan ia diumumkan pada musim pilihanraya kecil. Sabtu lalu kerajaan negeri Terengganu mengumumkan peruntukan bernilai lebih RM10 juta untuk membina pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Lay Out. PAS mendakwa tapak tanah untuk buat pangsapuri empat tingkat itu dirampas dari tanah orang kampung tanpa dibayar pampasan. Sebaliknya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menafikan ia tanah milik orang kampung. Katanya, tanah itu adalah tanah milik kerajaan. “Pada zaman PAS memerintah Terengganu (1999-2004), Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) memberi borang kepada orang ramai untuk dapatkan tanah lot tapi borang itu tidak pernah sampai ke Pejabat Tanah. Jadi bila BN menang pada tahun 2004, kerajaan batalkan permohonan itu kerana ia tidak ikut prosedur,” jelas beliau. Tanah kurnia PAS juga mendakwa wakil rakyat BN turut mendapat satu hektar tanah sedangkan rakyat nak dapat satu lot tanah pun susah. ADUN Hulu Besut, Nawi didakwa memiliki tanah PT6904 dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, Besut. Tiga lagi menghadapi dakwaan sama: bekas ahli parlimen Besut, Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), ADUN Jerteh, Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan ahli parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902). Nawi mengakui memiliki tanah itu tetapi beliau berkata rakyat pun dapat juga tanah kurnia manakala tiga wakil rakyat lagi membisu. Dua hari lepas. PAS menyerang secara langsung kegagalan calon BN ketika bertugas sebagai Jurutera Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Daerah Besut dari tahun 2008 – 2013. Kegagalan paling besar beliau selaku Jurutera JPS adalah membaik pulih Empangan Lowvier Kampung Nangka yang menyebabkan 1,000 ekar sawah padi kering kontang dan tidak boleh digunakan sejak dua tahun lalu. Akibatnya 400 keluarga petani atau kira-kira 2,000 penduduk hilang mata pencarian dan tidak boleh menanam padi sejak tiga musim lalu. “Saya meletakkan kesalahan ini di atas bahu Tengku Zaihan selaku pegawai yang bertanggungjawab,” kata Datuk Abu Bakar Chik yang pernah menjadi Exco Pertanian (1999-2004). Sehingga ini Tengku Zaihan belum menjawab tuduhan PAS itu. Ramai yang beranggapan, jika PAS menang dalam pilihan raya ini, faktor utamanya adalah calonnya iaitu Che Long berbanding dengan calon BN yang hanya sekolah rendah di Besut, manakala sekolah menengah dan universiti di luar Besut. Beliau juga kini tinggal di Putrajaya dan hanya berharap kepada bapanya seorang bekas guru agama Felda.(dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)
PRK KUALA BESUT 3
KUALA BESUT: Hari pembuangan undi pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut pada 24 Julai tinggal 9 hari lagi.Semakin hampir hari pembuangan undi, kempen kedua parti semakin rancak.
Menteri Komunikasi dan Multi Media, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kecewa kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak membenarkan RTM membuat liputan langsung ketika pengiraan undi berlangsung pada 24 Julai nanti.
“Saya tidak ada kuasa mengarahkan SPR kerana SPR adalah badan bebas,” kata beliau yang lebih terbuka sifatnya. Di zaman beliau menjadi Menteri Peneranganlah, beliau memperkenalkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat di RTM.
Pengarah PRK PAS, Datuk Husam Musa mahu RTM beri liputan yang sama kepada calon PAS. Menjawab permintaan Husam, Shabery berkata tidak ada masalah kalau percakapan calon PAS ada nilai berita.
PRK Kuala Besut menjadi medan melaga-lagakan di antara Timbalan Pengarah PRK BN, Datuk Seri Idris Jusoh dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
“Kalau PAS menang, Idris yang untung,” kata Husam.
Idris menafikan hubungannya dengan Ahmad Said tidak baik. Dia kata dia selalu makan semeja. Idris sudah menerima takdir bahawa Ahmad sudah dipilih menjadi Menteri Besar buat penggal kedua.
Naib Presiden PAS, Sallehudin Ayub berkata PAS tidak berminat untuk melaga-lagakan di antara Idris dengan Ahmad. Katanya, PAS tidak berminat memainkan isu mereka berdua tidak sehaluan.
Ahmad menerima tamparan hebat apabila tidak dilantik mengetuai jentera PRK Kuala Besut. Jentera BN diketuai oleh Timbalan Pengerusi BN Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala Idris yang juga Ketua Umno Bahagian Besut dilantik timbalannya.
Pada hari penamaan calon, semua tokoh BN memakai baju berwarna biru termasuk Muhyiddin, Idris dan calon BN, Tengku Zaihan tetapi Ahmad Said pakai baju warna merah.
Hari ini akhbar melaporkan calon PAS, Azlan Yusof tidak dibenarkan buat kenyataan media kerana tersalah cakap dua hari lalu bahawa dia akan serahkan tugas wakil rakyat kepada orang lain.
Semua kenyataan mengenai calon akan dibuat melalui pengurus kempennya, Hanafiah Mat yang juga ADUN Chukai.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, calon cakap dialek Kelantan, itu yang media salah lapor. Apa yang dicakapnya tidak sama dengan apa yang dimaksudkannya.
Faktor calon tak pandai bercakap
Kalau calon sudah tak pandai bercakap, macam mana dia nak berhujah dalam Dewan Undangan Negeri. Faktor ini perlu diambil kira 17,000 pengundi yang akan buat penentuan sama ada mahu calon BN yang pandai bercakap (jurutera) atau calon PAS (kontraktor) yang mampu bercakap di kedai kopi sahaja.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menafikan PKR Terengganu memboikot calon PAS. Menurut Azmin, pada hari penamaan calon, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail terpaksa menghadiri kes mahkamah di Kuala Lumpur.
Pada mulanya memang PKR menuntut calonnya diberi peluang bertanding di Kuala Besut tetapi PAS kata ia adalah kerusi milik PAS dari dahulu lagi. Malah PAS pernah menang pada tahun 1969, 1974 dan 1999 maka sudah tentu PAS enggan beri laluan kepada PKR bertanding di situ.
Perbalahan di antara PAS-PKR menguntungkan BN. Sebab itu Tan Sri Anuar Musa berkata Kuala Besut tetap kubu kuat BN.
“Walaupun Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan, tetapi pengaruh PAS di Kelantan tidak menular ke Kuala Besut,” katanya.
Terpulanglah kepada pengundi Kuala Besut untuk membuat penilaian siapa yang layak jadi wakil rakyat mereka. (dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)
PRK KUALA BESUT 2
KUALA BESUT: Seperti dijangka pada hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut semalam, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman akan ditentang calon PAS, Azlan@Endut bin Yusof.(gambar)
Kedua-dua mereka adalah calon tempatan. Calon PAS lebih dikenali masyarakat Kuala Besut kerana beliau yang mesra dengan nama Che Long mudah bergaul dengan orang ramai.
Walaupun beliau seorang yang pendiam tetapi beliau adalah seorang dermawan. Setiap kali masuk kedai kopi, dia akan bayar semua meja, tabiat yang diamalkannya sejak dahulu.
Calon BN kurang dikenali kerana bekerja di Putrajaya sebagai jurutera di Jabatan Parit dan Saliran (JPS) tetapi masyarakat Kuala Besut mengenali keluarganya yang ramai di situ sekitar 3,000 orang.
Faktor keluarga menjadi antara sandaran terbesar bagi Tengku Zaihan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.
Rata-rata penduduk yang ditemui sekitar Kuala Besut mengakui faktor keluarga Tengku Zaihan memberi kelebihan padanya dalam pilihan raya kecil 24 Julai ini.
Bapanya Che Ku Abdul Rahman amat kenali di kalangan penduduk tempatan kerana pernah mengajar agama di masjid sekitar kawasan itu bahkan mempunyai ramai anak murid.
Che Ku, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Besut dipetik sebagai berkata, keluarga besarnya yang dianggarkan seramai 3,000 itu akan memberi kelebihan kepada anaknya.
Hubungan keluarga
“Di kalangan ahli keluarga itu, ada yang terdiri daripada pembangkang, tetapi menyatakan persetujuan untuk menyokong BN kerana faktor keluarga,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Malah keluarga Tengku Zaihan juga mempunyai persatuan dan koperasi keluarga yang dikenali sebagai “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long”.
Che Long ketika menjawab isu ini berkata beliau juga mempunyai saudara mara yang ramai di Kuala Besut. Maka seramai 17,000 pengundi akan menentukan nasib mereka pada 24 Julai ini.
Berdasarkan hubungan keluarga, Tengku Zaihan sudah menang di atas kertas. Sebab itu Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yakin BN akan menang dengan majoriti 4,000 undi.
Pada pilihanraya umum dua bulan lepas, calon BN, Dr Abdul Rahman Mokhtar menang dengan majoriti 2,434 undi mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail calon wanita PAS yang pertama di Terengganu.
PRK itu diadakan ekoran kematian Abdul Rahman akibat kanser.
Pada hari penamanan calon semalam, nama Idris lebih menonjol dari Tengku Zaihan, calon BN. Seolah-olah Idris yang bertanding.
Pengarah PRK PAS, Datuk Husam Musa melaga-lagakan di antara Idris dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Husam mendakwa Idris masih berdendam dengan Ahmad Said kerana Ahmad merampas kerusi Menteri Besar dari tangan Idris. Idris menafikan dakwaan Husam yang mengatakan PAS sudah tiada modal sedangkan isu itu sudah lama selesai.
“Kalau PAS menang, Idris yang untung kerana kedudukan Ahmad sebagai MB tergugat,” kata Husam.
Pengundi di Besut beri kemenangan besar kepada BN pada pilihanraya umum lalu. Semua DUN, BN menang iaitu Kuala Besut, Kota Putera, Jertih dan Hulu Besut. Ini bermakna orang Besut tidak pernah ada hasrat untuk menjatuhkan Ahmad Said sebagai MB.
Jika tidak BN Terengganu kecundang seperti tahun 1999 apabila BN kalah keempat-empat kerusi DUN.
Media
Dalam pilihanraya, setiap calon kena berhati-hati bila bercakap dengan media. Jika tidak percakapan mereka akan diputarbelit oleh media apatah lagi jika calon itu calon parti pembangkang.
Semalam Che Long mengatakan bahawa beliau sibuk dengan perniagaannya di Kota Bharu, maka tugas wakil rakyat akan diserah kepada pegawai khasnya.
Secepat itu BN menyebarkan video temuramah Che Long kepada para pengundi Kuala Besut. Adakah wakil rakyat seperti Che Long yang rakyat Kuala Besut mahu?, tanya para pengkempen BN.
Idris mengatakan dahulu Che Long adalah ahli Umno di Gong Nering tetapi beliau telah dipecat dari Umno kerana beliau cenderung kepada PAS. Che Long menjawab dia masuk Umno masa dia belum akil baligh lagi.
“Dahulu saya masuk Umno, kerana saya belum cerdik,” katanya sinis.
Soal Che Long pernah jadi ahli Umno tidak patut dijadikan isu kerana seolah-olah menaikkan imej Che Long yang pernah dipecat setaraf dengan bekas Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dipecat dari Umno.
Siapa yang menjadi pilihan rakyat Kuala Besut pada 24 Julai ini? Adakah Tengku Zaihan yang ada perancangan untuk memajukan Kuala Besut atau Che Long yang sudah sebati dengan masyarakat Kuala Besut? Tepuk dada tanya selera.
(dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)
PRK KUALA BESUT 1
KUALA BESUT: Siapa yang akan lawan siapa pada pilihanraya kecil Kuala Besut pada 24 Julai ini sudah diketahui umum malam tadi. Petang semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, sebagai calonnya manakala Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang mengumumkan di sebelah malam calonnya, Haji Azlan@Endut bin Yusof,48. Walaupun DAP mencadangkan supaya PAS memboikot pilihanraya kecil Kuala Besut, PAS tidak mengindahkan cadangan itu kerana ini peluang bagi PAS untuk menambah kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. Kini DUN Terengganu mempunyai 16 ADUN BN manakala PAS mempunyai 15 ADUN. Jika PAS menang, maka DUN Terengganu akan tergantung kerana mempunyai kerusi yang sama banyak 16-16 dengan BN. Oleh itu pilihanraya kecil Kuala Besut amat penting bagi PAS. Tambahan pula PAS pernah menang pada pilihanraya umum 1969, 1974 dan 1999 di kawasan tersebut.Ini memberi semangat kepada PAS untuk merampas kerusi Kuala Besut. Yang menariknya, kedua-dua calon adalah anak tempatan. Tengku Zaihan anak kelahiran Kampung Nail dan pernah menjadi jurutera JPS Daerah Besut manakala Haji Azlan pula anak kelahiran Kampung Baharu seorang kontraktor yang juga Bendahari PAS Bahagian Besut Kalau dahulu BN meletakkan doktor (Dr Abdul Rahman Mokhtar), kini BN meletakkan seorang jurutera pula. Ini menggambarkan kehendak Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang sentiasa mengalu-alukan golongan profesional sebagai wakil rakyat BN. Khabarnya Idris telah mencalonkan nama Tengku Zaihan sebagai calon BN pada pilihanraya umum lalu tetapi Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mahu Dr Abdul Rahman dikekalkan sebagai calon walaupun beliau baru menjalani pembedahan jantung. Sudah tentu berdasarkan kelulusan, calon PAS yang lulus SPM tidak setaraf dengan calon BN. Tetapi dalam politik, rakyat tidak pandang kelulusan tinggi jika calonnya tidak mesra rakyat. Pada tahun 2008, calon BN,Dr Abdul Rahman mengalahkan Nik Zawawi Nik Salleh(PAS) dengan majoriti 2,631 undi. Pada pilihanraya umum lalu, Dr Abdul Rahman menang lagi tetapi dengan majoriti yang menurun 197 undi iaitu sebanyak 2,434 undi mengalahkan calon wanita dari PAS, Napisah Ismail. Oleh itu peluang PAS untuk menang dalam pilihanraya kecil ini agak tipis kecuali PAS meletakkan calon profesional yang setaraf dengan calon BN. Tetapi untuk menang dengan majoriti 4,000 undi seperti yang diramalkan Idris Jusoh agak samar. Pemerhati politik yakin BN tetap menang tetapi dengan majoriti yang kurang dari 2,434 undi kerana jentera Pakatan Rakyat akan berkempen habis-habisan untuk pastikan PAS dan BN dapat kerusi yang sama banyak dalam DUN Terengganu. PAS perlu kerja kuat untuk menang, Ia pernah menang di Kuala Besut pada tahun 1999. Akan tetapi PAS kena ingat PAS menang pada tahun 1999 kerana orang Umno sendiri yang mengundi PAS. Ketika itu orang Umno protes kerana Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad masih bertanding walaupun sudah 25 tahun menjadi Menteri Besar. Terpulanglah kepada para pengundi Kuala Besut untuk memilih jurutera atau kontraktor sebagai wakil rakyatnya. 17,683 orang pengundi akan memberi jawapan pada 24 ( dipetik dari www.freemalaysiatoday.com)
Selasa, Julai 16, 2013
NAWI AKUI DAPAT TANAH
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Nawi Mohamad mengakui mendapat sehektar tanah daripada kerajaan negeri Terengganu, seperti didedahkan PAS di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Kuala Besut hari ini.
"Betul ada, tapi rakyat biasa juga dianugerah tanah oleh kerajaan negeri Terengganu," kata Nawi melalui SMS ketika ditanya
berhubung pendedahan ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini.
Dzulkefly hari ini mendakwa, ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut, termasuk Nawi masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.
Sambil menyindirnya sebagai "tradisi mendahulukan penguasa politik", Dzulkefly mencabar pemimpin BN itu menjelaskan dakwaan yang disokong oleh dokumen berkaitan yang enggan didedahkan pada masa ini.
Nawi didakwa memiliki tanah PT6904 dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, Besut. Tiga lagi menghadapi dakwaan sama: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Isnin, Julai 15, 2013
EMPAT PERKARA UTAMA ASAS AKTA KEHARMONIAN NASIONAL
Akta Keharmonian Nasional yang mungkin menggantikan Akta Hasutan 1948 akan menitikberatkan empat perkara utama sekali gus mengekang mana-mana pihak daripada terus mempertikaikan peruntukan undang-undang tersebut yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, empat perkara itu meliputi kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Akta Hasutan telah diputuskan untuk dipinda kepada satu akta yang mungkin dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional yang tidak akan berkompromi terhadap empat perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan tahlil serta solat Maghrib di Masjid Al-Khairiah di pekan Selekoh di sini semalam.
Pada 11 Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang antara lain bertujuan mencari mekanisme keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara serta menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu, Ahmad Zahid berkata, Barisan Nasional (BN) perlu mempertahankan kerusi itu bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan kerajaan negeri itu.
Sehubungan itu, katanya, berbekalkan pertolongan jentera parti dari negeri-negeri lain, beliau optimis BN mampu mengekalkan kemenangan di sana.
"Saya amat yakin dengan kemampuan kepemimpinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggalas tugas sebagai Pengarah PRK (BN DUN Kuala Besut) kali ini dan dibantu oleh Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai timbalannya.
"Mereka mengetahui beberapa aspek yang harus diberikan perhatian sepanjang kempen pilihan raya kecil itu berlangsung," katanya.
Hari pengundian PRK DUN Kuala Besut yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Julai ini menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera menentang calon Pas, Endot@Azlan Jusoh, seorang ahli perniagaan.

CALON PAS DIARAH TUTUP MULUT

Ahad, Julai 14, 2013
MB KESAL BN KALAH 15 KERUSI
Menteri Besar Terangganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan pembangkang bahawa calon BN, Tanegku Zaihan Che Ku Rahman
tidak balik kampung selepas dipindahkan ke Putrajaya.
Beliau yang juga pengerusi Umno negeri menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "fitnah".
"Mereka mendakwa kerja di Putrajaya, tak balik kampung. Dia baru dipindahkan tiga bulan. Tapi dah kerja lima tahun di Besut. Isteri (seorang guru) dia pun belum bertukar (sekolah lagi).
"Mereka sanggup fitnah. Rakyat perlu tolak (dakwaan ini) dengan memberi kemenangan selesa (kepada calon BN)," katanya
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan di Majlis Perasmian dan Peletakan Batu Asas Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.
Dalam kenyataan media Setiausaha Agung Mustafa Ali hari ini, beliau mendakwa beliau dimaklumkan bahawa calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat.
"Ada macam-macam versi tentang calon BN ini, ada yang kata dia (Tengku Zaihan) dilahirkan di sini dan mempunyai keluarga di Kuala Besut ini, ada yang kata pula dia tak lahir di sini, dan tidak dibesarkan di sini, cuma keluarganya ada di sini... Banyak persoalan tentang calon BN ini yang kita terima maklum balas dari orang ramai," kata Mustafa.
Bagaimanapun, Mustafa menegaskan beliau tidak berniat untuk membuat serangan peribadi kepada calon BN yang ditampilkan oleh Umno.
Tinjauan Malaysiakini sebelum ini juga, rata-rata masyarakat Kuala Besut kurang mengenali Tengku Zaihan sekalipun bapanya amat terkenal di kawasan tersebut dan mempunyai keluarga besar di Kuala Besut.
Dalam ucapan yang sama juga, Ahmad Said kesal dengan rakyat Terengganu yang membuatkan 15 kerusi DUN Terengganu tumbang kepada pembangkang.
Sedangkan, katanya, kerajaan negeri telah melakukan perlbagai usaha termasuk meluluskan lot rumah dam memberikan peruntukan RM1 juta untuk setiap DUN.
"Jadi 32 juta untuk 32 DUN. Jadi saya tidak tahu apa rakyat Terengganu nak (lagi) sehingga 15 kerusi kalah," katanya.

Jumaat, Julai 12, 2013
KAJI SEMULA PERLANTIKAN PENGERUSI TABUNG HAJI
KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula perlantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH).
Menurut beliau, perlantikan tersebut telah menimbulkan keresahan dan pertikaian masyarakat umum kerana kredibiliti dan intergriti Abdul Azeez dipersoalkan untuk menerajui TH sebagai sebuah institusi yang berkait dengan urusan ibadat umat Islam.
Katanya, Perdana Menteri sewajarnya memberi keutamaan untuk melantik mana-mana pegawai kanan kerajaan yang telah bersara atau individu yang mempunyai latar belakang agama serta kredibiliti mereka dihormati oleh masyarakat khususnya orang Islam.
“Tetapi, apabila Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH, pelbagai persoalan timbul dan ada pihak yang mempertikaikan intergriti dan kredibiliti beliau untuk menerajui lembaga tersebut,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuan berkata, Perdana Menteri sepatutnya mengambilkira pandangan dan teguran umum yang berpendapat adalah tidak munasabah melantik Ahli Parlimen Baling itu sebagai Pengerusi TH.
Katanya, TH merupakan sebuah badan yang mengurus dan mengawal selia ibadat haji disamping terbabit dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang disegani dan dihormati oleh dunia Islam.
Oleh sebab itu katanya, lembaga tersebut sepatutnya diterajui oleh mereka yang mempunyai latar belakang ilmu agama atau profesion yang berkaitan bagi memastikan arah tuju TH tidak tersasar daripada matlamat asalnya.
“Kita bukan ketandusan pemimpin yang berwibawa, kita ada tokoh atau mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama seperti mufti dan ilmuan, maka golongan seperti ini yang sepatutnya diberikan keutamaan bagi menjamin kewibawaan TH terus dihormati,” tambahnya.
Pandangan itu kata beliau, bukan bermakna menidakkan kebolehan Abdul Azeez tetapi ramai yang berpendapat adalah tidak munasabah untuk beliau diberikan kepercayaan menerajui TH, sebuah lembaga yang bertanggungjawab terhadap urusan ibadat haji umat Islam di negara ini.
Syed Mehdhar berharap Perdana Menteri akan berpegang kepada kata-kata ‘pencapaian diutamakan rakyat didahulukan’ dalam melihat semula kewajaran Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH.
“Sekarang ini rakyat di pelbagai peringkat keliru dan hairan, atas kriteria apa Najib boleh melantik Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH sedangkan ramai lagi tokoh yang lebih berwibawa dan mempunyai kelayakan termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan,” tegasnya.
Beliau bimbang akibat daripada perlantikan Abdul Azez akan mencetuskan persepsi kurang baik rakyat terhadap pentadbiran Najib dan UMNO khususnya yang seolah-olah perlantikan individu tertentu sebagai pengerusi atau lembaga pengarah dibuat secara ‘tangkap muat’ dan hanya menjuruskan kepada kepentingan politik.
Sepatutnya kata beliau, perlantikan tersebut perlu mengambil kira latar belakang ilmu atau profesion serta kelayakan seseorang itu bersesuaian dengan badan yang akan mereka pengerusikan bagi memastikan perlantikan tersebut tidak menjadi pertikaian orang ramai.
“Apabila rakyat mempertikaikan perlantikan tersebut, mereka akan marahkan kepada Perdana Menteri dan UMNO menjadi sasarannya, ini yang menyebabkan mengapa rakyat menjauhkan diri daripada UMNO,” tegasnya.
Sehubungan itu tegas Syed Mehdhar, selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan Pengerusi Biro Agama UMNO Wilayah Persekutuan, beliau menolak sekeras-kerasnya perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH kerana tidak memiliki intergriti dan kredibiliti.
“Sekarang rakyat menuntut slogan ‘rakyat didahulukan’, maka saya mohon Perdana Menteri kaji semula kewajaran perlantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH,” ujarnya lagi.

Selasa, Julai 09, 2013
JANGAN CAKAP BESAR, IDRIS
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh cakap besar bila berkata BN akan menang dengan majoriti 4,000 undi dalam pilihanraya kecil Kuala Besut kerana beliau adalah Menteri Pelajaran II.
Oleh itu saya rasa lebih baik letak Idris sebagai calon jika BN mahu menang dengan majoriti 4,000 undi. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya BN mampu mengalahkan calon PAS dengan majoriti 4,000 undi.
Saya harap Idris jangan cakap besar. Dia kena kerja kuat untuk pastikan BN menang dengan majoriti 4,000 undi. Jika BN menang besar peluangnya untuk jadi Naib Presiden UMNO memang cerah. Beliau wajar diketengahkan sebagai pemimpin utama negara kerana beliau adalah seorang yang bijak. Terengganu sudah lama tiada Naib Presiden UMNO setelah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad kalah pada tahun 1990. Beliau pernah menjadi Naib Presiden UMNO selama dua penggal dai tahun 1984 hingga 1990. Sudah 23 tahun Terengganu tiada Naib Presiden UMNO, maka jika BN menang besar, maka Idris mampu mengalahkan Datuk Seri Shafie Afdal.

Jumaat, Julai 05, 2013
UTUSAN MALAYSIA KALAH LAGI
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar yang menang dalam kes saman berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1.
Peguam Firtri Asmuni mengesahkan bahawa mahkamah memerintahkan bayaran ganti rugi am dan teladan selepas Hakim Rosnaini Saub mendapati Utusan memfitnah Mohammad Nizar dalam kes tersebut.
"Bagaimanapun, Hakim Rosnaini tidak menganugerahkan ganti rugi teruk,” kata Asmuni ketika dihubungi.
Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM30,000.
Hakim Rosnaini mendapati wartawan Utusan Malaysia bertindak cuai dan tidak mempedulikan ketepatan laporannya.
“Defendan dengan ini tidak berminat mencari kebenaran. sehubungan itu boleh dirumuskan bahawa penulisan dan penerbitan berita itu telah didorong dengan niat jahat di pihak defendan.
“Ini bermakna pembelaan ulasan saksama dan perlindungan bersyarat tidak dapat dipertahankan oleh pihak defendan.
“Adalah penting utk mendapat penerangan dan pengesahan Nizar memandangkan laporan berita itu menyentuh perkasa sensitif dan melibatkan Sultan Johor.
“Tetapi wartawan Utusan itu tidak menghubungi Nizar utk mengesahkan komen sebenar beliau paparkan dalam Twitternya. Sebaliknya wartawan Itusan itu tiada masalah menghubungi Ketua Pemuda Umno Johor
Hakim itu juga berkata, beliau bersetuju bahawa Nizar boleh dikritik namun ia tidak memberi hak kepada defendan untuk memutar belit dan memuatkan fakta salah dan fitnah ke atas plaintif berdasarkan tulisan plaintif di Twitter.
Walaupun tulisan tersebut adalah berhubung twit Nizar, ia tidak memuatkan keseluruhan mesej tersebut, katanya lagi.
Beliau juga mendapati penulis memasukkan perkara yang tidak menggambarkan tulisan Nizar, katanya.

Selasa, Julai 02, 2013
MUHYIDDIN HARAP MB BERI KERJASAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Memaklumkan perkara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, Menteri Pendidikan Dua, Datuk Seri Idris Jusoh pula bertindak sebagai timbalannya.
"Saya diberi tugas oleh Perdana Menteri untuk mengepalai jentera pilihan raya selain melantik Datuk Seri Idris sebagai timbalan.
"(Bagaimanapun) kita harap juga pihak Menteri Besar (Terengganu) memberi kerjasama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita berhubung persediaan BN bagi menghadapi PRK DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A.Rahman Mokhtar, Rabu lalu.
"Kita sudah bersedia. Kita harap pengundi yang sebelum ini mengundi Allahyarham Dr. Rahman membuat keputusan yang sama membantu calon yang akan kita namakan nanti," katanya.
Mengulas mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Muhyiddin berkata, beliau menyerahkan kepada badan penguatkuasa itu untuk menjalankan tugas mereka.
"Kita tak boleh mencampuri urusan mereka, kalau ada apa-apa aduan dan SPRM nak ambil tindakan, itu bidang kuasa mereka.
"Saya percaya SPR akan bersikap terbuka dan memberikan kerjasama yang sepatutnya. Kedua-duanya ialah suruhanjaya, masing-masing ada bidang kuasa tersendiri," katanya.

Isnin, Julai 01, 2013
LETAK IDRIS JUSOH DI KUALA BESUT
UMNO Bahagian Besut yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata ini kerana pengundi melihat kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) melalui projek pembangunan yang sedang dilaksanakan kerajaan terutama untuk golongan nelayan di kawasan itu.
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.
Wan Zakaria berkata sepanjang tempoh Allahyarham Dr A Rahman menjadi wakil rakyat di kawasan itu, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan dan masih banyak lagi sedang dibangun dan dalam perancangan.
"Pengundi di DUN Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan termasuk di Pulau Perhentian akan dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita di Besut hari ini.
Menurut Wan Zakaria antara rancangan besar yang sedang dibangunkan di Pulau Perhentian termasuk pembangunan penempatan penduduk melalui pembinaan tiga blok rumah pangsa, masjid dan projek pelancongan.
Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi DUN Kuala Besut dijangka menarik kerana ia pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 Mei lalu dan berdasarkan pengalamannya beliau yakin peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu adalah cerah.
Ulasan saya, pilihanraya kecil Kuala Besut paling sengit kerana PAS akan berhempas pulas untuk menanginya supaya BN-PAS sama-sama mendapat 16 kerusi dalam DUN. Untuk menang, BN perlu letak tokoh veteran, Datuk Wan Zakaria untuk tanding atau letaklah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai calon. Kalau Bagan Pinang boleh letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon, apa salahnya BN letak Menteri Pelajaran II sebagai calon. Orang Kuala Besut tak tergamak untuk melihat PAS menang walaupun PAS pernah menang di situ pada tahun 1999. Pada tahun 1999, orang UMNO sendiri mengundi PAS kerana marah Wan Mokhtar masih lagi bertanding di Chulai dalam pilihanraya umum tersebut. Kalau rakyat Kuala Besut berdendam dengan Ahmad Said, maka tidak mustahil PAS menang di Kuala Besut nanti. BN menang, kedudukan Ahmad Said semakin kuat tetapi jika BN kalah, kedudukan Ahmda Said sebagai MB akan tergugat.Kalau Datuk Seri Mustapha Mohamed boleh tanding dua kerusi, masakan Idris tak boleh tanding dua kerusi. Yang penting BN mahu menang.

Ahad, Jun 30, 2013
LEBIH BAIK HALIMAH LAWAN SHAHRIZAT
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal menerima tentangan dari bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi dalam sayap tersebut pada hujung tahun ini.
Laporan The Star hari ini menyebut, Azalina telahpun membuat keputusan untuk bertanding menentang Shahrizat, yang berazam untuk mempertahankan jawatan tersebut.
Shahrizat, 50, berkata beliau berjaya anggota Wanita Umno tidak akan menyisihkannya kali ini.
Katanya, penyokongnya itu tetap berdiri di belakangnya ketika beliau terheret ke kancah kontroversi pada tahun lalu, ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional yang diusahakan anggota keluarganya.
“Mereka adalah teman saya dan teman adalah ibarat bintang. Ketika langit kian gelap, sinaran mereka akan semakin cerah,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.
Azalina pula menawarkan diri untuk menjadi “ejen perubahan” dalam sayap parti berkenaan, seiring dengan kemunculan generasi baru wanita dalam pergerakan itu.
Bekas menteri belia dan sukan, usaha tersebut akan menjadikan pergerakan Wanita Umno lebih menarik dan relevan dalam lanskap politik baru.
Azalina, yang juga merupakan bekas menteri pelancongan, kini mengetuai Kaukus Wanita di Parlimen.
Ulasan saya, lebih baik Timbalan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, Halimah Saddique yang menentang Shahrizat. Lagipun beliau adalah exco wanita umno.
Azlina tak pernah jadi exco wanita UMNO malah indentitinya tomboy sukar diterima perwakilan wanita untuk menjadi ketuanya.

Jumaat, Jun 28, 2013
KUALA BESUT BY ELECTION: A TEST FOR AHMAD SAID?
The first post-general election test of strength between Umno and PAS is set to take place in the Kuala Besut by-election.
IT has been quite tough so far for Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said, having to hold on to the state with a two-seat majority.
But it got even tougher on Wednesday when he was informed that Kuala Besut assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar had passed away.
The urgent message came through while Ahmad was in Kuala Lumpur, accompanying the Sultan of Terengganu, at the Conference of Rulers at Istana Negara.
Ahmad sought to be excused to attend the assemblyman's funeral in Kuala Besut.
Death is part and parcel of life but this may shake up the delicate balance of power in Terengganu.
Barisan Nasional's two-seat majority in the 32-seat state assembly is like hanging on to a rope from a tall building.
But, with Dr Rahman's passing, Ahmad must feel like he is now hanging on by a thin thread.
The media has been throbbing with speculation of a hung assembly in the making.
This has never happened before and all sorts of scenarios are being tossed about on what will happen if the by-election goes the way of PAS.
After all, Terengganu does have a reputation of being a swing state.
Fresh state elections is likely should that happen.
But as both sides know very well, Besut is an Umno stronghold.
In the recent general election, Umno made clean sweeps in Besut and Setiu, where the party's candidates won both parliamentary seats well as all the state seats in the two areas.
PAS made a clean sweep in Kuala Terengganu, winning the parliamentary and its four state seats.
The strongman in Besut is none other than Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh, who is known as the technocrat-politician.
A lot rests on Idris to ensure that Kuala Besut stays with the Barisan and he should have the main say on the choice of candidate for the by-election.
The death of Dr Rahman, barely two months after the general election, was somewhat of a talking point in Umno circles.
Many are puzzled how Dr Rahman could have been let through to contest because he had undergone surgery for lung cancer two months before the polls.
They said the sad affair has made a mockery of the winnable candidate criteria.
“A winnable candidate must be able to go the distance and everyone could see he was not well.
“The operation affected his voice. It was very soft and sounded like a woman's voice,” said a Besut Umno politician.
Rahman's illness was kept under wraps and he went on to win against PAS' Napisah Ismail with a credible majority of 2,434 votes and was reappointed to the state exco.
He suffered a relapse on the final day of the state legislative assembly meeting last week and did not recover.
There is also some sort of blame game going on.
Insiders said Idris, who is Besut Umno division chief had wanted to put a new man in Kuala Besut but the Mentri Besar, who had a big say, insisted on Dr Rahman.
“The next candidate must be someone from the area who understands the needs of the people and who is healthy.
“Idris is an anchor figure in Besut, it will largely be his campaign.
“The candidate needs his blessing and support,” said Dr Azmi Omar who is from the Jerteh branch in Besut.
Some in Umno credit Idris for rolling back the PAS influence after he took over as Mentri Besar in 2004 because Besut was the epicentre of PAS activism in Terengganu in the 1980s and the 1990s.
At the height of the Amanat Haji Hadi controversy, during which Umno members were condemned as infidels, Besut was notorious for the practice of “two imams.”
PAS members refused to be led by the government imam and insisted on praying behind an imam from their party, hence leading to a situation of two imams in one mosque.
PAS last won Kuala Besut in 1999, with its candidate Nik Zawawi Nik Salleh, who is now secretary of the party's Majlis Syura.
The subsequent years saw internal power struggles between rival ulama groups in Besut that diluted its influence.
The infighting was the reason why PAS had to settle for a woman candidate in last month's general election she was seen as a neutral figure.
The by-election will also be a test for the new PAS chief of Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad who is known for his fiery oratory and jet black beard.
PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali, who is from Terengganu, said the party has a good political machinery in Besut but admitted “it is not going to be easy”.
But no one is taking anything for granted despite Besut being “Idris territory” and Kuala Besut being an Umno seat.
Besut is on the border of Kelantan and Umno can expect the Kelantan PAS arsenal to make its presence felt in the campaign.
Kuala Besut is 99% Malay and it will be a Malay fight between two traditional rivals who are often at each others' throats but who also embrace each other as brothers in Islam.
(written by joceline tan, published in today's The Star)

SEMUA JAWATAN BOLEH DITANDINGI
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam berkata semua jawatan tertinggi dalam parti itu terbuka untuk ditandingi pada pemilihan yang dijadualkan hujung tahun ini.
"Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Rakyat, di ibu negara.
Kenyataannya itu menyusuli gesaan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar.
Berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota Umno dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.
Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.
"Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya.
Katanya taklimat Umno mengenai format baru itu akan diakhiri dengan Umno Sabah esok.
Ini merupakan kali pertama Umno menggunakan mekanisme baru pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu.

Khamis, Jun 27, 2013
BN GAGAL DAPAT MAJORITI DUA PERTIGA KERANA HISHAMUDDIN?
MP Kluang Liew Chin Tong percaya masyarakat Cina berubah menjadi penyokong DAP sejak 2005 apabila naib presiden Umno pada waktu itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus keris dalam satu mesyuarat Pemuda Umno.
Ketua biro pendidikan politik DAP itu berkata, beliau melihat bahawa masyarakat Cina kelas pertengahan menerima baik kepimpinan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum peristiwa menimbulkan kontroversi.
Katanya, orang Cina pada masa itu tidak berasa terpinggir di bawah pentadbiran Mahathir dan turut menerima gagasan Wawasan 2020, sebelum peristiwa tersebut.
"Pada tahun 80-an dan 90-an, masyarakat Cina berpuas hati kerana kerajaan menyediakan saluran buat mereka. Konsepnya - jika mereka mampu bayar, mereka boleh dapat saluran TV, mereka dapat akses kepada pendidikan.
"Jika mampu, mereka boleh masuk ke universiti swasta dan mereka juga dapat menonton saluran Cina di Astro," katanya.
Umno kemudiannya berubah ke garis yang lebih kanan dan cakap-cakap perkauman juga tercetus pada waktu itu, kata Liew.
"Ia langkah yang kurang cerdik. Tiada gabungan parti politik dalam negara ini yang mampu memerintah tanpa memenangi hati semua kaum," katanya.
Perasaan tidak senang kaum bukan Melayu terhadap kerajaan katanya terus bersemi dari hari ke hari sejak peristiwa itu dan memuncak apabila mereka menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihan raya tahun 2008, katanya lagi.
"Terdapat usaha (dari perdana menteri) untuk membaiki perkara ini dengan konsep 1Malaysianya, namun ia akhirnya dilihat tidak lebih daripada usaha penjenamaan untuk barangan murah," tambahnya lagi.
"Sekarang ini, PAS pula dilihat lebih sederhana berbanding Umno," tambahnya.
Selain itu, Liew juga percaya gelombang perubahan citra politik belia Cina tidak hanya berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu.
Menurutnya, ia mula berlaku sejak pilihan raya tahun 2008 lagi dan pilihan raya lalu menyaksikan mereka dari kumpulan umur lain turut beralih arah menyokong Pakatan.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock dan isu loji nadir bumi Lynas memberi kesan kepada kecenderungan politik orang Cina, di samping peranan besar yang dimainkan laman media sosial seperti Facebook.
"Sebelum ini, hanya orang lelaki yang berminat dalam perbincangan politik.
"Kini dengan Facebook, golongan wanita juga mengambil bahagian dalam perbincangan politik mengikut keselesaan mereka," katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)