Ahad, Oktober 04, 2009

MB NAFI RETAK DENGAN ISA


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau merupakan antara orang pertama yang mencadangkan supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bertanding di Bagan Pinang.

Sambil menafikan tuduhan pihak pembangkang kononnya berlaku keretakan hubungan antara beliau dan Mohd Isa, Mohamad berkata perkara itu sengaja diada-adakan pembangkang sebagai modal politik semata-mata.

"Saya yang suruh dia, ramai yang saksi masa di hospital lagi, masa jenazah Allahyarham (Azman) ada lagi dalam wad, saya cakap, Tan Sri (Isa) bersiap untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Persatuan Penduduk, Nazir Masjid, Pengurusan Kuil, Tokong dan Gereja Serta Badan Bukan Kerajaan sekitar Port Dickson di Bagan Pinang hari ini.

Mohamad berkata pada ketika itu Mohd Isa tidak memberi sebarang jawapan kepadanya sebaliknya meminta untuk berfikir terlebih dahulu mengenai permintaan itu.

Bagaimanapun, demi untuk memantapkan Barisan Nasional (BN), Mohd Isa menerima permintaan itu dan sanggup berkorban kerana rakyat di Bagan Pinang amat memerlukan khidmat beliau.

Mohamad yang turut ditanya mengenai pendekatan agresif parti lawan kali ini sehingga anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon semalam, berkata budaya samseng sudah menular dalam parti pembangkang.

Menurutnya, insiden ganas dan liar seumpama itu bukan kali pertama berlaku dan beliau berharap penyokong parti pembangkang tidak akan bertindak keterlaluan semasa berkempen untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Pada pilihan raya kecil 11 Okt ini, BN meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa, 59, sebagai calonnya dan beliau ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, 45.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN Bagan Pinang Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

Azman, yang mewakili BN, menang kerusi DUN Bagan Pinang dalam pilihan raya umum 2008 setelah menewaskan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

KU NAN NAFI KELUAR SURAT


Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan beliau telah menulis surat kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan supaya memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selaku calon BN pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Katanya surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung Umno itu yang kononnya ditandatangani beliau, adalah dipalsukan oleh pihak pembangkang.

Perbuatan itu merupakan taktik kotor terbaru pihak pembangkang dalam usaha memburuk-burukkan hubungan antara Ibu Pejabat UMNO, ahli Majlis Tertinggi (MT) parti dengan badan perhubungan negeri dan Umno bahagian Teluk Kemang khususnya, katanya.

Antara kandungan surat palsu itu, yang kini dimuatkan di laman web Umno-Online dituliskan seperti berikut: "Pihak Majlis Tertinggi amat dukacita memaklumkan bahawa calon yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan terpaksa ditolak kerana Presiden parti mahukan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon PRK N31 Bagan Pinang."

Tengku Adnan memberitahu Bernama bahawa surat berunsur fitnah itu kini sudah diedarkan secara meluas di sekitar kawasan Bagan Pinang dalam usaha untuk memecah belahkan Umno yang dilihat begitu utuh di Bagan Pinang.

"Saya tidak pernah mengeluarkan surat itu, itu satu pembohongan, ia surat yang telah dipalsukan oleh pihak pembangkang untuk memecah belahkan Umno khususnya di Bagan Pinang. Ini adalah taktik kotor parti lawan yang terdesak untuk memecah kubu kuat Umno," jelasnya.

Katanya beliau menyedari mengenai surat palsu itu setelah diberitahu pekerja parti yang meninjau aktiviti pembangkang di Bagan Pinang.

"Saya diberitahu tadi oleh pekerja parti, mereka jumpa surat yang diedarkan di kawasan itu (Bagan Pinang), mereka tanya kepada saya adakah itu surat betul, saya jawab saya tak pernah keluarkan surat itu, tanda tangan itu palsu," katanya.

Katanya beliau meminta agar jentera parti memantau perkara itu dan kalau ia berlarutan dan terus dijadikan modal politik parti pembangkang, beliau bercadang untuk melaporkan kepada polis.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Okt ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor, dari BN pada 4 Sept lalu.

KISAH SEORANG DATUK


Tengah hari tadi sekembalinya dari Bagan Pinang, saya dan boss serta suaminya singgah di rumah Datuk Maharajalela di Seremban. Datuk Maharajalela adalah kawan lama suami boss. Hubungan mereka tidak pernah putus sejak dari zaman bujang lagi.

Sesampainya di Seri Gombak, saya ajak boss dan suaminya singgah di rumah Datuk Mohd Jar. Rupa-rupanya boss saya pernah bekerja dengan Mohd. Jar atau Mohd.Jah. Dahulu dia pakai nama Mohd. Jah tetapi saya tak tahu apa sebabnya tiba-tiba dia tukar namanya kepada Mohd.Jar.

Sudah lima tahun saya tidak jumpa Mohd. Jar. Saya pun tak tahu kini dia sudah bergelar Datuk. Datuk dari Mindanao. Mohd. Jar kini kurus orangnya kerana sakit kencing manis. Saya sudah kenali Mohd. Jar sejak tahun 1987 lagi. Sudah 22 tahun saya mengenali beliau. Ketika itu saya bekerja dengan akhbar WATAN di Kuala Lumpur manakala beliau adalah stringer WATAN di Kemaman.

Saya banyak kenangan manis dengan beliau. Ketika beliau tinggal di Kemaman beliau menikahi seorang janda kaya.Lepas itu dia lama tak balik ke Kemaman. Saya yang jadi mangsa apabila isterinya datang ke rumah saya di Pasir Gajah mencarinya. Saya tak tahu nak jawab apa pasal saya sendiri pun tak tahu di mana beliau berada ketika itu.

Kelebihan Mohd. Jar bila kita temuinya di mana sahaja,bila kita tanya di mana letaknya pejabat baru, dia akan tunjuk bangunan yang ada berhampirannya sambil berkata, "Pejabat baru di bangunan itulah".

Kalau 10 tempat yang berlainan kita jumpanya, maka 10 bangunanlah dia akan tunjuk letaknya pejabatnya. Itulah kelebihan Mat Jar.

Saya sudah lama tak temuinya. Biasanya dia mudah di temui di parlimen setiap kali parlimen bersidang. Ada orang kata beliau sudah diblacklist tidak boleh masuk parlimen lagi. Wallahuaklam. Sebab itulah lama sungguh saya tak jumpanya.

Dia masih duduk di rumah lama di Seri Gombak, tetapi rumahnya sudah siap diubahsuai. Rumah baru lebih besar sesuai dengan kedudukannya sebagai Datuk Mohd. Jar. Kelebihan Mat Jar ialah isterinya waris semua pemimpin UMNO Terengganu.

Masa Tan Sri Dr. Yusof Noor jadi menteri dahulu, dia mendakwa bini mudanya yang berasal dari Besut adalah waris Dr. Yusof Noor. Bila Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu, bini mudanya jadi waris Idris Jusoh pula.

Mat Jar bukan seorang siswazah. Tetapi kedua-dua isterinya adalah guru siswazah.Itulah kelebihan Mat Jar. Dia sukap cakap besar dari dahulu lagi. Bila saya nampak gambarnya terima pingat dari Sultan Sulu di dinding rumahnya, dia kata dia ada tiga pingat Datuk termasuk dari Negeri Sembilan dan Johor.

"Mana gambar terima pingat dari Sultan lain?" soal saya.
"Saya sakit lama masuk hospital jadi masa nak terima pingat di istana, saya tidak dapat hadir,"jawabnya selamba kerana saya sudah tahu perangainya yang suka cakap besar. Dia memang tak mahu orang lebih darinya.

Saya masih ingat suatu petang di parlimen selepas Dewan rakyat selesai bersidang dia berkata, "Lambat betul driver aku mari Zabidi".

Dalam hati, saya kagum kerana beliau ada driver.Ini sudah satu kemajuan.

"Mu mari naik apa Zabidi?" tanyanya.

"Naik kereta," jawab saya.

"Lecehlah driver aku. Lambat sokmo. Aku tumpangmu sorang sampai ke Chow Kit," kata beliau.
Saya tersenyum kerana saya sudah tahu Mat Jar kuat temberang. Mana dia mampu pakai driver ketika itu.

Satu kenangan lucu bersamanya dia anjurkan kursus kewartawanan di sebuah hotel di Kuala Lunpur.Beliau dapat tajaan dari seorang menteri.Bila sampai hari berkursus, menteri itu datang untuk merasmikan kursus itu tetapi menteri itu terkejut kerana hanya seorang sahaja peserta yang datang untuk mengikuti kursus tersebut. Alangkah malunya menteri itu dan terus balik tak jadi merasmikan kursus tersebut.

Banyak lagi kenangan saya dengan beliau yang tidak dapat didedahkan di sini. Beliau pernah ditahan reman ketika cari iklan untuk akhbar SEMASAnya di Kuala Terengganu di zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar kerana kononnya dia minta iklan sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu tanpa keizinan istana.

Melihat kembali sejarah hidupnya, saya tak sangka hari ini Mat Jar sudah bergelar Datuk. Tahniah Datuk Mohd.Jar!


Sabtu, Oktober 03, 2009

PADANG JARAK PADANG TERKUKUR


Ketika para pekerja mencari dan menyelamat sudah 72 jam bekerja keras menggali dan mencari mangsa dari celah-celah runtuhan lebih 11,000 bangunan akibat gempa 7.6 skala Richter (SR) Rabu lepas, dan sejak hari itu jugalah Sumatera Barat sudah digoncang 389 kali gempa bumi susulan.

Bagaimanapun gempa susulan itu yang berukuran lebih kecil iaitu antara 3.0 hingga 4.0 SR, mungkin tidak begitu dirasakan oleh penduduk tetapi masih berkemampuan mengakibatkan bangunan yang telah rosak strukturnya akibat gempa utama 7.6 SR itu, tiba-tiba runtuh dan mengancam nyawa.

Ketua Bidang Maklumat Awal Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Jaya Murjaya berkata gempa susulan itu sifatnya hanya menghabiskan tenaga di dalam bumi setelah terjadinya gempa besar itu.

"Gempa susulan tidak akan melebihi 7.6 SR dan masyarakat tidak perlu takut, tapi waspada saja," katanya dalam laporan agensi berita Antara di Padang, hari ini.

Sehingga tengah hari Jumaat, Pusat Penanganan Bencana di Padang, mencatatkan 448 kematian akibat gempa bumi yang terjadi pada pukul 5.16 petang Rabu itu, manakala mereka yang cedera parah berjumlah 237 orang dan hampir 2,100 lagi cedera ringan.

Jumlah kes kematian yang dicatatkan paling ramai ialah di Kota Padang, ibu kota Sumatera Barat iaitu 197 orang, diikuti di daerah kecil Padang Pariaman (184) dan selebihnya di beberapa kawasan sekitar.

Bagaimanapun pelbagai media massa lain dengan memetik pelbagai sumber melaporkan jumlah kematian setakat ini sudah melebihi 700 orang.

Jumlah bangunan termasuk rumah yang runtuh dan rosak teruk ialah 11,945 buah dan hampir 10,000 lagi rosak.

Antara warganegara asing yang dilaporkan masih hilang ialah kira-kira 100 orang daripada sejumlah 250 warganegara Australia yang berada di Padang ketika kejadian itu.

Sementara itu Menteri Kesihatan Indonesia Siti Fadilah Supari dilaporkan berkata beliau menganggarkan jumlah kematian akibat gempa bumi itu tidak melebihi 4,000 orang manakala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula dilaporkan berkata angka kematian mungkin mencapai 1,100 orang.

Jumaat, Oktober 02, 2009

DR MAHATHIR TETAP JADI TUMPUAN


Baru-baru ini saya berpeluang meliputi majlis Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di INTAN Bukit Kiara untuk majalah saya, Business Kini. Beliau merasmikan persidangan tahunan ke 14 perkhidmatan awam yang dihadiri oleh 600 orang peserta termasuk dari luar negara.

Muhyiddin telah menyampaikan ucaptamanya yang bertemakan merubah negara, membina masa depan dan melabur kemakmuran selama satu jam setengah.

Selepas ucaptama itu sepatutnya wartawan pelbagai akhbar balik ke pejabat masing-masing tetapi mereka tidak jadi balik kerana menurut program pada jam 12 tengahari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucapannya berjudul Wawasan 2020: Apa Yang Perlu Dilakukan Seterusnya?

Bagi wartawan, bukan mudah mahu bertemu dengan Dr Mahathir. Jadi inilah peluang mereka untuk menemu ramah beliau walaupun terpaksa menunggu satu jam setengah selepas ucaptama Muhyiddin selesai.

Dalam ucapannya itu Dr Mahathir mengakui bahawa Wawasan 2020 tidak akan tercapai jika strategi sekarang digunakan oleh kerajaan. Oleh itu, katanya, kerajaan kena tukar strateginya. Beliau mengakui jika cadangan gilannya itu diterima pakai oleh kerajaan, pada tahun 2020 akan menjadi negara maju dengan acuannya yang tersendiri.

Beliau secara sinis menyelar pegawai kerajaan yang tidak suka pergi ke pejabat kerana kononnya boleh buat kerja dari rumah dengan menggunakan lap top. Arahan kepada pegawai bawahan boleh dibuat melalui e mail,sms, facebook dan sms.

"Saya sebagai pesara jika tidak masuk pejabat, saya akan sakit. Saya tak boleh duduk diam di rumah. Sebab itu saya tetap masuk pejabat selain menyiapkan kerka dapat bertemu dengan orang ramai, " katanya.

Sambil berseloroh beliau berkata," If I don't work, I will die".

Dr Mahathir walaupun sudah enam tahun bersara tetapi tetap menjadi tumpuan orang ramai. Apa lagi ucapannya di kalangan kakitangan kerajaan memberi makna yang tersendiri untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Kebetulan hari itu saya berpeluang menemui Dr Mahathir sebanyak dua kali. Selepas bertemu di INTAN Bukit Kiara, sebelah petang pula pada jam 6, saya terserempak dengannya di The Mall. Dr Mahathir bersama pemandu dan pengawal peribadinya pergi membeli barang di The Mall. Sekali lagi orang ramai berebut mahu bersalam dengan beliau.

PENYAKIT JANTUNG SERANG ORANG MUDA


Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia, tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.

Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Madya Dr Oteh Maskon berkata kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok, ditambah pula sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.

Beliau berkata dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.

Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun, yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk "Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ianya Berakhir" di PPUKM di Cheras hari ini.

Forum yang dirasmikan Pengarah PPUKM yang juga Dekan Fakulti Perubatan UKM Profesor Datuk Dr Lokman Saim itu diadakan sempena Persidangan Tahunan ke-12 Persatuan Torasik dan Kardiovaskular Surgeri Malaysia yang dianjur Pusat Jantung dan Paru-Paru, PPUKM.

Dr Oteh berkata pesakit jantung paling muda yang pernah dirawat di PPUKM berusia 23 tahun yang mempunyai masalah 'metabolic syndrome' selain sejarah keturunan.

"Kami juga ada pesakit jantung wanita yang berusia 38 tahun dengan tiga saluran jantungnya tersumbat dan dia juga dikesan ada kencing manis dan ini amat memeranjatkan kita kerana wanita pada usia itu sangat jarang dikesan ada penyakit jantung," katanya.

Beliau berkata selain corak pemakanan dan gaya hidup, pesakit jantung di kalangan golongan itu juga terdiri daripada mereka yang mewarisinya daripada keluarga dengan kadar tiga daripada 10 pesakit yang mendapat rawatan di hospital itu.

"Oleh itu adalah sangat penting untuk pesakit jantung, bukan sahaja daripada kumpulan ini malah mereka daripada kumpulan berisiko, menjaga pemakanan dan gaya hidup mereka sejak daripada awal lagi.

"Walaupun di mana-mana hospital ada pelbagai rawatan dan ubat yang boleh kita ambil untuk merawat penyakit jantung, langkah yang paling penting ialah pencegahan," katanya.

Beliau berkata melalui amalan makan secara sihat, tidak merokok dan bersenam selain membuat pemeriksaan perubatan secara berkala boleh membantu seseorang itu mengetahui tahap kesihatan mereka dan rawatan awal boleh diambil jika dikesan mempunyai penyakit itu.

Dr Oteh berkata kira-kira 30 peratus pesakit jantung yang diserang penyakit itu secara tiba-tiba meninggal dunia tanpa sempat diberi rawatan awal dan kebanyakan kes kematian mengejut juga adalah disebabkan penyakit itu.

BEBAN IO BERTAMBAH


Kekurangan Pegawai Penyiasat (IO) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini telah menyebabkan setiap pegawainya terpaksa menanggung beban tugas dua kali ganda daripada sepatutnya.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, purata kertas siasatan yang dikendalikan oleh seorang IO pada masa kini mencecah 20 kes berbanding 10 kes ditetapkan piawaian antarabangsa.

"Jumlah itu terlalu membebankan. Purata aduan awam yang diterima dan perlu dianalisis setiap hari seluruh negara mencecah sehingga 1,000 laporan.

"Sehubungan itu, pihaknya sedang berusaha untuk menambah bilangan IO bagi memastikan produktiviti kerja lebih baik di masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan kenaikan pangkat dan penyerahan tugas pada majlis serah tugas yang diadakan di Maktab PDRM, Cheras, di Kuala Lumpur semalam.

Pada majlis itu, Datuk Hadi Ho Abdullah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dengan pangkat Senior Asisten Komisioner 1 (SAC1) hari ini menerima pangkat Deputi Komisioner (DCP) dengan jawatan sebagai Timbalan Pengarah JSJ Risikan dan Operasi Bukit Aman.

Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh Datuk Mortadza Nazarene.

Mortadza pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan dan Latihan Bukit Aman dengan menggantikan tugas Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Manakala Acryl Sani pula kini menerima tugas sebagai Timbalan Pengarah JSJ Siasatan dan Perundangan.

Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof yang sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah D78 Tahanan JSJ kini dilantik sebagai Ketua Polis Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mazlan Mansor pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perancangan Strategik Bukit Aman.

Mohd. Bakri memberitahu, orang ramai perlu memahami tugas dipikul IO sangat mencabar iaitu selain menguruskan pelbagai bentuk aduan orang awam sebelum kertas siasatan dibuka, mereka juga terpaksa pergi ke tempat kejadian.

Khamis, Oktober 01, 2009

UNDI POS JUGA BERPIHAK KEPADA PAS


Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata undi pos yang dicanang oleh pembangkang kononnya menjadi senjata utama kepada Barisan Nasional (BN) sebenarnya memberikan kelebihan kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 lalu di Bagan Pinang.

Katanya pada pilihan raya umum 2008, majoriti BN di Bagan Pinang merosot kerana undi pos berpihak kepada pembangkang.

"Pembangkang tidak boleh kata undi pos itu advantage (memberi kelebihan) kepada BN kerana pada 2008 disebabkan mereka dapat banyak undi pos pada ketika itu iaitu 1,800 undi kalau nak bandingkan dengan 2004," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Seremban semalam.

Mohamad bagaimanapun yakin BN akan dapat mengukuhkan kedudukan kerana pada 2008, pengundi yang memilih BN bertambah kepada 6,430 berbanding hanya 5,000 lebih pada 2004.

"Jadi jangan kita tuduh dan tohmah yang macam-macam pasal undi pos ini. Pasal itu saya katakan kita perlu kerja kuat dan kita perlu menyakinkan semua orang untuk pastikan kemenangan kita tapi saya rasa yakin dan percaya BN akan dapat pertahankan kerusi kita di sana," katanya.

Mohamad yakin calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan berjaya menawan hati rakyat Bagan Pinang kerana popularitinya di kalangan mereka yang tinggal di Telok Kemang, Bagan Pinang serta Port Dickson.

"Senang kerja kita dalam BN, tak payah nak tarik ke hulu ke hilir hendak memperkenalkan calon, siapa tidak kenal Tan Sri Isa kan? Jadi sebahagian daripada kita punya kerja sudah selesai," katanya.

Rabu, September 30, 2009

PANDANGAN PEMUDA PKR CETEK


Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang pada Selasa membidas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Mohd Yusmadi Mohd Yusuff yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu.

"Ini merupakan satu formula berbaur perkauman ciptaan Mohd Yusmadi sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja," kata DAPSY, Ng Wei Aik, dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas cadangan Mohd Yusmadi supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin.

Mohd Yusmadi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau, dilaporkan berkata formula politik baru itu bagi menggantikan formula Barisan Nasional yang memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dan Timbalan Ketua Menteri kepada wakili Melayu.

Ng berkata tiada formula baru yang telah dipersetujui oleh pakatan DAP, PKR dan Pas yang kini memerintah Pulau Pinang berhubung sistem penggiliran itu.

Beliau berkata buat masa ini, DAPSY berpendirian bahawa belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan.

Katanya DAPSY mempertahankan jawatan Ketua Menteri supaya tidak digilirkan atas alasan bahawa sebarang pelantikan untuk jawatan itu mestilah diputuskan oleh parti yang menguasai majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan bukan atas alasan bahawa kaum Cina adalah kaum majoriti di negeri itu.

"Saya ingin tegaskan bahawa formula baru yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah memberi layanan yang adil serta bantuan yang saksama kepada semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan kaum, agama, jantina dan latar belakang politik.

"Ini jauh lebih adil serta disambut baik oleh rakyat jelata daripada formula ciptaan Mohd Yusmadi itu," kata Ng.

Nampaknya pandangan Ketua Pemuda PKR cetek sangat.Kalau hari ini PKR tuntut penggiliran Ketua Menteri di Pulau Pinang maka DAP mungkin menuntut penggiliran Menteri Besar di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Kedah dan Selangor. Adakah Yusmadi sanggup melihat orang China jadi Menteri Besar Kelantan, Kedah dan Selangor?

Apa yang diamalkan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengekalkan formula BN memberi jawatan Ketua Menteri kepada orang China adalah langkah yang tepat kerana orang China adalah majoriti pengundi di Pulau Pinang.

Apa yang diamalkan di Sabah telah merugikan orang Melayu. Sebab itu di asa kecerdikan Datuk Seri Musa Aman, maka penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah dapat dihapuskan apabila beliau berjaya mendapat tandatangan semua presisen parti komponen BN Sabah kononnya mereka tidak setuju penggiliran jawatan Ketua Menteri.

Ini yang menyebabkan Musa Aman kekal sebagai Ketua Menteri Sabah sehingga hari ini.

Selasa, September 29, 2009

BN TAK YAKIN DENGAN UNDI POS?


Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang.

Pemilihan Isa, 59, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana nama beliau disebut-sebut sebagai pilihan utama Umno bahagian Teluk Kemang, yang diketuai oleh beliau sendiri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan nama calon BN itu di Pusat Operasi BN di sini petang ini, berkata pemilihan Mohd Isa dibuat selepas pucuk pimpinan parti mengambil kira kehendak rakyat di kawasan DUN itu.

Ia selaras dengan dasar 1Malaysia yang diamalkan kerajaan sekarang, iaitu rakyat didahulukan, katanya.

Beliau berharap dengan pemilihan calon itu, rakyat di Bagan Pinang akan memberi isyarat kuat menyokong BN melalui peti undi pada pilihan raya kecil kawasan DUN itu pada 11 Okt ini. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung Sabtu ini.

Mohd Isa dijangka ditentang oleh calon PAS, yang akan diumumkan namanya oleh pucuk pimpinan parti itu Isnin malam.

Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum lepas, menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN meminta seluruh para anggota parti komponen BN supaya menyatukan kekuatan dan memberi tumpuan yang sepenuhnya bagi menentukan kemenangan besar parti itu pada pilihan raya kecil kali ini.

Beliau berharap Bagan Pinang akan menjadi titik permulaan kepada transformasi yang sedang dibawakan oleh Kerajaan BN kepada seluruh rakyat di negara ini.

Mohd Isa juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Dilahirkan di Melaka pada 14 Nov, 1949, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, di sini sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.

Mohd Isa menyandang kerusi DUN Linggi sejak 1978 sehinggalah pada tahun 2004 apabila beliau beralih bertanding kerusi Parlimen Jempol dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, jawatan kerajaan terakhir yang beliau sandang sebelum metelakkan jawatan pada tahun 2005.

Pengalaman beliau dalam parti juga menarik, khususnya dalam cubaan bertanding jawatan-jawatan penting di peringkat pusat.

Pada tahun 1993, Mohd Isa mencuba nasib bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno tetapi tewas kepada Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan pada tahun berikutnya beliau mencuba nasib pula bertanding jawatan naib presiden Umno tetapi tewas juga.

Mohd Isa akhirnya memenangi jawatan Naib Presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Bagaimanapun jawatan itu tidak dapat bertahan lama apabila keahliannya digantung selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) setelah beliau didapati bersalah terhadap dakwaan amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004.

Beliau pada asalnya digantung keahlian selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan itu tetapi tempoh hukuman itu dikurangkan separuh oleh Majlis Tertinggi UMNO setelah beliau membuat rayuan.

Berikutan itu semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung.

Selepas digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Okt 2005.

Ulasan saya, senang sahaja iaitu BN tidak yakin dengan undi pos. Jika BN yakin, sudah tentu BN letak calon baru yang tidak ada kes peribadi. Letak Isa tak payah kerja banyak kerana semua pengundi sudah kenal siapa itu Isa.

Kalau letak orang baru sama ada ketua pemuda atau ketua wanita, BN kena kerja kuat dalam tempoh seminggu untuk memperkenalkan calon baru kepada para pengundi.

Kemungkinan kedua ialah Isa hantar tiga nama dari bahagiannya kepada pusat tetapi dua nama yang dihantar lagi tidak dikenali oleh Najib dan Muhyiddin. Maka Najib rasa lebih baik letak Isa kerana risiko meletakkan nama orang tidak dikenali lagi tinggi untuk kalah. Tiada siapa pun yang tahu nama siapa dua orang lagi yang dihantar oleh Isa. Sudah tentu Isa cerdik. Takkan dia nak hantar nama anaknya, Najib atau nama Exco Pemuda UMNO Malaysia, Faizal Ramli. Maka jalan terbaik letak nama ketua kampung yang kerja di kampung sahaja suya kedua nama itu mudah ditolak oleh Najib dan Muhyiddin.

ULANGTAHUN PERTAMA BLOG MEMO BELAKANG


Hari ini 29 September 2009 genap setahun usia blog saya, MEMO BELAKANG. Terima kasih kepada 69,063 pengunjung blog ini sehingga pukul 7.25 pagi ini. Pada mulanya saya menumpukan kepada isu-isu politik. Tetapi kini saya menumpukan kepada semua isu termasuk isu ekonomi, sosial dan hiburan.

Salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah apabila diundang oleh RTM untuk muncul dalam program TV1 iaitu Blog@1. Ia merupakan satu penghormatan buat saya walaupun blog itu masih baru. Selepas saya muncul di TV1, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Tiger menawarkan saya bekerja di RTM tetapi atas sebab-sebab tertentu saya menolak tawaran tersebut.

Sepanjang tahun lalu mesti ada yang kurang senang dengan saya. Saya minta maaf kepada mereka. Ada seorang KSU sebuah kementerian menelefon saya untuk menarik balik sebuah posting. Maka satu tarik balik kerana saya tidak sangka KSU itu sendiri sanggup menelefon saya. Ada pula pengarah sebuah jabatan kerajaan menggunakan kawan baik saya untuk menarik balik satu posting dalam blog ini. Saya kata kepadanya, kalau nak tarik balik suruh pengarah itu call saya. Saya turut terkejut pengarah itu tergamak menelefon saya dan merayu kepada saya untuk menarik balik posting itu. Walaupun ia bukan fitnah, tetapi di atas sifat malu alah, saya tarik balik posting itu. Yang sedihnya orang tuduh saya telah dibeli sebanyak RM1,000 kerana menarik balik posting itu sedangkan satu sen pun saya tidak dibayar. Saya menarik balik atas sifat ikhlas bukan kerana wang.

Hari ini masuk tahun kedua MEMO BELAKANG, jadi saya akan cuba pertahankan blog ini dengan memasukkan posting setiap hari. Terima kasih kepada bekas house mate saya di Damansara Damai, Abdul Mubin Ismail yang mengajar saya menyediakan blog ini. Dah banyak kali Sang Kelembai nak ajar saya buat blog, tetapi sampai ke sudah Sang kelembai tak sempat ajar saya kerana blognya sendiri pun sudah terkubur. Terima kasih buat semua.

Isnin, September 28, 2009

KISAH SEORANG PEMALU


Ketika belajar di MRSM Seremban dari tahun 1972 hingga 1977, saya adalah seorang yang pemalu. Sifat pemalu saya terbawa-bawa ketika menjadi pegawai FELCRA dari tahun 1983 hingga 1986 di mana saya hadapi darah gemuruh setiap kali mahu berucap di hadapan orang ramai.

Betul juga kata kawan saya, Jabar Onn, menyanyi di khalayak ramai boleh menghilangkan sifat pemalu kita. Ketika beliau menjadi pegawai Ambank, semua pegawainya dipaksa menyanyi sebagai latihan yang baik untuk public speaking. Maka saya mula belajar menyanyi ketika menjadi ahli jawatan kuasa pemuda UMNO Bahagian Kemaman dari tahun 1995 hingga 1998. Saya sering ikut kawan-kawan belajar menyanyi di karaoke di sebuah hotel di Cherating, Pahang yang berhampiran dengan bandar kami.

Pada tahun 1995, dalam satu kursus pemuda UMNO Kemaman di Pusat Pupuk Semangat, Kemaman, saya menyanyi buat kali pertama di hadapan para peserta kursus sebuah lagu Breory, Senja di Kuala Lumpur. Sejak itu saya mula berani menyanyi di hadapan orang ramai jika ada majlis yang melibatkan nyanyian.

Sewaktu bertugas sebagai pegawai di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) dari tahun 1997 hingga 2001, saya mencadangkan kepada Pengarah YPK, Datuk Haji Azman Muda untuk mengadakan malam YPK bersama wartawan. Saya turut mencadangkan supaya diadakan pertandingan karaoke sesama wartawan pada malam tersebut. Haji Azman setuju dengan cadangan itu tetapi katanya ia hendaklah diadakan selepas tamu istimewa, Tan Sri Wan Mokhar Ahmad meninggalkan majlis pada jam 11 malam.


Tepat jam 11 malam, selepas Wan Mokhtar masuk ke dalam lif di penthouse Hotel Primula, Kuala Terengganu, kami memulakan pertandingan karaoke itu. Seramai 15 orang wartawan sertai pertandingan itu yang dimenangi oleh Ibrahim Muhammad dari Berita Harian.


Haji Azman mahu saya turut serta dalam pertandingan itu mewakili kakitangan YPK. Saya menyanyi lagu Widuri nyanyian Bob Tutupoli. Saya dapat nombor tujuh dalam pertandingan tersebut. Sepanjang bekerja dengan YPK, saya sempat mengadakan pertandingan karaoke sesama wartawan sebanyak dua kali. Saya tidak tahu tradisi meraikan wartawan diadakan lagi oleh YPK pada masa sekarang.


Sejak pertandingan karaoke itu, saya tidak malu lagi menyanyi di hadapan orang ramai. Kalau ada majlis perkahwinan yang ada karaoke, saya turut menyanyi. Baha Azuwan yang menghadiri open house Datuk Zahid Hamidi di Seri kembangan pada tahun 2001 terkejut melihat saya meluru ke pentas menyanyi di majlis itu. Dia marahi saya kerana katanya saya gila. Dia bimbang saya panggilnya pula ke pentas untuk menyanyi juga. Suara Baha boleh tahan juga terutamanya bila dia menyanyi lagu S.Jibeng sambil meniru aksi S. Jibeng yang buta.

Malah majlis perkahwinan anak sulung saya di Cukai, Kemaman pada tahun lepas diadakan juga nyanyian karaoke yang disewa alat karaoke kepunyaan Burn Penerangan Kemaman. Saya turut menyanyi menghiburkan tetamu yang datang ke majlis tersebut. Saya terkejut rupa-rupanya abang ipar saya, polis di Pasir Putih, Kelantan dan adik ipar, polis di Seremban pandai juga menyanyi. Sebulan kemudian di Batu Gajah, Perak di majlis menyambut menantu, saya turut menyanyi di rumah besan saya.


Bila tahu menyanyi, kita ketagih pula menyanyi. Jadi setiap minggu kami selalu pergi karaoke. Sewaktu bekerja di Kuala Terengganu pada tahun 2006 dengan akhbar Terengganu Bestari, saya selalu pergi karoke dengan Ayub Mamat, Abdul Mubin Ismail dan Darwis. Kadangkala dua kali seminggu.


Hobi ini diteruskan bila bekerja di Kuala Lumpur semula pada tahun 2007. Biasanya kami karaoke di Sogo dalam bilik yang lebih privacy. Tetapi hobi ini agak mahal kerana sekali pergi mesti terbang RM200. Maka saya cari tempat yang lebih murah.


Pada bulan Mac lalu, Mat Blue, pegawai iklan WATAN memperkenalkan tempat baru di Taman Pelangi, Sentul. Kami panggilnya kolam kerana ia adalah kolam memancing ikan. Kolam itu adalah '3 in 1' iaitu kolam ikan, snuker dan karaoke. Sesiapa yang minat memancing, boleh pergi ke kolam. Sesiapa yang minat main snuker, boleh main snuker di dewan snuker. Siapa yang minat menyanyi, boleh masuk dewan karaoke di sebelah dewan snuker. Saya tidak minat memancing, tidak minat main snuker, maka dewan karaoke jadi tumpuan saya setiap malam di kolam.


Rupa-rupanya kolam ini agak popular. Satu malam kawan saya dari Kemaman baru sampai di Kuala Lumpur ajak saya pergi karaoke. Saya terkejut bila dia bawa saya ke kolam. Maknanya dia lebih dahulu kenali kolam daripada saya.


Di kolam, satu lagu harganya RM2.00. Kita bebas menyanyi berapa banyak lagu tetapi yang seksanya kena tunggu giliran. Setiap orang dihadkan dua lagu bagi satu pusingan. Karaoke di kolam tutup jam 5 pagi.


Saya kadangkala balik jam 5 pagi tetapi jam 9 pagi sudah ada di ofis sedangkan Nazrin dan Azmi yang sesama karaoke dengan saya pada malam itu bangun pada jam 2 petang. Ini yang saya hairan dengan sikap mereka yang tidak tahan lasak. Walau selambat mana pun saya tidur, jam 7 pagi saya sudah bersiap ke ofis. Tetapi dari jam 1 hingga 2 petang, saya tidur di surau ofis satu jam bagi mengggantikan tidur yang tidak cukup.


Setiap malam saya pergi ke kolam. Maka semua pengunjung kolam menjadi kawan saya. Ikatan persaudaraan di kolam agak rapat. Maka kami sering bersama. Buat majlis hari jadi di kolam, pergi berkelah di Janda Baik dan Ulu Yam sesama ahli kelab kolam. Yang seronoknya di kolam, bukan sahaja ada karaoke tetapi ada juga poco-poco. Bila kita menyanyi lagu rancak, maka ramailah yang pandai poco-poco akan menari poco-poco.


Sejak tiga bulan lalu, atas sebab-sebab tertentu, saya tidak suka lagi pergi ke kolam. Saya sudah ada port baru di Cheras. Malam tadi anak angkat saya, Emi dan Yanti mengadakan rumah terbuka di apartmentnya di Gohtong, Batu Caves. Open house ini menemukan semula ahli-ahli kelab kolam. Tengku Khairi Abdul Rahman tanya saya dalam facebook, anak angkat mana pulak? Saya ingin jelaskan oleh kerana Emi dan Yanti sebaya umur dengan anak sulung saya, 27 tahun, maka saya anggap mereka sebagai anak angkat dan bukan kawan saya.


Open house anak angkat saya ini menemukan semula ahli kelab kolam yang sudah tiga bulan tidak ditemui seperti Apak, Amak, Abang Misai, isteri Abang Misai, Man Pi, Lina, Yazid, Gee, Nurul, Zack, Alias, Abang Ghani serta empat orang yang saya tidak tahu nama mereka dan rakan baru dari Cheras, Datuk Aziz Imam Salleh, penerbit drama swasta.


Seronok juga open house ini dapat menemukan artis seperti kami walaupun kami belum pernah menerbitkan album sendiri. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua terutamanya para peminat karaoke. Tidak salah menyanyi karaoke untuk lepaskan tension selepas satu hari penat bekerja. Yang salahnya bila pergi karaoke ambil GRO sehingga purak puranda rumahtangga kita. Itulah yang salahnya. Sebab itu kami suka pergi ke karaoke murah kerana di situ tiada GRO.



NIK AZIZ SUDAH NYANYUK


'Perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak.

Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.

Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:

1)Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

2) Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

3) Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.

4) Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.

5) Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

6) Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.

7)Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

8)Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.

9)Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

10)Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

Sewaktu dihubungi, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan.

"Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati.

"Saya tiada masalah peribadi dengan Nik Aziz, beliau nak kecam saya, hukum saya masuk neraka pun saya tak kecil hati tetapi saya kena tegur untuk kebaikan agama bangsa dan negara," katanya.

Semalam, Nik Abdul Aziz mengulangi desakan supaya Ibrahim meletak jawatan jika mahu amal solehnya diterima Allah kerana rezeki yang diperoleh melalui jawatan tersebut adalah 'tidak betul'.

Desakan itu dibuat ekoran tindak tanduk politiknya yang semakin bertentangan dengan hala tuju Pas.

Ahad, September 27, 2009

RAHIM BAKAR DALAM KENANGAN


Apakah satu satu nya ingatan yang kebanyakan dari kami, jenerasi immediately selepas Dato Rahim Bakar ada tentang beliau? Dalam tahun2 akhir 70an, saya baru hendak memasuki university Malaya. Rahim Bakar ketika itu sudah pun jadi menteri Besar Pahang. Memory yang terpahat dalam ingatan kami dan memberi impression kepada pelajar pelajar university ialah Rahim Bakar adalah jebat moden.

Beliau lah orang yang di katakan 'mendurhaka' kepada Sultan Pahang melalui keengganan beliau meluluskan kawasan balak tambahan kepada pihak Istana. Tapi ramai orang hanya menumpukan kepada aspek ini sahaja didalam menilai Rahim Bakar. Walhal, Dato Rahim Bakar lebih ketara dalam perwatakan nya sebagai seoang yang mempunyai no-nonsence dalam mentadbir negeri Pahang. Sebelum memasuki lapangan polituik, Rahim Bakar sudah pun mejadi pengurus besar PKNP ketika itu. Bakat pengurusan nya di 'lihat' oeh Hussein Onn yang menjadi PM. Hussein Onn sebagai mana yang kita tahu ialah seorang yang hidup dengan disiplin. Dalam Rahim Bakar, Hussein Onn melihat ujud suatu 'kindered spirit'. Rahim Bakar di lihat sebagai seorang yang mahu menjalankan kerja yang betul dan betul betul kerja.

Kehadiran Rahim Bakar dalam senario politik Pahang yang di ramaikan dengan tokoh tokoh yang melihat tugas wakil rakyat dan ahli politik sebagai suatu kerjaya yang hanya untuk mengisi masa dengan keraian dan suka ria, tentulah mengjengkilkan Rahim Bakar yang berperwatakan ' a man in a hurry'. Terlalu banyak perkara yang di lihatnya perlu di tukar. Working ethics sang wakil rakyat, cara negeri memantau pengurusan syarikat syarikat milik kerajaan dan yang terlebih penting, bagaimana kerajaan negeri menjalankan amanah mengurus harta benda milik rakyat.

Saya berpeluang berjumpa dengan Dato Rahim Bakar beberapa kali. Dato Rahim Bakar merupakan seorang sahabat karib kepada rakan saya, Wan Iqbal Wan Hamid. Wan Iqbal seperti saya, merupakan bekas ADUN dalam satu kawasan di Parlimen Pekan. Rahim Bakar banyak menhadhiri majlis majlis yang di adakan oleh Wan Iqbal sama ada bersifat rasmi atau secara informal seperti majlis makan makan di rumah Wan Iqbal. Rahim Bakar has no problem interacting with a younger and crtical generation.

Maka di rumah saudara Wan Iqbal inilah saya berkesempatan bertemu dengan Dato Rahim Bakar dan berpeluang mendengar dan menimbang 'kedalaman' fikiran Dato Rahim Bakar. Kali terakhir saya berjumpa dengan Rahim Bakar ialah kira kira 5-6 bulan yang lalu di rumah Wan Iqbal. Kebetulan waktu itu, hanya kami bertiga sahaja yang ada dan kami telah dapat bercakap secara terbuka dan candid.

Dato Rahim Bakar ada menyentuh mengenai pergeseran dengan pihak Istana. Cerita nya tidak lah seperti yang di gambarkan oleh pihak media. Diantara beliau dengan pihak Istana tidak ada pergeseran yang fundamental. Rahim Bakar terus dan secara konsisten, mendaulatkan institusi Istana. Dia hanya berbeza pendapat apabila kepentingan rakyat tidak sehaluan dengan kepentingan Istana. Dan apabila kepentingan rakyat bertembung dengan kepentingan Istana, kepentingan rakyat di dahulukan. Ertinya, Rahim Bakar melihat tugas primary nya ialah menjadi menteri besar kepada rakyat. Dia tidak berkonflik dengan pihak Istana- dia hanya tidak berkompromi diatas kepentingan rakyat.

Konflik yang terurai ke pengetahun umum dan di dramakan oleh pihak media, adalah suatu konflik yang di reka oleh petualang petualang politik. Rahim Bakar menerangkan bahawa kehendak pihak istana semua di selesaikan setakat yang di perbolehkan. Selebih yang di perbolehkan, Rahim Bakar bertegas dalam hal tersebut. Yang tak boleh, tetap tidak di bolehkan. Dan dia tidak buat keputusan sendiri. Kesemua di bincang dalam exco. Dan Rahim Bakar menerangkan dalam banyak kes, exco bersetuju dengan tindakan yang di ambil. Mistake Rahim Bakar ialah membuat andaian semua orang ikhlas seperti nya. Sebab ada dalam barisan exco dan ADUN2 ketika itu yang bermuka muka. Mereka lah yang berkejaran ke istana menambahkan cerita bahawa Rahim Bakar lah ketua pendurhaka.

Apa yang saya hendak nyatakan disini, ialah Rahim Bakar tidak berkonflik dengan istana. Aspek ini sengaja di gembar gemburkan oleh musuh poilitik nya. Apa yang dia ada, yang tersangat kurang pada diri kebanyakan pimpinan UMNO hari ini ialah tidak berkompromi diatas prinsip.

Ada dua perkara yang saya ingat daripada pertemuan saya dan rakan rakan lain dengan Rahim Bakar. Kali pertama saya berjumpa dengan Rahim Bakar ialah sebaik sahaja pilihanraya ke 12 berlansung. Kami telah bertemu di rumah Wan Iqbal untuk bertukar tukar pendapat mengenai masa depan UMNO.

Dalam pertemuan yang pertama ini, beberepa bakas ADUN yang di gugurkan hadir sama. Majlis kali pertama di hadiri 7-8 orang. Terdapat 2 atau 3 orang yang telah memutuskan untuk berkerat arang dan berpatah rotan dengan UMNO. Mereka telah memberi alasan mengapa UMNO yang menyepak mereka keluar, harus di tinggalkan.

Rahim Bakar yang merupakan bekas MB dan bekas Ahli MKT UMNO mendengar dengan penuh perasaan 'kebapaan' terhadap rintihan bekas bekas ADUN.

Pada penghujung perbincangan Rahim Bakar telah bertanya satu soalan. Sudahkah anda semua fikirkan mengenai alternative kepada UMNO?

Soalan tersebut disambut dengan beberapa jawapan yang tidak bersemangat dan kurang meyakinkan. Rahim Bakar meneruskan- with respect kepada perasaan yang menyerlah pada hari ini, kita semua kena fikirkan mengenai alternative kepada UMNO.

UMNO itu, landasan perjuangan nya apa? Jawapan nya ialah Melayu dan Islam. Ini prinsip asas UMNO. Melayu erti nya, UMNO itu tempat suaka tenteram orang Melayu. Itulah tempat bergantung harap orang Melayu ketika susah dan perlindungan kepada malapetaka. Bagaimana status sebagai tempat bergantung harap dan bentuk mana perlindungan di beri tertakluk kepada kualiti kepimpinan UMNO. Bahagian itu kita boleh berbeza pendapat tapi bahagian fundamentals dan asas kita tidak berkompromi. UMNO tidak boleh meningalkan dua perkara ini- iaitu peranan nya sebagai tempat bergantung orang Melayu dan pendukung agama Islam.

Saya faham saudara saudara semua tengah marah- tapi fikirkan hal ini. Boleh kah PKR memainkan peranan ini? Saya tidak fikir mereka boleh lakukan ini. Kepada saya, UMNO sudah pun nazak, kerana ia sudah tidak faham fundamentals perjuangan UMNO. Alternative yang paling serious saya lihat ialah PAS. Sama ada saudara boleh melanggani prinsip perjuangan PAS, saya tidak tahu.

Saya tidak menyokong atau suruh saudara saudara menyokong PAS. Tapi lihat secara rasional- jika UMNO gagal, alternative nya hanya satu- PAS. Saya tak cadang kita semua berbondong bondong masuk PAS- tapi think of the possibility of aligning with PAS.

Rahim Bakar telah berjaya mengutarakan satu persoalan yang membuat ramai antara kami melupakan tujuan kami bertemu pagi itu. Secara kebetulan, dalam pertemuan itu, seorang emissary dari PKR juga turut hadir. Kami telah memberi dia peluang untuk berkempen mengapa PKR pilihan lebih baik dari UMNO.


You tahu, Ariff, Musa Hitam once told me- penyakit UMNO ni ialah penyakit tua. Ubat nya ialah meremajakan UMNO.

Saya tak tahu macam mana Musa Hitam berfikir, tapi pada saya, penghujung sakit tua ialah mati. Ini yang saya tengok berlaku pada UMNO. Tengok saja kualiti pimpinan UMNO. Ada setengah nya( identity di lindungi) entah apa apa cakap nya? Saya sendiri pun pernah menyergah pemimpin ini- apa yang kau cakap ini? Berbelit belit lah- kalau aku tak faham, orang lain lagi tak faham.

Saya lihat masaalah UMNO sekarang ialah masaalah mutu kepimpinan. Tak de prinsip. Sebab itu negeri Pahang ni tergadai. You tengok, berapa bayak harta benda negeri ini yang tergadai. Saya pergi ke Rompin tempoh hari, saya lalu ikut jalan Kuantan-Segamat. Tiba tiba saya tengok ladang IOI. Aik, saya tanya dalam hati- bila pulak IOI ini ada kat Pahang? Saya rasa masa saya dulu, saya lulus tanah ini kepada LKPP. Saya tanya rakan saya dalam kerajaan- macam mana ni terjadi. Bukan kah taanah ni LKPP punya dulu? Oh- LKPP kena paksa jual ke satu pihak, pihak ini yang jual ke IOI.

You tengok pula Berjaya Resort di Tioman. Ini dulu LKPP juga yang punya. Apa pasal LKPP jual ke Berjaya. It's the same modus operandi , kata Dato Rahim Bakar.

What's wrong with UMNO sekarang? You ada so many fronts to lawan. Tekanan Islam, pressure dari jenerasi muda, dari UMNO warlords,. Dalam keadaan begini, you perlu ketegasan. Don't compromise.

Saya nak beritau you satu wisdom yang saya sendiri belajar dari Hussein Onn. You tahu, dia ini bekas askar. Penuh disiplin dan ada ilmu ketenteraan. Dia kata pada saya- Rahim, you remember this- you want to go into battle, don't open up so many fronts.

Itulah beberapa perkara yang saya dapat ingat dari perbualan saya dengan Dato Rahim Bakar. Setelah bersalaman dan berassalamualaikum, kami pun beredar dari rumah Wan Iqbal. Rahim Bakar drove off in his trusted old Benz with the number plate 55. Alfatihah- semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh nya.

(dipetik dari blog sakmongkol ak47)

BERILAH TAN SRI KEPADA RAHIM BAKAR


Sudah menjadi adat orang Melayu, orang yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara biasanya akan dikenang dan dihormati sehingga ke akhir hayat.

Bagi bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir, penghormatan diberi bagaimanapun tidak seharusnya terhenti setakat individu itu masih bernyawa, sebaliknya perlu diteruskan sehingga ke akhir upacara pengurusan jenazahnya.

Beliau tidak menafikan Islam menuntut kesederhanaan, namun katanya, kesederhanaan itu sewajarnya bersesuaian dengan jasa serta pengorbanan yang dilakukan seseorang pemimpin atau penjawat jawatan tertinggi kerajaan.

"Ada upacara pengkebumian pemimpin atau penjawat tinggi kerajaan, saya mendapati berlangsung dalam keadaan yang 'terlalu sederhana' seperti yang berlaku terhadap jenazah bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar.

"Tidak dinafikan, kesederhanaan memang dituntut Islam, tetapi biarlah kesederhanaan itu berpada, sesuai dengan jasa serta pengorbanan pemimpin dan penjawat jawatan tinggi kerajaan itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut, beliau percaya upacara pengkebumian Abdul Rahim akan menjadi lebih baik sekiranya ia dilakukan di kampung halamannya di Beserah, Pahang.

Menurutnya, ada kemungkinan ahli keluarga gagal memikirkan jalan terbaik untuk menguruskan jenazah disebabkan baru kehilangan orang tersayang, justeru kerajaan perlu memainkan peranan dengan memberi layanan terbaik kepada jenazah.

"Contohnya, di tanah perkuburan kalau boleh siapkan lah khemah, tidaklah cuma direntang kain untuk dibuat alas. Agensi-agensi tertentu mungkin boleh berusaha menyediakannya kerana keluarga si mati pastinya sukar berfikir dengan baik akibat kehilangan orang tersayang.

"Jenazah Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, seorang yang banyak berjasa kepada negara sebelum ini diterbangkan dengan helikopter ke kampung halaman. Itulah penghormatan terbaik untuk individu berjasa," ujarnya.


Komen saya senang saja bila pemimpin sudah tidak ada kuasa, maka penghormatan tidak diberi lagi seperti kata Adam Kadir. Orang yang berjasa seperti Rahim Bakar sepatutnya sudah lama jadi Tan Sri tapi apa yang kerajaan buat kepada beliau. Beliau dilupakan begitu sahaja seperti kata bekas ADUN Beserah, Datuk Fauzi Abdul Rahman bahawa politik tidak berlaku adil kepada Rahim Bakar.

Soal beliau mahu dikebumikan di Beserah atau Kuala Lumpur, terpulang kepada keluarga mereka. Seperti kata Adam, jika beliau dikebumikan di Beserah, sudah tentu beliau lebih dihargai kerana para pengundinya dapat datang menghantar jenazahnya ke kubur.

Oleh itu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wajarlah menamakan mana-mana dewan yang ada di DBP sebagai Dewan Rahim Bakar sempena namanya atau mana-mana sekolah di DUN Beserah ditukar kepada Sekolah Menengah Datuk Rahim Bakar sebagai menghargai jasanya kepada negara. Malah DBP juga patut menerbitkan biografi beliau mengisahkan keberaniannya sepanjang menceburi bidang politik.


NIK AZIZ JADI TUHAN?


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjadi Tuhan kerana menghukum solat ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak diterima oleh Allah.

Dia yang dahulunya yang menentukan orang masuk syurga kerana katanya orang UMNO tidak boleh masuk syurga kini mengeluarkan kenyataan bahawa amal soleh Ibrahim tidak diterima Tuhan jika dia tidak meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulangi gesaan agar Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu.

Nik Aziz sendiri tidak faham konsep ahli parlimen bebas. Apa yang dibuat oleh Ibrahim adalah betul kerana sebagai ahli parlimen bebas ,dia bebas menegur sesiapa sahaja sama ada orang PAS atau orang UMNO atau orang PKR atau orang DAP. Cuma dia menggunakan platform PAS untuk bertanding pada pilihan raya umum 2008 membuktikan betapa cerdiknya Ibrahim Ali sebagai ahli politik.

Jika beliau bertanding tiga penjuru di antara calon BN, PAS dan beliau, sudah tentu beliau kalah. Tetapi apabila beliau berunding dengan PAS supaya beri laluan kepadanya tanding atas tiket PAS walaupun beliau adalah calon Bebas, ini menunjukkan politik Ibrahim adalah seorang yang licik. Ibrahim sudah tiga kali menang di Pasir Mas bertanding di atas parti yang berbeza pada tahun 1986 menang atas tiket BN, 1990 menang atas tiket Semangat 46 dan 2008 menang atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata, langkah itu perlu jika mahu amal solehnya diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil jawatan tersebut adalah ‘tidak betul.’

Katanya, rakyat Pasir Mas tidak lagi merestui Ibrahim sebagai wakil rakyat mereka yang diberi kemenangan selepas bertanding sebagai calon bebas atas tiket Pas dalam pilihan raya umum lalu.

Sehubungan itu katanya, langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh Ibrahim adalah dengan melepaskan jawatan itu dan memberi laluan pilihan raya kecil di kawasan itu.

“Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buat apa pun Tuhan tidak terima.

“Baik dia letak jawatan lagi senang. Perut kenyang pun tapi kalau masyarakat perlekeh buat apa? Dulu orang Pas yang undi dia, orang UMNO ada sedikit sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz ini adalah susulan desakan pemimpin Pas Kelantan sebelum ini yang mahukan Ibrahim melepaskan jawatan kerana beliau dilihat sudah berpaling tadah.

Sementara itu Ibrahim Ali mempersoalkan tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Parlimen tersebut.

Beliau sebaliknya mendesak Nik Abdul Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka kerana gagal melaksanakan tugas walaupun telah diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun menerajui negeri ini.

Katanya, Mursyidul Am Pas itu tidak berhak untuk mendesaknya melepaskan jawatan kerana kemenangannya pada pilihan raya umum lalu diberikan oleh penduduk Pasir Mas dan parti hanya menjadi landasan untuk berbakti.

“Kenapa saya perlu meletak jawatan, dia yang sepatutnya meletakkan jawatan, apa yang dia buat sejak memerintah Kelantan pada 1990? Tidak ada perubahan langsung.

“Nik Abdul Aziz gagal untuk mentadbir dan ia jelas terbukti, jadi dia yang harus meletakkan jawatan kerana sudah lama memerintah tetapi tidak ada apa yang dibuat untuk rakyat di negeri ini.

“Saya tidak makan duit haram, semua elaun saya sebagai Ahli Parlimen saya kembalikan kepada rakyat bagi memastikan mereka tidak hidup dalam keadaan susah kerana kerajaan negeri tidak membantu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Pasir Mas di Kota Bharu semalam.

Sabtu, September 26, 2009

NAMA ISA HARUM KALAU TIDAK TANDING


Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati supaya bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, sebaliknya memberi laluan kepada calon lain.

"Kalau saya jadi (Tan Sri) Isa, saya sendiri akan minta kepada parti supaya janganlah calonkan saya. Sebaliknya saya akan berusaha membantu mana-mana calon yang dipilih untuk berkempen.

"Dengan itu nama Isa akan jadi cukup harum, tapi di Malaysia budaya kita budaya nak semua," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sin

Mengenai tindakan akar umbi Umno Bahagian Teluk Kemang yang tetap mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Beliau berkata, mereka jelas berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk. Kita dah ada sebelum ini di Permatang Pasir, itu pun kotor juga, ni nak bubuh kotor lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

SYAZNA MINATI TUNGGANG KUDA


Anak gadis Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Syazna Leena Zulhasnan, memang minati menunggang kuda yang merupakan sukan yang mampu diamalkan oleh orang kaya sahaja.

Sebenarnya menunggang kuda adalah sunah Rasulullah. Oleh itu usaha orang kaya menceburi sukan ini merupakan usaha yang dialu-alukan oleh sunah Nabi.

Syazna bersama teman baiknya, Quzandria Nur Datuk Seri Muhamad Fathil, biasanya menunggang kuda di pusat ekuestrian milik bapa Quzandria, di 3Q Equestrian, Sungai Serai, Kuang, Selangor.

Menyentuh soal raya, kata Syazna, tahun ini merupakan tahun pertama dia akan beraya di luar negara.

Ini kerana dia bersama keluarganya telah terbang ke United Kingdom (UK) sebelum hari raya aidilfitri.

Menurut pelajar undang-undang di Universiti of Leicester, UK ini, walaupun telah tiga tahun menuntut di luar negara namun pada setiap kali raya dia akan menyambut bersama keluarga di tanah air.

Tetapi kali ini oleh disebabkan adiknya, Syara Leana akan mula menyambung pengajian peringkat pra universiti di Benenden School, UK dan dia juga akan memulakan kelas tidak lama selepas raya, maka terpaksalah mereka berhari raya di luar negara tahun ini.

“Keluarga saya akan berada di sana selama lima hari. Agar dapat juga merasai suasana raya di sana, kami bawa bekal kuih tat, serunding daging, nasi himpit, kuih baulu dan sebagainya,’’ kata Syazna yang menyukai rendang daging, pulut kuning, soto dan nasi dagang.

Tambahnya, jika beraya di Malaysia, di pagi raya, mereka sekeluarga akan menziarah pusara datuk kedua-dua belah pihak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Selepas itu, mereka akan ke rumah nenek sebelah mak di Wangsa Melawati dan sebelah ayah di Taman Tun Dr. Ismail.

Berbeza dengan kebanyakan gadis remaja sepertinya, Syazna yang menyukai rekaan Inai ini berkata, dia tidak banyak berbelanja mengenai persiapan baju raya. Ini kerana dia hanya menempah sepasang sahaja baju kurung untuk dipakai di pagi raya.

“Saya rasa hari raya paling indah semasa kecil-kecil dahulu. Sepupu-sepupu semua sebaya dengan saya dan kami akan bersama-sama bermain bunga api. Tetapi sekarang semua sudah dewasa dan masing-masing menuntut di luar negara. Kami dah jarang berjumpa dan sudah pasti suasana raya sekarang amat berbeza,’’ ujar anak sulung daripada tiga beradik ini.

Pemergian Syazna ke luar negara bermakna dia terpaksa meninggalkan kuda kesayangannya, Helu de Codard. Kuda jantan berusia 15 tahun ini akan ditinggalkan di pusat ekuestrian 3Q di Kuang.

Bercerita mengenai sukan berkuda, Syazna nampak begitu teruja sekali.

Katanya, Helu, kuda daripada Perancis ini merupakan hadiah daripada ayah selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Helu telah bersama saya selama empat tahun. Sebelum Helu, saya mempunyai kuda poni bernama Big Ben, hadiah ayah selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Sekarang ini Helu ditunggang oleh adik bongsu saya, Muhammad Suhail, 14 tahun,’’ tambahnya.

Syazna berkata, dia mula berjinak-jinak dengan kuda semasa berumur tujuh tahun. Ketika itu, ayahnya yang meminati sukan polo meletakkannya di atas kuda.




“Mula-mula tu takut tetapi lama kelamaan sudah biasa. Setiap hari Ahad, saya bersama ayah ke Kelab Polo di Ampang untuk berlatih menunggang.

“Semasa berumur 14 tahun saya terfikir untuk serius dengan sukan berkuda dan bukan setakat main-main. Ayah pun belikan Big Ben dan sekarang ini saya memiliki Helu pula,’’ jelasnya.

Nampaknya minat Syazna dalam sukan berkuda tidak sia-sia kerana berjaya menempa beberapa kejayaan yang mengharumkan nama negara.

Di antaranya ialah pada tahun 2007, Syazna memenangi anugerah Young Rider Terbaik Malaysia, pingat emas di Sukan Sea, Korat, Thailand, Young Rider Kategori No. 4 di KL Grand Prix 2006 dan banyak lagi.

‘‘Tahun depan, saya hendak cuba menyertai Sukan Asia dan ini bermakna saya perlukan kuda lain yang sesuai untuk sukan itu,’’ katanya yang menganggap kuda merupakan haiwan yang paling cantik dan jinak di dunia.

SENIMAN PERLU TUBUH YAYASAN BANTU ARTIS


Pelawak terkenal, Ahmad Busu yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat strok minggu lalu susah hati memikirkan cara untuk menyara keluarga dan membiayai rawatan perubatannya.


Dia yang mengalami kesukaran berdiri, terpaksa menolak pelbagai tawaran termasuk rakaman rancangan Bersamamu di Pulau Pinang pada 3 Oktober ini dan pementasan bangsawan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama tiga hari bermula 9 Oktober ini.


Ekoran penyakitnya, Ahmad yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam siri sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu terpaksa membatalkan persetujuan menjadi pengacara sebuah majlis perkahwinan di Ipoh, Perak yang bakal berlangsung pada 8 Oktober ini.


“Memang saya rasa susah hati sebab tawaran sebegitu adalah punca pendapatan saya sekeluarga,’’ katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Andalas di Kelang, semalam.


Dengan keadaannya itu, Ahmad juga tidak mampu membantu adiknya, Norgayah, 51, yang mengambil kontrak menyediakan makanan di kantin Sekolah Menengah Seri Andalas untuk menambah pendapatan mereka.


Apa yang merunsingkan, perbelanjaan rawatannya di klinik kini mencecah RM200 sehari.


Menurut Ahmad, minggu ini sahaja, dia perlu berulang-alik mendapatkan rawatan susulan termasuk penyakit kencing manis yang menjangkau hampir RM1,000 seminggu.


“Itu belum lagi kos yang diperlukan untuk rawatan terapi. Keadaan ini memakan masa yang lama untuk pulih kerana doktor mengatakan sekurang-kurangnya mengambil tempoh enam bulan.


“Saya kini tidak mampu melakukan pelbagai perkara sendirian kerana terpaksa bergantung kepada isteri dan anak-anak,” katanya.


Selain bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), kerjaya seni yang diceburi sejak 1978 menjadi punca pendapatan utamanya bagi menyara empat anak iaitu Nur Hamizah, 25, Mohd. Afiq, 24, Muhammad Luqman, 17 dan Nur Hanis, 6.


Menurut isterinya, Seri Mohamad, 50, mujur sejak bersara daripada Lembaga Pelabuhan Klang pada 1992, suaminya itu memperoleh pencen RM800 sebulan yang digunakan untuk perbelanjaan rumah tangga.


Selama enam hari terlantar di wad Neurosains, PPUM sejak 13 Oktober lalu, Ahmad menjalani pelbagai rawatan termasuk imbasan sinar-X dan ujian elektrokardiogram (ECG).


Dia bagaimanapun dibenarkan pulang ke rumah pada 18 September lalu.


Pelawak terkenal itu ketika ditemui turut mengadu masih lagi mengalami pening kepala dan kebas di bahagian kaki.


Pada hemat saya, persatuan artis seperti SENIMAN perlu memikirkan cara mana mahu membantu artis yang sedang sakit. SENIMAN perlu tubuhkan satu yayasan untuk membantu kebajikan artis. Dahulu ada cadangan supaya beri elaun tetap bulanan kepada artis supaya masa depan mereka lebih terjamin tetapi cadangan itu sampai sekarang belum jadi kenyataan.


Malah cadangan kementerian untuk memotong satu peratus dari peruntukan membuat program televisyen untuk membantu artis masih di peringkat cadangan lagi. Oleh itu sesuatu yang lebih konkrit perlu dilaksanakan segera untuk menjamin masa depan artis di negara kita terutamanya mereka yang sedang terlantar sakit yang tidak dapat menyanyi, berlakon dan melawak. Itulah nasib artis yang mampu menghibur orang ramai tetapi nasib mereka sendiri tidak terhibur,

Jumaat, September 25, 2009

REMAJA DILINDUNGI KANSER PAKAR RAHIM


Mulai tahun depan, remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberikan pelalian 'human papillomavirus' (HPV) bagi melindungi mereka daripada penyakit kanser pangkal rahim.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkannya pada hari Jumaat berkata program itu akan menelan belanja RM150 juta setahun meliputi 300,000 remaja perempuan yang akan divaksin setiap tahun.

Program itu berkemungkinan dijalankan di sekolah-sekolah menengah dan bukannya di hospital atau klinik kerajaan bagi memudahkan pelajar mendapatkan vaksin tersebut iaitu tiga dos bagi setiap enam bulan, katanya.

"Perkara ini kita belum muktamadkan butirannya tetapi besar kemungkinan kita buat di sekolah-sekolah sebab sekolah-sekolah tempat terbaik untuk beri vaksin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Bergerak Skuad Menangani Krisis MCA (CRSM) dan kempen kesedaran kesihatan di Kuala Lumpur.

Liow berkata melalui program itu, kementerian yakin penyakit kanser pangkal rahim di negara ini dapat diatasi dengan jayanya pada masa depan.

"Vaksin HPV dilaporkan 98 peratus berkesan dalam memberi perlindungan terhadap HPV jenis 16 dan 18... ada banyak jenis HPV. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, vaksin ini akan mengurangkan kekerapan berlaku kanser pangkal rahim sekurang-kurangnya 70 peratus," katanya.

Liow berkata vaksin itu sudah berada di pasaran negara ini dan boleh diperoleh di sektor swasta pada harga sekitar RM1,200 bagi tiga dos yang diberikan.

"Bagaimanapun, kita akan terus berunding dengan penyedia vaksin bagi mengurangkan harganya kepada RM500 seorang supaya orang ramai akan mendapat vaksin yang lebih murah," katanya.

Di Malaysia, kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua kerap berlaku di kalangan wanita selepas kanser payu dara dan hampir 2,000 kes baru didiagnos di negara ini setiap tahun.

"Wanita Cina di negara ini mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita kaum lain iaitu 23.2 peratus berbanding India (16.4 peratus) dan Melayu (8.7 peratus).

"Jadi saya ingin menyeru para penyelidik kita untuk mengkaji fenomena yang aneh ini dan mencari sebabnya," katanya.

Liow juga menggalakkan semua wanita agar melakukan pemeriksaan "pap smear" secara berkala dan melakukan rawatan dengan awal jika dikesan menghadapi kanser tersebut.

"Menurut pakar perubatan, jika kanser ini dikesan dan dirawat dengan awal, kadar sembuhnya adalah lebih tinggi iaitu lebih daripada 90 peratus pesakit masih hidup selepas lima tahun, manakala jika pesakit datang lewat untuk rawatan, kurang daripada 15 peratus masih hidup selepas lima tahun," katanya.