Jumaat, Mei 23, 2014

PEGAWAI KHAS MENTERI BESAR KEKAL

KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Pegawai khas menteri besar yang dilantik di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pentadbiran menteri besar Terengganu yang terdahulu, kekal dalam jawatan mereka, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Beliau berkata garis panduan dan tugasan jawatan bagaimanapun akan dibuat bagi mengelakkan pertembungan peranan pegawai-pegawai khas itu dengan pegawai pembangunan Parlimen yang baru dilantik pada Rabu. "Kami tidak akan melakukan sebarang perubahan bagi pegawai khas menteri besar dan jawatan mereka akan dikekalkan seperti sebelum ini. "...(Bagaimanapun) tugasan antara pegawai khas dan pegawai pembangunan akan dikenal pasti supaya tidak bertembung peranan dan mereka harus saling membantu. Inilah yang kita kehendaki demi kekuatan kerajaan," katanya. Pada majlis itu, menteri besar turut menunaikan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi dan anggota jawatankuasa bahagian. Ini berikutan skop dan tugas pegawai pembangunan Parlimen yang baharu ini meliputi semua, iaitu memudahkan urusan pentadbiran khususnya di kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang Barisan Nasional tewas, pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tahun lalu. Pada majlis itu, menteri besar turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah antaranya bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi serta beberapa anggota AJJKahli jawatankuasa bahagian. Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah pun meluluskan peruntukan bantuan am berjumlah RM500,000 setahun bagi hal ehwal pembangunan untuk setiap kawasan DUN yang kalah kepada pembangkang bagi menyelesaikan masalah rakyat. Pada Rabu, Ahmad Razif mengumumkan pelantikan tiga Ketua Umno Bahagian iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi, Ketua Umno Bahagian Dungun Datuk Din Adam dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Basir Ismail serta Ketua Umno Bahagian Marang A Latif Awang sebagai pegawai pembangunan Parlimen di kawasan masing-masing. Keempat-empat kawasan Parlimen berkenaan di Terengganu dikuasai pembangkang. -- BERNAMA AEO RON

Khamis, Mei 22, 2014

MB DIPUJI KERANA KAJI BALIK KENAIKAN CUKAI PINTU DI DAERAH KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 22 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Bertindak Cukai Pintu Terengganu menyambut baik keputusan kerajaan negeri Terengganu untuk mengkaji semula cadangan menaikkan kadar cukai pintu di daerah Kuala Terengganu. Pengerusinya Ahmad Azmzad Hashim turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman kerana bertindak segera dengan membincangkan isu itu ketika mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya semalam. "Kami sangat mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar untuk mengkaji balik kenaikan ini dan ingin menyatakan pendirian bahawa kami tidak dapat menerima sebarang kenaikan ketika ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Jawatankuasa itu juga meminta lebih ramai penduduk di kawawsan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) agar mengemukakan bantahan mengenai cadangan tersebut sebelum tarikh akhir pada 2 Jun ini. Jawatankuasa itu disertai 40 badan bukan kerajaan di seluruh Terengganu dan ditubuhkan bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai cadangan kenaikan cukai tersebut. Semalam, Ahmad Razif mengumumkan kerajaan negeri akan mengkaji kadar cukai pintu berasaskan keperluan dan kebajikan kepada rakyat setelah kadar itu tidak berubah sejak 1981. -- BERNAMA KAK AE NM

KDN BERI AMARAN KEPADA PENERBIT NOVEL LUCAH

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penerbit yang menerbitkan novel berunsur lucah di negara ini. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar berkata, pihaknya akan menyiasat dengan teliti novel yang dikatakan dijual secara meluas di pasaran dan menjadikan pelajar sekolah selain remaja sebagai sasaran pembaca. “Pada kebiasaannya, novel sebegini diterbitkan oleh penerbit yang tiada permit dengan KDN dan pencetak yang tidak ada permit pencetakan. “Pihak KDN boleh ambil pelbagai tindakan kepada mereka,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dan Penolong Pegawai Penguatkuasa KDN, Noor Zaman Mohammad. Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan memantau lebih serius perkara itu dan mengharapkan agar orang ramai turut memberikan maklumat kepada KDN. “Masyarakat boleh turut sama membantu dengan menyalurkan aduan dan menyertakan bukti novel-novel tersebut kepada pihak kami," katanya Sementara itu, beliau turut mengingatkan penerbit dan pencetak yang mempunyai permit sah supaya tidak melanggar akta yang telah ditetapkan. Menurutnya, jika mereka melanggar peraturan tersebut, mereka bakal berdepan risiko dibatalkan permit penerbitan. “Bila dah diberi permit, mereka perlu berhati-hati dan pastikan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Jika tidak, kami akan terus batalkan permit mereka. “Bila dah melanggar batasan-batasan tertentu, kami terus keluarkan surat tunjuk sebab dan mereka kena bagi jawapan kenapa kami tidak boleh batalkan permit mereka," katanya Tambahnya, setakat ini sebanyak enam akhbar telah dibatalkan permit penerbitan.

Rabu, Mei 21, 2014

KENALI PETANDA AWAL TEKANAN JIWA KATA PAKAR

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Jika individu atau anda sendiri mengalami kemurungan tahap serius, mudah marah, bersedih dan selalu menyendiri dinasihatkan supaya segera menjalani pemeriksaan kaunseling. Beberapa kes sadis yang dilaporkan kebelakangan ini, antaranya membabitkan penderaan, pembunuhan dan bunuh diri, dikaitkan para pakar kaunseling dan psikiatri, sebagai mereka yang mengalami tekanan jiwa akibat kegagalan mengawal kemurungan di peringkat awal. Pakar Psikiatri Klinikal Hospital Pantai, Datuk Dr Mat Saad Baki berkata rawatan atau kaunseling awal dilihat dapat membendung kejadian yang tidak diingini. "Jika seseorang itu tertekan dan mengalami kemurungan dia perlu merujuk kepada doktor perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat seorang pakar psikiatri dan kaunseling serta mendapatkan rawatan perubatan yang bersesuaian jika ia diperlukan. "Tahap kemurungan seseorang itu bergantung kepada empunya diri dalam mengawal emosi dan perasaan, jika kemurungan melampau boleh menyebabkan individu hilang pertimbangan diri dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak diduga," katanya kepada Bernama di sini. Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri dan Pensyarah Kanan di Jabatan Perubatan Psikologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata masalah tekanan jiwa boleh dibendung daripada menjadi lebih parah, sekiranya orang ramai mampu mengenali petanda awal seseorang individu itu mengalami tekanan jiwa melalui karakter mereka. Katanya, rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat perlu melihat perubahan dalam kelakuan mereka. "Contohnya, sebelum ini seseorang itu bersikap tenang, namun berubah menjadi pemarah serta pergaulan mereka yang membawa ke arah kemurungan yang dikategorikan pada tahap yang lebih serius. "Cara terbaik adalah untuk bertanya individu itu dan menjadi lebih ingin tahu serta berbincang dengan mereka," katanya. Beliau berkata masyarakat perlu lebih sensitif dan memujuk mereka untuk menjelaskan masalah atau tekanan yang tidak dapat diselesaikan (sekiranya ditangani berseorangan), serta perlu bertanyakan kepada orang lain untuk mendapatkan bantuan mahupun pandangan.
Katanya, mereka perlu mendapat bantuan dan rawatan awal dan mengelak daripada memiliki perasaan malu, lemah dan merisaukan persepsi awam sebelum masalah itu menghantui pemikiran mereka. "Cuba yakinkan individu itu untuk membantu menyelesaikan masalah yang dipendam dengan membawa mereka berjumpa dengan pakar yang bersesuaian," katanya. Beberapa kejadian sadis dikaitan dengan masalah tekanan jiwa, antaranya pada 30 Jan lepas, seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental, mengelar mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Pada 28 Mac 2013, seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah rumah di Kampung Perting, Bentong dipercayai mengalami tekanan jiwa selepas kematian ibunya empat tahun lepas. Pada 2 Feb 2012, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mati akibat ditekup dengan bantal oleh neneknya berusia 57 tahun dipercayai sakit mental di pangsapuri mereka di Puchong. Pada 27 Nov 2011, seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh anak perempuannya yang dipercayai mengalami tekanan mental di rumah mereka di Taman Bukit Serdang. -- BERNAMA MAMA MAMY MS NH

WAN HAKIM BAKAL EXCO KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN?

KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu 9 hari lalu hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman. Semua Exco hadir termasuk dua orang Exco yang umum keluar dari Umno pada 13 Mei lalu, Ghazali Taib dan Roslee Daud. Dengan gugurnya Datuk Seri Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan kini kosong. Beliau dijangka diisi oleh ADUN dari Kemaman juga, Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Kini Kemaman diwakili oleh Ir Rosli Othman (Kemasik). Dari komposisi Exco berdasarkan Bahagian Umno, Besut ada dua Exco, Hulu Terengganu tiga Exco, Setiu satu Exco, Marang satu Exco, Kuala Nerus satu Exco, Dungun satu Exco, Kemaman satu Exco dan Kuala Terengganu yang mana BN kalah empat kerusi tiada Exco.

Selasa, Mei 20, 2014

MB YANG PATUT JADI PENGERUSI PERHUBUNGAN KATA AHMAD SHABERY CHEEK

KUALA TERENGGANU, 20 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Beliau turut mengakui tidak mempuyai masalah jika jawatan itu diberikan kepada orang lain dan akan bekerjasama dengan individu yang dilantik demi memajukan Umno. "Kita serahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan perkara itu kerana apa yang penting ialah kebersamaan dalam memperjuangkan parti. "Saya tak ada masalah, kita sebagai ahli parti yang setia, kita pulangkan keputusan itu secara bijaksana untuk ditentukan oleh Presiden parti dan saya tidak ada masalah langsung dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Sukan Malaysia (Sukma) kepada Kontinjen Terengganu lewat malam tadi. Menurutnya lebih mustahak semua bersatu untuk memperjuangkan parti dan tidak timbul siapa yang bakal dipilih menerajui Umno Terengganu. Beliau berkata perpaduan dalam saat-saat begini amat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan Terengganu sekarang di mana Barisan Nasional menduduki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri sementara pembangkang 15. Ahmad Razif berkata demikian ketika mengulas cadangan sebuah kolum akhbar tempatan Ahad lepas yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai calon yang sesuai untuk jawatan itu. Namun Ahmad Shabery ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu berpendapat, jawatan tersebut seharusnya dipegang oleh seorang Menteri Besar bagi membolehkan pentadbiran negeri dan kerja parti berjalan lancar. Sementara itu Ahmad Razif berkata buat sementara waktu beliau memangku dua portfolio iaitu portfolio asalnya iaitu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi,Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri. Beliau juga memangku portfolio yang dipegang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said iaitu Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri. Ahmad Razif berkata portfolio itu akan dipangkunya sehingga lantikan Exco baharu dibuat dan ketika ini, pihaknya sedang berbincang mengenai perkara itu sebelum mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memohon perkenan. --BERNAMA AZM NFI MK

Ahad, Mei 18, 2014

MB ALU-ALUKAN CADANGAN DARI PENGAMAL MEDIA

KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mempelawa pengamal media memberi cadangan dan idea baharu dalam aspek penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat bagi memastikan agenda pembangunan negeri ini berjalan lancar. Beliau berkata pengamal media adalah antara golongan yang sering turun padang dan terawal dalam mengetahui permasalahan dihadapi rakyat dalam pelbagai urusan harian mereka. "Justeru marilah bersama-sama kita bekerjasama ke arah pembangunan Terengganu yang lebih maju dengan keseimbangan menyeluruh dengan kebajikan rakyat terus diutamakan. "Saya sangat berharap pengamal media di negeri ini terus membuat laporan tepat dan berkualiti dan saya sendiri akan berusaha memberi kerjasama yang diperlukan anda semua," katanya ketika berucap di majlis mesra media anjuran Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di sini malam tadi yang dihadiri 300 pengamal media di negeri ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi, Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam dan Presiden KAWAT Ayob Mamat. Ahmad Razif turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang membuat liputan dengan baik sepanjang krisis politik negeri ini minggu lalu. "Fokus kita semua selepas ini ialah untuk menang semula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita kalah dan mengekalkan kemenangan di kerusi DUN sedia ada dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi. "Saya adalah menteri besar ke-14 dan kebetulan akan menghadapi PRU14, lupakan semua yang berlaku, kita semua rapatkan barisan untuk capai impian yang satu demi kemenangan yang diimpikan," katanya. -- BERNAMA KAK FAU NH

Jumaat, Mei 16, 2014

BERAKHIRNYA REJIM WAN AHMAD

Tarikh 12 Mei 2014 akan tercatat dalam sejarah politik Terengganu sebagai hari jatuhnya rejim Datuk Wan Ahmad Wan Muda, ketua menteri besar terengganu. Selama enam tahun beliau menjadi ketua kepada Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi MB pada 23 Mac 2008. Orang Terengganu tak kata Ahmad Said yang jadi MB sebaliknya Wan Ahmad setiausaha sulit kanannya. Entah kenapa Ahmad Said terlalu percaya kepada Wan Ahmad sehingga apabila kontraktor pergi menemui Wan Ahmad, dia bercakap aku yang berkuasa, bukan Ahmad Said. Kurang ajar Wan Ahmad yang pernah curi baja FELDA. Rakyat di seluruh Terengganu bersorak apabila Ahmad Said jatuh. Bukan kerana mereka benci Ahmad Said, tetapi mereka benci kepada Wan Ahmad yang banyak menganaiyai orang selama enam tahun. Malah bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri pernah menyebut isu ketua menteri besar dalam Utusan Malaysia sebelum pilihanraya umum 2013. Orang Malaysia tertanya-tanya siapa ketua menteri besar itu kalau bukan Wan Ahmad. ADUN Paka, Satiful Bahri mengesahkan Wan Ahmad dan Nik Dir menawarkan wang berjuta-juta untuk mewujudkan kerajaan campuran antara kumpulan Ahmad Said dengan PAS. Tapi PAS bukan pelahap nak tubuh kerajaan secara haram dengan kumpulan Ahmad Said. Ahmad Said tertipu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 1998, Anwar begitu yakin semua ketua bahagian yang dapat projek, saham, tender akan menyokongnya bila Anwar bertelagah dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Apabila Anwar dipecat dari Umno pada 2 September 201998, berapa orang ketua bahagian yang ikutnya keluar dari Umno? Ini yang patut dipelajari oleh Ahmad Said. Ketika dia jadi MB, dia bela semua Exconya dengan memberi balak tetapi akhirnya dua orang sahaja yang ikut iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi). Malah dia beri balak kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Rauf Yusoh tetapi Umno pusat tetap buang Ahmad Said. Itulah dalam Umno tiada kesetiaan. Yang setia ialah kepentingan peribadi. Apabila Ahmad bukan lagi menteri besar, siapa yang mahu ikutnya. Ahmad Said tak belajar dari sejarah Anwar Ibrahim. Wan Ahmad memang hebat atur orang lawan ketua bahagian dalam pemilihan Umno Oktober tahun lepas tapi calonnya di Setiu, Datuk Mamat Ghazali Abdul Rahman gagal menumbangkan Datuk Mat Jidin Shafie. Calonnya, Datuk Rosli Mat Hassan kalah di Dungun di tangan Datuk Din Adam. Hanya Latif Awang yang menang di Marang mengalahkan Datuk Yahya Khatib tetapi Latif tak keluar dari Umno ikut Ahmad Said. Begitulah Ahmad Said tertipu maka dia tiada pilihan terpaksa masuk semula Umno kalau tidak kes SPRMnya akan diteruskan. Seluruh rakyat Terengganu bersorak meraikan kejatuhan rejim Wan Ahmad. Beliau banyak menganaiya TCS di Terengganu. Apabila beliau ditukarkan ke pejabat SUK sebagai pegawai peti sejuk maka semua pegawai TCS gembira. Malu dengan keadaan itu beliau pun beri notis tiga bulan untuk bersara pilihan pada 12 Ogos 2014. Itulah masa mu ada kuasa, mu sombong sangat. Mu cuba beli PAS nak buat kerajaan campura tapi PAS tidak pelahap dengan duitmu yang berjuta-juta itu.Syabas PAS kerana tidak terpedaya dengan Wan Ahmad.

Khamis, Mei 15, 2014

WAN AHMAD YANG FITNAHKAN SAYA AKHIRNYA DIPETISEJUKKAN

Semalam CEO Terengganu Incorporated, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan ke pejabat SUK untuk jadi pegawai peti sejuk. Beliaulah yang menghuruharakan pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said sepanjang beliau menjadi MB Terengganu dari 23 Mac 2008 hingga 12 Mei 2014. Malah beliau dikenali sebagai ketua MB kerana dia yang berkuasa dari Ahmad Said sehingga ramai TCS jadi mangsanya. Apabila Ahmad Said jatuh pada 12 Mei lalu, maka tamatlah pengaruh Wan Ahmad dalam kerajaan negeri Terengganu. Saya pernah temuinya ketika beliau menjadi SUSK Ahmad Said pada tahun 2010 (kalau tak silap saya). Ketika itu kawan saya minta tanah tambahan untuk buat kilang tanah liat di Bukit Besi. Bila dia tahu saya blogger dari Kemaman dan bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno di zaman Ahmad Said jadi ketua pemuda, terus dia buat surat sokongan kepada kawan saya. Tetapi permohonan kawan saya gagal kerana Wan Ahmad ini manis di hadapn kita, tetapi di belakang dia call Ketengah supaya tolak permohonan kawan saya. Manusia macam ini pun ada. Ramai yang menjadi mangsa Wan Ahmad ketika Ahmad Said jadi menteri besar. Justru itu menteri besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman perlu belajar dari pengalaman ini. Ahmad Said adalah MB yang baik tetapi orang kelilingnya yang merosakkannya macam Wan Ahmad, Haji Dol. Saya turut jadi mangsa Wan Ahmad apabila blogger upahan Wan Ahmad, Unspinners babitkan saya dalam kes Ahmad Said. Saya menulis benda yang benar dan dia kata saya sebar berita menjatuhkan Ahmad Said dalam Facebook kawan-kawan saya. Malah lebih lucu beliau buat akhbar khas FREE ZATUL ALI TODAY yang bubuh gambar Zatul Ali yang saya hentamnya dalam Facebook kerana menipu orang ramai. Tapi Zatul Ali mendakwa saya yang menjadi punca dia jadi begitu sedangkan saya tak kenal siapa Zatul Ali itu. Wan Ahmad upah bloggernya memfitnah saya tapi saya tak boleh ambil tindakan undang-undang kerana saya tak tahu siapa yang menernitkan risalah tersebut. Saya berani bersumpah dengan nama Allah saya tak kenal Zatul Ali. Saya cabar Wan Ahmad. Beranikah dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak terlibat mengupah blogger itu buat risalah memburukkan saya? Pilih mana-mana masjid Wan Ahmad kalau berani bersumpah.
Padan muka semalam Wan Ahmad sudah dipetisejukkan di pejabat SUK. Kalau saya ada maruah, saya letak jawatan. Duit rasuah sudah banyak tunggu apa lagi, letak jawatanlah. Terengganu punah ranah keranamu Wan Ahmad. Syukurlah Datuk Razif MB baru naik pada 12 Mei lalu. Semoga beliau lebih adil daripada Ahmad Said yang mementingkan kroni-kroninya.

Jumaat, Mei 09, 2014

TH PERUNTUK RM130 JUTA UNTUK SUBSIDI JEMAAH HAJI

PETALING JAYA, 9 Mei (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan RM130 juta untuk menampung subsidi jemaah haji tahun ini bagi memastikan bayaran menunaikan haji kekal pada RM9,980 seorang. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Paduka Ismee Ismail berkata peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding tahun lepas itu adalah disebabkan peningkatan kos di Arab Saudi, termasuk kos penginapan. "Tahun ini sebab kita kekalkan bayaran haji pada jemaah-jemaah haji Muassasah sebanyak RM9,980. Jadi kerana peningkatan kos terutamanya kos penginapan di Mekah, subsidi haji turut bertambah," katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan The Malaysia Book of Records di sini, hari ini. TH menerima pengiktirafan itu apabila kelab TaHa yang disasarkan kepada penabung muda berumur daripada tujuh hingga 17 tahun mencipta rekod selaku kelab yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai dengan 1.12 juta orang ahli. Ismee berkata subsidi yang ditanggung TH tahun ini ialah RM6,175 setiap jemaah berbanding RM5,575 seorang tahun lepas, dan ini hanya untuk jemaah Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadah haji. Ismee dalam pada itu menasihatkan jemaah haji tahun ini supaya sentiasa mendengar nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan berhubung langkah-langkah pencegahan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV). Beliau berkata buat masa ini kuota jemaah haji Malaysia kekal pada 22,320 orang selepas kerajaan Arab Saudi memutuskan pengurangan 20 peratus daripada kuota asal ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil Haram, di Mekah sejak tahun lepas. Menurut laman web Kementerian Kesihatan Arab Saudi, www.moh.gov.sa, setakat ini terdapat 126 kematian daripada keseluruhan 463 orang dijangkiti MERS-CoV di negara itu. -- BERNAMA NAAA HK MK

Selasa, Mei 06, 2014

SPEAKER TERENGGANU JAHIL MACAM KARPAL SINGH

PETALING JAYA: Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak cadangan PAS untuk melaksanakan hudud dipersoalkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Abdul Latif. Menurutnya, walaupun pada ketika ini majoriti pemimpin Umno bersetuju untuk bersama PAS bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan, sebaliknya keputusan berbeza pula yang diambil oleh DUN Terengganu yang secara keseluruhannya ditadbir oleh pemimpin Umno. “Jika ikutkan semangat sesetengah pemimpin Umno, ada yang mahu hudud dilaksanakan segera, dan kadang-kala lebih bersemangat daripada pemimpin PAS. Dalam keadaan Terengganu yang didukung oleh Umno, mereka sepatutnya menangguh dahulu keputusannya, bukan menolak hudud bulat-bulat,” kata beliau ketika menulis dalam kolum mingguannya di Harakah Daily. Sebelum ini, memang tidak dinafikan iaitu mendiang Karpal Singh yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, secara keras menolak hudud untuk dilaksanakan. “Karpal memang menegaskan dari dulu lagi tidak akan menerima hudud. Dia boleh berkawan dengan pejuang hudud tetapi tidak akan menerima hudud dan sikap Karpal itu adalah sikap yang dibawa DAP setakat ini. “Karpal dan DAP adalah musuh Umno yang tiada tolak bandingnya. Semua yang datang dari Karpal dan DAP mesti akan ditolak oleh Umno kecuali dalam isu hudud,” ujarnya. Tambah Subky yang juga wartawan veteran yang terkenal, apa yang DUN Terengganu lakukan baru-baru ini adalah melaksanakan apa yang Karpal dan DAP mahukan. “Seandainya Karpal masih bersama kita sekarang, maka dialah orang yang paling gembira dengan sikap dan tindakan yang diambil DUN Terengganu,” katanya. Maka, siapa yang DUN Terengganu ikut, apabila DUN tersebut menolak perlaksanaan hukum hudud baru-baru ini. Secara logiknya, DUN Terengganu telah mengikut keputusan Karpal, walaupun Karpal tidak berjumpa dengan Umno Terengganu dan meminta mereka menolak cadangan yang dibawa oleh PAS. “Memang sikap rasmi Umno selama-lamanya adalah bersama Karpal menentang hudud. Tetapi sekarang ini Umno telah menunjukkan tanda-tanda untuk berubah menyokong hudud. Umno juga menyuarakan hasratnya untuk bersiap-sedia berbaik dengan PAS sekiranya PAS tidak lagi bersedia menjadi kuda tungangan DAP,” jelasnya. Katanya lagi, dalam isu hudud ini, nyata PAS tidak dapat dikawal oleh Karpal, sebaliknya dikatakan Umno tidak mahu masuk perangkap PAS jika menyokong hudud, maka Umno terengganu bersedia bersama DAP dan Karpal menentang hudud. “Apa pun setakat ini kita belum boleh fikir Umno menjadi kuda tunggangan Karpal atau DAP, tetapi dalam isu hudud, Umno boleh bersama DAP dan Karpal Singh atau sekurang-kurangnya mengikut Karpal,” katanya. Menurut Subky lagi, PAS memang dari mula lagi telah tahu berkenaan pendirian Karpal tentang hudud. Jika dia tidak dapat menerima hudud boleh difahami kerana ia tidak termasuk dalam ajaran agamanya. “Hudud hanya ada pada Islam dan sebahagian daripada akidah syariat Nabi Musa dan ia juga adalah syariat Nabi Isa al-Masih,” ujarnya. Katanya lagi, orang Yahudi selepas zaman Nabi Musa memang tidak lagi berpegang dengan hukuman mengikut syariat Nabi Musa itu dan demikian juga orang Kristian yang mengaku Jesus adalah ikutan mereka, tetapi mereka juga menolak hukum yang disyariatkan oleh Nabi Isa al-Masih. “Orang Islam pada masa kini juga sama dengan umat yang terdahulu, tidak berpegang kepada syariat Nabi Muhammad SAW, tetapi sehaluan dengan Karpal, baik Karpal masih ada atau tidak ada,” katanya. Pada 15 April lalu, Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong telah menolak usul yang dibawa oleh ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.

PEMERGIAN AZIZ SATTAR SATU KEHILANGAN KEPADA DUNIA SENI

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pemergian bintang filem legenda Datuk Abdul Aziz Sattar merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata Allahyarham adalah seniman terakhir yang seiring dengan seniman agung Tan Sri P. Ramlee. "Saya mengenali beliau secara peribadi, beliau banyak memberi idea kepada saya. "Saya berasa agak sedih kerana tiada di tanah air untuk menziarahi (jenazah Allahyarham), saya sekarang berada di Jeddah kerana menghadiri Sidang Kemuncak Media Asia 2014," katanya dalam kenyataan kepada Bernama dari Jeddah hari ini. Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah mengalami serangan jantung. Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah. Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang Lapok pada tahun 1950-an. -- BERNAMA AFY AFY RON

Sabtu, Mei 03, 2014

BLOG OH SEDAPNYA DAKWA PEREMPUAN SIMPANAN MB NAK MENGADU KEPADA ISTANA

Wanita simpanan seorang Menteri Besar yang dipercayai dikaitkan dengan satu negeri di Pantai Timur, dikatakan sanggup ke istana untuk mengadu perilaku Menteri Besar berkenaan yang gagal memenuhi janji kepadanya. Wanita berkenaan dikatakan sedang menguruskan pertemuannya dengan pihak istana dengan harapan, janji Menteri Besar tersebut ditunaikan kepadanya. Beliau sudah tidak boleh sabar dan jika perlu akan menghebahkannya ke akhbar. Dikatakan, wanita itu sudahpun menghubungi seorang pemberita sebuah akhbar tabloid harian di negeri berkenaan untuk mendedahkan perkara berkenaan. Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dinasihatkan oleh pemberita berkenaan supaya bersabar sementara menunggu reaksi selanjutnya daripada Menteri Besar berkenaan. Pemberita berkenaan dikatakan meminta perempuan berkenaan supaya memujuk Menteri Besar melunaskan janji-janjinya agar perkara ini tidak terdedah dan menjatuhkan reputasi Menteri Besar berkenaan. Menurut sumber, wanita itu dinasihati jangan melakukan sesuatu yang ‘terdesak’ kerana Menteri Besar berkenaan ada disebut sedang berdepan dengan kemelut pertukaran Menteri Besar gara-gara digembar-gemburkan oleh Awang Selamat melalui Mingguan Malaysia, Ahad minggu lalu. Baru-baru ini heboh berita seorang wanita dikaitkan dengan seorang Menteri Besar tetapi reda selepas tumpuan diberikan kepada isu pertukaran Menteri Besar yang ‘dicanangkan’ oleh Awang Selamat. Tidak dikerahui sama ada Menteri Besar yang digembar-gemburkan akan ditukarkan itu turut terpalit dengan isu perempuan simpanan yang dikatakan menjanjikan RM3 juta kepada ‘bekas kesasihnya’ itu. Free Malaysia Today (FMT) yang membongkar berita ini pada 8 Aril 2014 lalu, menyebut bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas. Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu. Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata, jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta. Baki RM2.2 juta akan dibayar kemudian. Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak menerima sebarang wang dijanjikan itu. Selain mematuhi syarat Menteri Besar, iaitu menunggu selepas pilihan raya, bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB. FMT difahamkan ahli perniagaan itu sudah banyak kali menghubungi MB untuk mendapatkan ‘haknya’ seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi panggilan dan sms tiak dilayan. Dia hanya mahukan 'haknya' bukan dengan niat untuk campur soal politik dan sebagainya. Malah, pendedahan oleh FMT itu lebih awal daripada apa yang disebutkan oleh Aawang Selamat melalui Mingguan Malaysia berkenaan. Menyedihkan, menurut sumber, MB berkenaan turut memarahi perempuan simpanan berkenaan, termasuk mengatakan perempuan itu sebagai seorang yang ‘tamak’. Tidak diketahui erti tamak berkenaan, bagaimanapun dikatakan berkaitan pemberian sebelum ini oleh Menteri Besar berkenaan. Tamak itu juga mungkin boleh dikaitkan dengan pemberian MB sebelum ini yang dianggap ‘sebahagian jumlah daripada jumlah sebenar’ yang diberikan. Blog ini menerima beberapa gambar yang dikirim oleh pihak tertentu mengenai ‘wajah’ perempuan simpanan berkenaan namun cukup untuk menyiarkan sekeping sahaja sebagai permulaan. Blog ini tidak pasti apakah itu wajah sebenar perempuan simpanan MB berkenaan atau gambar orang lain yang sengaja disebarkan untuk ‘memanaskan lagi’ berita ini. Tunggu perkembangan selanjutnya….

Rabu, April 30, 2014

91 WARTAWAN TERKORBAN TAHUN LEPAS

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pemerhati daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) mendapati 91 wartawan terkorban tahun lepas, manakala 24 kematian lagi direkodkan tahun ini, menurut Persatuan Wartawan Komanwel (CJA). Presidennya, Rita Payne berkata berpuluh-puluh lagi dipenjarakan atau diancam dan banyak antara mereka yang meninggal dunia dalam zon perang manakala ada juga yang terbunuh ekoran laporan mereka berkaitan jenayah atau politik. "Wartawan dipenjarakan tanpa sebab munasabah atau melalui proses sepatutnya, diserang atau dibunuh di banyak negara, malah sekalipun di negara yang mengisytihar komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar. "Usaha sah mereka untuk melaporkan perkara membabitkan kepentingan awam dan mendapatkan hak untuk memperoleh maklumat seringkali dihalang oleh kerajaan itu sendiri," kata Payne dalam satu kenyataan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia di sini hari ini. Payne berkata CJA bersuara lantang menentang keganasan dan tapisan yang dihadapi wartawan di seluruh dunia, dan menyokong kebebasan media yang dibenarkan melaksanakan tugas tanpa bimbang akan diapa-apakan atau mengalami keganasan fizikal.
"Kerajaan autoritarian terus menerus berusaha untuk menutup mulut atau memanipulasi media dengan mengancam, menakut-nakutkan atau cuba menyekat akses internet," kata Payne. Payne berkata memandangkan tapisan sendiri semakin bertambah lazim, persatuan seperti CJA boleh melaksanakan peranan penting dengan bersuara bagi pihak rakan setugas yang tidak berupaya melaksanakan hak mereka atau melindungi diri daripada gangguan. -- BERNAMA MAMA AZE ROS

Sabtu, April 26, 2014

KENAPA UNSPINNERS BABITKAN SAYA?

Konon nafi nak jawatan, tapi upah penulis hantu raya Posted by The Unspinners at 4/24/2014 Kenyataan Rakyat Malaysia "Kenyataan itu bersifat amaran terhadap Perdana Menteri dengan mengatakan, “ yang buat silap bukan Ahmad Said dan jangan pula Menteri Besar Terengganu dipersalahkan” di SINI betul-betul menjadi tandatanya. Selama ini The Unspinners mula mengenali dan memahami Dato Ahmad Said dari tulisan blognya. Seagai orang lama, susah nak baca maksud disebalik tulisan wartawan veteran tersebut. Namun tak perlu nak menegur dan mengajar blogger bagaimana nak blogging dalam media semulajadinya. Dunia blog bukan seperti dunia kewartawanan akhbar arus perdana yang banyak mengelak-ngelak dari berterus terang. Tentu apa yang kami katakan kepada Dato Najib adalah sesuatu yang lazim diperkatakan sana sini tapi wartawan takut nak sebut secara terbuka. Apabila wartawan nak tersurat dan tersirat sangat, mesej tak sampai dan pucuk kepimpinan tak dapat feedback yang sebenar. Itu antara sebab tak ramai wartawan yang efektif dalam dunia siber dan sosial media. Namun begitu jika dunia wartawan itu begitu hebat, kenapa tak ditegur Mingguan Malaysia yang melambung Mat Said? Kenapa pula Utusan nak mendahului Najib lebbih dahulu dari blogger? Ada apa-apa ke? Sementang Mingguan cekap melambung orang tanpa sebut nama, tak perlu naif dan buat tak faham apa yang dituju. Mana-mana orang cerdik seperti berikut boleh tangkap maksud salah satu yang dituju: Mana-mana orang juga boleh tangkap dan tak sebodoh untuk terima bulat-bulat penafian seorang ahli politik. Lagi pula bila ada ahli polittik dari keluarga politik yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai cita-cita dan cita rasa sendiri. Bagi yang ada akses dan rangkaian, tak susah untuk menyedari akan langkah pihak-pihak tertentu yang telah menganalisa dan mengatur gerak langkah dari selepas PRU13. UMNO memang lembab untuk bergerak menghadapi pembangkang tapi cekap dan halus untuk menerkam sesama sendiri. Walaupun ada pihak baling batu sorok tangan, tak susah untuk membaca modus operandi biasa yang menggunakan bekas wartawan akbar nyamuk dan penulis buku politik yang dah tak laku dan kini menyambung penghidupan sebagai hantu raya. Sepanjang penceburan sekejap di dunia siber yang tak membawa impak pun, isu yang sering ditimbulkan pun sering berupa cerita-cerita politik hantu raya dan kedai kopi. Dari situ kita dah pickup dia pernah jadi AJK sesuatu Bahagian di satu masa. Tentulah ada suka duka, sayang bencinya. Untuk menutup tapak dan gerak langkah, maka standard diguna portal berita pihak pembangkang yang mana salah seorang wartawan adalah bekas akhbar perdana dan dari terengganu.. Takkan pihak pembangkang boleh tulis bersiri-siri dengan pelbagai angle untuk lambung Mat Said. Malah kami tahu siapa yang tulis artikel untuk portal pembangkang bertajuk "xxx ganti Mat Said" dan di forward ke rakan FB untuk jadi tukang sebar. Bukan seorang operator FB mereka. Dengan disensasikan, cepat khabar angin menjadi viral. Lebih laju dari zaman tulis surat berantai yang perlu belanja duit fotostat dan stem.. Seperti kami kat aianya hantu raya, orang yang sama nak goyang pokok untuk ugut Mat Said mungkin juga orang sama yang menyerang Ahmad Shaberry Cheek menggunakan poster ini. Bunyi macam serangan pembangkang tapi sebenarnya kawan sendiri. Tak payahlah nak bermugkin. Memang pun. Oleh itu, jangan hairan dari Bahagian yang sama. Game ini senang dibaca kerana tujuannya adalah untuk dapatkan bayaran samada dari mangsa yang disasarkan atau tukang upah. Mungkin sekali ada tukang biayai supaya lebih berkesan. Sering kali juga, tukang biayai ditinggalkan jika mangsa lebih pemurah. Ini adalah game yang sama yang diguna pakai penulis politik. Begitulah rasminya penulis politik yang pemahaman polisi, ekonomi, sosial dan sains politik amat cetik sekali. Politik yang difahami hanya seni berpoliticking tanpa pengisian. Tak apa lah ... Kali ini kita berkias tapi lain kali kita balik jadi blogger dan berterus terang. Pendik kata, semua maklumat dah kami ketahui.... siapa YBnya, siapa ahli keluarga, siapa wartawan yang diguna, penyebar FBnya dan pemimpin tempatan yang terlibat. Tak ada kena mengena Dato Idris Jusoh kerana ada yang terlibat pun pernah kena drop oleh Idris... hanya hantu raya. Bila tulis bukan main hebat menggunakan perkataan perjuangan, hai ...ni bukan caranya nak pertahankan BN. Sepatutnya kurangkan tikam menikam dan lebih sepakat, muzakarah dan konsensus. INi nak ambil peluang menyalahkan seseorang padahal bukan salah dia. Sah ini serupa nak bantu PAS ambilalih Terengganu saja mereka ni.

Isnin, April 21, 2014

SYED ROSLI KATA UMNO YANG PATUT LAKSANAKAN HUDUD

Bekas calon Ketua Pemuda 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail berkata kenapa ada umat Islam di Malaysia ini mahu salahkan dan mengeji mnediang Karpal Singh kerana waktu hidup beliau menolak Hudud dan negara Islam sedangkan yang berkuasa adalah sebuah parti UMNO yang ahli dan pemimpin - pemimpin nya beragama Islam sendiri gagal melaksanakan Hudud. Katanya, apa sahaja alasan yang cuba diberi oleh Umno memang tidak masuk akal. "Di dalam Pelembagaan Negara sendiri telah nyatakan secara terangan bahawa agama rasmi negara Malaysia adalah Islam.Didalam Perlembagaan parti UMNO sendiri juga ada nyatakan bahawa UMNO akan pertahankan dan laksanakan Islam," katanya, Beliau bertanya jadi kenapa UMNO perlu takut untuk melaksanakan Hudud?. "Hudud adalah sebahagian Islam dan kita sebagai umat Islam wajib terima Hudud sebagai sistem perundangan Islam di negara ini," katanya, Seperti juga PAS yang beliau lihat hanya lebih pada sandiwara gunakan Islam sebagai perjuangan parti tetapi masih gagal berjuang untuk laksanakan Hudud dan sering persalahkan Umno sedangkan mereka sendiri takut pada bayangan DAP. "Saya ingin tegaskan di sini bahawa kedua parti UMNO dan PAS perlu ikhlas berjuang dalam per laksanakan hukum Hudud kerana ini adalah hukum Allah SWT didalam Al Quran.Tiada alasan untuk tidak laksanakan," katanya lagi.

Isnin, April 14, 2014

WARTAWAN SUDAH DIBELI OLEH SETIAUSAHA AKHBAR KHALID?

Memang menarik apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, tiba-tiba timbul isu perempuan simpanan MB dalam Free Malaysia Today. Sila baca http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/04/08/bekas-perempuan-simpanan-mb-tuntut-rm3-juta/ Kononnya pihak Azmin Ali telah membocorkan kes ini kepada FMT. Malah banyak blog telah mengaitkan Khalid dengan bekas perempuan simpanan MB. Walaupun FMT tidak menyebut siapa MB berkenaan, tiba-tiba nama Khalid disebut-sebut orang. Jumaat lepas wartawan menyerbu Khalid untuk menjawab persoalan yang berlegar dalam Facebook dan blog mengenai isu tersebut. Khalid menjawab, “saya tidak tahu menahu”. Tiba-tiba setiausaha akhbar MB panggil semua wartawan supaya jangan siar berita itu jika tidak MB akan saman. Peliknya dia yang buat penafian, dia ugut nak saman wartawan pulak. Inilah setiausaha akhbar MB yang hebat buat kerja boleh ugut suratkhabar pula. Atau adakah Khalid sudah beli wartawan yang buat liputan tersebut? Saya berharap setiausaha akhbar MB dapat menjawab soalan ini, berapa banyak dia bayar wartawan supaya tidak menyiarkan berita penafian MB itu.

Khamis, April 03, 2014

TERENGGANU MASIH BERUNDING BELI DUA AMPHICOACH

KUALA TERENGGANU, 3 April (Bernama) -- Proses pembelian dua buah bas ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang boleh bergerak di atas air masih dalam peringkat rundingan untuk menetapkan harga dan spesifikasi mengikut kehendak kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee. "Pada dasarnya, memang kita bersetuju dengan pembelian ini kerana kenderaan ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat. "Selain untuk tujuan pelancongan, ia juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti yang berlaku di Kemaman tahun lalu," katanya pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu di sini hari ini. Sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan buatan Malta ini tidak bersifat komersil sebaliknya hanya menyiapkan amphicoach berdasarkan tempahan khas. Beliau berkata kenderaan yang berharga 650,000 euro atau kira-kira RM3 juta (harga kilang) setiap satu itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan Terengganu di mata dunia kerana ia menampilkan keunikan tersendiri buat pelancong terutama di Asia Tenggara. "Setakat ini, kita mahu amphicoach itu memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan lapan knot di dalam air. Apabila kita sudah membuat pengesahan tempahan, ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan. "Ia dijangka boleh digunakan bermula musim tengkujuh tahun depan bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana melanda," kata Mohd Jidin. Mengikut perancangan awal, amphicoach akan digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyelusuri Sungai Terengganu. -- BERNAMA KAK AZM HM

Jumaat, Mac 14, 2014

SEMOGA DOA JEMAAH UMRAH DI MEKAH TERMAKBUL SEGERA

SEPANG, 14 Mac (Bernama) -- Para jemaah yang akan menunaikan umrah di Makkah akan turut berdoa bagi menemui semula pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu. Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Lim Abdullah, 54, berkata beliau akan menggunakan sebaiknya masanya di sana nanti bagi membawa bersama doa dan harapan rakyat Malaysia, agar ditemui semula pesawat itu. Menyifatkan kejadian itu sebagai ketentuan Allah, katanya doa adalah senjata paling utama bagi umat Islam, katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum berlepas ke tanah suci hari ini. Beliau pergi bersama isterinya Kamariah Husin, 53. "Walaupun tidak berkesempatan untuk turut serta menunaikan solat hajat yang dianjurkan di masjid, namun tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia, saya mengajak keluarga bersama-sama menunaikan solat hajat di rumah," katanya. Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah berlepas dari KLIA menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu. Operasi mencari yang memasuki hari ketujuh hari ini masih gagal mengesan pesawat. Rohani Awang, 60, dari Perlis berharap doanya di depan Kaabah agar pesawat itu ditemui semula akan dimakbulkan. "Apa pun kita mesti jadikan insiden ini sebagai iktibar untuk memperbaiki diri kita," katanya yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan di media massa. Pekerja swasta Afzan Othman, 37, berkata semua pihak mesti optimis dan terus berusaha mencari pesawat itu. -- BERNAMA RBN YAZ BBJ HK HM

Khamis, Februari 27, 2014

MAHKAMAH TOLAK SAMAN MPK TERHADAP PAS

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah RM5 juta oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terhadap PAS berhubung perkataan berbaur fitnah dalam isu Zoo Bukit Takal di Terengganu. Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, dalam keputusannya, menegaskan MPK gagal membuktikan elemen fitnah dalam kes itu. Peguam Noorazmir Zakaria, mewakili PAS, memberitahu media bahawa hakim berkata MPK gagal membuktikan bahawa kenyataan fitnah itu diterbitkan PAS terhadap majlis itu. "Mahkamah menolak saman itu dengan kos RM30,000," katanya. Peguam Azwan Abdul Wahab mewakili MPK. Pada 22 Mac tahun lepas, MPK memfailkan saman terhadap PAS dengan menuntut ganti rugi RM5 juta daripada parti itu yang didakwanya mengedarkan risalah mengandungi kata-kata berbaur fitnah dan palsu dalam isu Zoo Bukit Takal. Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PAS untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikenakan terhadap parti itu. MPK memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap PAS setelah parti itu gagal hadir di mahkamah dua kali meskipun diperintah berbuat demikian. -- BERNAMA