KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pemergian veteran UMNO Tan Sri Abdul Aziz Tapa merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara.
Rata-rata tokoh politik menyifatkan Allahyarham seorang yang banyak berjasa dan mempunyai personaliti tersendiri dalam dunia politik dan pastinya akan dikenang segenap lapisan masyarakat.
Pengerusi Veteran UMNO Perlis Datuk Selamat Saad menyifatkan Allahyarham sebagai pejuang tulen yang mempertahankan parti dan seorang veteran parti yang wajar dijadikan contoh.
"Allahyarham seorang yang sederhana, menegur pemimpin-pemimpin parti secara sopan dan banyak menggunakan pepatah dan pantun yang mempunyai maksud mendalam dan tersirat," katanya yang juga pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perlis ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Senada dengannya, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyifatkan semangat perjuangan yang ada pada diri Allahyarham harus dijadikan contoh kepada pemimpin muda UMNO masa kini.
"Saya berasa dukacita dengan kehilangan tokoh veteran yang banyak berjasa kepada UMNO. Sehingga ke akhir hayatnya pun masih mengabdikan diri kepada UMNO," katanya yang mengenali Allahyarham sebelum kedua-duanya menceburkan diri dalam bidang politik.
Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata rakyat Melaka kehilangan seorang tokoh disanjungi yang telah banyak berjasa untuk rakyat dan juga negara.
"Kita di Melaka hari ini bersedih apabila menerima berita tersebut. Saya mewakili seluruh rakyat negeri Melaka merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga dan tabahlah di atas kehilangan ini. Semoga rohnya tenang dipelihara Allah SWT," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Ketua Penerangan Veteran UMNO Perak Datuk Mohd Sani Supi pula menyifatkan Allahyarham merupakan seorang tokoh kemerdekaan yang mempunyai jati diri dan cekal dalam memperjuangkan UMNO.
"Beliau seorang yang amat terbuka dalam meluahkan pendapatnya demi wadah perjuangan UMNO. Beliau juga gemar meluahkan pandangan sinisnya menerusi pantun.
"Rakan-rakan veteran UMNO Perak mengucapkan terima kasih kepada beliau di atas penghargaan, sokongan dan jasa yang telah dicurahkan selama ini," katanya yang mengenali Allahyarham sejak tahun 70-an semasa pembentukan Barisan Nasional sebagai pengganti parti Perikatan pada 1973.
Veteran UMNO dari Kedah, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim berkata Allahyarham bijak memikat masyarakat dengan kehebatannya berpantun setiap kali berucap dalam mesyuarat atau ketika perhimpunan agung UMNO.
"Beliau juga bijak berjenaka melalui pantun yang disampaikannya dan pada masa sama menyampaikan mesej jelas seperti perpaduan ketika berpantun," katanya juga Yang Dipertua Mubarak Kedah.
Beliau berkata dalam pertemuan terakhir mereka dua tahun yang lalu, Allahyarham berpesan kepadanya agar sentiasa ikhlas dan setia dalam perjuangan bersama UMNO dan jangan sekali-kali khianat terhadap parti.
Sementara itu, Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar berkata pandangan serta pendapat yang sering dilontarkan Allahyarham sebagai bernas dan amat berguna kepada perjuangan parti keramat Melayu berkenaan.
"Pemergian Abdul Aziz diibarat sebagai kehilangan satu permata dalam UMNO serta negara kerana usaha dan keperibadiannya dalam memartabatkan lagi parti itu sepanjang hayatnya sukar dibalas," katanya.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh pula berkata Allahyarham telah memberikan satu sumbangan yang terbaik dan tidak putus-putus terhadap UMNO sepanjang hayatnya.
"Pihak ibu pejabat UMNO merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham. Kami turut berdukacita atas pemergiannya," katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Media Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Abdul Aziz, 93, meninggal dunia di Hospital Putra, Melaka, 11.55 pagi tadi.
Memaparkan catatan dengan label aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aziz. Papar semua catatan
Rabu, Oktober 05, 2016
Isnin, Februari 15, 2016
OMAR AZIZ DALAM KENANGAN
Pagi semalam sedang melayan grupwasap Setia Bersahabat tiba tiba bekas Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Zahari Said menulis pada pukul 10.30 pagi bahawa bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Omar Aziz bin Mohd Noh meninggal dunia di Bangi. Saya terus hubungi warisnya Mat Amin bertanya di mana beliau akan dikebumikan.
Mat Amin beritahu minggu lepas arwah hubunginya beritahu beliau akan menjalani pembedahan otak di Hospital Serdang buat kali kedua. Mat Amin mahu pergi menziarahinya tetapi arwah kata tak payah. Beliau meninggal dunia dalam usia 60 tahun kerana ketumbuhan dalam otak.
Pada tahun 2010 arwah menjalani pembedahan ketumbuhan otak kali pertama. Saya ziarahinya dengan Mat Amin dan Halim Janggut di rumahnya di Bangi. Arwah kenali Mat Amin dan Halim tetapi beliau tidak kenali saya. Dia tanya Zabidi mana, saya jawab Zabidi Pasir Gajah. Langsung dia tidak ingat saya. Selepas pembedahan itu beliau berhijrah dari Kemaman ke Bangi kerana mudah berurusan dengan Hospital Serdang.
Apabila disahkan beliau akan dikebumikan di Bangi selepas solat asar, saya terus ke rumahnya di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi bersama Pengurus Amanah Raya Berhad Bangi, Khairudin Datuk Harun dan Kamri Kamaruddin. Tengku Azman Tengku Hashim yang mendapat berita itu ketika sedang fisioterapi di Hospital Tawakal sampai kemudian menziarahi arwah.
Kebetulan Khairuddin dan Tengku Azman mengenali arwah. Khairuddin duduk tidak jauh dari rumahnya tetapi tidak pernah bertemu dengan arwah dan Khairuddin beritahu arwah selaku kontraktor yang membina rumah Datuk Harun Hassan di Kg Besut dahulu.
Khairudin mewakili ahli jawatankuasa Persatuan Anak Kemaman di Perantauan Malaysia (PAKAR). Kebetulan Presiden PAKAR, Haji Mustafa Abdul Rahman berada di Kemaman. Jika PAKAR dimaklumkan bahawa arwah masuk Hospital Serdang, sudah tentu PAKAR turut menziarahi arwah.
Tengku Azman yang baru berpindah dari Kemaman ke Sri Rampai awal tahun lepas selalu teringat nak jumpa dengan arwah tetapi tidak pernah sempat menemuinya kecuali menemui jenazahnya semalam.
Arwah meninggal di Hospital Serdang pada jam 9.30 pagi. Jenazahnya tiba di surau Abdul Rahman Auf di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi tepat jam 1.50 petang. Oleh kerana tiada perkhidmatan mandi jenazah di Hospital Serdang maka jenazahnya dimandikan di surau tersebut.
Selepas solat asar baharulah solat jenazah diadakan dan tepat jam 5.20 petang jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan berhampiran stesen komuter UKM. Omar Aziz berasal dari Gong Pauh, Kemaman dan bersekolah di Sekolah Menengah Cukai sehingga tingkatan lima. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Menengah Padang Midin pada tahun 1975 hingga 1976.
Arwah sekelas dengan bekas Pegawai Daerah Kemaman, Datuk Mustaffa Khalid ketika di Sekolah Menengah Padang Midin. Arwah tingkatan enam atas manakala Zahari Said, Cikgu Jusoh Embong, Datuk Kamil (Datuk Bandar Kuala Terengganu) dan Datuk Wan Nawawi (Pegawai Kewangan) tingkatan enam rendah.
Selepas itu arwah bekerja sebagai kerani di Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman. Ketika ini beliau bergiat dalam MAYC dan bertanding ahli jawatan kuasa pemuda Umno di zaman arwah Nazri Salleh menjadi ketua pemuda pada tahun 1987. Kemudian arwah berhenti bekerja sebagai kerani dan menjadi seorang kontraktor.
Pada tahun 1993, beliau menentang Yahya Mamat dan Haji Yahya Mohamad dalam pertandingan naib ketua pemuda Umno Kemaman. Arwah beregu dengan Ahmad Said manakala Haji Yahya beregu dengan Nazri Salleh. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ahmad Said mengalahkan Nazri Salleh dan Rahim Hussin manakala Omar Aziz menang naib ketua dalam pertandingan tiga penjuru juga.
Pada tahun 1995, ahli jawatankuasa pemuda, Yusof Jaafar menaja bekas Bendahari pemuda, Haji Mustafa Abdul Rahman untuk menentang Omar Aziz. Ahmad Said menyokong Omar Aziz manakala Zahari Said selaku setiausaha pemuda menyokong Haji Pa. Haji Pa menang dalam pertandingan dua penjuru itu yang mana saya turut menang ahli jawatankuasa pemuda sama undi 62 undi di tempat ketujuh dengan Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
Saya masih ingat pesanan ahli jawatankuasa pemuda, Suhaimi Hassan yang menasihati saya jika saya dapat pencalonan yang sedikit saya tak payah tandinglah tetapi saya yang dapat sedikit pencalonan daripada Suhaimi tetap bertanding tetapi Suhaimi dapat undi yang lebih rendah dari saya. Masa itu Setiausaha Umno Bahagian sekarang, Rosli Ahmad kalah bertanding ahli jawatankuasa pemuda.
Selepas kalah pada tahun 1995, arwah kurang aktif dalam politik dan kalau tidak silap saya beliau menang ahli jawatankuasa bahagian pada tahun tersebut. Apabila perniagannya tidak menjadi, beliau bekerja dengan SMNY yang mana arwah Datuk Mohd Nor Teja adalah waris sebelah emaknya. Kali terakhir arwah balik
ke Chukai pada 24 Januari lalu menziarahi jenazah Datuk Mohd Nor.
Semasa bekerja dengan SMNY, beliau jatuh sakit dan akhirnya beliau berhijrah ke Bangi pada tahun 2010 dan semalam jenazahnya disemadikan di Bangi. Alfatihah buat beliau.

Selasa, Mei 06, 2014
PEMERGIAN AZIZ SATTAR SATU KEHILANGAN KEPADA DUNIA SENI
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pemergian bintang filem legenda Datuk Abdul
Aziz Sattar merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air, kata
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata Allahyarham adalah seniman terakhir yang seiring dengan
seniman agung Tan Sri P. Ramlee.
"Saya mengenali beliau secara peribadi, beliau banyak memberi idea kepada
saya.
"Saya berasa agak sedih kerana tiada di tanah air untuk menziarahi (jenazah
Allahyarham), saya sekarang berada di Jeddah kerana menghadiri Sidang
Kemuncak Media Asia 2014," katanya dalam kenyataan kepada Bernama dari Jeddah
hari ini.
Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah
mengalami serangan jantung.
Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu
meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya
Sandakiah.
Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang
Lapok pada tahun 1950-an.
-- BERNAMA
AFY AFY RON
Selasa, April 30, 2013
NIK AZIZ PEMEGANG AMANAH
Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan pemilik, tetapi hanya pemegang amanah bagi 14 lot tanah 1.76 hektar bernilai RM4 juta yang dipertikaikan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, kata Pemuda PAS Kelantan.
Ketua penerangannya Ahmad Fadhi Shaari menjelaskan, kesemua lot rezab Melayu dengan milikan selama-lamanya (perpetuity) itu sebenarnya milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dibeli terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007.
Bagaimanapun, jelas Ahmad Fadhi, oleh kerana PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938, perbadanan itu menamakan Nik Aziz selaku pengerusi PMBK sebagai pemegang amanah.
Bagi mengesahkan keputusan itu, kata Ahmad Fadhi lagi, Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dimeterai yang mensyaratkan Nik Aziz melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK.
"Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru (Nik Aziz) bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya (Ibrahim)," kata Ahmad Fadhi.
Utusan: Di balik imej zuhud
Utusan Online hari ini melaporkan, di sebalik imej zuhud, Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS memiliki lot tanah itu yang dikatakan boleh melebihi RM10 juta jika statusnya ditukar daripada pertanian kepada komersial.
Memetik Ibrahim, laman itu juga melaporkan, isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang dipajakkan 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.
Kesemua tanah atas nama Nik Abdul Aziz itu didakwa didaftarkan selepas 1990 ketika beliau memegang jawatan menteri besar.
Sambil mengaku terkejut, Ibrahim mempersoalkan bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Aziz bertugas sebagai penjawat awam dan ketua kerajaan.
Ibrahim berkata, pendedahannya bukan bertujuan memfitnah kerana berkemungkinan tanah itu dimiliki menerusi cara yang betul dan sah tetapi hanya mempersoalkan dari aspek moral.
Beliau juga mencabar anak anak menteri besar Nik Abduh yang menentangnya di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum kali ini memperjelas bagaimana bapanya memiliki tanah itu.
Langgan:
Catatan (Atom)