Memaparkan catatan dengan label dakwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dakwa. Papar semua catatan

Ahad, Julai 10, 2016

SARAWAK REPORT PERDAYAKAN ORANG RAMAI DAKWA SALLEH

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Sarawak Report gagal menyedari hakikat bahawa Laporan Ketua Audit Negara merupakan salah satu komponen yang digunakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiapkan laporan akhir badan itu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Laporan Ketua Audit Negara itu tidak lengkap kerana ia hanya menangani satu aspek 1MDB.

Malah, dalam kiriman blognya, katanya, laporan lengkap adalah daripada PAC kerana ia bukan sahaja mengambil kira Laporan Ketua Audit Negara tetapi semua maklumat lain yang dikumpulkan.

Beliau berkata, dalam hal ini, Sarawak Report boleh diberi faedah kesangsian kerana mereka diberi maklumat yang silap atau tidak menyedari fakta yang sangat penting ini.

"Sekiranya mereka sedar perkara ini, maka Sarawak Report bersalah memperdayakan orang ramai kerana apa yang dimaklumkan kepada awam telah menyimpang jauh daripada kebenaran," katanya.


Salleh berkata laporan Sarawak Report juga berkompromi tentang integriti ahli-ahli PAC termasuk beberapa ahli daripada pembangkang.

"Adakah Sarawak Report mempersoalkan kejujuran ahli-ahli PAC," tanya beliau.

Sarawak Report membuat sindiran bahawa PAC dan ahli-ahlinya termasuk daripada pembangkang tidak jujur dan cuba menyembunyikan apa yang mereka temui dalam siasatan.

Khamis lepas, laman pembocor maklumat berpangkalan di London itu mendedahkan sekali lagi apa yang didakwa sebagai petikan penting daripada siasatan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang telah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

-- BERNAMA

Isnin, September 15, 2014

HADI DAKWA PAS TAK BERANI SALAHGUNA WANG RAKYAT

TUMPAT, 15 Sept (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu berjaya memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun kerana pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan. Beliau berkata itulah rahsia pimpinan PAS di Kelantan yang menurutnya tidak berani menyalahgunakan wang kerana bimbangkan dosa dan pahala. "Inilah rahsianya, (pemimpin PAS) tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan salah laku dan tidak terlibat dengan macam-macam lagi," katanya dalam ceramah pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini lewat malam tadi. Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan tidak melakukan perkara yang salah dan mendakwa hanya parti itu yang memperjuangkan agama Islam di negara ini yang tidak memisahkan antara agama dan politik. Beliau kemudian menggunakan pentas ceramah tersebut untuk mencaci Umno dengan mengatakan anggota parti itu boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka kerana Umno memisahkan agama dan politik. Walaupun sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa isu royalti minyak tidak harus dijadikan modal untuk berkempen pada pilihan raya kecil ini kerana ia sudah menjadi kes mahkamah, namun Abdul Hadi masih berdegil dan menyentuh perkara itu. Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48, akan ditentang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47. PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. Hari pengundian ditetapkan 25 Sept. -- BERNAMA RHO BD RHM

Sabtu, Mei 03, 2014

BLOG OH SEDAPNYA DAKWA PEREMPUAN SIMPANAN MB NAK MENGADU KEPADA ISTANA

Wanita simpanan seorang Menteri Besar yang dipercayai dikaitkan dengan satu negeri di Pantai Timur, dikatakan sanggup ke istana untuk mengadu perilaku Menteri Besar berkenaan yang gagal memenuhi janji kepadanya. Wanita berkenaan dikatakan sedang menguruskan pertemuannya dengan pihak istana dengan harapan, janji Menteri Besar tersebut ditunaikan kepadanya. Beliau sudah tidak boleh sabar dan jika perlu akan menghebahkannya ke akhbar. Dikatakan, wanita itu sudahpun menghubungi seorang pemberita sebuah akhbar tabloid harian di negeri berkenaan untuk mendedahkan perkara berkenaan. Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dinasihatkan oleh pemberita berkenaan supaya bersabar sementara menunggu reaksi selanjutnya daripada Menteri Besar berkenaan. Pemberita berkenaan dikatakan meminta perempuan berkenaan supaya memujuk Menteri Besar melunaskan janji-janjinya agar perkara ini tidak terdedah dan menjatuhkan reputasi Menteri Besar berkenaan. Menurut sumber, wanita itu dinasihati jangan melakukan sesuatu yang ‘terdesak’ kerana Menteri Besar berkenaan ada disebut sedang berdepan dengan kemelut pertukaran Menteri Besar gara-gara digembar-gemburkan oleh Awang Selamat melalui Mingguan Malaysia, Ahad minggu lalu. Baru-baru ini heboh berita seorang wanita dikaitkan dengan seorang Menteri Besar tetapi reda selepas tumpuan diberikan kepada isu pertukaran Menteri Besar yang ‘dicanangkan’ oleh Awang Selamat. Tidak dikerahui sama ada Menteri Besar yang digembar-gemburkan akan ditukarkan itu turut terpalit dengan isu perempuan simpanan yang dikatakan menjanjikan RM3 juta kepada ‘bekas kesasihnya’ itu. Free Malaysia Today (FMT) yang membongkar berita ini pada 8 Aril 2014 lalu, menyebut bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas. Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu. Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata, jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta. Baki RM2.2 juta akan dibayar kemudian. Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak menerima sebarang wang dijanjikan itu. Selain mematuhi syarat Menteri Besar, iaitu menunggu selepas pilihan raya, bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB. FMT difahamkan ahli perniagaan itu sudah banyak kali menghubungi MB untuk mendapatkan ‘haknya’ seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi panggilan dan sms tiak dilayan. Dia hanya mahukan 'haknya' bukan dengan niat untuk campur soal politik dan sebagainya. Malah, pendedahan oleh FMT itu lebih awal daripada apa yang disebutkan oleh Aawang Selamat melalui Mingguan Malaysia berkenaan. Menyedihkan, menurut sumber, MB berkenaan turut memarahi perempuan simpanan berkenaan, termasuk mengatakan perempuan itu sebagai seorang yang ‘tamak’. Tidak diketahui erti tamak berkenaan, bagaimanapun dikatakan berkaitan pemberian sebelum ini oleh Menteri Besar berkenaan. Tamak itu juga mungkin boleh dikaitkan dengan pemberian MB sebelum ini yang dianggap ‘sebahagian jumlah daripada jumlah sebenar’ yang diberikan. Blog ini menerima beberapa gambar yang dikirim oleh pihak tertentu mengenai ‘wajah’ perempuan simpanan berkenaan namun cukup untuk menyiarkan sekeping sahaja sebagai permulaan. Blog ini tidak pasti apakah itu wajah sebenar perempuan simpanan MB berkenaan atau gambar orang lain yang sengaja disebarkan untuk ‘memanaskan lagi’ berita ini. Tunggu perkembangan selanjutnya….

Jumaat, Jun 05, 2009

DR RAMZI MULA DIDAKWA DI MAHKAMAH


Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.

Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh itu yang memakai suit hitam serta bertali leher merah kelihatan tenang ketika membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di sini kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.

Ketika melakukan ugutan tersebut, Ahmad Ramzi didakwa menyembunyikan nama dan tempat tinggalnya.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Ahmad Ramzi juga menghadapi tuduhan kedua dan ketiga iaitu didakwa melakukan perbuatan sama kepada ADUN Permaisuri, Abd. Halim Jusoh pada pukul 11.21 malam dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pada pukul 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Dia turut menghadapi tuduhan pilihan iaitu menggunakan perkhidmatan Internet melalui alamat Internet Protokol 60.53.155.148 secara sedar menghantar SMS 'Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?' yang mengancam sifatnya kepada Mohd. Ariffin, Abdul Halim dan Rosol untuk menganiayai Wan Ahamad Wan Muda pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi tuduhan pilihan ini, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Bekas calon kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac tahun lalu itu juga menghadapi tuduhan memfitnah Wan Ahamad dengan menghantar SMS mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd. Ariffin, Abd. Halim dan Rosol.

Ahmad Ramzi dituduh menghantar SMS yang sama kepada mereka melalui laman web http://ownsms biz.com/v1 menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad antara pukul 11.21 malam dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam Rosli Abdul Rahman.

Mahkamah membenarkan Ahmad Ramzi yang bertugas sebagai pegawai khas kepada Idris yang kini Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan dan menyerahkan pasport antarabangsanya sebagai syarat jaminan.

Hakim menetapkan 19 Julai ini sebutan semula kes itu bagi membolehkan pihak pembela mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa.