Rabu, Jun 19, 2013

ZAHID NAFI ATUR PERTEMUAN NAJIB-ANWAR DI JAKARTA

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan khabar angin beliau menjadi perantara pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Katanya, beliau mengiringi Perdana Menteri ke negara jiran itu Isnin lalu bagi menghadiri beberapa program yang diaturkan tetapi bukan untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Khabar angin ialah khabar angin, saya ada program sendiri dan Anwar juga begitu. Perdana Menteri tidak bertemu Anwar setakat yang saya tahu. "Saya ingin nafikan pertemuan Anwar dan Najib serta saya dalam pertemuan itu walaupun ketiga-tiga kami berada di Jakarta tetapi mempunyai program yang berbeza," katanya selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Ahli Lembaga dan Ahli Lajnah Tahseh al-Quran di Hotel The Everly di sini hari ini. Utusan Malaysia kelmarin melaporkan penafian Perdana Menteri yang didakwa bertemu dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, The Malaysian Insider baru-baru ini. Laporan portal propembangkang itu yang dipetik berkata, pertemuan yang diatur oleh Ahmad Zahid itu bagi membantu Perdana Menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Selasa, Jun 18, 2013

MAHATHIR SUDAH LUPA?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong jika dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang bagi mengelakkan perpecahan dalam parti. Dr. Mahathir berkata, walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajar dipertandingkan di bawah amalan demokrasi tetapi orang Malaysia tidak begitu memahami fungsi demokrasi. "Kalau kalah, mereka akan tarik diri dan tubuh parti lain dan memecahkan UMNO, saya setuju pertandingan diadakan tetapi kalau ada pertandingan, UMNO akan pecah dua. "Malaysia sudah ada tiga parti Melayu, akan jadi empat (kalau UMNO pecah) dan lama-kelamaan akan pecah langsung. Sebab itulah saya tak sokong pertandingan. "Jawatan lain dalam parti bolehlah dipertandingkan, tetapi jawatan di puncak tak payahlah bertanding,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku The Prisoners' Diaries tulisan Puan Sri Norma Hashim di sini semalam. Ulasan saya, Dr Mahathir kata orang Malaysia tak faham amalan demokrasi. Bila kalah, tubuh parti lain. Siapa yang tubuhkan parti lain? Adakah Dr Mahathir sudah lupa? Bila UMNO diharamkan pada tahun 1988, Dr Mahathir menubuhkan parti UMNO (baru) dan tidak membenarkan Tengku Razaleigh Hamzah yang menentangnya menyertai parti tersebut. Maka Ku Li tiada pilihan lain terpaksa menyertai Semangat 46. Oleh itu bila kalah bertanding jawatan Presiden UMNO pada 24 April 1987, Ku Li tidak menubuhkan parti baru. Sebaliknya Dr Mahathir menang kerana wujudnya cawangan yang tidak sah, yang tidak berdaftar dengan ROS. Oleh itu Dr Mahathir menang kerana wujudnya cawangan yang tidak sah. Orang yang kalah tidak puas hati maka ia mengaku kepada mahkamah dan mereka mohon diadakan semula pemilihan. Sebaliknya UMNO diisytiharkan tidak sah gara-gara kegagalan Setiausaha Agungnya, Tan Sri Sanusi Junid membersihkan cawangan UMNO.

Sabtu, Jun 15, 2013

USAHA MENONJOLKAN KU LI SEBAGAI PM

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. “Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. “Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. “Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. “Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.

APA NAK JADI DENGAN UMNO?

Wanita UMNO Kelantan menyarankan supaya jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini. Pada masa sama, Ketuanya, Datin Rahimah Mohamad berkata, pergerakan itu mahu supaya semua petualang dan pengkhianat parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibersihkan sebelum UMNO mengadakan pemilihannya. Rahimah berkata, kedua-dua perkara tersebut diputuskan pergerakan itu pada mesyuaratnya semalam dan disokong sebulat suara oleh ketua-ketua Wanita bahagian yang hadir. Katanya, Wanita UMNO negeri berpendapat, semua jawatan tertinggi dalam parti termasuk ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, tidak perlu dipertandingkan bagi menjamin keutuhan UMNO sebagai tunjang kerajaan. "Bila ada pertandingan akan ada masalah, jadi untuk mengelakkan perselisihan dalam UMNO maka sewajarnya jawatan tertinggi parti termasuk jawatan ketua-ketua sayap tidak dipertandingkan. "Wanita UMNO Kelantan yakin bila jawatan tertinggi dikekalkan, ia akan membantu kekuatan parti bagi menghadapi pakatan pembangkang dan cabaran mendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh dan cadangan itu disokong oleh banyak pihak. Mengulas 'pembersihan' petualang dan pengkhianat parti pada PRU-13 lalu, kata Rahimah, usaha itu perlu bagi memastikan UMNO benar-benar dianggotai individu yang ikhlas terhadap perjuangannya dalam membela dan mempertahankan agama, bangsa serta negara. Jelas beliau, kewujudan petualang dan pengkhianat dalam UMNO akan hanya menggugat masa depan parti orang Melayu terbesar itu dalam melaksanakan agenda perjuangannya. "UMNO perlu dipimpin dan dianggotai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Jatuh bangun UMNO akan turut memberi kesan kepada kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri," katanya. Ulasan saya, apa nak jadi dengan UMNO ini? Selepas cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, kini ada pula cadangan supaya jawatan ketua wanita tidak dipertandingkan. Selepas ini jawatan ketua pemuda dan ketua puteri pula dicadangkan tidak bertanding. Kalau begini cara berfikir ahli UMNo, jangan bertanding semua jawatanlah termasuk naib presiden, ahli majlis tertinggi, exco pemuda, exco wanita dan exco puteri. Datin Rahimah tidak terfikir bahawa kes lembu Shahrizat yang menyebabkan BN gagal dapat majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum lalu? Kenapa pemimpin macam Shahrizat perlu dikekalkan kerana ia punca BN tak dapat majoriti dua pertiga. Dalam mengekalkan jawatan Sharizat rela jawatan Menteri Wanita diberi kepada PBB komponen BN dari Sarawak kerana bimbang Halimah Sidique dilantik sebagai menteri.

Khamis, Jun 13, 2013

RIZALMAN SOKONG KU LI TANDING PRESIDEN UMNO

Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah barangkali pemimpin Umno yang pertama menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini. Beberapa Umno telah mencadangkan supaya Najib tidak dicabar, begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden Umno. “Saya setuju jika Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno…kerana beliau tokoh paling layak, yang ada rekod. “Pernah jadi Naib Presiden Umno, jadi menteri dan berpengalaman,” katanya. Rizalman pernah menjadi Setiausaha Kementerian Penerangan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. “Kalau Ku Li jadi Perdana Menteri apa masalah?” tanya beliau. Rizalman kini tidak ada sebarang jawatan dalam parti tetapi menegaskan beliau berpegang kepada prinsip perjuangan. Beliau berkata demikian berikutan laporan sekumpulan ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menemui Ku Li menjelang perhimpunan agung Umno yang dijangka bulan November atau Disember ini. Pertemuan itu meningkatkan spekulasi bahawa Ku Li akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno kelak. (dipetik dari Free Malaysia Today . com

ADIK NAJIB DIPERSOAL

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mempersoal tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak yang memuji sikap CEO AirAsia X, Azran Osman-Rani melabel akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis. Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu. Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka. “Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti Kacang Lupakan Kulit’. “Janganlah hanya disebabkan bank dipimpin oleh Nazir menjadi penasihat utama AirAsia X, maka beliau sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya mengharapkan pembelaan daripada anak-anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau," kata kenyataan itu. Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia. Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu. Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian Pengarang Utusan)." Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia. Dalam pada itu, Gabungan NGO Islam juga menggesa Nazir serta Azran supaya segera sedar asal-usul mereka dan jangan sekali-kali bersikap angkuh dengan wang, kekayaan termasuklah pangkat yang dimiliki. “Apa yang anda berdua miliki adalah hasil perit-jerih nenek moyang bangsa Melayu menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang bertuah ini. “Adakah benar seperti yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa anak Melayu seperti anda adalah ‘Melayu mudah lupa’?" jelas kenyataan itu.

Selasa, Jun 11, 2013

SYABAS ADNAN YAACOB

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya. Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan. "Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)... pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Heboh TV3 di Kuantan hari ini. Beliau bagaimanapun tetap memberikan sokongan padu kepada kedua-dua pemimpin tertinggi parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Kita akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka dan perdana menteri sendiri menyatakan bahawa mana boleh jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua Pemuda dan Wanita tidak dipertandingkan. "Kalau begitu semua (ahli) Majlis Tertinggi jangan bertanding dan bawa kepada bahagian sahaja, maka kenyataan-kenyataan seperti itu hanya menunjukkan kita bersifat autokratik," katanya. Adnan berkata sebelum ini Najib dan Muhyiddin juga tidak pernah berkata bahawa jawatan yang dipegang mereka itu tidak boleh ditandingi. "Presiden dan timbalan presiden sendiri tidak menyatakan mereka tidak mahu ditandingi dan jelas kenyataan sedemikian hanya menunjukkan Umno sebuah parti yang eksklusif. "Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan tiada alasan ia tidak dipertandingkan, saya berpendapat sesiapa sahaja yang mahu menjadi calon dipersilakan, menang atau tidak itu cerita lain," katanya. Sebelum ini, badan perhubungan Umno Negeri Sembilan mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.

Selasa, Jun 04, 2013

JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT

Semalam Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti pada hujung tahun ini. Tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hassab yang merupakan MB pertamna yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding. Nampak sangat Mat Hassan takut dengan pertandingan. Kenapa kita harus takut dengan pertandingan kalau kita penegak demokrasi? Biarlah siapa sahaja yang nak tawarkan diri sebagai peneraju parti. Perwakilan yang akan membuat keputusan memilih pemimpin yang terbaik.Kenapa harus sekat mereka yang mahu memberi alternatif kepada para perwakilan. Malam tadi saya berbual dengan Pak Hamid Satar di Restoran Nagas. Beliau adalah bekas pegawai Dewan Bandaraya yang kemudiannya berkhidmat dengan ibupejabat UMNO di zaman Dr Mahathir hinggalah sekarang. menurut Pak Hamid, jika Muhyiddin menentang Najib pun untuk jawatan Presiden UMNO, Muhiddin akan tewas. Sebab itu dia kata UMNO tak perlu takut dengan pertandingan. Pertandingan akan mematangkan Umno. Kalau kita lihat BN lebih teruk di zaman Najib dari zaman Pak Lah. Pak Lah menang cemerlang dalam pilihanraya pertama pada tahun 2004. Sebaliknya Najib gagal dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya pertama pada 5 Mei lalu. Oleh itu UMNO perlu celik mata untuk memilih Presiden yang lebih baik dari Najib. Siapa yang layak mengetuai UMNO di saat-saat UMNO tidak sehebat dahulu? Adakah Muhyiddin? Atau adakah Tengku Razaleigh Hamzah? Ada yang berkata zaman beliau sudah berlalu tetapi UMNO perlu diketuai oleh orang yang disegani oleh semua kaum. Tengku Razaleigh ada ciri-ciri itu. Jadi terpulang kepada perwakilan Umno untuk memilih Presiden baru yang boleh membawa perubahan untuk menghadapi ;pilihanraya umum 2018.Prestasi Najib lebih teruk dari prestasi Pak Lah pada tahun 2008. Jadi adakah Presiden UMNO seperti ini yang boleh dibanggakan? Memang benar UMNO menang lebih banyak kerusi kali ini tetapi sokongan kepada UMNO datang dari UMNO? Adaklah ia datang dari kawasan elit? Adakah UMNO mahu terus diketuai oleh tukang kebun di peringkat cawangan sedangkan cerdik pandai disekat menyertai UMNO menyebabkan mereka aktif dalam PKR dan PAS. Jadi adakah ini kualiti ahli UMNO yang patut dibanggakan? Oleh itu sempena dormat baru pemilihan parti, perwakilan perlu serius memilih ketua yang boleh membawa UMNO ke tahap yang lebih gemilang dan cemerlang.Esok makin ramai pembodek akan menyokong kenyataan Mat Hassan supaya Najib dan Muhyiddin tidak ditandingi. Jangan rosakkan UMNO kerana biar perwakilan buat keputusan. Kenapa kita jarus takut dengan pertandingan sedangkan kita sudah hapus kuota pencalonan. Dahulu bukan mahu susah untuk dapatkan 55 pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO, maka perwakilan UMNO perlu waras. Jangan berfikiran sempit seperti Mat Hassan.

Khamis, Mei 30, 2013

SHABERY PATUT ARAH FINAS TAYANG TANDA PUTERA

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) patut membenarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada orang ramai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata dengan tayangan filem itu, rakyat boleh membuat penilaian sendiri terhadap mesej yang disampaikan menerusi filem kenegaraan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu. "Tiba masanya 'Tanda Putera' ditayang untuk tontonan semua," katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini. Filem 'Tanda Putera' terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Finas, memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969. Filem itu, yang dibuat pada 2011 dan dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13, sepatutnya menemui penonton mulai 15 November lepas. Bagaimanapun, Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan filem itu berikutan ada babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat. Filem yang menelan belanja RM4 juta itu dibintangi Rusdi Ramli yang diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah. Ulasan saya, sepatutnya Shabery sebagai menteri yang menjaga FINAS yang mengarahkan FINAS menayangkan filem tersebut atau beliau kena bentang semula isu ini dalam kabinet supaya kabinet membatalkan keputusan penangguhan dahulu.

Isnin, Mei 27, 2013

PERKASA AKAN JADI PARTI POLITIK JIKA UMNO DIBUBAR

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai satu parti tunggal pelbagai kaum dan semua parti komponen dibubar sebagai tidak relevan buat masa ini. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan itu tidak relevan kerana UMNO yang mewakili orang Melayu masih belum berjaya meletakkan bangsa Melayu setanding dengan kaum lain, khususnya kaum Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Katanya lagi, beliau juga tidak teragak-agak untuk mencadangkan Perkasa menjadi sebuah parti politik bagi mewakili perjuangan bangsa Melayu jika UMNO dibubar bagi memberi laluan kepada BN menjadi satu parti pelbagai kaum. “Jurang pembahagian kek ekonomi negara amat jauh dan UMNO masih belum selesai dengan agenda untuk mengangkat martabat bangsanya iaitu majoriti pribumi. “Jika UMNO dibubar, suara orang Melayu dan bumiputera akan ditelan bumi, malah sekarang pun kita dapat lihat apabila bercakap tentang hak yang dijamin Perlembagaan juga dituduh rasis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Sebelum ini, pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn mencadangkan UMNO sebagai parti komponen terbesar dalam BN supaya mengetuai usaha menjadikan BN sebagai parti pelbagai kaum. Malah katanya lagi, identiti Melayu dan bumiputera yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kelahiran Malaysia melalui Persekutuan Tanah Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu serta Yang Dipertuan Agung perlu dikekalkan. Sementara itu, Ibrahim mencadangkan supaya Gerakan bersatu dengan MCA serta MIC pula bersikap positif dengan menyerap parti-parti yang mewakili kaum India seperti Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi. Katanya, DAP dan Gerakan walaupun pelbagai kaum tetapi adalah parti kaum Cina dan PPP dilihat sebagai parti kaum India.

Sabtu, Mei 25, 2013

PAKATAN RAKYAT PERLU JADI PARTI YANG BERTANGGUNGJAWAB

Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa Pakatan Rakyat memainkan peranan sebagai parti pembangkang yang bertanggungjawab dan menghormati keputusan rakyat yang memberikan majoriti mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Sambil menyifatkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gila kuasa kerana tidak dapat menerima kekalahan, beliau berkata Anwar tidak sepatutnya mempersoal keputusan PRU13 dan kesahihan kerajaan persekutuan hari ini. "Menang tetap menang dan kita mengamalkan demokrasi. Dia (Anwar) tidak perlu menggunakan orang muda untuk mengejar kepentingan peribadinya menjadi perdana menteri, sebaliknya mendidik mereka dengan menekankan prinsip-prinsip pilihan raya demokrasi di mana yang kalah mesti dapat menerima yang menang. "Kita perlu bergerak ke depan. Kita akan bertarung sekali lagi pada pilihan raya akan datang, saya berpendapat orang ramai sudah bosan dengan cara dia berpolitik. Sebenarnya BN tewas di Kadamaian (kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Kota Belud), dan kami menghormati keputusan dan tidak akan menganiaya pengundi. "Sebaliknya, kami akan bekerja keras untuk menguasainya semula," katanya pada majlis kesyukuran sempena kemenangan BN di Dewan Komuniti Kota Belud di sini Sabtu. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud. Salleh, yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Sabah dan Adun Usukan menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang adalah 'kerajaan majoriti dan bukan kerajaan minoriti". "Kita menerima demokrasi berasaskan kepada sistem parti. Kerajaan minoriti bermakna tiada parti yang menang lebih daripada separuh jumlah kerusi yang ditandingi. Pada pilihan raya baru-baru ini, sudah jelas BN menang lebih daripada itu," katanya. Berhubung cakap-cakap bahawa BN akan dibuka kepada keanggotaan langsung, beliau berkata kempen itu perlu dipertingkatkan dengan satu pendekatan baharu bagi memenangi hati pengundi muda dan bandar. Sementara itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara dan Sabah.

Selasa, Mei 21, 2013

BENTUK KERAJAAN BUKAN MELALUI RAMPASAN KUASA

Sebarang usaha untuk menukar kerajaan melalui rampasan kuasa adalah jelas di luar proses demokratik dan polis akan memberikan tindak balas yang sesuai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. Katanya, semua pihak bersetuju bahawa pembentukkan kerajaan mesti berlaku dengan cara yang demokratik dan tidak pernah berlaku di Malaysia pertukaran secara rampasan kuasa. Menurut Zahid lagi, rampasan kuasa dianggap terkeluar daripada proses demokrasi dan mengetepikan autoriti Yang di-Pertuan Agong. Beliau merujuk penangkapan aktivis mahasiswa Adam Adli ekoran ucapannya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur minggu lalu, yang menyebabkannya direman lima hari bawah Akta Hasutan.

Isnin, Mei 20, 2013

KU LI YANG WAJAR KETUAI UMNO

Hujung tahun ini bakal ada pertandingan semua jawatan dalam UMno. Pada hemat saya, bila Najib gagal dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum 5 Mei, maka jawatan Presiden perlu dipertandingkan. Pada hemat saya, Tengku razaleigh hamzah atau Ku Li yang layak mengetuai Umno di waktu usia senja ini. Dr Mahathir dapat keputusan cermerlang dua pertiga dalam pilihanraya pertama beliau pada tahun 1982.Begitu juga Pak Lah pada pilihanraya umum 2004. tetapi najib gagal mendapat majoriti dua pertiga pada pilihanraya pertamanya pada tahun 2013. Maka perwakilan Umno perlu memilih Presiden Umno yang baru. Saya kira Ku Li yang paling layak mengetuai Umno untuk tiga tahun akan datang. Pilihanraya umum 2018 akan menjadi lebih sengit kerana golongan muda semakin menjauhi BN. Maka Presiden UMNO yang baru mesti memenangi semula rakyat terbanyak untuk mengundi BN. jika tidak BN hanyut pada tahun 2018. Kenapa Ku Li yang paling layak? kerana dia konsisten dalam perjuangan. Dahulu beliau tidak bersama Umno kerana mahu hidupkan semula Umno lama. Setelah Semangat 46 dua kali ditolak rakyat dalam pilihanraya umum 1990 dan 1995, beliau kembali menyertai semula Umno pada tahun 1996.

Jumaat, Mei 17, 2013

SIAPA LAYAK TANDING NAIB PRESIDEN UMNO?

Pilihanraya umum sudah berlalu, pembentukan kabinet pun sudah berlalu, kini orang ramai menunggu pemilihan UMNO yang bakal diadakan ada hujung tahun ini. Dahulu pemilihan diadakan setiap tiga tahun sekali kini ia menjadi lebih dari tiga tahun. Kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan pada tahun 2009. Pertandingan bukan sahaja tertumpu kepada jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden malah kepada jawatan ahli majlis tertinggi seramai 25 orang. Najib Tun Razak yang tidak mendapat majoriti dua pertiga mengetuai BN adakah akan dicabar kali ini? Sekarang sudah tiada kuota untuk melawan jawatan Presaiden dan Timbalanb Presiden UMNO. Adakah ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menawarkan diri sebagai calon Presiden UMNO utnuk membawa pembaharuan kepada UMNO? UMNO memenangi kerusi yang lebih banyak berbanding pilihanraya umum 2008 tetapi BN makin merosot. Malah prestasi Pak Lah lebih baik dari prestasi Najib. Pak Lah mendapat 140 kerusi sedangkan Najib mendapat 133 kerusi? Adakah BN akan hilang pada pilihanraya umum 2017? Adakah Muhyiddin Yasin akan menang tanpa bertanding? Dengan tidak terlantiknya Ali Rustam sebagai Senator dan menteri dalam kabinet baru Najib menyebabkan Ali makin tiada pengaruh untuk menentang Muhyiddin. Pada tahun 2009, Muhyiddin mengalahkan Muhammad Muhd Taib yang merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Siapa pula yang layak mengisi jawatan naib Presiden UMNOP selain Zahidi Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafie Afdal. Saya nampak tiga calon baru sesuai menewarkan diri sebagai calon Naib Presiden iaitu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman; Menteri pelajaran dan pengajian tinggi II, Idris Jusoh dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tok Pa.Bulan Disember kian hampir. Tinggal tujuh bulan lagi. Maka pertandingan UMNO semakin terasa debarannya.Sejarah membuktikan semua Menteri pelajaran memenangi jawatan Naib Presiden seperti Dr Mahathir (1975), Musa Hitam (1978), Anwar Ibrahim (1987). Adakah Idris dapat mengulangi kejayaan menteri pelajaran terdahulu untuk mengisi jawatan Naib Presiden UMNO? Atau Ali Rustam ingin kembali sebagai Niab Presiden UMNO. Malah jawatan itu pernah diisi oleh Gahagr Baba yang tidak ada jawatan dalam kerajaan. Mungkin Ali yang juga bekas Ketua Menteri melaka mahu mengikut jejak langkah Ghabar Baba? Sama=samalah kita tunggu.

146,500 PERWAKILAN PILIH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan pemilihan kali ini lebih demokratik kerana pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sebelumnya. Justeru beliau yakin pemilihan Umno tidak akan menimbulkan sebarang kekecohan seperti yang berlaku dalam parti pakatan rakyat. "Lantai demokrasi Umno akan terbuka dengan lebih meluas apabila tiada lagi fasal dalam perlembagaan yang selama ini tidak memihak dan tidak memberikan akses kepada golongan tertentu untuk terlibat secara langsung dalam pemilihan parti. "Dahulu kita hanya memperuntukkan 2,500 perwakilan sahaja untuk menentukan pucuk kepimpinan parti, namun kali ini ia ditambah menjadi 146,500 yang mana pemilihan bermula di peringkat cawangan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini. Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita. Selain itu Umno juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. Ahmad berkata pindaan tersebut adalah sebahagian daripada proses transformasi parti bagi membolehkan Umno lebih demokratik, telus dan inklusif, bagaimanapun cara pemilihan dan pengundian masih dalam proses penambahbaikan. Mengulas lanjut mengenai mesyuarat dan pemilihan di peringkat cawangan Umno yang dijangka dibuat dalam masa terdekat, Ahmad berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar dalam apa yang terjadi semasa pilihan raya umum ke-13. "Kita tidak mahu lagi berlakunya perpecahan di kalangan ahli Umno, apa yang penting ialah parti kembali memenangi hati rakyat dan sekali gus dapat menguatkan jentera bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang," katanya. - Bernama

Khamis, Mei 16, 2013

JJ DILANTIK TIMBALAN MENTERI

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jalani Johari, 48, merupakan bekas Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan Industri dan Komunikasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Jalani, yang pertama kali bertanding pada pilihan raya umum pada 5 Mei lepas, mengalahkan calon PAS Kamaruzaman Abdullah dengan majoriti 8,213 undi di parlimen Hulu Terengganu. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya itu merupakan anak bekas anggota tentera yang berasal dari Kampung Bukit Diman, Ajil dekat sini.

KABINET TRANSFORMASI

Kabinet transformasi Najib diharapkan dapat bekerja dengan penuh cemerlang untuk rakyat MalaysiaMenteri dan timbalan menteri bukan dari BN Datuk Idris Jala (Sarawak, kekal) Datuk Paul Low (Presiden Transparency International-Malaysia, baru) Datuk Abdul Wahid Omar (Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, baru) P Waythamoorthy (Hindraf, timbalan menteri) Menteri yang digugurkan: (Tidak termasuk MCA dan calon-calon yang kalah atau tidak bertanding PRU13) Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Noh Omar Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, tidak bertanding Komposisi jantina: Dua menteri wanita daripada 35 jawatan menteri dan empat timbalan menteri wanita daripada 26 timbalan menteri. Secara keseluruhan, enam wanita daripada 61 jawatan. Dalam kabinet lalu yang diumumkan pada Jun 2010, terdapat juga dua menteri wanita dan tiga timbalan menteri wanita. Malaysia Timur dan Semenanjung komposisi: Menteri: Malaysia Timur: 13 (Sarawak 8, Sabah 5) - (6 dalam kabinet lepas, Sabah 4; Sarawak 2) Semenanjung: 22 - (25 dalam kabinet lalu) Jumlah: 35 - (31 dalam kabinet lalu) Timbalan menteri: Malaysia Timur: 8 (Sabah 4; Sarawak 4) Semenanjung: 18 Jumlah: 26 Bilangan teramai menteri dari Sabah dan Sarawak: 1) Datuk Joseph Kurup (Sabah / PBRS) - Jabatan Perdana Menteri 2) Datuk Joseph Entulu (Sarawak / PRS) - Jabatan Perdana Menteri 3) Nancy Shukry (Sarawak / PBB) - Jabatan Perdana Menteri 4) Datuk Idris Jala (Sarawak / Senator) - Jabatan Perdana Menteri 5) Datuk Anifah Aman (Sabah / Umno) - Luar Negeri 6) Datuk Fadilah Yusof (Sarawak / PBB) - Kerja Raya 7) Datuk Richard Riot (Sarawak / SUPP) - Sumber Manusia 8) Datuk Ewon Ebin (Sabah / Upko) - Sains, Teknologi dan Inovasi 9) Datuk Maximus Ongkili (Sarawak / PBS) - Tenaga, Air dan Teknologi Hijau 10) Datuk Douglas Uggah (Sarawak / PBB) - Perusahaan Perladangan dan Komoditi 11) Datuk Rohani Karim (Sarawak / PBB) - Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat 12) Datuk Shafie Apdal (Sabah / Umno) - Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah 13) Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah / Umno) - Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Pecahan menteri ikut parti: Umno: 21 (sama seperti kabinet lalu) PBB: 4 (1) MIC: 2 (2) PBS: 1 (1) PBRS: 1 (0) PRS: 1 (0) Upko: 1 (1) SUPP: 1 (1) Bukan-BN: 4 (1) Jumlah: 35 (31) Pecahan timbalan menteri ikut parti: Umno: 17 MIC: 2 PBB: 3 PRS: 1 Hindraf (NGO): 1 PBS: 1 PPP: 1 Jumlah: 26 Wakil Cina dan India: Cina: 2 (1 menteri dan 1 timbalan menteri 1; kurang berbanding 6 menteri dan 10 timbalan menteri dalam kabinet lalu) India: 6 (2 menteri dan 4 timbalan menteri; sama seperti dalam kabinet lalu)

Rabu, Mei 15, 2013

TERENGGANU DAPAT DUA MENTERI PENUH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimbang”. Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Jabatan Perdana menteri: Datuk Seri Jamil Khir Bahrom Datuk Seri Idris Jala Datuk Seri Abdul Wahid Omar Tan Sri Joseph Kurup Puan Hajah Nancy Shukri Joseph Entulu Paul low Seng Kuan Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Menteri di JPM Datuk Razali Ibrahim P Waythamoorthy Menteri Kewangan 1: Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh Timbalan Menteri: Yap Kain Ching P Kamalanathan Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin (pemangku) Menteri Pelancongan: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz Menteri Luar Negeri: Datuk Anifah Aman Timbalan Menteri Luar: Datuk Hamzah Zainudddin Menteri Kerja Raya: Datuk Fadhilah Yusof Menteri Kesihatan: Datuk Dr S Subramaniam Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Timbalan menteri: Datuk M Saravanan Menteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna: Datuk Hassan Malek Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Mustapa Mohamad Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Ewon Ebin Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli: Datuk Seri G Palanivel Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau: Datuk Seri Maximus Ongkili Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar: Datuk Shafie Apdal Menteri Industri Perladangan dan Komoditi: Datuk Douglas Uggah Embas Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar: Datuk Abdul Rahman Dahlan Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan: Datuk Hamim Samuri Menteri Komunikasi dan multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan: Loga Balamohan

AZEEZ RAHIM AKAN DILANTIK MENTERI KEWANGAN?

Pening kepala Najib memikirkan siapa yang layak di antara 132 ahli parlimen yang layak jadi menteri dan timbalan menteri dalam pengumuman kabinet yang bakal diumumkan pada jam 4 petang ini. Heboh di Nagas petang semalam ahli parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim bekas penarik kereta akan dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Nazri Tan Sri Aziz sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.Najib biasanya melantik menteri dari UMNO berdasarkan kuota negeri. Saya ingin mencadangkan supaya orang lama seperti Nazri, Tok Pa, Ismail Shabery,Shaziman tak perlu dikekalkan sebagai menteri. lantiklah orang baru seperti Khairy Jamaluddin, Idris Jusoh. Kalau berdasarkan negeri, maka ahli parlimen Padang besar, Zahidi Zainol Abidin perlu dilantik menteri.Dari Kedah, ambillah orang baru. Jangan lantik bekas MB Kedah, Mahadzir Khalid.Maka Azeez Rahim wajar diberi pertimbangan. Dari Perak, orang lama seperti Nazri dan Husni tak payahlah. Zahid kena kekal kerana beliau adalah naib Presiden UMNO.Dari Selangor, lantik orang baru seperti Imorzam. Negeri Sembilan, Khairy. Johor, lantik orang baru macam Razali Ibrahim.Hishamudin kekal kerana Naib Presien UMNO. Pahang, lantik orang baru juga, Terengganu, Idris Jusoh. Kelantan, Ikmal, Sabah, Shafie kekal kerana Naib Presiden UMNO tetapi menteri baru Rahman Dahlan.Kabinet Najib akan dipuji jika dilantik lagi ramai muka baru dari mengekalkan orang lama yang sudah berkhidmat dalam kabinet Pak Lah dan Dr Mahathir.

Isnin, Mei 13, 2013

KEKALKAN AHMAD SHABERY SEBAGAI MENTERI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta mengekalkan ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai menteri dalam pembentukan kabinet baru esok.Menurut ahli jawatankuasa UMNO, Kamal Harun, prestasi beliau yang cemerlang di Kementerian Belia dan Sukan, sepatutnya menjadi ukuran kepada Najib untuk mengekalkan beliau dalam kabinet. Khabar angin tersebar mengatakan Terengganu akan memiliki menteri baru dari Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Pengerusi MARA. Menurut Kamal, jika Terengganu mempunyai seorang menteri sahaja (Idris), Kemaman akan kehilangan seorang menteri yang cemerlang. Justru itu beliau berharap merit menjadi pertimbangan Najib untuk melantik menteri. "Apa salahnya Terengganu memiliki dua menteri iaitu Shabery dan Idris, kerana negeri kecil macam Perlis pernah ada dua menteri penuh iaitu Azmi Khalid dan Radzi Sheikh Ahmad sedangkan Perlis ada tiga kawasan parlimen sedangkan Terengganu ada empat parlimen yang menang dari lapan kawasan parlimen. BN menang di Kemaman, Besut,Hulu Terengganu dan Setiu manakala tewas di Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Pada masa yang sama beliau mencadangkan supaya Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said menggunapakai perlembagaan yang dipinda pada zaman PAS pada tahun 2000 iaitu MB boleh melantik enam orang ADUN dilantik. "Oleh kerana BN Terengganu menang 17 kerusi, dengan 6 ADUN dilantik, BN ada 23 kerusi," katanya sambil mencadangkan supaya seorang wanita dilantik sebagai ADUN, seorang ADUN China, dan 4 lagi yang kalah dalam pilihanraya atau sesiapa sahaja yang MB fikir layak jadi ADUN dilantik. Beliau berharap MB dapat mengguna pakai perlembaaagn ini kerana ia sudah diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada zaman PAS memerintah Terengganu dahulu.