Memaparkan catatan dengan label yang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yang. Papar semua catatan

Rabu, Mac 30, 2016

DR MAHATHIR YANG KHIANATI KU LI



Bekas PM, Dr Mahathir Mohamad ditanya sama ada beliau rasa diri dikhianati oleh Tengku Razaleigh, Mahathir berkata ia bukan pertama kali yang dilakukan oleh anggota parlimen Gua Musang itu.

Menceritakan kembali, Mahathir berkata sebelum ini Tengku Razaleigh pernah mengkhianatinya selepas kalah dalam pemilihan parti dan menyaman Umno sehingga menyebabkan mahkamah mengisytiharkan parti Melayu itu tidak sah.

"Saya dikhianati oleh dia (Ku Li) banyak kali. Bila dia kalah dalam pemilihan, dia saman parti dan bawa ke mahkamah. Dan mahkamah isytiharkan parti tidak sah. Saya perlu menghabiskan masa saya untuk bangunkan semula parti.

"Tetapi dia tidak sertai (Umno), tetapi menubuhkan Semangat 46. Jadi, daripada seseorang seperti itu apa yang kita boleh harapkan?," katanya.

Kenyataan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dipercayai merujuk peristawa pada 1987 apabila Tengku Razaleigh tewas menentangnya bagi jawatan presiden Umno.

Ekoran kekalahan itu, Tengku Razaleigh kemudian menyaman Umno supaya mengisytiharkan pemilihan parti itu terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi kemudian mengisytiharkan Umno sebagai sebuah pertubuhan tidak sah.

Lucu juga baca kenyataan Dr Mahathir ini. Siapa yang khianati siapa? Beliau nampak Ku Li yang mengkhianatinya kerana tidak bersama dengan beliau dalam rancangan menggulingkan Najib Razak sebaliknya Ku Li turut menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong Najib.

Dr Mahathir takkan sudah lupa bahawa  beliau yang mengkhianati Ku Li. Hussein Onn panggil Dr Mahathir dan Ku Li sebelum beliau bersara dari politik dan bertanya dengan Dr Mahathir adakah beliau boleh bekerjasama dengan Ku Li? Dr Mahathir menjawab ya, sebaliknya beliau menaja Musa Hitam menentang Ku Li dalam pertandingan timbalan presiden Umno pada tahun 1981. Ku Li kalah dalam pertandingan itu kerana Dr Mahathir menyokong Musa.

jadi siapa yang khianati siapa? Ku Li yang khianati Dr mahathir atau Dr mahathir yang khianati Ku Li?  Dr mahathir mendakwa Ku Li tidak sertai Umno sebaliknya menubuhkan Semangat 46. Sedangkan Dr Mahathir yang tidak membenarkan Ku Li dan Musa Hitam menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir yang menyebabkan Ku Li terpaksa menyertai Semangat 46.
.

Ku Li menyokong Deklarasi Kelantan tidak bermakna beliau mengkhianati kumpulan Dr Mahathir sebaliknya cara Ku Li amat betul kerana Najib hanya boleh disingkirkan secara demokratik dan bukannya dengan cara Dr Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang.

Sabtu, Mei 25, 2013

PAKATAN RAKYAT PERLU JADI PARTI YANG BERTANGGUNGJAWAB

Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa Pakatan Rakyat memainkan peranan sebagai parti pembangkang yang bertanggungjawab dan menghormati keputusan rakyat yang memberikan majoriti mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Sambil menyifatkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gila kuasa kerana tidak dapat menerima kekalahan, beliau berkata Anwar tidak sepatutnya mempersoal keputusan PRU13 dan kesahihan kerajaan persekutuan hari ini. "Menang tetap menang dan kita mengamalkan demokrasi. Dia (Anwar) tidak perlu menggunakan orang muda untuk mengejar kepentingan peribadinya menjadi perdana menteri, sebaliknya mendidik mereka dengan menekankan prinsip-prinsip pilihan raya demokrasi di mana yang kalah mesti dapat menerima yang menang. "Kita perlu bergerak ke depan. Kita akan bertarung sekali lagi pada pilihan raya akan datang, saya berpendapat orang ramai sudah bosan dengan cara dia berpolitik. Sebenarnya BN tewas di Kadamaian (kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Kota Belud), dan kami menghormati keputusan dan tidak akan menganiaya pengundi. "Sebaliknya, kami akan bekerja keras untuk menguasainya semula," katanya pada majlis kesyukuran sempena kemenangan BN di Dewan Komuniti Kota Belud di sini Sabtu. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud. Salleh, yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Sabah dan Adun Usukan menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang adalah 'kerajaan majoriti dan bukan kerajaan minoriti". "Kita menerima demokrasi berasaskan kepada sistem parti. Kerajaan minoriti bermakna tiada parti yang menang lebih daripada separuh jumlah kerusi yang ditandingi. Pada pilihan raya baru-baru ini, sudah jelas BN menang lebih daripada itu," katanya. Berhubung cakap-cakap bahawa BN akan dibuka kepada keanggotaan langsung, beliau berkata kempen itu perlu dipertingkatkan dengan satu pendekatan baharu bagi memenangi hati pengundi muda dan bandar. Sementara itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara dan Sabah.