KUALA LUMPUR, 11 Apr (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dijangka memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak lama lagi bagi melindungi kebajikan penggiat seni bebas, kata Pengerusinya Datuk Gerald Hans Isaac.
Beliau berkata skim tersebut bukan sahaja bakal menjamin masa depan pelakon, tetapi juga kru produksi termasuklah jurumekap, runner, pemandu serta penjaga busana yang bekerja siang malam.
“Finas sudah ada kertas kerjanya...perbincangan untuk mekanisme pelaksanaan caruman akan dibuat bersama kedua-dua badan tersebut. Syarat dan kaedahnya akan diberikan oleh mereka bagi mengaplikasi sistem itu dalam industri seni.
“Finas juga akan bertemu dengan pihak pengurusan stesen-stesen televisyen dan syarikat produksi yang karyawan bebas ini bekerja. Ada banyak proses yang perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan itu dapat dijayakan,” katanya kepada pemberita sempena hari pertamanya memasuki pejabat, di Finas hari ini.
Hans Isaac berkata sudah tiba masanya untuk industri seni diiktiraf sebagai industri profesional, justeru dengan adanya kedua-dua skim tersebut nanti, pengiktirafan itu akan dapat direalisasikan.
Katanya, pengenalan skim tersebut adalah satu daripada 15 manifesto yang dirangka oleh beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang baru sebulan memegang jawatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan 14 lagi manifesto, dengan berkata, “Saya tidak mahu hanya berjanji, saya mahu jayakan sesuatu pelan itu dahulu, pastikan ia dilaksanakan dan apabila dapat keputusannya nanti, baru saya umumkan.”
Dalam pada itu, Hans Isaac memberi jaminan beliau tidak akan bersikap berat sebelah dan memihak kepada kroni atau rakan-rakannya dalam memberikan sebarang dana atau geran daripada Finas untuk produksi filem dan televisyen.
“Sekiranya sesuatu permohonan itu melibatkan konflik kepentingan, saya akan tinggalkan mesyuarat dan biarkan lembaga pengarah yang membuat keputusan. Jika mereka mendapat geran daripada Finas berdasarkan merit, tiada siapa boleh persoalkan,” katanya.
Beliau turut meminta mana-mana pihak yang ragu-ragu dan skeptikal dengan pelantikan beliau dan Ahmad Idham, agar memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan hasil kerja.
“Bagaimanapun, saya menerima maklum balas yang positif, hebat dan mengagumkan daripada pemain industri berhubung pelantikan saya sebagai pengerusi,” katanya.
Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan pelakon, pengarah dan penerbit itu dilantik sebagai pengerusi Finas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa Isnin lepas bagi menggantikan Samsuni Mohd Nor yang menjalankan tugas Pemangku Pengerusi sejak lebih empat bulan lalu.
-- BERNAMA
Memaparkan catatan dengan label finas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label finas. Papar semua catatan
Jumaat, April 12, 2019
Jumaat, November 15, 2013
KP FINAS TERPERANJAT HIGHLAND TOWERS KUTIP RM3 JUTA
NILAI, 15 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(Finas) sedang memantau dan mengambil langkah sewajarnya bagi meningkatkan mutu
dan kualiti filem yang dihasilkan di negara ini, kata Ketua Pengarahnya Raja
Rozaimie Raja Dalnish Shah.
Beliau berkata ini ekoran dari jumlah kutipan daripada filem yang
dikeluarkan tahun ini didapati merudum akibat dari kualiti dan penceritaan yang
lemah serta tidak menepati cita rasa penonton.
"Oleh itu, salah satu langkah yang akan kita ambil ialah memperketatkan
peraturan dan melakukan sesi dialog bagi menjaga mutu sesebuah
filem yang dihasilkan agar mendatangkan hasil pulangan yang baik kepada
pengeluar filem sekaligus meningkatkan jumlah kutipan.
"Tapi ada filem yang kita tidak jangka seperti contoh filem Highland
Towers kerana yang memeranjatkan saya, filem ini mendapat kutipan melebihi RM3
juta. Di sini boleh saya simpulkan, anda buat filem tetapi di akhirnya yang
menentukan adalah penonton.
"Macam mana bagus pun belum tentu diterima penonton kerana selera mereka
berbeza," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian
Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-10 (FFVPM10) 2013 di Universiti
Sains Islam Malaysia (Usim) di sini.
Festival anjuran Usim dengan kerjasama Finas.
Festival yang bertemakan Evolusi Lensa Merentas Globalisasi ini diadakan
bagi menghargai titik peluh pelajar yang bekerja keras dalam bidang perfileman,
komunikasi dan multimedia.
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Filem/Video Pendek,
Filem/Video Dokumentari, Filem/Video Eksperimen, Video Klip, Iklan, Filem/Video
Animasi dan Pesanan Khidmat Awam (PSA).
Daripada kategori pertandingan tersebut, sebanyak 19 kategori hadiah bakal
menjadi rebutan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan
swasta antaranya Filem/Video Terbaik Keseluruhan, Filem/Video Pendek Terbaik dan
Filem/Video Animasi Terbaik.
Lima filem yang dicalonkan bagi kategori Filem/video Pendek
Terbaik ialah 'Dompet' (Usim); 'Mimpi Mah Meri' (Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan); 'Newcastle' (Kuala Lumpur Metropolitan University College); 'Silent
Boy' (Universiti Malaysia Sabah) dan 'Unlock' (Universiti Teknologi Malaysia).
Acara kemuncak festival ini ialah Malam Anugerah FFVPM10 2013 di Stadium
Tertutup Nilai esok.
-- BERNAMA
Khamis, Mei 30, 2013
SHABERY PATUT ARAH FINAS TAYANG TANDA PUTERA
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) patut membenarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada orang ramai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata dengan tayangan filem itu, rakyat boleh membuat penilaian sendiri terhadap mesej yang disampaikan menerusi filem kenegaraan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu.
"Tiba masanya 'Tanda Putera' ditayang untuk tontonan semua," katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
Filem 'Tanda Putera' terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Finas, memaparkan kisah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.
Filem itu, yang dibuat pada 2011 dan dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13, sepatutnya menemui penonton mulai 15 November lepas.
Bagaimanapun, Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan filem itu berikutan ada babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat.
Filem yang menelan belanja RM4 juta itu dibintangi Rusdi Ramli yang diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah.
Ulasan saya, sepatutnya Shabery sebagai menteri yang menjaga FINAS yang mengarahkan FINAS menayangkan filem tersebut atau beliau kena bentang semula isu ini dalam kabinet supaya kabinet membatalkan keputusan penangguhan dahulu.
Langgan:
Catatan (Atom)

