Jumaat, Mac 22, 2013
PAPAGOMO DIHUKUM KES RASUAH?
KUALA LUMPUR: Beberapa blog hari ini menyiarkan satu maklumat berkaitan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan sebagai pengendali blog Papa Gomo yang disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini.
Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.
Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.
Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.
Berikut adalah maklumat penuh:
Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri : RF 142863
Nama : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes : B-06B-68-2011
Mahkamah :
Hakim : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela : Samsul Sulaiman
Kesalahan : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Negeri : Selangor
Kategori : Penjawat Awam
Majikan : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan : Koperal
Tarikh sabitan : 06/09/2012
Pertuduhan :
Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman :
"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"
Selasa, Mac 19, 2013
PERALIHAN KUASA BERJALAN LANCAR?
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi jaminan bahawa peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihanraya umum nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang huru hara. Jaminan itu diberi ketika berucap di majlis sambutan lima tahun pemerintahan PKR di Selangor di Taman Samudra pada malam Ahad lalu.
Beliau yang juga ahli parlimen Gombak kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan beliau ada dokumen bahawa parti pembangkang akan buat huru hara selepas pilihanraya umum ini.
"Saya cabar si lebam dan si sembab bawa bukti ada dokumen sedemikian," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin. Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Kim,Ahli Exco Kerajaan Negeri, Samad Iskandar dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Surib.
Katanya, kini kita ada lima bekas jeneral bersama kita.
"Mereka beri jaminan bila Pakatan Rakyat menang, peralihan kuasa akan berlaku secara aman," katanya lagi. Sehubungan dengan itu beliau turut mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata jika Selangor masih ditawan Pakatan Rakyat, ini bermakna akidah orang Islam di Selangor akan terjejas.
"orang tua ini cakap apa soal akidah?"tanyanya.
Katanya, Dr Mahathir tak payah cakap soal akidah kerana anaknya sendiri Mirzan adalah pemegang saham terbesar dalam kilang arak di Filipna, San Miguel.
"Nak cakap soal akidah, anak sendiri selain minum arak jadi taukeh kilang arak," katanya lagi.
Dalam ucapan aluannya, Penyelaras PAS kawasan Gombaka, Salahudin Nasir berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah anak derhaka.
Katanya, di Tanah Merah, Najib berkata PAS telah melakukan dosa besar.
"Setahu saya salah satu dosa besar ialah anak yang menderhaka kepada ibu bapa. Tun Razak tubuh Petronas dan suruh beri royalti minyak kepada negeri yang ada minyak sebaliknya Najib mengingkari perintah ayahandanya dengan tidak memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan.
"Jadi siapa yang lakukan dosa besar? PAS Kelantan ke, atau Najib?" soalnya.

Khamis, Mac 14, 2013
PARLIMEN DIBUBAR ESOK?
Heboh Dewan Rakyat akan dibubarkan esok pada 15 Mac 2013. Kononnya semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun razak sudah mengadap Yang Dipertuan Agong untuk memohon perkenan Baginda untuk membubarkan parlimen. Ada yang berhujah bahawa setiap hari Rabu memang PM menghadap Yang Dipertuan Agong sebelum mesyuarat kabinet. Oleh itu tidak timbul parlimen akan dibubarkan esok. Ada sumber mengatakan bekas PM, Tun Dr Mahathir tidak bersetuju parlimen dibubarkan sekarang kerana kononnya BN baru menang 85 buah kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Sama ada perkiraan ini betul atau tidak, ia membimbangkan PM untuk membubarkan parlimen di saat ini. Walaupun jutaan rakyat sudah menerima BR1M, tetapi nampaknya undi belum tentu dapat menjamin kemenangan BN. Dalam kes Lahas Datu apabila pengganas Sulu menembak mati 10 askar dan polis, ia membangkitkan semnagt rakyat untuk menentang pencerobohan orang Sulu. Lagu Jamaludin Alias membakar semangat rakyat Malaysia dan nampaknya ia akan memberi kemenangan besar kepada BN. Kita masih ingat pada tahun 1990, BN cemas kalah tetapi bila pemimpin Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah pakai sigah di Sabah, ia membangkitkan semnagat orang Islam untuk mengundi BN. Hal yang sama berlaku sekarang di mana isu kalimah Allah menyebabkan penyokong PAS berpecah dua serta isu pencerobohan di Lahad Datu yang membangkitkan semangat orang Melayu untuk kekal bersama BN. Adakah esok pembubaran akan menjadi kenyataan? sama-samalah kita tunggu kerana inilah kali pertama parlimen genap lima tahun dibubarkan. Biasanya masuk empat tahun, parlimen sudah pun dibubarkan. Pada tahun 2008, pilihanraya umum diadakan pada 8 Mac, tetapi sekarang sesudah genap lima tahun, parlimen masih belum dibubarkan kerana tarikh berkuasa bermula pada hari pertama persidangan Dewan rakyat pada bulan April 2008.

Selasa, Mac 05, 2013
MB DIDESAK JAWAB ISU SKANDAL BAKAL (SIRI TIGA)
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menjawab isu skandal penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan balak di negeri itu.
Beliau mendedahkan modus operandi wang rasuah bersabit balak di Terengganu, yang melibatkan 12 syarikat pembalakan yang dipaksa memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan proksi untuk membeli sebuah syarikat bernilai RM2.
“Satu perjanjian ditandatangani pada 28 Disember 2011, agar syarikat-syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat dormant bernama Berkat Seribumi Sdn Bhd yang mempunyai saham berbayar RM2 sahaja,” kata Rafizi menerangkan isu tersebut di ibu pejabat parti hari ini.
Menurut Rafizi, syarikat itu dijual dengan harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan.
“Wang dari jualan tersebut disyaki disalurkan kembali kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak,” kata Rafizi lagi.
Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap beserta dengan bukti.
Turut bersama Rafizi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang mula-mula membongkarkan skandal balak di negeri tersebut.
“Apa yang berlaku di Terengganu ialah ‘daylight robbery’, hasil kekayaan negeri Terengganu dikaut oleh kroni-kroni,” kata Dr Syed Azman dalam sidang media tersebut.
“12 syarikat terpaksa membeli syarikat RM2 dengan harga RM2.5 juta. Cuba bayangkan RM2.5 juta didarabkan dengan 12?”
Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.
“Keputusan itu diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan yang dipercayai dipengerusikan sendiri Datuk Seri Ahmad Said,” katanya lagi.
Pihaknya juga berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit dengan urusniaga pembelian saham, dimana satu perjanjian dikeluarkan kerajaan negeri Terengganu agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli Berkat Seribumi.
“Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu menjelang pilihan raya umum ke-13, sementara menunggu jawapan rasmi dari beliau dan keseluruhan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional,” kata Rafizi lagi.
Beliau juga berkata, media milik Umno dan Barisan Nasional jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita penyelewengan balak di negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Kelantan, sedangkan kes rasuah balak di Terengganu lebih besar dan lengkap dengan bukti.

Ahad, Mac 03, 2013
TUJUH JAM DI JABATAN IMIGERESEN
Khamis lalu, saya bersama rakan dari Indonesia telah pergi ke Jabatan Imigeresen Malaysia (JIM) di Jalan Duta di sebelah Mahkmah Syariah Wilayah Persekutuan. Tujuan saya ke sana menemani kawan saya yang mahu menyambung visanya yang tamat pada hari tersebut. tepat jam 8 pagi,pada mulanya Jono beratur di kaunter untuk ambil nombor. Seorang ulat yang disahkan oleh Jabatan Imigeresen bernama Siti (0193968735) telah menemui Jono supaya mengisi borang. Borang itu dijual oleh Siti dengan harga RM5.00. Ketika sampai giliran Jono, pegawai yang beri nombor suruh Jono beli tiket kapal terbang terlebih dahulu.
Kami fikir mana nak cari duit untuk beli tiket kapal terbang, tetapi Siti kata tiket boleh dibeli dengan harga RM25.00. Jono beratur semula untuk dapatkan nombor. Maka Jono diberi nombor giliran dengan mengepilkan tiket kapal terbang palsu Garuda yang akan berangkat pada 29 Mac. Bila tiba giliran Jonor di kaunter, pegawai kata visa hanya disambung seminggu sahaja. Maka Jono kena beli tiket lain pula. Sekali lagi Siti menjual tiket palsu dengan harga RM25 juga. Begitu mudahnya mereka menipu Imigresen kononnya sudah ada tiket palsu. Maka Jono beratur sekali lagi untuk dapatkan nombor giliran yang lain pula.
Jam 12, Jono diarah bayar RM100 di kaunter nombor 9 yang menunjukkan borang sambung visa Jono boleh diproses dengan mengemukakan tiket kapal terbang palsu yang dijual denganh harga RM25. Kali ini visa Jono disambung untuk seminggu sahaja. Tepat jam 3 petang, Jono dapat pasportnya yang sudah disambung visa selama seminggu. Tiga jam menunggu. Pegawai yang nak tandatangan kelulusan ambil masa tiga jam sedangkan prosesnya sekejap sahaja. Yang lucunya pegawai JIM yang bernama Mohd Jim sudah ambil bakul untuk beri pasport yang sudah siap masuk semula ke dalam kerana ada seorang orang luar suruh dia cari sesuatu. Dia yang nak beri pasport kepada pelanggan yang mewnunggu tidak jadi beri paspot. Maka ia tergendala selama 15 minit. Hairan juga kepada Mohd Azmi layan orang itu. Mungkin dia kenal orang itu.
Betapa tidak cekapnya Jabatan Imigeresen. Oleh itu Ketua Pengarah JIM, Datuk Alias Ahmad yang kebetulan senor saya di Universiti Malaya wajar membuat KPI yang baru kepada kakitangannya supaya setiap pemohon tidak ambil masa selama tujuh jam. Juga kalau boleh tiket palsu ini janganlah digalakkan walaupun ia dijual oleh ulat yang diiktiraf oleh JIM sendiri.

Khamis, Februari 21, 2013
KONTRAKTOR YANG CUAI ATAU PEMBERI PROJEK YANG CUAI? (SIRI DUA)
Seorang ahli perniagaan, Mohamed Salleh atau Din yang mempersoalkan kontraktor yang dapat projek membina semula bumbung Stadium Sultan Mizan dalam blog ini pada 16 Januari lalu bertanya siapa yang cuai bila berlaku peristiwa semalam yang melaporkan bahawa stadium yang sedang dibina semula runtuh?
katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kontraktor yang cuai menyebabkan lima pekerja cedera tetapi bagi saya kerajaan negeri yang cuai kerana memilih kontraktor yang tidak layak untuk membuat kerja tersebut.
"MME memang tak layak dan tidak ada kepakaran tetapi oleh kerana kroni, projek itu diberikan kepada MME," katanya sambil mempertahankan kerajaan negeri rela membazirkan RM25 juta sedangkan syarikat Jepun yang dibawanya sedia membina semula stadium itu secara percuma.
Katanya lagi, dalam soal ini bukan kontraktor yang cuai tetapi kerajaan yang cuai kerana memilih kontraktor yang tidak ada kepakaran.
Beliau menggesa SPRM menyiasat cara pemberian tender kerana kononnya tender sudah ditutup tetapi oleh kerana ia hendak diberi kepada MME, ia dibuka semula.
bila stadium runtuh semula, ia menjadi bahan jenaka dalam laman sosial semalam.Katanya, syarikat Jepun yang bercadang membina smeula stadium itu secara percuma ada kepakaran dalam bidang tersebut.

Isnin, Februari 11, 2013
KALAU BN KALAH, JANGAN BUAT DEMONSTRASI
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
"Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.
"Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah hari ini.
Menurut Musa pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku.
"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan. Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya.
"Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," katanya.
Ulasan saya, siapa sahaja yang kalah tak kira BN atau pakatan rakyat, janganlah hasut para penyokongnya buat deonstrasi. Hormatilah keputusan pilihanraya umum.
Ahad, Februari 10, 2013
CUKUPLAH RADZI
Anggota parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bersedia menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.
Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan sama ada untuk memberi mandat sebagai calon atau sebaliknya kerana apa yang lebih penting BN perlu menang pada pilihan raya umum.
"Jika diberi kepercayaan untuk bertanding sama ada kerusi parlimen atau dewan undangan negeri, saya bersedia... dan jika tidak dicalonkan, saya tetap melaksanakan amanah sebagai pengarah pilihan raya BN parlimen Kangar," katanya.
Bercakap kepada Bernama hari ini, Mohd Radzi berkata, tanggungjawabnya adalah memastikan setiap calon BN terutama di kawasan parlimen Kangar akan menang pada pilihan raya umum.
Mohd Radzi, 71, anak kepada menteri besar Perlis yang pertama selepas merdeka, allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim, berkata faktor umur bukan penghalang untuk seseorang itu menjadi calon kerana yang penting ialah sihat tubuh badan dan mampu berkhidmat kepada rakyat.
Ulasan saya, cukuplah Radzi jadi calon. Berilah peluang kepada orang muda untuk jadi calon BN di kawasan parlimen Kangar. radzi pernah jadi setiausaha parimen, timbalan menteri di zaman Dr Mahathir sehingga dipecat bila menyokong team B pada tahun 1987. Selepas Pak Lah jadi PM pada tahun 2003, baru beliau menyertai semula kabinet sebagai menteri penuh.
Khamis, Februari 07, 2013
MARAHILAH SAMA NIK AZIZ JUMPA PM
Tindakan beberapa penyokong PAS yang mengecam kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di program 'My Beautiful Malaysia' di Sungai Petani, Kedah Ahad lalu melambangkan fikiran sempit, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.
Menurutnya, mereka (penyokong itu) tidak menyedari bahawa program anjuran kerajaan pusat itu adalah untuk keseluruhan rakyat tanpa mengira fahaman politik.
"Mereka sepatutnya tidak melihat program tersebut dari sudut yang sempit kerana Datuk Seri Azizan adalah ketua kerajaan negeri yang mewakili semua rakyat dan tidak hanya sebagai wakil PAS.
"Pengikut-pengikut PAS kena tahu menilai program tersebut kerana ia boleh memberi faedah kepada rakyat walaupun ia adalah anjuran kerajaan pusat," katanya.
Razali bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Muar hari ini.
Ulasan saya, nampak sangat ahli-ahli PAS berfikiran sempit. Kenapa mereka tak marahi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sering hadiri majlis PM, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang berkunjung ke Kelantan? jangan jumud sangat wahai para penyokong PAS.
Janganlah jadi jumud sangat. Apa salahnya Azizan hadiri majlis kerajaan BN
Rabu, Februari 06, 2013
SENARAI CALON BN TERENGGANU DAH KELUAR?
Lucu juga bila saya terima sms dari seorang kawan yang menyenaraikan calon BN bagi 32 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen Terengganu.Bermula dari Besut, Datuk Seri Idris Jusoh akan bertanding di kerusi parlimen Besut. Tempatnya sekarang DUN Jertih akan ditandingi oleh Mustafa.Dr. Rahman (Exco Kesihatan) kekal di Kuala Besut. Cikgu Soh menggantikan Nawi Mohamad di Hulu Besut dan Pahimi kekal di DUN Kota Putera.
DI setiu, Exco Agama, Khazan Che Mat menggantikan Datuk Mat Jidin. Tempat Khazan di DUN Batu Rakit ditandingi Nasir Mohd. Nor, Halim kekal di DUN Permaisuri. Begitu Ramlan Ali kekal di DUN Jabi. DUN Langkap mengemukakan calon baru, Baharudin. EXCO Pelajaran, Datuk Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus. Tempatnya diambil oleh bekas calon lama, Sufian Ali. Ramli Noh kekal di DUN Tepoh. Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Kamarul Amin bertanding di Teluk Pasu. IR Mohd Yasim bertanding di DUN BUKIT tunggal. Cikgu Zubir Embong bertanding di parlimen Kuala Terengganu, WAN mahyuddin di DUN Wakaf Mempelam, Datuk Wan Zul di DUN Ladang,TOH kekal di DUN Bandar (MCA) danMat Sabri Alwi di DUN Batu Buruk. Cikgu Mohd Noor kekal di parlimen Hulu terengganu. Tengku Putra bertanding di DUN Kuala Berang, Rozi kekal di DUN Telemong, Datuk Rosol Wahid kekal di DUN Ajil dan Yusof Awang Hitam bertanding di DUN Manir. Dr Latif Awang jadi calon BN di parlimen Marang,Tengku Zainudin bertanding semula di DUN Rhu Rendang,Ustaz sapiee di DUN Bukit Payong dan Datuk Yahya khatib kekal di DUN pengkalan Berangan.KETUA pemuda Negeri, Saiful Bahari bertanding di DUN Alor Limbat.Datuk Muktalidi kekal di parlimen Dungun. Datuk Zaabar kekal di DUN Rantau Abang. Begitu juga Datuk Din Adma kekal di DUN Bukit Besi di DUN Sura, orang baru Badaruddin dan di DUN Paka,Haji Samiun Salleh menggantikan Zakaria yang ada kes mahkamah syariah semalam. Datuk Shabery Cheek kekal di parlimen Kemaman. Datuk Mohamed Awang tera kekal di DUN Chukai,Wan Hakim kekal di DUN Air Putih dan mengejutkan Kamaruddin Ali bertanding di DUN Kijal.Manakala di DUN kemasik ditandingi orang baru juga, Haji Mustafa Abdul Rahman. Saya tak pasti sms ini betul atau tidak tetapi sms ini telah tersebar ke seluruh negara.
Jumaat, Februari 01, 2013
MAHATHIR TAKUT BN KALAH
Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat
desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.
"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."
Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.
"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.
Ulasan saya, kenapa Mahathir takut BN kalah? Adakah kerana dia bimbang Anwar akan menyumbatnya dalam penjara? Kalau dia tak buat salah, kenapa harus takut pada mahkamah? Mahkamah akan menentukan sama ada dia bersalah atau tidak bila dibicarakan nanti.
Khamis, Januari 31, 2013
BERANIKAH KHALID?
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Capgome iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan tetap dibuat meskipun ketika itu Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman berhubung pembubaran Parlimen.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar pembubaran DUN itu, kecuali menyatakan pengumuman tersebut hanya dilakukan selepas tempoh sambutan berkenaan.
Namun, tambah beliau, kerajaan negeri akan turut membubarkan DUN serentak sekiranya Kerajaan Pusat mengambil keputusan mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh sambutan Capgome
Soalnya, beranikah Khalid bubar awal Dewan Undangan Negeri Selangor? Jika Selangor adakan pilihanraya awal, sudah tentu jentera BN seluruh negara akan berkampung di Selangor untuk kalahkan kerajaan Pakatan Rakyat. Peluang untuk PR kalah lebih cerah bila pilihanraya umum tidak diadakan serentak.
Kita tengok sejauh mana beraninya Khalid lepas Chapgome nanti.
Rabu, Januari 16, 2013
KERAJAAN TERENGGANU SUKA MEMBAZIR? (SIRI SATU)
Seorang ahli perniagaan, Mohamad bin Salleh atau lebih dikenali sebagai Din mendakwa kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said suka membazir wang rakyat.
Beliau hairan kenapa kerajaan negeri sanggup membuang RM25 juta wang rakyat dalam membersih dan membina semula Stadium Sultan Mizan yang runtuh empat tahun lalu sedangkan ada sebuah syarikat dari Jepun, Eton Construction Pte Ltd sanggup membersih dan membina semula secara percuma.
"Saya hairan kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah kerana ada permainan tertentu kerana kononnya syarikat yang dapat tender membersih stadium itu iaitu Bersih Prima Kriss Sdn Bhd dilobi oleh isteri muda seorang VVIP?," katanya kepada blog ini.
Bersih Prima Kriss Sdn Bhd dikatakan mendapat tender membersih stadium yang runtuh itu dengan harga lebih RM7 juta. Manakala syarikat yang ditawarkan untuk membina semula stadium iaitu MME Sdn Bhd dikatakan mendapat tender sebanyak RM17 juta lebih.
"Ini bermakna anggaran harga yang mahu diberi percuma oleh syraikat dari Jepun milik Shigerato Kono dan Kenji Yomono itu adalah RM25 juta," katanya lagi.
Din mendakwa jika syarikat Jepun itu ditawarkan untuk membersih dan membina semula stadium itu, ini bermakna kerajaan negeri dapat menyelamatkan wang rakyat sebanyak RM25 juta.
"oleh itu saya mahu penjelasan kenapa syarikat Jepun yang sanggup menjimatkan rakyat rakyat tidak diberi pertimbangan kerana kononnya tender sudah dibuka padahal ketika itu tender belum dibuka," katanya lagi.
Sehubungan dengan itu beliau juga hairan kenapa MME diberi tender membina semula stadium sedangkan lima syarikat yang hantar tender sudah ditutup tetapi MME diberi masa lagi untuk menghantar tawaran yang dibuat oleh pejabat SUK.
"Saya mahu penjelasan dari pejabat SUK kerana tender ini bukan diurus oleh JKR," katanya yang mendakwa MME adalah milik Datuk Mat Zapi yang dikatakan bakal calon BN bagi DUN Alor Limbat menggantikan YB Alias Abdullah.
Beliau kesal kerana kerajaan tidak pandai menjimat wang rakyat sebanyak RM25 juta kerana dengan RM25 juta pelbagai projek pembangunan untuk rakyat dapat dibuat.
Ahad, Januari 06, 2013
SIAPA SELEPAS AHMAD SAID?
Pilihanraya umum 2013 kian hampir.Sekarang ini ramai yang menunggu ketibaan pilihanraya umum tersebut untuk melihat sama ada ada perubahan di negeri Terengganu. Jika Datuk Seri Ahmad kekal bertanding di DUN Kijal, beliau dijangka dilantik sebagai MB Terengganu buat penggal kedua.
Tidak ada sebab beliau digugurkan sebagai MB kerana beliau baru sepenggal jadi MB. Takkanlah MB Terengganu mahu bertukar setiap penggal selepas Datuk Seri Idris Jusoh sepenggal dan Ahmad Said sepenggal.
Pelbagai khabar angin kita dengar tentang kedudukan Ahmad Said. Ada yang kata beliau kekal bertanding di DUN Kijal dan terus menerajui terengganu selepas pilihanraya umum Mac ini. Ada pula yang mengatakan Ahmad Said bertanding di kerusi parlimen Kemaman menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Jika benar Ahmad Said bertanding di kerusi parlimen, maka siapa yang layak gantikan beliau sebagai MB Terengganu? Sekarang ada enam calon yang layak menjadi MB Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Yahya Khatib, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Jailani Ngah.
Sebagai bekas menteri penerangan dan menteri belia dan sukan, Ahmad shabery layak jadi MB Terengganu yang baru. Cuma orang akan pertikai selepas wan Mokhtar dan Ahmad Said, takkanlah ambil orang Kemaman lagi sebagai MB Terengganu? Adakah orang dari daerah lain tak layak jadi MB?
Jika itu perkiraannya, Timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno terengganu, yahya khatib yang juga ketua umno bahagian Marang layak jadi MB. beliau adalah exco wanita dan kebajikan dan pernah jadi exco kerjaraya.
Exco senior, Rahin Mohd Said juga layak jadi MB.beliau sudah dua penggal jadi exco di zaman Idris dan Ahmad said. Ketika menjadi exco IKS, beliau memperkenalkan T Shoppe. beliau kini exco kebudayaan dan perlancongan pernah jadi exco belia dan sukan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tengku Putera yang tidak jadi calon pada tahun 2008 dijangka juga jadi MB jika beliau bertanding semula di DUN Telemong. Bekas Timbalan Menteri kewangan itu adalah saudara Sultan Mizan.
ADUN Air Putih, Wan Hakim juga disebut=sebut sebagai calon MB. Beliau layak jadi MB kerana karismanya yang dapat menjadi imam walaupun berkelulusan sebagai jurutera. Manakala calon terakhir ialah setriausaha politik PM, Datuk Jailani Ngah yang dijanka bertanding di kerusi DUN batu Rakit. Jika beliau dihantar bertanding di situ maka beliaulah pengganti utama Ahmad Said.
Sabtu, Disember 22, 2012
ZAM PATUT MINTA MAAF KEPADA HABIBIE
Bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin patut minta maaf kepada bekas Presiden Indonesia,BJ Habibie kerana mengatakannya sebagai pengkhianat. Walaupun ia dianggap sebagai pandangan peribadi, tetapi apabila menghina bekas Presiden sebuah negara, ia memang tidak patut disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia (adik beradik Utusan Malaysia) yang dianggap sebagai Utusan Fitnah (kerana banyak kes saman fitnah).
Katakan bekas menteri Indonesia menghina bekas Perdana Menteri kita, Tunku Abdul Rahman adakah kita tidak marah? Oleh itu Zam harus sedar beliau adalah bekas menteri, maka beliau tidak wajar menuduh bekas Presiden negara jiran dengan tuduhan sebegitu rupa.
Inilah akibatnya orang yang tak layak jadi menteri dilantik menteri dan orang yang tak layak jadi Ketua Pengarang akhbar dilantik Ketua Pengarang. Seorang stringer boleh jadi Ketua Pengarang? Hebat sangatkah Zam? Zam lulus universiti mana kalau tidak ampu dan bodek sehingga dapat jadi Ketua Pengarang sebuah akhbar harian.
Kalau dia hebat, dia sudah jadi Ketua Umno Bahagian Merbok sebaliknya jadi ahli parlimen Merbok sahaja tanpa jadi orang kanan dalam parti. Oleh itu sebagai bekas menteri, beliau perlu berhati-hati menulis di lain kali supaya tidak menyinggung perasaan rakyat Indonesia.
Ahad, Disember 16, 2012
KOS AMBIL PEKERJA ASING LEBIH RENDAH
Cadangan supaya pengambilan pekerja asing dilakukan sepenuhnya menerusi kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan tanpa melibatkan agensi boleh meringankan beban rakyat.
Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, melalui cara itu para majikan dapat membayar kos pengambilan pekerja asing lebih rendah iaitu bersesuaian dengan kemampuan mereka.
"Majikan yang ingin mengambil pekerja asing mampu membayar kos tersebut sekitar RM3,000 apabila urusan pengambilan diuruskan secara terus antara dua kerajaan.
"Saya yakin rakyat akan menyokong penuh cadangan ini kerana agensi pekerja asing mengenakan bayaran terlampau tinggi seolah-olah mahu mencekik darah pelanggan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
...
Jumaat, Disember 14, 2012
KU LI SERAH KEPADA PUCUK PIMPINAN
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.
Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab. Aziz Yusof.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Gua Musang berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan anggota bagi memastikan BN terus mendapat mandat daripada rakyat.
Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberi semangat baharu kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat.
Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi DUN kekal menang.
Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya.
Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah mengekalkan kemenangan. - BERNAMA
Jumaat, Disember 07, 2012
MUSA MAKIN MENGARUT
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata Akta Perhimpunan Aman 2011 mungkin menjadi punca kepada insiden keganasan politik seperti yang berlaku di Gombak baru-baru ini oleh kerana kuasa polis untuk memantau sudah berkurangan.
"Saya rasa... berkemungkinanlah because why (sebab apa), polis dah tak boleh nak pantau lagi keadaan itu.
"Tetapi saya merasakan dalam keadaan begitu, polis kena berhati-hatilah untuk menentukan keselamatan orang di tempat-tempat ceramah," kata Musa apabila ditemui oleh pemberita selepas acara 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Kemana Maruah Kita?' di Shah Alam semalam.
Musa menasihatkan agar semua pihak agar berpolitik dengan lebih matang dan pihak berkuasa tidak seharusnya membiarkan kumpulan politik yang berbeza berceramah secara bersebelahan.
"Tetapi saya ingin menasihatkanlah, kalau ada ceramah politik, janganlah bergaduh, tak elok, malu orang tengok.
"Ini pasal nak bagi tau masyarakat tentang apa you nak buat, bergaduh buat apa, toksah bergaduhlah kan.
"Ceramah sebelah-sebelah tak boleh sebenarnya. Masa saya bertugas dulu, walaupun saya Inspektor dulupun, di Melaka kita ada pilihan raya tidak akan dibenarkan (ceramah) sebelah-sebelah.
"Ini akan mewujudkan pergaduhan, provokasi.
Apabila ditanya mengapa sekarang ceramah secara bersebelahan diantara parti politik yang berlawan, beliau menjawab: "Itu tak tahulah nak cakap, itu kena tanya orang yang membenarkan."
Ulasan saya, sesuatu akta yang melibatkan polis, sudah tentu KPN turut bincang sama. Adakah ia diluluskan di zaman KPN sekarang? Jika di zaman KPN sekarang, Musa tidak terlibat. Jika akta ini dibuat di zaman Musa, adakah Musa akan menentangnya?
Bila dah pencen, tak payah Tan Sri
buat kenyataan yang bercanggah. Lebih baik duduk diam sahaja. Lagi banyak anda bercakap Tan Sri semakin keliru rakyat apatah lagi anda adalah bekas KPN. Ikutlah rasmni Tun Hanif Omar yang tidak cakap banyak.
Khamis, November 29, 2012
BN KALAH TRAGEDI 13 MEI BERULANG?
Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
“Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.
“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.
“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.
“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.
“Kata doktor, barah jika dirawat dari awal kurang menyakitkan.
“Jika dibiarkan ia akan terus merebak menjadi barah yang membahayakan, menyakitkan dan seterusnya boleh membunuh.
“Kita mesti berani mengambil tindakan yang tegas untuk kebaikan parti kita kerana ‘luas tentu bertepi dan panjang tentunya berpenghujung,” kata bekas ahli parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Perhimpunan Agung Umno berjalan selama lima hari dari 27 November sehingga 1 Disember
Sabtu, Oktober 20, 2012
KENAPA WANITA MCA TAKUT PADA HUDUD?
Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
mca wanita agm 201012 02"(DAP ) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222 kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur.
"Ekoran pertimbangan agama, anggota parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang (hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk pindaan perlembagaan."
Walaupun mengakui anggota parlimen beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan dibentangkan.
Sehubungan itu, tambahnya, Malaysia akan bertukar menjadi negara teokratik sekiranya mengundi Pakatan.
Langgan:
Catatan (Atom)