Khamis, Jun 04, 2015

MUHYIDDIN TIADA KEKUATAN?

Sebuah portal news melaporkan ketibaan Muhyiddin Yasin di KLIA malam tadi disambut oleh 50 orang penyokong  manakala seorang blogger terkenal, Shahbudin Husin menulis TPM disambut oleh 200 para penyokongnya.
Beliau mengatakan para penyokong Najib Razak lega kerana Muhyiddin tidak membuat sebarang pengumuman. Timbalan Presiden Umno itu sekadar senyum dan bersalam dengan penyokongnya dan beliau enggan mengulas sebarang pertanyaan media.
Muhyiddin yang baru tiba dari bercuti di Australia menjadi sasaran media selepas Najib memberi kata dua kepada menteri yang tidak menyokongnya dalam isu 1MDB supaya meletakkan jawatan. Muhyiddin diberi fokus oleh media kerana beliau tidak hadiri mesyuarat kabinet Jumaat lalu ketika Najib memberi kata dua tersebut.
Ramai yang melihat seolah-olah Muhyiddin tidak bersetuju dengan isu 1MDB yang membebankan Umno. Malah ahli Umno menyandarkan harapan kepada Muhyiddin untuk menyelamatkan Umno yang sedang nazak. Umno kini bukan sahaja diserang oleh parti pembangkang malah Umno turut diserang oleh ahli Umno yang bosan dengan sikap Najib yang menubuhkan 1MDB sehingga RM42 bilion hilang.
Kemuncaknya apabila bekas PM, Dr Mahathir Mohamad turut menyerang Najib yang dilihat gagal memimpin kerajaan BN. Kata Dr Mahathir, inilah masa terbaik bagi Najib melepaskan jawatan kerana ada masa yang cukup untuk Umno mengubati penyakitnya menjelang PRU 2018.
Skandal 1MDB benar-benar menguji kepimpinan Najib sama ada beliau terus kekal memimpin negara atau berundur di pertengahan penggal. Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengatakan jika Najib meletakkan jawatan, masalah tidak juga selesai. Maka sebaik-baiknya Najib terus memimpin Umno sehingga PRU akan datang.
Sebaliknya Dr Mahathir berhujah inilah masa terbaik bagi Najib berundur kerana dalam tempoh tiga tahun ada masa bagi pengganti beliau untuk  mengubati luka yang sedang dihadapi Umno. Ada yang berpendapat sambutan di KLIA malam tadi begitu hambar menunjukkan bahawa Muhyiddin tiada kekuatan untuk menjatuhkan Najib.
Ke mana-mana Najib buat road show, beliau disambut secara besar-besaran dan ia membakar semangat Najib untuk menyerang balas kritikan Dr Mahathir. Sebaliknya Muhyiddin bukannya mahu menjatuhkan Najib. Beliau mahu Umno berada di atas landasan yang betul supaya tidak tergelincir dalam PRU akan datang.
Sudah tentu sambutan hambar terhadap Muhyiddin malam tadi mengecewakan golongan yang mahu melihat gabungan Najib-Muhyiddin retak. Mereka cuba melagakan kedua-dua pemimpin tertinggi Umno. Apa motif mereka menyebarkan video tertutup Muhyiddin kepada orang ramai kalau bukan untuk melagakan Muhyiddin dengan Najib?
Tetapi Muhyiddin tidak mudah terperangkap dengan usaha golongan batu api ini sebaliknya beliau terus tenang. Muhyiddin tidak melatah seperti Musa Hitam yang akhirnya meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan kerenah Dr Mahathir pada tahun 1986.
Bagi Muhyiddin meletakkan jawatan di saat Umno sedang nazak akan mengeruhkan lagi suasana. Jadi beliau perlu membantu Najib menyelesaikan isu 1MDB. B eliau akan menilai sejauh mana pelan pemulihan 1MDB yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan II, Husni Hanazlah dapat memulihkan imej kerajaan BN.
Mungkin bagi Muhyiddin, beliau mahu beri peluang kepada Najib menyelesaikan isu tersebut dalam tempoh enam bulan. Ramai yang menganggap jika Muhyiddin meletakkan jawatan sekarang, Umno semakin hancur. Maka tindakannya berdiam diri dapat menyelamatkan Umno buat seketika.
Muhyiddin popular pada tahun 2008 apabila beliau berani mendesak Pak Lah berundur selepas BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Muhyiddin dibawa masuk Umno oleh bekas Menteri Besar Johor, Othman Saat. Pada tahun 1978, beliau menang bertanding di parlimen Pagoh dan dilantik setiausaha parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan.
Pada tahun 1982, beliau mengejutkan orang ramai kerana sebagai timbalan menteri beliau berjaya mengalahkan guru politiknya, Othman Saat dalam pertandingan Ketua Umno Bahagian Pagoh. Sejarah beliau menentang mentor politiknya menunjukkan Muhyiddin bukan yes man. Kalau sampai masanya dan jika isu 1MDB tidak selesai, Muhyiddin akan menentang Najib bagi jawatan Presiden Umno pada tahun hadapan.
Justru itu Muhyiddin sedang membaca mood ahli-ahli Umno di seluruh negara. Jika kena gayanya maka Muhyiddinlah yang bakal menentang Najib. Kepimpinan Najib tidak pernah teruji kerana beliau selalu menangi jawatan tanpa bertanding. Jawatan Ketua Pemuda pada tahun 1988 menang tanpa bertanding. Malah jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2004 pun menang tanpa bertanding dan jawatan Presiden Umno pada tahun 2009 pun menang tanpa bertanding.
Sebaliknya Muhyiddin berani menentang arus seperti yang dilakukannya kepada Othman Saat dan Pak Lah. Oleh itu jika Najib tidak berubah, maka Muhyiddinlah harapan ahli Umno untuk menyelamatkan Malaysia.
Ketika heboh Pak Lah mahu melantik Muhyiddin sebagai timbalannya pada tahun 2003, Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail mencadangkan kepada Najib jika Pak Lah lantik Muhyiddin, kita lawan Muhyiddin bagi jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 2004.
Sebaliknya pertandingan Najib-Muhyiddin itu tidak menjadi kenyataan apabila Pak Lah melantik Najib sebagai timbalannya. Maka pertandingan Najib-Muhyiddin bagi jawatan Presiden Umno pada tahun hadapan tidak dapat dielakkan jika Najib gagal menyelesaikan isu 1MDB.




Selasa, Jun 02, 2015

MUSLI TERTINGGAL MEWAWANCARA PAIRIN

Nama Buku: Dari Stephens Ke Musa: Cabaran 13 Ketua Menteri Sabah
Nama Penulis: Musli Oli
Nama Penerbit: Rontog Publication
Harga: RM70.00
Tebal: 226 halaman

Membaca buku terbaharu Musli Oli, Dari Stephens Ke Musa: Cabaran 13 Ketua Menteri Sabah , ia agak menarik kerana penuh dengan fakta. Namun demikian bukan semua Ketua Menteri yang diulasnya. Ada yang tertinggal seperti zaman YongTeck Lee, Bernard Dompok dan Chong Kah Kiat.

Jika semua kepimpinan 13 Ketua Menteri diulas secara ilmiah dalam buku ini, maka buku ini akan menjadi lebih lengkap. Bagaimanapun usaha Musli menulis buku ini memang wajar diberi pujian kerana beliau  membuat kajian dalam waktu yang terbatas.
Buku setebal 226 muka surat ini bermula dengan pertelingkahan Presiden Usno, Datu Mustapha Datu Harun dengan Presiden UNKO, Donald Stephens. Mustapha memilih jawatan Yang Dipertuan Negeri apabila Sabah membentuk Malaysia pada  16 September 1963.Sebaliknya Donald (Fuad Stephens) memilih jawatan Ketua Menteri Sabah.
Mustapha tersalah tafsir. Beliau ingatkan jawatan Yang Dipertuan Negeri ada kuasa eksekutif. Sebaliknya Fuad yang ada kuasa eksekutif tidak pernah memaklumkan keputusan kerajaan kepada Mustapha. Maka marahlah Mustapha kepada Fuad. Apabila Fuad menyedari Usno dan Sabah Chinese Association (SCA) mahu membuat undi tidak percaya kepadanya, maka Fuad meletakkan jawatan. Jawatan Ketua Menteri beralih kepada Peter Lo, orang Cina pertama menjadi Ketua Menteri Sabah dan Fuad dilantik menteri pusat oleh Tunku Abdul Rahman.
Buku ini mendedahkan bahawa Fuad Stephens pada mulanya menentang gagasan Malaysia tetapi ubah pendirian apabila dipujuk Ketua Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew berkata selepas Tunku Abdul Rahman berundur, beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan beliau akan lantik Fuad sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tawaran Lee Kuan Yew ini menyebabkan Fuad menyokong Sabah menyertai Malaysia.
Menurut bekas pegawai kerajaan Sabah, Datuk Karim Ghani, majoriti rakyat Sabah tidak mahu masuk Malaysia tetapi beliau membuang kertas menolak Malaysia dalam tong sampah . Maka Suruhanjaya Cobbold membuat keputusan Singapura, Sabah dan Sarawak bersama Malaya bersetuju membentuk Malaysia.
Buku ini juga berhujah bahwa Sabah dan Sarawak adalah satu negara yang membentuk Malaysia bersama Malaya. Oleh itu Sabah tidak setaraf Selangor, Melaka, Johor dari segi perlembagaan.  Namun demikian pucuk pimpinan negara seolah-olah melayan Sabah dan Sarawak setaraf dengan 11 buah negeri di Malaya. Ini yang menimbulkan kemarahan rakyat Sabah dan Sarawak.
Selepas pilihanraya umum 1967, Perikatan Sabah yang terdiri dari Usno dan SCA memenangi pilihanraya negeri. Mustapha dilantik Ketua Menteri yang baharu. Akhirnya beliau dijatuhkan oleh Kuala Lumpur pada tahun 1976 kerana enggan menandatangani perjanjian Petronas yang memberi royalti minyak kepada Sabah lima peratus. Ghafar Baba meminta Haris Salleh menubuhkan Berjaya dan Haris Salleh bergabung dengan Fuad Stephens menjatuhkan Usno. Selepas Fuad terbunuh dalam nahas kapal terbang, Haris Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Selama sembilan tahun Haris menjadi diktator baharu dan ditumbangkan oleh Joseph Pairin Kitingan yang baru sahaja menubukan Parti Bersatu Sabah (PBS). Apabila PBS keluar dari BN pada tahun 1990, Umno memasuki Sabah.
Pada pilihanraya umum 1994, Umno kalah dalam PRU tersebut kepada PBS. Apabila dua ADUN PBS melompat menyertai Umno maka tumbanglah kerajaan PBS. Sakaran Dandai dilantik Ketua Menteri Sabah yang baharu dalam sistem penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun sekali.
Apabila Said Keruak meletakkan jawatan Yang Diper=tuan Negeri, Sakaran dilantik sebagai TYT yang baharu. Osu Sukam diarah terbang segera ke Sabah untuk angkat sumpah sebagai Ketua Menteri menggantikan Sakaran. Bila dia tiba di  lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, beliau diarah jangan pergi ke istana kerana Salleh Said Keruak telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang baharu.
Genap dua tahun ADUN Umno menjadi Ketua Menteri, giliran ADUN SAPP pula, Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri selama dua tahun. Tamat Yong Teck Lee, giliran Bernard Dompok dari UPKO pula menjadi Ketua menteri sehingga PRU 1999. Bernard kalah dalam PRU itu maka jawatan ketua menteri menjadi milik Osu Sukam dari Umno.
Genap dua tahun tiba giliran Presiden LDP, Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri pada tahun 2001.  Seterusnya giliran Musa Aman menjadi Ketua menteri Sabah yang ke 14 mulai April 2003. Di atas kebijaksanaan Musa, beliau berjaya memansuhkan sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Beliau kini kekal sebagai Ketua Menteri Sabah selama 12 tahun.
Buku ini lebih menarik jika Musli dapat mewawancara Shafie Apdal, Naib Presiden Umno dua penggal tentang kepimpinan Musa. Mereka dikatakan bermusuh. Malah Musa turut dicalonkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2013 tetapi beliau beri laluan kepada Shapie Apdal. Musa juga dikatakan memainkan peranan memujuk Pairin dan PBS menyertai semula BN. Jika Musli dapat mewawancara Pairin sudah tentu buku ini lebih bermakna.
13 orang Ketua Menteri ada cabaran masing-masing. Tetapi perlantikan Musa sebagai Ketua Menteri membuktikan bahawa apabila jutawan berada di tampuk kuasa, beliau tidak ada niat untuk merompak duit rakyat. Maka beliau selaku Pengarah Yayasan Sabah di zaman Sakaran Dandai berani membatalkan NBT yang mahu mengambilalih kawasan pembalakan Yayasan Sabah. Jika dia bersetuju, maka dia menjual Yayasan Sabah kepada syarikat swasta sedangkan Yayasan Sabah adalah hak milik rakyat Sabah.
Sekali lagi beliau membatalkan projek tambak laut bernilai RM3 bilion yang diluluskan di zaman Chong Kah Kiat semata-mata mahu menyelamatkan alam sekitar pantai Tanjung Aru. Inilah untungnya apabila jutawan menjadi Ketua Menteri kerana dia sudah kaya tak perlu merompak wang rakyat.

Buku ini wajar dibaca oleh semua rakyat Malaysia yang mahu memahami sejarah penubuhan Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaya tetap kekal sebagai Malaya. Apabila Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia beliau berpandangan jauh kerana Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN pada PRU 2013. Jika Malaya masih ada (tak ada Malaysia)  Pakatan Rakyat sudah memerintah Malaya hari ini.

NAJIB PILIHAN SIAPA?

Selama 22 tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1981 hingga 2003. Sepanjang 22 tahun berkuasa Dr Mahathir mempunyai empat orang timbalan, Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Dr Mahathir berharap Anwar akan menggantikannya tetapi recession 1998 menyebabkan Anwar disingkir dari menjadi penggantinya.Anwar terpengaruh dengan formula IMF tetapi Dr Mahathir ada formulanya sendiri apabila George Soros menyerang Ringgit Malaysia (RM).  Dr Mahathir menambat RM yang mana akhirnya formula Dr Mahathir diterima dunia.
 Dr Mahathir melantik Pak Lah sebagai pengganti Anwar. Bosan dengan sikap orang Melayu tidak berubah, maka Dr Mahathir melepaskan jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri kepada Pak Lah pada tahun 2003.
Pak Lah bercadang melantik Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri (TPM). Tetapi Dr Mahathir mahu Najib Razak dilantik sebagai TPM. Dua kali Dr Mahathir menyebut nama Najib. Malah Dr Mahathir mengugut Pak Lah jika Pak Lah tak lantik Najib sebagai TPM, beliau akan memboikot majlis perpisahan yang diadakan untuk bekas PM itu.
Maka terpaksa Pak Lah melantik Najib sebagai TPM sedangkan beliau sudah ada pilihannya sendiri, Muhyiddin. Muhyiddin yang kecewa dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Di zaman Pak Lah kementerian itu diberi nafas baru dan diberi peruntukan yang besar.
Pada PRU yang pertama diketuai Pak Lah pada tahun 2008, BN menang besar. Terengganu yang kalah pada tahun 1999 dapat dirampas semula. Tetapi Pak Lah dikuasai oleh menantunya, Khairy Jamaluddin yang menyebabkan ramai orang kecewa mengadu kepada Dr Mahathir.
Dr Mahathir mengkritik Pak Lah secara terbuka kononnya Pak Lah PM yang suka tidur.  Malah menantu Pak Lah jadi sasaran kritikan Dr Mahathir. Kemuncak perselisihan Dr Mahathir-Pak Lah, Dr Mahathir isytihar keluar dari Umno kerana beliau tidak dapat lagi menerima kepimpinan Pak Lah.
Siapa yang lantik Pak Lah dahulu sebagai TPM kalau bukan Dr Mahathir? Maknanya orang pilihan beliau sendiri yang gagal menjalankan amanah sebagai PM. Serangan berterusan Dr Mahathir terhadap Pak Lah menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008.
Maka Pak Lah didesak berundur oleh Muhyiddin dan Najib menjadi PM baharu pada tahun 2009. Najib gagal mendapat majoriti dua pertiga juga pada PRU sulungnya pada tahun 2013. Tetapi najib tidak didesak berundur kerana prestasi Umno semain baik dapat merampas Kedah dari tangan PAS. Malah Umno ada 88 kerusi berbanding di zaman Pak Lah.
Enam tahun Najib mengemudi negara, baharulah Dr Mahathir menyerang Najib dengan isu 1MDB, Altantunya dan GST. Isu ini disepakmula oleh PKR dan kini Dr Mahathir memonopoli isu tersebut secara  berterusan. Dr Mahathir turut kesal kerana dia yang mahu Pak Lah lantik Najib sebagai TPM. Jika Muhyiddin jadi PM hari ini, mungkin Dr Mahathir tidak menyerang kepimpinan Muhyiddin.
Najib sudah keras kepala kata Dr Mahathir. Kalau Pak Lah diserang kerana menantunya campur tangan dalam pentadbiran Pak Lah, Dr Mahathir menyerang Najib kerana isterinya Rosmah Mansor terlalu over seolah-olah menjadi PM pula.
Ini yang menimbulkan kemarahan rakyat kerana Rosmah dilihat terlalu menonjolkan kemewahan. Malah majlis perkahwinan anaknya dilihat sebagai majlis yang terhebat di abad ini. Dr Mahathir menegur sepanjang dia menjadi PM dia tidak pernah membuat majlis perkahwinan anaknya besar-besaran.
Najib sudah enam tahun menjadi PM Malaysia. Salah siapa? Salah Dr Mahathir kerana dia yang mahu Pak Lah lantik Najib sedangkan Pak Lah mahu Muhyiddin ketika itu. Takdirnya hari ini Muhyiddin jadi PM, isu 1MDB tidak kedengaran.

Apa punca sebenar kemarahan Dr Mahathir terhadap Najib? Menurut sumber, Dr Mahathir cuba menghalang Najib menandatangani TPPA pada bulan September ini. Najib menerima TPPA dan baik dengan Obama dan Amerika Syarikat manakala Dr Mahathir dilihat anti Barat.  Dr Mahathir tidak bersetuju Malaysia menandatangani TPPA yang dianggapnya sebagai penjajahan baru. Oleh itu Dr Mahathir terus mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai PM. Dr Mahathir tidak mahu melihat Malaysia jadi boneka Amerika Syraikat.
Akan tetapi Dr Mahathir tidak gentleman. Beliau menyerang Najib tetapi anaknya Mukhriz masih kekal sebagai MB Kedah. Jika Dr Mahathir anak jantan, beliau sepatutnya suruh Mukhriz meletakkan jawatan sebagai MB Kedah kerana Mukhriz juga tidak wajar bersekongkol dengan kepimpinan Najib.
Dalam hal ini Pak Lah lebih gentleman dari Dr Mahathir. Selepas Najib angkat sumpah sebagai PM keenam pada tahun 2009, Pak Lah dikatakan setiap minggu menemui Najib memujuk Najib melantik menantunya sebagai menteri kerana Khairy baru menenag jawatan Ketua Pemuda tetapi Najib tidak tunduk kepada permintaan Pak Lah. Pak Lah tidak merajuk dan tidak menyerang Najib.
Sebaliknya bila Najib enggan buat jambatan bengkok Dr Mahathir, Dr Mahathir mula menyerang Najib secara terbuka. Kritikan Dr Mahathir kepada kerajaan Pak Lah menyebabkan Pak Lah gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008. Jika dalam PRU 2013 BN tewas di bawah kepimpinan Najib, maka Dr Mahathirlah punca kekalahan BN itu.
 Raja Mendaliar seorang mamak menjatuhkan kerajaan Melaka maka seorang lagi mamak, Dr Mahathir yang menjadi Raja Mendaliar baharu yang menjatuhkan kerajaan BN pada tahun 2018. Itulah peranan mamak dalam menjatuhkan kerajaan Melaka dan Malaysia.



Khamis, Mei 21, 2015

SISTEM PEMILIHAN UMNO MENYELAMATKAN NAJIB?

(dipetik dari beritadaily.com 20 mei 2015)

Pada tahun hadapan Umno akan mengadakan pemilihan ahli majlis tertingginya bagi sessi 2016-2019. Akan tetapi seperti biasa Umno akan menangguhkan pemilihan itu sehingga selepas pilihanraya umum (PRU) 2018.

Inilah yang sering dilakukan oleh Umno kononnya untuk mengelakkan perpecahan dalam parti. Dr Mahathir Mohamad memulakan tradisi ini dengan tidak mengadakan pemilihan Umno pada tahun 1999. Sebaliknya mengadakan pemilihan pada tahun 2000 selepas PRU akhir tahun 1999.

Pak Lah meneruskan tradisi ini dengan mengadakan pemilihan Umno pada tahun 2004 selepas PRU tahun tersebut. Najib turut mengamalkan tradisi ini dengan mengadakan pemilihan Umno 2013 selepas PRU 2013.

Dalam ucapan perasmian persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno pada tahun lepas, Muhyiddin Yassin telah mencadangkan supaya pemilihan Umno 2016 tidak ditangguhkan tetapi cadangan timbalan presiden Umno itu tidak mendapat sebarang respon dari para perwakilan Umno. Ini bermakna Najib dijangka menangguhkan pemilihan Umno selepas PRU 2018.

Jika pemilihan Umno dikekalkan pada tahun hadapan dalam suasana kepimpinan Najib yang lemah sekarang, Muhyiddin yang paling layak menentang Najib bagi jawatan Presiden Umno.

Kenyataan Muhyiddin di Milan bahawa Umno perlu menyelesaikan isu 1MDB ditafsir oleh pemerhati politik sebagai tidak ngamnya Muhyiddin dengan Najib. Tetapi Najib menafikannya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno minggu kepas bahawa beliau sering berbincang dengan timbalannya.

Najib ketika berucap di Tawau minggu lepas mendakwa Mahathir kekal lama sebagai Presiden Umno kerana meminda perlembagaan Umno pada tahun 1988 yang mana setiap bahagian mencalonkan sesiapa bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mendapat 10 undi bonus. Ini menyebabkan penyandang jawatan sukar dicabar.

Najib meminda perlembagaan ini pada tahun 2009 dengan membuka sesiapa sahaja boleh mencabar pemimpin tertinggi Umno. Di atas kertas ya, tapi hakikatnya bukan mudah bagi pencabar jawatan presiden mahu mendapatkan pencalonan di bahagian kerana kalau dapat satu pencalonan dikira satu undi.

Perwakilan mana yang berani mengundi orang lain selain dari Najib dalam persidangan bahagian?

Ini bermakna pindaan perlembagaan yang dibuat Najib masih menguntungkan penyandang jawatan. Melainkan beliau pinda pencalonan setakat pencalonan dan bukannya dikira undi.

Lihat pada tahun 1987 bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 37 pencalonan tetapi nyaris mengalahkan Mahathir yang menang dengan majoriti 43 undi.
Ini bermakna pencalonan yang banyak untuk Mahathir tidak menggambarkan sokongan sebenar kepada beliau.

Sebaliknya pindaan yang dibuat Najib lebih menguntungkan penyandang. Contohnya dalam pertandingan ketua pemuda, lima orang mengumumkan bertanding menentang Khairy Jamaluddin tetapi keempat empat pencabar lain seperti Syed Rosli Jamalulail dan empat lagi termasuk anak Sanusi Junid tidak mendapat sebarang pencalonan.

Justru itu Najib kalau dia anak jantan kena pinda sistem pemilihan 2009 kepada sistem pemilihan 1987 di mana dua pencalonan pun layak mencabar jawatan presiden Umno sepertimana Sulaiman Palestine mencabar Hussein Onn pada tahun 1978 dengan hanya mendapat dua pencalonan tetapi mendapat 250 undi yang memalukan Hussein Onn.

Jika sistem ini dipinda sesiapa sahaja boleh mencabar Najib pada tahun 2018 termasuk Tengku Razaleigh Hamzah.

Dengan kekalnya sistem sekarang, Muhyiddin pun tidak mampu mencabar Najib kerana perwakilan mana yang berani mengundi Muhyiddin untuk jawatan Presiden Umno kerana bahagian itu akan disenaraihitamkan oleh pucuk pimpinan parti.

Zaharin Mohd Yassin seorang aktivis Umno berpendapat selagi Majlis Tertinggi Umno menyokong Najib, Najib selamat.

Apa yang berlaku pada Pak Lah, kerana majlis tertinggi tidak menyokongnya lagi apabila Muhyiddin orang pertama mendesak Pak Lah berundur seleaps BN gagal mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU 2008.

Malah dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno, Rafidah Aziz yang bersuara lantang mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.

Tetapi dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno minggu lepas tidak ada seorang pun yang berani mendesak Najib berundur. Maka beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga rakyat menghukum BN pada PRU 2018.

Isnin, Mei 18, 2015

ZABIDI MENULIS DI BERITADAILY.COM

Sabtu lalu ketika mengadakan road show di Ipoh Perak, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia mungkin akan meletakkan jawatan. Pandikar sudah menafikannya tetapi beliau mengakui ada menemui Dr Mahathir yang dianggap sebagai mentor kepada semua pemimpin politik di negara ini.

Dalam pertemuan dengan Dr Mahathir beliau meluahkan kekecewaannya dengan apa yang berlaku dalam politik Malaysia masa kini.

Menurut sumber, Pandikar meluluskan permohonan bekas ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat tetapi keputusan itu di'overruled' oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Itu yang membuatkan Pandikar kecewa. Pandikar adalah seorang yang ada prinsip. Beliau pernah menjadi senator dan dilantik Menteri di Perdana Menteri mewakili parti PBS salah satu komponen BN.

Ketika menjadi menteri pada tahun 1990an beliau hebat mematahkan hujah pembangkang.

Tetapi kerana prinsip beliau meninggalkan PBS dan menubuhkan parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) salah satu parti nyamuk di Sabah.

Beliau bersama Mark Koding yang tidak dapat menerima kepimpinan Joseph Pairin Kitingan lagi. Turut serta dalam AKAR ialah bekas Timbalan Menteri Buruh, Kalakau Untol dan Haji Juhar Mahiruddin (kini Yang Dipertuan Negeri Sabah).

Dalam pilihanraya umum negeri Sabah 1990, AKAR gagal memenangi sebarang kerusi. Apabila Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, Pandikar dan Haji Juhar menyertai Umno. Pandikar dari suku kaum Irranun menang kerusi di DUN Tempasuk dan dilantik sebagai menteri dalam kerajaan negeri apabila BN menumbangkan PBS melalui lompatan ADUN PBS, Datuk Seri Lajim Okin ke dalam Umno.

Sebagai bekas wartawan akhbar Watan di Sabah, saya rapat dengan Pandikar. Malah beliau pernah beritahu saya bahawa beliau pernah jadi menteri negeri, menteri persekutuan, Speaker Dewan Rakyat, cuma satu sahaja yang belum pernah beliau pegang jawatan iaitu Ketua Menteri Sabah.

Ini bermakna jika Najib mengarahkannya bertanding di DUN Sabah untuk dilantik Ketua Menteri, beliau terima arahan itu. Sesiapa yang masuk politik sudah tentu bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri. Pandikar pun sama tetapi peluang yang tidak ada.

Apabila dilantik Speaker Dewan Rakyat pada tahun 2008, Pandikar melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Marudu kerana sebagai Speaker beliau mahu dilihat berkecuali tidak memihak kepada mana-mana ahli parlimen sama ada ahli parlimen BN atau pembangkang.

Ternyata di Dewan Rakyat Pandikar dilihat cuba berlaku adil kepada semua ahli parlimen. Beliau cuba beri ruang kepada semua ahli parlimen berbahas tanpa mengira parti. Pandikar dengan suara lembut cuba menasihati mana-mana ahli parlimen yang melanggar peraturan persidangan. Bila ada ahli parlimen yang degil maka beliau terpaksa menghalau keluar dari Dewan.

Menurut sumber, Pandikar tidak jadi meletakkan jawatan kerana Najib menawarkan projek bernilai RM400 juta kepada beliau. Betulkah Pandikar?

Jika betul, ini bermakna anda sudah menjual prinsip anda. Kalau begini gaya kepimpinan Najib membeli pemimpin Umno, memang sukar Dr Mahathir mahu menumbangkan Najib.

Najib semakin berani menyerang Dr Mahathir kerana beliau boleh membeli sesiapa sahaja sekarang.

Jika keadaan ini berterusan, Najib menang dalam peperangannya dengan Dr Mahathir tetapi kalah dalam PRU akan datang. Kerana keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN semakin luntur.

Seperti kata Muhyiddin Yassin, dua peratus sokongan lari dari BN pada PRU akan datang, BN tidak akan dapat simple majoriti.

Jika ia berlaku, Najib menang melawan Dr Mahathir tetapi dia kalah menentang Pakatan Rakyat. Dr Mahathir mahu menyelamatkan Umno tetapi Najib mahu menyelamatkan dirinya sendiri. (dipetik dari beritadaily.com)


Selasa, Mei 12, 2015

GILIRAN AHMAD SAID MENJATUHKAN NAJIB

Hari ini genap satu tahun Datuk Seri Ahmad Said dilucutkan jawatan Menteri Besar Terengganu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih ADUN Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baru. BN yang menang 17 kerusi dalam PRU pada tahun 2013 menerima kejutan pada malam itu apabila Ahmad Said bersama ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Rosli Daud keluar dari Umno.

Bagaimanapun mereka bertiga menyertai semula Umno kerana bimbang kerajaan BN akan tumbang. Sejak bulan April tahun lepas episod menyerang Ahmad Said dilakukan oleh media pro Najib. Najib dikatakan tidak mahu Ahmad Said meneruskan lagi berkhidmat sebagai menteri besar.

Hari ini dalam sidang DUN Terengganu ADUN Kijal itu membuat pendedahan yang mengejutkan semua orang tentang 1MDB. Semua orang tahu 1MDB berasal dari Terengganu Investment Authority (TIA). Beliau membantah cadangan Najib mencagarkan minyak dan gas Terengganu kepada 1MDB. Inilah punca beliau ditamatkan jawatan menteri besar, dakwa Ahmad Said.

Serangan Ahmad Said itu mendapat tepukan gemuruh daripada 15 orang ADUN pembangkang. Kalau tahun lepas giliran Najib menjatuhkan Ahmad Said kini tiba giliran Ahmad Said pula menjatuhkan Najib.

Ahmad Said menyertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang Najib dalam isu 1MDB. pada mulanya isu 1MDB dicetuskan oleh ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang berasal dari Kemaman.

Bola yang disepak oleh PKR itu diambilalih oleh Dr Mahathir yang mendakwa sebanyak RM42 bilion hilang akibat skandal 1MDB itu. Ia lebih memeningkan kepala Najib apabila Tabung Haji diseret membeli tanah 1MDB sebanyak RM177 juta. Isu ini meletup satu hari sebelum hari pengundian PRK Permatang Pauh yang menyebabkan BN kalah teruk dalam PRK tersebut.

Najib terpaksa mengarahkan Tabung Haji menjual semula tanah 1MDB itu kerana Tabung Haji dianggap sebagai bank umat Islam yang mahu menunaikan fardhu haji di Mekah. Ramai yang mengeluarkan deposit mereka gara-gara ia dianggap sebagai bail out 1MDB.

Hari ini selepas setahun Ahmad Said dlicutkan jawatan menteri besar, beliau menggunakan DUN sebagai platform untuk mendedahkan kebenaran. Tak pasti sama ada pendedahan ini bertujuan untuk menimbulkan simpati rakyat kepada beliau kerana kononnya sudah lama dia berani menentang Najib dalam isu 1MDB.

Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Said? Dengan Dr Mahathir dia berani menentang orang kuat Dr mahathir, Tan Sri Eric Chia yang mengetuai Perwaja Steel ketika itu di kemaman. Selaku Yang Dipertua Majlis Daerah kemaman, Ahmad Said tidak lulus CF perumahan perwaja. Dia peduli apa dengan Eric Chia kerana orang kepercayaan Dr Mahathir itu tidak mengikut prosedur dalam memohon CF.

Ahmad Said menyertai Dr Mahathir menentang Najib dalam isu 1MDB. Sejauh mana nasib Najib kali ini? Adakah Najib akan berundur hasil gabungan serangan Dr mahathir dan Ahmad Said?

Ketua Umno Bahagian kemaman itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang. Beliau mengakui 1MDB pada asalnya Terengganu Investment Authority tetapi menarik diri apabila beliau tidak dapat menerima cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.

Beliau dimarahi oleh Najib kerana menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa kerana beliau minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu. Sayangnya ketika Ahmad Said berucap membahaskan titah ucapan perasman Sultan Terengganu, tiada seorang ADUN BN yang bangun mempertahankan najib. Justru itu ketika menggulung perbahasan pada Khamis ini Menteri besar, Razif hendaklah mempertahankan Najib dalam isu 1MDB.

Nampaknya sokongan padu rakyat Tawau kepada najib tidak membawa apa-apa erti kerana isu 1MDB masih belum reda. malah sokongan kepada Najib dan Muhyiddin yang diperolehi oleh Majlis tertinggi Umno semalam belum meleraikan isu 1MDB.

Adakah Najib semakin nazak? Hanya Allah yang mengetahui sama ada kini Najib sedang menghitung hari untuk kembali menjadi rakyat biasa. Serangan pembangkang bersama Mahathir ditambah pula dengan pendedahan Ahmad Said membuktikan bahawa isu 1MDB benar-benar menjerat leher Najib.

Selamatkah Najib? Sama-sama kita tunggu dan lihat.


Selasa, April 07, 2015

MPK BAYAR PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN?

KUALA TERENGGANU, 6 April (Bernama) -- Laporan Ketua Audit Negara mengemukakan tiga syor untuk dilaksanakan oleh ketua dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Terengganu yang didapati tidak cekap menguruskan projek dan perolehan serta lemah tadbir urus korporat mereka.

Dalam laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Majlis Daerah Besut (MDB) diminta menggunakan syor berkenaan bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan dengan tujuan mengelak kelemahan sama berulang.

Menurut laporan itu, pengauditan terhadap MPK dan MPB dari Julai hingga September 2014 mendapati pengurusan perolehan kurang memuaskan kerana terdapat beberapa ketidakpatuhan dalam prosedur perolehan.

Bagi perolehan secara tender dan rundingan terus, antara kelemahan dikenal pasti adalah bayaran dibuat terhadap kerja yang tidak dilaksanakan, projek tidak siap dalam tempoh ditetapkan, projek siap yang tidak dimanfaatkan, serta dokumen kontrak tidak disediakan dan lewat ditandatangani.

Malah Jawatankuasa Pembuka dan Penilaian Sebut Harga tidak dilantik bagi perolehan secara sebut harga dan selain itu kelemahan turut dikesan bagi perolehan secara pembelian terus iaitu pesanan kerajaan dikeluarkan selepas barangan diterima dan pembelian terus ke atas barang yang sama melebihi RM50,000 setahun.

Menurut laporan itu, semakan dan pemeriksaan audit sehingga September 2014 turut mendapati hanya empat daripada 16 projek kerja yang sudah dilaksanakan MPK manakala empat daripada tujuh projek kerja dilaksanakan di MDB telah disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan selain turut mendapat teguran tentang kualiti dan kemasan kerja yang tidak memuaskan.

Pihak audit yang melakukan lawatan pada September 2014 di Kemaman turut menegur projek siap yang tidak dimanfaatkan iaitu Bangunan Pasar Binjai yang masih tidak dibuka untuk sewaan biarpun siap dibina pada 2008 dan bangunan Kompleks Tekstil di Bandar Baru Kijal yang masih belum digunakan biarpun siap dibina pada 2011.

Justeru Ketua Audit Negara mengesyorkan dua PBT itu membuat pemantauan rapi terhadap perolehan terutamanya kontrak pembinaan bagi mengelak kelewatan menyiapkan projek yang menjejaskan imej Majlis.

Selain itu disyorkan tindakan tatatertib atau surcaj dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembayaran tidak teratur berhubung kerja yang tidak dilaksanakan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.

"Malah Jawatankuasa Pembuka dan Penilai Sebut Harga perlu dipastikan dilantik secara bertulis dan tempoh kerja dilindungi oleh polisi insurans," menurut laporan itu.

-- BERNAMA

Isnin, April 06, 2015

JJ DALAM KENANGAN

Saya turut terperanjat menerima berita helikopter terhempas di Sungai Pening sebelah Nirwana jalan ke Kuala Kelawang-Semenyih pada petang Jumaat lalu. Lokasi itu lebih kurang 10 km dari rumah saya di Bandar Tasik Kesuma. Lebih memeranjatkan kerana yang terbunuh itu ialah ahli parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis atau JJ. Saya hubungi adik saya Noridah untuk pengesahan kerana anak adik saya, Fayadh bertunang dengan anak saudara JJ, Raja Diyana. Raja Diyana mengesahkan berita kematian JJ kepada bakal ibu mertuanya. Sepanjang menjadi wartawan, saya tidak rapat dengan JJ. Pernah saya terserempak dengan beliau dalam penerbangan yang sama ke Kota Kinabalu pada tahun 1990. ketika itu beliau baru menang bertanding di parlimen Rompin. Nak ke mana YB, tanya saya. Beliau belum dapat gelaran Dato. Nak ke Tawau. Masa itu beliau ada IPP di Tawau yang mana beliau adalah pemilik EPE Power.

Selepas itu beliau dilantik Pengerusi TNB. Sebagai anak Melayu yang cerdik beliau dapat first class honours dalam bidang kejuruteraan elektrik dari University of Manchester, UK. Ketika ini beliau berkawan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana beliau belajar di University of Nottingham. Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ketika itu adalah ahli parlimen Pekan manakala ayah JJ Datuk Jarjis adalah Ketua Polis Pahang. Walaupun ayahnya orang Perak, JJ dilahirkan di Pekan, Pahang. JJ meneruskan pelajarannya dalam master dan PhD dari Canada.Beliau tidak pernah dilantik setiausaha parlimen dan timbalan menteri sebaliknya terus dilantik Menteri Kewangan Kedua dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Pak lah menjadi PM pada tahun 2003, Pak Lah menukarkan beliau ke kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna. Tapi beliau cuma dua bulan di situ apabila Pak Lah melantiknya sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi yang sesuai dengan kelulusannya. Beliau melaksanakan visiDR Mahathir yang mahu menghantar angkasawan Melayu yang pertama ke angkasa datuk Dr Sheikh Muzafar. Ketika ini saya berpeluang menemubual JJ secara ekslusif untuk akhbar Warta parlimen Kepala Batas menjelang penghantaran angkasawan malaysia. Dua tahun kemudian saya menemubual beliau untuk akhbar Watan. Ketika itu beliau berhasrat bertanding jawatan Naib Presiden Umno tetapi tak jadi apabila Najib dikatakan merestui Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk SeriHishamuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal bertanding jawatan tersebut pada tahun 2009. beliau kekal menang kerusi majlis tertinggi Umno.

 Apabila Najib jadi PM, JJ dilantik Duta Besar malaysia ke US. beliau menemui Presiden USA, barack Obama dan berjaya meyakinkan Obama melawat ke Malaysia. Selepas itu beliau menjadi penasihat khas PM malah beliau dikatakan salah seorang yang memilih calon BN pada pilihanraya umum 2013. JJ turut dilantik Pengerusi PRIMA yang mana CEOnya, Datuk  Mutalib Alias adalah junior saya di MRSM Seremban. Malam itu beliau sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan anak Mutalib tetapi Allah lebih menyayanginya.

 Kali terakhir saya menemui JJ pada 22 Februari lalu ketika anak saudara saya bertunang dengan anak saudaranya. Oleh kerana ayah Raja Diyana sudah meninggal dunia, maka JJ jadi jurucakap majlis. JJ telah tetapkan majlis perkahwinan pada bulan Oktober ini kerana dia beriya benar mahu melihat Raja Diyana kahwin kerana dua anak perempuannya belum kahwin. Kami berbual pelbagai isu sewaktu minum petang itu.Beliau sempat menghadiahkan kami cigar Havana sebatang seorang kepada kami. Saya catat pertemuan kami dalam blog ini pada 23 Februari lalu. Baca http://catatanzabidi.blogspot.com/2015/02/bn-tak-tanding-di-dun-cempaka.html


 JJ menjadi ahli parlimen Rompin selama lima penggal. Beliau sentiasa menang dengan majoriti besar dalam pilihanraya umum 1990, 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013. JJ dikatakan seorang pemurah dan tidak kedekut duit dengan rakyat. Malah beliau melayan semua pengundi Rompin tanpa mengira parti. Ramai orang PAS mengundinya kerana dia turut membantu orang PAS yang minta tolong dengannya. Malah program 1MDB yang hantar orang kampung ke Mekah setiap tahun JJ turut hantar imam yang menyokong PAS ke Mekah. Malam itu saya turut ke HKL menungu jenazah magsa helikopter tiba di HKL. Saya bertemu dengan Datuk Nasir Safar bekas pegawai khas PM. nasir sedih JJ meninggal dalam nahas tersebut. Mereka sama -sama Ketua Pemuda negeri ketika najib jadi Ketua Pemuda Umno malaysia (1987-1993). nasir Ketua Pemuda Umno Johor manakala JJ Ketua Pemuda Umno pahang.

 Ketika itu seorang wartawan yang baru sampai di HKL dari lokasi nahas memberitahu kami helikopter meletup dua kali di udara. Adakah ia perbuatan sabotaj? kerana menurut pilot helikopter yang melintas di situ nampak helikopter itu menjunam dan cuacanya baik tidak ada ribut. Misteri seorang lagi penumpang yang belum dikenalpasti mayatnya agak misteri. Siapa perempuan itu? Adakah dia yang mengebom helikopter itu jika benar berlaku sabotaj. Saya balik awal dari HKL malam itu dab melimpas polis rider yang membawa PM. Mereka sedang berbual sesama sendiri. Kata mereka, kepala Ketua Setiausaha Sulit PM, datuk Azlin putus dalam nahas tersebut. Memang sedih kerana JJ dan Azlin merupakan orang kanan PM. Adakah ada orang cuba sabotaj PM dengan membunuh orang rapat PM? Alfatihah buat mereka semua yang terkorban dalam nahas tersebut.

Khamis, Mac 26, 2015

MACAM MANA ALLAH NAK TOLONG ANWAR?

Isu yang paling hangat sekarang ialah isu hudud. PKR telah menyatakan pendirian tidak akan menyokong rang undang undang yang akan dibawa oleh PAS ke Dewan Rakyat. DAP turut sama menentang hukum hudud yang diperjuangkan PAS sambil memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang. Walaupun Haji Hadi dihina oleh DAP, PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat.

Saya hairan kenapa DAP dan PKR takut kepada hudud sedangkan hudud itu untuk umat Islam sahaja. Macam mana Allah nak tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pengampunan dari Yang Dipertuan Agong sedangkan PKR menolak hukum Allah. jawablah di akhirat nanti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Kalau Agong tolak pengampunan Anwar jangan salahkan Agong tetapi salahlah diri sendiri kerana menolak hukum Allah.

Sekumpulan anggota akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempertikaikan pendirian rasmi pemimpin parti itu yang tidak menyokong tindakan PAS untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen.

Mereka mendakwa keputusan pemimpin PKR itu lebih berlandaskan kepada kepentingan mengekalkan kuasa yang dimiliki tanpa mengambil kira hasrat dan aspirasi anggota parti.

Naib Ketua PKR cabang Rasah, Negeri Sembilan, Norizam Yassin mendakwa anggota akar umbi PKR sebenarnya sebulat suara menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Sebagai umat Islam tanpa mengira ras dan keturunan, kita perlu bangkit mempertahankan kesucian agama Islam daripada diasak bertubi-tubi oleh beberapa pihak yang melihat isu hudud ini sebagai agenda politik," katanya.

Sementara itu, anggota PKR cabang Shah Alam, Datuk Hussein Ahmad pula berkata dakwaan PKR yang mengatakan PAS telah membuat keputusan 'unilateral' dalam isu hudud sehingga bercanggah dengan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini hanya satu 'alasan' mudah.

Berikut kenyataan media PKR yang menolak hudud PAS. Tujuh orang pemimpin PKR ini jawablah di akhirat nanti kenapa mereka menolak hukum Allah.


KENYATAAN MEDIA
21 Mac 2015

RANG UNDANG-UNDANG PERSENDIRIAN MENGENAI KUASA MAHKAMAH SYARIAH

Biro Politik KEADILAN telah bermesyuarat pada 20 Mac 2015 dan membincangkan secara khusus cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang telah diberi notis oleh Ahli Parlimen Marang kepada Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia pada 18 Mac 2015.

Ini lanjutan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud.

KEADILAN membuat ketetapan tidak boleh menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tersebut atas pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU Persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015.

2. Sekiranya RUU Persendirian tersebut berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, KEADILAN tetap dengan pendirian asal, iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.

Mengikut Peraturan Tetap Dewan Rakyat, sebarang RUU hanya akan dibahaskan dengan restu pihak kerajaan. Hakikatnya, tidak ada seorang pimpinan tertinggi Umno atau Barisan Nasional pun yang telah membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai pendirian mereka berkenaan RUU Persendirian tersebut jika di bawa ke Parlimen, termasuklah Dato’ Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, KEADILAN menggesa kerajaan UMNO-BN untuk menjelaskan sama ada ia merestui RUU Persendirian tersebut dibahas dan diundi di Parlimen.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

YAB Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

YB Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden KEADILAN

YB Shamsul Iskandar Md Akin
Naib Presiden KEADILAN

YB Rafizi Ramli
Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden KEADILAN

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita KEADILAN

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

[wm.kl.5:04 pm 21/03/15]

Khamis, Mac 05, 2015

TAHNIAH SHAHBUDIN

Petang semalam saya hadiri majlis pelancaran buku terbaru Shahbudin Husin "Membongkar Skandal Deepak &; Bank Rakyat" di sebuah restoran di Damansara. Ramai kawan yang datang. Ketika saya parking kereta, tiba tiba Zaharin turut parking Rextonnya. dia datang dengan isterinya Suraya.  Saya bersalam dengan Zaharin yang saya kenali sejak 27 tahun lalu. Walaupun dia tuduh saya pemilik Facebook Kerat Lapan Belas, ia tidak menghalang saya untuk bersalam dengannya. Saya tidak campur urusan peribadinya apabila dia ditumbuk oleh Din Seputih. Itu salah dirinya sendiri kerana mulutnya celupar menuduh Din seputih macam macam. Siapa tak berang kerana keceluparan mulutnya. Saya duduk semeja dengan Zaharin dan Suraya. Turut duduk semeja ialah Shahbudin husin, yahya ismail, Shamsul Hazli, Norzah kepol, Imlan Adabi. Pak Yahya yang saya kenali pada tahun 1970an dengan membaca novel Langkah Kiri masih bergaya orangnya. Di meja VVIP ialah Tan Sri Sanusi Junid yang melancarkan buku tersebut bersama Tan Sri Sabaruddin Chik. Sebenarnya dalam kes ini Zaharin orang pertama yang mendedahkan kes skandal bank Rakyat dalam Facebooknya. Saya selaku bekas Editor BM Free Malaysia Today memetiknya dan siarkan dalam bentuk berita dalam FMT. Selepas itu shahbudin mendedahkannya dalam blognya yang turut dipetik dalam FMT. Kes ini meletup apabila Lembaga pengarah Bank Rakyat menolak surat arahan menteri yang jaga Bank rakyat, datuk seri Hassan Malek yang mahu pinjaman RM32 juta Deepak dibayar secara ansuran selama 10 tahun melalui post dated cheque. Bank Rakyat rugi kerana ia tidak untung dengan cara arahan yang dibuat Hassan malek itu. Itu yang buat Lembaga Pengarah tolak surat arahan Hassan yang menyebabkan hassan marah dan ugut mahu pecat semua ahli lembaga Pengarah Bank rakyat. Shahbudin bernasib baik berpeluang menemubual Sabaruddin dalam kes ini menyebabkan ia menjadi perbualan ramai apabila dicatat dalam blognya. Kebetulan isteri Shahbudin Noraini Nordin pernah menulis buku biografi Sabaruddin pada tahun 2007. Maka apabila Noraini mencadangkan kes skandal Bank rakyat dibukukan, maka Noraini mencadangkan nama Shahbudin. Sabaruddin dalam ucapannya mengakui dia tak kenal Shabuddin sebaliknya lebih mengenali Noraini isteri shabudin. Maka pertemuan shahbudin dengan Sabaruddin menghasilkan buku ini. sabaruddin berkatya jika berlaku saman menyaman dia bertanggungjawab kerana ia merupakan isi hati beliau kerana beliau ditamatkan sebagai pengerusi Bank Rakyat secara memalukan atas dendam menterinya. Dengan terbitnya buku ini ia dapat membersihkan nama Sabaruddin. Sanusi dalam ucapannya berkata pemecatan Sabaruddin memalukan sejarah Setiausaha Agung Umno kerana daripada 21 orang setiausaha Agung Umno, sabaruddin yang mendapat malu seolah olah sabaruddin tidak ada jasa pada bangsa, agama dan negara. Sebagai sahabat baik, sanusi tidak dapat menolak tawaran Sabaruddin melanvarkan buku ini walaupun Sanusi belum membaca buku tersebut seperti mana Tun dr Mahathir Mohamad melancarkan buku Rosmah tanpa sempat membaca buku berkenaaan. Sanusi adalah junior sabaruddin di MCKK. Mereka bertemu semula di seremban apabila Sabaruddin bekerja sebagai Penolong SUK Negeri Sembilan manakala sanusi bekerja di Charted Bank di Seremban. Sanusi menang pilihanraya tahun 1978 dan dilantik setoausaha parlimen makala Sabaruddin menang tahun 1982 dan dilantik Timbalan Menteri Kewangan. mereka sama sama pendek tapi sanusi ulat buku manakala Sabaruddin main golf yang dianggapSanusi  sebagai glongan orang lemah fikiran (GOLF). Di mejja Sanusi selain Sabaruddin turut serta Presiden perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Tamrin Ghafar, datuk Kadir Jasin, Datukosu sukam., Datuk aziz Yasin, Datuk dr Sulaiman Mohamed, Syed husain alatas. Di luar terkumpul kumpulan Nagas jadawi, Faizal udus, blue Ocean dan Musli Oli. Sekali sekala seronok bergaul dengan kawan-kawan lama dalam majlsi seperti semalam. tahniah shah
budin!

Rabu, Februari 25, 2015

TIGA BEKAS MB BERTEMU DALAM SATU FORUM

KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Bernama) -- Tiga bekas menteri besar Terengganu menyatakan persetujuan mereka untuk hadir pada satu majlis forum bagi menjelaskan inspirasi dan pandangan mereka dalam membangunkan negeri Terengganu. Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau sendiri akan menjadi moderator kepada majlis itu yang dijangka bakal berlangsung selepas tempoh setahun beliau menjadi menteri besar pada 12 Mei nanti. Beliau berkata pandangan daripada tiga bekas menteri besar iaitu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (1974-1999), Datuk Seri Idris Jusoh (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said (2008-2014) juga akan membantu menjayakan Tranformasi Terengganu Baharu yang bersandarkan kepada lapan prinsip utama. "Selepas setahun saya sebagai menteri besar, selepas 12 Mei ini, pandangan ketiga-tiga tokoh (bekas Menteri Besar) apa yang mereka laksana dan apa inspirasi, apa yang belum terlaksana dan apa tugas saya, serta gabungan solidariti yang patut berlaku," katanya kepada pemberita mengenai harapan beliau terhadap forum itu di sini hari ini. Pada 12 Mei tahun lepas Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Ahmad Said. -- BERNAMA

Isnin, Februari 23, 2015

BN TAK TANDING DI DUN CEMPAKA

Petang semalam anak saudara saya, Fayadh Kamal bertunang dengan anak saudara ahli parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (JJ), Raja Diana di rumah Raja Diana di Shah Alam. Oleh kerana ayah Raja Diana sudah meninggal dunia, maka JJ yang jadi jurucakap bagi pihak perempuan. Saya pernah menemubual eksklusif dengan JJ ketika beliau Menteri Sains Teknologi dan Inovasi pada tahun 2007.Ketika itu saya bekerja asebaagai editor akhbar Warta Parlimen Kepala Batas. Malah ketika menjadi editor akhbar Watan pada tahun 2009, saya turut menemubual beliau yang mahu bertanding jawatan Naib Presiden Umno. tetapi beliau menarik diri dalam pertandingan tersebut. JJ adalah bapa saudara Raja Diana sebelah emak manakala bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik adalah bapa saudara Raja Diana sebelah ayah. Selepas selesai majlis bertunang, sewaktu minum dsaya sempat duduk semeja dengan JJ bercakap politik. Beliau menceritakan pengalamannya menang besar du parlimen Rompin kerana sebagai ahli parlimen dia beri bantuan tidak kira kepada orang Umno atau orang PAS. Memang orang Umno marah, tetapi sebagai wakil rakyat dia beri bantuan tanpa mengira parti. Sebab itu beliau menerima undi daripada orang PAS yang terhutang budi dengannya. Malah apabila 1MDB hantar jemaah haji dari setiap parlimen, beliau turut hantar tok imam PAs. Akhirnya tok imam PAS mengundi beliau dalam pilihanraya. Bila tok imam PAS itu mahu masuk Umno, JJ larang kerana niatnya hantar imam itu ke Mekah bukan kerana nak suruh dia masuk Umno. Begitulah popularnya JJ di parlimen Rompin. Malah Ustaz Nasaruddin yang berasal dari Rompin terpaksa bertanding di temerloh. katanya, selagi JJ ada di Rompin, susah PAS nak menang. Di temerloh Ustaz nasaruddin berjaya mengalahkan Datuk saifuddin Abdullah. Sewaktu bersembang semalam JJ berkata BN tidak akan bertanding di DUN Cempaka demi perpaduan Melayu. tetapi BN tetap lawan PKR di Permatang Pauh kerana senario di Cempaka dan Permatang pauh adalah berbeza. DAP berkata 18 Mac secara automatik PAS gugur dari Pakatan rakyat kerana PAS membentangkan enakmen hudud di DUN kelantan, Dengan keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat, gabungan PAS dan UMno akan menguatkan lagi perpaduan melayu.Itulah harapan JJ yang mahu melihat perpaduan melayu kukuh kembali. Kalau PAS menyertai Bn di zaman tun Razak, apa salahnya PAS kembali menyokong Umno di zaman anak Tun razak. Semoga impian ahli majlis tertinggi Umno ini menjadi kenyataan.

Selasa, Februari 10, 2015

MIMPI BERTEMU PAK SAKO

Pagi ini bila terkejut dari tidur pada jam 4 pagi, aku bermimpi bertemu dengan Sasterawan Negara, Pak Sako. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku sering bermimpi menemui orang yang sudah meninggal dunia. Sudah 24 tahun Pak Sako meninggalkan kita kenapa pulak aku bermimpi menemuinya.Ketika aku mula mula menjadi wartawan akhbar Watan pada tahun 1987, aku agak rapat dengan Pak Sako atau nama sebenarnya Ishak Haji Muhammad.
Biasanya tiap minggu Pak Sako datang ke pejabat Karangkraf yang terletak di Taman Tun Dr Ismail. Aku suka melayan Pak Sako. Dia tanyaku berasal dari mana, aku jawab dari Kemaman. Dia pun cerita pengalamannya bekerja sebagai majistret di Kemaman pada tahun 1940an. Bila dia nak balik ke Hulu Langat, aku temaninya naik bas dari Taman Tun Dr Ismail ke Pudu Raya. Seronok berkawan dengan Pak Sako kerana semua orang mengenalinya. Apabila dia nak beli makanan, orang tak ambil duit daripadanya yang peramah. Setiap kali dia tegur orang yang ditemuinya, dia akan tanya asal dari mana. Kalau orang itu jawab dari Rembau, dia akan cerita pengalamannya duduk di Rembau. Ini bermakna seluruh Malaya dia sudah merantau menyebabkan Pak Sako tahu setiap tempat yang dirantaunya. Apabila saya ditukarkan ke Sabah pada bulan Disember 1989, perhubungan saya dengan Pak Sako terputus.Ketika itu mana ada handphone, mana ada sms, mana ada whatsapps. Apabila saya ditukarkan semula ke Kuala Lumpur pada bulan April 1991,saya berkunjung ke rumahnya. Masa itu dia sedang sakit. Bila saya sebut Zabidi dari akhbar Watan terus diingatinya Zabidi Kemaman. Saya pergi dengan kawan saya. Pak Sako tak ingat kawan saya itu walaupun dia adalah seorang wartawan yang popular. Pada pagi 7 November 1991, kebetulan saya bangun awal dan saya rasa nak beli sangat suratkhabar Utusan Malaysia pagi itu. Ia menyiarkan berita kematian Pak Sako yang sudah tentu mengejutkan saya. Saya hubungi Bung Karim teman rapat Pak Sako yang pernah bekerja di Pejabat Seranta di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Saya kenali Bung Karim ketika bekerja di FELCRA pada tahun 1983-1986. Kami terus ke Temerloh kerana Pak Sako dikebumikan di kampungnya di Buntut Pulau. Ramai sahabatnya yang menghantarnya ke kubur. Pak Sako adalah seorang nasionalis yang amat bencikan penjajah melalui karya-karyanya. Walaupun Menteri Kebudayaan dan Kesenian ketika itu juga adalah orang Temerloh tetapi Tan Sri Sabaruddin Chik tidak pernah mengiktiraf Pak Sako kerana Pak Sako tahu rahsia peribadinya. Pak Sako selalu berkata Sabaruddin adalah anak angkat Chik. Dakwanya, Sabaruddin adalah anak Shamsiah Fakeh yang diberi kepada Chik apabila Shamsiah masuk ke dalam hutan.wallahuaklam. Alfatihah buat Pak Sako.

Isnin, Februari 09, 2015

ZAPIN PENYATU RAKYAT NUSANTARA KATA TAWFIQ

TAWAU, 9 Feb (Bernama) -- Seni tarian zapin berupaya menjadi elemen penyatu hubungan antara rakyat di rantau nusantara, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. Beliau berkata, penyertaan peserta dari Indonesia dalam Festival Zapin Borneo (FZB) 2015 bukti seni tari berkenaan dapat menimbulkan perasaan akrab dan kesatuan yang mendalam. "Saya difahamkan ini adalah kali ketiga penganjuran festival FZB dan penyertaan bukan sahaja datang dari negeri ini tetapi juga negara jiran dan ia sangat membanggakan. "Penyertaan peserta dari negara jiran dalam festival seperti ini sangat dialu-alukan dan memang tidak dapat dinafikan ia dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat kedua-dua negara," katanya pada Majlis Perasmian FZB 2015 yang berlangsung di perkarangan Padang Perbandaran Tawau, di sini, malam tadi. Menurut Tawfiq seni tari berkenaan perlu dipertahan dan dikekalkan bukan sahaja bertujuan sebagai hiburan semata-mata tetapi warisan yang mempunyai nilai tersendiri. "Oleh itu masyarakat terutamanya generasi muda perlu menghayati bait-bait lirik dan seni tarian zapin kerana ia mengandungi nasihat, pedoman dan panduan yang boleh dicontohi. "Kita kena pastikan generasi muda tidak melupakan budaya zaman berzaman ini sebaliknya memanfaatkannya untuk mengukuh tali silaturahim sesama sendiri," katanya. Pada festival itu, Kumpulan Kaswari dari Kota Kinabalu mempertahankan kejuaraan apabila mucul sebagai Johan kali ke-2 berturut-turut dan tempat ke-2 dimenangi Kumpulan Sanggar Bedewa dari Nunukan, Indonesia manakala Kumpulan Irama Zapin 1Malaysia dari Tawau menduduki tempat ketiga. -- BERNAMA

Ahad, Februari 08, 2015

SELASA INI TENTUKAN NASIB ANWAR IBRAHIM

Oleh Suriati Sidek Ahmad KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Bersalah atau tidak? Selasa ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan tahu sama ada beliau akan meringkuk dalam tirai besi atau bebas. Ini akan terjawab pada 10 Feb ini apabila Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggu berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya itu, tujuh tahun lepas. Seorang daripada peguam bela Anwar, Ramkarpal Singh Deo semasa dihubungi Bernama berkata pasukan pembelaan "yakin keputusan akan memihak kepada anak guam mereka". Ditanya sama ada pihak pembelaan akan memfailkan semakan terhadap keputusan mahkamah tertinggi itu jika Anwar gagal dalam rayuan akhirnya itu, peguam itu berkata ia akan bergantung pada alasan penghakiman yang mereka perlu teliti sebelum memutuskan untuk memfailkan semakan. Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah untuk memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Walaupun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan dan salah guna proses mahkamah, umumnya ini hanya akan dilaksanakan dalam keadaan amat luar biasa. Sementara Zamri Idrus yang merupakan peguam pemerhati bagi Mohd Saiful, berkata beliau akan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah dalam membuat keputusan berdasarkan autoriti hujahan dan keterangan dikemukakan di mahkamah. Pada 7 Nov tahun lepas, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan daripada 15 peguam yang mewakili Anwar diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan. Pasukan itu termasuk tiga anak peguam terkemuka mendiang Karpal Singh yang mengetuai pasukan peguam bela Anwar dalam kes itu sehingga kematiannya pada 17 April 2014. Peguam kanan itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Perak. Mereka ialah Ramkarpal, Sangeet Kaur Deo dan Gobind Singh Deo, manakala peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan. Empat lagi hakim dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Pendengaran rayuan Anwar yang awalnya ditetapkan selama dua hari dari 28 Okt 2014 telah berlarutan selama lapan hari ekoran pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan panjang lebar dan banyak kes undang-undang dijadikan rujukan dalam rayuan itu. Mahkamah tertinggi di negara ini akan menyampaikan keputusan sama ada membenarkan atau menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas, selepas ia mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskannya. Sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya, beliau akan lucut kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seorang MP akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000. Pihak pendakwaan turut memfailkan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara. Bagaimanapun, perkara itu hanya akan didengar sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sebanyak 27 saksi pihak pendakwaan termasuk saksi utama Mohd Saiful, dan lapan saksi pihak pendakwaan termasuk Anwar memberikan keterangan dalam perbicaraan yang berlarutan hampir tiga tahun di Mahkamah Tinggi yang turut mendapat perhatian seluruh dunia. Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu atas alasan mahkamah tidak pasti 100 peratus dengan sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA. Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin telah diganggu atau tercemar sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar terhadap pertuduhan meliwat itu, memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam dapatannya berhubung sampel itu yang dibuat berdasarkan keterangan dua pakar yang merupakan saksi pihak pembelaan. Ini merupakan kes liwat kedua dihadapi Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, di sini pada 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000. Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas selesai menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah. Beliau didapati bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah pada 4 April 1999. Bagaimanapun, selepas menjalani hukuman penjara hampir enam tahun bagi kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept 2004 apabila Mahkamah Persekutuan, diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad yang kemudian dilantik menjadi Ketua Hakim Negara, membatalkan sabitannya dan mengetepikan hukuman penjaranya bagi pertuduhan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1. Abdul Hamid dan Hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud membuat keputusan yang memihak kepada Anwar manakala Hakim Datin Paduka Rahmah Hussein tidak memihak kepadanya. Bagaimanapun, Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti itu, berkata para hakim mendapati Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja "terlibat dalam aktiviti homoseksual" dan para hakim cenderung untuk mempercayai bahawa kejadian liwat yang didakwa itu sebenarnya berlaku. -- BERNAMA

Sabtu, Februari 07, 2015

"MUKA MACAM BIAWAK" BAWA TUAH KEPADA KUMPULAN ZERO

Nama Kumpulan Zero kini harum semerbak hasil persembahan konsisten mereka di Maharaja Lawak Mega 2014 setakat minggu ke 4. Naib Juara Raja Lawak Musim Ke 6 tahun 2012 (di belakang Shiro) yang berasal dari Daerah Kudat merupakan antara peserta yang paling cemerlang dengan idea-idea lawak yang bermutu tinggi dan baru dan hasilnya Kumpulan Zero telah mencipta rekod dengan mendapat 4 1/2 bintang di Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 4 yang lalu. Dan kini Zero telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2014.Zero hambar di pertengahan minggu kembali menyengat selepas mereka mempersembahkan karoot komedia yang menyanyi lagi " ada biawak dalam seluar, ada seluar dalam biawak". Ayat "muka macam biawak" telah membawa tuah kepada kumpulan tiga beradik ini. Sudah tiba masanya bagi mereka yang tidak mengenali kumpulan ini untuk mengetahui latar belakang Kumpulan Zero yang terdiri daripada tiga adik beradik iaitu Syaiful (25), Sharif (23) dan Atu (21). Tiga beradik ini mahu mencipta nama sebagai kumpulan pelawak adik beradik pertama yang berjaya di Malaysia selain mahu membantu keluarga mereka di kampung yang terletak di Kudat, Sabah. Setelah kematian ayahnya yang cacat penglihatan, mereka mencuba nasib di program realiti Raja Lawak dan berjaya menjadi naib juara. Sebelum itu, mereka 3 beradik bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar yang merupakan pekerjaan suku Bajau. Memang meleleh air mata membaca kisah hidup mereka. Biodata Kumpulan Zero Dari kiri - Atu, Syaiful dan Sharif Tonton video Kumpulan Zero di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 di SINI. atau LIVE STREAMING FINAL MLM 2014 di SINI BIODATA KUMPULAN ZERO MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 (MLM 2014) Peserta pertama: SYAIFUL Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif Asal :Kudat, Sabah Umur :25 tahun Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik Kerjaya :Buruh kasar, nelayan Peserta kedua: SHARIF Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif Asal :Kudat, Sabah Umur :23 tahun Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik Kerjaya :Buruh kasar, nelayan * Syaiful diberitakan akan menamatkan zaman bujangnya selepas tamat Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya pada pertengahan bulan Februari 2015. Peserta ke-3: ATU Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif Asal :Kudat, Sabah Umur :21 tahun Bakat selain melawak : Menyanyi, berlakon, aksi, bermain alat muzik Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Selasa, Februari 03, 2015

GADIS DIKELAR KERANA MENOLAK CINTA MANGSA

JITRA, 3 Feb (Bernama) -- Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima. Johari Hashim berkata pemuda tersebut merupakan rakan sekampung dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya. Namun beliau berkata mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah. "Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya. "Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya kepada pemberita. Anaknya Nursyuhada, 20, yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam. Johari berkata namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih menganggunya. Beliau berkata keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini. Beliau berkata pemuda tersebut pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula. "Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu. "Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya," kata Johari. Beliau berkata bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya telah mengelar leher Nursyuhada. Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental. Johari berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus. Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi. -- BERNAMA

Ahad, Februari 01, 2015

MUSTAFA ALI BAYAR HUTANG GUNA WANG HARAKAH

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu berundur daripada pengurusan Harakah jika mahu melihat akhbar itu meneruskan kelangsungannya sebagai lidah rasmi parti tersebut. Pengasas Harakah, Ishak Surin berkata, Mustafa sudah terlalu lama berada di tampuk pimpinan akhbar berkenaan iaitu lebih daripada 20 tahun bermula sebagai Pengarah Urusan, Timbalan Pengerusi dan kini Pengerusi Lembaga Pengarah. “Mustafa dah lama, memang patut berhenti. Kalau lama sangat pemimpin di sesuatu tempat, tempat itu akan jadi seperti harta dia, macam harta bapa dia lah. Advertisement “Sebagai pemimpin, beliau perlu menerima teguran, tambahan lagi kita dalam jemaah Islam. Dalam solat sendiri jika imam melakukan kesalahan kita kena tegur,” katanya dalam forum Harakah Dalam Bahaya: Mengapa Mustafa Ali Mesti Berundur Daripada Harakah, di sini malam tadi. Menurut Ishak yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Batu, terlalu banyak pembaziran dilakukan pengurusan Harakah yang diketuai Mustafa dan perbuatan itu tidak menggambarkan imej islam yang dibawa oleh Pas dan akhbar tersebut. Antara contoh pembaziran itu, kata beliau, pengubahsuaian bilik Pengarah Urusan yang disifatkan sebagai mewah kerana menelan belanja hingga puluhan ribu ringgit. Malah, kata beliau, pernah suatu ketika wang Harakah digunakan untuk kepentingan peribadi iaitu membayar hutang. “Tindakan ini tidak mengikut kehendak Islam. Orang akan ejek kita, bukan sahaja cakap tak serupa bikin malah bertentangan sekali dengan apa yang dicakapkan. “Hampir 30 tahun Harakah berdiri, sepatutnya wang yang diperoleh digunakan untuk membangunkan parti. Tapi apa yang kita dapat lihat, hanya pembaziran,” katanya. Ishak turut melahirkan kekesalannya terhadap pengurusan Harakah yang menganiaya dan mengabaikan kebajikan pekerjanya. Sambil menyifatkan pemecatan Ketua Pengarang dan dua Pengarang pengarang akhbar itu baru-baru ini sebagai perbuatan zalim, Ishak turut melahirkan kekesalannya mengenai gaji pekerja Harakah yang tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). “Kita bercakap soal negara berkebajikan, tapi kebajikan dalam agensi parti sendiri tidak diberi perhatian mengikut lunas Islam. “Oleh yang demikian saya sarankan kesatuan sekerja perlu diwujudkan dalam Harakah. Jika ada kesatuan ini, saya yakin masalah dalaman Harakah dapat diselesaikan,” katanya.

Sabtu, Januari 31, 2015

BEKAS SETIAUSAHA POLITIK IDRIS JUSOH DIPENJARA TIGA BULAN

PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) -- Mahkamah Rayuan di sini memerintahkan ahli perniagaan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga bekas wakil rakyat Barisan Nasional dan SMS fitnah kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, pada 2009. Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ahmad Ramzi. Ahmad Ramzi, 43, yang merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen sebelum pihaknya merayu ke Mahkamah Tinggi. Setelah mendengar rayuan Ahmad Ramzi yang diwakili peguam Hisham Teh Poh Teik Abdullah dalam prosiding hari ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan untuk setiap pertuduhan dan ia berjalan secara serentak bermula hari ini setelah ketiga-tiga hakim menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman. Dalam penghakiman yang dibacakan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki, mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf semasa membuat keputusan melepas dan membebaskan Ahmad Ramzi pada 29 Dis 2013. Hakim Mohtaruddin berkata Mahkamah Tinggi tidak menilai secara menyeluruh keterangan kesemua saksi dan hanya bergantung kepada keterangan pembelaan Ahmad Ramzi bahawa 'router' (medium penghantaran SMS) milik Ahmad Ramzi mengalami mengalami masalah teknikal ketika itu. Katanya, sejak dari awal prosiding pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Ahmad Ramzi dan mendapati bahawa Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf ketika menjatuhkan hukuman untuk kesemua pertuduhan. Tambahnya, Mahkamah Sesyen juga telah memenuhi elemen-elemen yang diperlukan dalam kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Ramzi. Pada Jun 2009, Ahmad Ramzi didakwa mengugut bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Mohd Ariffin Abdullah, bekas ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh dan bekas ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid di Kampung Kubang Parit di sini, antara 11.21 malam dan 11.25 malam pada 13 April 2009. Tertuduh juga didakwa memfitnah bekas SUSK menteri besar Terengganu Datuk Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS ugutan berkenaan melalui nombor telefon bimbit milik Wan Ahamad. Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 507 dan 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda jika sabit kesalahan. -- BERNAMA