Isnin, Mei 06, 2013

NAJIB KENA BERI LALUAN KEPADA MUHYIDDIN

Datuk Seri Najib Tun Razak menerima mandat pertamanya daripada rakyat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri keenam selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13. Pakatan Rakyat menguasai baki 89 kerusi, tambahan tujuh kerusi berbanding pada 2008, tetapi pada kali ini, DAP memenangi kerusi terbanyak iaitu 38 manakala PKR kekal dengan 30 dan PAS dengan 21 kerusi. BN juga menawan kembali Kedah dan mengekalkan Pahang, Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Johor. Najib berkata pencapaian BN mungkin lebih baik sekiranya tiada putar-belit dan pembohongan oleh pakatan rakyat dan juga sentimen perkauman yang dimainkan dalam pilihan raya yang telah menimbulkan kebencian dan kemarahan terhadap parti gabungan itu. Kemenangan BN diterajui Umno manakala Sabah dan Sarawak kekal menjadi "simpanan tetap" BN dengan memenangi 47 kerusi. Ini masih merupakan saat bersejarah bagi Najib dan negara kerana ia merupakan kali pertama anak bekas seorang perdana menteri berjaya menerajui 13 parti gabungan untuk memenangi pilihan raya umum ini yang merekodkan 13.27 juta pemilih berdaftar. Najib telah berkempen tanpa mengenal penat lelah di seluruh negara untuk menyakinkan pengundi mengenai transformasi yang berlaku dalam BN dan aku janji dalam manifesto BN yang mendahulukan rakyat dan untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi. Pengerusi BN itu dan beberapa pemimpin parti komponen telah berkumpul di ibu pejabat BN di Menara Dato Onn di ibu negara untuk menunggu keputusan pilihan raya. Dalam pada itu, MCA, parti komponen kedua terbesar BN, terus merekodkan kegagalan besar pada kali ini manakala keadaannya lebih teruk lagi bagi Gerakan berbanding pada 2008. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat pengumuman yang disiarkan secara langsung di televisyen pada kira-kira 1 pagi apabila BN mencapai majoriti mudah 112 kerusi. Sejurus selepas itu, Najib muncul dalam siaran secara langsung di televisyen untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat memilih semula BN dan menggesa semua pihak, khususnya pakatan rakyat untuk menerima keputusan itu selaras dengan proses demokrasi negara. Beliau melahirkan kebimbangan dengan sokongan pengundi Cina yang lari daripada BN dengan menyifatkannya sebagai "tsunami kaum Cina" yang amat tidak sihat bagi negara disebabkan oleh sentimen perkauman yang dimainkan pada pilihan raya ini. "Demi negara, hanya dasar-dasar sederhana yang harus diterima sebagai dasar negara kita. Saya memang jangkakan ini, tetapi bukanlah sebanyak ini, namun di sebalik peralihan sokongan sebanyak ini, BN tidak tumbang dan akan kekal," katanya pada sidang akhbar. Katanya pada keseluruhannya keputusan yang dibuat rakyat kali ini menunjukkan trend polarisasi pengundian dan ini membimbangkan pihak kerajaan kerana kalau tidak ditangani dengan sebaik-baiknya boleh menimbulkan ketegangan atau perbalahan dalam negara. Najib berkata kerajaan seterusnya akan usahakan proses penyatuan kaum dan menolak kefahaman yang keterlaluan atau unsur-unsur perkauman yang tidak sihat dan akan menjurus kepada dasar-dasar yang berpaksi kepada keputusan yang sederhana atau wasatiyah. Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno, mengambil alih tampuk pemerintahan negara empat tahun lepas pada 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, setahun selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga buat pertamanya kalinya walaupun tetap menguasai Dewan Rakyat pada 2008. Najib mengalahkan calon PKR Mohd Fariz Abdul Talib dengan majoriti lebih besar 35,613 undi berbanding 26,464 undi pada 2008 mengatasi lawannya dari PAS, untuk mengekalkan kubu kuatnya di Pekan, kerusi yang dahulunya diwakili bapanya Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan perdana menteri kedua. Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menang besar di kerusi Parlimen Pagoh, mengalahkan Mohamad Rozali Jamil dengan kelebihan 12,842 undi. Pemimpin parti komponen BN, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan, masing-masing menang di kerusi Cameron Highlands dan Saratok. Palanivel, yang kalah di Hulu Selangor pada 2008, menang dengan majoriti 462 undi mengatasi pencabar terdekatnya M. Manogaran (DAP) dalam pertandingan lima penjuru manakala Mawan menang dengan kelebihan 2,081 undi dalam pertarungan tiga penjuru. Tiga pemimpin parti komponen BN mengalami kekalahan dengan Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pedamar di Perak manakala di Sabah, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu Tan Sri Bernard Dompok dikalahkan di Penampang dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Lui Vui Keong kalah di Sandakan. MCA, parti komponen kedua terbesar BN, menang hanya tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan hanya 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi parti itu. Parti itu mengalami kekalahan menerusi Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Chong Ha, bekas Menteri Pengangkutan di Lumut manakala bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong di Kampar. Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hanya mampu bertahan dengan majoriti tipis 376 undi ke atas calon DAP Wong Tack di Bentong. Gerakan menang hanya satu kerusi Parlimen dan tiga DUN. Ia bertanding di 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN. Dalam pertandingan di 'kerusi panas', bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman kalah kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kekal gah untuk penggal ketiga di Putrajaya dengan menundukkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, malah dengan majoriti besar 5,541 undi di pusat pentadbiran persekutuan itu. Di Lembah Pantai, di sini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengalahkan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dengan kelebihan 1,847 undi. Ulasan saya, prestasi Najib lebih teruk dari prestasi Pah Lah dalam pilihanraya umum 2008. Oleh itu Najib yang membuat pelbagai transformasi gagal memikat hati rakyat. Oleh itu Najib kena berunur dan beri laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM yang baru. Walaupun pelbagai produk 1Malaysia diperkenalkan Najib, ia masih gagal memenangi pilihanraya dengan majoriti dua pertiga. Oleh itu Najib perlu berundur sebelum didesak ahli-ahli UMNO dengan meletakkan Muhyiddin sebagai calon Presiden UMNo yang baru pada pemilihan November ini.

Ahad, Mei 05, 2013

DAKWAT SPR TIDAK KEKAL

Ramai pengundi mengadu dapat menghilangkan dakwat kekal yang digunakan untuk menanda jari mereka dikala ribuan rakyat telah mula mengundi hari ini dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara. Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din akan membuat laporan polis sebentar lagi kerana berjaya menghilangkan dakwat kekal di jarinya. “Setelah pulang ke rumah jam 8.50 pagi, saya cuba membersihkan dakwat kekal. Dan saya terperanjat kerana dakwat kekal itu tidak kekal. Hanya dengan basuh menggunakan air biasa tanpa solvent chemical, telah dapat dibersihkan dakwat kekal itu sehingga tidak meninggalkan sebarang kesan. “Bagaimana SPR menamakan dakwat itu dakwat kekal? Siapa tipu siapa? Samada pembekal menipu SPR atau SPR menipu pengundi atau pengundi menipu dirinya? Rakyat memerlukan penjelasan,” kata Haron di laman Facebooknya. PKR mengatakan mereka menerima banyak laporan mengenai dakwat kekal yang boleh dibersihkan dengan menggunakan sabun dan pelbagai lagi pencuci di rumah setakat jam 11.38 pagi. Selain itu, PKR juga menerima laporan mengenai kehilangan logo mereka di kertas undi saluran mengundi I dan II di Sekolah Menengah Bistari Jaya di Ijok. Tempat pengundian tersebut adalah untuk Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok. “Pengundi diberikan pensil untuk memangkah kertas undi mereka di saluran II Sekolah Menengah Mengkuang. Telah dipersetujui sebelum ini pensil tidak digunakan dalam pilihan raya. “Seorang ketua tempat mengundi di Parlimen Gombak tidak membawa Borang 13. Borang tersebut digunakan untuk memastikan bilangan kertas undi diterima berada dalam bilik sebelum pengundian bermula,” kata PKR dalam satu kenyataan hari ini. Seorang pengundi di DUN Pasir Tumboh, Kelantan juga mengatakan dakwat kekal di jarinya telah hilang tidak sampai sejam selepas pulang dari mengundi awal pagi tadi. "7 hari baru hilang? Tak sampai sejam, lepas basuh pinggan dan masak, dakwat dah hilang," komen Qay Muhammad apabila dihubungi tadi.

Khamis, Mei 02, 2013

MAHATHIR PERLEKEH MAT TAIB, TAPI MAT TAIB JADI MB SELAMA 11 TAHUN

Tun Dr Mahathir Mohamad memperlekehkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang menyertai PAS baru-baru ini di ibu negeri Selangor dihadapan penyokong kuat Umno mengatakan beliau terpaksa menyingkirkan bekas menteri besar Selangor itu kerana terlibat dengan skandal rasuah dan tidak tahu berbahasa Inggeris. Di hadapan lebih kurang 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) di sini, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno itu memberi respon mengenai Muhammad apabila diminta oleh hadirin. “Mat Taib, dia nak bawak beg. Dia ada beg besar. Sebab itu dia tak boleh cakap Inggeris, tak boleh baca Inggeris,” kata bekas perdana menteri itu disambut dengan gelak ketawa daripada hadirin. “Saya pun terpaksa singkir dia daripada jadi menteri besar pasal bawak beg duit banyak sangat. Dan sebab tak boleh baca Inggeris, payahlah,” tambah beliau lagi. Dua hari selepas penamaan calon, Muhammad membuat kejutan apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Muhammad bekas naib presiden Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 di zaman pemerintahan Dr Mahathir. Beliau juga pernah menjawat jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dari 2008 hingga 2009. Selepas menyertai PAS, Muhammad aktif berkempen bagi membantu calon Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara terutamanya di kawasan pendalaman tempat majoriti Melayu yang menjadi kubu kuat Umno. Hadirin yang hadir mendengar dengan khusyuk amanat daripada bekas perdana menteri yang telah memerintah selama 22 tahun itu. Ucapan beliau disambut dengan gelak tawa dan sorakkan membuktikan bekas pengerusi BN itu masih lagi popular termasuk kepada orang-orang muda. Dr Mahathir sebelum itu memberitahu penyokong parti itu betapa pentingnya kesetiaan kepada parti, walaupun tidak mendapat tempat atau digugurkan dari jawatan. “Saya biasa disingkir daripada Umno. Tunku Abdul Rahman buang saya daripada Umno. Tapi saya tak tubuh parti lain, saya tak masuk parti lain,” kata beliau disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin. Turut hadir bersama-sama dalam program malam tadi adalah naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam. Zulkifli turut memberikan ucapan pendek dan menyatakan kehadiran besar malam tadi membuktikan BN mampu merampas Selangor pada pilihan raya 5 Mei ini. Selangor jatuh kepada pakatan PKR, PAS dan DAP pada Pilihan Raya 2008. Mereka kemudiannya menubuhkan PR. Dalam pilihan raya 5 Mei ini, Selangor merupakan salah satu “negeri panas” kerana kedua-dua BN dan PR yakin mereka mampu menguasainya.

PERUBAHAN BERLAKU DI JOHOR?

Cuti Hari Buruh semalam memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mengambil peluang keemasan itu dengan menganjurkan beberapa ceramah raksasa di Johor, yang dihadiri selautan manusia bagi menyokong momentum berterusan anti-BN di Selatan. Ceramah di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di Gelang Patah berjaya menghimpunkan 70,000 hadirin yang majoritinya berbangsa Cina, memecahkan rekod 60,000 di tempat sama pada malam sebelumnya. Selain kehadiran luar biasa itu, kutipan derma juga sebanyak RM263,328.80 - lebih suku juta ringgit - dengan RM173,328.80 dikutip daripada ceramah dan RM90,000 lagi daripada beberapa siri acara sepanjang hari di kawasan parkir itu. Kehadiran itu dilihat petanda jelas sokongan hebat pengundi Cina di Selatan Johor, yang kebanyakannya datang daripada Kulai, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Pulai - kawasan sasaran Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini. Ceramah lain yang mensasarkan pengundi Melayu pula dilangsungkan di kawasan parkir Stadium an Sri Dato Haji Hassan Yunos di Johor Bahru yang menarik kehadiran seramai 10,000 - ceramah untuk masyarakat Melayu paling ramai dihadiri sejak penamaan calon 20 April lalu.

PENGUNDI SUDAH BOSAN DENGAN BN DAN PAS

Calon tertua di Terengganu, Maimun Yusuf, 94 tahun, yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu tetap giat berkempen walaupun dengan hanya berbasikal dan berjalan kaki untuk meraih undi. Usia tua bukan halangan untuk beliau melakukan semua itu dan masih aktif berkempen dari rumah ke rumah secara bersendirian terutama di kalangan kenalan rapat. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata dia lebih selesa berkempen di kalangan kenalannya sahaja ia lebih menyenangkan dan dapat menarik perhatian untuk mengundinya pada PRU nanti. “Tok berjalan atau menaiki basikal untuk berkempen. Tok berkempen pun sorang-sorang. Tok tidak pernah menyusahkan orang lain. Semuanya Tok lakukan sendiri dengan bantuan mereka yang ikhlas menolong Tok. Tok masih kuat untuk berjalan, kalau rasa sakit-sakit badan, Tok makan majun. “Biarlah.. Tok lebih selesa berkempen dengan menaiki basikal begini,” katanya yang kini menghentikan seketika aktiviti menjual kain bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada proses berkempen,” katanya ketika ditemui Bernama di sini. Tok Mun menjelaskan keputusan bertanding untuk kali kedua ini bagi menunaikan amanah orang lama.Katanya, pengundi sudah bosan dengan gelagat pemimpin BN dan pemimpin PAS, maka mereka hendaklah pilih calon Bebas seperti beliau. Sementara itu beliau meluahkan perasaan sedih apabila markas kempen yang ditubuhkan di Jalan Panji Aka menjadi mangsa khianat apabila poster yang dipasang dirosakkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun beliau lebih selesa berdiam diri dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan kini hanya mempunyai satu markas di Kampung Chabang Tiga. Warga emas yang pernah menggemparkan negara pada PRU12 selepas menjadi calon bebas Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang 'kunci' pada PRU kali ini. “Biasanya, jumlah bajet yang Tok belanja Tok akan tahu setelah selesai PRU, tahun 2008 hampir RM15,000 duit Tok belanjakan dan tahun ini mungkin hampir RM30,000,” katanya. Pada PRU 2008, Tok Mun hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. — Bernama

Rabu, Mei 01, 2013

TURUNKAN HARGA MINYAK BOLEH DILAKSANAKAN

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat menang pada 5 Mei ini. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana kami pernah menghantar proposal kepada kerajaan BN pada tahun 2006 tetapi nampaknya kerajaan BN tidak berminat untuk menurunkan harga minyak. Kawan saya, Burhanuddin (Baha) bin Tan Sri Ibrahim telah mengemukakan cadangan ini kepada Pengerusi Majlis Harga Negara, Tan Sri Kamal Salleh. Kami menemuinya di Bangsar Shopping Village. Walaupun beliau tidak kenali kami, beliau berminat dengan cadangan itu dan mempelawa kami datang ke Pan Pacific pada keesokan malam untuk bentangkan kertas kerja. Ahli jawatankuasa Majlis Harga Negara dianggotai oleh banyak NGO. Ada seorang Datuk yang mengenali saya tertarik dengan cadangan Baha.Dia panggil kami dan suruh Baha sertainya kerana dia tahu ini peluang buat duit.Dia cadang kemukakan kertas ini melalui sebuah syraikat listed. Idea itu akhirnya senyap tetapi kertas kerja itu telah diciplak oleh Datuk tersebut.Kami tidak berputus asa dan jumpa Datuk Seri Shafie Afdal yang menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kami pergi ke rumahnya tetapi dia suruh datang ke pejabat. Sampai ke sudah kami tak dapat temujanji untuk menemuinya. Selepas itu Datuk Shahir Samad menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kami dapat menemuinya dan beliau panggil pegawainya. Beliau tertarik dengan cadangan ini dan beliau suruh syarikat lain juga kemukakan kertas cadangan.Lima buah syarikat mengemukakan cadangan teramsuk Maybank. Baha masuk melalui Kumpulan Antah. Antah telah mengemukakan cadangan kepada EPU dan Kementerian Kewangan. Tiba-tiba Pak Lah selaku PM mengisytiharkan kerajaan beri rebat kepada semua pemilik kenderaan sebanyak RM625 yang mahu memperbaharui cukai jalan. Kertas cadangan Baha bertujuan untuk mengurangkan subsidi minyak sebaliknya kerajaan rugi berapa bilion kerana rebat ini. Betapa cerdiknya Pak Lah. Pada 5 April 2009, Najib jadi PM yang baru. Ketika mengemukakan Bajet 2010 pada Oktober 2009, beliau berkata kerajaan akan melaksanakan Sistem Pengurusan Subsidi(tajuk ini pun diciplak dari kertas kerja Baha). Saya terus call Datuk yang bersama kami dalam Majlis Harga Negara dahulu. Saya tanya Datuk itu siapa yang dapat projek tersebut. Dia beritahu Maybank. Ini bermakna kertas cadangan kami telah diciplak oleh Datuk itu dan beliau berpakat dengan Maybank sedangkan kerajaan belum umum lagi siapa yang dapat projek itu. Bila secara rasmi diumumkan Maybank akan melaksanakan Sistem Pengurusan Subsidi, kami buat bantahan kerana Maybank menggunakan Mykad sedangkan sesiapa sahaja boleh gunakan Mykad itu. Kami jumpa Datuk Mukhriz, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa supaya memberitahu Tok Pa. Biar Tok Pa bawa perkara ini dalam kabinet. Akhirnya Ismail Sabry Yaacob membuat pengumuman kerajaan membatalkan sistem itu kerana cadangan Maybank menggunakan Mykad banyak kelemahan. Cadangan kami bukan guna Mykad tetapi ia dapat mengawal semua barangan subsidi seperti minyak, minyak masak, gula, tepung gandum. Malah harga minyak boelh diturunkan sehingga RM1.00 melalui sistem ini. Seperti juga BR1M, kerajaan kena buat dasar bahawa rakyat yang bergaji kurang dari RM3,000 layak mendapat subsidi dengan harga minyak, minyak masak, gula, tepung gandum yang murah. Manakala orang kaya dengan harga pasaran. Usaha kami untuk membentangkan cadangan ini terus kepada Najib tidak pernah jadi kenyataan. Ramai orang berjanji nak bawa Baha jumpa PM tetapi semuanya mahu duit dulu untuk atur temu janji dengan PM sedangkan Baha bersendirian bukannya melalui Kumpulan Antah lagi.Jika ia sampai ke telinga PM, mungkin PM kagum dengan idea ini kerana harga minyak boleh diturunkan sampai RM1.00. Oleh itu jika Pakatan Rakyat menang, kertas kerja ini boleh digunapakai semula kerana ia masih relevan untuk mengawal subsidi. Kerajaan tak perlu mengeluarkan bilion ringgit untuk subsidi lagi. Inilah idea Baha yang orang lain tak nampak.Ketika kerrtas kerja ini pertama kali dibentangkan kepada bekas Setiausaha UMNO Bahagian Tun Razak, Zaharin Mohd Yassin, beliau secara sinis berkata kerajaan BN tidak akan melaksanakan sistem ini kerana ia akan merugikan taukeh gula Robert Kuok. Masakan BN mahu melaksanakan sistem ini kerana kapitalis seperti Robert Kuok yang banyak memberi derma kepada UMNO. Alangkah ruginya jika cadangan yang baik untuk rakyat seperti ini tidak dilaksanakan.

Selasa, April 30, 2013

NIK AZIZ PEMEGANG AMANAH

Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan pemilik, tetapi hanya pemegang amanah bagi 14 lot tanah 1.76 hektar bernilai RM4 juta yang dipertikaikan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, kata Pemuda PAS Kelantan. Ketua penerangannya Ahmad Fadhi Shaari menjelaskan, kesemua lot rezab Melayu dengan milikan selama-lamanya (perpetuity) itu sebenarnya milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dibeli terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007. Bagaimanapun, jelas Ahmad Fadhi, oleh kerana PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938, perbadanan itu menamakan Nik Aziz selaku pengerusi PMBK sebagai pemegang amanah. Bagi mengesahkan keputusan itu, kata Ahmad Fadhi lagi, Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dimeterai yang mensyaratkan Nik Aziz melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. "Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru (Nik Aziz) bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya (Ibrahim)," kata Ahmad Fadhi. Utusan: Di balik imej zuhud Utusan Online hari ini melaporkan, di sebalik imej zuhud, Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS memiliki lot tanah itu yang dikatakan boleh melebihi RM10 juta jika statusnya ditukar daripada pertanian kepada komersial. Memetik Ibrahim, laman itu juga melaporkan, isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang dipajakkan 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak. Kesemua tanah atas nama Nik Abdul Aziz itu didakwa didaftarkan selepas 1990 ketika beliau memegang jawatan menteri besar. Sambil mengaku terkejut, Ibrahim mempersoalkan bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Aziz bertugas sebagai penjawat awam dan ketua kerajaan. Ibrahim berkata, pendedahannya bukan bertujuan memfitnah kerana berkemungkinan tanah itu dimiliki menerusi cara yang betul dan sah tetapi hanya mempersoalkan dari aspek moral. Beliau juga mencabar anak anak menteri besar Nik Abduh yang menentangnya di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum kali ini memperjelas bagaimana bapanya memiliki tanah itu.

Isnin, April 29, 2013

CHINESE WILL ABANDON BARISAN NASIONAL

Malaysian businessman Stanley Thai says he’s joining thousands of fellow ethnic Chinese citizens in abandoning support for Prime Minister Najib Razak and voting for the opposition for the first time in elections next month. “Why are the Chinese against the government -- it’s simple,” Thai, 53, owner of medical glove-maker Supermax Corp. (SUCB), said in an interview last month. “We don’t want our children to suffer what we suffered, deprived from education, from career opportunities, from business opportunities.” Chinese, who make up about a quarter of Malaysia’s population, are growing intolerant of affirmative-action programs for Malays propagated by Najib’s alliance of parties, the most recent national poll indicates. Any mass defection by Chinese voters raises the risk of the ruling coalition’s first election loss since it was formed after 1969 race riots. The violence of 1969 helped persuade many Chinese to back Barisan Nasional, which Najib has led since 2009, as they accepted racial preferences for Malays as the cost of peace. Thai said thinking changed when the government’s electoral take sank in 2008 with little sign of renewed social unrest. “Everyone said, ‘Wow, the time has come,’” he said. Now, the opposition, led by Anwar Ibrahim, sees the end of race-based policies that have hindered companies such as Supermax as key to long-term economic growth. Najib counters that his gradual reform of the affirmative-action programs will assure stability and avert a slide in stocks and the ringgit that would accompany any opposition victory. “It’s a contest ultimately about visions -- do you believe the country is Malay-centered or a state of all its citizens?” said Clive Kessler, emeritus professor at the University of New South Wales in Sydney, who has studied Malaysian politics for half a century. “Najib no longer has adequate non-Malay support,” said Kessler, who estimates the ruling coalition must win about two-thirds of Malay votes to stay in power. The FTSE Bursa Malaysia KLCI Index (FTSEMIB), which has lagged other Southeast Asian benchmarks this year, gained 0.3 percent today to close at a record high. The ringgit advanced for a third day, the longest rally in three weeks, on speculation further monetary easing in Japan and Europe will boost demand for emerging-market assets. About half of Malaysia’s 29 million people are Malays, while roughly a quarter have Chinese roots and the rest are mostly ethnic Indians or indigenous groups. One in five ethnic Chinese think the country is headed in the right direction, compared with 75 percent of Malays, according to a February survey by the Merdeka Center for Opinion Research, the most recent available. In 2008, the ruling 13-party Barisan Nasional coalition won by its slimmest margin since it was formed, with three Chinese parties losing half their parliamentary seats. Anwar’s own multi-racial coalition, which includes a Chinese-majority party and a mostly Malay party that advocates Shariah law in criminal matters, has pledged to eliminate race-based policies to fight corruption. “What we’re seeing with the implementation of the policy is enormous rent-seeking and patronage and corruption,” said Edmund Terence Gomez, a professor at University of Malaya in Kuala Lumpur who edited a book on the affirmative-action program. “The electoral trends clearly indicate that Malaysians are saying they’ve had enough of race-based politics.” In 1969, Malaysia suspended parliament for more than a year after race riots in the wake of a close election killed hundreds of people. Abdul Razak, Najib’s father, then initiated the racial preferences in 1971 as the country’s second prime minister. The New Economic Policy sought to raise the share of national wealth to at least 30 percent for Malays and indigenous groups known as Bumiputera, or “sons of the soil,” that make up about 60 percent of the population. They got cheaper housing and quotas for college places, government contracts and shares of listed companies. While Najib has tweaked the policy for publicly traded firms and extended benefits to poorer members of all races, many other elements remain intact. Malaysia favors Bumiputera companies in awarding contracts from the government and state- owned enterprises, the U.S. Trade Representative wrote in a March report. “We don’t play the racial card -- we play a moderate Malaysia, an inclusive Malaysia and we’re talking about power sharing,” Najib said in an April 17 interview. “That’s the kind of storyboard that we are trying to convince the Malaysian Chinese.”

ZIZIE KEMPEN 15 JAM UNTUK SUAMI

Hampir 15 jam sehari, itu masa yang diperuntukkan oleh pelakon Zizie Ezette untuk membantu jentera kempen pilihan raya di kawasan suaminya, Datuk Bung Moktar Radin yang juga calon Barisan Nasional Parlimen Kinabatangan. "Memang sibuk, semua kawasan dijelajahi, kami memang berkempen berhabis-habisan dan saya lebih fokus kepada merayu undi dari rumah ke rumah," kata Zizie. Malah untuk menyampaikan kempen secara lebih berkesan, Zizie tidak akan sepanjang masa mengekori suaminya ke setiap lokasi. "Kami berpecah kepada dua team (kumpulan). Datuk (Bung Moktar) dengan teamnya akan ke lokasi lain melalui ceramah, berjumpa kumpulan pengundi yang lebih besar. "Sementara saya lebih kepada merayu undi dari rumah ke rumah. Saya banyak bertemu dengan kumpulan wanita dari rumah ke rumah," beritahu Zizie lagi. Pelakon putih melepak ini bernikah dengan Bung Moktar pada penghujung 2009 dan ini merupakan kali pertama beliau membantu suaminya berkempen bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Bung Mokhtar ditentang Abdullah Abdul Sani (PKR), Yambuya Perantis @ Cyril Pongod (Star) dan Ali Latip Taha (Bebas). -

MAJLIS BN DI JB TAK DAPAT SAMBUTAN

Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam. Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan. Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul. Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin. Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu. “Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi. “Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain,” katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang. Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik. Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein. Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan. “Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar. “Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan,” katanya, dan menambah, “kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi.” Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India. Selepas majlis selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu. “Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul”. Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 orang diluar negara layak mengundi untuk Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah ini. Johor yang merupakan kubu kuat BN juga diancam dengan kehadiran tokoh besar seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAS. Johor juga merupakan negeri dimana Umno dilahirkan.

PRESIDEN MCA HINA PAK LAH

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, maka kerajaannya akan menjadi macam pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya asyik tentang halehwal Islam. "Saya telah berpeluang berkhidmat di bawah Pak Lah (Abdullah Ahmad) dan (Perdana Menteri sementara) Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Chua yang pernah berkhidmat sebagai menteri kesihatan semasa pentadbiran Abdullah. "Saya dapat lihat perbezaannya. Kepimpinan mereka berbeza sama sekali, begitu juga hasilnya, ini sangat jelas. "Apabila Pak Lah memimpin negara, setiap hari beliau akan bercakap mengenai Islam Hadhari, tetapi tidak pernah tentang ekonomi, kerana latarbelakang (pengajian Islam) Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," katanya di majlis makan tengah bersama dengan 150 orang di Jementah, Segamat petang ini. Sebaliknya, kata Chua, Najib memberi banyak memberi tumpuan kepada ekonomi. "Di bawah Najib, ianya benar-benar berbeza sekarang, setiap hari penekanan adalah kepada pembangunan ekonomi dan kita percaya ini adalah landasan yang betul," katanya kepada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina. Oleh itu, katanya, isu siapa yang akan menjadi perdana menteri adalah amat penting.

Sabtu, April 27, 2013

PAS KETANDUSAN CALON TEMPATAN

"PAS ketandusan calon tempatan sehingga terpaksa mengimport Ketua Pemuda PAS Melaka, Mohamad Idris Ahmad bertanding di DUN Hulu Bernam di Selangor," kata calon BN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar. Beliau yang juga Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia berkata beliau yakin BN dapat mengekalkan kerusi tersebut. Rosni bertanding buat kali pertama menggantikan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar yang tidak mempertankan kerusi yang dimenanginya selama tiga penggal. Rosni yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian yakin pengundi Hulu bernam akan menolak calon luar kerana mereka tidak memahami masalah yang dihadapi oleh masyarakat Hulu Bernam. Pada tahun 2008,BN menang dengan majoriti 3,549 undi.Rosni ibu kepada enam orang anak bersuamikan Aziz Deraman, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan. Beliau dilahirkan di Kampung Baru A, Hulu Bernam. Beliau pernah menjadi guru di Kuching, Sarawak dari tahun 1976 hingga 1982.Rosni yakin tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS tidak akan memberi kesan kepada pengundi Hulu Bernam. "Pemimpin datang pemimpin pergi. Kita hargai jasa beliau ketika menjadi MB Selangor dahulu tetapi kita tidak dapat menerima tindakannya mengkhianati UMNO," tegasnya lagi.

PENGGANTI DR HASSAN ALI AKTIF DI GOMBAK

Pengganti Datuk Dr Hassan Ali di DUN Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan, 38 tahun, merupakan seorang yang aktif dalam PAS Gombak.Berasal dari Kg Nakhoda, Batu Caves, beliau adalah calon anak tempatan menentang calon BN, Datuk Said Anuar Said Othman.Tugas Hasbullah memang berat kerana pada tahun 2008 PAS menang melalui Dr Hassan Ali dengan majoriti 2,797 undi.Beliau yang juga Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Selangor merupakan lulusan UM dalam bidang Pengajian Islam. Pada tahun 2000 beliau diamanahkan sebagai Pengerusi PASTI Gombak yang membangunkan PASTI di sleuruh Gombak. Sehingga kini, sudah 20 buah PASTI ditubuhkan di seluruh Gombak. Dengan pencapaian tersebut, beliau dilantik sebagai Pengarah PASTI Selangor sejak tahun 2009.Sebaik saja tamat belajar di UM, beliau silantik Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak sejak tahun 1999 hingga 2009 dan pada tahun 2009 hingga sekarang beliau mengetuai Pemuda PAS Selangor. Hasbullah menyifatkan pencalonannya sebagai satu amanah yang perlu dipikul. Beliau telah lama menjaga kawasan Gombak, maka sudah ramai orang mengenalinya termasuk masyarakat Cina dan India.Sebagai anak jati Gombak, beliau sudah tahu denyut nadi masayarakat Gombak. Selepas Pakatan memerintah Selangor pada tahun 2008, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang. Banyak aduan masyarakat yang berjaya diselesaikannya sepanjang beliau memegang jawatan tersebut seperti masalah banjir kilat, masalah sampah, penurapan jalan dan lain-lain lagi. Beliau berazam mengekalkan kerusi PAS di Dun Gombak Setia."Insya Allah tanpa Dr Hassan Ali, PAS tetap menang di Gombak Setia<" katanya.

Jumaat, April 26, 2013

IDRIS JUSOH GANTI SHABERY CHEEK JADI MENTERI

Kerajaan negeri akan mencadangkan Perdana Menteri melantik Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai salah seorang anggota kabinet apabila Barisan Nasional (BN) berkuasa semula selepas pilihan raya nanti. Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Said berkata, bagi mempastikan harapan itu berjaya pengundi di Parlimen Besut perlu mempastikan Idris calon Parlimen Besut,mendapat manjoriti besar dalam PRU13. “Takkaln lah selepas mendapat manjoriti besar Perdana Menteri tidak melantik Idris sebagai menteri kebinet yang mewakili Terengganu,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihan raya DUN Kuala Besut, petang semalam. Ahmad juga menafikan tomahan sesetengah pihak beliau dan Idris bermusuhan dalam politik sejak krisis jawatan Menteri Besar pada 2008. “Itu anggapan orang dan sememangnya dalam politik macam-macam orang melihat pemimpin, yang pasti kami tekad untuk bekerjasama mempastikan BN kekal di Terengganu. Beliau berkata, engaruh rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada PAS tidak sedikitpun mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Besut untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum diadakan. Katanya, kawasan Parlimen Besut adalah kubu kuat dan banteng pertahanan BN yang paling kukuh di Terengganu sejak sekian lama. Oleh itu,katanya, tidak tumbul pengundi di Besut menyokong pembangkang walaupun mereka tinggal di berhampiran sempadan Kelantan/Terengganu. Malah,kata Ahmad faktur itu diperkukuhkan lagi dengan kebijaksanaan pimpinan BN Besut diterajui bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang berpengalaman luas dalam menghadapi pembangkang. Ulasan saya, jika MB cadang nama Idris sebagai menteri penuh, maka Datuk Shabery Cheek akan digugurkan sebagai menteri. Takkan Terengganu nak dapat dua menteri penuh.Oleh itu orang besut lebih bertuah dari orang kemaman kerana mereka dapat menteri lagi selepas Datuk Dr Abdullah Mohd Zain (2004-2008).

WANITA UMNO TAK LAYAK JADI CALON DI TERENGGANU

Penamaan calon Parlimen Besut mencatat sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU13) apabila seorang wanita pertama dicalonkan oleh PAS bertanding di kerusi DUN Kuala Besut Surirumah ,Napisah Ismail, 53, dari Kampung Denger, dekat sini, dipertaruhkan oleh PAS untuk menentang penyandang Dr A Rahman Mokhtar dari BN. Napisah yang juga Ketua Dewan Muslimat Pas Besut,satu satunya calon wanita di negeri ini yang akan bertanding pada PRU13. Bagi DUN Kota Putera, pertandingan tiga penjuru antara calon BN,Pas dan PKR dijangka menarik perhatian kerena sebelum ini hanya BN dan Pas sahaja yang akan bertanding di kerusi berkenaan. Bagaimanapun, kehadiran calon PKR, Dr Mohamed Abd Ghani,61, bekas pensyarah Maktab Perguruan Sultan Mizan Besut, yang tiba-tiba muncul di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Besut, mengejutkan orang ramai. Dr Abdul Ghani juga mencatat rekod apabila beliau adalah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Alur Lintah, Bukit, Keluang, bertanding di atas tiket pembangkang. “Sebagai pengerusi KRT pertama bertanding menjadi calon saya amat bangga dan akan mempastikan berjaya dalam PRU13 ini,” katanya. Ulasan saya, semua ketua wanita UMNO bahagian di Terengganu tak layak jadi calon. Mereka layak jadi pekerja parti sahaja. Nampaknya PAS Terengganu lebih maju dari BN Terengganu dengan meletakkan calon wanita di Kuala Besut.

YUSOF TAK GENTAR TANDING DI KUBU KUAT PAS

Calon muka baru Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir Yusof Awang Hitam sememangnya sudah lama dijangka bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) . Beliau yang memilki sifat mudah mesra, pemurah, suka membantu dan tidak pilih bulu dalam menghulurkan sumbangan mahupun bantuan sememangnya dianggap calon pilihan penduduk setempat. Yusof Awang berkata, pemilihannya sebagai calon kawasan berkenaan merupakan kepercayaan dan harapan yang diberikan pucuk pimpinan kepadanya dalam misi merampas DUN Manir. “Harapan ini pastinya digalas sebaik mungkin dan saya tidak akan mensia-siakannya kerana mengetahui rakyat sudah jemu dengan karenah pembangkang. “Pengalaman menjadi Pegawai Pegawai Pembagunan DUN selama ini dilihat menjadi satu kelebihan untuk memikat hati rakyat supaya berubah dan bersama BN,” katanya Beliau yakin penggunaan slogan `Manir Berubah Jika Manir Menang’ mampu menambat hati rakyat untuk merampas kembali Manir yang hampir 26 tahun diwakili pembangkang “Walaupun Manir dikatakan sebagai antara kubu kuat pembangkang di Terengganu, namun tidak menjadi penghalang buat saya untuk berjuang habis-habisan. “Merampas kembali DUN Manir daripada tangan pembangkang bukan perkara mustahil ,” katanya Pada PRU12 lalu, menyaksikan calon Pas , Dato’ Harun Taid berjaya mempertahankan kerusi DUN Manir dengan majoriti 432 undi mengalahkan calon BN, Wan Sagar Wan Embong, manakala PRU11 pada 2008, sebanyak 301 majoriti undi. Berdasarkan rekod, kerusi DUN Manir mula ditakluki pembangkang (Pas) sejak PRU8 pada 1990 lalu dan sehingga kini, ia masih menjadi kubu kuat Pas.

Rabu, April 24, 2013

PM KATA KENAIKAN ROYALTI MINYAK TAK BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT SABAH

Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pembangkang yang mahu menaikkan royalti minyak di Sabah sehingga 20 peratus kerana tindakan itu tidak akan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini dan negara. Perdana Menteri sebaliknya menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai formula lebih baik dalam memastikan Sabah terus mendapat faedah yang besar dalam kemajuan industri minyak dan gas. Antaranya, beliau berkata, kerajaan telah mula membangunkan kawasan-kawasan telaga minyak marginal yang mempunyai rizab minyak rendah di negeri bagi meningkatkan hasil industri tersebut. "Dengan teknologi dan teknik baharu serta dengan insentif yang disediakan kerajaan, kawasan-kawasan marginal ini boleh kita hasilkan dan minyak itu boleh kita keluarkan seterusnya royalti minyak akan kita berikan kepada kerajaan negeri," katanya. Beliau berucap dalam majlis Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Padang Pekan Kuala Penyu di sini hari ini. Jelas Najib, sekiranya royalti minyak dinaikkan sehingga 20 peratus seperti dilaungkan pembangkang, tindakan itu akan memberi kesan kepada perancangan lain seperti kerajaan tidak mempunyai insentif untuk membangunkan kawasan marginal. "Apa yang berlaku seperti dalam peribahasa iaitu angsa yang keluarkan telur emas tetapi angsa itu kita bunuh. Sebaliknya di bawah perjanjian kita hari ini, angsa kita ini hidup dan akan mengeluarkan lebih banyak lagi telur emas yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah," katanya. Najib berkata, rakyat tidak perlu gusar mengenai perjanjian royalti itu.

MARKAS BN TAYANG VIDEO LUCAH

“Jika saya dapati ada berlaku perkara ini, memang sewajarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pimpinan akan beri arahan supaya hentikan.” Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya. Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung. Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang. “Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menjelaskan tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu. Beliau turut mengakui tidak tahu menahu mengenai sebarang tayangan video sedemikian dan menganggap tindakan penayangan secara terbuka tidak mungkin dilakukan BN. “Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menayangkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh nak kata apa tetapi dalam ceramah atau secara terbuka tidak mungkin. “Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menimbulkan masalah terutamanya dari sudut kesalahan atau dari sudut keselamatan yang kalau menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang. Tidak mungkin kita buat sesuatu yang menyalahi peraturan,” katanya. Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, arahan penayangan video berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan BN untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak lawan. “Memang kita tidak pernah keluarkan arahan. Saya sendiri tidak pernah melihat video berkenaan, jadi macam mana kita terfikir untuk tayang. Kalau benar sekalipun, ia boleh mengaibkan seseorang, Islam pun mengharamkan membuka aib orang,” katanya.

Selasa, April 23, 2013

WAKIL RAKYAT BN AKAN BERSUMPAH GUNA AL QURAN BILA MENANG

Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu akan bersumpah menggunakan al-Quran sebaik sahaja BN membentuk kerajaan selepas 5 Mei ini sebagai “aku janji” tidak akan terlibat dengan rasuah dan pecah amanah. Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, malah kesemua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan terutama yang melibatkan urusan tender juga akan berbuat demikian. Ini bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran awam di Terengganu, kata beliau. Ahmad berkata sumpah tersebut (akuan integriti - bagi calon bukan Islam) juga bertujuan menghentikan tohmahan dan fitnah pembangkang yang kerajaan rasuah, malah menjadikannya sebagai modal politik menjelang pilihan raya umum. “Apabila kita buat (akuan bersumpah) ini, secara tidak langsung ia akan mengikat individu tersebut dengan Allah...jika dia buat juga, dengan manusia mungkin dia lepas, tetapi tidak dengan Allah,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini. Ahmad turut mengejutkan tetamu majlis itu apabila beliau turut bersumpah menafikan penglibatannya dalam skandal balak seperti yang dituduh pembangkang. Tegasnya beliau berniat hendak ke ceramah pembangkang pada waktu malam dengan membawa Al-Quran untuk bersumpah menafikan tuduhan itu namun, tiada kesempatan waktu. “Secara kebetulan pula, pada hari ini ada program SPRM, jadi saya bersumpah menafikan tuduhan itu, saya tidak takut kerana tidak buat, ambil duit dan sebagainya (seperti yang dituduh). Itu bukan cara saya (untuk cepat kaya). “Saya pernah disiasat selama tiga tahun setengah oleh SPRM ... tapi tiada kes (bebas), sebab itu kalau mereka nak tuduh, saya tak bimbang, pergilah lapor kepada SPRM dan tunggu SPRM lakukan siasatan ... tak perlu nak berdemonstrasi depan Wisma Iman untuk main politik,” katanya. — Bernama

Isnin, April 22, 2013

PECAT JOHAN CHE PA

BN kalah satu kerusi pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu apabila calon BN parlimen Pasir Mas, Johan Che Pa tidak mengemukakan kertas pencalonan. Inilah kali pertama dalam sejarah penamaan calon, BN kalah satu kerusi daripada 222 buah kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara.Biasanya BN menang tanpa bertanding banyak kerusi pada hari penamaan calon.Tindakan Johan tidak mengemukakan borang pencalonan merupakan satu tindakan yang amat memalukan. Adakah Johan sudah dibeli oleh calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali yang akan menentang Nik Abduh, calon PAS dalam pertandingan satu lawan satu. Inilah kelebihan Ibrahim yang pandai cari peluang. Beliau tahu kalau beliau bertanding tiga penjuru sudah tentu PAS yang menang. Maka Johan beri laluan kepada Ibrahim kerana beliau adalah seorang ahli parlimen sekarang. Biar rakyat menilai kerja Ibrahim selama lima tahun menjadi ahli parlimen Bebas. Ibrahim pertama kali menang pada tahun 1986 sebagai calon BN. Pada tahun 1990 beliau menang atas tiket Semangat 46. Pada tahun 1995 beliau yang sudah menyertai BN tewas di tangan calon PAS. Pada tahun 2004 beliau yang dipecat oleh Tok Pa sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Pasir Mas telah bertanding sebagai calon Bebas dan kalah di tangan calon PAS. Pada tahun 2008 beliau bertanding atas tiket PAS walaupun beliau adalah calon PAS. Beliau menang. Menurut Sayuti, beliau yang bawa Ibrahim jumpa Nik Aziz untuk beri laluan kepada Ibrahim bertanding atas lambang PAS di Pasir Mas. Ibrahim pernah ebritahu bahawa bukan diadapat free kerusi PAS kerana dia bayar duit kepada PAS. Mungkin perkara yang sama berlaku kepada UMNO Pasir Mas yang dibayar duit oleh Ibrahim supaya BN beri laluan kepadanya.Inilah pertandingan hidup mati Ibrahim sama ada orang BN akan mengundinya atau tidak keluar mengundi pada 5 Mei ini. Ibrahim paling kecewa tak dapat jadi calon BN bila Zulkfli Nordin diterima jadi calon BN di Shah Alam. Maka beliau bertegas mahu jadicalon Bebas. Najib serba salah mahu meletakkan Ibrahim sebagai calon BN kerana MCA tidak mahu Presiden Perkasa itu bertanding kerana Ibrahim adalah seorang rasis. MCA mungkin berkempen tidak mahu pengundi Cina mengundi Ibrahim Aliyang akan direstyi BN kerana BN sudah tiada calon parlimen. Kamalia sudah letak jawatan sebagai ahli majlis tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar bila dia diterima sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar atau dipecat dari UMNO. Maka UMNO juga perlu pecat Johan Che Pa dari UMNO kerana memalukan nama baik UMNO.