Memaparkan catatan dengan label perubahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perubahan. Papar semua catatan
Selasa, September 03, 2013
UMNO TERENGGANU PERLUKAN PERUBAHAN DRASTIK
Umno Terengganu perlu melakukan perubahan drastik untuk memenangi semula 15 kerusi yang kalah.
Menurut calon Ketua Pemuda Umno Bahagian Besut, Zahari Mat, perubahan yang perlu dilakukan melalui pemilihan parti pada 19 Oktober ini perlu digunakan sebaik mungkin supaya BN tidak kecundang di Terengganu pada pilihanraya umum akan datang.
Katanya, jika perubahan tidak dibuat, suatu hari nanti semua ahli Umno malu mengaku “saya adalah ahli Umno”.
“Kegagalan BN di 15 kawasan DUN adalah cermin kepada kepimpinan Umno sekarang,” katanya mengulas adakah pertandingan di peringkat Bahagian akan memecahbelahkan parti.
Zahari tidak nampak pertandingan itu akan memecahkan parti kalau ia diadasrkan atas semangat kekeluargaan.
“Yang saya kesalkan ada calon yang bertanding sanggup membunuh kawan baik sendiri dengan peteh-memeteh sesama sendiri,” katanya kesal.
Oleh itu beliau berharap semua calon yang bertanding tidak mengamalkan budaya fitnah dan tikam belakang kerana ia dikhuatiri menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang Umno dalam pilihanraya umum akan datang apabila segala pekong didedah oleh calon Umno sendiri.
Beliau berharap seperti mana kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin Umno yang sudah lama memegang jawatan pelu memberi laluan kepada muka baru dalam proses peremajaan Umno.
Katanya lagi, jika BN menang besar di Terengganu pada pilihanraya umum lalu, pilihanraya kecil Kuala Besut tidak mungkin sampai bernilai RM750 juta.
“RM750 juta digunakan untuk melahirkan seorang wakil rakyat sedangkan duit sebanyak itu dapat membangunkan seluruh Terengganu seperti membaiki jalan yang rosak dan pelbagai program memperaksakan belia,” katanya lagi.
Khamis, Mei 02, 2013
PERUBAHAN BERLAKU DI JOHOR?
Cuti Hari Buruh semalam memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mengambil peluang keemasan itu dengan menganjurkan beberapa ceramah raksasa di Johor, yang dihadiri selautan manusia bagi menyokong momentum berterusan anti-BN di Selatan.
Ceramah di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah di Gelang Patah berjaya menghimpunkan 70,000 hadirin yang majoritinya berbangsa Cina, memecahkan rekod 60,000 di tempat sama pada malam sebelumnya.
Selain kehadiran luar biasa itu, kutipan derma juga sebanyak RM263,328.80 - lebih suku juta ringgit - dengan RM173,328.80 dikutip daripada ceramah dan RM90,000 lagi daripada beberapa siri acara sepanjang hari di kawasan parkir itu.
Kehadiran itu dilihat petanda jelas sokongan hebat pengundi Cina di Selatan Johor, yang kebanyakannya datang daripada Kulai, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Pulai - kawasan sasaran Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.
Ceramah lain yang mensasarkan pengundi Melayu pula dilangsungkan di kawasan parkir Stadium an Sri Dato Haji Hassan Yunos di Johor Bahru yang menarik kehadiran seramai 10,000 - ceramah untuk masyarakat Melayu paling ramai dihadiri sejak penamaan calon 20 April lalu.
Langgan:
Catatan (Atom)
