Sabtu, April 27, 2013

PAS KETANDUSAN CALON TEMPATAN

"PAS ketandusan calon tempatan sehingga terpaksa mengimport Ketua Pemuda PAS Melaka, Mohamad Idris Ahmad bertanding di DUN Hulu Bernam di Selangor," kata calon BN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar. Beliau yang juga Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia berkata beliau yakin BN dapat mengekalkan kerusi tersebut. Rosni bertanding buat kali pertama menggantikan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar yang tidak mempertankan kerusi yang dimenanginya selama tiga penggal. Rosni yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian yakin pengundi Hulu bernam akan menolak calon luar kerana mereka tidak memahami masalah yang dihadapi oleh masyarakat Hulu Bernam. Pada tahun 2008,BN menang dengan majoriti 3,549 undi.Rosni ibu kepada enam orang anak bersuamikan Aziz Deraman, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan. Beliau dilahirkan di Kampung Baru A, Hulu Bernam. Beliau pernah menjadi guru di Kuching, Sarawak dari tahun 1976 hingga 1982.Rosni yakin tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai PAS tidak akan memberi kesan kepada pengundi Hulu Bernam. "Pemimpin datang pemimpin pergi. Kita hargai jasa beliau ketika menjadi MB Selangor dahulu tetapi kita tidak dapat menerima tindakannya mengkhianati UMNO," tegasnya lagi.