Sabtu, Mei 05, 2012

FICKRY YAACOB DALAM KENANGAN

Pagi ini saya terbaca berita kematian Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacob. Saya mengenalinya ketika bertugas dengan akhbar WATAN pada 1 April 1987. Ketika itu akhbar WATAN diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf dengan Fickry selaku Ketua Pengarangnya manakala Haji Khairune Ali (kini penerbit akhbar Warta Perdana) sebagai Pengarangnya. WATAN mendapat sambutan hangat ketika itu kerana menyiarkan berita Team A dan Team B yang sedang berentap dalam pertandingan Presiden Umno pada 24 April 1987. Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa Hitam mencabar Dr Mahathir Mohamad dengan Ghafar Baba. Fickry ada kolumnya sendiri mewawancara tokoh-tokoh politik utama negara ketika itu. Saya masih ingat WATAN pernah menganjurkan satu majlis di KL International Hotel yang dihadiri oleh Datuk Peter Chin selaku Setiausaha Parlimen di sebuah kementerian (saya lupa kementeriannya). Pada malam itu Fickry selaku boss akhbar WATAN sepatutnya berucap mengalu-alukan kedatangan Peter Chin sebaliknya beliau tidak suka berucap. Beliau menyuruh saya mewakilinya menyampaikan ucapan bagi pihak akhbar WATAN. Beliau seorang yang rajin datang menjenguk kami ketika kami ada deadline. Dia datang awal jam 9 malam kemudian menghilangkan diri. Jam 2 pagi bila semua grafik nak siap, beliau muncul semua menyemak grafik akhir. Beliau seorang yang tidak suka bercakap banyak. Saya jarang ke biliknya kecuali dia panggil saya. WATAN dibatalkan permitnya pada Oktober 1987 ketika operasi lalang. Turut menjadi mangsa ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh yang kononnya memainkan isu-isu perkauman. Apabila WATAN dihidupkan semula pada Mac 1988, saya dilantik Penolong Editor akhbar WATAN.WATAN diterbitkan tiga kali seminggu jadi setiap kali deadline Fickry rajin menemani kami. Beban saya makin berkurangan apabila Jamaluddin Aziz (kini orang kanan di HQ Umno) ditukarkan dari akhbar Bacaria ke akhbar WATAN turut dilantik sebagai Penolong Editor juga. Pada awal 1989, saya ditukarkan ke Sabah selama hampir tiga tahun. Pada tahun 1992, saya berhenti dari Karangkraf apabila ditukarkan ke bahagian iklan. Ketika itu jualan akhbar Watan makin merosot. Fickry tidak kata apa-apa ketika saya menghantar surat peletakan jawatan sebagai wartawan Watan. Sejak itu saya tidak pernah menghubungi Fickry sampailah sekarang tetapi saya masih ingat beliau tetap seorang boss yang baik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Fickrylah yang mengasaskan Kumpulan Karangkraf bersama adiknya, Datuk Hishamuddin dan sepupunya, Nasir Hamzah. Akhbar Sinar harian melaporkan j
enazah Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, jam 2.13 petang tadi. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini, untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan selepas solat Zohor. Jenazah dibawa dari rumah Allahyarham kira-kira jam 10.50 pagi tadi diiringi anak-anak dan kenalan rapat. Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham pagi tadi ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Turut menziarahi lebih 400 pekerja dan karyawan Kumpulan Media Karangkraf. Allahyarham yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Haji Fickry menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10 malam tadi, dipercayai serangan jantung dirumahnya. Sebelum itu, Allahyarham sempat berkomunikasi dengan anaknya yang sedang menuntut di Kanada menggunakan Skype. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang cahayamata. Dalam pada itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih atas pemergian arwah yang dikenali sejak menuntut di tingkatan enam Maktab Adabi, Kota Bharu, Kelantan. "Waktu itu beliau (Datuk Fickry) mengajar di (Maktab Adabi) sewaktu abangnya Fahmi menjadi pengetua di situ. Saya juga rapat dengan keluarga arwah kerana bapa Allahyarhami Yaacub Idris seorang penjual buku terkemuka di Kelantan," katanya. "Beliau tidak banyak bercakap hal politik dan lebih menumpukan kepada kerjanya. Sepanjang mengenali arwah, saya lihat beliau seorang yang 'simple', malah apabila kami bertemu beliau lebih banyak bergurau dari bercerita hal serius. "Selepas tamat belajar, saya jarang berjumpa arwah dan seingat saya kali terakhir kami berjumpa kira-kira dua atau tiga bulan lepas. Kali terakhir saya menghubungi arwah kira-kira sebulan lalu melalui sistem pesanan ringkas," katanya lagi. Sementara itu, bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang menyifatkan beliau sebagai seorang ahli perniagaan dan lambang kejayaan orang Melayu dalam bidang persuratkhabaran. “Allahyarham dan adik-beradiknya berjaya membuktikan tanpa bantuan kerajaan, orang Melayu juga boleh maju dalam industri persuratkhabaran yang mencabar untuk diterokai,” katanya yang turut hadir memberi penghormatan terakhir di Masjid At-Taqwa. Azman berkata, walaupun baru mengenali Fickry, Allahyarham boleh dilihat sebagai contoh dalam dunia perniagaan melalui sikap dedikasinya dan beliau juga seorang tokoh di belakang kejayaan Sinar Harian dan Karangkraf pada hari ini. “Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham pada satu program wacana di Karangkraf dan saya sedih kerana telah hilang seorang kawan,” katanya. Fickry berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan industri surat khabar. Beliau pernah menjawat tugas sebagai pendidik di Maktab Adabi di Kota Baharu dan kemudian sistem belajar melalui pos yang dinamakan Adabi Gaya Pos bersama beberapa rakannya. Dalam bidang persuratkhabaran, beliau pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan editorial antaranya ialah sebagai Penerbit Eksekutif Akhbar Eksklusif dan juga menjadi Ketua Editor Akhbar Watan. Beliau juga memainkan peranan besar dalam melahir dan menjanakan idea ketika penubuhan awal Sinar Harian. Beliau terus aktif menulis dan mempunyai kolum tetap di dalam akhbar ini serta sentiasa memantau perkembangan akhbar berkenaan.

Khamis, April 26, 2012

PENGUNDI AIR PUTIH MAHU ANAK TEMPATAN

Selepas Haji Harun Hassan digugurkan sebagai calon BN di kawasan DUN Air Putih, Kemaman pada pilihanraya umum 1999, sudah 13 tahun Air Putih mempunyai wakil rakyat yang bukan anak tempatan. Anak tempatan yang dimaksudkan ialah calon yang berasal dari kawasan Air Putih sendiri. Haji Harun merupakan anak tempatan pertama menjadi wakil rakyat Air Putih dari tahun 1986 hingga 1999. Beliau yang berasal dari Binjai menjadi ADUN Air Putih selama tiga penggal, selama 13 tahun. Beliau adalah Ketua Biro Utusan Melayu di Kuantan. Pada tahun 1982, beliau dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar (Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad). Empat tahun kemudian beliau dipilih sebagai calon BN bagi kawasan Air Putih. Sebelum itu beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama satu tahun. Sudah 13 tahun Air Putih diwakili bukan wakil rakyat anak tempatan. Pada pilihanraya umum 1999, Dr Ramli Taib dari Kijal dicalonkan di kawasan tersebut tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Harun. Pada pilihanraya umum 2004, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid dari Chukai dicalonkan di situ dan menang sepenggal. Pada pilihanraya umum 2008, Wan Ahmad Nizam digugurkan sebagai calon dan digantikan oleh Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar juga dari Chukai. Menjelang pilihanraya umum ini, Wan Hakim dikatakan akan diletakkan di Chukai menggantikan Datuk Mohamad Awang Tera. DUN Chukai merupakan kawasan lama ayahnya, Wan Mokhtar.Jika Wan Hakim dicalonkan di DUN Chukai, maka pucuk pimpinan patut meletakkan anak Air Putih sebagai calon BN kerana orang tempatan sahaja yang boleh memahami masalah orang Air Putih. Walaupun UMNO Bahagian mencalonkan tiga nama, Rosli Ahmad,Wan Ahmad Nizam dan Wan Hakim tetapi tidak semestinya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO memilih tiga nama ini sebagai calon kerana mereka dipilih oleh 30 orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian dalam mesyuarat dan bukannya dipilih oleh rakyat. Anak-anak tempatan yang patut dipertimbangkan sebagai calon dari kalangan ahli jawatankuasa bahagian ialah bekas wakil rakyat Harun Hassan, Tuan Kecil Tuan Tengah, Kamal Harun, Wan Nordin, Bahari manakala ahli jawatankuasa pemuda bahagian pula ialah Zulkipli Sulong. Zulkipli Sulong paling menonjol lulusan dari universiti di Jordan, berusia 41 tahun seorang guru agama di Sekolah Menengah Seri Bandi. Orang Air Putih patut bersatu mendesak pucuk pimpinan meletakkan Zulkipli Sulong seperti mana orang Kijal mahukan orang Kijal sebagai calon BN pada tahun 1986. Pada tahun 1986 Wan Mokhtar mahu meletakkan Datuk Ismail Said orang Chukai sebagai calon BN Kijal tetapi empat orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian dari DUN Kijal iaitu Haji Khalid Karim, Haji Musa, Che Wan Wahab Che Wan Idris dan Cikgu Mohamad Mat Amin mendesak Wan Mokhtar memilih salah seorang dari mereka, jika tidak jentera DUN Kijal lumpuh. Maka Wan Mokhtar memilih Cikgu Mohamad yang langsung tidak bercakap dalam pertemuan dengan Wan Mokhtar manakala tiga lagi banyak bercakap. Sudah sampai masanya orang Air Putih bersatu meletakkan calon mereka. Jika mahu anak muda yang ada kelulusan, yang baik moralnya, bagi Ustaz Zulkipli Sulong anak Seberang Tayor paling layak ditonjolkan sebagai calon BN Air Putih. Terpulang kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

Sabtu, April 21, 2012

KAMARUDIN LUISIN DALAM KENANGAN

Pagi tadi jam 7.14 pagi saya menerima sms dari Mudi Dubing di Kota Kinabalu mengatakan wartawan Sabah Times, Kamaruddin Luisin sudah meninggal dunia. Beliau berusia 47 tahun dan masih bujang. Dua hari lepas saya menerima sms dari sahabat saya, Ghani Miyasin bahawa Kamaruddin dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu kerana koma akibat penyakit darah tinggi. Menurut Ghani, Kamaruddin tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya memakan ubat. Kali terakhir saya menemui Kamaruddn pada Jun tahun lepas di Kota Kinabalu. Setibanya saya di airport beliau telah mengambil saya dengan kereta Proton Saganya ke Hotel Century Inn. Saya kenali Kamaruddin sejak tahun 1989 ketika bekerja dengan Watan di Sabah. Saya ambilnya sebagai stringer Watan. Bila saya jejak kaki di Kota Kinabalu buat kali pertama pada tahun 1989, saya menyewa rumah di Mandarin Park. Rumah dua tingkat untuk dijadikan pejabat dan rumah kediaman. Kamaruddin duduk sekali dengan saya di bilik tingkat bawah. Bila saya balik ke Kuala Lumpur pada tahun 1991, hubungan saya dengan Kamaruddin tidak pernah putus. Setiap kali saya ke Kota Kinabalu saya akan temui Kamaruddin yang tetap membujang sampai ke akhir hayatnya. Dia seorang pendiam, soft spoken dan saya sendiri pun tak tahu kenapa dia tak pernah kahwin. Saya sendiri tak pernah nampak dia bawa kawan perempuan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Isnin, April 16, 2012

CERITA OSU

Petang tadi saya terserempak dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk osu Sukam di sebuah restoran di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. saya kenalinya sejak bekerja dengan akhbar WATAN di Sabah pada tahun 1989 lagi. ketika itu beliau adalah Timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Kebetulan petang tadu beliau sedang menunggu Timbalan menteri kerajaan Tempatan dan perumahan, datuk lajim Okin. Sudah lama kami tidak bertemu. Kali terakhir pada tahun lepas di pejabat Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di Hotel Grand Season.Lepas itu kami tak pernah bertemu. Petang tadi beliau bersama najib orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah. Najib yang duduk di Chubadak, Sentul pernah menyertai Semangat 46. Saya pun hairan bagaimana Najib boleh rapat dengan Osu. osu, 63, adalah bekas ahli parlimen papar. Selepas itu beliau menjadi Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menggantikan Tan Sri Sakaran Dandai yang dilantik Ketua Menteri Sabah pada tahun 1994. Pada tahun 1995, beliau diarah Dr Mahathir untuk mengangkat sumpah sebagai ketua Menteri sabah menggantikan sakaran yang dilantik Yang Dipertuan Negeri Sabah. Beliau sudah sampai di airport Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur untuk pergi ke istana untuk mengangkat sumpah sebagai CM baru. Dalam perjalanan ke istana, beliau diberitahu supaya pulang kerana majlis angkat sumpah CM baru sudah selesai dengan Datuk Salleh Said Keruak dilantik sebagai CM baru. Itulah syarat yang diberi Yang Dipertuan negeri sabah, Tun Said Keruak kepada Dr Mahathir yang mahu anaknya jadi CM kalau mahu dia beri laluan kepada Sakaran sebagai Yang Dipertuan negeri Sabah yang baru. Tiada rezeki osu. osu kekal sebagai menteri pusat. Pada tahun 1999
, beliau akhirnya jadi CM Sabah selepas Sakaran, Salleh, Bernard Dompok. Dia hanya jadi CM selama dua tahun berdasarkan rotation CM Sabah. Pada tahun 2000, beliau turut bertanding dalam pemilihan Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi pemimpin Sabah pertama bertanding jawatan Naib Presiden tetapi beliau tewas 200 undi lebih kepada Najib, Muhammad dan Muhyiddin. Pada malam akhirnya beliau sudah leading tetapi jam 1 pagi ada calon yang tabur wang kepada perwakilan Sabah yang menyebabkan beliau tewas di tempat keempat. Apa yang diperjuangkan Osu pada tahun 2000 akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2009 apabila Datuk Seri Shafie Afdal merupakan anak Sabah pertama memenangi kerusi Naib Presiden Umno. Walaupun kini beliau bukan lagi ketua umno bahagian Papar tetapi beliau masih mengikuti perkembangan politik Sabah.Walaupun Osu sudah seusia Nabi Muhammad tetapi beliau masih kelihatan muda dan tetap sihat.

Ahad, April 08, 2012

AMANAH SEDIA KERJASAMA DENGAN SEMUA NGO

Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya kedua-dua pertubuhan badan bukan kerajaan itu berkongsi matlamat yang sama. Beliau
yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menegaskan, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergabung dengan Bersih asalkan ada keinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua belah pihak. “Atas benda-benda yang boleh difikirkan untuk perjuangan bersama, kita boleh bergabung dengan mereka (Bersih). “Amanah akan bergabung dengan mereka yang ada keinginan untuk bekerjasama,” katanya yang tidak menolak untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran Bersih yang dijadualkan 28 April ini di Dataran Merdeka. “Selagi perkara itu selari dengan objektif kami, Amanah akan sertai,” katanya lagi ketika sidang media selepas perasmian Hari Keluarga Amanah Selangor di sini. Menurut veteran Umno itu, Amanah yang kini mempunyai sekitar 450 ahli di Selangor juga akan bekerjasama dengan NGO lain dan mencari persetujuan bagi mendapat perhatian kerajaan untuk membela nasib rakyat. “Amanah akan bekerjasama dengan mana-mana NGO, termasuk orang ramai, demi mendapatkan perhatian kerajaan serta menyumbang kepada kebaikan masyarakat yang selama ini terbiar dan tidak dipandang,” tegasnya. Jelas Ku Li, ketika ucapannya sebelum itu, NGO adalah penentu dasar kerajaan memerintah bagi menentukan corak kehidupan rakyat, sama seperti diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat. “Melalui penubuhan NGO, kerajaan akan dapat mendengar segala tuntutan rakyat di peringkat akar umbi. “Dengan itu kerajaan dapat mengemukakan dasar-dasar baru yang memberikan kesan kepada rakyat,” katanya lagi.

Jumaat, April 06, 2012

HUSSEIN TAHAN TIGA ABDUL KERANA WASIAT TUN RAZAK

Benarkan Tun Hussein Onn menahan tiga abdul (Abdullah Ahmad Kok Lanas, Abdul Samad Ismail dan Abdullah Majid) kerana wasiat Tun Razak? Sila baca www.pantangdicuit.blogspot.com untuk ketahui cerita sebenar.

Selasa, April 03, 2012

YAHYA TANDING DI PARLIMEN MARANG?

Petang ini saya menerima sms dari orang yang tidak dikenali yang sms saya tentang hasil pencalonan Bahagian Marang. Minggu lepas semua bahagian di seluruh Malaysia diminta menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk dikemukakan kepada Ibu Pejabat UMNO. Di parlimen Marang, tiga nama mendapat undi popular dari kalangan 30 orang ahli jawatankuasa Bahagian. Mereka ialah ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah; ADUN Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad dan Ketua Pemuda Bahagian, Saiful Bahri Datuk baharuddin. Di DUN Alor Limbat, yang popular ialah Yusof Mat Ali dan Rozi Mohamad. Di Dun Bukit Payong, bekas calon Zaidi Muda dan Mohd Adnan Mohd Amin. Di Dun Ru Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan Anuar Yahya. Di DUN Pengkalan Berangan, Naib Ketua Pemuda, Jasmira Mohamad dan Latif Awang. Bahagian Marang menghantar senarai nama ini kepada pucuk pimpinan parti. Terpulang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih siapa sebagai calon yang muktamad. Apapun untuk meredakan keadaan Najib untuk memanggil semua yang disenaraikan supaya mereka dapat berikrar untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon.

Ahad, April 01, 2012

BN BATU BURUK DALAM DILEMA

Salah satu kubu kuat PAS di parlimen Kuala Terengganu ialah DUN Batu Buruk. BN sudah banyak kali gagal merampas kerusi itu dari calon PAS. pada tahun 2008, Dr Syed Azman Syed Alwi mengalahkan calon BN, Datuk Nordiana Shafie. Pada tahun 2004, Datuk Che Mat Jusoh gagal merampas kerusi itu dari Wan Mutalib Wan Embong. Pada tahun 2008 Wan Mutalib dikatakan tidak mahu bertanding kerana bimbang kalah di tangan Che Mat Jusoh. Tiba-tiba BN meletakkan Nordiana yang menyebabkan ramai yang menganggap jika Che Mat bertanding, beliau akan beri tentangan yang sengit kepada Syed Azman. Nordiana pernah ditawarkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh bertanding di DUN Ladang pada pilihan raya umum 2004, tetapi dia menolaknya. Jika dia bertanding di Ladang dan menang, beliau adalah Exco wanita pertama di Terengganu. Apabila Nordiana menolak tawaran itu, maka Wan Hisham Wan salleh diletakkan sebagai calon dan menang. Memang Nordiana tiada tuah jadi YB. Bertanding di kampung sendiri kalah pada tahun 2008. Kini pilihanraya umum 13 kian hampir. Siapa yang bakal menjadi calon BN di batu Buruk menjadi satu dilemma. Perlukah Che Mat Jusoh, Pegawai Pembangunan DUN diletakkan sebagai calon? Atau perlukah Nordiana diletak semula di situ. Dua nama ini sudah kalah maka ada yang berpendapat bahawa Timbalan ketua Umno bahagian, Datuk Sabri Alwi atau Mat Kerak diletakkan sebagai calon. Mat Kerak calon yang over acting di zaman idris Jusoh dan pihak istana mungkin tidak menyenanginya dan beliau tidak akan diberi nyawa oleh Pengerusi badan perhubungan umno terengganu, Datuk Seri Ahmad said. satu lagi nama yang disebut sebagai calon ialah Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,Shafaruddin Mustafa. Batu Buruk mempunyai 27 ribu pengundi dengan 11 peti undi. Kelemahan Shafaruddin ialah di peti undinya sendiri, Chendering, BN kalah teruk masa pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu. Ada yang berpendapat bahawa tidak semestinya ahli jawatankuasa Umno bahagian bertanding. Apa salahnya beri peluang kepada tokoh grass root yang pernah menjaga JKKK. Tidak semestinya calon berkelulusan tinggi kerana yang penting calon itu disenangi rakyat jelata tanpa mengira fahaman politik. Pilihlah calon yang boleh diterima oleh semua pihak tidak kira orang Umno atau pembangkang yang dapat menerima calon tersebut. Kunci kemenangan DUN batu Buruk terletak di peti undi Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai. Siapa yang dapat mengurangkan undi pembangkang di sini maka dia akan menang. Tidak mustahil calon BN boleh menang kalau tiada peteh keting. Mungkin ada calon akar umbi yang mampu merubah keadaan ini yang berorientasikan perkhidmatandan dapat berkomunikasi secara berkesan dengan akar umbi tanpa mengira fahaman politik seperti bekas calon BN,Datuk Haji Talib calon yang tidak pernah kalah di Batu Buruk.

SHAHRIR JADI MANGSA APRIL FOOL


Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad menafikan laporan blog hari ini kononnya beliau telah membuat pengumuman mahu keluar Umno untuk menyertai Pas bersama lebih 2,000 ahli.

Menurutnya, punca dan sumber maklumat lama blog Perakite sekadar cerita "April Fool."

“Sebenarnya, jika diperiksa punca dan sumber maklumat berkenaan datangnya daripada cerita 'April Fool’. Saya tidak ada bercakap sedemikian. Bukan saya yang cakap.

“Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Siapa yang percaya dengan laporan berkenaan bermakna sudah kena temberang,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Wakil rakyat berusia 63 tahun ini berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Perakite yang mendakwa beliau bersama 2,000 ahli Umno mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai Pas, pada satu sidang akhbar.

Blog itu turut memuatkan satu gambar seolah-olah sidang media Shahrir, yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum pada 1978. Adiknya, Khalid merupakan Ahli Parlimen Shah Alam dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.

Seolah-olah Shahrir bercakap, blog itu memetik beliau berkata, 'tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Menurut laporan blog terbabit, berlaku kekacauan dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar berkenaan selain mendakwa empat individu termasuk seorang wartawan cedera dan dikejarkan ke hospital.

Shahrir juga didakwa mahu membuat ‘roadshow’ bermula di luar Johor sebelum memberi tumpuan di negeri itu secara habis-habisan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain itu, Perakite juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk membincangkan keperluan meletakkan Ketua Umno Johor Bahru itu sebagai Menteri Besar tanpa mengira parti mana yang menang banyak sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan pada PRU13.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajkan Umno Johor Bahru, Faridah Mustafa berkata, laporan berkenaan satu gurauan keterlaluan daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia amat keterlaluan. Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main-main. Ramai rakan dalam Umno yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan mengenai hal ini.

“Kami baru sahaja selesai bermesyuarat bersama semalam dan tidak timbul isu ini,” katanya.

Jumaat, Mac 30, 2012

ABANG ZEK NYARIS MAUT


Petang ini bersama bekas AJK Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Kisfi Zainal kami ke Riverside, PWTC menemui Fakhrul Azman Abu Bakar dengan Zakaria Bidin. Fakhrul adalah bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu yang sudah menyertai Umno. Beliau adalah anak saudara bekas ahli parlimen Kuala Terengganu, aruah Datuk Razali Ismail.

Zakaria Bidin atau Abang Zek adalah bekas kolumnis akhbar Watan. Beliau kini mempunyai kolum sendiri dalam akhbar Buletin Rakyat. Pada tahun 70an Abang Zek adalah pegawai perpaduan yang bekerja di bawah menteri perpaduan, Tun V. T. Sambathan.

Oleh kerana ketika itu baru selesai Peristiwa 13 Mei, maka kerajaan Tun Razak menekankan perpaduan di kalangan kaum. Abg Zek yang bekerja dengan majalah Balai Muhibbah diberi tanggungjawab yang besar untuk mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. beliau banyak kali masuk dalam mesyuarat yang dipengerusikan Tun Razak sendiri.

Tun Razak sebelum meninggal dunia telah meninggalkan lima wasiat kepada bakal PM, Tun Hussein Onn. Abang Zek sempat melihat wasiat ini tetapi tak sempat menfotostatnya. Wasiat pertama, tangkap Datuk Harun. Wasiat kedua, tahan 3 Abdul (Abdullah Ahmad, Abdullah majid dan Abdul Samad ismai). wasiat ketiga, nikahkan balu Tun Dr ismail, Toh puan Norashikin dengan bodyguard Tun Dr ismail. wasiat keempat, cari bakal TPM yang dapat mendidik anaknya Najib menjadi PM dan wasiat kelima, meminta Husein meletakkan jawatan apabila keempat empat wasiat ini ditunaikan.

Untuk melantik TPM baru, Hussein Onn memanggil Ghafar baba. Beliau tak sanggup mendidik najib jadi PM. begitu juga Tengku razaleigh. Apabila hussein Onn memanggil Dr Mahathir, beliau berkata apa salahnya membimbing Najib sampai jadi PM. Sebab itulah Husein Onn memilih dr mahathir, Naib Presiden Umno ketiga sebagai TPM baru pada tahun 1976.

Apabila Pak Lah menjadi PM baru pada tahun 2003, banyak kali Dr mahathir menyebut Najib yang paling layak jadi TPM ( bukan Muhyiddin Yassin atau Muhammad Md. taib).

Abang Zek turut menceritakan pengalamannya tertinggal kapalterbang pada tahun 1977 di airport Bayan Lepas, Pulau Pinang. Driver teksi yang memandu teksi ke airport memandu begitu slow. Rupanya tindakan itu menyelamatkan nyawa Abang Zek kerana kapalterbang yang dinaikki Menteri Pertanian, Datuk Ali Haji Ahmad dirampas dan diletupkan di udara Johor. Kawan baik Abang Zek, Onn bin Jaafar, seorang peramugara turut meninggal dunia dalam nahas itu. Onn merupakan anak saaudara Hussein Onn.

Abang Zek adalah anak saudara bekas Peguam negara, Tan Sri Kadir Yusof. Seorang lagi sepupunya ialah bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk hassan Ahmad. Abang Zek seorang yang kelakar. Ceritanya petang semalam selain serius tetap diselang-seli dengan lawak jenaka.

Khamis, Mac 29, 2012

SUARA DAIM TETAP DIDENGAR


Petang semalam sedang berbual dengan Kisfi Zainal di Restoran Nagas, datang seorang lelaki berkaca mata di meja kami. Dia menegur Kisfi tapi Kisfi sudah lupa siapa namanya walaupun Kisfi tahu dia adalah orang Kuala Terengganu.

Dia pun memperkenalkan dirinya sebagai Rosdin berasal dari Ladang, Kuala Terengganu.Dia kini bekerja dengan Tun Daim Zainuddin. Beliau dulu pernah bekerja dengan MRCB. Dia mengenali Daim selepas Daim menjadi Menteri Kewangan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno.

Cara dia mengenali Daim agak unik. Setelah berpindah ke Taman Bukit Mas, pada suatu petang dia pergi ke surau. Malam tu malam Jumaat. Dia nampak ramai orang berkunjung ke surau itu. Dia ternampak Daim ada sama di surau itu. Petang esoknya dia pergi ke surau itu lagi.Tapi surau itu terkunci. Jaga pun beritahu surau itu dibuka setiap malam jumaat sahaja.

malam jumaat berikutnya dia ke surau Daim lagi. setiap minggu dia berkunjung ke surau Daim. Hampir setahun dia tak pernah bercakap dengan Daim dan Daim pun tak pernah menegurnya walaupun mereka berjumpa di surau itu.

Pada suatu petang Daim menegurnya. Maka dia pun menjadi kenalan Daim yang baru. Bila Daim tanya buat apa sekarang, dia kata tiada kerja, maka Daim ajak dia bekerja dengannya.

Daim adalah seorang peguam yang akhirnya menjadi ahli perniagaan. Dia kawan Datuk Manan Osman, bekas menteri dari Terengganu ketika sama-sama belajar di London. Mananlah yang memperkenalkan Daim kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau pernah bangkrap dalam perniagaan garam. MB Selangor, Datuk Harun Idris yang memberi tanah kepada Daim untuk dimajukan sebagai Taman Maluri. Selepas itu Daim naik dalam perniagaannya.

Daim terhutang budi kepada Harun walaupun Harun pernah menyertai Semangat 46. Di suraunya diadakan tahlil setiap malam Jumaat. Daim tidak pernah melupakan supaya tahlil diadakan untuk Datuk Harun.

Walaupun Daim bukan lagi menteri tetapi Daim masih dihormati. Suara Daim tetap didengar, Bila Daim batuk saham BSKL jatuh merudum sampai ramai orang Cina bunuh diri.Itulah kehebatan Daim.

Kononnya Anwar ketika dipenjara telah memanggil Azmin Ali supaya pergi bertemu Daim. Anwar kata hanya Daim yang dapat melepaskannya dari penjara. Azmin dapat menemui Daim di luar negara. Daim menemui Pak Lah dan meminta Pak Lah melepaskan Anwar dari penjara. begitulah pengaruh Daim dalam politik Malaysia.

Menjelang pilihanraya umum 2008, Daim kata lima negeri akan tumbang, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain Kelantan, semua orang tak percaya dengan kenyataan Daim. Akhirnya ramalan Daim menjadi kenyataan.

Daim tak pernah datang ke Kuala Terengganu sewaktu menjadi Menteri Kewangan. Katanya, Wan Mokhtar tak pernah menemuinya di pejabatnya. Wan Mokhtar hanya menemui PM sahaja. Baru-baru ini dia dijemput ke UMT beri ceramah. Rosdin yang mengatur ceramah itu setelah diminta rakan pensyarah UMT. Daim terkejut kerana banyak duit royalti minyak dihabiskan untuk membina Taman Tamaddun Islam. Alangkah ruginya duit dihabiskan kepada benda yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Ramai ahli politik yang tahu Rosdin rapat dengan Daim. Mereka gunakan Rosdin untuk minta pertolongan Daim. saya teringat pada cerita Datuk Ibrahim Ali. Dia dah lama jadi ahli parlimen BN tanpa sebarang jawatan. Jadi Ibrahim mengadap Daim untuk memberitahu PM supaya melantiknya sebagai setiausaha parlimen. Selepas itu PM umum perlantikan Ibrahim sebagai setiausaha parlimen kementerian pembangunan luar bandar.

Baru-baru ini Daim mengeluarkan kenyataan bahawa Negeri Sembilan sukar dipertahankan BN. Sejauh mana ramalan Daim menjadi kenyataan kali ini? Kita tunggu dan lihat. Sesungguhnya suara Daim tetap didengar walaupun dia tiada lagi tempat dalam kerajaan BN.

Ahad, Mac 25, 2012

TAHNIAH KEPADA MB


Tahniah kepada MB Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Said yang telah menyambut ulang tahun keempat sebagai MB pada 23 Mac lalu. Sudah empat tahun beliau menjadi MB yang ke 13. Dalam masa empat tahun ini beliau banyak membawa perubahan kepada pentadbiran negeri Terengganu.

Kalau MB dahulu dikaitkan dengan projek mega yang tidak menguntungkan rakyat Terengganu, MB baru kini lebih turun ke bawah, merakyatkan pentadbiran. Kini beliau memberi keutamaan untuk memajukan Tasik kenyir sebagai kawasan pelancongan. Salah satu lagi produk pelancongan yang diperkenalkan MB ialah Zoo Kemaman.

Kebetulan minggu lepas saya menerima jemputan dari Majlis Perbandaran Taiping (MPT)untuk mempromosi Zoo Taiping bagi majalah Agro Malaysia yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Oleh itu Zoo Kemaman perlu belajar dari Zoo Taiping bagaimana mereka memajukan Zoo Taiping. Zoo Kemaman diurus oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) seperti mana MPT mengurus Zoo Taiping.

Dengan persamaan ini Zoo Kemaman perlu belajar dari Zoo Taiping untuk mempromosi Kemaman sebagai kawasan pelancongan. Saya menerima jemputan dua hari satu malam dari MPT untuk mempromosi Zoo Taiping.

Kelebihan Taiping ada pusat peranginan Bukit Larut yang merupakan kawasan peranginan bukit tinggi yang tertua di Malaysia. Taiping juga ada kilang kopi Antong yang dibuka sejak tahun 1933. Kemaman pun apa kurangnya ada Kopi Hai Peng yang terkenal. Oleh itu MPK perlu membuat pakej pelancongan selain dari melawat Zoo kemaman, ia juga termasuk mengunjungi Kedai Kopi Hai Peng dan melihat kunang-kunang di Kampong Yak Yoh, Ibok.

Banyak benda yang boleh dipakejkan oleh Zoo Kemaman atau MPK untuk menarik pelancong ke Kemaman. MPT mempromosi Taiping Golf Resort untuk menarik pelancong dari Korea untuk main golf di situ. Dalam pakej pelancongan ini MPK boleh tarik pelancong luar untuk main golf di Awana Kijal.Maknanya banyak persamaan antara Taiping dengan Kemaman.

Oleh itu MPK kena berurusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk kami buat promosi ini. Kalau MPT boleh mencari kami,Agro Malaysia, apa salahnya MPK mencari kami untuk membantu promosi Zoo Kemaman.

Rabu, Mac 21, 2012

DUIT SIAPA NI HASBIE?


Memalukan apabila seorang setiausaha politik menteri dihadapkan di mahkamah. Yang menjadi persoalan duit siapa sebanyak RM935,000 itu. Adakah Hasbie menjadi kambing hitam? Kita tunggu keputusan mahkamah yang akan membicarakan Hasbie yang merupakan bekas setiausaha politik, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

A former aide to a federal minister claimed trial to 28 counts of money laundering amounting to RM935,000 in the Sessions Court here yesterday.

Hasbie Satar, 39, the former political secretary to Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, was accused of depositing the money into the accounts of 11 people, mostly his family members.

He allegedly committed the offences at various banks in Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi and Putrajaya between Dec 4, 2008 and June 18, 2009.


Private discussion: Hasbie (second from right) listening to Sheelan at the Shah Alam Sessions court yesterday. — AZMAN GHANI / The Star
Hasbie, who was in a grey suit and appeared calm, was charged under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 and faces maximum five years’ imprisonment or fine up to RM5mil or both.

DPP Anselm Charles Fernandis requested Judge Aslam Zainuddin to set bail at RM100,000 with one surety for all charges.

The prosecution also applied for the court to transfer the case to a Butterworth Sessions Court but this was rejected.

(Hasbie was charged with money laundering involving RM2mil at the court in Butterworth in February last year.)

However, counsel Y. Sheelan Samuagam said the bail amount was excessive.

Sheelan said his client was granted RM60,000 bail by the Butterworth Sessions Court and asked for the court to set bail at RM30,000.

Aslam set bail at RM90,000 with one surety and ordered that all 28 counts to be heard together before fixing April 20 for mention.

Selasa, Mac 20, 2012

TIDAK SIA SIA HANTAR BUNG MOKHTAR KE PARLIMEN


Sahabat lama saya, Datuk Bung Mokhtar Radin tetap lantang di Dewan Rakyat. Tidak sia-sia pengundi Kinabatangan menghantar beliau sebagai ahli parlimen. Beliaulah orang pertama menyuruh Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkanm jawatan sebagai menteri bila isu skandal NFC meletus.

Kali ini beliau mahu kerjasama antara MAS dan Air Asia ditamatkan kerana ia merugikan MAS. Semoga suara lantang beliau didengar oleh kerajaan juga kali ini.

Seorang penyokong kerajaan mahu kerjasama antara Malaysian Airlines System (MAS) dengan AirAsia ditamatkan segera kerana ia hanya merugikan syarikat penerbangan nasional itu.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, sehingga kini, kerjasama itu dilihat tidak memihak kepada MAS, sebaliknya ia memberi banyak kelebihan kepada AirAsia dalam konteks mencatatkan keuntungan.

Berdasarkan laporan, beliau berkata, MAS rugi sebanyak RM2 bilion manakala AirAsia pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM500 juta.

‘‘Apa yang pasti kerjasama ini adalah hasil daripada cadangan serta tindakan daripada pihak Khazanah Nasional yang diterajui oleh Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar. Oleh itu saya minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pihak Khazanah berhubung isu kerjasama MAS dengan AirAsia kerana kerjasama yang dibuat ini hanya merugikan MAS.

IDRIS JUSOH TANDING DI PARLIMEN KUALA TERENGGANU?


Lucu juga malam tadi bila menemui seorang rakan yang baru tiba dari Kuala Terengganu di Restoran Nagas berhampiran stesen LRT PWTC. Saya tiba di situ tepat jam 11 malam menjelang hari jadi saya yang ke 53 pada tengah malam tadi.

Kawan saya bukan orang politik tetapi dia rapat dengan ramai orang politik Terengganu.Dia seorang ahli perniagaan yang dikatakan mendapat beberapa projek tetapi bila bercakap selalu cakap membangkang saja. Di atas meja kami ada akhbar Harakah miliknya.

"Kamu masih menulis blog?" tanya kawan saya itu.
"masih," jawab saya ringkas.
"kamu jangan tulis fitnah Zabidi. Tulis macam Harakah ini bukan akhbar fitnah. Semua betul belaka dalam akhbar ini," katanya.

Saya malas melayan orang seperti ini. Saya membaca akhbar itu sepintas lalu sahaja. maka berceritalah dia kononnya senarai calon parlimen BN sudah siap.


DIa sudah tengok senarai calon parlimen yang kononnya ditunjukkan oleh seorang pemimpin kanan Umno negeri kepadanya. Saya hanya mendengar saja. Katanya oleh kerana PM, datuk Seri Najib Tun Razak masih mahu penasihat agamanya, Datuk Dr Abdullah Mohd Zain kekal bertanding di parlimen Besut, maka ketua bahagiannya akan diletakkan bertanding di parlimen Kuala terengganu.

"BN boleh menang di kuala terengganu kerana semua orang kenal idris Jusoh sewaktu beliau jadi MB.Jasa beliau di kuala terengganu semua orang tahu, oleh itu PM mahu Idris menawan Kuala terengganu," ceritanya bangga.

Di Kemaman, Menteri belia dan sukan, Datuk Seri ahmad shabery Cheek kekal. Jadi bila Idris dan shabery menang nanti, dua menteri penuh akan dilantik dari Terengganu.

Di Hulu Terengganu, bekas ADUN Ajil, Datuk Othman daud akan diletakkan di situ, Beliau memang rapat dengan Najib.Beliau pernah kalah bertanding parlimen pada pilihanraya umum 1999.

Di Kuala Nerus, Ketua pengarah Biro Tata Negara, Datuk Dr Raja Arif Raja Ali akan diletakkan sebagai calon BN. Di Setiu, setiausaha politik PM, Datuk Jailani Ngah akan diketengahkan sebagai calon. Di Dungun pula saya tidak sempat dengar kerana saya mendapatkan handphone saya di meja belakang yang sedang dicaj bateri. Ketika itu tepat jam 12 malam saya menerima ucapan selamat hari jadi dari isteri dan anak-anak.


Kita tunggu pilihan raya umum ini sama ada senarai yang dikatakan oleh kawan saya ini menjadi kenyataan.

Isnin, Mac 19, 2012

SYABAS DI ATAS KETEGASAN AHMAD SAID


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak akan turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan negeri Terengganu yang menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri itu yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

NONEMenurut pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab tindakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said itu adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi yang menjadi teras dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Selain bercanggah dengan prinsip Hak Asasi, sikap yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu ini juga dilihat mengetepikan toleransi sesebuah kerajaan negeri terhadap mahasiswa.

“Tindakan membatalkan pinjaman merupakan hukuman yang sangat menganiaya mahasiswa apatah lagi mahasiswa yang menuntut di luar negara.

“Hukuman ini sudah semestinya merencatkan kos sara hidup dan sudah pasti akan menganggu proses penganjian mahasiswa yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

kt by election 070109 ahmad saidSemalam, Ahmad Said (kanan) berkata, tindakan menarik balik pinjaman itu dibuat selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan.

"Kita biayai mereka untuk pergi belajar, bukannya untuk terlibat dengan demonstrasi atau perkara yang tidak diingini," katanya.

Keenam-enam pelajar berkenaan didapati terbabit dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu dan perhimpunan membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) awal tahun ini.

Ketinggalan zaman

Menurut Ahmad Said, beliau berharap tindakan itu akan menjadi pengajaran kepada pelajar lain agar tidak terbabit dengan kegiatan tidak sepatutnya.

Walau bagaimanapun Ahmad Syukri berpendapat kenyataan menteri besar Terengganu itu sebagai sikap ketinggalan zaman dan juga memperlihatkan kaedah pemerintahan kerajaan negeri Terengganu yang terlalu sempit dan tertutup.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 10“Datuk Seri Ahmad Said perlu sedar bahawa sistem hukuman yang melampaui hak asasi ini semakin ditolak masyarakat.

“Ini dibuktikan apabila Perdana Menteri Malaysia juga sejak akhir-akhir ini telah membuat keputusan untuk memansuhkan beberapa akta rimba seperti pemansuhan ISA dan pindaan AUKU.

“Sesebuah kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun negeri seharusnya bersifat lebih terbuka dalam melayani hak demokrasi yang dimiliki setiap rakyat. Hal ini penting bagi membolehkan sesebuah kerajaan berkembang dengan lebih pesat apabila setiap rakyat dibenarkan untuk bersuara dan mengkritik tanpa intimidasi daripada pihak pemerintah.

Sambil meminta menteri besar Umno itu, bertindak lebih profesional, SMM juga menuntut Ahmad Said memisahkan sentimen politik dan seterusnya membuat keputusan yang lebih adil.

“Sekiranya sifat ketinggalan zaman ini dikekalkan, maka tidak keterlaluan sekiranya mahasiswa sifatkan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Ahmad Said akan ditolak rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.

“SMM juga tidak akan teragak-agak untuk melancarkan protes terhadap terhadap Kerajaan negeri Terengganu sekiranya Datuk Seri Ahmad Said tetap berkeras dengan
hukuman yang telah dikenakan,” katanya mengakhiri kenyataan media itu.

Ulasan saya, saya menyokong penuh dengan ketegasan Ahmad Said sebagai Pengerusi Yayasan Terengganu. Peduli apa dengan ugutan SMM. Nak berdemonstasi teruskanlah. Kita masuk universiti nak gi belajar bukan nak gi buat benda tak ada faedah. tahniah kepada Ahmad said.

Sabtu, Mac 17, 2012

SHIRO TEPATI RAMALAN


Kumpulan Shiro menepati ramalan ramai pihak apabila diisytiharkan sebagai juara Raja Lawak musim ke 6 (RL6) dalam Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang berlangsung di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi.

Kemenangan Shiro telah diumumkan oleh pasangan hos RL6, Johan dan Zizan dan dengan kemenangan ini, Shiro telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Shiro dianggotai oleh Shahrol Azizie Bin Azmi atau Sharol, 27 dan Mohd Hanaffi Bin Razak atau Ajak, 25. Mereka merupakan anak didik kepada Cif Kecil Tauke.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan yang juga merupakan anak didik kepada Tauke iaitu Zero telah diisytiharkan sebagai naib juara RL6. Trio adik beradik dari Kudat, Sabah ini membawa pulang wang tunai RM50,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro.
Wakil dari utara, kumpulan Cuit pula menduduki tempat ketiga dan tiga sekawan dari Pulau Pinang ini membawa pulang wang tunai RM30,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro. Cuit adalah anak didik kepada Cif Kecil Yus.

Manakala kumpulan 2yol yang merupakan anak didik Cif Kecil Angah, menduduki tempat keempat dan pulang membawa wang tunai RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Prima (saluran 105) dan pada minggu ini, dua tema telah diberikan kepada para peserta. Tema pertama ialah bebas iaitu peserta diberi kebebasan membuat persembahan berdasarkan idea dan kreativiti mereka sendiri.


Tema kedua pula ialah muzikal komedi dan setiap peserta diberi genre yang berbeza di mana Zero mendapat tugas bergenrekan rock, 2yol bergenre pop yeh yeh, Cuit (Bollywood) dan Shiro (dangdut).

Juri tetap untuk malam final ini ialah seperti biasa penerbit terkenal David Teoh, pelakon Sheila Rusly, dan pelawak Sathiya.

Khamis, Mac 15, 2012

MALAYSIA PATUT SELESAIKAN TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH


Semalam saya terserempak dengan Penasihat Sultan Sulu, Onn Ariffin yang merupakan suami kepada bekas menteri Sabah, Datuk Dayang Mahani Tun Ahmad Raffae. Saya sudah lama kenali Onn ketika bertugas di Sabah pada tahun 1989.

Ketika itu beliau adalah Pengarah Perhubungan USNO-Persekutuan. Beliau berasal dari Muar, Johor. Selepas bekerja di Sabah dengan USNO, beliau terus menetap di Sabah. Pada tahun 1997 saya terserempak dengan Onn di Malaysian Hall, London. Malam itu dia ajak kami menonton filem Jim Carrey yang turut ditonton oleh bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Kemaman,Omar Aziz.

Pada Jun lepas saya terserempak dengan Onn di pejabat Sabah Times. Saya menemui Datuk Ayub Aman Pengerusi Sabah Times yang merupakan abang Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Rupa-rupanya Onn rapat dengan Ayub ketika Ayub dalam USNO lagi.

Semalam Onn menceritakan peranannya sebagai Penasihat Sultan Sulu. Sultan Sulu sudah bersetuju menyelesaikan masalah tuntutan Filipina ke atas Sabah. Kata Onn, kerajaan Malaysia dan Filipina hendaklah duduk semeja dengan Sultan Sulu untuk menyelesaikan masalah ini. Onn telah menulis hal ini dalam blog RPK seperti mana berikut:-


The stance of the current Sultan, Kiram III, is to set aside all these historical issues and make a proposal for a resolution to the claim on Sabah by setting off from the current situation and to negotiate for a solution which will be of long-term political and economic benefits to both governments.

By Onn Ariffin
Special Advisor to His Royal Highness, Paduka Mahashari Maulana al Sultan Jamalul D. Kiram III ibni Al Marhum Sultan Punjungan Kiram Al Sultan Shariful Hashim, Sultan of Sulu.

In my previous statement on the matter of the 49-year-old Philippines’ claim on Sabah which was published in the Daily Express on June 21, I had indicated that the Philippines’ claim on Sabah arose out of the Power of Attorney issued by the 32nd Sultan of Sulu, Sultan Esmael Kiram, to claim Sabah on his behalf in 1962.

I also proposed that the problem be resolved once and for all by both governments (of Malaysia and the Philippines) giving the authority to the reigning heir of Sultan Esmael Kiram, His Royal Highness Paduka Mahashari Maulana al Sultan Jamalul D. Kiram III ibni Al Marhum Sultan Punjungan Kiram Al Sultan Shariful Hashim, to negotiate with both governments.

Background

To have a clearer overview of the situation, we all need to be reminded that the long- standing dispute of who is right and wrong about whether North Borneo was ceded or leased to Britain remains unresolved, although the Phillipines’ side may claim legitimacy of their stance that North Borneo was leased based on the annual lease payment to the heirs of the Sultanate of Sulu.

There are also the contentious issue of Spain acquiring sovereignty over North Borneo in 1878 when it signed the protocol of March 7, 1885 with Germany and Great Britain recognizing Spanish sovereignty over “Jolo and its dependencies,” as well as the Macaskie Dictum of 1939, in which the heirs of Sultan Jamalul Kiram filed a suit case in the court of Borneo for the purpose of collecting the money due to them under the 1878 Grant.

We know that in the early 1970s civil war started in the southern Philippines which resulted in the outpouring of refugees to Sabah. The southern region’s instability, the rise of the Moro National Liberation Front (MNLF), its breakaway group the Moro Islamic Liberation Front (MILF) and the Abu Sayyaf, which collectively, influenced the creation of the Autonomous Region of Muslim Mindanao (ARMM).

Regardless of these developments, the southern region continues to face economic limitations which during the previous four decades have encouraged the migration of people from the region to Sabah, causing among others, the current prickly problem of illegal immigrants in Sabah.

The Sultan’s Proposal for Solution

The stance of the current Sultan, Kiram III, is to set aside all these historical issues and make a proposal for a resolution to the claim on Sabah by setting off from the current situation and to negotiate for a solution which will be of long-term political and economic benefits to both governments. In his sincerity to achieve this resolution, His Majesty Sultan Kiram III has taken some three important steps:

(1) He had undertaken to revoke, on September 4th, 1967, and September 17th, 1987 the services of the lawyer who was appointed to arbitrate in the matter between him with the Philippines and Malaysian government. This termination also in effect invalidated all proposals and action made by the Attorney Ulka T. Ulama for the heirs of the Sultanate. This has come into effect regardless of Ulama’s continues denial of the revocation and persistence of making representation to the Philippines government, pretending to still maintain the position of legal counsel to the Sultanate;

(2) He had revoked the Power of Attorney issued to the Philippine government to institute the claim on Sabah on behalf of the Sultanate. This action, therefore, reinstates the power to claim Sabah for the Sultanate, and no longer within the authority and jurisdiction of the Philippines’ central government; and

(3) He had sent a Letter of Offer, dated February 8, 2011, to negotiate on the claim over Sabah with the Malaysian government, through His Excellency Dato’ Seri Dr. Ibrahim Saad, Ambassador Plenipotentiary, the Malaysian Ambassador to the Philippines. Unfortunately, to date, the Malaysian government, or the Ambassador, is yet to respond.

His Majesty is making what we hereinafter refer to as the Kiram III Proposal, that he, on his sole authority, shall drops the claim on Sabah on the terms and conditions that the Malaysian government commits to a long-term program of participating in the development of Southern Philippines.

Rationales for the Proposal

The Kiram III Proposal for solution to the Sabah claim, is made on the sound rationales
that:

1. The drop in the claim will remove the long-standing thorn in the flesh of the diplomatic relation between Malaysia and the Philippines;

2. Any further neglect, apathy and procrastination on the process towards a solution to the claim will only result in the continuance of the dilemma and the negative socio-economic impacts for both countries and for the region, or ASEAN and BIMP-EAGA in general;

3. The ensuing agreement for economic collaboration between Malaysia and the ARMM will open the restive region into a peaceful and progressive region because:
a. The MNLF and the MILF, given important roles in the development process of ARMM, will have little purpose in continuing with their militant struggles, and should lay down their arms and reap benefits in the bountiful promises of the development agenda of their land;
b. The region has a huge wealth of natural resources (fertile lands, pristine jungles, seas and a substantial oil reserve of 125 billion barrels in Southern Cebu) which collectively promises the explosion of numerous industries – aquaculture, agriculture, timber, tourism, oil exploration and processing, manufacturing, shipping, aviation, banking and finance, etc.

4. The annual lease payment made to the nine heirs of Kiram has become a cruel joke on the payees due to the ridiculous amount of RM5,000 (five thousand ringgits), the value of which had shrunk to almost nothing due to more than a century of inflation. This payment, while meaningless in terms of monetary value, is also an insult to the dignity of the payees, as well as a crafty method on the part of the Malaysian government to prolong, on the cheap, the status quo of the claim over Sabah;

5. With a drop in the claim followed by laying down of arms by militant groups and the development of the ARMM as a new region of rapid economic growth, the current migration of people from there to Sabah in search of more lucrative livelihood will cease, removing a four-decade socio-economic burden for Sabah;

6. The establishment of peace in the ARMM will pave the way to the creation of a new government which will be autonomous from the Philippines’ central government. In fact, a number of Philippines congressmen had espoused the establishment of a constitutional monarchy – on the same pattern as Malaysia’s system of government – and not a republic, for the ARMM.

Proposed Development Approach

His Majesty proposes that the South be developed by opening up opportunities for foreign direct investments (FDIs) to neighbors, with priority being offered to Malaysian government-link companies (GLCs), e.g. Malaysia’s Federal Land Development Agency (FELDA), Petronas, Maybank and CIMB Bank, Telekom, Tenaga Nasional Berhad, Sime Darby, Proton and Perodua, UMW and even the media giants, Astro and Media Prima.

These which can all be apportioned opportunities, roles, and lands for their ventures. Such a new opening FELDA will give Malaysia a greater leverage and competitive advantage in the regional and global palm oil production industry, in which Indonesia has made tremendous leaps ahead of Malaysia with the opening of new plantations in Kalimantan.

Petronas Carigali Sdn. Bhd. will of course be offered the priority to undertake oil extraction contracts in the area. The various other industries which will begin virtually from scratch will without doubt lead to a long-term economic boom, worth in the hundreds of billions of dollars.

The South will be a new center of vibrant economic activities, a region of prosperity and progress, which will be a total departure from
its militant past. At a time when the world is facing numerous economic challenges – with America predicted to fall under the weight of its national debt, with the Eurozone countries buckling under its debt crisis, with China rising as the new economic dragon – the South is without doubt set to become the new economic magnet to which economic giants will gravitate to reap its many bounties.

Such a development will not only bring prosperity and peace to the South but will also create a new trend for a more progressive ASEAN as well as the revival and the expansion of the BIMP-EAGA which aims to increase trade, tourism and investments with and outside the sub-region by (1) Facilitating the free movement of people, goods, and services, (2) Making the best use of common infrastructure and natural resources, and (3) Taking the fullest advantage of economic complementation.

With Malaysia’s leading role sealed in the proposed Agreement for the Drop on the Philippines’ Claim on Sabah, there is no reason why Malaysia would hesitate on the Kiram III Proposal knowing the tremendous win-win result of such an historic agreement. We urge therefore that the Malaysian’s ambassador to the Philippines responds positively to pave the way for initial discussions on the matter, all for the sake of a mutual long-term and incalculable socio-economic benefits.

Isnin, Mac 12, 2012

BOIKOT ADNAN


Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).

Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas.

"Tindakan menteri besar Pahang itu menghina maruah wartawan.

"Kami tidak sekali-kali bersetuju kerana ia biadap dan turut mencampuri kebebasan media," katanya.

Adnan semalam naik angin terhadap wartawan akhbar Cina dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan akhbar Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Dalam kenyataannyu hari ini, NUJ juga menuntut Adnan meminta maaf dalam masa 24 jam atau mereka tidak mempunyai pilihan kecuali membuat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

ulasan saya, semua akhbar hendaklah memboikot Adnan jika beliau enggan minta maaf kepada wartawan. Dia ingat wartawan kucing kurap ke? Wartawan cari berita. kalau tak nak jawab, cakaplah no komen. Yang pi melenting tak tentu pasal buat apa.

Bukannya Adnan hebat sangat tadbir Pahang. Oleh itu PM perlu tukar MB baru supaya MB baru lebih mesra wartawan.

Ahad, Mac 11, 2012

JANGAN LETAK PAYUNG TERJUN DISOKONG


Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk cuba mengelak daripada mengemukakan calon yang disifatkan sebagai ‘payung terjun’ pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) agar pisang tidak berbuah dua kali.

Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau memandang serius soal tersebut kerana hasil penelitian yang dilakukan, BN gagal menang di empat kerusi pada pilihan raya umum sebelum ini adalah disebabkan calon payung terjun.

“Saya sudah tunjuk kepada Perdana Menteri sebab kita kalah pada PRU12 kerana calon luar yang tidak terlibat dalam pergerakan parti di peringkat bahagian. Seminggu sebelum pilihan raya baru cuba untuk memperkenalkan diri mereka, ia sukar.

“Oleh itu, kita akan cuba elakkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan Perjumpaan Bersama Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus di Pejabat Umno Kuala Nerus, di sini semalam.

Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, sehingga kini beliau masih belum menyenaraikan nama calon yang akan bertanding pada PRU-13 kerana tidak diminta berbuat demikian.


Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sedang meneropong individu berkelayakan dan dianggap ‘winnable candidate’ bagi mewakili BN bertanding di kerusi milik parti itu selepas parlimen dibubarkan kelak.

“Apa pun, keputusan sebenar di peringkat kepimpinan. Perkara penting dia akan tengok calon boleh menang (winnable candidate),” katanya.

Kuala Nerus merupakan bahagian keenam yang dilawati beliau selepas Kemaman, Besut, Dungun, Marang dan Hulu Terengganu manakala Setiu dan Kuala Terengganu pula akan dikunjungi dalam masa terdekat.

Mengulas pertemuan dengan enam bahagian tersebut, Ahmad menegaskan tidak ada istilah selesa baginya untuk menggambarkan kedudukan Umno sekarang tetapi mengakui ia bertambah baik berbanding sebelum ini.

Malah, beliau optimis untuk merampas kembali kawasan yang dimenangi pembangkang khususnya di Kuala Terengganu apatah lagi kerajaan telah menunaikan semua manifesto dijanjikan pada PRU12.

“Bukan setakat tunaikan semua, malah kita buat lebih daripada itu. Program e-Book, kelas maya itu tidak ada dalam manifesto tapi kita buat,” katanya.Hadir sama Ketua Penerangan Umno negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Umno Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Ulasan saya, saya menyokong penuh cadangan MB supaya BN tidak meletakkan calon payung terjun. Buktinya BN kalah di Sura pada tahun 2008 kerana meletakkan orang baru yang tidak dikenali orang ramai. Apa yang berlaku pada tahun 2008 tidak seharusnya berulang lagi, Syabas Datuk Seri Ahmad Said!