Sabtu, Julai 05, 2014
SHARIFAH AINI DALAM KENANGAN
Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar (2 Julai 1953 - 5 Julai 2014) adalah seorang penyanyi tersohor di Malaysia yang dikenali sebagai "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam".
Di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysian Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.
Biografi
Sharifah Aini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor. Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan sebuah majlis tertentu di sekolah tersebut. selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian. Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.
Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]
Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.
Kejayaan[sunting | sunting sumber]
Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini.
Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 1976, beliau menyanyikan duet dengan Artis No. 1 Indonesia, Broery Marantika. Lagu duet mereka, iaitu Seiring Dan Sejalan telah menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air. Setelah melebihi 30 tahun dalam bidang hiburan, beliau telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.
Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu juga didatangi oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual. Sebelum ini, Sharifah aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat. Sambutan yang diberikan begitu menggalakkan dan kesemua penjualan tiket laris terjual.
Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.
Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert "Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini" di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran "Permata Negara"[1] oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain.
Era Sharifah Aini[sunting | sunting sumber]
Di era kegemilangan Sharifah Aini dahulu, di era 70-an, Sharifah adalah artis Malaysia pertama yang membawa gelaran Superstar. Gelaran ini diberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan di atas kejayaannya yang telah mengharumkan nama negara sekaligus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Selain beliau, artis lain yang juga memegang gelaran yang sama ialah Anita Sarawak. Artis wanita yang juga terkenal di era 70-an adalah Uji Rashid.
Pernah suatu ketika dahulu, Sharifah Aini dan Anita Sarawak dikatakan bersaing. Banyak juga pihak yang mengkritik mereka dari segi pakaian dan juga penampilan. Namun begitu, Sharifah tetap laris dengan menggunakan suaranya. Beliau juga merupakan ikon kepada masyarakat.
Di era 70an dahulu, artis yang sering menjadi penghias muka depan majalah kebanyakannya adalah artis wanita yang terkenal. Antara artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah ialah seperti Sharifah Aini, Anita Sarawak, dan Uji Rashid. Tiga artis wanita terkenal ini merupakan antara artis paling laris ketika itu. Sharifah adalah antara artis penghias muka depan majalah yang terlaris di Malaysia.[perlu rujukan]
Populariti[sunting | sunting sumber]
Sharifah bukan sahaja mengadakan persembahan di rantau Asia, beliau juga telah mengadakan beberapa konsert di Eropah dan populariti Sharifah begitu meluas di Asia Timur Tengah. Selain itu, beliau juga mempunyai peminat yang begitu ramai di Timur Tengah.
Ketika popularitinya sedang memuncak di era 70an dahulu, Sharifah juga menerima pelbagai-bagai gelaran. Antaranya seperti Elizabeth Taylor Malaysia, Dolly Parton Malaysia, Sparkles Diamond Of EMI Malaysia Ratu Muzik Malaysia dan berbagai lagi. Sharifah Aini juga pernah diberi gelaran Royalty Singer oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad kerana beliau adalah artis paling banyak menghasilkan album ketika itu.
Autobiografi[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2005, beliau telah menerbit sebuah novel. Novel tersebut berjudul 55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying. Ia mengisahkan tentang segala dugaan dan onak duri cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni. Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di Malaysia, ia juga dijual di beberapa negara di Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong, dan Jepun. Beberapa novel yang juga membabitkan beliau ialah seperti novel Biografi Tokoh Wanita Malaysia, The Malaysian Peak dan A tribute To A Woman In Malaysia.
Kematian[sunting | sunting sumber]
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonaty fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun.[2] Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada hari Selasa lalu. Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.[3]
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).
Biduanita Lagenda[sunting | sunting sumber]
Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Pertelingkahan dengan ibu[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1978, telah berlakunya suatu pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya. Pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya telah menyebabkan isu Sharifah mahu menyaman ibunya. Setelah lama kes ini dibicarakan, akhirnya kes tersebut telah selesai setelah Sharifah dan ibunya berbaik semula.[perlu rujukan]
Kes memfitnah Siti Nurhaliza[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2004, Sharifah Aini dituduh memfitnah penyanyi popular Siti Nurhaliza. Beliau didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui emel kepada adik angkatnya Ahmad Shaharil Jamaluddin, pensyarah di sebuah kolej di Pulau Pinang, pada 24 Ogos 2004. Kes tersebut berakhir dengan dibuang tanpa perbicaraan.
Perkahwinan di ambang perceraian[sunting | sunting sumber]
Wedding of the Year 1981
Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat yang berpangkat Datuk di luar negara. Perkahwinan kali kedua yang dibina oleh Sharifah juga gagal bertahan. Sharifah telah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992.
Mentor[sunting | sunting sumber]
Datuk Sharifah Aini dipelawa untuk menjadi salah seorang mentor untuk rancangan realiti Mentor 5.
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Album EP[sunting | sunting sumber]
Seri Dewi Malam (EP - 1970)
Kekasih Pujaan (EP - 1970)
Aku Dan Dia (EP - 1971)
Perasaanku (EP - 1972)
Pahit Manis (EP - 1972)
Jangan Tinggalkan Daku (EP - 1972)
Adat Lama Jangan Dilupa (EP - 1973)
Inikah Manusia (EP - 1973)
Dia Terlupa (EP - 1973)
Kau Telah Disampingku (EP - 1974)
Jangan Putarkan Laguku (EP - 1974)
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (EP - 1974)
Permintaan Terakhir Dan Rahsia Hati (EP - 1975)
Manis Manis (EP - 1975)
Surat Dari Seberang (EP - 1977)
Album Era Klasik 70An[sunting | sunting sumber]
1972 - Dari Hati Ke Hati
1973 - Kenanglah Daku
1974 - Cahaya Keinsafan
1975 - Irama Cintaku
1976 - Sharifah Aini
1977 - Inilah Laguku
1977 - Forever And Ever
1978 - Inilah Laguku 2
1979 - Lela Manja
1979 - Inilah Laguku 3
1979 - Women In Love
Album Era Sensasi 80An[sunting | sunting sumber]
1980 - Lagu-Lagu Pujaan (10 tahun - Kompilasi)
1980 - Just For You
1980 - Malam
1981 - Rasa Sayang (Feeling Of Love)
1981 - Harum Dalam Kenangan
1982 - Rahsia Hati
1982 - Collection Plus 2 (Kompilasi)
1983 - Irama Dari Sekeping Hati
1984 - Suara Kedamaian
1984 - He is Beautiful To Me
1984 - Cahayaku
1985 - Dari Masa Hingga Masa 1 Dan 2 (Kompilasi)
1985 - 16 Lagu-Lagu Terbaik Sharifah Aini (Kompilasi)
1986 - Kau Yang Bernama
1987 - The Best Of Sharifah Aini (Kompilasi)
1987 - Kasih
1988 - pilihan Sentimental Emas (Kompilasi)
1988 - Sharifah Aini
Album Era 90An[sunting | sunting sumber]
1991 - Kenangan Manis Vol 1 (Kompilasi)
1992 - Kenangan Manis vol 2 (Kompilasi)
1993 - Koleksi Klasik (Kompilasi)
1994 - Sharifah Aini
1995 - Seraut Wajah Semerdu Suara (Album Live)
1996 - Selamanya (Kompilasi)
1996 - Pilihan Klasik Aidilfitri (Album Kompilasi Raya)
1997 - Nostalgia Aidilfitri
1998 - Yayadan
1998 - Dewi Sukma (Album Kompilasi Sharifah Aini dan Uji Rashid)
1999 - Takkan Melayu Hilang Dunia
1999 - Seri Dewi Sharifah Aini
1999 - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Album Kompilasi Raya)
Album Era Millennium[sunting | sunting sumber]
2000 - Seribu Mawar
2000 - Dewi Intan (Inilah Laguku 1 & Inilah Laguku 2 - Terbitan semula 2 dalam 1)
2000 - Di Pintu Ampun...Menjelang Syawal (Album Raya)
2001 - Kenangan Istimewa Sharifah Aini Dan Broery Marantika (Album Khas Sharifah Aini dan Broery Marantika)
2001 - Alunan Sukma (Sharifah Aini dan Sudirman - Album Khas Trdisional Sharifah Aini dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad)
2002 - Seri Dewi Malam: A Love Story (Album Kompilasi)
2002 - Woman In lLove (Album Kompilasi Inggeris Sharifah Aini)
2003 - Syahdu
2003 - Anugerah Datuk Sharifah Aini (Album Kompilasi)
2003 - Datuk Sharifah Aini: Syawal 1424 (Album Kompilasi Raya Datuk Sharifah Aini)
2004 - Koleksi Memori Datuk Sharifah Aini (Album Komplasi)
2005 - Memori Hit Sentimental Datuk Sharifah Aini (album Kompilasi)
2005 - Bukan Cinta Biasa
2006 - Timeless (Datuk Sharifah Aini - Album Kompilasi)
Album Hari Raya[sunting | sunting sumber]
1973 - Selamat Hari Raya Aidilfitri
1977 - Bergembira Di Hari Raya (Menampilkan dialog bersama Hail Amir, Uji Rashid dan Datuk D J Dave)
1984 - Deli Aidilfitri
1988 - Salam Aidilfitri
1997 - Nostalgia Aidilfitri
1999 - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
2000 - Di Pintu Ampun...Menjelang Syawal
2003 - Datuk Sharifah Aini: Syawal 1424
Album Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]
1975 - Permintaan Terakhir
1976 - Hapuslah Air Matamu (Album Runut Bunyi terbaik yang pernah dihasilkan dalam Sejarah Perfileman Melayu)
1980 - Sumber Ilhamku
1981 - Bintang Pujaan
Pencapaian Biduanita Negara[sunting | sunting sumber]
Juara Bintang RTS (Tiga Malam - 1968)
Penghibur Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 1972-1977)
Penghibur Wanita Popular (Anugerah PAPITA 1970-1976, 1979)
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Hapuslah Airmatamu- Festival Filem Malaysia 1977)
Anugerah Lagu Terbaik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975)
Anugerah Penghibur Terbaik Asia Pasifik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975)
Anugerah Darjah Pingat Setia Mahkota Johor 1983
Anugerah Artis Evergreen Paling Sensasi (Anugerah Media Hiburan 2000)
Anugerah Pencapaian Seni Terbaik (Anugerah PAPITA 2000) [1]
Anugerah Khas Planet Muzik (Anugerah Planet Muzik 2001)
Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah 2001)
Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002)
Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003)
Anugerah Diva Sepanjang Zaman (Anugerah Parti Cit Cat Bersama Azwan Ali 2004)
Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006)
Kejayaan Karier[sunting | sunting sumber]
Memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu 'Tiga Malam'.
Penghibur wanita pertama yang menerima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik 1977 di Korea.
Sharifah adalah merupakan artis yang terkenal dan begitu diminati oleh semua peminat di rantau Asia. Ia sekaligus menjadikan diri beliau sebagai penghibur tersohor Asia.
Menjuarai pertandingan di Anugerah Lagu Asia Pasifik pada tahun 1975.
Merupakan artis Malaysia dan Asia pertama mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall, Singapura.
Artis pertama paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman (EMI) di Malaysia.
Sharifah adalah artis Malaysia pertama digelar Superstar. Ia adalah berdasarkan kehebatan populariti beliau yang tiada tandingan serta mampu merentasi di beberapa buah negara di seluruh Asia.
Pernah mengadakan persembahan eksklusif dan konsert besar di beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Belanda, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Jepun, Brunei, Singapura dan Indonesia
Artis malaysia pertama paling banyak menghasilkan album di dalam dan luar negara.
Nama tercatat di dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Malaysia Pertama Paling Lama Bertahan Di Bawah Satu Syarikat Rakaman'.
Sharifah adalah salah seorang tokoh seni yang digelar sebagai Dermawan kerana kejujuran dan keikhlasannya yang sentiasa memberi pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di sebalik keikhlasan dan kemulian hatinya, beliau juga turut digelar antara Usahawan paling berjaya sekaligus telah menjadi dirinya sebagai seorang Jutawan terkenal. Sharifah mempunyai aset hampir ratusan juta ringgit. Ia adalah hasil daripada kerja keras serta titik peluhnya sendiri selama hampir empat dekad beliau berkecimpung dalam bidang seni suara sekaligus telah meletakkan diri beliau setaraf dengan artis-artis antarabangsa. Namun begitu, beliau tetap merendah diri dan tidak pernah lupa asal-usulnya. Itulah keistimewaan Biduanita Negara dan Asia ini.
Sharifah merupakan satu-satunya artis yang masih dijadikan contoh ataupun dipanggil sebagai 'Role Model' oleh semua lapisan masyarakat.
Artis Malaysia yang mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu seperti Ghazal, Deli, Pop, Evergreen, dan juga Rock serta Hip Hop dengan baik.
Sharifah pernah tersenarai dalam 'Lima Tangga Teratas Artis Paling Popular Asia' di sekitar era 70an dahulu.
Sharifah merupakan antara artis yang menerima bayaran royalti tertinggi bagi satu penjualan album. Selain beliau, artis lain yang juga merupakan artis bayaran royalti tertinggi ialah seperti Anita Sarawak, Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi. Beliau juga merupakan artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi satu undangan persembahan.[perlu rujukan]
Beliau pernah berbakti dengan membuat 2,518 persembahan amal tanpa bayaran. [4]
Filem lakonan[sunting | sunting sumber]
1976- Hapuslah Airmatamu
1980- Sumber Ilhamku
1981- Bintang Pujaan
2006- Diva Popular
Lagu[sunting | sunting sumber]
Seiring Dan Sejalan - duet bersama Broery Marantika
Hapuslah Air Matamu
Bunga Tanjung
Jalak Lenteng
Maafkanlah
Yayadan
Seksa
Dondang Sayang
Sri Mersing
Mak Inang Melayu - duet bersama Sudirman Haji Arshad
Fatwa Pujangga
Seribu Mawar
Hatiku Melekat Di Hatimu
Ingatan Manis Di Bulan September
Jatuh Cinta
Kasihnya Ibu
Kau Tinggi Di Awan Biru
Hiburkanlah Hatiku
Kau Pergi Tanpa Pesan
Kau Racun Hidupku
Jauh Di Mata
Seri Dewi Malam
Kau Yang Bernama
Yang Sangat Ku Sayang
Kekasih Pujaan
Keresahan
Putus Kasih
Oh Di Mana
Di Pinggir Kayangan
Pantun Kasih
Gerimis Mengundang
Patah Hati
Seroja
Teratai
Perasaan Hati - duet bersama Broery Marantika
Kudaku Lari
Anak Ayam - duet bersama Too Phat
Sumber Ilham Seniku
Cemburu
Kasih
Kisah Yang Lalu
Melayu Takkan Hilang Di Dunia
Songket
Jumaat, Julai 04, 2014
RENCANA YANG FMT DAH SIAR TAPI DITARIK BALIK SEMPAT DIBACA 1,600 ORANG
Sebut sahaja Zaharin Mohd Yasin, semua ahli Umno mengenali bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu. Zaharin juga lebih dikenali sebagai Sang Kelembai, seperti nama blognya yang secara konsisten menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri.
Selepas Pak Lah jatuh, blog Sang Kelembai tidak aktif lagi. Sebelum ini Zaharin secara konsisten menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam Umno sehingga beliau dipecat dari Umno pada tahun 1998. Oleh itu Zaharin juga ada saham dalam menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Beliau memang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu apabila beliau menulis dalam Facebooknya mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, ramai yang percaya kerana Zaharin memang rapat dengan Najib. Apatah lagi dengan rekod beliau yang pernah menjatuhkan Anwar dan Pak Lah, maka orang percaya kali ini Muhyiddin akan jatuh juga.
Zaharin memang tidak menyenangi Muhyiddin yang dipanggilnya “paria”. Kini Muhyiddin dikatakan bercuti di Jakarta dan apabila bekas menteri, Zam menulis Muhyiddin memendam rasa, maka ada kebenarannya Muhyiddin lambat laun akan bersara juga dari politik.
Papagomo pula merupakan seorang blogger yang banyak menimbulkan isu skandal seks Anwar Ibrahim. Beliau didapati bersalah memfitnah Anwar dan diperintah membayar RM800,000 kepada Anwar tetapi Papagoma kata dia seorang nelayan dan hanya mampu membayar RM100 sebulan kepada Anwar.
Entah macam mana tiba-tiba Zaharin membelasah Papagomo apabila Papagomo menyerang Zaharin. Zaharin tidak setuju Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin. Sebagai blogger yang didakwa Zaharin dibayar upahnya oleh menantu Hishamuddin, maka menjadi tugas Papagomo menyerang Zaharin.
Tetapi Papagomo silap percaturan. Zaharin bukannya calang-calang orang. Walaupun dia pernah dipecat dari Umno kerana mengkritik anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri, tetapi dia setia dengan Umno.
Oleh itu tindakan Papagomo menyerang Zaharin merupakan satu tindakan yang silap. Zaharin setiap hari membelasah Papagomo dalam Facebooknya yang dikatakan bekas polis yang didapati bersalah oleh mahkamah bagi kes rasuah.
Apabila Papagomo diserang, ia memberi tempias kepada Hishamuddin kerana Papagomo diupah oleh menantu Hishamuddin. Maka sedikit sebanyak pergaduhan di antara Zaharin dan Papagomo merugikan Umno kerana lebih banyak pekung Umno didedah oleh mereka berdua. Maka sudah sampai masanya bagi mereka berdamai.
Khamis, Julai 03, 2014
PEMIMPIN PUTERI BEKAS GRO?
Mulai hari ini, 3 Julai 2014, saya sudah tidak bersama Free Malaysia Today. Oleh itu saya ada masa untuk aktifkan semula blog saya ini. Hari ini saya mahu menulis tentang seorang pemimpin Puteri Umno Malaysia dikatakan bekas seoran GRO. Semalam saya hantar berita ini kepada FMT tetapi Editor BM FMT yang baharu tidak siarkannya kerana dia tak nampak kepentingan beritanya. Orang yang tak pernah ada pengalamaan bekerja sebagai editor jadi editor portal news tidak dapat menilai berita mana yang patut disiarkan atau tidak, inilah akibatnya.Ketua puteri bahagian itu pernah bekerja di sebuah kelab VIP dan menjadi langganan seorang ADUN yang juhga Ketua Bahagian yuang sama dengannya. Sejak GRO ini mengenali ketua bahagian itu, maka beliau berhenti kerja sebagai GRO dan aktif sebagai ahli puteri Umno. oleh kerana ketua bahagian yang menajanya maka mwenanglah bekas GRO ini sebagai ketua puteri bahagian dan kini dipilih menjadi pemimpion di peringkat Puteri Umno Malaysia pula. Hubungan intim mereka berdua dikatakan menjadi perbualan di bahagian tersebut. Apabila ketua bahagian itu tidak terpilih sebagai calon BN, maka Ketua puteri yuang ada skandal dengan ketua bahagian itu sabotaj calon baharu BN maka kalahlah calon BN. Inilah kehebatan ketua puteri yang tidak bekerja dalam pilihanraya tetapi dipilih pemimpin puteri di peringkat pusat. Petang semalam bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al jamalulail telah membuat laporan polis beliau diugut oleh balaci pemimpin puteri itu apabila beliau mendedahkan hal ini dalam facebooknya. Perkembangan ini agak menarik kerana nampaknya kalau benda itu tidak betul, kenapa puteri itu harus melenting.nampaknya puteri tidak sunyi dengan skandal, Dahulu ketua puterinya dikaitkan dengan skandal lesbian kini giliran pemimpion lain pula menjadi mangsa.
Rabu, Mei 28, 2014
MANGSA POLITIK ZAMAN AHMAD SAID NAIK PANGKAT DALAM ROMBAKAN TCS
KUALA TERENGGANU: Ekoran perlantikan Menteri Besar baharu pada 12 Mei lalu, seramai 50 orang Pegawai Tadbir Negeri (TCS) akan bertukar ke jawatan baru yang akan berkuatkuasa pada 2 Jun ini.
Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah dalam sidang media di pejabatnya hari ini berkata, pertukaran ini dibuat berdasarkan dua pegawai tertinggi negeri iaitu Pegawai Kewangan Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah akan bersara.
Mereka yang menjadi mangsa politik dalam pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said mendapat ganjaran dalam rombakan TCS kali ini.
Bekas Setiausaha Sulit Kanan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Datuk Osman Muda dilantik Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Datuk Mat Razali Kassim dan tempat beliau diisi oleh Pengarah Bekalan Air Negeri, Datuk Wan Zahari Wan Ngah.
Manakala Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim ke jawatan Pengarah PTG yang baru dan tempat beliau diisi oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Datuk Zulkifli Mohamad dipinjamkan ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC Sdn. Bhd. dan tempat beliau diganti oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.
Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman ke jawatan Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya (JKR), Wan Mohd Rubi Wan Jusoh ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafa Khalid ke jawatan Pegawai Daerah Kemaman manakala Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Harun Mohamad ke jawatan Pengarah Bekalan Air Terengganu.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Mohd Yasim Awang ke jawatan Pengarah Yayasan Islam dan Timbalan Rektor (Jaringan Industri dan Korporat ) TATi Universiti Kolej, Mohd Zulkifli Abu Bakar menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman.
Pengarah Majlis Sukan Negeri, Zainal Abidin Hussin ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) dan Pegawai Daerah Marang, A.Rahman Che Ali pula ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun.
Pengarah Yayasan Terengganu, Azmi Razik ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Samiun Salleh akan menjawat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) sementara Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) JKR negeri.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Tugas-tugas Khas) Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman dan Pengarah Urusan Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Zainal Abidin Mohamed ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.
Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Shahidan Embok bertukar ke Pendaftar TATi Universiti Kolej dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia), Mohd Zahari Md Azahar ke jawatan Timbalan Pengarah UPEN/Pengurusan Kanan Projek Pembangunan Kuala Nerus.
Ketua Pegawai Eksekutif T-ISSI Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Ketua Pegawai YPUT, Che Razali Adis ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut.
Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Zulkifli Ali ke jawatan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jahani Ismail menjadi Setiausaha MBKT.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan) Johan Ibrahim bertukar ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pendaftar TATi Universiti Kolej, Che Suhaimin Mohamad ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun.
Pengurus Besar TESDEC Berhad, Rozali Salleh pula ke jawatan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Azhar Jusoh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan).
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Program Khas Sukan - T-Team), Ab. Rasid Jusoh ke jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Alias Mamat ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Kemaman.
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM, Ahmad Azizi Zulkifli ke jawatan Pengarah Jabatan Teknikal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Idham Mustafa ke jawatan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Terengganu.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Zahanapi Sagaf ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Besut manakala Setiausaha Majlis Daerah Besut, Saidi Salleh ke jawatan Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu.
Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu, Lukema Meri Salleh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas), Zuwislam Awang ke jawatan Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Terengganu.
Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN, Muhd. Aimin Mohd Tahir ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Institut Al-Quran Terengganu dan Pengurus Unit Transformasi, Pengurusan Prestasi dan Pelaksana, Mohd Nasir Kasim ke jawatan Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus.
Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Maldiana Abd. Fatah ke jawatan Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN dan Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas) Safura Mad Juhari ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Tadbir Urus dan Pematuhan).
Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Program Khas Khas Sukan) Terengganu/Pengurus Kanan Operasi TPCT, Rosini Sulong ke jawatan Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Hulu Terengganu dan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN, Wan Ahmad Firdaus Wan Abdullah ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan).
Penolong Pesuruhjaya (Pentadbiran dan Kewangan) MAIDAM, Wan Mohd Firdaus Wan Sembok ke Penolong Pengurus (Pembangunan) Tourism dan Penolong Pengarah (UKOM) Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Muhamad Ridzuan Hashim ke jawatan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN Terengganu.
Penolong Pengarah (Media baru) Agensi Pembangunan Masyarakat, Raja Faisal Raja Harun ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu Mohd Fadli Jusoh ke Penolong Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus manakala Pegawai Tadbir Terengganu Incorporated Sdn Bhd., Puan Faten Ummaimah Saidi ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Marang.
Isnin, Mei 26, 2014
JUMLAH ASET PELABURAN KWSP MENINGKAT 11.27 PERATUS
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari
ini mengumumkan caruman bersih daripada ahli dan majikan serta prestasi
pelaburan yang menggalakkan telah meningkatkan jumlah aset pelaburannya kepada
hampir RM600 bilion.
Setakat 31 Mac, 2014, aset pelaburan kumpulan wang persaraan itu berjumlah
RM597.02 bilion, meningkat 11.27 peratus atau RM60.47 bilion daripada RM536.55
bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2013.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata agensi
kerajaan itu kekal fokus dalam objektifnya untuk menjana pulangan pelaburan
stabil yang secara konsisten mengatasi kadar inflasi.
"Berdasarkan pertumbuhan pesat aset pelaburan KWSP, yang secara puratanya di
antara 10 dan 11 peratus setiap tahun, kami akan terus mempelbagaikan aktiviti
pelaburan jangka panjang kami dalam pelbagai pasaran dan sektor selaras dengan
Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shahril Ridza berkata bergantung kepada hala tuju pasaran, KWSP akan terus
mengambil peluang yang wujud bagi mengimbangi portfolionya bagi tujuan risiko
dan pulangan yang optimum.
Bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2014, KWSP melaporkan pendapatan
pelaburan sebanyak RM8.83 bilion berbanding RM5.60 bilion dan suku yang sama
pada 2013.
Peningkatan prestasi pelaburan KWSP yang lebih daripada 50 peratus ini
dipacu terutamanya oleh pulangan daripada pelaburan ekuiti.
Laporan itu juga menunjukkan 52 peratus dana KWSP telah dilaburkan dalam
instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah; 43 peratus dalam pelaburan
ekuiti dan bakinya dalam instrumen pasaran wang, harta dan prasarana, katanya.
Tentang prospek hingga hujung tahun ini, Shahril Ridza berkata: "KWSP yakin
ekonomi Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik tahun ini
berdasarkan jangkaan pemulihan eksport yang disokong oleh permintaan domestik
yang kukuh. Bagaimanapun, KWSP akan terus berhati-hati terutamanya ketika
ketidaktentuan menyelubungi pergerakan modal kerana penyesuaian kadar faedah
jangka panjang berikutan pemulihan pasaran utama.
"Untuk mengoptimumkan pulangan, KWSP berpegang teguh kepada pendekatan
pelaburan berhemah dan jangka panjangnya dan akan sentiasa memastikan
perlindungan modal manakala meningkatkan nilai simpanan ahli terus menjadi
objektif utama kami," tegas beliau.
-- BERNAMA
NHIZ NHIZ NN KY
Jumaat, Mei 23, 2014
PEGAWAI KHAS MENTERI BESAR KEKAL
KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Pegawai khas menteri besar yang
dilantik di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pentadbiran
menteri besar Terengganu yang terdahulu, kekal dalam jawatan mereka, kata
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata garis panduan dan tugasan jawatan bagaimanapun akan dibuat
bagi mengelakkan pertembungan peranan pegawai-pegawai khas itu
dengan pegawai pembangunan Parlimen yang baru dilantik pada Rabu.
"Kami tidak akan melakukan sebarang perubahan bagi pegawai khas menteri
besar dan jawatan mereka akan dikekalkan seperti sebelum ini.
"...(Bagaimanapun) tugasan antara pegawai khas dan pegawai
pembangunan akan dikenal pasti supaya tidak bertembung peranan dan mereka harus
saling membantu. Inilah yang kita kehendaki demi kekuatan kerajaan," katanya.
Pada majlis itu, menteri besar turut menunaikan Solat Maghrib dan Isyak
berjemaah bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd
Sabri Alwi dan anggota jawatankuasa bahagian.
Ini berikutan skop dan tugas pegawai pembangunan Parlimen yang baharu ini
meliputi semua, iaitu memudahkan urusan pentadbiran khususnya di
kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang Barisan Nasional tewas, pada pilihan raya
umum ke-13 (PRU-13) tahun lalu.
Pada majlis itu, menteri besar turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak
berjemaah antaranya bersama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd
Sabri Alwi serta beberapa anggota AJJKahli jawatankuasa bahagian.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah pun meluluskan
peruntukan bantuan am berjumlah RM500,000 setahun bagi hal ehwal pembangunan
untuk setiap kawasan DUN yang kalah kepada pembangkang bagi menyelesaikan
masalah rakyat.
Pada Rabu, Ahmad Razif mengumumkan pelantikan tiga Ketua Umno Bahagian
iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi, Ketua Umno
Bahagian Dungun Datuk Din Adam dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus
Datuk Basir Ismail serta Ketua Umno Bahagian Marang A Latif Awang sebagai
pegawai pembangunan Parlimen di kawasan masing-masing.
Keempat-empat kawasan Parlimen berkenaan di Terengganu dikuasai
pembangkang.
-- BERNAMA
AEO RON
Khamis, Mei 22, 2014
MB DIPUJI KERANA KAJI BALIK KENAIKAN CUKAI PINTU DI DAERAH KUALA TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 22 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Bertindak Cukai Pintu
Terengganu menyambut baik keputusan kerajaan negeri Terengganu untuk mengkaji
semula cadangan menaikkan kadar cukai pintu di daerah Kuala Terengganu.
Pengerusinya Ahmad Azmzad Hashim turut mengucapkan tahniah kepada Menteri
Besar yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman kerana bertindak segera dengan
membincangkan isu itu ketika mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya semalam.
"Kami sangat mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar untuk mengkaji balik
kenaikan ini dan ingin menyatakan pendirian bahawa kami tidak dapat menerima
sebarang kenaikan ketika ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jawatankuasa itu juga meminta lebih ramai penduduk di kawawsan Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) agar mengemukakan bantahan mengenai cadangan
tersebut sebelum tarikh akhir pada 2 Jun ini.
Jawatankuasa itu disertai 40 badan bukan kerajaan di seluruh Terengganu dan
ditubuhkan bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai cadangan kenaikan
cukai tersebut.
Semalam, Ahmad Razif mengumumkan kerajaan negeri akan mengkaji kadar cukai
pintu berasaskan keperluan dan kebajikan kepada rakyat setelah kadar itu tidak
berubah sejak 1981.
-- BERNAMA
KAK AE NM
KDN BERI AMARAN KEPADA PENERBIT NOVEL LUCAH
SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penerbit yang menerbitkan novel berunsur lucah di negara ini.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar berkata, pihaknya akan menyiasat dengan teliti novel yang dikatakan dijual secara meluas di pasaran dan menjadikan pelajar sekolah selain remaja sebagai sasaran pembaca.
“Pada kebiasaannya, novel sebegini diterbitkan oleh penerbit yang tiada permit dengan KDN dan pencetak yang tidak ada permit pencetakan.
“Pihak KDN boleh ambil pelbagai tindakan kepada mereka,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali dan Penolong Pegawai Penguatkuasa KDN, Noor Zaman Mohammad.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan memantau lebih serius perkara itu dan mengharapkan agar orang ramai turut memberikan maklumat kepada KDN.
“Masyarakat boleh turut sama membantu dengan menyalurkan aduan dan menyertakan bukti novel-novel tersebut kepada pihak kami," katanya
Sementara itu, beliau turut mengingatkan penerbit dan pencetak yang mempunyai permit sah supaya tidak melanggar akta yang telah ditetapkan.
Menurutnya, jika mereka melanggar peraturan tersebut, mereka bakal berdepan risiko dibatalkan permit penerbitan.
“Bila dah diberi permit, mereka perlu berhati-hati dan pastikan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Jika tidak, kami akan terus batalkan permit mereka.
“Bila dah melanggar batasan-batasan tertentu, kami terus keluarkan surat tunjuk sebab dan mereka kena bagi jawapan kenapa kami tidak boleh batalkan permit mereka," katanya
Tambahnya, setakat ini sebanyak enam akhbar telah dibatalkan permit penerbitan.
Rabu, Mei 21, 2014
KENALI PETANDA AWAL TEKANAN JIWA KATA PAKAR
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Jika individu atau anda sendiri mengalami
kemurungan tahap serius, mudah marah, bersedih dan selalu menyendiri
dinasihatkan supaya segera menjalani pemeriksaan kaunseling.
Beberapa kes sadis yang dilaporkan kebelakangan ini, antaranya
membabitkan penderaan, pembunuhan dan bunuh diri, dikaitkan para pakar
kaunseling dan psikiatri, sebagai mereka yang mengalami tekanan jiwa akibat
kegagalan mengawal kemurungan di peringkat awal.
Pakar Psikiatri Klinikal Hospital Pantai, Datuk Dr Mat Saad Baki berkata
rawatan atau kaunseling awal dilihat dapat membendung kejadian yang tidak
diingini.
"Jika seseorang itu tertekan dan mengalami kemurungan dia perlu merujuk
kepada doktor perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat seorang pakar psikiatri
dan kaunseling serta mendapatkan rawatan perubatan yang bersesuaian
jika ia diperlukan.
"Tahap kemurungan seseorang itu bergantung kepada empunya diri dalam
mengawal emosi dan perasaan, jika kemurungan melampau boleh menyebabkan individu
hilang pertimbangan diri dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak diduga,"
katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri dan Pensyarah Kanan di Jabatan
Perubatan Psikologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin
Ahmad Zahari berkata masalah tekanan jiwa boleh dibendung daripada menjadi lebih
parah, sekiranya orang ramai mampu mengenali petanda awal seseorang individu itu
mengalami tekanan jiwa melalui karakter mereka.
Katanya, rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat perlu melihat perubahan
dalam kelakuan mereka.
"Contohnya, sebelum ini seseorang itu bersikap tenang, namun berubah menjadi
pemarah serta pergaulan mereka yang membawa ke arah kemurungan yang
dikategorikan pada tahap yang lebih serius.
"Cara terbaik adalah untuk bertanya individu itu dan menjadi lebih
ingin tahu serta berbincang dengan mereka," katanya.
Beliau berkata masyarakat perlu lebih sensitif dan memujuk mereka untuk
menjelaskan masalah atau tekanan yang tidak dapat diselesaikan (sekiranya
ditangani berseorangan), serta perlu bertanyakan kepada orang lain untuk
mendapatkan bantuan mahupun pandangan.
Katanya, mereka perlu mendapat bantuan dan rawatan awal dan mengelak
daripada memiliki perasaan malu, lemah dan merisaukan persepsi awam sebelum
masalah itu menghantui pemikiran mereka.
"Cuba yakinkan individu itu untuk membantu menyelesaikan masalah yang
dipendam dengan membawa mereka berjumpa dengan pakar yang bersesuaian," katanya.
Beberapa kejadian sadis dikaitan dengan masalah tekanan jiwa, antaranya
pada 30 Jan lepas, seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental,
mengelar mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua
lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Pada 28 Mac 2013, seorang lelaki ditemui mati tergantung di
sebuah rumah di Kampung Perting, Bentong dipercayai mengalami tekanan jiwa
selepas kematian ibunya empat tahun lepas.
Pada 2 Feb 2012, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mati
akibat ditekup dengan bantal oleh neneknya berusia 57 tahun dipercayai sakit
mental di pangsapuri mereka di Puchong.
Pada 27 Nov 2011, seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar
dengan pisau oleh anak perempuannya yang dipercayai mengalami tekanan mental di
rumah mereka di Taman Bukit Serdang.
-- BERNAMA
MAMA MAMY MS NH
WAN HAKIM BAKAL EXCO KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN?
KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu 9 hari lalu hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman.
Semua Exco hadir termasuk dua orang Exco yang umum keluar dari Umno pada 13 Mei lalu, Ghazali Taib dan Roslee Daud.
Dengan gugurnya Datuk Seri Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan kini kosong. Beliau dijangka diisi oleh ADUN dari Kemaman juga, Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Kini Kemaman diwakili oleh Ir Rosli Othman (Kemasik).
Dari komposisi Exco berdasarkan Bahagian Umno, Besut ada dua Exco, Hulu Terengganu tiga Exco, Setiu satu Exco, Marang satu Exco, Kuala Nerus satu Exco, Dungun satu Exco, Kemaman satu Exco dan Kuala Terengganu yang mana BN kalah empat kerusi tiada Exco.
Selasa, Mei 20, 2014
MB YANG PATUT JADI PENGERUSI PERHUBUNGAN KATA AHMAD SHABERY CHEEK
KUALA TERENGGANU, 20 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad
Razif Abdul Rahman sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal dilantik
sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
Beliau turut mengakui tidak mempuyai masalah jika jawatan itu diberikan
kepada orang lain dan akan bekerjasama dengan individu yang dilantik demi
memajukan Umno.
"Kita serahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
memutuskan perkara itu kerana apa yang penting ialah kebersamaan dalam
memperjuangkan parti.
"Saya tak ada masalah, kita sebagai ahli parti yang setia, kita pulangkan
keputusan itu secara bijaksana untuk ditentukan oleh Presiden parti dan saya
tidak ada masalah langsung dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas
Majlis Penyerahan Bendera Sukan Malaysia (Sukma) kepada Kontinjen Terengganu
lewat malam tadi.
Menurutnya lebih mustahak semua bersatu untuk memperjuangkan parti dan tidak
timbul siapa yang bakal dipilih menerajui Umno Terengganu.
Beliau berkata perpaduan dalam saat-saat begini amat penting lebih-lebih
lagi dalam keadaan Terengganu sekarang di mana Barisan Nasional menduduki 17
kerusi Dewan Undangan Negeri sementara pembangkang 15.
Ahmad Razif berkata demikian ketika mengulas cadangan sebuah kolum akhbar
tempatan Ahad lepas yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia
yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
sebagai calon yang sesuai untuk jawatan itu.
Namun Ahmad Shabery ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu
berpendapat, jawatan tersebut seharusnya dipegang oleh seorang Menteri Besar
bagi membolehkan pentadbiran negeri dan kerja parti berjalan lancar.
Sementara itu Ahmad Razif berkata buat sementara waktu beliau memangku dua
portfolio iaitu portfolio asalnya iaitu selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains,
Teknologi dan Inovasi,Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri.
Beliau juga memangku portfolio yang dipegang bekas Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Said iaitu Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah,
Petroleum, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri.
Ahmad Razif berkata portfolio itu akan dipangkunya sehingga lantikan Exco
baharu dibuat dan ketika ini, pihaknya sedang berbincang mengenai perkara itu
sebelum mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memohon
perkenan.
--BERNAMA
AZM NFI MK
Ahad, Mei 18, 2014
MB ALU-ALUKAN CADANGAN DARI PENGAMAL MEDIA
KUALA TERENGGANU, 18 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul
Rahman mempelawa pengamal media memberi cadangan dan idea baharu dalam aspek
penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat bagi memastikan agenda
pembangunan negeri ini berjalan lancar.
Beliau berkata pengamal media adalah antara golongan yang sering turun
padang dan terawal dalam mengetahui permasalahan dihadapi rakyat dalam pelbagai
urusan harian mereka.
"Justeru marilah bersama-sama kita bekerjasama ke arah pembangunan
Terengganu yang lebih maju dengan keseimbangan menyeluruh dengan kebajikan
rakyat terus diutamakan.
"Saya sangat berharap pengamal media di negeri ini terus membuat laporan
tepat dan berkualiti dan saya sendiri akan berusaha memberi kerjasama yang
diperlukan anda semua," katanya ketika berucap di majlis mesra media anjuran
Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di sini malam tadi yang dihadiri 300 pengamal
media di negeri ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi,
Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam dan Presiden KAWAT Ayob Mamat.
Ahmad Razif turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang membuat
liputan dengan baik sepanjang krisis politik negeri ini minggu lalu.
"Fokus kita semua selepas ini ialah untuk menang semula di kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang kita kalah dan mengekalkan kemenangan di kerusi DUN
sedia ada dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
"Saya adalah menteri besar ke-14 dan kebetulan akan menghadapi PRU14,
lupakan semua yang berlaku, kita semua rapatkan barisan untuk capai impian
yang satu demi kemenangan yang diimpikan," katanya.
-- BERNAMA
KAK FAU NH
Jumaat, Mei 16, 2014
BERAKHIRNYA REJIM WAN AHMAD
Tarikh 12 Mei 2014 akan tercatat dalam sejarah politik Terengganu sebagai hari jatuhnya rejim Datuk Wan Ahmad Wan Muda, ketua menteri besar terengganu. Selama enam tahun beliau menjadi ketua kepada Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi MB pada 23 Mac 2008.
Orang Terengganu tak kata Ahmad Said yang jadi MB sebaliknya Wan Ahmad setiausaha sulit kanannya. Entah kenapa Ahmad Said terlalu percaya kepada Wan Ahmad sehingga apabila kontraktor pergi menemui Wan Ahmad, dia bercakap aku yang berkuasa, bukan Ahmad Said.
Kurang ajar Wan Ahmad yang pernah curi baja FELDA. Rakyat di seluruh Terengganu bersorak apabila Ahmad Said jatuh. Bukan kerana mereka benci Ahmad Said, tetapi mereka benci kepada Wan Ahmad yang banyak menganaiyai orang selama enam tahun.
Malah bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri pernah menyebut isu ketua menteri besar dalam Utusan Malaysia sebelum pilihanraya umum 2013. Orang Malaysia tertanya-tanya siapa ketua menteri besar itu kalau bukan Wan Ahmad.
ADUN Paka, Satiful Bahri mengesahkan Wan Ahmad dan Nik Dir menawarkan wang berjuta-juta untuk mewujudkan kerajaan campuran antara kumpulan Ahmad Said dengan PAS. Tapi PAS bukan pelahap nak tubuh kerajaan secara haram dengan kumpulan Ahmad Said.
Ahmad Said tertipu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 1998, Anwar begitu yakin semua ketua bahagian yang dapat projek, saham, tender akan menyokongnya bila Anwar bertelagah dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Apabila Anwar dipecat dari Umno pada 2 September 201998, berapa orang ketua bahagian yang ikutnya keluar dari Umno? Ini yang patut dipelajari oleh Ahmad Said. Ketika dia jadi MB, dia bela semua Exconya dengan memberi balak tetapi akhirnya dua orang sahaja yang ikut iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Malah dia beri balak kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Rauf Yusoh tetapi Umno pusat tetap buang Ahmad Said. Itulah dalam Umno tiada kesetiaan. Yang setia ialah kepentingan peribadi. Apabila Ahmad bukan lagi menteri besar, siapa yang mahu ikutnya. Ahmad Said tak belajar dari sejarah Anwar Ibrahim.
Wan Ahmad memang hebat atur orang lawan ketua bahagian dalam pemilihan Umno Oktober tahun lepas tapi calonnya di Setiu, Datuk Mamat Ghazali Abdul Rahman gagal menumbangkan Datuk Mat Jidin Shafie.
Calonnya, Datuk Rosli Mat Hassan kalah di Dungun di tangan Datuk Din Adam. Hanya Latif Awang yang menang di Marang mengalahkan Datuk Yahya Khatib tetapi Latif tak keluar dari Umno ikut Ahmad Said.
Begitulah Ahmad Said tertipu maka dia tiada pilihan terpaksa masuk semula Umno kalau tidak kes SPRMnya akan diteruskan. Seluruh rakyat Terengganu bersorak meraikan kejatuhan rejim Wan Ahmad. Beliau banyak menganaiya TCS di Terengganu. Apabila beliau ditukarkan ke pejabat SUK sebagai pegawai peti sejuk maka semua pegawai TCS gembira.
Malu dengan keadaan itu beliau pun beri notis tiga bulan untuk bersara pilihan pada 12 Ogos 2014. Itulah masa mu ada kuasa, mu sombong sangat. Mu cuba beli PAS nak buat kerajaan campura tapi PAS tidak pelahap dengan duitmu yang berjuta-juta itu.Syabas PAS kerana tidak terpedaya dengan Wan Ahmad.
Khamis, Mei 15, 2014
WAN AHMAD YANG FITNAHKAN SAYA AKHIRNYA DIPETISEJUKKAN
Semalam CEO Terengganu Incorporated, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan ke pejabat SUK untuk jadi pegawai peti sejuk. Beliaulah yang menghuruharakan pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said sepanjang beliau menjadi MB Terengganu dari 23 Mac 2008 hingga 12 Mei 2014.
Malah beliau dikenali sebagai ketua MB kerana dia yang berkuasa dari Ahmad Said sehingga ramai TCS jadi mangsanya. Apabila Ahmad Said jatuh pada 12 Mei lalu, maka tamatlah pengaruh Wan Ahmad dalam kerajaan negeri Terengganu.
Saya pernah temuinya ketika beliau menjadi SUSK Ahmad Said pada tahun 2010 (kalau tak silap saya). Ketika itu kawan saya minta tanah tambahan untuk buat kilang tanah liat di Bukit Besi. Bila dia tahu saya blogger dari Kemaman dan bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno di zaman Ahmad Said jadi ketua pemuda, terus dia buat surat sokongan kepada kawan saya. Tetapi permohonan kawan saya gagal kerana Wan Ahmad ini manis di hadapn kita, tetapi di belakang dia call Ketengah supaya tolak permohonan kawan saya.
Manusia macam ini pun ada. Ramai yang menjadi mangsa Wan Ahmad ketika Ahmad Said jadi menteri besar. Justru itu menteri besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman perlu belajar dari pengalaman ini. Ahmad Said adalah MB yang baik tetapi orang kelilingnya yang merosakkannya macam Wan Ahmad, Haji Dol.
Saya turut jadi mangsa Wan Ahmad apabila blogger upahan Wan Ahmad, Unspinners babitkan saya dalam kes Ahmad Said. Saya menulis benda yang benar dan dia kata saya sebar berita menjatuhkan Ahmad Said dalam Facebook kawan-kawan saya.
Malah lebih lucu beliau buat akhbar khas FREE ZATUL ALI TODAY yang bubuh gambar Zatul Ali yang saya hentamnya dalam Facebook kerana menipu orang ramai. Tapi Zatul Ali mendakwa saya yang menjadi punca dia jadi begitu sedangkan saya tak kenal siapa Zatul Ali itu. Wan Ahmad upah bloggernya memfitnah saya tapi saya tak boleh ambil tindakan undang-undang kerana saya tak tahu siapa yang menernitkan risalah tersebut.
Saya berani bersumpah dengan nama Allah saya tak kenal Zatul Ali. Saya cabar Wan Ahmad. Beranikah dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak terlibat mengupah blogger itu buat risalah memburukkan saya? Pilih mana-mana masjid Wan Ahmad kalau berani bersumpah.
Padan muka semalam Wan Ahmad sudah dipetisejukkan di pejabat SUK. Kalau saya ada maruah, saya letak jawatan. Duit rasuah sudah banyak tunggu apa lagi, letak jawatanlah. Terengganu punah ranah keranamu Wan Ahmad. Syukurlah Datuk Razif MB baru naik pada 12 Mei lalu. Semoga beliau lebih adil daripada Ahmad Said yang mementingkan kroni-kroninya.
Jumaat, Mei 09, 2014
TH PERUNTUK RM130 JUTA UNTUK SUBSIDI JEMAAH HAJI
PETALING JAYA, 9 Mei (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan
RM130 juta untuk menampung subsidi jemaah haji tahun ini bagi memastikan bayaran
menunaikan haji kekal pada RM9,980 seorang.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Paduka Ismee
Ismail berkata peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding tahun lepas itu adalah
disebabkan peningkatan kos di Arab Saudi, termasuk kos penginapan.
"Tahun ini sebab kita kekalkan bayaran haji pada jemaah-jemaah haji
Muassasah sebanyak RM9,980. Jadi kerana peningkatan kos terutamanya kos
penginapan di Mekah, subsidi haji turut bertambah," katanya kepada pemberita
selepas majlis pengiktirafan The Malaysia Book of Records di sini, hari ini.
TH menerima pengiktirafan itu apabila kelab TaHa yang disasarkan kepada
penabung muda berumur daripada tujuh hingga 17 tahun mencipta rekod selaku kelab
yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai dengan 1.12 juta
orang ahli.
Ismee berkata subsidi yang ditanggung TH tahun ini ialah RM6,175 setiap
jemaah berbanding RM5,575 seorang tahun lepas, dan ini hanya untuk jemaah
Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadah haji.
Ismee dalam pada itu menasihatkan jemaah haji tahun ini supaya sentiasa
mendengar nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan berhubung
langkah-langkah pencegahan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona
(MERS-CoV).
Beliau berkata buat masa ini kuota jemaah haji Malaysia kekal pada
22,320 orang selepas kerajaan Arab Saudi memutuskan pengurangan 20 peratus
daripada kuota asal ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil
Haram, di Mekah sejak tahun lepas.
Menurut laman web Kementerian Kesihatan Arab Saudi, www.moh.gov.sa, setakat
ini terdapat 126 kematian daripada keseluruhan 463 orang dijangkiti MERS-CoV di
negara itu.
-- BERNAMA
NAAA HK MK
Selasa, Mei 06, 2014
SPEAKER TERENGGANU JAHIL MACAM KARPAL SINGH
PETALING JAYA: Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak cadangan PAS untuk melaksanakan hudud dipersoalkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Abdul Latif.
Menurutnya, walaupun pada ketika ini majoriti pemimpin Umno bersetuju untuk bersama PAS bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan, sebaliknya keputusan berbeza pula yang diambil oleh DUN Terengganu yang secara keseluruhannya ditadbir oleh pemimpin Umno.
“Jika ikutkan semangat sesetengah pemimpin Umno, ada yang mahu hudud dilaksanakan segera, dan kadang-kala lebih bersemangat daripada pemimpin PAS. Dalam keadaan Terengganu yang didukung oleh Umno, mereka sepatutnya menangguh dahulu keputusannya, bukan menolak hudud bulat-bulat,” kata beliau ketika menulis dalam kolum mingguannya di Harakah Daily.
Sebelum ini, memang tidak dinafikan iaitu mendiang Karpal Singh yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, secara keras menolak hudud untuk dilaksanakan.
“Karpal memang menegaskan dari dulu lagi tidak akan menerima hudud. Dia boleh berkawan dengan pejuang hudud tetapi tidak akan menerima hudud dan sikap Karpal itu adalah sikap yang dibawa DAP setakat ini.
“Karpal dan DAP adalah musuh Umno yang tiada tolak bandingnya. Semua yang datang dari Karpal dan DAP mesti akan ditolak oleh Umno kecuali dalam isu hudud,” ujarnya.
Tambah Subky yang juga wartawan veteran yang terkenal, apa yang DUN Terengganu lakukan baru-baru ini adalah melaksanakan apa yang Karpal dan DAP mahukan.
“Seandainya Karpal masih bersama kita sekarang, maka dialah orang yang paling gembira dengan sikap dan tindakan yang diambil DUN Terengganu,” katanya.
Maka, siapa yang DUN Terengganu ikut, apabila DUN tersebut menolak perlaksanaan hukum hudud baru-baru ini. Secara logiknya, DUN Terengganu telah mengikut keputusan Karpal, walaupun Karpal tidak berjumpa dengan Umno Terengganu dan meminta mereka menolak cadangan yang dibawa oleh PAS.
“Memang sikap rasmi Umno selama-lamanya adalah bersama Karpal menentang hudud. Tetapi sekarang ini Umno telah menunjukkan tanda-tanda untuk berubah menyokong hudud. Umno juga menyuarakan hasratnya untuk bersiap-sedia berbaik dengan PAS sekiranya PAS tidak lagi bersedia menjadi kuda tungangan DAP,” jelasnya.
Katanya lagi, dalam isu hudud ini, nyata PAS tidak dapat dikawal oleh Karpal, sebaliknya dikatakan Umno tidak mahu masuk perangkap PAS jika menyokong hudud, maka Umno terengganu bersedia bersama DAP dan Karpal menentang hudud.
“Apa pun setakat ini kita belum boleh fikir Umno menjadi kuda tunggangan Karpal
atau DAP, tetapi dalam isu hudud, Umno boleh bersama DAP dan Karpal Singh atau sekurang-kurangnya mengikut Karpal,” katanya.
Menurut Subky lagi, PAS memang dari mula lagi telah tahu berkenaan pendirian Karpal tentang hudud. Jika dia tidak dapat menerima hudud boleh difahami kerana ia tidak termasuk dalam ajaran agamanya.
“Hudud hanya ada pada Islam dan sebahagian daripada akidah syariat Nabi Musa dan ia juga adalah syariat Nabi Isa al-Masih,” ujarnya.
Katanya lagi, orang Yahudi selepas zaman Nabi Musa memang tidak lagi berpegang dengan hukuman mengikut syariat Nabi Musa itu dan demikian juga orang Kristian yang mengaku Jesus adalah ikutan mereka, tetapi mereka juga menolak hukum yang disyariatkan oleh Nabi Isa al-Masih.
“Orang Islam pada masa kini juga sama dengan umat yang terdahulu, tidak berpegang kepada syariat Nabi Muhammad SAW, tetapi sehaluan dengan Karpal, baik Karpal masih ada atau tidak ada,” katanya.
Pada 15 April lalu, Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong telah menolak usul yang dibawa oleh ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.
PEMERGIAN AZIZ SATTAR SATU KEHILANGAN KEPADA DUNIA SENI
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pemergian bintang filem legenda Datuk Abdul
Aziz Sattar merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air, kata
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata Allahyarham adalah seniman terakhir yang seiring dengan
seniman agung Tan Sri P. Ramlee.
"Saya mengenali beliau secara peribadi, beliau banyak memberi idea kepada
saya.
"Saya berasa agak sedih kerana tiada di tanah air untuk menziarahi (jenazah
Allahyarham), saya sekarang berada di Jeddah kerana menghadiri Sidang
Kemuncak Media Asia 2014," katanya dalam kenyataan kepada Bernama dari Jeddah
hari ini.
Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah
mengalami serangan jantung.
Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu
meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya
Sandakiah.
Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang
Lapok pada tahun 1950-an.
-- BERNAMA
AFY AFY RON
Sabtu, Mei 03, 2014
BLOG OH SEDAPNYA DAKWA PEREMPUAN SIMPANAN MB NAK MENGADU KEPADA ISTANA
Wanita simpanan seorang Menteri Besar yang dipercayai dikaitkan dengan satu negeri di Pantai Timur, dikatakan sanggup ke istana untuk mengadu perilaku Menteri Besar berkenaan yang gagal memenuhi janji kepadanya.
Wanita berkenaan dikatakan sedang menguruskan pertemuannya dengan pihak istana dengan harapan, janji Menteri Besar tersebut ditunaikan kepadanya.
Beliau sudah tidak boleh sabar dan jika perlu akan menghebahkannya ke akhbar.
Dikatakan, wanita itu sudahpun menghubungi seorang pemberita sebuah akhbar tabloid harian di negeri berkenaan untuk mendedahkan perkara berkenaan.
Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dinasihatkan oleh pemberita berkenaan supaya bersabar sementara menunggu reaksi selanjutnya daripada Menteri Besar berkenaan.
Pemberita berkenaan dikatakan meminta perempuan berkenaan supaya memujuk Menteri Besar melunaskan janji-janjinya agar perkara ini tidak terdedah dan menjatuhkan reputasi Menteri Besar berkenaan.
Menurut sumber, wanita itu dinasihati jangan melakukan sesuatu yang ‘terdesak’ kerana Menteri Besar berkenaan ada disebut sedang berdepan dengan kemelut pertukaran Menteri Besar gara-gara digembar-gemburkan oleh Awang Selamat melalui Mingguan Malaysia, Ahad minggu lalu.
Baru-baru ini heboh berita seorang wanita dikaitkan dengan seorang Menteri Besar tetapi reda selepas tumpuan diberikan kepada isu pertukaran Menteri Besar yang ‘dicanangkan’ oleh Awang Selamat.
Tidak dikerahui sama ada Menteri Besar yang digembar-gemburkan akan ditukarkan itu turut terpalit dengan isu perempuan simpanan yang dikatakan menjanjikan RM3 juta kepada ‘bekas kesasihnya’ itu.
Free Malaysia Today (FMT) yang membongkar berita ini pada 8 Aril 2014 lalu, menyebut bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.
Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.
Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata, jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta. Baki RM2.2 juta akan dibayar kemudian.
Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak menerima sebarang wang dijanjikan itu. Selain mematuhi syarat Menteri Besar, iaitu menunggu selepas pilihan raya, bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.
FMT difahamkan ahli perniagaan itu sudah banyak kali menghubungi MB untuk mendapatkan ‘haknya’ seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi panggilan dan sms tiak dilayan.
Dia hanya mahukan 'haknya' bukan dengan niat untuk campur soal politik dan sebagainya. Malah, pendedahan oleh FMT itu lebih awal daripada apa yang disebutkan oleh Aawang Selamat melalui Mingguan Malaysia berkenaan.
Menyedihkan, menurut sumber, MB berkenaan turut memarahi perempuan simpanan berkenaan, termasuk mengatakan perempuan itu sebagai seorang yang ‘tamak’.
Tidak diketahui erti tamak berkenaan, bagaimanapun dikatakan berkaitan pemberian sebelum ini oleh Menteri Besar berkenaan.
Tamak itu juga mungkin boleh dikaitkan dengan pemberian MB sebelum ini yang dianggap ‘sebahagian jumlah daripada jumlah sebenar’ yang diberikan.
Blog ini menerima beberapa gambar yang dikirim oleh pihak tertentu mengenai ‘wajah’ perempuan simpanan berkenaan namun cukup untuk menyiarkan sekeping sahaja sebagai permulaan.
Blog ini tidak pasti apakah itu wajah sebenar perempuan simpanan MB berkenaan atau gambar orang lain yang sengaja disebarkan untuk ‘memanaskan lagi’ berita ini.
Tunggu perkembangan selanjutnya….
Rabu, April 30, 2014
91 WARTAWAN TERKORBAN TAHUN LEPAS
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pemerhati daripada Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco)
mendapati 91 wartawan terkorban tahun lepas, manakala 24 kematian lagi
direkodkan tahun ini, menurut Persatuan Wartawan Komanwel (CJA).
Presidennya, Rita Payne berkata berpuluh-puluh lagi dipenjarakan atau
diancam dan banyak antara mereka yang meninggal dunia dalam zon perang manakala
ada juga yang terbunuh ekoran laporan mereka berkaitan jenayah atau politik.
"Wartawan dipenjarakan tanpa sebab munasabah atau melalui proses sepatutnya,
diserang atau dibunuh di banyak negara, malah sekalipun di negara yang
mengisytihar komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.
"Usaha sah mereka untuk melaporkan perkara membabitkan kepentingan awam dan
mendapatkan hak untuk memperoleh maklumat seringkali dihalang oleh kerajaan itu
sendiri," kata Payne dalam satu kenyataan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia
di sini hari ini.
Payne berkata CJA bersuara lantang menentang keganasan dan tapisan yang
dihadapi wartawan di seluruh dunia, dan menyokong kebebasan media yang
dibenarkan melaksanakan tugas tanpa bimbang akan diapa-apakan atau mengalami
keganasan fizikal.
"Kerajaan autoritarian terus menerus berusaha untuk menutup mulut atau
memanipulasi media dengan mengancam, menakut-nakutkan atau cuba menyekat akses
internet," kata Payne.
Payne berkata memandangkan tapisan sendiri semakin bertambah lazim,
persatuan seperti CJA boleh melaksanakan peranan penting dengan bersuara bagi
pihak rakan setugas yang tidak berupaya melaksanakan hak mereka atau melindungi
diri daripada gangguan.
-- BERNAMA
MAMA AZE ROS
Sabtu, April 26, 2014
KENAPA UNSPINNERS BABITKAN SAYA?
Konon nafi nak jawatan, tapi upah penulis hantu raya
Posted by The Unspinners at 4/24/2014
Kenyataan Rakyat Malaysia "Kenyataan itu bersifat amaran terhadap Perdana Menteri dengan mengatakan, “ yang buat silap bukan Ahmad Said dan jangan pula Menteri Besar Terengganu dipersalahkan” di SINI betul-betul menjadi tandatanya.
Selama ini The Unspinners mula mengenali dan memahami Dato Ahmad Said dari tulisan blognya. Seagai orang lama, susah nak baca maksud disebalik tulisan wartawan veteran tersebut.
Namun tak perlu nak menegur dan mengajar blogger bagaimana nak blogging dalam media semulajadinya. Dunia blog bukan seperti dunia kewartawanan akhbar arus perdana yang banyak mengelak-ngelak dari berterus terang.
Tentu apa yang kami katakan kepada Dato Najib adalah sesuatu yang lazim diperkatakan sana sini tapi wartawan takut nak sebut secara terbuka. Apabila wartawan nak tersurat dan tersirat sangat, mesej tak sampai dan pucuk kepimpinan tak dapat feedback yang sebenar.
Itu antara sebab tak ramai wartawan yang efektif dalam dunia siber dan sosial media. Namun begitu jika dunia wartawan itu begitu hebat, kenapa tak ditegur Mingguan Malaysia yang melambung Mat Said? Kenapa pula Utusan nak mendahului Najib lebbih dahulu dari blogger? Ada apa-apa ke?
Sementang Mingguan cekap melambung orang tanpa sebut nama, tak perlu naif dan buat tak faham apa yang dituju. Mana-mana orang cerdik seperti berikut boleh tangkap maksud salah satu yang dituju:
Mana-mana orang juga boleh tangkap dan tak sebodoh untuk terima bulat-bulat penafian seorang ahli politik. Lagi pula bila ada ahli polittik dari keluarga politik yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai cita-cita dan cita rasa sendiri.
Bagi yang ada akses dan rangkaian, tak susah untuk menyedari akan langkah pihak-pihak tertentu yang telah menganalisa dan mengatur gerak langkah dari selepas PRU13. UMNO memang lembab untuk bergerak menghadapi pembangkang tapi cekap dan halus untuk menerkam sesama sendiri.
Walaupun ada pihak baling batu sorok tangan, tak susah untuk membaca modus operandi biasa yang menggunakan bekas wartawan akbar nyamuk dan penulis buku politik yang dah tak laku dan kini menyambung penghidupan sebagai hantu raya.
Sepanjang penceburan sekejap di dunia siber yang tak membawa impak pun, isu yang sering ditimbulkan pun sering berupa cerita-cerita politik hantu raya dan kedai kopi. Dari situ kita dah pickup dia pernah jadi AJK sesuatu Bahagian di satu masa. Tentulah ada suka duka, sayang bencinya.
Untuk menutup tapak dan gerak langkah, maka standard diguna portal berita pihak pembangkang yang mana salah seorang wartawan adalah bekas akhbar perdana dan dari terengganu.. Takkan pihak pembangkang boleh tulis bersiri-siri dengan pelbagai angle untuk lambung Mat Said.
Malah kami tahu siapa yang tulis artikel untuk portal pembangkang bertajuk "xxx ganti Mat Said" dan di forward ke rakan FB untuk jadi tukang sebar. Bukan seorang operator FB mereka. Dengan disensasikan, cepat khabar angin menjadi viral. Lebih laju dari zaman tulis surat berantai yang perlu belanja duit fotostat dan stem..
Seperti kami kat aianya hantu raya, orang yang sama nak goyang pokok untuk ugut Mat Said mungkin juga orang sama yang menyerang Ahmad Shaberry Cheek menggunakan poster ini. Bunyi macam serangan pembangkang tapi sebenarnya kawan sendiri.
Tak payahlah nak bermugkin. Memang pun. Oleh itu, jangan hairan dari Bahagian yang sama.
Game ini senang dibaca kerana tujuannya adalah untuk dapatkan bayaran samada dari mangsa yang disasarkan atau tukang upah. Mungkin sekali ada tukang biayai supaya lebih berkesan. Sering kali juga, tukang biayai ditinggalkan jika mangsa lebih pemurah.
Ini adalah game yang sama yang diguna pakai penulis politik. Begitulah rasminya penulis politik yang pemahaman polisi, ekonomi, sosial dan sains politik amat cetik sekali. Politik yang difahami hanya seni berpoliticking tanpa pengisian.
Tak apa lah ... Kali ini kita berkias tapi lain kali kita balik jadi blogger dan berterus terang. Pendik kata, semua maklumat dah kami ketahui.... siapa YBnya, siapa ahli keluarga, siapa wartawan yang diguna, penyebar FBnya dan pemimpin tempatan yang terlibat.
Tak ada kena mengena Dato Idris Jusoh kerana ada yang terlibat pun pernah kena drop oleh Idris... hanya hantu raya. Bila tulis bukan main hebat menggunakan perkataan perjuangan, hai ...ni bukan caranya nak pertahankan BN.
Sepatutnya kurangkan tikam menikam dan lebih sepakat, muzakarah dan konsensus. INi nak ambil peluang menyalahkan seseorang padahal bukan salah dia. Sah ini serupa nak bantu PAS ambilalih Terengganu saja mereka ni.
Langgan:
Catatan (Atom)