Selasa, Julai 24, 2012
JANGAN LAYAN ORANG GILA
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.
Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.
''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami.
Ulasan saya, tak payah layan orang gila. Kalau dilayan orang gila, kita jadi gila. Semua orang tahu karpal Singh kata langkah mayat aku dulu, baru boleh buat hudud tapi nasrudin gila kata karpal terima hudud. Bukankah gila namanya ini?
Dia cabar adakan debat kedua pula. Tak payahlah Sunar harian layan orang gila nanti Sinar harian pun jadi gila.
(dipetik dari www.pantangdicuit.blogspot.com)
Jumaat, Julai 20, 2012
SELAMAT BERPUASA
Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca beragama Islam. Semoga ibadah puasa kita mulai esok diterima Allah.
Khamis, Julai 19, 2012
RAJESH KHANNA DI ZAMAN KEAGUNGANNYA
Pelakon filem Hindustan pertama yang mendapat gelaran Superstar, Rajesh Khanna meninggal dunia di Mumbai semalam dalam usia 69 tahun.
Rajesh Khanna atau nama sebenarnya Jatin Khanna dilahirkan pada 29 Disember 1942 pernah menjadi produser filem dan ahli politik. Dia muncul dalam 163 buah filem yang mana menjadi hero dalam 128 buah filem.
Rajesh Khanna menang tiga kali hadiah pelakon terbaik Filmfare Award.Pada tahun 1991, Filmfare menganugerahkannya hadiah Khas kerana berjaya berada dalam industri filem selama 25 tahun dengan 106 buah filem sebagai hero.
Dia muncul kali pertama sebagai pelakon pada tahun 1966 dalam filem Aakhri Khat dan mucul dalam Raaz, Baharon ke sapne, Ittefaq dan aradhana.
Sebanyak 73 filem lakonannya mendapat sambutan Golden Jubilee Hits manakala 22 Silver Jubilee Hits.
Saya mengenali rajesh Khanna atau kaka melalui filem Haathi Mere Saathi pada tahun 1972 ketika berusia 13 tahun. Saya rasa lima kali saya menontonnya di pawagam Rex, Kuala Terengganu.
Sejak itu saya banyak menonton filem lakonan rajaesh Khanna seperti Amar prem, Apna Desh. Dia menjadi kegilaan ramai tetapi popularitinya merudum apabila dia berkahwin dengan pelakon Bobby, Dimple Kapadia. Dengan Dimple dia memperolehi dua orang anak, Twinkle dan Tina.Perkahwinannya dengan Dimple tidak kekal lama dan akhirnya mereka bercerai. Pelakon popular kini, Aksyay Kumar adalah menantu rajesh Khanna.
Di zaman keagungannya sebanyak 15 buah filemnya mendapat sambutan box office berturut-turut yang jarang dibuat oleh pelakon masa kini. Rajesh Khanna lebih dikenali sebagai pelakon romantik dan kemunculan Amitabh bachchan menenggelamkan populariti Rajesh Khanna.
Bila dia kahwin dengan Dimple, popularitinya jatuh mendadak yang menyebabkan ada gadis yang bunuh diri. Itulah kehebatan rajesh khanna di zaman kegemilangannya.
Rabu, Julai 18, 2012
MAHFUZ BATU API NOMBOR SATU
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) boleh diadakan tahun ini, menunjukkan bahawa timbalan perdana menteri itu “tidak sabar untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.”
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin, yang juga merupakan Timbalan Presiden Umno itu adalah jelas “bercanggah” dengan Najib yang menurutnya mahu melengkapkan tempoh mandat lima tahun yang tamat April tahun hadapan.
“Timbalan perdana menteri mungkin ada perkiraan bahawa BN tidak akan menang dua pertiga majoriti. (Jadi) Najib mesti turun macam mana Pak Lah turun,” katanya.
Muhyiddin sebelum ini melahirkan pandangannya PRU13 tidak akan diadakan tahun depan memandangkan tahun ini merupakan masa yang lebih sesuai.
“Saya tak fikir ia akan berlarut sehingga tahun 2013, wallahua’lam. Tetapi itu terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Tapi saya bagi tahu, saya kata yang paling baik adalah tahun inilah,” kata Muhyiddin dipetik Bernama Online.
Tambah pemimpin PAS itu lagi, Muhyiddin juga berkemungkinan mempunyai perkiraan Barisan Nasional (BN) tidak akan memperolehi dua pertiga majoriti seperti pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Najib.
“Mungkin Muhyiddin juga mengharapkan BN tidak akan menang dengan majoriti besar, dan beliau akan menjatuhkan Najib seperti mana Najib jatuhkan Pak Lah.
“Kenyataan timbalan perdana menteri itu seolah-olah mengulangi zaman peralihan kuasa Pak Lah selepas pilihan raya 2008,” katanya merujuk kepada Abdullah.
Malah, Mahfuz juga turut menegaskan, Muhyiddin seharusnya menyokong kenyataan Najib selaku Presiden Umno dan bukan mengeluarkan sebaliknya.
Beliau turut menambah, situasi ini juga bakal menimbulkan krisis kepimpinan dalaman kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Ini pertentangan yang sangat jelas,” tambahnya lagi.
Ulasan saya, Mahfuz adalah batu api nombor 1. Bila PM lambat bubar parlimen, orang PAS kata BN takut hadapi pilihanraya umum sehingga genapkan tempohnya pada tahun depan. Bila Muhyiddin kata pilihanraya akan diadakan pada tahun ini, Mahfuz kata Muhyiddin taksabar nak jadi PM.
Nampaknya Mahfuz ni memang gila orangnya sedangkan dia sendiri lebih suka pilihanraya lebih cepat diadakan kerana pembangkang sudah lama menunggu mahu menduduki Putrajaya.
Bagi saya, BN tetap akan dipilih rakyat kerana mereka tahu hanya kesederhanaan BN sahaja yang mempu memerintah Malaysia dengan lebih aman dan lebih adil.
Selasa, Julai 17, 2012
TAHNIAH KEPADA PASUKAN TERENGGANU
Bukannya mudah mengekalkan kejuaraan. Apatah lagi kalau menjadi juara untuk empat kali berturut-turut. Itu sudah menjadi kejayaan yamng luar biasa. Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjuarai Sukan Sukma untuk empat kali berturut-turut. tahniah kepada MB terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad said yang memang peminat sukan nombor satu terengganu yang sentiasa memberi sokongan kepada atlet Terengganu. tahniah!
Rabu, Julai 11, 2012
DR HASSAN ALI GELI NAK KONGSI ISTERI
Malam tadi bertempat depan rumah saya di Taman Samudra, Batu Caves, Selangor Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hassan Ali berceramah menerangkan kenapa dia bergiat dalam Jati selepas dipecat dari PAS.
Katanya, dia memilih JATI (Islam, Melayu, Raja) sebagai asas perjuangan Jati kerana PAS sudah tidak mahu Islam lagi. PAS juga tidak mahu Melayu lagi. PAS juga tidak mahu Raja lagi bila bersengkongkol dengan DAP yang anti Raja.
Saya kenali Dr hassan Ali pada tahun 1999 selepas PAS menang di Terengganu. Ketika itu saya bertugas dengan Yayasan pembangunan Keluarga terengganu (YPK)sebuah agensi kerajaaan negeri. Bila PAS menang, kami terpaksa bekerja dengan kerajaan PAS pula. Dr Hassan Ali ketika itu ADUN Sungai Burong dan Ketua Pembangkang di Selangor serta ahli parlimen Parit Buntar, Perak.
Dia masih lagi mengendalikan syarikat motivasinya, Sabha ketika itu. Maka dengan YPK beliau cari makan. Sekali buat program YPK bayar RM8 ribu dan saya selaku Penolong Pengarah Program yang jadi pegawai pengiringnya sambut di airport dengan Volvo YPK. Sepanjang dua malam dia menjelajah setiap daerah di Terengganu setiap bulan maka sayalah pegawai pengiringnya. Maka rapatlah saya dengan dia.
Setiap kali program YPK, penuh dewan. Dia memang pandai pidato. Sebab itu ramai yang nak dengar Dr Hassan Ali berceramah. Tapi di sebalik kehebatannya berpidato, dia orang yang kedekut.Setiap kali makan, saya yang bayar. Saya tak kesah saya yang bayar kerana bukan duit saya, itu duit YPK atau saya boleh claim semula dengan YPK tetapi belum pernah saya jumpa orang politik yang kedekut sepertinya.
Ketika itu YPK beri tiket kapal terbang tapi dia tak ambil sebaliknya dia beli tiket kapal terbang sendiri. Rupa-rupanya selaku ahli parlimen dia boleh claim naik kereta dari Parit Buntar ke Kuala Terengganu berceramah motivasi. Dia claim pergi balik dengan naik kereta sedangkan dia datang naik kapalterbang. Apakah maksudnya ini? Adakah ia claim palsu? Apa hukum makan duit claim palsu? saya tak tahu nak jawab pasal dia kata dia hebat tak pernah terlibat dengan dosa besar.
Kembali semula kepada ceramah Jati, Dr Hassan menjelaskan Jati tak nak bersuhabat dengan PAS dan PKR kerana Azmin Ali sanggup kongsi bininya, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim. Tak geli ke Azmin, tanya Dr hassan. Katanya kalau kongsi berniaga bolehlah, ini bini pun nak kongsi sama. Di manakah letaknya maruah umat Islam bila berzina dengan bini orang?
PAS pula bila Lim Guan Eng kata jangan cakap hal Islam pasal dalam buku Jingga tidak ada hukum hudud, pemimpin pAS semua senyap kecuali Ketua Ulamanya, Datuk Harun Taib.Bila Karpal Singh kata langkah mayatnya terlebih dahulu kalau PAS nak buat hukum hudud, pemimpin pAS tak berani bersuara.
Malah bila DAP dilaporkan akan bertanding 90 kerusi melebihi PAS dan PKR, semua pemimpin pAS diam kecuali Harun Taib yang mengatakan kuota itu belum disahkan lagi. Bayangkan jika Pakatan menang, siapa yang jadi parti dominan? Sudah tentu DAP. Sudah tentu Lim Guan Eng jadi PM dan Karpal Singh yang jadi TPM.
Dr Hassan Ali berkata usianya sudah 60an jadi dia harap dapat gunakan usia yang berbaki ini untuk mengajak anak-anak muda berfikir bagaimana masa depan orang Islam dan orang Melayu bila DAP memerintah Malaysia nanti.
Sayangnya dalam ceramah itu beliau tidak menceritakan usaha pihak gereja mengkristiankan umat Islam di Selangor dan usaha Ronnie Liu yang membantah JAIS menyerbu kedai yang jual arak di Shah Alam.
Sebagai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor beliau puas hati pada tahun 2004, PAS menang 4 kerusi dan kini PAS ada 8 kerusi yang mana di bawah kepimpinannya PAS menang dengan peningkatan 100%.
Ada yang mengatakan Dr Hassan Ali gila meroyan. Sebenarnya baguslah dia buat JATI kerana sebagai NGO dia akan pertahankan Islam, Melayu dan Raja sementara Perkasa dianggap rasis kerana berjuang hal ehwal orang Melayu sahaja.
Akhir sekali dia mengajak semua pengundi Gombak Setia memilih calon yang boleh mempertahankan Islam, melayu dan Raja walaupun beliau tidak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya, satu undi amat penting dalam pilihanraya uumum 13 nanti supaya jangan sampai DAP menduduki Putrajaya. Bila DAP menang, maka nasib orang Melayu akan menjadi seperti Melayu Singapura.
Selasa, Julai 10, 2012
PEMBANGKANG SILAP CATUR
Pembangkang disifatkan sebagai tersilap percaturan sekiranya bercita-cita menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat di negeri ini sudah kenal dengan sikap sebenar parti berkenaan yang lebih dikenali sebagai ‘saudagar janji’.
Katanya, pembangkang gagal melunaskan janji pada pilihan raya lalu, sebaliknya terus menabur janji baru sebagaimana yang terjadi di Perak dan Selangor.
"Kita dapat tahu pemimpin parti pembangkang ini kerap turun ke Johor setiap minggu untuk ambil alih negeri ini, tetapi mereka silap percaturan sekiranya mahu menjadikan Johor seperti Perak dan Selangor.
"Rakyat keseluruhannya sudah mula sedar dengan sikap sebenar ‘saudagar janji’ ini. Mereka hanya tahu menabur janji. Oleh itu, saya yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang di UniKL MITEC di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, Johor dilihat cukup kuat untuk mempertahankan negeri ini daripada dirampas pembangkang di bawah kepimpinan sedia ada serta jalinan di peringkat bahagian hingga ke akar umbi.
“Apa berlaku di akar umbi, sokongan terhadap Umno dan BN kukuh. Biarpun diakui ada masalah sedikit, tapi sikap orang Johor berbeza. Mereka mungkin ada berbalah tetapi menjelang pilihan raya mereka akan bersatu.
“Apa berlaku di Selangor dan Perak amat dikesalkan rakyat kerana program dirancang tidak dapat dilaksanakan. Saya harap Johor dengan kepimpinan yang ada terus kukuh kekalkan kerusi dan merebut kerusi yang kecundang pada PRU12,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut menggesa pemimpin dan ahli Umno agar bersatu kerana ia adalah asas kekuatan parti ini dalam menghadapi sebarang cabaran.
Ahmad Zahid turut meminta jentera parti di semua peringkat supaya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya.
"Pada pilihan raya lalu, pembangkang berjaya menawan beberapa negeri dan mereka mahu ia berulang pada pilihan raya akan datang. Justeru, kita harus melipatgandakan usaha bagi memastikan kemenangan di tangan BN," katanya.
Selasa, Julai 03, 2012
SHABERY MAHU ORANG MUDA TANDING DI KEMAMAN
Ahli parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio menteri belia dan sukan.
Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.
Katanya beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.
"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata anggota Parlimen Kemaman itu.
"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno," katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily semalam mengenai rancangan itu.
Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai menteri besar sekiranya BN mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.
Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon menteri besar Terengganu adalah anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.
an saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang' (calon) baharu.
"Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi menteri besar)," katanya lagi.
Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.
Isnin, Julai 02, 2012
DR CHUA YANG HILANG AKAL
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.
Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.
"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.
Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.
Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.
Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).
Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.
Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.
MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.
MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP.
Ulasan saya, nampaknya Dr Chua Soi Lek yang terlibat dengan skandal sex yang hilang akal bila menentng cadangan ADUN Umno yang mahu hukum hudud dilaksanakan di Johor.
Hukum hudud adalah hukum Allah. Bila orang kafir macam Dr Chua menebtang hudud dengan sendirnya orang Islam tidak akan mengundi MCA dalam pilihanraya umum ini.
Jadi siapa yang hilang akal, Dr Chua atau Ayub rahmat.
Rabu, Jun 13, 2012
NIZAR BUAT PAS TIADA PELUANG DI JOHOR
Pas merancang untuk bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13).
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, rancangan itu bagaimanapun akan dibincangkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mencapai persetujuan bersama.
"Kita akan usahakan agar Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bertanding di kerusi DUN dan Parlimen. Begitu juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat.
"Khabar angin juga menyatakan ada lagi pemimpin PKR dan DAP yang berasal dari Johor tetapi berkhidmat di luar, turut berminat untuk balik bertanding di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Persiapan PRU-13 di Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.
Ulasan saya, selepas kenyataan Datuk Seri Nizar Jamaluddin
bekas MP Perak menghentam Sultan Johor mengenai pembelian nombor plet WWW1 peluang PAS untuk menawan Johor agak tipis. Kenyataan Nizar backfire kepada PAS untuk menawan negeri Johor.
Ini menyebabkan Salaehuddin Ayub yang bakal disebut sebagai MB Johor jika Pakatan Rakyat menenag, enggan mengulas kenyataan Nizar. Rakyat Johor marah kepada Nizar di atas keceluparannya itu.

Ahad, Jun 03, 2012
TOKOH DI BELAKANG TABIR

Isnin, Mei 28, 2012
BERDAILOG DENGAN ROH SI MATI
Sabtu lepas sekembalinya saya dari Kluang pada jam 11 malam, saya lepak di Restoran Nagas dekat The Mall, Kuala Lumpur. Kebetulan saya temui seorang kawan yang kini bekerja dengan seorang bekas menteri. Beliau dahulu pun bekerja dengan seorang menteri juga.Saya tak perlu sebut nama kawan saya ini kerana tujuannya dia bercerita bukan untuk menimbulkan riak. Dia menceritakannya untuk pengajaran kita semua supaya jangan meninggalkan solat apatah lagi solat sunat di malam hari.
Pada tahun 2009, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi PM Malaysia yang baru, menteri itu digugurkan dari kabinet Najib. Maka menganggurlah kawan saya itu. Dia kesal kerana ketika menganggur itu bekas menteri itu tidak mempedulikannya langsung.
Ketika itulah beliau kembali mengingati Allah. Sewaktu bekerja dengan menteri beliau lupakan Allah. Beliau simpan seorang girlfriend, seorang janda. Bila susah begitu beliau bertaubat dan setiap malam beliau mengerjakan solat taubat,tahajud dan hajat memohon kerja baru.
Kebetulan beliau insaf di bulan puasa. Maka setiap malam beliau bersolat malam dengan isterinya. Pada suatu malam isterinya tiba-tiba dirasuk.Maka keluarlah suara lelaki dari mulut isterinya.
"Siapa kamu?" tanya kawan saya.
"Akulah Imam Ghazali," kata suara lelaki yang keluar dari mulut isterinya. Sejak itu macam-macam roh yang datang menemuinya Imam Shafie, Imam Hambali, Siti Khadijah.
Kawan saya suka mensedekahkan al fatihah kepada kawan-kawannya yang sudah meninggal dunia. Pada suatu malam isterinya dirasuk lagi, kali ini keluar suara perempuan.
"Siapa kamu?" tanya kawan saya.
"Aku Seha (penyanyi kumpulan Freedom). Terima kasih banyak kerana u selalu sedekahkan al fatihah kepada aku. Saudara mara aku tak pernah sedekahkan al fatihah kepadaku," kata roh Seha. Kebetulan kawan saya itu kawan rapat Seha.
Dalam pada itu ramai roh pemimpin negara menemui kawan saya itu mohon sedekahkan al fatihah kepada mereka. Antaranya Tun Razak, Tun Ghazali Shafie. Katanya, Tun Razak marah kepada Najib dan mahu Najib letak jawatan.
Lama juga kawan saya dan isterinya diganggu oleh roh-roh si mati setiap malam dari bulan puasa sehinggalah musim haji tiba. Di malam akhir sekali lagi Imam Ghazali datang dan kata kepadanya nanti kamu akan diangkat darjat.Dia berpesan supaya pergi sebuah surau milik seorang bekas menteri yang berhampiran dengan rumahnya.
Rupa-rupanya betul kata roh Imam Ghazali. Selepas itu beliau ditawarkan bekerja dengan seorang bekas menteri yang juga ahli perniagaan yang berjaya.Kini bekas menteri yang pernah dia bekerja sebelum tahun 2009 terkejut bila mengetahui beliau rapat dengan bekas menteri tersebut.
Kawan saya berpesan bahawa tujuan dia menceritakan semuanya bukan untuk riak tetapi untuk berpesan kepada kawan-kawan supaya jangantinggalkan solat dan selalu amalkan solat malam seperti solat sunat taubat, tahajud, tasbih dan solat hajat. Allah yang akan mengangkat darjat seseorang yang tidak pernah melupakannya.
Khamis, Mei 24, 2012
TEMPAHLAH BUKU BARU ZABIDI
Anda yang mahu membaca sejarah perjuangan politik ahli parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah bole
hlah membuat tempahan untuk mendapatkan buku ini kepada awepasirgajah@gmail. com. Setiap buku berharga RM50.00 dijangka siap cetak dua minggu lagi
PELIK BEKAS GURU DAPAT GELARAN TOKOH GURU
Pelik juga bekas guru dapat gelaran Tokoh Guru negeri Terengganu untuk tahun 2012. Seolah-olah guru yang sedang berkhidmat tidak ada yang layak jadi Tokoh Guru.
Bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri sempena majlis sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri tahun ini.
Mohd Nor Othman, 60, menyifatkan kerjaya sebagai guru selama 32 tahun adalah mencabar dan menganggapnya sebagai ibadah untuk memotivasikan dirinya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berazam terus memberi sumbangan terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu yang mahu dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru pendidikan tanah air.
"Walaupun sudah bersara daripada arena perguruan, sebagai Anggota Parlimen saya tetap berjuang terutamanya dalam isu pendidikan. Malah saya masih lagi melibatkan diri dengan kegiatan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) daerah," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guru Peringkat Terengganu di stadium tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Nor adalah lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia di bidang pengajian pendidikan sejarah pada 1971 dan mula bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, Kuala Terengganu, pada 1976.
Ahad, Mei 13, 2012
Sabtu, Mei 05, 2012
FICKRY YAACOB DALAM KENANGAN
Pagi ini saya terbaca berita kematian Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacob. Saya mengenalinya ketika bertugas dengan akhbar WATAN pada 1 April 1987. Ketika itu akhbar WATAN diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf dengan Fickry selaku Ketua Pengarangnya manakala Haji Khairune Ali (kini penerbit akhbar Warta Perdana) sebagai Pengarangnya.
WATAN mendapat sambutan hangat ketika itu kerana menyiarkan berita Team A dan Team B yang sedang berentap dalam pertandingan Presiden Umno pada 24 April 1987. Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa Hitam mencabar Dr Mahathir Mohamad dengan Ghafar Baba. Fickry ada kolumnya sendiri mewawancara tokoh-tokoh politik utama negara ketika itu.
Saya masih ingat WATAN pernah menganjurkan satu majlis di KL International Hotel yang dihadiri oleh Datuk Peter Chin selaku Setiausaha Parlimen di sebuah kementerian (saya lupa kementeriannya). Pada malam itu Fickry selaku boss akhbar WATAN sepatutnya berucap mengalu-alukan kedatangan Peter Chin sebaliknya beliau tidak suka berucap. Beliau menyuruh saya mewakilinya menyampaikan ucapan bagi pihak akhbar WATAN.
Beliau seorang yang rajin datang menjenguk kami ketika kami ada deadline. Dia datang awal jam 9 malam kemudian menghilangkan diri. Jam 2 pagi bila semua grafik nak siap, beliau muncul semua menyemak grafik akhir. Beliau seorang yang tidak suka bercakap banyak. Saya jarang ke biliknya kecuali dia panggil saya. WATAN dibatalkan permitnya pada Oktober 1987 ketika operasi lalang. Turut menjadi mangsa ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh yang kononnya memainkan isu-isu perkauman.
Apabila WATAN dihidupkan semula pada Mac 1988, saya dilantik Penolong Editor akhbar WATAN.WATAN diterbitkan tiga kali seminggu jadi setiap kali deadline Fickry rajin menemani kami. Beban saya makin berkurangan apabila Jamaluddin Aziz (kini orang kanan di HQ Umno) ditukarkan dari akhbar Bacaria ke akhbar WATAN turut dilantik sebagai Penolong Editor juga. Pada awal 1989, saya ditukarkan ke Sabah selama hampir tiga tahun. Pada tahun 1992, saya berhenti dari Karangkraf apabila ditukarkan ke bahagian iklan. Ketika itu jualan akhbar Watan makin merosot.
Fickry tidak kata apa-apa ketika saya menghantar surat peletakan jawatan sebagai wartawan Watan. Sejak itu saya tidak pernah menghubungi Fickry sampailah sekarang tetapi saya masih ingat beliau tetap seorang boss yang baik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Fickrylah yang mengasaskan Kumpulan Karangkraf bersama adiknya, Datuk Hishamuddin dan sepupunya, Nasir Hamzah.
Akhbar Sinar harian melaporkan j
enazah Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, jam 2.13 petang tadi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini, untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan selepas solat Zohor. Jenazah dibawa dari rumah Allahyarham kira-kira jam 10.50 pagi tadi diiringi anak-anak dan kenalan rapat.
Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham pagi tadi ialah Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Turut menziarahi lebih 400 pekerja dan karyawan Kumpulan Media Karangkraf.
Allahyarham yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Haji Fickry menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10 malam tadi, dipercayai serangan jantung dirumahnya.
Sebelum itu, Allahyarham sempat berkomunikasi dengan anaknya yang sedang menuntut di Kanada menggunakan Skype.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang cahayamata.
Dalam pada itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa sedih atas pemergian arwah yang dikenali sejak menuntut di tingkatan enam Maktab Adabi, Kota Bharu, Kelantan.
"Waktu itu beliau (Datuk Fickry) mengajar di (Maktab Adabi) sewaktu abangnya Fahmi menjadi pengetua di situ. Saya juga rapat dengan keluarga arwah kerana bapa Allahyarhami Yaacub Idris seorang penjual buku terkemuka di Kelantan," katanya.
"Beliau tidak banyak bercakap hal politik dan lebih menumpukan kepada kerjanya. Sepanjang mengenali arwah, saya lihat beliau seorang yang 'simple', malah apabila kami bertemu beliau lebih banyak bergurau dari bercerita hal serius.
"Selepas tamat belajar, saya jarang berjumpa arwah dan seingat saya kali terakhir kami berjumpa kira-kira dua atau tiga bulan lepas. Kali terakhir saya menghubungi arwah kira-kira sebulan lalu melalui sistem pesanan ringkas," katanya lagi.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang menyifatkan beliau sebagai seorang ahli perniagaan dan lambang kejayaan orang Melayu dalam bidang persuratkhabaran.
“Allahyarham dan adik-beradiknya berjaya membuktikan tanpa bantuan kerajaan, orang Melayu juga boleh maju dalam industri persuratkhabaran yang mencabar untuk diterokai,” katanya yang turut hadir memberi penghormatan terakhir di Masjid At-Taqwa.
Azman berkata, walaupun baru mengenali Fickry, Allahyarham boleh dilihat sebagai contoh dalam dunia perniagaan melalui sikap dedikasinya dan beliau juga seorang tokoh di belakang kejayaan Sinar Harian dan Karangkraf pada hari ini.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham pada satu program wacana di Karangkraf dan saya sedih kerana telah hilang seorang kawan,” katanya.
Fickry berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan industri surat khabar.
Beliau pernah menjawat tugas sebagai pendidik di Maktab Adabi di Kota Baharu dan kemudian sistem belajar melalui pos yang dinamakan Adabi Gaya Pos bersama beberapa rakannya.
Dalam bidang persuratkhabaran, beliau pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan editorial antaranya ialah sebagai Penerbit Eksekutif Akhbar Eksklusif dan juga menjadi Ketua Editor Akhbar Watan.
Beliau juga memainkan peranan besar dalam melahir dan menjanakan idea ketika penubuhan awal Sinar Harian. Beliau terus aktif menulis dan mempunyai kolum tetap di dalam akhbar ini serta sentiasa memantau perkembangan akhbar berkenaan.
Khamis, April 26, 2012
PENGUNDI AIR PUTIH MAHU ANAK TEMPATAN
Selepas Haji Harun Hassan digugurkan sebagai calon BN di kawasan DUN Air Putih, Kemaman pada pilihanraya umum 1999, sudah 13 tahun Air Putih mempunyai wakil rakyat yang bukan anak tempatan. Anak tempatan yang dimaksudkan ialah calon yang berasal dari kawasan Air Putih sendiri.
Haji Harun merupakan anak tempatan pertama menjadi wakil rakyat Air Putih dari tahun 1986 hingga 1999. Beliau yang berasal dari Binjai menjadi ADUN Air Putih selama tiga penggal, selama 13 tahun. Beliau adalah Ketua Biro Utusan Melayu di Kuantan. Pada tahun 1982, beliau dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar (Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad). Empat tahun kemudian beliau dipilih sebagai calon BN bagi kawasan Air Putih. Sebelum itu beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama satu tahun.
Sudah 13 tahun Air Putih diwakili bukan wakil rakyat anak tempatan. Pada pilihanraya umum 1999, Dr Ramli Taib dari Kijal dicalonkan di kawasan tersebut tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Harun. Pada pilihanraya umum 2004, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid dari Chukai dicalonkan di situ dan menang sepenggal. Pada pilihanraya umum 2008, Wan Ahmad Nizam digugurkan sebagai calon dan digantikan oleh Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar juga dari Chukai.
Menjelang pilihanraya umum ini, Wan Hakim dikatakan akan diletakkan di Chukai menggantikan Datuk Mohamad Awang Tera. DUN Chukai merupakan kawasan lama ayahnya, Wan Mokhtar.Jika Wan Hakim dicalonkan di DUN Chukai, maka pucuk pimpinan patut meletakkan anak Air Putih sebagai calon BN kerana orang tempatan sahaja yang boleh memahami masalah orang Air Putih.
Walaupun UMNO Bahagian mencalonkan tiga nama, Rosli Ahmad,Wan Ahmad Nizam dan Wan Hakim tetapi tidak semestinya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO memilih tiga nama ini sebagai calon kerana mereka dipilih oleh 30 orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian dalam mesyuarat dan bukannya dipilih oleh rakyat.
Anak-anak tempatan yang patut dipertimbangkan sebagai calon dari kalangan ahli jawatankuasa bahagian ialah bekas wakil rakyat Harun Hassan, Tuan Kecil Tuan Tengah, Kamal Harun, Wan Nordin, Bahari manakala ahli jawatankuasa pemuda bahagian pula ialah Zulkipli Sulong.
Zulkipli Sulong paling menonjol lulusan dari universiti di Jordan, berusia 41 tahun seorang guru agama di Sekolah Menengah Seri Bandi. Orang Air Putih patut bersatu mendesak pucuk pimpinan meletakkan Zulkipli Sulong seperti mana orang Kijal mahukan orang Kijal sebagai calon BN pada tahun 1986.
Pada tahun 1986 Wan Mokhtar mahu meletakkan Datuk Ismail Said orang Chukai sebagai calon BN Kijal tetapi empat orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian dari DUN Kijal iaitu Haji Khalid Karim, Haji Musa, Che Wan Wahab Che Wan Idris dan Cikgu Mohamad Mat Amin mendesak Wan Mokhtar memilih salah seorang dari mereka, jika tidak jentera DUN Kijal lumpuh. Maka Wan Mokhtar memilih Cikgu Mohamad yang langsung tidak bercakap dalam pertemuan dengan Wan Mokhtar manakala tiga lagi banyak bercakap.
Sudah sampai masanya orang Air Putih bersatu meletakkan calon mereka. Jika mahu anak muda yang ada kelulusan, yang baik moralnya, bagi Ustaz Zulkipli Sulong anak Seberang Tayor paling layak ditonjolkan sebagai calon BN Air Putih. Terpulang kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.
Sabtu, April 21, 2012
KAMARUDIN LUISIN DALAM KENANGAN
Pagi tadi jam 7.14 pagi saya menerima sms dari Mudi Dubing di Kota Kinabalu mengatakan wartawan Sabah Times, Kamaruddin Luisin sudah meninggal dunia. Beliau berusia 47 tahun dan masih bujang. Dua hari lepas saya menerima sms dari sahabat saya, Ghani Miyasin bahawa Kamaruddin dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu kerana koma akibat penyakit darah tinggi.
Menurut Ghani, Kamaruddin tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya memakan ubat. Kali terakhir saya menemui Kamaruddn pada Jun tahun lepas di Kota Kinabalu. Setibanya saya di airport beliau telah mengambil saya dengan kereta Proton Saganya ke Hotel Century Inn. Saya kenali Kamaruddin sejak tahun 1989 ketika bekerja dengan Watan di Sabah.
Saya ambilnya sebagai stringer Watan. Bila saya jejak kaki di Kota Kinabalu buat kali pertama pada tahun 1989, saya menyewa rumah di Mandarin Park. Rumah dua tingkat untuk dijadikan pejabat dan rumah kediaman. Kamaruddin duduk sekali dengan saya di bilik tingkat bawah. Bila saya balik ke Kuala Lumpur pada tahun 1991, hubungan saya dengan Kamaruddin tidak pernah putus. Setiap kali saya ke Kota Kinabalu saya akan temui Kamaruddin yang tetap membujang sampai ke akhir hayatnya.
Dia seorang pendiam, soft spoken dan saya sendiri pun tak tahu kenapa dia tak pernah kahwin. Saya sendiri tak pernah nampak dia bawa kawan perempuan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Isnin, April 16, 2012
CERITA OSU
Petang tadi saya terserempak dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk osu Sukam di sebuah restoran di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. saya kenalinya sejak bekerja dengan akhbar WATAN di Sabah pada tahun 1989 lagi. ketika itu beliau adalah Timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Kebetulan petang tadu beliau sedang menunggu Timbalan menteri kerajaan Tempatan dan perumahan, datuk lajim Okin.
Sudah lama kami tidak bertemu. Kali terakhir pada tahun lepas di pejabat Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di Hotel Grand Season.Lepas itu kami tak pernah bertemu. Petang tadi beliau bersama najib orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah. Najib yang duduk di Chubadak, Sentul pernah menyertai Semangat 46. Saya pun hairan bagaimana Najib boleh rapat dengan Osu.
osu, 63, adalah bekas ahli parlimen papar. Selepas itu beliau menjadi Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menggantikan Tan Sri Sakaran Dandai yang dilantik Ketua Menteri Sabah pada tahun 1994. Pada tahun 1995, beliau diarah Dr Mahathir untuk mengangkat sumpah sebagai ketua Menteri sabah menggantikan sakaran yang dilantik Yang Dipertuan Negeri Sabah. Beliau sudah sampai di airport Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur untuk pergi ke istana untuk mengangkat sumpah sebagai CM baru. Dalam perjalanan ke istana, beliau diberitahu supaya pulang kerana majlis angkat sumpah CM baru sudah selesai dengan Datuk Salleh Said Keruak dilantik sebagai CM baru. Itulah syarat yang diberi Yang Dipertuan negeri sabah, Tun Said Keruak kepada Dr Mahathir yang mahu anaknya jadi CM kalau mahu dia beri laluan kepada Sakaran sebagai Yang Dipertuan negeri Sabah yang baru.
Tiada rezeki osu. osu kekal sebagai menteri pusat. Pada tahun 1999
, beliau akhirnya jadi CM Sabah selepas Sakaran, Salleh, Bernard Dompok. Dia hanya jadi CM selama dua tahun berdasarkan rotation CM Sabah. Pada tahun 2000, beliau turut bertanding dalam pemilihan Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi pemimpin Sabah pertama bertanding jawatan Naib Presiden tetapi beliau tewas 200 undi lebih kepada Najib, Muhammad dan Muhyiddin. Pada malam akhirnya beliau sudah leading tetapi jam 1 pagi ada calon yang tabur wang kepada perwakilan Sabah yang menyebabkan beliau tewas di tempat keempat.
Apa yang diperjuangkan Osu pada tahun 2000 akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2009 apabila Datuk Seri Shafie Afdal merupakan anak Sabah pertama memenangi kerusi Naib Presiden Umno. Walaupun kini beliau bukan lagi ketua umno bahagian Papar tetapi beliau masih mengikuti perkembangan politik Sabah.Walaupun Osu sudah seusia Nabi Muhammad tetapi beliau masih kelihatan muda dan tetap sihat.
Ahad, April 08, 2012
AMANAH SEDIA KERJASAMA DENGAN SEMUA NGO
Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya kedua-dua pertubuhan badan bukan kerajaan itu berkongsi matlamat yang sama.
Beliau
yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menegaskan, Amanah tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergabung dengan Bersih asalkan ada keinginan untuk bekerjasama antara kedua-dua belah pihak.
“Atas benda-benda yang boleh difikirkan untuk perjuangan bersama, kita boleh bergabung dengan mereka (Bersih).
“Amanah akan bergabung dengan mereka yang ada keinginan untuk bekerjasama,” katanya yang tidak menolak untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih anjuran Bersih yang dijadualkan 28 April ini di Dataran Merdeka.
“Selagi perkara itu selari dengan objektif kami, Amanah akan sertai,” katanya lagi ketika sidang media selepas perasmian Hari Keluarga Amanah Selangor di sini.
Menurut veteran Umno itu, Amanah yang kini mempunyai sekitar 450 ahli di Selangor juga akan bekerjasama dengan NGO lain dan mencari persetujuan bagi mendapat perhatian kerajaan untuk membela nasib rakyat.
“Amanah akan bekerjasama dengan mana-mana NGO, termasuk orang ramai, demi mendapatkan perhatian kerajaan serta menyumbang kepada kebaikan masyarakat yang selama ini terbiar dan tidak dipandang,” tegasnya.
Jelas Ku Li, ketika ucapannya sebelum itu, NGO adalah penentu dasar kerajaan memerintah bagi menentukan corak kehidupan rakyat, sama seperti diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat.
“Melalui penubuhan NGO, kerajaan akan dapat mendengar segala tuntutan rakyat di peringkat akar umbi.
“Dengan itu kerajaan dapat mengemukakan dasar-dasar baru yang memberikan kesan kepada rakyat,” katanya lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)