Membaca buku Dr Azizan Ahmad berjudul MUHYIDDIN YASSIN PETUALANG saya ingin bertanya kepada penulis siapa petualang adakah Muhyiddin atau Azizan?
Saya ingatkan buku ini ditulis oleh S.H. Alattas tetapi rupanya ditulis oleh Dr Azizan yang entah dari mana dibelinya PhD beliau. Saya cabar beliau tunjuk skrol ijazah PhD dari universiti mana. Sekarang mudah sangat orang mengaku dia doktor falsafah. Entah apa apa. S.H. Alattas selaku penerbit buku tersebut menulis mukadimmah dalam buku tersebut.
Apabila buku itu diberi publisiti yang meluas, seolah-olah buku itu ditulis oleh Syed Hussin Alattas pula. Saya tidak mahu mempertikaikan isi kandungan buku tersebut sebaliknya ingin bertanya layakkah beliau menggelar Muhyiddin Yassin sebagai petualang?
Siapa yang sebenarnya petualang? Adakah Muhyiddin atau penulis sendiri? Menurut Kamus Dewan,petualang bermaksud pengkhianat. Sebelum Azizan menuduh Muhyiddin sebagai pengkhianat, beliau sepatutnya cerminkan dirinya terlebih dahulu.
Beliau juga seorang pengkhianat sanggup mengkhianati kawan baiknya sendiri. 10 tahun lalu, beliau yang ada bini tua di Kuala Selangor dan bini muda Indonesia di Kuala Lumpur sanggup menggoda isteri kawan baiknya sendiri. Kawan jenis apa macam ini sanggup berzina dengan bini kawan baiknya sendiri? Orang macam ini layak ke dipanggil kawan?
Manusia jenis apakah Azizan ini? Manusia ke atau syaitan? Masa itu dia pakai kancil. Nak beli minyak kereta pun tak ada duit. Jadi kawan baiknya itu yang ada RM10 dalam poket sanggup berinya RM5 mengisi minyak keretanya. Ketika itu minyak belum mahal lagi.
Sekarang pun nampaknya dia tak kaya juga setelah ditipu bini kawannya itu kononnya buat bisnes terbitkan buku Ayah Pin dan Mawi. Sampai tergadai rumah bini kawannya itu kepada bank gara gara Azizan.
Kalau dia kaya takkan dia tumpang tuah Syed Hussin Alattas sekarang? Dia ada PhD tetapi menumpang tuah Pak Habis yang tak ada PhD. Dah terbalik. Sepatutnya Pak Habib menumpang tuahnya yang ada PhD.
Oleh itu Pak Habib kena berhati-hati dengan syaitan macam Azizan ini. Nanti Pak Habib pula ditipunya. Semua orang di Kuala Lumpur sudah tahu tembelangnya. Anda boleh menipu seseorang pada satu masa, tetapi ada tidak boleh menipu semua orang pada semua masa. Berhati-hatilah Pak Habib.
Rabu, Oktober 21, 2015
Selasa, Oktober 20, 2015
MALAYSIAKINI MENIPU LAGI
Malaysiakini patut tukar nama dari Malaysiakini kepada Menipulagi. Tak habis habis berita Malaysiakini menipu pembaca. Kebetulan di rumah saya baru masuk Unify jadi ada saluran 143 untuk siaran langsung persidangan parlimen.
Selama ini kita menyaksikan siaran langsung parlimen dari jam 10 pagi hingga 11.30 soal jawab di RTM saluran 1. Tetapi melalui saluran 413 Unify, kita dapat menyaksikan siaran langsung sidang parlimen dari jam 10 pagi hingga jam 5 petang.
Ketika Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia sedang bergaduh dengan ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng saya sempat menontonnya. Maka tajuk yang diberi Malaysiakini, "Kerana usul tol, dua wakil DAP diarah keluar dewan" ternyata amat mengelirukan. Nampak sangat Malaysiakini menipu para pembacanya.
Pandikar bukannya menghalau Lim kerana membawa usul tol tetapi kerana beliau mengganggu persidangan dewan. Sepatutnya dia bangkitkan hal usulnya pada jam 11.30 pagi sebelum PM, Najib Razak memnbentangkan usul perlantikan jawatankuasa pemilih.
Seperti kata Pandikar, walaupun usul ini ditolak kerana ia tidak perlu disegerakan, isu tol boleh dibincangkan minggu depan dalam perbahasan bajet. Bukannya ahli parlimen tidak boleh bercakap langsung pasal tol. Jadi apa motif Lim Lip Eng nak bertengkar dengan Speaker Dewan Rakyat. Nak jadi hero kot.
Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo diarah keluar dewan kerana berkata Speaker tidak jujur. Maka Speaker berkata beliau telah mempertikai integritinya sebagai Speaker. Pandikar suruh Gobind menarik balik tuduhan itu tetapi beliau enggan, maka Pandikar arahkan beliau keluar dewan.
Jadi tak timbul isu Gobind diarah keluar kerana mempertahankan usul tol yang dibawa Lim Lip Eng. Dahulu saya hormati berita-berita yang disiarkan Malaysiakini, tetapi setelah saya melihat siaran langsung sidang parlimen di tv maka saya tidak hormati lagi Malaysiakini kerana Malaysiakini sengaja menipu dalam penyiaran beritanya. Sampai bila Malaysiakini nak menipu rakyat Malaysia? Journalisme apa yang diamalkan oleh Malaysiakini? Buat malu wartawan.

Isnin, Oktober 19, 2015
KOSONGKAN KERUSI KALAU YAKIN AMANAH KUAT
Fastaqim anjuran PAS bukti bahawa PAS masih dapat sambutan dari ahlinya dari seluruh negara. Ia berjaya mengumpulkan 60,000 orang ahli di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu dua malam lepas.
Ia perhimpunan ketiga selepas Bersih 4 dan perhimpunan Baju Merah. Kejayaan perhimpunan Baju Hijau itu membuktikan PAS masih kuat di saat saat Amanah mengakui ramai ahli PAS sudah menyertai Amanah.
Amanah mendapat ahli parlimen secara percuma seperti Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud dan Raja Kamarul Baharin. Jika benar Amanah itu kuat,salah seorang ahli parlimen Amanah wajar meletakkan jawatan untuk beri laluan kepada pilihanraya kecil untuk membuktikan Amanah diterima oleh rakyat.
Pada tahun 1988, Shahrir Samad yang terlibat dalam Team B sanggup meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Johor Bahru dan bertanding dalam PRK Johor Bharu sebagai calon Bebas. Ketika itu imej Dr Mahathir Mohamad merudum, Shahrir mampu menang besar kerana rakyat marah kepada Presiden Umno ketika itu.
Dalam suasana rakyat marah kepada PM sekarang, Amanah wajar uji kekuatannya dengan mengosongkan kerusi dan bertanding dalam PRK. Mampukah Amanah yang disokong DAP menang dalam pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS?
Cuma risikonya bila ahli parlimen Amanah letak jawatan, mereka tidak boleh bertanding semula selama lima tahun. Siapakah yang sanggup menerima cabaran ini? Adakah Dr Mujahid? Dr Hatta? Hanipa? Khalid? Dr Mariah? Raja Kamarul Baharin?
Amanah kena cari kerusi yang ramai pengundi Cina jika mahu menang dalam PRK ini kerana DAP akan full swing membantu pengundi Cina mengundi Amanah. Undi Melayu akan berpecah tiga kepada Amanah, PAS dan BN. Bila ahli parlimen sekarang tidak boleh bertanding semula akibat letak jawatan, maka Amanah kena letak Presidennya Mat Sabu sebagai calon Amanah.
Soalnya siapakah yang sanggup mengorbankan kerusinya kepada Mat Sabu? Apabila Amanah menang, barulah ia boleh mengaku Amanah lebih kuat dari PAS. Jika tidak Amanah sekadar menang kerusi parlimen percuma sahaja dan terus lenyap dalam PRU akan datang. Kekuatan PAS dalam perhimpunan Baju Hijau membuktikan PAS bukan kecil anak seperti mana kata Presidennya, Haji Hadi Awang, soal Amanah adalah soal kecil kepada PAS. PAS dapat kalahkan parti serpihan yang lahir dari PAS seperti Berjasa, Hamim dan Amanah bakal menerima menerima nasib yang sama.

Sabtu, Oktober 17, 2015
MALAYSIAKINI SUDAH TIADA MODAL
Nampaknya portal berita pro pembangkang Malaysiakini sudah tiada modal. Anak TPM, Nurulhidayah Ahmad Zahid menghisap vape atau rokok elektronik pun dijadikan isu. Kalau dahulu menulis berita dengan menghadiri sidang akhbar menteri atau bukan menteri atau menulis berita berdasarkan kenyataan akhbar yang diemail ke pejabat akhbar, kini begitu mudah menulis berita berdasarkan kenyataan seseorang di Facebook atau twitter seseorang.
Yang peliknya rakyat Malaysia tidak pernah mengenali siapa Nurulhidayah tetapi oleh kerana Malaysiakini tiada modal, maka twitter Nurulhidayah yang memuatkan gambar vape dijadikan bahan berita. Apa motif Malaysiakini menyerang anak TPM itu.
Bukan mudah Malaysiakini mahu menyerang Dr Ahmad Zahid Hamiidi maka Malaysiakini yang tiada modal itu menyerang anak TPM yang kononnya memalukan keluarga mereka. Kalau benar Nurulhidayah menghisap vape apa salahnya kerana itu hobi peribadinya. Orang yang menghisap vape biasanya berhenti merokok. Jadi alternatif kepada orang yang merokok ialah menghisap vape kerana bukannya mudah mahu berhenti tabiat merokok.
Bagi saya, menghisap vape lebih baik dari menghisap rokok. Adakah wartawan perempuan di Malaysiakini amat suci sehingga tidak ada yang menghisap rokok? Kalau ada, kenapa isu anak TPM menghisap vape dijadikan bahan berita?
Yang lucunya bukan Nurulhidayah memuatkan gambarnya sedang menghisap vape sebaliknya dia hanya menunjukkan gambar vape sahaja. Tak tahulah apa motif Malaysiakini memuatkan berita remeh temeh seperti ini kerana nampaknya Malaysiakini sudah ketandusan idea.
Kalau anda sudah tiada idea, tutup sahajalah Malaysiakini. Orang membuka Malaysiakini bukannya mahu membaca berita remeh temeh seperti ini tetapi mahu membaca berita yang boleh membangunkan bangsa. Tetapi mana ada berita yang membangunkan bangsa dalam Malaysiakini? Sebaliknya Malaysiakini lebih suka berita yang memecahbelahkan kaum di Malaysia. Kerana itulah agenda Malaysiakini supaya Malaysia menjadi negara yang huru hara.
Jumaat, Oktober 16, 2015
BILA LAGI ZAM MAHU TINGGALKAN KAPAL NAJIB?
Semalam bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin meramalkan lebih ramai lagi pemimpin Umno akan meninggalkan kapal Umno yang mahu tenggelam.
Kata Zam, mereka akan mengikut jejak langkah bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah yang mengisytiharkan menyertai PKR semalam.
Apa yang hairannya Saifuddin menyertai PKR kerana dari dahulu beliau adalah orang kuat Anwar Ibrahim. Bukan Saifuddin tidak sayang kepada Umno tetapi Umno yang mahu memecatnya selepas beliau menyertai majlis pelancaran Parti Amanah yang dipimpin oleh Mat Sabu.
Soal Saifuddin satu liabiliti kepada Umno tidak timbul kerana pada perkiraaan beliau, beliau boleh menang dalam PRU akan datang jika beliau bertanding dalam PRU akan datang. Pada tahun 2013, beliau selaku calon BN parlimen Temerloh kalah kepada calon PAS, Nasruddin Hassan.
Kenapa calon PAS menang? Kerana orang Cina mengundi PAS. Dengan teori yang sama orang Cina tidak akan mengundi BN lagi, maka perkiraan Saifuddin beliau akan menang kalau bertanding atas tiket PKR. DAP tidak mahu menerima PAS dalam Pakatan Harapan, maka kerusi Temerloh akan menjadi pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR.
Mampukah PKR menang dalam pertandingan tiga penjuru ini? Sejauh mana DAP mampu membantu kemenangan Saifuddin nanti. Pengundi Melayu akan berpecah tiga kepada BN, PKR dan PAS maka siapa yang untung dalam PRU akan datang?
Justru itu Saifuddin sudah mencongak kemenangan ini maka pilihannya menyertai PKR dirasakan amat tepat. Saifuddin adalah satu-satunya pemimpin kedekut yang menang bertanding majlis tertinggi Umno pada tahun 2008. Kawan saya yang rapat dengan Saifuddin berkata Saifuddin bukan sahaja kedekut dengan pemgundi malah takut bini pula. Kalau beliau tukar imej menjadi pemimpin yang pemurah dan tidak takut bini, mungkin beliau menang dalam PRU akan datang. Sama sama kita lihat keputusan PRU akan datang.
Menurut Zam, ramai yang akan keluar dari kapal Umno yang mahu tenggelam. Kita mengalu-alukan Dr Mahathir Mohamad, Sanudi Junid, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal keluar dari Umno kerana mereka adalah duri dalam daging. Malah saya ingin bertanya kepada Zam, bila Tan Sri mahu ikut jejak langkah Saifuddin?
Umno mahu pemimpin yang setia dengan parti dalam apa keadaan sekalipun. Dalam suasana Umno diasak dengan isu 1MDB, perlu ada keseragaman pendapat mempertahankan Umno dan bukannya mengkritik Umno secara terbuka yang jelas memberi peluru hidup kepada pembangkang untuk terus menyerang Umno.
Umnolah yang memberi mereka mewah ketika berkuasa dahulu, bila tiada kuasa mereka sudah lupa kepada jasa Umno seolah-olah Umno ini hanya untuk orang yang berkuasa sahaja. Orang kampung yang kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang tetap setia dengan Umno kerana bagi mereka hanya Umno penyelamat orang Melayu. Mereka tidak peduli pemimpin mereka memperalatkan undi mereka untuk jadi kaya asalkan BN kekal memerintah negara.

Rabu, Oktober 14, 2015
TOL NAIK: NAJIB SELAMATKAN DUIT RAKYAT
Khamis ini tol akan naik di beberapa lebuhraya tidak termasuk PLUS. Ramai orang marahi kerajaan kerana kerajaan BN mungkir janji kerana dahulu Najib Razak berkata kerajaan tidak akan naikkan tol.
Apa yang kita alami sekarang ialah meneruskan legasi Dr Mahathir Mohamad yang membuat lebuhraya di zaman pemerintahannya. Maka kerajaan sekarang yang dipimpin Najib Razak terpaksa menanggung bebannya.
Di zaman Dr Mahathir, konsesi tol menguntungkan pemegang konsesi. Kalau kerajaan tidak naikkan tol, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi. Sampai bila kerajaan terpaksa membayar pampasan ini? Maka Najib Razak tiada pilihan terpaksa menaikkan harga tol untuk menyelamatkan duit rakyat.
Tidak semena-mena kerajaan kena bayar pampasan yang melibatkan billion ringgit. Alangkah baiknya billion ringgit itu diselamatkan untuk bina benda lain. Jadi pengguna lebuhraya terpaksa membayar lebih kalau mahu lalu ikut jalan yang ada tol.
Kalau tak mahu bayar tol, lalulah jalan yang tiada tol. Saya sendiri pernah tak mahu bayar tol di Tol Jabor di LPT maka lalu jalan lama dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Bukannya tak sampai ke Kuala Lumpur. Cuma lambat sahaja.
Dalam suasana ekonomi dunia sedang merudum, Najib Razak tiada pilihan terpaksa menyelamatkan billion ringgit daripada dibayar kepada pemegang konsesi. jadi siapa yang wajar disalahkan? Dr Mahathir atau Najib? Kerana kebanyakan lebuhraya ini dibina di zaman Dr mahathir. Kenapa Dr Mahathir galakkan perjanjian berat sebelah? Atau adakah setiap kali kerajaan membayar pampasan kepada pemegang konsesi proksi Dr Mahathir turut mendapat habuan? Jika benar ada proksi Dr Mahathir yang kaya akibat kerajaan bayar pampasan kepada pemegang konsesi lebuhraya maka Dr Mahathirlah pengkhianat kerana sanggup meluluskan perjanjian yang berat sebelah.

Khamis, Oktober 08, 2015
SIAPA YANG TIDAK DEMOKRATIK, MAHATHIR ATAU NAJIB?
Saya rasa malas dah nak komen tulisan Dr Mahathir Mohamad tetapi kalau tak komen, orang kata kita benarkan beliau menghentam Presiden Umno, Najib Razak sewenang-wenangnya. Baru baru ini saya temui junior saya di MRSM Seremban, Husin Lempoyang seorang blogger yang terkenal.
Husin dahulu memang blogger yang menyokong kuat Dr Mahathir tetapi kini dia tidak lagi kerana dia tahu Dr Mahathir banyak temberang.

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menghalang penentangnya yang secara terbuka mencabarnya ketika masih menduduki kerusi presiden Umno, dalam satu posting di blognya semalam yang ditujukan kepada Najib Razak yang didakwanya bertindak secara tidak demokratik.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau membiarkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam, yang pada akhir 1980-an cuba bertanding merebut jawatan presiden dan timbalan presiden, berkempen melawannya.
"Mereka berhajat menjatuhkan saya. (Tetapi) Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli Umno dan ahli Umno tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.
"Bahagian-bahagian Umno menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat Bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan pada masa-masa lain," kata negarawan itu dalam tulisannya.
Katanya, tindakan kerajaan hari ini yang mengugut bertindak terhadap rakyat dan melarang ahli Umno daripada mendengar syarahan politik menunjukkan ia tidak lagi demokratik.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada lawatannya ke Tawau pada Isnin, yang menurutnya tidak dapat dihadiri ahli Umno Sabah.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan berjaya menempuhi beberapa percubaan untuk mencabar kepimpinan beliau dalam Umno berkata beberapa bahagian parti malah mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa untuk kedua-dua jawatan tertinggi parti.
Tetapi, katanya, beliau tidak menganggap mereka "musuh yang perlu diambil tindakan".
"Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi," katanya.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, Najib kini berkelakuan seolah-olah kedudukannya sebagai presiden Umno sedang diancam, sepertimana dapat dilihat melalui tindakan diambil terhadap ahli dan pemimpin parti yang mengkritik perdana menteri dan firma pelaburan negara hasil ilham beliau, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tetapi sekarang, presiden Umno belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli Umno," tulis beliau.
Benarkah Najib tidak demokratik? Siapa yang tidak demokratik? Najib atau Dr Mahathir? Kumpulan 11 mencabar keputusan pemilihan Presiden Umno pada 24 April 1987 kerana ada perwakilan yang tidak sah menjadi pengundi. Sebaliknya Dr Mahathir yang takut dicabar kali kedua oleh Ku Li rela lihat Umno yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 diharamkan oleh mahkamah.
Beliau menubuhkan Umno (baru) pada tahun 1988 dan kemudiannya menipu rakyat kononnya Umno baru itu adalah kesinambungan Umno yang dilahirkan pada 11 Mei 1946. Dr Mahathir sanggup tipu sejarah. Untuk mengelakkan Umno baru tidak diganggu gugat Dr Mahathir tidak membenarkan Ku Li dan Musa Hitam menyertai Umno (baru).
Muhyiddin Yasin selaku MB Johor terpaksa buat Perhimpunan Melayu Johor untuk membawa masuk Musa Hitam semula ke dalam Umno. Ku Li tiada pilihan terpaksa menggunakan Parti Semangat 46 untuk menghidupkan semula Umno lama. Setelah gagal dalam dua pilihanraya umum 1990 dan 1995, akhirnya Ku Li kembali ke dalam Umno dan membubarkan Semangat 46.
Apabila Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru), Dr Mahathir tidak membenarkan orang menentangnya bagi jawatan Preiden Umno. Maka beliau perkenalkan sistem kuota. Nak bertanding jawatan Presiden, kena ada pencalonan yang cukup. Begitu juga jawatan timbalan, naib presiden dan ahli majlis tertinggi. Sebaliknya Umno lama memerlukan dua pencalonan sahaja. Adakah cara Dr Mahathir ini demokratik?
Apabila Najib mengetuai Umno pada 2009 maka Najib hapuskan sistem kuota ini dan sesiapa sahaja boleh bertanding jawatan. Kalau benar Muhyiddin Yasin rasa kuat, tentanglah Najib pada pemilihan Umno pada tahun 2018 nanti. Dr Mahathir yang merosakkan tradisi pemilihan Umno tiga tahun sekali. Dahulu pemilihan Umno setiap tiga tahun 1981, 1984,1987, 1990, 1993 dan 1996. Kemudian beliau ubah selepas PRU 2000. Pak Lah mengikut langkah Dr Mahathir buat pemilihan selepas PRU 2004 dan 2009. Najib teruskan tradisi ini selepas PRU 2013.
Sekarang Dr Mahathir marah kerana kononnya ahli Umno disekat mendengar ucapannya di Tawau. Itu hak ahli Umno nak pergi dengar atau tidak. Tetapi kalau Dr Mahathir terus jual temberangnya siapa lagi nak dengar ucapannya kerana beliau terlalu emosi mahu menjatuhkan Najib
Sepatutnya beliau bersyukur Najib melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan menteri walaupun kalah bertanding ketua pemuda Umno pada tahun 2009. Sebaliknya Khairy Jamaluddin yang menang ketua pemuda tak dapat jadi menteri. Tetapi Pak Lah tidak menghentam Najib walaupun menantunya tidak jadi menteri.
Kalau Dr Mahathir masih PM, sudah ramai pembangkang yang mengkritiknya disumbat dalam ISA tetapi Najib menghapuskan ISA. Walaupun SOSMA dianggap sebagai lebih zalim dari SOSMA tetapi Najib tidak menyalahgunakan SOSMA untuk kepentingan peribadi. SOSMA digunakan untuk menahan orang gila macam Khairuddin Abu Hassan yang sanggup menjaja isu 1MDB ke luar negara. Jadi siapa yang lebih demokratik, Mahathir atau Najib?

Rabu, Oktober 07, 2015
MAHATHIR MUDAH LUPA
Berucap dalam satu majlis di Tawau, Sabah dua hari lalu, Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas presiden Umno terus menerus menyerang Najib.
Beliau mendakwa Najib tidak boleh meyakinkan rakyat supaya menyertai perhimpunan menyokong beliau jika tidak melibatkan wang.
"Di Tawau ni pun berlaku. 50,000 rakyat Tawau datang (sokong Najib) katanya (Najib). Tapi ini angka ciptaan, mereka datang kerana diupah untuk datang," katanya.
Dr Mahathir merujuk kepada 'Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah Bersama Perdana Menteri', di Tawau pada 10 Mei, di mana Najib membaca falsafah Bugis dan berkata beliau tidak akan tunduk dengan tuntutan supaya melepas jawatannya.
Laporan menyebut seramai 40,000 hadirin hadir dalam perhimpunan itu.
Mengulas isu ini, nampaknya Dr Mahathir mudah lupa. Dahulu sewaktu beliau menjadi PM Malaysia selama 22 tahun pun rakyat juga diangkut ke majlis beliau.
Jadi apa masalahnya kalau Najib meneruskan tradisi yang diamalkan Dr Mahathir? Saya masih ingat ketika bertugas sebagai pegawai tadbir FELCRA di Ipoh saya mewakili Pengarah FELCRA Perak untuk menghadiri mesyuarat menyambut kedatangan Dr Mahathir ke Perak pada tahun 1986 yang dipengerusikan Exco kanan, Datuk Malek.
Dalam mesyuarat itu dilantik pegawai kanan di pejabat Setiausaha Kerajaan Perak untuk menjadi pengerusi jawatankuasa pengangkutan, jawatankuasa sambutan, jawatankuasa publisiti dan jawatankuasa jamuan.
Malah Datuk Malek amat detail dalam menentukan cenderahati kepada Dr Mahathir yang mana jawatankuasa bersetuju memberi cenderahati berbentuk gambar beliau. Secara berseloroh Datuk Malek yang juga Ketua Umno Bahagian Beruas berkata pastikan gambar Dr Mahathir itu elok dan tidak nampak hidung Dr Mahathir pesek.
Untuk meramaikan kehadiran rakyat menyambut kedatangan PM itu ke Perak, Datuk Malek meminta semua jabatan mengerah kakitangan mereka hadir ke majlis itu manakala Pejabat Daerah pula menyediakan bas untuk mengangkut semua JKKK hadir.
Maka jika benar rakyat diupah datang ke majlis Najib, apa salahnya kerana Dr Mahathir pun buat perkara yang sama. Takkan Dr Mahathir sudah lupa atau buat buat lupa. Dr Mahathir pernah berkata Melayu mudah lupa, rupa-rupanya beliau yang mudah lupa.
Jika arwah Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat masih hidup, kita boleh tanya Tok Mat banyak mana habis bajet yang digunakan kementeriannya untuk menjulang semula nama Dr Mahathir melalui program Semarak pada tahun 1987.
Oleh itu jangan salahkan Najib kalau Najib angkut orang, kerana Najib belajar dari gurunya Dr. Mahathir.
Selasa, Oktober 06, 2015
PENGARAH TAKAFUL IKHLAS WAJAR LETAK JAWATAN
Pengalaman saya berurusan dengan Takaful Ikhlas Berhad amat menyakitkan hati. Myvi saya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Rawang pada 24 April lalu. Anak lelaki saya memandu Myvi sendirian ke Rawang pada jam 11 malam tersebut dalam hujan lebat.
Ini bermakna sudah enam bulan saya patah kaki tanpa Myvi. Saya berulang ke Kuala Lumpur dengan dua bas dari Bandar Tasik Kesuma, Semenyih ke Kajang dengan sebuah bas. Dari Kajang ke Kuala Lumpur, saya menaiki bas kedua. Kadang kadang saya menaiki komuter dari Bangi ke KL Sentral dan naiki LRT dari situ ke PWTC. Ini menyebabkan perjalanan dari Semenyih ke PWTC mengambil masa selama hampir tiga jam pergi dan tiga jam balik. Alangkah seksanya tanpa Myvi.

Pada malam 24 April itu, anak saya cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya menyebabkan dia terbabas melanggar pembahagi di tepi jalan. Tidak lama kemudian berhenti sebuah kereta yang menanya keadaan anak saya yang tidak cedera dalam kemalangan tersebut. Orang itu menelefon lori towing yang menghantar kereta itu ke sebuah bengkel di Bukit Beruntung, Rawang.
Bengkel itu claim sebanyak RM21,000 tetapi Takaful hanya mahu bayar RM16,000 sahaja. Takaful enggan membayar RM21,000 maka Myvi itu dianggap total lost.
Jadi pada 26 Jun lalu, saya menyerahkan segala dokumen kepada pejabat Takaful Ikhlas di Bangsar South. Sebulan kemudian saya ke pejabat itu untuk follow up bayaran kepada Bank Islam Shah Alam. Saya diberitahu bahawa ada borang yang belum lengkap. Yang peliknya tidak ada orang takaful yang hantar surat kepada saya meminta menghantar segera borang yang tidak lengkap itu. kalau saya tidak pergi follow up, mungkin setahun borang itu tersadai di situ.
Pada 3 Ogos lalu, saya menyerahkan borang yang tidak lengkap itu. Saya diarah follow up dengan Encik Amir 0327239762 tetapi dia tak pernah ada dalam biliknya. Hari ini genap dua bulan dua hari, 5 Oktober, saya follow up dengan pejabat Takaful sekali lagi di Bangsar South. Pegawainya berkata bayaran sudah diluluskan pada 14 Ogos 1alu.
Yang peliknya, Bank Islam asyik call suruh saya bayar ansuran bulanan sedangkan Takaful sepatutnya membuat full settlement sebanyak RM34,975.00 sebelum 30 Jun. Saya diberitahu Takaful cuba membuat bayaran secara online sebanyak tiga kali kepada Bank Islam tetapi gagal.
Kalau benar diluluskan bayaran pada 14 Ogos lalu, kenapa Takaful cuai selama hampir dua bulan belum menyelesaikan bayaran kepada Bank Islam. Kalau benar bayaran secara online gagal sebanyak tiga kali, kenapa Takaful tidak bayar dengan cek kepada Bank Islam? Kenapa pengurusan Takaful Ikhlas amat lembab? Saya diminta follow up selepas ini dengan Encik Azhar 0327239772.
Oleh itu saya meminta Pengarah Takaful Ikhlas meletakkan jawatan terutamanya Abdul Latif Abu Bakar. Anda patut bertanggungjawab kerana kelalaian pegawai anda menguruskan bayaran dengan cepat dan cekap. Sebagai pengguna Takaful Ikhlas, saya kecewa dengan sikap pegawai anda yang tidak ikhlas. Kalau pegawai anda mahu duit kopi, boleh beritahu supaya saya dapat bayar dan tidak tertunggu-tunggu sejak 26 Jun lalu.
Sudah tiga bulan lebih, bayaran belum selesai kepada Bank Islam. Jika ia tidak selesai sehingga hari Jumaat ini, 9 Oktober, saya tidak teragak-agak akan melaporkan kepada Bank Negara di atas kelembapan pengurusan anda.
Isnin, Oktober 05, 2015
TERSEREMPAK PUN DIJADIKAN ISU
Tak ada kerja lain. Asyik nak viral gambar PM, Najib Razak. Gambar Najib bersalam dengan PM Israel, Benjamin Menatang pun dijadikan isu.
Tak senonoh punya kerja. Bukannya PM buat pertemuan rasmi dengan menatang tu. Najib terserempak dengan PM Israel itu di pintu slepas Benjamin berucap di PBB. Selepas giliran Benjamin, giliran Najib pula berucap.
Takkan bersalam pun tak boleh. Kalau PM terserempak dengan Lim Kit Siang di airport KLIA, takkan Najib bersalam dengan Lim Kit Siang pun tak boleh. Nampak sangat rakyat Malaysia tidak matang. Gambar Najib bersalam dengan Benjamin dijadikan isu seolah-olah Malaysia sudah ada hubungan diplomatik dengan Israel.
Lain kali bila gambar seperti ini disiarka dalam Facebook,rakyat kena cek gambar itu. Kenapa ia berlaku? Adakah ia berlaku dalam bilik atau di luar secara spontan. Nampaknya Facebook sekarang lebih bahaya. Tidak boleh dipercayai. Lebih banyak pembohongan dari yang benar. Sebab itu dah lama saya tutup Facebook kerana ia tidak boleh dipercayai lagi.

Ahad, Oktober 04, 2015
KALAU KETUA PEMUDA MCA TERUS CAKAP BANYAK, TAJUDIN PATUT LEMPANG BELIAU
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada 1 Oktober lalu memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.
"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.
"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur.
Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.
"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada big bossdatang, ada godfather datang dari negara China sebab nak tolong dia.
"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.
Menurut Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat negaranya yang melancong di Malaysia.
"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.
"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.
Huang mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling minggu
lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.
Huang mengulangi kunjungannya sebagai lawatan muhibah dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin berkata Tajuddin tidak perlu minta maaf.
Bagi saya, kenyataan spontan Tajuddin itu dalam bentuk gurauan dan bukannya serius apabila beliau berkata ini nak kena lempang sambil ketawa.
Oleh itu kenapa perlu gembar-gemburkan isu ini. Tajuddin bukannya serius mahu melempang rakyat Cina Malaysia yang mahu mengadu kepada Big Boss mereka.
Sehubungan dengan itu tak payahlah sensasikan isu ini. Kenyataan bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik mengatakan Tajuddin kurang ajar tidak wajar kerana Dr Ling tidak tahu membezakan antara serius dengan bergurau.
Tajuddin pula berkata tiada keperluan untuk beliau memohon maaf, walaupun didesak banyak pihak, termasuk ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.
“You cakap sama dia (Chong), jangan cakap banyak. Apa mahu cakap banyak.
Tajuddin juga berkata Chong yang sepatutnya memohon maaf kepada dia kerana membuat desakan itu.
“Dia yang patut minta maaf kerana minta saya minta maaf,” kata Tajuddin sambil mempersoalkan sama ada Chong hadir dalam sidang medianya berkaitan perkara itu.
Kalau Chong terus cakap banyak, wajarlah Tajuddin melempang Chong kerana Chong pun tak faham kenyataan Tajuddin itu dalam bentuk guarauan.
Sabtu, Oktober 03, 2015
SIAPA YANG LEBIH ZALIM?
Bekas PM Malaysia yang sudah nyanyuk, Dr Mahathir Mohamad berkata Najib zalim kerana orang ramai takut hendak kritik kerajaan sekarang terutamanya isu 1MDB. Bila tanya soalan tentang 1MDB, Muhyiddin Yasin dan Shafie Afdal hilang jawatan.
Siapa PM yang lebih zalim, Dr Mahathir atau Najib? Berapa orang pemimpin politik yang ditahan di bawah ISA di zaman Dr Mahathir? Tanya Ibrahim Ali, tanya Tajuddin Rahman yang ditahan di bawah ISA pada tahun 1987. Malah bekas timbalannya, Anwar Ibrahim pun disumbat ke dalam ISA. Tanya Karpal Singh. Lim Guan Eng, Dr Chandra Muzafar, Mohamad Sabu dan ramai lagi.
Berapa ramai yang ditahan di bawah ISA di zaman Najib Razak? Tak ada seorang pun. Najib berani menghapuskan ISA kerana ia tahu akta itu sudah lapuk. Dr Mahathir kata SOSMA lebih zalim dari ISA. Dah berapa orang musuh politik BN ditangkap di bawah SOSMA? Yang ditangkap bukannya pemimpin DAP, PKR, PAS, Amanah. Sebaliknya pemimpin Umno, Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di bawah SOSMA kerana mengancam keselamatan negara.
Orang macam Khairuddin ke yang mahu didewakan? Sanggup menjaja keburukan negara kepada dunia luar. Jika benar SOSMA lebih zalim dari ISA, sudah ramai pengkritik 1MDB ditangkap. Sebaliknya tuduhan Dr Mahathir tidak berasas. Polis ada perkiraan sendiri sebelum menangkap seseorang.
Kenapa Dr Mahathir takut kepada SOSMA? Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Nak menegur Najib biar ikut saluran. Jika ditangkap di bawah SOSMA, jangan salahkan Najib kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Nak menegur biar beradab, jangan sampai melampaui batas.
Jumaat, Oktober 02, 2015
KENAPA MAJLIS FATWA TUNDUK KEPADA KERAJAAN DAP?
Apabila DAP dituduh menentang Islam, orang Melayu dalam DAP marah kerana katanya DAP menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan. Dalam posting saya pada 26 September lalu, http://www.catatanzabidi.blogspot.my/2015/09/bukti-dap-menentang-islam.html saya telah memberi bukti DAP memang menentang Islam.
Rabu lalu, surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas memaklumkan mengenai larangan itu susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.
Surat itu, yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.
Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang akan menghantar satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membantah larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di negeri ini.
Ketua sayap itu Rafizal Abdul Rahim berkata pihaknya bersedia bertemu dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai perkara itu.
"Pemuda UMNO Pulau Pinang mengambil ketetapan tidak menyokong dan akan menentang arahan larangan ini. Kami yakin masyarakat Islam di negeri ini tidak bersetuju dengan arahan ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Rafizal berkata kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat terus mengambil pendekatan tidak sensitif terhadap ajaran Islam dan situasi itu menyebabkan timbulnya prasangka bahawa fatwa itu mempunyai unsur-unsur tekanan daripada kerajaan negeri.
Yang peliknya, kenapa Majlis Fatwa Pulau Pinang tunduk kepada permintaan kerajaan DAP? Adakah ahli jawatankuasa Majlis Fatwa sudah dibeli oleh kerajaan DAP? Adakah mereka mementingkan elaun dari menegakkan hukuman Allah? Apa sudah jadi kepada Mufti Pulau Pinang, Hassan Ahmad yang
sanggup menjadi barua kerajaan Pulau Pinang? Sayang sangat kepada jawatan sehingga bersekongkol dengan permintaan kerajaan DAP.
Kenapa Majlis Fatwa Pulau Pinang tidak seberani Mufti Pahang yang tidak takut disaman DAP berhubung khutbah Jumaat. Sebaliknya apa yang berlaku di Pulau Pinang ini mengukuhkan lagi bukti DAP menentang Islam.
Kenapa DAP takut kepada kuliah maghrib dan kuliah subuh yang membenarkan orang bukan islam mendengar kuliah di luar masjid? Benarkah qiamulail, tahajud, kuliah mengganggu tidur orang bukan Islam? Selama ini sudah 58 tahun negara merdeka, kenapa isu ini tidak berbangkit?
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh DAP merupakan satu rahmat. Apa akan berlaku kepada negara jika DAP mendominasi kerajaan Pakatan Harapan nanti andainya mereka menang pada PRU akan datang.
Semua masjid di seluruh negara tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara kecuali azan dan iqamah sahaja. Oleh itu orang Islam perlu bersatu mempastikan Pakatan Harapan tidak menang pada PRU akan datang.

Tindakan DAP ini akan menjauhkan lagi undi orang Melayu terhadap Pakatan Harapan. Kalau satu negeri DAP baru menang sudah berami ambil tindakan seperti ini, apatah lagi jika DAP memerintah negara.
Oleh itu sudah sampai masanya bagi orang Melayu bersatu menolak Pakatan Harapan.
Khamis, Oktober 01, 2015
RATING POSTING TERTINGGI BAGI BULAN SEPTEMBER
Hari ini 1 Oktober 2015 saya keluarkan rating posting tertinggi bagi bulan September lalu. Yang mendapat rating tertinggi ialah Zahid cabar Shahbuddin datang ke majlis Umno yang disiarkan pada 22 September dengan rating sebanyak 761 hit.
Purata hit harian ialah 445 hit. 10 rating tertinggi adalah seperti berikut:-
1. Zahid cabar Shahbuddin datang ke majlis Umno (22 September}
2.Bangangnya Ketua Menteri Melaka (1 September)
3.Ramai kecewa perkahwinan Raja Bahrin tidak terbatal (7 September)
4.Anifah kesal kenyataan Nazri (29 September)
5.Tujuh orang cina buta diperlukan segera (3 September)
6.Nazri tak perlu jadi Menteri Dalam Negeri (4 September)
7.Selepas Ainina, pecatlah Dr Mahathir (2 September)
8.Otai Reformasi di sebalik insiden Petaling Street? (17 September)
9.Jangan pilih kasih, Najib (3 September)
10.Seorang sahabat bernama Zahid (19 September)
Terima kasih kepada semua pembaca blog ini. Walaupun blog ini tidak sepopular mana, sekurang-kurang 400 orang membacanya setiap hari. Terima kasih.

Rabu, September 30, 2015
RATING POSTING TERTINGGI SEPANJANG BULAN OGOS
Sepanjang bekerja sebagai Editor Bahasa Melayu, Free Malaysia Today (FMT) dari Julai 2013 hingga Julai 2014, saya tiada masa untuk update blog saya. Selepas Julai 2014, saya update blog saya mengikut keadaan. Namun demikian mulai Ogos lalu, setiap hari saya update blog saya dengan mengulas isu-isu semasa.
Dahulu blog ini yang bermula pada tahun 2008 bernama MEMO BELAKANG tetapi apabila blog ini digodam, saya tukar nama kepada CATATANZABIDI. Sewaktu MEMO BELAKANG, saya pernah diundang oleh RTM untuk rancangan Blogger Minggu Ini yang mana saya diwawancara oleh Hamdan Ahmu yang kebetulan orang Kemaman.
Sepanjang bulan Ogos lalu, 10 posting yang mendapat rating tertinggi ialah:-
1. Ku Nan sindir Najib? (24 Ogos 2015)
2.Tajuddin berani bersuara (25 Ogos 2015)
3.Mahathir sudah nyanyuk? (30 Ogos 2015)
4.Andainya ISA masih ada, Jamal tidak gentar ditahan di bawah ISA (26 Ogos 2015)
5.Bubarkan parlimen jalan terbaik bagi Najib (19 Ogos 2015)
6.Annuar Musa kena serius pertahankan Najib (27 Ogos 2015)
7.Bila nak penjarakan KSN dan Ketua Pengarah JPA? (19 Ogos 2015)
8.Khaled tidak faham budaya Umno (22 Ogos 2015)
9.Resolusi pertahankan Umno di Janda Baik (31 Ogos 2015)
10. Tak perlu pecat Muhyiddin, pecat Mahathir (28 Ogos 2015)

Selasa, September 29, 2015
ANIFAH KESAL DENGAN KENYATAAN NAZRI
Duta Besar China, Dr Huang Huikang dipanggil ke Wisma Putra bertujuan meminta beliau mengesahkan sama ada kenyataannya yang dikeluarkan semasa lawatan ke Jalan Petaling baru-baru ini telah disalah tafsir, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Anifah yang kini berada di New York dalam satu kenyataan semalam berkata, perkara memanggil duta merupakan amalan biasa.
"Ini selaras dengan Artikel 41, Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961," katanya.
"Wisma Putra telah membuat perkara yang sama dengan Duta Amerika Syarikat, Duta Vatican dan Duta Singapura pada masa lalu," kata beliau.
Anifah menjelaskan, sebagai sebuah negara berdaulat Malaysia juga perlu menyampaikan pendiriannya kepada China dengan jelas.
"Dalam perkara ini setelah berbincang dengan Perdana Menteri, saya membuat keputusan untuk memanggil Duta China untuk hadir ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan," katanya.
Tambahnya, beliau berpandangan isu tersebut tidak perlu dibawa ke peringkat menteri kerana sebagai amalan biasa ia ditangani di peringkat pegawai kanan Wisma Putra sahaja.
Pada masa yang sama, Anifah melahirkan rasa dukacita kerana beberapa menteri Kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.
"Untuk makluman, saya tidak pernah sekali pun membatalkan arahan saya memanggil Duta China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau," katanya.
Jelas Anifah, perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan menteri-menteri lain.
"Sebaliknya, campur tangan mereka (menteri-menteri lain) telah memberikan persepsi yang negatif di kaca mata orang ramai.
"Saya berharap perkara sebegini tidak akan berulang," tambah beliau.
Semalam, Duta China itu mengadakan pertemuan dengan Pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.
Semalam Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz menegur Timbalan Menteri Luar, Reezal Merican dengan mengatakan Reezal tidak ada hak untuk memanggil Duta China ke Wisma Putra.
Tindakan Nazri bukan sahaja memalukan kerajaan tetapi seolah-olah beliau mahu mengajar Reezal yang baru berada dalam kerajaan.
Pada hemat saya, sudah sampai masanya bagi PM menggugurkan Nazri dari kabinet beliau kerana beliau mencampuri urusan kementerian lain.
Jika benar Reezal bersalah, beliau hendaklah menegur secara tertutup dan bukannya mencari publisiti murahan melalui media.
Baru-baru ini beliau bertelagah dengan Tengku Mahkota Johor yang menyebabkan PM terpaksa menghadap Sultan Johor.
Mengekalkan Nazri dalam kabinet bukannya menguntungkan kerajaan. Oleh itu Najib Razak perlu gugurkan beliau dari kabinet. Nazri bukannya ahli majlis tertinggi Umno yang menang. Beliau hanya dilantik Najib selama dua penggal. Oleh kerana bimbang kalah, maka beliau tidak berani bertanding kerusi ahli majlis tertinggi Umno.

Isnin, September 28, 2015
PM TAK PERLU LAYAN UMI HAFILDA
Semalam Pengerusi NGO, Umi Hafilda Ali meminta PM, Najib Razak bersumpah laknat di masjid bahawa wang derma RM2.6 billion itu hanya digunakan untuk kepentngan negara dan rakyat sahaja.
NGO bernama Kuasa Suara Rakyat (KSR) itu yang baru ditubuhkan oleh Umno Hafilda mendakwa jika Najib berani bersumpah laknat tidak mengenali Altantuya Sharibu, maka beliau sepatutnya bersumpah laknat juga dalam isu wang derma tersebut.
Bagi saya, PM tak perlu layan KSR. Siapa Umi Hafilda? Banyak pengaruh ke? Baru ini dia keluAR dari Umno. Yang lucunya Umi kata dia orang lama dalam politik. Apa jawatannya? Ketua Wanita Umno Malaysia ke? Ketua Wanita Umno Bahagian Ampang ke?
Beliau hanya pengacau dalam Umno sahaja. Bukannya ada pengaruh. Dahulu dia yang fitnahkan Anwar Ibrahim sehingga Anwar terpelanting dari jawatan TPM. Selepas itu Dr Mahathir beri dia projek. Sekarang dia susah nak cari makan di zaman Najib jadi PM. Maka dia keluar dari Umno kerana nak cari makan di bawah abangnya pula, Azmin Ali yang juga MB Selangor.
Umi ingat bila dia hentam Najib orang PKR dapat terimanya. Dahulu dia jatuhkan Anwar Ibrahim. Maka ahli PKR tidak semudah itu memaafkan Umi Hafilda.
Oleh itu orang macam Umi Hafilda tak perlu layan. Duit itu memang derma peribadi kepada Najib tapi Najib gunakan untuk Umno. Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin mengesahkan menerima cek dari Najib untuk Umno bahagian Tun razak dan BN Bandar Tun Razak.
Malah banyak ketua bahagian yang menerima cek pertolongan Najib untuk membantu bahagian tetapi mereka tidak mengakuinya. Pengerusi BBC pun, Shahrir Samad turut mengaku ada menerima cek dari Najib.
Maka kalau benar RM2.6 billion itu ada juga digunakan Najib untuk peribadinya, apa salahnya kerana atas usahanya dia yang dapat duit itu dari negara Arab. Najib bukan gunakan untuk peribadinya sahaja malah membantu BN dan Umno.
Selepas BN gagal memenangi PRU dengan majoriti dua pertiga pada tahun 2008, ramai korporat yang bermuka-muka. Mereka bukan sahaja menderma kepada BN malah turut menderma kepada pembangkang seperti Syed Mokhtar Albukhary, Vincent Tan. Maka Najib sudah tidak percaya kepada mereka lagi.
Sebab kita kita patut bersyukur ada negara Arab yang sudi menderma RM2.6 billion kepada Najib untuk mengekalkan kuasa BN pada PRU yang akan datang. Saya percaya wang itu masih banyak untuk digunakan dalam dua PRU lagi.
Oleh itu Najib tak perlu layan Umi Hafilda. Siapa Umi hafilda? Tak ada pengaruh pun. Sekarang ini pelbagai cara nak cari publisiti murah. Maka dengan mudah Umi mendapat publisiti dari portal berita pembangkang. Kalau anda tak percaya, anda tubuh NGO hari ini, panggil Malaysiakini dan The Malaysian Insider, anda hentam Najib maka hari ini anda terkenal sekelip mata. Betapa mudahnya mencari publisiti murahan di zaman sekarang.

Ahad, September 27, 2015
SALLEH TIDAK PERNAH LOBI JADI MENTERI
Dr Salleh Said Keruak bukan nama baru dalam politik Malaysia. Saya mengenali beliau ketika bertugas di Sabah sebagai wakil akhbar Watan pada tahun 1989. Oleh kerana SRT adalah pengedar akhbar Watan di Sabah, maka saya tinggal selama sebulan di rumah menantu pengedar akhbar Watan di Petagas sementara mendapatkan rumah sewa.
Suatu pagi ketika minum pagi di Restoran Rahmat di bandaraya Kota Kinabalu saya mendapat pesanan dari menantu Datuk Rahmat bahawa Dr Salleh mahu menemui saya. Maka saya pun pergi ke pejabatnya yang terletak di deretan bangunan yang sama, tidak jauh dari restoran tersebut.
Itulah kali pertama saya mengenali anak muda yang bernama Salleh yang baru berusia 32 tahun. Beliau seorang yang educated dan knowledgable. Beliau aktif dalam persatuan belia SANYA dan menjadi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Ayahandanya Said Keruak ketika itu adalah Yang Dipertuan Negeri Sabah dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dan Presiden USNO. Sejak itu saya berkawan dengan Dr Salleh dan rupanya sudah 26 tahun kami berkawan.
Anak lelaki tunggal dari lima orang adik beradik, akhirnya Dr Salleh mengikut jejak langkah ayahandanya menyertai politik. Apabila Umno bertapak di Sabah pada tahun 1991, Dr Salleh menyertai Umno dan saya pernah meramalkan dalam akhbar Watan jika PM dipilih dari Sabah, mungkin Dr Salleh anak Sabah pertama menjadi PM.
Beliau orang yang kaya, tidak rasuah, banyak pengaruh dan pemurah menyebabkan beliau disenangi oleh banyak pihak. Tetapi nasibnya dalam politik kurang cemerlang. Selepas BN membentuk kerajaan pada 17 Mac 1994 di Sabah, beliau dilantik Menteri Kewangan dalam kabinet Sakaran Dandai.
Apabila Sakaran Dandai dilantik Yang Dipertuan Negeri Sabah, Dr Salleh menjadi Ketua Menteri BN yang kedua. Tapi tempohnya tidak lama kerana ketika itu BN mengamalkan penggiliran jawatan Ketua Menteri setiap dua tahun. Dr Salleh digantikan oleh Dr Yong Teck Lee tetapi beliau dikekalkan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Dahulu Dr Salleh menjadi ahli parlimen Kota Belud dan ADUN Usukan. Apabila Umno membuat ketetapan hanya satu jawatan sahaja mesti dipegang oleh mana-mana YB maka beliau pilih menjadi ahli parlimen Kota Belud pada PRU 2004.
Pada tahun 2008 beliau digugurkan sebagai calon parlimen dan digantikan oleh orang luar, Rahman Dahlan. Ketika menganggur inilah beliau mula menulis dalam blognya www.sskeruak.blogspot.com mulai Mei 2008. Selepas itu beliau dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri dan pada tahun 2013, beliau dipilih semula sebagai calon DUN Usukan. Beliau kekal menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sehinggalah dilantik sebagai Senator dan Menteri Komunikasi dan Multi Media sejak akhir Julai lalu.
Sebagai orang yang setia dengan pemimpin, Dr Salleh seringkali dalam blognya mempertahankan PM, Najib Razak apabila diserang oleh Dr Mahathir Mohamad. Banyak kali beliau mempertahankan Najib, dan saya bergurau dengannya, satu hari nanti Datuk akan jadi menteri. Beliau kata Najib mana pandang padanya.
Dalam suasana Najib mahu menggugurkan Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Najib memerlukan seorang pengganti dari Sabah juga, maka Najib melihat Dr Salleh yang sesuai jadi menteri dari Sabah. Jadi siapa sangka Dr Salleh yang sudah berhenti jadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1996 akan kembali sebagai menteri pusat 19 tahun kemudian.
Dalam politik beliau lebih senior dari Shafie. Pada tahun 1995, Dr Salleh sudah jadi Ketua Menteri sedangkan pada tahun yang sama Shafie baru jadi setiausaha parlimen dalam kabinet Dr Mahathir. Shafie bertuah kerana mempunyai karier yang berterusan menyebabkan beliau merupakan pemimpin Sabah yang pertama memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada tahun 2009.
Sebaliknya karier politik Dr Salleh terbantut selepas beliau berhenti jadi Ketua Menteri pada tahun 1996. Justru itu agak sukar bagi beliau mahu mengekalkan jawatan ahli majlis tertinggi Umno tanpa jawatan menteri.Sebab itu Shafie lebih ke depan dalam politik berbanding Dr Salleh. Sebaliknya
dalam USBO, Dr Salleh adalah Presiden USBO manakala Shafie adalah timbalannya tetapi dalam politik Shafie lebih mengatasi Dr Salleh.
Dengan terlantiknya Dr Salleh sebagai menteri pada Julai lalu, maka jawatan Naib Presiden Umno dari Sabah mungkin menjadi milik Dr Salleh pada tahun 2018. Pada pemilihan 2013,banyak bahagian di Sabah mendesak Dr Salleh bertanding Naib Presiden tetapi beliau mencadangkan supaya Musa Aman yang bertanding. Sebaliknya Musa tidak bertanding sebarang jawatan menyebabkan Shafie kekal sebagai Naib Presiden Umno bagi penggal kedua.
Dr Salleh tidak pernah melobi untuk menjadi menteri. Beliau pun tidak pernah mimpi bahawa beliau akan menjadi menteri pusat setelah 19 tahun meninggalkan jawatan Ketua Menteri Sabah. Oleh itu tuduhan blogger mengatakan Dr Salleh terus membodek Najib tidak timbul kerana Dr Salleh adalah seorang yang setia kepada ketua.
Lihat sahajalah di saat Najib diserang atas isu 1MDB, menteri kabinetnya tidak berani bersuara mempertahankan Najib sebaliknya Dr Salleh dari dahulu hingga sekarang tetap konsisten mempertahankan institusi Perdana Menteri. Beliau mempertahankan PM bukan kerana Najib tetapi mempertahankan PM kerana PM adalah Presiden Umno. Sesiapa sahaja yang jadi PM, beliau tetap akan patuh kerana PM adalah ketua kerajaan kita.

Sabtu, September 26, 2015
BUKTI DAP MENENTANG ISLAM
Lima ekor Melayu dalam DAP tidak beradab apabila mengecam Jabatan Mufti Pahang mengeluarkan khutbah yang mendakwa DAP sebagai "terang-terangan menentang Islam".
Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, tuduhan berkenaan bukan saja tidak berasas malah berbentuk fitnah.
"Saya mencabar Jabatan Mufti Pahang
mengeluarkan bukti kukuh yang menjadi asas kepada mereka menuduh DAP sebagai parti memusuhi Islam," katanya.
Dalam teks khutbah disediakan Jabatan Mufti Pahang semalam, pada salah satu perenggannya dimuatkan kenyataan: "Dewasa ini kita melihat perpecahan umat islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat islam yang menyertai Parti DAP yang terang-terangan menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka".
Khutbah adalah salah satu bahagian dalam sembahyang dan jemaah tidak dibenarkan bercakap atau berkata-kata ketika ia dibaca khatib.
Kata Sheikh Omar, beliau akan memanjangkan perbincangan mengenai isu tersebut kepada pimpinan parti dan mempertimbangkan jika perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Mufti Pahang.
Sementara itu sekumpulan ahli Melayu DAP juga semalam mengeluarkan kenyataan mengecam khutbah berkenaan.
Menurut mereka, DAP sebagai parti politik menjunjung perlembagaan sebagai asas pembentukan negara ini serta mengiktiraf dan menghormati Islam sebagai agama rasmi.
"Isu menentang Islam adalah fitnah politik semata-mata.
Kenyataan itu antara lain ditandatangani Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal; Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Selangor, Young Syefura Othman; Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Subang, Numan Saadan dan ahli DAP Bukit Bendera, Izmil Amri.
Mengulas isu ini, banyak bukti yang menunjukkan DAP menentang Islam. Ketika DAP memerintah Pulau Pinang pada tahun 2004, DAP tidak membenarkan pembesar suara masjid yang mengalunkan azan di Pulau Pinang mengganggu majoriti penduduk Cina.
Selama ini BN memerintah Pulau Pinang isu azan tidak timbul langsung.Adakah ini bukan menentang Islam? Kalau benar DAP menghormati Islam, kenapa sewaktu PAS dalam Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng tidak melantik ADUN PAS tunggal di Pulau Pinang sebagai Exco Agama.
Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat kenapa PAS tidak berada dalam barisan Exco. Adakah kerana Lim Guan Eng takut dengan label Islam yang ada pada PAS? Satu lagi bukti DAP menentang Islam ialah menentang hukum hudud yang mahu dibawa oleh PAS sebagai usul persendirian dalam Dewan Rakyat.
Kalau benar hukum hudud boleh menakutkan penjenayah kenapa DAP takut? Adakah DAP suka negara ini dipenuhi dengan penzina, peminum arak dan pencuri?
Oleh kerana menentang hukum hudud, DAP sanggup menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat. PAS hanya berhasrat melaksanakan hukum hudud di Kelantan untuk umat Islam sahaja, kenapa DAP takut. Adakah ini tidak menentang Islam?
Tindakan lima ekor Melayu dalam DAP mempertikaikan khutbah merupakan satu lagi bentuk penentangan DAP terhadap Islam.
Langgan:
Catatan (Atom)