Jumaat, Mei 16, 2014
BERAKHIRNYA REJIM WAN AHMAD
Tarikh 12 Mei 2014 akan tercatat dalam sejarah politik Terengganu sebagai hari jatuhnya rejim Datuk Wan Ahmad Wan Muda, ketua menteri besar terengganu. Selama enam tahun beliau menjadi ketua kepada Datuk Seri Ahmad Said yang menjadi MB pada 23 Mac 2008.
Orang Terengganu tak kata Ahmad Said yang jadi MB sebaliknya Wan Ahmad setiausaha sulit kanannya. Entah kenapa Ahmad Said terlalu percaya kepada Wan Ahmad sehingga apabila kontraktor pergi menemui Wan Ahmad, dia bercakap aku yang berkuasa, bukan Ahmad Said.
Kurang ajar Wan Ahmad yang pernah curi baja FELDA. Rakyat di seluruh Terengganu bersorak apabila Ahmad Said jatuh. Bukan kerana mereka benci Ahmad Said, tetapi mereka benci kepada Wan Ahmad yang banyak menganaiyai orang selama enam tahun.
Malah bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri pernah menyebut isu ketua menteri besar dalam Utusan Malaysia sebelum pilihanraya umum 2013. Orang Malaysia tertanya-tanya siapa ketua menteri besar itu kalau bukan Wan Ahmad.
ADUN Paka, Satiful Bahri mengesahkan Wan Ahmad dan Nik Dir menawarkan wang berjuta-juta untuk mewujudkan kerajaan campuran antara kumpulan Ahmad Said dengan PAS. Tapi PAS bukan pelahap nak tubuh kerajaan secara haram dengan kumpulan Ahmad Said.
Ahmad Said tertipu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 1998, Anwar begitu yakin semua ketua bahagian yang dapat projek, saham, tender akan menyokongnya bila Anwar bertelagah dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Apabila Anwar dipecat dari Umno pada 2 September 201998, berapa orang ketua bahagian yang ikutnya keluar dari Umno? Ini yang patut dipelajari oleh Ahmad Said. Ketika dia jadi MB, dia bela semua Exconya dengan memberi balak tetapi akhirnya dua orang sahaja yang ikut iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Malah dia beri balak kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Rauf Yusoh tetapi Umno pusat tetap buang Ahmad Said. Itulah dalam Umno tiada kesetiaan. Yang setia ialah kepentingan peribadi. Apabila Ahmad bukan lagi menteri besar, siapa yang mahu ikutnya. Ahmad Said tak belajar dari sejarah Anwar Ibrahim.
Wan Ahmad memang hebat atur orang lawan ketua bahagian dalam pemilihan Umno Oktober tahun lepas tapi calonnya di Setiu, Datuk Mamat Ghazali Abdul Rahman gagal menumbangkan Datuk Mat Jidin Shafie.
Calonnya, Datuk Rosli Mat Hassan kalah di Dungun di tangan Datuk Din Adam. Hanya Latif Awang yang menang di Marang mengalahkan Datuk Yahya Khatib tetapi Latif tak keluar dari Umno ikut Ahmad Said.
Begitulah Ahmad Said tertipu maka dia tiada pilihan terpaksa masuk semula Umno kalau tidak kes SPRMnya akan diteruskan. Seluruh rakyat Terengganu bersorak meraikan kejatuhan rejim Wan Ahmad. Beliau banyak menganaiya TCS di Terengganu. Apabila beliau ditukarkan ke pejabat SUK sebagai pegawai peti sejuk maka semua pegawai TCS gembira.
Malu dengan keadaan itu beliau pun beri notis tiga bulan untuk bersara pilihan pada 12 Ogos 2014. Itulah masa mu ada kuasa, mu sombong sangat. Mu cuba beli PAS nak buat kerajaan campura tapi PAS tidak pelahap dengan duitmu yang berjuta-juta itu.Syabas PAS kerana tidak terpedaya dengan Wan Ahmad.
Khamis, Mei 15, 2014
WAN AHMAD YANG FITNAHKAN SAYA AKHIRNYA DIPETISEJUKKAN
Semalam CEO Terengganu Incorporated, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan ke pejabat SUK untuk jadi pegawai peti sejuk. Beliaulah yang menghuruharakan pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said sepanjang beliau menjadi MB Terengganu dari 23 Mac 2008 hingga 12 Mei 2014.
Malah beliau dikenali sebagai ketua MB kerana dia yang berkuasa dari Ahmad Said sehingga ramai TCS jadi mangsanya. Apabila Ahmad Said jatuh pada 12 Mei lalu, maka tamatlah pengaruh Wan Ahmad dalam kerajaan negeri Terengganu.
Saya pernah temuinya ketika beliau menjadi SUSK Ahmad Said pada tahun 2010 (kalau tak silap saya). Ketika itu kawan saya minta tanah tambahan untuk buat kilang tanah liat di Bukit Besi. Bila dia tahu saya blogger dari Kemaman dan bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno di zaman Ahmad Said jadi ketua pemuda, terus dia buat surat sokongan kepada kawan saya. Tetapi permohonan kawan saya gagal kerana Wan Ahmad ini manis di hadapn kita, tetapi di belakang dia call Ketengah supaya tolak permohonan kawan saya.
Manusia macam ini pun ada. Ramai yang menjadi mangsa Wan Ahmad ketika Ahmad Said jadi menteri besar. Justru itu menteri besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman perlu belajar dari pengalaman ini. Ahmad Said adalah MB yang baik tetapi orang kelilingnya yang merosakkannya macam Wan Ahmad, Haji Dol.
Saya turut jadi mangsa Wan Ahmad apabila blogger upahan Wan Ahmad, Unspinners babitkan saya dalam kes Ahmad Said. Saya menulis benda yang benar dan dia kata saya sebar berita menjatuhkan Ahmad Said dalam Facebook kawan-kawan saya.
Malah lebih lucu beliau buat akhbar khas FREE ZATUL ALI TODAY yang bubuh gambar Zatul Ali yang saya hentamnya dalam Facebook kerana menipu orang ramai. Tapi Zatul Ali mendakwa saya yang menjadi punca dia jadi begitu sedangkan saya tak kenal siapa Zatul Ali itu. Wan Ahmad upah bloggernya memfitnah saya tapi saya tak boleh ambil tindakan undang-undang kerana saya tak tahu siapa yang menernitkan risalah tersebut.
Saya berani bersumpah dengan nama Allah saya tak kenal Zatul Ali. Saya cabar Wan Ahmad. Beranikah dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak terlibat mengupah blogger itu buat risalah memburukkan saya? Pilih mana-mana masjid Wan Ahmad kalau berani bersumpah.
Padan muka semalam Wan Ahmad sudah dipetisejukkan di pejabat SUK. Kalau saya ada maruah, saya letak jawatan. Duit rasuah sudah banyak tunggu apa lagi, letak jawatanlah. Terengganu punah ranah keranamu Wan Ahmad. Syukurlah Datuk Razif MB baru naik pada 12 Mei lalu. Semoga beliau lebih adil daripada Ahmad Said yang mementingkan kroni-kroninya.
Jumaat, Mei 09, 2014
TH PERUNTUK RM130 JUTA UNTUK SUBSIDI JEMAAH HAJI
PETALING JAYA, 9 Mei (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan
RM130 juta untuk menampung subsidi jemaah haji tahun ini bagi memastikan bayaran
menunaikan haji kekal pada RM9,980 seorang.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Paduka Ismee
Ismail berkata peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding tahun lepas itu adalah
disebabkan peningkatan kos di Arab Saudi, termasuk kos penginapan.
"Tahun ini sebab kita kekalkan bayaran haji pada jemaah-jemaah haji
Muassasah sebanyak RM9,980. Jadi kerana peningkatan kos terutamanya kos
penginapan di Mekah, subsidi haji turut bertambah," katanya kepada pemberita
selepas majlis pengiktirafan The Malaysia Book of Records di sini, hari ini.
TH menerima pengiktirafan itu apabila kelab TaHa yang disasarkan kepada
penabung muda berumur daripada tujuh hingga 17 tahun mencipta rekod selaku kelab
yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai dengan 1.12 juta
orang ahli.
Ismee berkata subsidi yang ditanggung TH tahun ini ialah RM6,175 setiap
jemaah berbanding RM5,575 seorang tahun lepas, dan ini hanya untuk jemaah
Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadah haji.
Ismee dalam pada itu menasihatkan jemaah haji tahun ini supaya sentiasa
mendengar nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan berhubung
langkah-langkah pencegahan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona
(MERS-CoV).
Beliau berkata buat masa ini kuota jemaah haji Malaysia kekal pada
22,320 orang selepas kerajaan Arab Saudi memutuskan pengurangan 20 peratus
daripada kuota asal ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil
Haram, di Mekah sejak tahun lepas.
Menurut laman web Kementerian Kesihatan Arab Saudi, www.moh.gov.sa, setakat
ini terdapat 126 kematian daripada keseluruhan 463 orang dijangkiti MERS-CoV di
negara itu.
-- BERNAMA
NAAA HK MK
Selasa, Mei 06, 2014
SPEAKER TERENGGANU JAHIL MACAM KARPAL SINGH
PETALING JAYA: Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak cadangan PAS untuk melaksanakan hudud dipersoalkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Abdul Latif.
Menurutnya, walaupun pada ketika ini majoriti pemimpin Umno bersetuju untuk bersama PAS bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan, sebaliknya keputusan berbeza pula yang diambil oleh DUN Terengganu yang secara keseluruhannya ditadbir oleh pemimpin Umno.
“Jika ikutkan semangat sesetengah pemimpin Umno, ada yang mahu hudud dilaksanakan segera, dan kadang-kala lebih bersemangat daripada pemimpin PAS. Dalam keadaan Terengganu yang didukung oleh Umno, mereka sepatutnya menangguh dahulu keputusannya, bukan menolak hudud bulat-bulat,” kata beliau ketika menulis dalam kolum mingguannya di Harakah Daily.
Sebelum ini, memang tidak dinafikan iaitu mendiang Karpal Singh yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, secara keras menolak hudud untuk dilaksanakan.
“Karpal memang menegaskan dari dulu lagi tidak akan menerima hudud. Dia boleh berkawan dengan pejuang hudud tetapi tidak akan menerima hudud dan sikap Karpal itu adalah sikap yang dibawa DAP setakat ini.
“Karpal dan DAP adalah musuh Umno yang tiada tolak bandingnya. Semua yang datang dari Karpal dan DAP mesti akan ditolak oleh Umno kecuali dalam isu hudud,” ujarnya.
Tambah Subky yang juga wartawan veteran yang terkenal, apa yang DUN Terengganu lakukan baru-baru ini adalah melaksanakan apa yang Karpal dan DAP mahukan.
“Seandainya Karpal masih bersama kita sekarang, maka dialah orang yang paling gembira dengan sikap dan tindakan yang diambil DUN Terengganu,” katanya.
Maka, siapa yang DUN Terengganu ikut, apabila DUN tersebut menolak perlaksanaan hukum hudud baru-baru ini. Secara logiknya, DUN Terengganu telah mengikut keputusan Karpal, walaupun Karpal tidak berjumpa dengan Umno Terengganu dan meminta mereka menolak cadangan yang dibawa oleh PAS.
“Memang sikap rasmi Umno selama-lamanya adalah bersama Karpal menentang hudud. Tetapi sekarang ini Umno telah menunjukkan tanda-tanda untuk berubah menyokong hudud. Umno juga menyuarakan hasratnya untuk bersiap-sedia berbaik dengan PAS sekiranya PAS tidak lagi bersedia menjadi kuda tungangan DAP,” jelasnya.
Katanya lagi, dalam isu hudud ini, nyata PAS tidak dapat dikawal oleh Karpal, sebaliknya dikatakan Umno tidak mahu masuk perangkap PAS jika menyokong hudud, maka Umno terengganu bersedia bersama DAP dan Karpal menentang hudud.
“Apa pun setakat ini kita belum boleh fikir Umno menjadi kuda tunggangan Karpal
atau DAP, tetapi dalam isu hudud, Umno boleh bersama DAP dan Karpal Singh atau sekurang-kurangnya mengikut Karpal,” katanya.
Menurut Subky lagi, PAS memang dari mula lagi telah tahu berkenaan pendirian Karpal tentang hudud. Jika dia tidak dapat menerima hudud boleh difahami kerana ia tidak termasuk dalam ajaran agamanya.
“Hudud hanya ada pada Islam dan sebahagian daripada akidah syariat Nabi Musa dan ia juga adalah syariat Nabi Isa al-Masih,” ujarnya.
Katanya lagi, orang Yahudi selepas zaman Nabi Musa memang tidak lagi berpegang dengan hukuman mengikut syariat Nabi Musa itu dan demikian juga orang Kristian yang mengaku Jesus adalah ikutan mereka, tetapi mereka juga menolak hukum yang disyariatkan oleh Nabi Isa al-Masih.
“Orang Islam pada masa kini juga sama dengan umat yang terdahulu, tidak berpegang kepada syariat Nabi Muhammad SAW, tetapi sehaluan dengan Karpal, baik Karpal masih ada atau tidak ada,” katanya.
Pada 15 April lalu, Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong telah menolak usul yang dibawa oleh ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.
PEMERGIAN AZIZ SATTAR SATU KEHILANGAN KEPADA DUNIA SENI
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pemergian bintang filem legenda Datuk Abdul
Aziz Sattar merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air, kata
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata Allahyarham adalah seniman terakhir yang seiring dengan
seniman agung Tan Sri P. Ramlee.
"Saya mengenali beliau secara peribadi, beliau banyak memberi idea kepada
saya.
"Saya berasa agak sedih kerana tiada di tanah air untuk menziarahi (jenazah
Allahyarham), saya sekarang berada di Jeddah kerana menghadiri Sidang
Kemuncak Media Asia 2014," katanya dalam kenyataan kepada Bernama dari Jeddah
hari ini.
Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah
mengalami serangan jantung.
Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu
meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya
Sandakiah.
Pada zaman kegemilangannya, Allahyarham berlakon bersama-sama seniman agung
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham S. Shamsuddin, sebagai trio Bujang
Lapok pada tahun 1950-an.
-- BERNAMA
AFY AFY RON
Sabtu, Mei 03, 2014
BLOG OH SEDAPNYA DAKWA PEREMPUAN SIMPANAN MB NAK MENGADU KEPADA ISTANA
Wanita simpanan seorang Menteri Besar yang dipercayai dikaitkan dengan satu negeri di Pantai Timur, dikatakan sanggup ke istana untuk mengadu perilaku Menteri Besar berkenaan yang gagal memenuhi janji kepadanya.
Wanita berkenaan dikatakan sedang menguruskan pertemuannya dengan pihak istana dengan harapan, janji Menteri Besar tersebut ditunaikan kepadanya.
Beliau sudah tidak boleh sabar dan jika perlu akan menghebahkannya ke akhbar.
Dikatakan, wanita itu sudahpun menghubungi seorang pemberita sebuah akhbar tabloid harian di negeri berkenaan untuk mendedahkan perkara berkenaan.
Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dinasihatkan oleh pemberita berkenaan supaya bersabar sementara menunggu reaksi selanjutnya daripada Menteri Besar berkenaan.
Pemberita berkenaan dikatakan meminta perempuan berkenaan supaya memujuk Menteri Besar melunaskan janji-janjinya agar perkara ini tidak terdedah dan menjatuhkan reputasi Menteri Besar berkenaan.
Menurut sumber, wanita itu dinasihati jangan melakukan sesuatu yang ‘terdesak’ kerana Menteri Besar berkenaan ada disebut sedang berdepan dengan kemelut pertukaran Menteri Besar gara-gara digembar-gemburkan oleh Awang Selamat melalui Mingguan Malaysia, Ahad minggu lalu.
Baru-baru ini heboh berita seorang wanita dikaitkan dengan seorang Menteri Besar tetapi reda selepas tumpuan diberikan kepada isu pertukaran Menteri Besar yang ‘dicanangkan’ oleh Awang Selamat.
Tidak dikerahui sama ada Menteri Besar yang digembar-gemburkan akan ditukarkan itu turut terpalit dengan isu perempuan simpanan yang dikatakan menjanjikan RM3 juta kepada ‘bekas kesasihnya’ itu.
Free Malaysia Today (FMT) yang membongkar berita ini pada 8 Aril 2014 lalu, menyebut bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.
Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013. Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.
Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata, jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta. Baki RM2.2 juta akan dibayar kemudian.
Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak menerima sebarang wang dijanjikan itu. Selain mematuhi syarat Menteri Besar, iaitu menunggu selepas pilihan raya, bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.
FMT difahamkan ahli perniagaan itu sudah banyak kali menghubungi MB untuk mendapatkan ‘haknya’ seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi panggilan dan sms tiak dilayan.
Dia hanya mahukan 'haknya' bukan dengan niat untuk campur soal politik dan sebagainya. Malah, pendedahan oleh FMT itu lebih awal daripada apa yang disebutkan oleh Aawang Selamat melalui Mingguan Malaysia berkenaan.
Menyedihkan, menurut sumber, MB berkenaan turut memarahi perempuan simpanan berkenaan, termasuk mengatakan perempuan itu sebagai seorang yang ‘tamak’.
Tidak diketahui erti tamak berkenaan, bagaimanapun dikatakan berkaitan pemberian sebelum ini oleh Menteri Besar berkenaan.
Tamak itu juga mungkin boleh dikaitkan dengan pemberian MB sebelum ini yang dianggap ‘sebahagian jumlah daripada jumlah sebenar’ yang diberikan.
Blog ini menerima beberapa gambar yang dikirim oleh pihak tertentu mengenai ‘wajah’ perempuan simpanan berkenaan namun cukup untuk menyiarkan sekeping sahaja sebagai permulaan.
Blog ini tidak pasti apakah itu wajah sebenar perempuan simpanan MB berkenaan atau gambar orang lain yang sengaja disebarkan untuk ‘memanaskan lagi’ berita ini.
Tunggu perkembangan selanjutnya….
Rabu, April 30, 2014
91 WARTAWAN TERKORBAN TAHUN LEPAS
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pemerhati daripada Pertubuhan
Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco)
mendapati 91 wartawan terkorban tahun lepas, manakala 24 kematian lagi
direkodkan tahun ini, menurut Persatuan Wartawan Komanwel (CJA).
Presidennya, Rita Payne berkata berpuluh-puluh lagi dipenjarakan atau
diancam dan banyak antara mereka yang meninggal dunia dalam zon perang manakala
ada juga yang terbunuh ekoran laporan mereka berkaitan jenayah atau politik.
"Wartawan dipenjarakan tanpa sebab munasabah atau melalui proses sepatutnya,
diserang atau dibunuh di banyak negara, malah sekalipun di negara yang
mengisytihar komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.
"Usaha sah mereka untuk melaporkan perkara membabitkan kepentingan awam dan
mendapatkan hak untuk memperoleh maklumat seringkali dihalang oleh kerajaan itu
sendiri," kata Payne dalam satu kenyataan bersempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia
di sini hari ini.
Payne berkata CJA bersuara lantang menentang keganasan dan tapisan yang
dihadapi wartawan di seluruh dunia, dan menyokong kebebasan media yang
dibenarkan melaksanakan tugas tanpa bimbang akan diapa-apakan atau mengalami
keganasan fizikal.
"Kerajaan autoritarian terus menerus berusaha untuk menutup mulut atau
memanipulasi media dengan mengancam, menakut-nakutkan atau cuba menyekat akses
internet," kata Payne.
Payne berkata memandangkan tapisan sendiri semakin bertambah lazim,
persatuan seperti CJA boleh melaksanakan peranan penting dengan bersuara bagi
pihak rakan setugas yang tidak berupaya melaksanakan hak mereka atau melindungi
diri daripada gangguan.
-- BERNAMA
MAMA AZE ROS
Sabtu, April 26, 2014
KENAPA UNSPINNERS BABITKAN SAYA?
Konon nafi nak jawatan, tapi upah penulis hantu raya
Posted by The Unspinners at 4/24/2014
Kenyataan Rakyat Malaysia "Kenyataan itu bersifat amaran terhadap Perdana Menteri dengan mengatakan, “ yang buat silap bukan Ahmad Said dan jangan pula Menteri Besar Terengganu dipersalahkan” di SINI betul-betul menjadi tandatanya.
Selama ini The Unspinners mula mengenali dan memahami Dato Ahmad Said dari tulisan blognya. Seagai orang lama, susah nak baca maksud disebalik tulisan wartawan veteran tersebut.
Namun tak perlu nak menegur dan mengajar blogger bagaimana nak blogging dalam media semulajadinya. Dunia blog bukan seperti dunia kewartawanan akhbar arus perdana yang banyak mengelak-ngelak dari berterus terang.
Tentu apa yang kami katakan kepada Dato Najib adalah sesuatu yang lazim diperkatakan sana sini tapi wartawan takut nak sebut secara terbuka. Apabila wartawan nak tersurat dan tersirat sangat, mesej tak sampai dan pucuk kepimpinan tak dapat feedback yang sebenar.
Itu antara sebab tak ramai wartawan yang efektif dalam dunia siber dan sosial media. Namun begitu jika dunia wartawan itu begitu hebat, kenapa tak ditegur Mingguan Malaysia yang melambung Mat Said? Kenapa pula Utusan nak mendahului Najib lebbih dahulu dari blogger? Ada apa-apa ke?
Sementang Mingguan cekap melambung orang tanpa sebut nama, tak perlu naif dan buat tak faham apa yang dituju. Mana-mana orang cerdik seperti berikut boleh tangkap maksud salah satu yang dituju:
Mana-mana orang juga boleh tangkap dan tak sebodoh untuk terima bulat-bulat penafian seorang ahli politik. Lagi pula bila ada ahli polittik dari keluarga politik yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai cita-cita dan cita rasa sendiri.
Bagi yang ada akses dan rangkaian, tak susah untuk menyedari akan langkah pihak-pihak tertentu yang telah menganalisa dan mengatur gerak langkah dari selepas PRU13. UMNO memang lembab untuk bergerak menghadapi pembangkang tapi cekap dan halus untuk menerkam sesama sendiri.
Walaupun ada pihak baling batu sorok tangan, tak susah untuk membaca modus operandi biasa yang menggunakan bekas wartawan akbar nyamuk dan penulis buku politik yang dah tak laku dan kini menyambung penghidupan sebagai hantu raya.
Sepanjang penceburan sekejap di dunia siber yang tak membawa impak pun, isu yang sering ditimbulkan pun sering berupa cerita-cerita politik hantu raya dan kedai kopi. Dari situ kita dah pickup dia pernah jadi AJK sesuatu Bahagian di satu masa. Tentulah ada suka duka, sayang bencinya.
Untuk menutup tapak dan gerak langkah, maka standard diguna portal berita pihak pembangkang yang mana salah seorang wartawan adalah bekas akhbar perdana dan dari terengganu.. Takkan pihak pembangkang boleh tulis bersiri-siri dengan pelbagai angle untuk lambung Mat Said.
Malah kami tahu siapa yang tulis artikel untuk portal pembangkang bertajuk "xxx ganti Mat Said" dan di forward ke rakan FB untuk jadi tukang sebar. Bukan seorang operator FB mereka. Dengan disensasikan, cepat khabar angin menjadi viral. Lebih laju dari zaman tulis surat berantai yang perlu belanja duit fotostat dan stem..
Seperti kami kat aianya hantu raya, orang yang sama nak goyang pokok untuk ugut Mat Said mungkin juga orang sama yang menyerang Ahmad Shaberry Cheek menggunakan poster ini. Bunyi macam serangan pembangkang tapi sebenarnya kawan sendiri.
Tak payahlah nak bermugkin. Memang pun. Oleh itu, jangan hairan dari Bahagian yang sama.
Game ini senang dibaca kerana tujuannya adalah untuk dapatkan bayaran samada dari mangsa yang disasarkan atau tukang upah. Mungkin sekali ada tukang biayai supaya lebih berkesan. Sering kali juga, tukang biayai ditinggalkan jika mangsa lebih pemurah.
Ini adalah game yang sama yang diguna pakai penulis politik. Begitulah rasminya penulis politik yang pemahaman polisi, ekonomi, sosial dan sains politik amat cetik sekali. Politik yang difahami hanya seni berpoliticking tanpa pengisian.
Tak apa lah ... Kali ini kita berkias tapi lain kali kita balik jadi blogger dan berterus terang. Pendik kata, semua maklumat dah kami ketahui.... siapa YBnya, siapa ahli keluarga, siapa wartawan yang diguna, penyebar FBnya dan pemimpin tempatan yang terlibat.
Tak ada kena mengena Dato Idris Jusoh kerana ada yang terlibat pun pernah kena drop oleh Idris... hanya hantu raya. Bila tulis bukan main hebat menggunakan perkataan perjuangan, hai ...ni bukan caranya nak pertahankan BN.
Sepatutnya kurangkan tikam menikam dan lebih sepakat, muzakarah dan konsensus. INi nak ambil peluang menyalahkan seseorang padahal bukan salah dia. Sah ini serupa nak bantu PAS ambilalih Terengganu saja mereka ni.
Isnin, April 21, 2014
SYED ROSLI KATA UMNO YANG PATUT LAKSANAKAN HUDUD
Bekas calon Ketua Pemuda 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail berkata kenapa ada umat Islam di Malaysia ini mahu salahkan dan mengeji mnediang Karpal Singh kerana waktu hidup beliau menolak Hudud dan negara Islam sedangkan yang berkuasa adalah sebuah parti UMNO yang ahli dan pemimpin - pemimpin nya beragama Islam sendiri gagal melaksanakan Hudud.
Katanya, apa sahaja alasan yang cuba diberi oleh Umno memang tidak masuk akal.
"Di dalam Pelembagaan Negara sendiri telah nyatakan secara terangan bahawa agama rasmi negara Malaysia adalah Islam.Didalam Perlembagaan parti UMNO sendiri juga ada nyatakan bahawa UMNO akan pertahankan dan laksanakan Islam," katanya,
Beliau bertanya jadi kenapa UMNO perlu takut untuk melaksanakan Hudud?.
"Hudud adalah sebahagian Islam dan kita sebagai umat Islam wajib terima Hudud sebagai sistem perundangan Islam di negara ini," katanya,
Seperti juga PAS yang beliau lihat hanya lebih pada sandiwara gunakan Islam sebagai perjuangan parti tetapi masih gagal berjuang untuk laksanakan Hudud dan sering persalahkan Umno sedangkan mereka sendiri takut pada bayangan DAP.
"Saya ingin tegaskan di sini bahawa kedua parti UMNO dan PAS perlu ikhlas berjuang dalam per laksanakan hukum Hudud kerana ini adalah hukum Allah SWT didalam Al Quran.Tiada alasan untuk tidak laksanakan," katanya lagi.
Isnin, April 14, 2014
WARTAWAN SUDAH DIBELI OLEH SETIAUSAHA AKHBAR KHALID?
Memang menarik apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, tiba-tiba timbul isu perempuan simpanan MB dalam Free Malaysia Today.
Sila baca http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/04/08/bekas-perempuan-simpanan-mb-tuntut-rm3-juta/
Kononnya pihak Azmin Ali telah membocorkan kes ini kepada FMT. Malah banyak blog telah mengaitkan Khalid dengan bekas perempuan simpanan MB. Walaupun FMT tidak menyebut siapa MB berkenaan, tiba-tiba nama Khalid disebut-sebut orang.
Jumaat lepas wartawan menyerbu Khalid untuk menjawab persoalan yang berlegar dalam Facebook dan blog mengenai isu tersebut. Khalid menjawab, “saya tidak tahu menahu”.
Tiba-tiba setiausaha akhbar MB panggil semua wartawan supaya jangan siar berita itu jika tidak MB akan saman. Peliknya dia yang buat penafian, dia ugut nak saman wartawan pulak.
Inilah setiausaha akhbar MB yang hebat buat kerja boleh ugut suratkhabar pula. Atau adakah Khalid sudah beli wartawan yang buat liputan tersebut?
Saya berharap setiausaha akhbar MB dapat menjawab soalan ini, berapa banyak dia bayar wartawan supaya tidak menyiarkan berita penafian MB itu.
Khamis, April 03, 2014
TERENGGANU MASIH BERUNDING BELI DUA AMPHICOACH
KUALA TERENGGANU, 3 April (Bernama) -- Proses pembelian dua buah bas
‘amphicoach’ (bas amfibia) yang boleh bergerak di atas air masih dalam peringkat
rundingan untuk menetapkan harga dan spesifikasi mengikut kehendak kerajaan
negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk
Mohd Jidin Shafee.
"Pada dasarnya, memang kita bersetuju dengan pembelian ini kerana kenderaan
ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat.
"Selain untuk tujuan pelancongan, ia juga akan digerakkan pada musim
tengkujuh kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran
kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti yang berlaku di
Kemaman tahun lalu," katanya pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung
Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu di sini hari ini.
Sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana
kilang kenderaan buatan Malta ini tidak bersifat komersil sebaliknya hanya
menyiapkan amphicoach berdasarkan tempahan khas.
Beliau berkata kenderaan yang berharga 650,000 euro atau kira-kira RM3
juta (harga kilang) setiap satu itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan
Terengganu di mata dunia kerana ia menampilkan keunikan tersendiri buat
pelancong terutama di Asia Tenggara.
"Setakat ini, kita mahu amphicoach itu memuatkan 50 penumpang dengan
kelajuan lapan knot di dalam air. Apabila kita sudah membuat pengesahan
tempahan, ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan.
"Ia dijangka boleh digunakan bermula musim tengkujuh tahun depan bagi
kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana
melanda," kata Mohd Jidin.
Mengikut perancangan awal, amphicoach akan digunakan untuk membawa
pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyelusuri Sungai
Terengganu.
-- BERNAMA
KAK AZM HM
Jumaat, Mac 14, 2014
SEMOGA DOA JEMAAH UMRAH DI MEKAH TERMAKBUL SEGERA
SEPANG, 14 Mac (Bernama) -- Para jemaah yang akan menunaikan umrah di
Makkah akan turut berdoa bagi menemui semula pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.
Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Lim Abdullah, 54,
berkata beliau akan menggunakan sebaiknya masanya di sana nanti bagi membawa
bersama doa dan harapan rakyat Malaysia, agar ditemui semula pesawat itu.
Menyifatkan kejadian itu sebagai ketentuan Allah, katanya doa adalah senjata
paling utama bagi umat Islam, katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang
Antarabangsa KL (KLIA) sebelum berlepas ke tanah suci hari ini.
Beliau pergi bersama isterinya Kamariah Husin, 53.
"Walaupun tidak berkesempatan untuk turut serta menunaikan solat hajat yang
dianjurkan di masjid, namun tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia, saya
mengajak keluarga bersama-sama menunaikan solat hajat di rumah," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal
hilang setelah berlepas dari KLIA menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu
lalu.
Operasi mencari yang memasuki hari ketujuh hari ini masih
gagal mengesan pesawat.
Rohani Awang, 60, dari Perlis berharap doanya di depan Kaabah agar pesawat
itu ditemui semula akan dimakbulkan.
"Apa pun kita mesti jadikan insiden ini sebagai iktibar untuk memperbaiki
diri kita," katanya yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan di media massa.
Pekerja swasta Afzan Othman, 37, berkata semua pihak mesti optimis dan terus
berusaha mencari pesawat itu.
-- BERNAMA
RBN YAZ BBJ HK HM
Khamis, Februari 27, 2014
MAHKAMAH TOLAK SAMAN MPK TERHADAP PAS
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak
saman fitnah RM5 juta oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terhadap PAS
berhubung perkataan berbaur fitnah dalam isu Zoo Bukit Takal di Terengganu.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, dalam keputusannya, menegaskan MPK gagal
membuktikan elemen fitnah dalam kes itu.
Peguam Noorazmir Zakaria, mewakili PAS, memberitahu media bahawa hakim
berkata MPK gagal membuktikan bahawa kenyataan fitnah itu diterbitkan PAS
terhadap majlis itu.
"Mahkamah menolak saman itu dengan kos RM30,000," katanya.
Peguam Azwan Abdul Wahab mewakili MPK.
Pada 22 Mac tahun lepas, MPK memfailkan saman terhadap PAS dengan menuntut
ganti rugi RM5 juta daripada parti itu yang didakwanya mengedarkan risalah
mengandungi kata-kata berbaur fitnah dan palsu dalam isu Zoo Bukit Takal.
Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PAS untuk
mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikenakan terhadap parti itu.
MPK memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap PAS setelah parti itu
gagal hadir di mahkamah dua kali meskipun diperintah berbuat demikian.
-- BERNAMA
Rabu, Februari 26, 2014
JANGAN TERPEDAYA DENGAN GELAGAT ANWAR
KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri
Dr Salleh Said Keruak menggesa pengundi agar tidak terpedaya dengan gelagat
politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berusaha menawan
hati mereka menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang
bulan depan.
Sambil mengingatkan pengundi mengenai janji yang tidak ditepati oleh Anwar,
beliau berkata pemilih tidak harus mudah tertipu dengan propaganda yang
diuar-uar pembangkang kali ini.
Salleh berkata Anwar berjanji untuk bersara daripada politik dan menjadi
pensyarah jika pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam pilihan raya
umum pada Mei lepas.
"Mereka gagal ke Putrajaya namun Anwar enggan bersara seperti yang
dijanjikan. Malah beliau kini mahu menjadi menteri besar Selangor, tidak
termasuk cubaannya merampas Putrajaya (pada 16 Sept 2008). Rakyat sudah muak
dengan janji tidak ditepati," katanya menerusi entri dalam blognya
www.sskeruak.blogspot.com.
Pilihan raya kecil DUN Kajang ditetapkan pada 23 Mac ini dengan penamaan
calon pada 11 Mac, selepas penyandang yang juga daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Jan lepas.
Salleh yang juga Speaker DUN Sabah turut menempelak DAP kerana melontar
pelbagai tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi mendapat sokongan
politik.
"Selepas pilihan raya umum pada Mei 2013, DAP menuduh BN menang pilihan raya
menerusi penipuan dengan mendakwa berlaku insiden terputus bekalan elektrik
ketika proses pengiraan undi dan 40,000 rakyat Bangladesh mengundi di beberapa
kawasan," katanya.
Menurut Salleh, kempen 'Blackout 505' hanya satu sandiwara yang dibuat oleh
pembangkang termasuk DAP bagi merasionalkan kekalahan mereka dalam pilihan raya
itu.
-- BERNAMA
NAM MGN NM
Selasa, Februari 25, 2014
GHAZALI CADANG KERAJAAN GUBAL AKTA BARU ELAK HINA ISLAM
AKTA-ISLAM
HULU TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) -- Kerajaan perlu mewujudkan satu akta
baharu bagi mengekang tindakan pihak tertentu menghina agama Islam melalui laman
sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas Negeri Ghazali Taib
berkata perkara itu perlu dibincangkan di Parlimen untuk menggubal akta
berkenaan bagi membendung tindakan itu.
"Kita berharap kepimpinan peringkat tertinggi negara dapat memikirkan kaedah
bagi menangani perkara itu daripada terus berleluasa," katanya ketika mengulas
tindakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara di sini yang mencabar dan
menghina kesucian agama Islam melalui laman sosial.
Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil kesal dengan
apa yang berlaku sehingga ada yang sanggup menggunakan teknologi maklumat dan
menyelitkannya dengan unsur negatif sedemikian.
Sementara itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu kawasan
tadahan air di Ajil bagi mengelak kejadian banjir yang sering melanda kawasan
itu terutama di musim tengkujuh.
"Ajil yang terletak di kawasan Hulu Terengganu memang menerima hujan yang
banyak setiap tahun. Jadi saya cadangkan supaya satu kawasan tadahan air
diwujudkan di situ kerana saya bimbang banjir akan terus berlaku sekiranya
kawasan yang sedang dibangunkan itu tidak mempunyai sistem saliran air yang
baik," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan bantuan banjir bagi
kawasan itu.
Di majlis itu, 355 keluarga yang terlibat dengan banjir masing-masing
menerima bantuan RM500 setiap keluarga melibatkan peruntukan keseluruhan
RM177,500.
-- BERNAMA
Khamis, Februari 20, 2014
ANAK MAHATHIR ORANG KE SEMBILAN TERKAYA DI MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Robert Kuok, hartawan Malaysia yang
berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan
RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan
T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.
Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya
menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88
peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.
Teh, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai
RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam
terbitan 16 Feb.
Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada
RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion
tahun lalu.
Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia
pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert
Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.
Majalah itu berkata tempat keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek
Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai
RM14.11 bilion tahun ini.
Tempat ke-5 ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang melompat dari
kedudukan keenam tahun lepas, mengatasi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang
jatuh ke tempat keenam.
Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56
bilion tahun lalu.
Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat
sebanyak 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun
lepas.
Ketua Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua,
mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.
Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee
meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.
Datuk Mokhzani Mahathir melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat
kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.
Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation
menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.
Malaysian Business berkata antara fakta menarik ialah sejak 2002, 81
usahawan menyertai senarai 40 individu terkaya di Malaysia dan 15 berjaya kekal
di atas secara berterusan.
Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh dikaitkan
dengan sumbangan prestasi pasaran dan harga inflasi, dengan kekayaan mereka
sebahagian besarnya berasaskan kepada pegangan masing-masing.
Ia juga menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan
ekonomi Malaysia yang positif dalam tempoh 12 tahun.
Tahun ini terdapat 33 jutawan dalam senarai harta mencecah angka bilion,
lebih dua daripada tahun lepas dan 29 daripada 40 dalam senarai merekodkan
lebih tinggi daripada tahun lepas.
Daripada jumlah itu, 20 individu mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10
peratus.
Dua individu kembali memasuki senarai tahun ini, Datuk Tony Tiah dari TA
Enterprise di tempat ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri
Rozali Ismail dari Puncak Niaga Holdings memasuki senarai 40 Teratas dengan
RM543.74 juta.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 Teratas dinilai berdasarkan
nilai pegangan mereka dalam syarikat tersenarai pada 18 Jan 2014.
Malaysian Business majalah perniagaan utama di negara ini diterbitkan oleh
Berita Publishing Sdn Bhd.
SENARAI 20 INDIVIDU TERKAYA MALAYSIA 2013
Senarai
Sekarang Nama Kekayaan (JUTA RM) Syarikat
1. Robert Kuok Hock Nien 54,480.00 Kerry Group/Kuok Group
2 T Ananda Krishnan 33,193.88 Usaha Tegas
3 Tan Sri Teh Hong Piow 18,066.20 Public Bank
4 Tan Sri Quek Leng Chan 14,110.81 Hong Leong Group
5 Tan Sri Lee Shin Cheng 13,115.37 IOI Group
6 Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 11,070.00 Al-Bukhary Foundation
7 Tan Sri Lim Kok Thay 9,434.18 Genting Group
8 Puan Sri Lee Kim Hua 7,467.00 Genting Group
9 Datuk Mokhzani Mahathir 4,222.26 SapuraKencana Petroluem
10 Tan Sri Azman Hashim 4,108.45 Arab-Malaysian Corp
11 Tan Sri Tiong Hiew King 3,790.00 Rimbunan Hijau
12 Ong Beng Sheng 3,530.00 Hotel Properties Ltd
13 Tan Sri Yeoh Tiong Lay 3,220.83 YTL Group
14 Tan Sri Lau Cho Kun 3,120.67 Hap Seng Consolidated
15 Tan Sri Shahril Shamsuddin 2,506.03 Sapura Group
16 Datuk Shahriman Shamsuddin 2,468.65 Sapura Group
17 Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling 2,153.15 Sunway Group
18 Datuk Lee Yeow Chor 2,033.81 IOI Group
19 Lee Yeow Seng 2,006.13 IOI Group
20 Tan Sri Vincent Tan 1,924.12 Berjaya Group
-- BERNAMA
AMY WGM TOM SLR
Selasa, Januari 28, 2014
PAS TUNTUT JAWATAN MB JIKA KHALID BERHENTI
PETALING JAYA: PAS Selangor akan mengemukakan senarai calon sendiri untuk jawatan Menteri Besar jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dan mengosongkan kerusinya.
“Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman hari ini.
Khairuddin berkata, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco negeri Iskandar Samad merupakan calon utama selain beberapa nama yang difikirkan layak dan sesuai.
Katanya, nama-nama tersebut akan dihantar kepada pemimpin PAS Pusat untuk pertimbangan.
“Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” tegasnya.
Namun katanya, selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja.
Mengulas kekosongan kerusi N25 Kajang, beliau menganggap ia sebagai isu dalam PKR dan menyeru ahli PAS negeri itu bertenang serta mengikuti perkembangan politik di Selangor secara berhati-hati
Katanya, apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.
“Oleh itu PAS Selangor meminta ahli PAS di semua peringkat untuk terus bertenang dan menunggu arahan terus dari PAS Selangor dari masa ke semasa.
“Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, Pakatan Rakyat di Selangor berjaya membentuk kerajaan apabila menang 44 daripada 56 jumlah kerusi DUN Selangor
Daripada jumlah itu, PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi.
ANWAR DARI PM JADI MB PULAK?
PETALING JAYA: Pagi semalam pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan. Begitu juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid.
Begitulah orang politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan. Petang semalam ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Jadi khabar-khabar angin Anwar akan bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Kajang begitu kuat bertiup.
Pagi ini Khalid mengesahkan Anwar akan jadi calon PKR pada PRK Kajang nanti. Adakah PRK Kajang membazir? Sudah tentu bagi SPR membazir kerana ia terpaksa diadakan walaupun wakil rakyatnya tidak meninggal dunia.
Rakyat Kajang sudah tentu marah kepada PKR kerana menyusahkan mereka kerana mereka kena keluar mengundi semula selepas lapan bulan memilih wakil rakyat mereka. Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail PKR tidak boleh disalahkan kerana ia adalah jalan terbaik untuk meletakkan calon MB baru menggantikan Khalid.
Jika Khalid digantikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai Menteri Besar, sudah tentu Khalid tidak mahu. Maka jalan terbaik terpaksa menurunkan Anwar Ibrahim untuk meredakan pertelingahan di antara Khalid dengan Azmin.
Inilah akibatnya PKR tidak mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan. Jika PKR amal konsep ini, Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor yang sepatutnya jadi menteri besar dan bukannya Khalid Ibrahim.
Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid bijak mengurus negeri tetapi sebagai orang politik beliau gagal. Ini yang menimbulkan kemarahan para penyokong PKR. Khalid dikatakan boneka Elizabeth Wong di mana banyak projek pembangunan di Selangor Elizabeth yang cadang, Khalid terus setuju.
Menurut Syed Rosli lagi, kenapa marah kepada PKR terpaksa membazirkan wang rakyat untuk buat PRK Kajang sedangkan PKR mencontohi BN. Pada tahun 1997, BN sanggup mengadakan PRK Permatang untuk membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Jadi PKR meniru BN mengadakan PRK Kajang untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Soalnya, adakah rakyat Pulau Pinang boleh menjadi Menteri Besar Selangor?
Menurut ADUN Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam perlembagaan Selangor tidak mengatakan hanya rakyat Selangor sahaja yang layak jadi menteri besar.Soalnya, sanggupkah Sultan Selangor beri perkenan kepada Anwar Ibrahim sebagai menteri besar?
Jika Sultan Selangor tidak berkenan, maka krisis Selangor akan menjadi lebih buruk lagi. Atau mungkin Azmin Ali yang terpaksa dilantik sebagai menteri besar yang baru kerana beliau adalah anak Selangor.
Kesanggupan Anwar menjadi calon Menteri Besar Selangor turut dipersoal. Selama ini beliau mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, kenapa tiba-tiba beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor pula?
Adakah kerana cita-citanya nak jadi Perdana Menteri sudah tidak nampak jalan lagi? Majoriti rakyat tetap bersama BN maka Presiden Umno selama-lamanya akan menjadi perdana menteri maka peluang Anwar tidak akan menjadi kenyataan selama-lamanya.
Menyedari hakikat ini, maka baginya lebih baik menjadi Menteri Besar daripada menjadi Perdana Menteri yang mustahil sama sekali. Bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah jadi Menteri Besar?
Atau adakah Anwar mengorbankan dirinya dengan menerima jawatan yang lebih rendah semata-mata untuk menyelamatkan PKR pada PRU ke 14? Beliau nampak jika krisis dalaman PKR tidak selesai maka Selangor akan jadi seperti Kedah. PAS Kedah tewas pada PRU ke 13 kerana perebutan kuasa sesama para pemimpin PAS.
Sama-samalah kita tunggu apabila Anwar menang nanti dalam PRK Kajang, beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak. Atau adakah Anwar akan mencatat sejarah sebagai orang luar yang pertama yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor? Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.
TAK PERLU PINDA AKTA PILIHANRAYA
PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail berpendapat akta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak perlu dipinda yang menetapkan mana-mana wakil rakyat meletakkan jawatan secara automatik calon yang dapat undi kedua tertinggi dalam PRU ke 13 dianggap sebagai wakil rakyat yang baru.
Katanya, SPR tak perlu meminda akta yang ada kerana walaupun pilihanraya kecil ini diadakan kerana bukan wakil rakyatnya meninggal dunia, pilihanraya kecil perlu diadakan.
“Biar rakyat memilih wakil rakyat mereka yang baru selepas ADUN itu meletakkan jawatan.” kata beliau kepada FMT mengulas cadangan supaya akta SPR dipinda semula.
Berdasarkan akta sekarang, jika berlaku kematian atau peletakan jawatan mana-mana wakil rakyat selepas 36 bulan dari tarikh PRU, maka automatik pilihraya kecil tidak diadakan.
“Soal mengadakan pilihanraya kecil itu membazir tidak timbul kerana itu tugas SPR mengendalikan pilihanraya kecil itu,” kata beliau mengulas peletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam.
Beliau yang baru pertama kali bertanding pada PRU Mei 2013 menjadi ADUN Kajang untuk lapan bulan sahaja.
Pada PRU tersebut, calon PKR itu mendapat 19,571 undi menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan lima calon, Lee Ban Seng (BN) mendapat 12,747 undi;Mohamad Ismail (Berjasa) mendapat 1014 undi, Ir Mohd Iwan Jeffrey Abdul Majid(Bebas) mendapat 249 undi: Ong Yau Foo (Bebas) mendapat 85 undi dan Mohd Khalid Kassim (Bebas) mendapat 83 undi.
Menurut Syed Rosli, pilihanraya kecil itu diadakan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai jalan untuk menamatkan pertelingkahan politik di antara Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.
“Orang Umno tak boleh kata PKR menyusahkan rakyat Kajang kerana perlu keluar mengundi semula kerana pada tahun 1997, Umno juga berbuat demikian juga apabila pilihanraya kecil diadakan untuk melantik Tan Sri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, “ jelas beliau.
BERAPA LAMA KHALID DAPAT BERTAHAN?
PETALING JAYA: Satu demi satu isu meletus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua pada bulan Mei 2013. Selepas Pakatan mempertahankan negeri Selangor, sudah ada ura-ura orang lain yang jadi Menteri Besar bukannya Khalid Ibrahim
PAS dan DAP menang 15 kerusi manakala PKR dapat 14 kerusi sahaja pada PRU ke 13. Dari segi hak, sepatutnya ADUN PAS atau ADUN DAP yang jadi Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perlembagaan negeri Selangor tidak membenarkan orang Cina menjadi Menteri Besar, maka kerusi itu sepatutnya disandang oleh ADUN PAS.
Tetapi PAS tidak dapat sokongan DAP. Maka kerusi Menteri Besar kekal di tangan PKR. PAS dan DAP sokong jika jawatan itu terus disandang Khalid Ibrahim memandangkan beliau sudah menguruskan negeri itu dengan cemerlang dari tahun 2008-2013.
Selangor mempunyai rezab sebanyak RM2.3 bilion di bawah Khalid. Maka Khalid terus menjadi Menteri Besar Selangor walaupun ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut mengidam jawatan tersebut.
Kalau PKR mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan, Azmin yang sepatutnya jadi Menteri Besar dan bukannya Khalid. Azmin adalah Pengerusi PKR Selangor sedangkan Khalid tiada jawatan dalam Perhubungan PKR Selangor. Malah di peringkat bahagian dan cawangan pun Khalid tiada jawatan.
Azmin memang tidak ngam dengan Khalid kerana Khalid uruskan negeri secara korporat. Sebagai orang politik PR Azmin lain berbanding dengan PR Khalid apabila berurusan dengan orang ramai.
Sebab itu ada usaha untuk menamatkan perebutan jawatan Menteri Besar di antara Khalid dengan Azmin dengan mengadakan pilihanraya kecil untuk membolehkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Orang luar perlu diketengahkan sebagai Menteri Besar supaya kedua-duanya tidak berkecil hati.
Sanggupkah Anwar menjadi menteri besar kerana selama ini beliau mengidam jawatan Perdana Menteri? Berapa lama lagi Khalid dapat bertahan kerana desakan kepada beliau untuk meletakkan jawatan begitu kuat.
Jika beliau enggan meletakkan jawatan, adakah beliau akan dipecat dari parti? Khalid dikatakan menimbulkan kemarahan Anwar kerana tiga isu.
Isu pertama, isu kenaikan gaji ADUN Selangor serta gaji Menteri Besar dan Exco yang naik berkali ganda. Isu kedua, persetujuan Khalid menyerahkan hak kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mengenai pengurusan bekalan air serta isu pemecatan Azmin daripada ahli lembaga pengarah PKNS.
Walaupun Khalid menafikan terlibat memecat Azmin, tetapi selaku Pengerusi PKNS beliau yang patut bertanggungjawab. Atau adakah bekas Pengurus Besar, Othman Omar yang sedang disiasat yang sengaja melaga-lagakan di antara Khalid dengan Azmin?
Sementara itu pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain.
Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.
“Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,” katanya.
Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar.
Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul Khalid di negeri ini.
Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.
Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.
Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.
“Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri,” ujarnya.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)








.jpg)








.jpg)
