Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli al Jamalullai kesal dengan sikap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuji Dr Mahathir Mohamad dalam Facebooknya secara berlebihan.
Dr Asyraf yang kebetulan terserempak dengan Dr Mahathir di majlis perkahwinan anak Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali al Habshi telah selfie dengan Dr Mahathir dan memuatkan gambar selfie itu dalam Facebooknya sambil memuji kehebatan Dr Mahathir.
Syed Rosli berpendapat tidak salah Dr Asyraf selfie dengan Dr Mahathir tetapi memuji musuh bossnya, Najib Razak dalam Facebook secara berlebihan menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati Najib yang melantiknya sebagai ahli majlis tertinggi Umno dan timbalan menteri.
"Dalam situasi semasa siang malam Dr Mahathir mahu menjatuhkan Najib, tergamak pula seorang timbalan menteri Najib melambung Dr Mahathir dalam facebooknya dengan puji pujian yang langsung beliau tidak jaga air muka Najib yang mahu dijatuhkan Dr Mahathir," kata beliau kepada catatanzabidi.
Mungkin anak bekas Setpol Dr Mahathir itu terlalu ghairah menemui Dr Mahathir sehingga beliau terlupa beliau adalah seorang timbalan menteri.
Sehubungan dengan itu Syed Rosli yang juga penolong setiausaha Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan meminta Perdana Menteri berhati-hati melantik menteri dan timbalan menteri di masa akan datang.
"Jangan lantik timbalan menteri yang ada kaitan dengan Dr Mahathir kerana ayah Dr Asyraf pernah ,menjadi setpol Dr Mahathir setelah kalah pilihanraya umum di Kelantan," katanya.
Beliau sedih tidak ramai menteri dalam kabinet Najib yang sanggup mempertahankan Najib apabila Najib diserang Dr Mahathir dan pembangkang dalam isu 1MDB dan isu derma RM2.6 billion.
"Yang saya nampak bersungguh-sungguh mempertahankan Najib ialah Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dr Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan," katanya.
Syed Rosli berkata gambar selfie Dr Asyraf dengan Dr Mahathir dalam Facebooknya memberi hikmah kepada Najib untuk membuktikan bahawa Dr Asyraf sebenarnya adalah orang Dr Mahathir dalam kabinet Najib.
Rabu, Februari 10, 2016
Selasa, Februari 09, 2016
GAJI PEKERJA ASING WAJAR DIKENAKAN CUKAI PENDAPATAN
Keputusan kerajaan untuk menyusun semula sistem kadar levi untuk pekerja asing kepada dua kategori sahaja dijangka memberi pendapatan tambahan RM2.5 bilion kepada negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar baharu itu akan berkuat kuasa mulai 1 Febuari lalu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS), satu-satunya universiti di tengah Sarawak yang merupakan sebahagian program lawatan dua hari beliau ke Sarawak baru baru ini.
Beliau berkata sebelum ini, pekerja asing dikenakan kadar berbeza berdasarkan kepada sektor-sektor di mana mereka bekerja seperti pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.
“Sekarang hanya ada dua kategori. Pertama adalah untuk mereka yang berada di sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Di sini setiap pekerja akan dikenakan kadar baharu RM2,500.
“Bagi mereka yang bekerja di sektor ladang dan pertanian yang terletak di bawah kategori kedua, kadar tersebut adalah RM1,500 bagi setiap pekerja,” katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, pekerja domestik dikecualikan. Menurut statistik, beliau berkata kini terdapat kira-kira 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 telah menyentuh mengenai penyusunan semula ini.
“Ini adalah selaras dengan perkembangan dalam senario ekonomi negara dan di peringkat antarabangsa, “katanya.
Beliau berkata kerajaan perlu tampil dengan kadar baharu memandangkan pekerja asing juga menikmati pelbagai faedah seperti harga subsidi makanan dan keperluan lain yang semata-mata untuk rakyat negara ini.
“Mereka juga menikmati infrastruktur yang baik yang disediakan kerajaan, tapi kita juga mengiktiraf peranan penting mereka dalam pembangunan negara dan ekonomi kita, “katanya.
Namun demikian Dr Zahid berkata KDN akan mengadakan pertemuan dengan majikan selepas perayaan Chap Goh Meh yang membantah kenaikan harga levi itu. Mereka tidak bersetuju harga levi yang dikenakan terlalu tinggi.
Berdasarkan harga baru levi sebanyak RM2.500 yang memberi pendapatan tambahan sebanyak RM2.5 billion sepatutnya kerajaan mengenakan cukai pendapatan kepada setiap gaji tahunan pekerja asing. Terpulang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menetapkan kadar potongan cukai kerana 2.35 juta pekerja asing membawa pulang sebanyak RM71.76 bilion ke negara masing masing.
Sudah sampai masanya kerajaan meminda akta buruh di parlimen supaya pekerja asing turut dikenakan cukai pendapatan. Bayangkan setiap pekerja asing diberi gaji sebanyak RM2,600 sebulan. Ini bermakna jumlah gaji setahun setiap pekerja asing adalah sebanyak RM31,200.00
RM31,200 darab 2.3 juta pekerja asing maknanya mereka mendapat RM71.76 billion tolak dengan hasil negara RM2.5 billion maknanya mereka membawa pulang sebanyak RM69.26 billion. Alangkah ruginya negara kita tidak mengenakan cukai di atas RM69.26 billion itu.
Kalau kenakan cukai pendapatan sebanyak 10 peratus pun, hasil pendapatan negara bertambah RM6.9 billion. Bukan sahaja kita rugi dari segi tidak mengenakan cukai pendapatan kepada mereka, malah mereka yang untung kerana menikmati subsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. Pekerja asing beli gula, beras, minyak masak dengan harga yang sama dengan harga subsidi yang dinikmati rakyat Malaysia.
Perkiraan ini berdasarkan kepada pekerja asing yang berdaftar. Bagi PATI yang tidak berdaftar lebih banyak lagi mereka membawa pulang wang ke negara mereka. Sebab itu sudah sampai masanya bagi kerajaan menilai cadangan ini. Mungkin cara ini boleh mengurangkan kemasukan pekerja asing selepas ini tetapi sekurang-kurangnya negara dapat hasil dari titik peluh mereka.
Isnin, Februari 08, 2016
MUHYIDDIN TAK SERIK
Selepas Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru pada perhimpunan agung Umno, nampaknya bekas TPM itu tidak serik mengkritik Najib Razak dalam posting terbaharu Facebooknya.
Beliau menulis walaupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah mereka yang ditemuinya - sama ada yang dikenalinya dan tidak dikenalinya - jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan.
"Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal," tegas bekas timbalan perdana menteri itu.
Katanya, ini permulaan kepada satu perjuangan untuk memulihkan Malaysia dan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik "kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita".
Menulis di Facebook dua hari lepas, Muhyiddin menegaskan bahawa mereka tidak akan ada kekuatan jika bersendirian.
"Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak untuk menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya.
"Bagi saya, dalam hidup kita mesti ada prinsip. Prinsip yang paling utama ialah berpihak kepada kebenaran. Jangan sekali-kali kita berpihak kepada kebatilan. Sebagai seorang Muslim, ini adalah tuntutan agama.
"Justeru, saya tidak akan berpaling daripada perjuangan menegakkan kebenaran. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia berpendirian yang sama dan saya akan terus bersama-sama anda dalam perjuangan ini!
"Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin!" katanya.
Kenyataan Muhyiddin itu dibuat hampir seminggu selepas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dari sebarang salah laku, berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung RM42 bilion dari SRC International dan derma RM2.6 bilion.
Menulis lanjut, Muhyiddin berkata masalah besar yang sedang melanda negara ialah ketiadaan roh perjuangan untuk berpegang kepada prinsip-prinsip murni dalam kehidupan.
"Kerana itu berlaku masalah pecah amanah, tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan mungkin tiada perasaan takut kepada balasan Allah s.w.t.
"Kemelut yang berlaku nampaknya seperti tiada kesudahan. Misteri kehilangan wang dan harta negara tidak akan terungkai, walaupun bagi yang mengetahui ia seperti rompakan di siang hari.
"Pelbagai cerita akan terus direka untuk mengaburi mata rakyat demi melindungi salah laku individu tertentu," katanya sambil menegaskan bahawa keadilan yang ditagih tidak akan tertegak dengan mudah.
"Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah.
"Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa," tegas Muhyiddin lagi.

Nampaknya Muhyiddin tidak puas hati dengan penjelasan Peguam Negara. Oleh itu sudah sampai masanya bagi jawatankuasa disiplin Umno mengambil tindakan kepada Muhyiddin dengan menggantung keahlian beliau.
Tak ada makna Umno menyimpan pemimpin nombor dua yang tidak sehati sejiwa dengan pemimpin nombor satu Umno kerana Muhyiddin akan terus mengelirukan ahli Umno. Inilah masa untuk bertindak kerana PRU masih jauh lagi.
Ahad, Februari 07, 2016
OLA BOLA MENYENTUH EMOSI RAKYAT MALAYSIA
Pada tahun 2014, saya telah menonton filem kantonis tempatan "The Journey" arahan Chiu Keng Guan yang memecah panggung dengan kutipan sebanyak RM17 juta (rekod itu dipecah oleh filem Polis Evo pada tahun lepas). Saya telah membuat ulasan filem tersebut dalam Free Malaysia Today pada 22 Mac 2014, lihat http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2014/03/22/the-journey-ceritanya-simple-tapi-kutip-rm15-18-juta/
Saya tertarik dengan filem The Journey itu. Apabila Chiu Keng Guan menghasilkan filem terbaharunya, Ola Bola sekali lagi saya terpanggil untuk menonton filem arahan beliau. Memang ternyata filem yang bertemakan sukan itu menyentuh emosi rakyat Malaysia.
Tidak sangka pula Chiu dapat melahirkan sebuah filem Malaysia yang memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Inilah filem yang kita cari selepas bosan menonton filem Melayu yang genre komidi, seram dan cinta.
Filem Ola Bola ada kelainan kerana ia dapat menarik penonton dari semua kaum sedangkan filem Melayu hanya dapat menarik penonton Melayu. Oleh itu lrbih banyak filem seperti ini dihasilkan pada masa akan datang supaya semua kaum dapat menonton sebuah filem bersama.
Kebetulan ketika saya menonton filem ini semalam di Nu Sentral, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menonton bersama 30 orang pelajar dari kawasan parlimennya. Selepas tayangan filem tersebut, pengarah Chiu bersama dua pelakonnya Marianne Tan dan Saran Kumar muncul di pentas memperkenalkan diri.
Ola Bola merupakan sebuah filem bertemakan sukan arahan Chiu Keng Guan dan dibintangi oleh JC Chee (Tauke), Luqman Hafidz (Ali), Saran Kumar Manokaran (Muthu), Marianne Tan (Marianne), Katrina Ho (Tan Siew Lee),Bront Palarae (Rahman) dan Frankie Lee (pelakon The Journey).
Filem ini mengisahkan mengenai kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980. Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016.
Ola Bola mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kutipan mencecah RM2.5 juta setakat empat hari mula ditayangkan dengan pengkritik filem menyifatkannya sebagai filem Malaysia bertahap lima bintang yang menyentuh emosi.
Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80-an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.
Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.
Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Luqman Hafidz merupakan seorang pelakon baru. Pemain terbaik Khairy Jamaluddin Cup 2014 ini berjaya mendapat watak utama sebagai Ali di dalam filem ini hasil gambar selfienya bersama Khairy Jamaluddin yang diletakkan di dalam resumenya. Pihak produksi telah menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak yang diberikan. Filem ini menjalani pengambaraan di Stadium Merdeka. Filem ini menggunakan 60 peratus Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Sebuah set fun fair telah dibina untuk filem ini.
Saya antara berjuta-juta rakyat Malaysia yang menyaksikan secara langsung menerusi kaca televisyen, perlawanan penuh dramatik itu.
Gol kemenangan pasukan negara yang dijaringkan oleh pemain penyerang James Wong hasil lorongan pemain sayap kiri Hassan Sani akan kekal sampai bila-bila dalam ingatan ini. Ketika itu satu Malaysia bergema!
Setelah sekian lama disajikan dengan tema cinta terhalang, cinta tak kesampaian, anak derhaka menjadi kaya, peperangan sesama gengster atau perlumbaan motor dan kereta mat rempit, Ola Bola wajar diberi pujian kerana mengetengahkan satu tema perpaduan, perjuangan, semangat kerjasama sejati bagi mencapai kejayaan dalam bidang sukan demi Malaysia.
Tema sedemikian walaupun kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi digarap dan disampaikan secara mendalam dan penuh makna serta sangat dekat dengan latar masyarakat majmuk di Malaysia. Jalan ceritanya menyentuh perasaan setiap penonton.
Sebak dan terharu melihat semangat perjuangan tidak berbelah-bahagi para pemain dalam pasukan kebangsaan ketika itu. Lihat sahaja pada babak ketika mereka dibawa menaiki helikopter di akhir sesi latihan intensif untuk ke Stadium Merdeka.
Sesiapa sahaja pasti sebak mendengar lagu Inilah Barisan Kita, yang mengiring perjalanan mereka. Lagu yang sama terus gamat berkumandang di Stadium Merdeka pada malam perlawanan penuh bersejarah itu. Inilah Barisan Kita juga mengiringi detik kejayaan gemilang pasukan negara.
Sehingga kini lagu tersebut terus menjadi pembakar semangat atlet negara yang bertanding dalam apa jua acara sukan.
Filem tersebut bukan sekadar bercerita tentang sukan bola sepak. Ola Bola menceritakan kehidupan harian rakyat Malaysia pelbagai keturunan ketika itu. Filem ini turut mengangkat tema persahabatan, perjuangan penuh ranjau, kekeluargaan dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Chow Kwok Keong, Ahmad Ali, Muthu Kumar, Eric Yong, Ong Tiam Chai dan Muhammad Abu adalah watak-watak dalam Ola Bola yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Walaupun mereka anak penoreh getah, penjual kelapa dan anak kepada tauke balak yang kaya-raya, kesemuanya berkongsi satu semangat dan harapan yang sama iaitu mengharumkan nama pasukan bola sepak negara.
Dalam filem itu digambarkan setiap pemain ada masalah hidup tersendiri tetapi demi bola sepak Malaysia segalanya diketepikan.
Kwok Keong sebagai contoh berhadapan dengan dilema sebagai anak sulung yang perlu membantu keluarga dan pada masa yang sama mengejar impian sebagai pemain bola sepak.
Muthu pula daripada keluarga yang miskin menyebabkan cita-citanya untuk berjaya dalam bola sepak ditentang hebat ayahnya.
Eric Yong pula walaupun berasal dari golongan berada dan kaya, sanggup mengetepikan semua itu demi cinta kepada sukan bola sepak dan semangat mahu menyumbang bakti kepada pasukan kebangsaan.
Filem ini benar-benar memaparkan semangat 1Malaysia. Para pelakon pelbagai keturunan bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing tetapi berkongsi satu matlamat iaitu memastikan Malaysia layak beraksi di Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980.
Filem ini memberi mesej mudah, selagi kita bersatu dan bekerjasama, kita boleh mencapai apa sahaja kejayaan. Kecintaan kepada bola sepak menyebabkan mereka melupakan segala perbezaan latar belakang dan pandangan bagi memastikan pasukan kebangsaan berjaya.
Sukan khususnya bola sepak adalah medium perpaduan yang terbukti paling berkesan, walaupun apa yang dipaparkan dalam Ola Bola sukar dilihat lagi dalam era ini.

Sabtu, Februari 06, 2016
LETAK JAWATANLAH AEIZA
Ketua Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Aeiza Hassan sepatutnya meletakkan jawatan sebagai ketua puteri bahagian dan Exco Puteri Umno Malaysia kerana mempertikai pemecatan Mukhriz Mahathir sebagaio MB Kedah.
Beliau menulis surat kepada seorang Dato yang disebarkan dalam whatshap yang diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Beliau yang kecewa dengan cara Mukhriz diturunkan menulis telah ditanam hasrat sejak dari awal lagi jika Mukhriz turun dari jawatan MB Kedah, Umno bukan lagi pilihan kami.
Kalau exco puteri Umno Malaysia boleh menulis macam ini, apatah lagi rakyat biasa yang tak faham hujung pangkal kes Mukhriz disingkirkan sebagai MB. Exco puteri boleh berkata Umno bukan pilihan kami lagi maknanya dia akan mengundi pembangkang pada PRU akan datang. Sebab itu saya sudah banyak kali menulis dalam blog ini bahawa jika BN kalah bukannya kerana pembangkang kuat tetapi kerana orang macam Aieza yang tidak akan memilih BN lagi.
Oleh itu ketua puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyati wajar memecat beliau dari jawatan Exco puteri Umno Malaysia. Walaupun penolong setiausaha puteri Umno Malaysia, Fahariyah Md Nordin menafikan whatsapp tersebut dengan mengatakan ia adalah fitnah. Sepatutnya Aeiza yang buat laporan polis bagaimana whatsapp yang menggunakan nama beliau boleh tersebar jika benar bukan beliau yang menulisnya.
Oleh itu saya mengalu-alukan kenyataan Fahariyah yang mahu buat laporang polis. Biar polis siasat sama ada Aeiza berbohong atau tidak.

Jumaat, Februari 05, 2016
BEKAS POLIS TAK HORMATI UNDANG UNDANG
Penulis blog, Papagomo sekali lagi mencuri tumpuan apabila video yang memaparkan dirinya menyepak terajang seorang pekerja asing dikongsi secara meluas di media sosial.
Dalam video kira-kira empat minit yang tidak pasti lokasi kejadian itu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja Pakistan.
Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan.
Papagomo juga memuat naik video berkenaan di laman Facebook Sir Azri bagi mewajarkan tindakannya itu.

“Sweet sweet atau main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki.
“Tapi kalau dah buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan seharusnya diberikan pengajaran,” tulisnya di Facebook.
Menurutnya, beliau tidak membuat aduan polis kerana ia memakan masa yang lama dan sukar untuk mengheret pekerja warga asing ke muka pengadilan.
“Jadi aku selaku abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual.
“Jadi pada 29 Januari aku pergi jumpa dengan semua pekerja warganegara asing yang mana dua orang adik perempuan aku dan dua orang lagi kawan adik perempuan aku membuat aduan tentang gangguan seksual yang mereka alami,” katanya sambil secara panjang lebar menceritakan kejadian itu.
Menurutnya setelah pengecaman dibuat, beliau memberi beberapa das penampar, penumpuk dan terajang kepada pekerja itu serta memintanya tidak kembali.
Papagomo juga mengakui tindakannya itu adalah salah kerana tidak mengikut saluran undang undang tetapi beliau melaksanakan tanggungjawapnya sebagai seorang abang dan juga lelaki.
“Aku pun lelaki, pernah mengurat perempuan, kenyit mata, sweet sweet, ejas sikit sikit tetapi tidaklah sampai keterlauan seluk tangan dalam seluar,” katanya.
“Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang abang kepada adik-adik Aku.

Papagomo pada 2014, didapati bersalah selepas Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa Wan Azri adalah blogger Papagomo yang telah memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim memerintahkannya membayar Anwar RM850,000.
Ulasan saya, sebagai bekas polis Papagomo sepatutnya menghormati undang undang dan membuat laporan polis dan biar polis jalankan siasatan.
Jika bekas polis sendiri tidak percaya kepada polis, apatah lagi orang ramai yang tidak pernah menjadi polis. Oleh itu kita jangan bertindak sesuka hati mahu menjadi hero sehingga menghantar video menerajang pekerja asing ke youtube.
Jika kedutaaan mereka perihatin dengan kebajikan pekerja asing mereka, sudah tentu tindakan Papagomo merugikan hubungan baik antara Malaysia dengan negara tersebut.
Khamis, Februari 04, 2016
PESANAN ZAHID KEPADA MUKHRIZ WAJAR DIPATUHI
Sepanjang berlakunya krisis politik Kedah, TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak langsung mengulas isu tersebut. Ketika itu beliau bercuti di luar negara.
Semalam beliau mengulas isu yang sudah selesai itu dengan menasihati Mukhriz Mahathir mencontohinya supaya istiqamah dalam perjuangan. Beliau beri contoh kepada dirinya sendiri yang mana selaku ketua pemuda pada tahun 1998 telah ditahan di bawah ISA setelah TPM, Anwar Ibrahim dipecat dari Umno.
Tetapi beliau kekal dalam Umno dan tidak mengikut Anwar menyertai PKR seperti rakan-rakan lain Ezam Mohd Nor, Azmin Ali, Saifudin Nasution, Beliau tidak ikut sahabatnya meninggalkan Umno kerana hanya Umno yang mampu membela nasib orang Islam dan orang Melayu.
Dengan peletakan jawatan Mukhriz sebagai MB Kedah semalam, ia bukanlah bermakna karier Mukhriz sudah berakhir. Beliau masih muda. Kena sabar dalam politik. Beliau tak payahlah terus mengkritik Najib sebaliknya berdiam diri seperti Zahid pada tahun 1998.
Pada tahun 1999 Zahid dikekalkan sebagai calon parlimen Bagan Datoh. Pada tahun 2000 Zahid yang kehilangan jawatan ketua pemuda terpaksa undur ke belakang bertanding ahli majlis tertinggi Umno. Pada zaman Pak Lah, baru beliau dilantik timbalan menteri pelancongan pada tahun 2003.
Selepas PRU 2004, baru Zahid dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal agama Islam. Pada tahun 2009, beliau bertanding naib presiden Umno dan menang di tempat pertama dan sekali lagi mengekalkan jawatan tersebut pada tahun 2013 dengan undi tertinggi juga.
Apabila Muhyiddin tidak ngam dengan Najib, maka Najib melantik Zahid sebagai TPM baru pada tahun 2015. Selama 17 tahun Zahid kekal istiqamah dalam Umno akhirnya Allah mengangkat beliau sebagai TPM yang baharu.
Justru itu jika Mukhriz berdiam diri, tidak melatah, Mukhriz akan naik dalam politik tanah air. Pada PRU 2018, Mukhriz sudah tentu kembali bertanding kerusi parlimen Jerlun. Tetapi jika beliau terus menyerang Najib, sudah tentu langkah itu tidak menguntungkan beliau dari segi masa panjang.
Oleh itu Mukhriz patuhilah nasihat Zahid. Bukannya kita tidak suka Mukhriz tetapi apabila majoriti 14 ketua bahagian tidak dapat menerima kepimpinan Mukhriz lagi sebagai MB, maka tindakan Mukhriz melepaskan jawatan MB adalah tindakan yang berjiwa besar tanpa menunggu undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Mukhriz kena bersyukur. Walaupun beliau kalah tanding ketua pemuda pada tahun 2009, beliau tetap dilantik timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Pada tahun 2013, beliau kalah tipis kepada Hishamuddin Hussein dalam pertandingan naib presiden Umno. Olrh itu jika Mukhriz ikut nasihat Zahid sudah pasti kerusi naib presiden Umno yang ditinggalkan Zahid bakal menjadi milik Mukhriz pada pemilihan 2018.
Oleh itu kehilangan jawatan MB bukanlah kehilangan segala-galanya. Kerana masa depan beliau masih ada dalam politik Umno. Beliau harus muhasabah kenapa pemimpin Umno Kedah menolaknya. Oleh itu beliau kena pastikan orang di sekelilingnya tidak merosakkannya lagi terutama puak puak Ansara.

Rabu, Februari 03, 2016
TUKAR MUKHRIZ TAK ADA KEPERLUAN, TUKAR KHALID ADA KEPERLUAN PULAK
Lucu juga baca kenyataan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan PKR menyokong Mukhriz Mahathir dikekalkan sebagai MB Kedah kerana tiada keperluan menukarnya.
Jangan jadi double standard Azizah. Takkan rakyat Malaysia dah lupa yang PKR tukar Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Ada keperluan pulak tukar Khalid sedangkan Khalid yang mengumpul rezab RM2 billion bagi Selangor selepas sepenggal menjadi MB (2008-2013).
PKR sanggup adakan pilihanraya kecil di Kajang untuk membolehkan suaminya Anwar Ibrahim jadi MB Selangor gantikan Khalid Ibrahim. Kalau Anwar tiada kes mahkamah, hari ini Anwar yang jadi MB Selangor dan bukannya Azmin Ali. Takkan Azizah sudah lupa?
Buat apa Azizah sokong Mukhriz? Takkan Azizah dah lupa ayah Mukhriz yang pecat suaminya dari jawatan TPM. Jika Anwar tidak dipecat dari Umno, Anwar yang jadi PM Malaysia pada tahun 2003 dan bukannya Pak Lah.
Oleh itu tak payahlah PKR campur urusan Umno Kedah. Masa PKR nak tukar Khalid Ibrahim, Umno pun tak campur urusan PKR. Kesian kepada Khalid sehingga keluar dari PKR dan kekal sebagai ADUN Bebas kerana PKR tidak menghargai jasanya membangunkan Selangor.

TAPIS SEMUA MAKLUMAT DARI MEDIA SOSIAL
KOTA BELUD 2 Feb. - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua anggota parti di peringkat akar umbi supaya menapis semua maklumat atau berita yang diperoleh, khususnya dari media sosial.
Beliau berkata, perkara itu sangat penting kerana maklumat yang diterima tidak semestinya benar dan hanya fitnah yang mahu menjatuhkan parti dan pucuk pimpinan.
“Jangan kita mudah terpesong dengan tipu muslihat dan pembohonganyang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab terutamanya pembangkang yang mahu menjatuhkan UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan kunjungan beliau ke daerah Kota Belud di Kampung Taun Gusi, dekat sini kelmarin.
Beliau berkata, sebelum ini ramai anggota parti di peringkat akar umbi terpesong kerana mempercayai fitnah yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, namun kini semua tuduhan itu telah terjawab dan ia hanyalah fitnah semata-mata.
Sementara itu, Ismail yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pada tahun ini pihaknya memberi tumpuan pembangunan masyarakat luar bandar khususnya golongan muda.
Beliau berkata, bagi tujuan itu pihaknya telah menyediakan pelbagai program termasuk pinjaman untuk memastikan golongan muda menceburi bidang keusahawanan, sekali gus dapat meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.
“Oleh itu, kita berharap peluang yang diberikan oleh kerajaan melalui kementerian ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin... rebutlah peluang yang telah disediakan,” katanya.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Timbalannya, Datuk Musbah Jamli yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. – BERNAMA
Selasa, Februari 02, 2016
KENAPA ZAHARIN BUAT KEJUTAN
Zaharin Mohd Yasin bukanlah ahli parlimen dan bukannya ketua Umno Bahagian. Beliau adalah bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak dan bekas Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak.Tetapi semua orang politik mengenalinya. Jika aktivis Umno tidak kenal siapa itu Zaharin maknanya orang itu belum khatam lagi dalam politik Umno.
Saya mengenali Zaharin sejak 29 tahun lalu ketika bekerja sebagai wartawan akhbar Watan. Ketika sedang minum di kantin parlimen saya yang tidak kenalinya ditegur beliau sambil berkata, "Zabidi, ini Datuk Ishak Ketua Pengarah Jabatan Langskap Malaysia".
Saya hairan siapa lelaki gemuk ini yang kenali ramai pegawai kerajaan di kantin parlimen. Sejak itu kami berkawan dan untuk dapatkan info yang baik mengenai Umno maka Zaharinlah sumbernya.
Beliau bukan sahaja kenali hampir semua pegawai kerajaan malah kenali semua ahli parlimen yang ada di kantin itu tidak kira ahli parlimen BN atau pembangkang. Maka apabila semalam sempena cuti Hari Wilayah, beliau menarik balik sokongan kepada PM, Najib Razak sudah tentu ada yang tidak kena.
Zaharin berkawan dengan Najib sejak beliau menang dalam PRK Pekan pada tahun 1976 lagi. Sama sama dalam pemuda Umno Malaysia. Najib adalah Exco pemuda manakala Zaharin adalah ahli jawatankuasa biro antarabangsa pemuda Umno.
Facebook Zaharin mencatat sejarah kerana mempunyai 23,000 pengikut. Bila beliau keluarkan posting, biasanya 3,000 pengikutnya akan "like" posting tersebut. Betapa berpengaruhnya beliau.
Dalam perjuangan beliau konsisten. Sejak Anwar Ibrahim menyertai Umno pada 29 Mac 1982 sehinggalah dipecat dari Umno pada 2 September 1998, Zaharin balun Anwar kerana beliau tahu Anwar bukannya pemimpin yang baik. Semua orang tahu beliau di belakang tabir penerbitan buku Khalid Jefri berjudul 50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh jadi PM yang mana buku itu yang menjatuhkan Anwar sebagai TPM.
Namun demikian Zaharin kagum dengan sikap Anwar yang berjiwa besar. Walaupun Zaharin yang menaja buku yang menjatuhkan Anwar, tetapi Anwar tetap menegur Zaharin bila terserempak di parlimen.
Di zaman Pak Lah menjadi PM, Zaharin secara konsisten menghentam pentadbiran Pak Lah dalam blognya Sang Kelembai sehinggalah Pak Lah terpelanting dari jawatan PM. Di zaman Dr Mahathir, Zaharin dipecat dari Umno kerana menulis surat kepada semua ahli majlis tertinggi mengadu tentang anak Dr Mahathir iaitu Marina.
Beliau dua kali dipecat dari Umno tetapi beliau tetap bersama Umno dan beliau tidak menyertai parti lain. Di zaman Najib beliau hentam Muhyiddin Yasin dan akhirnya Muhyiddin gugur sebagai TPM. Jadi apabila Najib dihentam beliau, ini bermakna jangka hayat Najib sebagai PM tidak akan bertahan lama.
Apa puncanya yang menimbulkan kemarahan Zaharin kepada Najib? Beliau masih membisu dan sudah tentu ada insiden yang buatkan beliau kecil hati kerana dianggap sebagai sampah.
Apabila meletus isu derma RM2.6 billion Zaharin yang mengakui menerima cek dari Najib untuk pejabat BN Bandar Tun Razak sedangkan semua ketua bahagian yang menerima sumbangan dari Najib membisu seribu bahasa dan tidak berani mengesahkannya kerana sumbangan itu masuk ke dalam poket sendiri dan tidak masuk ke dalam akaun Umno bahagian.
Zaharin rapat dengan Najib sejak 40 tahun lalu. Maka tidak hairanlah Najib selaku PM boleh melawat cawangan Umno Flat Sri Labuan yang diketuai Zaharin. Banyak masalah infrastuktur di flat tersebut diselesaikan Najib sedangkan itu bukan tugas PM. Sepatutnya Datuk Bandar sahaja menyelesaikan masalah kecil seperti itu. Ini bermakna Najib menghormati Zaharin sebagai pemimpin di peringkat cawangan.
Ketika Zaharin bertugas sebagai Setiausaha Kerja BN, beliau komited di pejabatnya menolong rekomen ahli-ahli Umno Bahagian Tun Razak untuk dapatkan flat Dewan Bandaraya. Sokongan beliau laku kerana jika Datuk Bandar tidak luluskannya maka Zaharin selaku pejuang golongan marhain akan bising.
Jika Zaharin terus menghentam Najib maka lebih banyak rahsia Najib akan didedahkannya. Maka lebih baik damaikan segera mereka berdua kerana ia lebih banyak memberi peluru kepada pembangkang untuk menghentam BN dalam PRU akan datang.
Anwar, Pak Lah, Muhyiddin jatuh gara gara Zaharin menulis dalam blog dan Facebook. Maka kita tidak mahu lihat Najib mengalami nasib yang sama seperti mereka. Maka veteran Umno yang ada aturlah pertemuan segera di antara Zaharin dengan Najib demi kemenangan BN pada PRU akan datang.

RM50 JUTA UNTUK TAWAN PARLIMEN PENAMPANG
PENAMPANG, 1 Feb (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hari ini meluluskan peruntukkan lebih RM50 juta bagi pembangunan kawasan luar bandar di daerah Penampang, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Beliau berkata peruntukan besar sebanyak RM48 juta akan diberikan khusus bagi membangunkan bekalan air luar bandar, menerusi pembinaan loji air di Moyog.
Berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sugud, di sini, Ismail Sabri berkata, loji itu akan turut memberi manfaat kepada penduduk Kota Kinabalu dan kawasan sekitar.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Penampang Datuk John Ambrose dan Pengerusi Barisan Nasional Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin serta pemimpin parti komponen BN di daerah itu.
Ismail Sabri berkata kementeriannya turut meluluskan pembinaan sebanyak 30 unit rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh kawasan Penampang.
Turut diluluskan ialah pembinaan dewan baharu bernilai RM400,000 untuk kegunaan penduduk Kampung Sugud, selain membina jalan-jalan kampung yang baharu bagi menggantikan jalan yang rosak dengan peruntukan sebanyak RM300,000, katanya.
Ismail Sabri yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan pembangunan kawasan luar bandar di Sabah.
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memikirkan kepentingan rakyat negeri ini khususnya di luar bandar agar penduduk di kawasan itu tetap terus terbela.
"Saya berharap masyarakat di kawasan ini akan mengubah fikiran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk memastikan Penampang dipulangkan semula kepada Barisan Nasional," katanya.
Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyerahkan bantuan beg sekolah untuk 300 murid sekolah rendah dan Tabika Kemas di kampung itu.
-- BERNAMA

Isnin, Februari 01, 2016
BILA ADA LIVE TRAFFIC FEED, BARU TAHU BLOG INI ADA PEMBACA TETAP DI MOUNTAIN VIEW, CALIFORNIA DAN TAIWAN
Bagi sepanjang bulan Januari 2016, purata harian pembaca blog ini ialah lebih kurang 300 orang. Mulai awal bulan lalu, saya masukkan live traffic feed maka kita dapat ketahui siapa yang membaca blog ini. Selain rakyat Malaysia maka ada juga pembaca Malaysia yang berada di luar negara seperti Mountain View, California; Taiwan,United Kingdom, Russia, Jepun, Nigeria dan China.
Ramai rakyat Sabah yang baca blog ini mungkin kerana mereka tahu saya pernah bekerja di Sabah pada tahun 1989-1991 sebagai wakil akhbar Watan. Selepas ini lebih banyak berita Sabah akan dimasukkan dalam blog ini. Terima kasih kepada semua pembaca blog ini.Mulai tahun ini setiap hari Ahad saya sajikan berita hiburan kerana pembaca mahu baca yang santai di hari minggu. Jika ada sebarang cadangan, sila email saya kepada awepasirgajah@gmail.com
10 posting tertinggi bagi bulan Januari ialah:-
1. Senarai calon BN Terengganu sudah keluar? (20 Januari)
2.Masa ada kuasa, tak buat pun (5 Januari)
3.Dr Vida sudah lahirkan 50 jutawan Pamoga (8 Januari)
4.Dato Mohd Nor dan Dato Shamsuddin Awang sudah tiada (25 Januari)
5.Berbaloi bayar RM899 tengok konsert Mega Gegar Vaganza (17 januari)
6. Dapat RM8 juta setahun dari Pamoga, gaji pemain dibayar berperingkat (16 Januari)
7.Mampukah Baru Bian tumbangkan Adenan Satem? (11 Januari)
8.Tun Razak silap bawa masuk semula Mahathir ke dalam Umno (19 januari)
9.Cadangan Pemuda Umno Cheras jadi kenyataan (30 Januari)
10.Kalau Tun Razak masih PM, sudah lama beliau pecat Rafidah (15 januari)

Ahad, Januari 31, 2016
RAJINIKANT PELAKON ASIA KEDUA TERMAHAL SELEPAS JACKIE CHAN
Sempena Hari Thaipusam minggu lepas, Astro 131 menayangkan filem Tamil Lingaa lakonan Rajinikant, Supertar filem Tamil yang mendapat bayaran kedua termahal di Asia selepas Jackie Chan pada tahun 2007 dengan bayaran sebanyak RM24 juta.
Lingaa diterbitkan pada tahun 2014 arahan K.S. Ravikumar. Ia dibintangi Rajinikant, Anushka Shetty, Sonakshi Sinha, Santhanam, Jagapati Babu dan Karunakaran. Filem itu dishooting di Mysore pada Mei 2014 dan ditayangkan pada 12 Disember 2014 sempena harijadi Rajinikant. Ia dialihbahasa ke dalam bahasa Telegu dan Hindi dengan tajuk yang sama, Lingaa.
Cerita Lingaa amat menarik kerana ia mengisahkan pemeriksa ampangan (Ponvannan) di kampung Solaiyur dibunuh oleh ahli parlimen (Jagapathi Babu) kerana enggan menulis laporan kononnya empangan yang dibina 75 tahun lalu sudah tidak boleh digunakan lagi. Ahli parlimen tersebut mahu empangan itu dirobohkan untuk membina empangan yang baru, yang mana beliau akan mendapat komisen yang besar.
Ponvannan yang dibunuh sempat membuang pen drive laporan ampangan itu ke dalam kawasan kuil yang tidak pernah dibuka di sebelah ampangan tersebut. Ponvannan sebelum meninggal dunia sempat berpesan kepada ketua kampung (K Viswanath) supaya kuil itu dibuka semula.
K Viswanath berpendapat kuil itu mesti dibuka oleh keturunan Raja Lingeswaran yang membina empangan tersebut. Maka cucu ketua kampung itu, Anushka Shetty, seorang wartawan tv mencari keturunan Raja Lingeswaran di bandar iaitu Lingaa (Rajinikant).
Rajinikant memegang dua peranan sebagai datuk dan cucu. Lingaa memanglah cucu Raja Lingeswaran tetapi dia adalah seorang pencuri kerana keluarganya merempat selepas datuknya yang kaya menjual semua hartanya.Rajinikant berjaya dibawa ke Kampung Solaiyur oleh Anushka Shetty selepas melaporkan kegiatan curi Rajinikant kepada polis. Bimbang ditangkap polis, maka Rajinikant bersama dua kawannya bersetuju ikut Anuskha Shetty ke kampungnya.
Rajinikant dan kawan kawannya bercadang mencuri batu linggam yang terdapat dalam kuil itu tetapi ketika mereka melompat masuk ke dalam kuil usang itu, pengawal keselamatan ampangan nampak dan memberitahu orang kampung. Bila orang kampung membuka kuil tersebut, mereka nampak Rajinikant dan dua kawannya sedang sembahyang danmelakukan pooja kepada batu Lingam itu.
Ketua kampung gembira melihat cucu Raja Lingeswaran itu dan di sini beliau menceritakan bagaimana datuk Lingaa mendirikan ampangan tersebut untuk kegunaan orang orang kampung di zaman British. Raja Lingeswaran merupakan raja negeri Kodiyur tetapi pergi ke England belajar dalam bidang kejuruteraan. tetapi oleh kerana mahu belajar selok belok pentadbiran, Raja Lingeswaran menyertai Indian Civil Service (ICS) sebagai pegawai daerah Solaiyur.
Penduduk kampung menghadapi masalah air. Maka beliau sebagai pegawai daerah mencadangkan pembinaan empangan tetapi ditolak oleh pegawai British. Beliau letak jawatan dan membina empangan sendiri dengan menjual harta bendanya. Gabenor British memberi kebenaran kepadanya membina empangan sempena hari jadi Raja Lingeswaran yang mengundang Gabenor ke istananya. Tujuan Gabenor memberi kebenaran itu kerana dia tahu mana ada orang India mampu membina empangan sendiri tanpa pertolongan kerajaan British.
Raja Lingeswaran difitnah oleh pegawai British kononnya beliau pengintip kerajaan British. Maka beliau dihalau oleh orang kampung dan beliau telah menjual semua harta bendanya dan hidup dalam kemiskinan bersama isterinya Sonaskshi Sinha. Menyedari kisah sebenar, orang kampung memujuk Raja Lingesawaran balik ke Solaiyur tetapi beliau dengan tegas menolaknya dan sejak itu kuil yang dibina Raja Lingeswaran di tepi empangan itu tidak pernah dibuka kecuali oleh keturunan beliau sendiri.
Lingaa terkejut apabila mengetahui datuknya seorang dermawan dan dia mahu mencari pembunuh pemeriksa empangan tersebut dengan mencari pen drive yang dicampak ke dalam kawasan kuil usang itu. Lingaa temui pen drive itu yang membuktikan empangan yang dibina sejak 75 tahun lalu amat teguh. Lingaa pun memburu ahli parlimen yang mahu mengebom empangan tersebut kerana beliau berhasrat membina empangan baru yang memberinya komisen berjuta juta.
Lingaa balik semula ke bandar selepas berjaya membunuh ahli parlimen itu dengan Anushka Shetty dan Lingaa berikrar akan kembali semula ke kampung itu setelah membuat jasa seperti datuknya.
Filem ini menarik kerana ia gabungan zaman British dan moden di mana unsur patriotik semangat rakhyat India membina empangan itu turut diterapkan tanpa mengenal kasta, agama dan keturunan. Stuntman Hollywood Lee Whittaker diambil untuk berlakon adegan adegan stunt dalam filem ini. Ia melibatkan pergaduhan di atas belon besar.
Aktres British Lauren J. Irwin turut berlakon sebagai isteri pemungut hasil tanah dan pelakon Amerika, William Orendorff berlakon sebagai Gabenor British.
Filem Lingaa mencapai box office di mana pada minggu pertama ia mengutip RM30 juta di India dan RM52 juta di seluruh dunia.
Rajinikant, 66 tahun disambut besar besaran ketika shooting filem terbarunya di Melaka tahun lepas.Sebagai nama besar dalam industri filem Tamil, beliau memang dikagumi oleh pelakon Hindustan, Shah Rukh Khan yang memberi penghormatan kepada Rajinikant dalam filem Chennai Express (2013).
Sabtu, Januari 30, 2016
CADANGAN PEMUDA UMNO CHERAS JADI KENYATAAN
Pada 27 Ogos 2015 saya sudah menulis dalam blog ini bahawa Annuar Musa perlu serius mempertahankan Najib berdasarkan majlis penerangan khas anjuran Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang diadakan sehari sebelum itu.
Para hadirin kagum dengan hujah Pengerusi MARA itu mengenai isu 1MDB dan isu derma RM2.6 billion dan wakil Pemuda Umno Bahagian Cheras mencadangkan majlis tertinggi Umno melantik Annuar Musa sebagai ketua penerangan Umno Malaysia.
Mereka kecewa kerana Ahmad Maslan gagal menjelaskan isu isu semasa. Sebab itu mereka tertarik dengan pidato Annuar Musa. Semalam majlis tertinggi Umno melantik ahli parlimen Ketereh itu sebagai ketua penerangan Umno yang baharu menggantikan Ahmad Maslan.
Majlis tertinggi juga melantik Ahmad Maslan sebagai pengerusi media baharu selain dari Azeez Rahim, pengerusi daftar pemilih dan keahlian; Johari Ghani sebagai pengerusi biro ekonomi, Reezal Merican Naina Merican sebagai pengerusi biro pelajar luar negara, Razali Ibrahim pengerusi biro institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan Samsul Anuar Nasrah sebagai pengerusi biro kebajikan.
Sudah pasti dengan perlantikan Annuar Musa nanti biro penerangan Umno Malaysia lebih rancak dan segar tidak seperti sekarang biro tersebut tidak bermaya sebaliknya diperlekehkan oleh ahli ahli Umno sendiri. Tugas Annuar amat berat untuk menjelaskan isu 1MDB dan isu RM2.6 billion kerana ahli-ahli Umno sendiri tidak percaya dengan penjelasan Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali mengenai isu derma RM2.6 billion.
Semalam juga kononnya Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dihalau dari mesyuarat majlis tertinggi sedangkan beliau tidak diundang. Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa beliau sudah menelefon Mukhriz sebelah pagi bahawa beliau tidak perlu hadiri mesyuarat tersebut tetapi untuk menagih simpati rakyat, beliau tetap hadir dan disambut dengan laungan Hidup Mukhriz ketika tiba di lobi Menara Dato Onn.
Apabila Mukhriz tidak diundang ke mesyuarat majlis tertinggi Umno kerana beliau bukan ahli majlis tertinggi Umno maka isu perlantikan MB baharu Kedah akan berakhir sehari dua lagi. Senarai tiga nama calon MB baharu sudah dikemukakan kepada Pemangku Sultan Kedah. Sama samalah kita tunggu pengumumannya.
Jumaat, Januari 29, 2016
MUKHRIZ PERLU BERJIWA BESAR
Bagi mengelakkan kemelut politik Kedah berlarutan, seorang penganalisis politik berpendapat adalah lebih baik bagi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir memilih untuk berjiwa besar dengan mengutamakan perpaduan UMNO dan kepentingan parti.
Penyandang Kursi Tun Abdul Razak dan Professor Pelawat Sains Politik di Universiti Ohio, Amerika Syarikat, Prof Dr Jayum Jawan berkata langkah terbaik yang wajar diambil oleh Mukhriz bagi menyelesaikan pergolakan politik di Kedah adalah dengan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar.
"Langkah itu (meletak jawatan) secara langsung dapat mempertahankan maruah dan integriti Mukhriz sebagai seorang pemimpin kerana sudah jelas beliau tidak mendapat sokongan daripada semua (ketua) UMNO Bahagian di Kedah," katanya kepada Bernama.
Sejak 20 Jan lepas, suasana politik di Kedah 'panas' apabila Mukhriz menerima tekanan daripada barisan kepimpinan UMNO Kedah yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Jayum, yang juga Timbalan Ketua Kluster (Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa) Majlis Profesor Negara, berkata kesediaan Mukhriz untuk menjaga kepentingan parti seiring dengan pendiriannya sebelum ini yang menegaskan bahawa beliau akan tetap setia kepada UMNO. Mukhriz, yang juga ADUN Ayer Hitam, turut dilaporkan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya. -- BERNAMA
Khamis, Januari 28, 2016
MUSTAPA DITUDUH NAK JUAL NEGARA KERANA TPPA
"Kita juga dituduh nak jual negara. Itu kita dah beri penerangan dalam ucapan saya, hari ini saya bangga kerana yang terlibat gulung semua enam menteri terlibat jawab, hampir 40 kali lebih kita bincangkan isu TPPA di Kabinet, Kabinet ambil berat perkara ini dan kita dah buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ,Mustapa Mohamed mengulas usul perjanjian Perkongsian Trans pasifik (TPPA) yang diluluskan Dewan Rakyat semalam.
Ia juga satu sejarah kerana tidak pernah lagi mana-mana perjanjian triti dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan anggota Parlimen dan tempoh dua hari yang diperuntukkan juga satu tempoh yang panjang.

"Ini merupakan cabaran paling besar dalam hidup saya dalam karier saya sebagai menteri, tak pernah saya terlibat dalam sesuatu yang begini rumit.
"Ini kerana TPPA banyak menimbulkan salah faham, banyak perkara yang ada di antaranya tak berasas dan saya mendapat pelbagai pandangan dan kritikan daripada pelbagai pihak," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu pada sidang media di lobi Parlimen.
Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 127 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 84 lagi menolak, selepas 24 anggota Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan sesi khas Parlimen itu.
"Saya lama dalam kerajaan tapi ini (cabaran) yang paling getir untuk saya. Alhamdulillah, dengan sokongan semua, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak, TPM (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), anggota-anggota Kabinet, rakan di MITI dan 17 agensi kementerian terlibat, ia bukan usaha bersendirian, ini usaha secara bersama," katanya.
Menurut Mustapa langkah seterusnya yang akan diambil ialah membentangkan perkara berkenaan di Dewan Negara untuk dibahaskan dan sekiranya ia dipersetujui, beliau akan berangkat ke Auckland, New Zealand untuk menandatangani TPPA pada 4 Feb nanti.
"Saya sedar ramai lagi yang bimbang denga TPPA kerana mereka takut dengan momokan, tugas kami masih lagi belum selesai, ini baru permulaan, masih banyak lagi yang perlu dibuat," katanya.
Jelasnya, antara tohmahan paling melampau diterima berhubung perjanjian berkenaan ialah Malaysia mengikut telunjuk Amerika Syarikat dan ekonomi negara akan dikuasai syarikat besar.
Penubuhan jawatankuasa caucus berkaitan TPPA juga adalah langkah bijak kerana ia membolehkan penerangan dibuat dalam suasana penuh berhemah dan tertib.
Mustapa berkata beliau akan bersama Ahmad Hamzah yang juga Pengerusi Anggota Parlimen Jawatankuasa Caucus TPPA dan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang juga anggota caucus untuk merangka tindakan seterusnya, termasuk membincangkan cadangan supaya diadakan satu proses pemantauan dilakukan bagi memastikan negara benar-benar mendapat faedah daripada perjanjian itu.
Pindaan akta-akta bagi kementerian yang terlibat dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Mac tahun depan.
Rabu, Januari 27, 2016
BILA MINDA SUDAH TERTUTUP
Semalam berita paling hangat ialah sidang akhbar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa PM, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang jenayah dalam isu derma RM2.6 billion dan isu pinjaman SRC International anak syarikat 1MDB dengan KWAP.
Maka kes yang menjadi isu paling hangat pada tahun lepas ditutup. Beliau berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM yang menunjukkan bahawa derma RM2.6 billion itu bukannya ada unsur suapan dari keluarga diraja Arab Saudi.
Selama ini PM berdiam diri kerana ia masih dalam siasatan tetapi bila PM disahkan bersih oleh Peguam Negara maka ramai yang tidak puas hati. bekas menteri, Zaid Ibrahim menggesa SPRM menutup kedai keranabeliau tidak boleh menerima penjelasan Peguam Negara.
Ini yang susahnya bila minda sudah tertutup. Walaupun tidak ada bukti untuk mendakwa PM ke mahkamah, tetapi mereka menuduh Peguam Negara berat sebelah. Bukannya senang mendakwa kes rasuah di mahkamah. Lihat sudah banyak SPRM kalahdi mahkamah seperti kes Kasitah Gadam, Ramli Yusof kerana tidak cukup bukti. Justru itu beradasrkan keterangan saksi maka Peguam Negara menutup kes ini. Takkan Zaid Ibrahim sebagai seorang peguam yang terkenal tidak faham prosedur ini.
Yang lebih mengejutkan apabila pada tahun 2013 Najib sudah pulangkan derma itu sebanyak RM2,03 billion kepada penderma kerana tidak ada keperluan lagi untuk menggunakan wang derma tersebut. Ini menunjukkan PM berhati mulia terima derma dari Arab Saudi tetapi pulangkannya apabila tidak memerlukan lagi derma itu.
Peguam Negara menjelaskan bukan RM2.6 billion yang diterima Najib tetapi RM2.08 billion tetapi Najib sudah pulangkan sebanyak RM2.03 billion. Ini bermakna PM menggunakan sebanyak RM50 juta wang derma insan budiman tersebut.
Semua parti komponen BN menerima derma tersebut dan semua ketua bahagian menerimanya tetapi tidak disahkan oleh mereka seperti kata Zaharin Mohd Yasin, seorang aktivis Umno kerana wang itu disapu oleh ketua bahagian dan tidak sampai ke bahagian. Hanya Zaharin seorang yang mengaku menerima wang tersebut sebagai Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak yang pernah menunjukkan cek Ambank ditandatangani Najib kepada saya.
TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Malaysia tidak mengungkit lagi isu tersebut kerana sepanjang tahun lepas isu itu banyak menghabiskan masa. Tetapi pembangkang tidak puas hati. mereka berkata jika Gani Patail masih Peguam Negara, mungkin kenyataan Peguam Negara berlainan.
Biarlah mereka nak kata apa, yang penting Najib kena kerja keras untuk rakyat Malaysia untuk pastikan BN menang dalam PRU akan datang. Minda mereka sudah tertutup. Mereka tidak akan bersikap terbuka kerana bila keputusan mahkmah menyebelahi mereka, baru mereka kata mahkamah adil tetapi apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, mereka kata hakim sudah dibeli. Oleh itu pedulikanlah pandangan mereka.

Selasa, Januari 26, 2016
BN KEDAH KALAH PADA TAHUN 2008 KERANA PENYOKONG MAHATHIR UNDI PAS
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed semalam mendakwa kumpulan yang merancang untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar Kedah adalah kumpulan sama yang menyebabkan Umno kalah di Kedah pada pilihan raya umum 2008.
Sambil menyifatkan kumpulan itu tidak mempunyai reputasi baik, beliau berkata langkah mereka menuntut penyingkiran Mukhriz merupakan suatu tindakan yang "amat bersifat politik".
"Mereka mengambil langkah itu tanpa mendapatkan pandangan rakyat (golongan akar umbi) dan merekalah (rakyat) yang akan terpaksa menangung akibatnya (sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap kepimpinan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Global Doctors Clinic, satu rangkaian perkhidmatan perubatan antarabangsa di Langkawi.
Dr Mahathir berkata ketika menjadi perdana menteri, beliau ada melakukan perubahan terhadap kepimpinan Umno Kedah, namun parti itu dapat terus mentadbir Kedah.
Rabu lepas, Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu sekumpulan terdiri daripada 15 ketua bahagian Umno, Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen dari Kedah untuk menyuarakan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz dan menuntut penyingkirannya sebagai Menteri Besar.
Ulasan saya, BN Kedah kalah pada tahun 2008 bukan kerana kumpulan yang sama mahu menjatuhkan Mukhriz minggu lepas. Pada tahun 2008, Umno Kedah diketuai Mahadzir Khalid manakala Ahmad Bashah bukan pemimpin utama Umno Kedah ketika itu.
Pada tahun 2008, PAS menang 17 kerusi manakala BN menang 14 kerusi, PKR 4, DAP 1 dan Bebas 1. Ini bermakna Pakatan Rakyat 23 BN 17, kurang enam kerusi.
Selepas PRU 2008, Ahmad bashah dilantik timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah membantu pengerusinya Shafie Apdal. Selepas itu barulah Ahmad bashah dilantik pengerusi Umno kedah dan menjelang PRU 2013 Najib mengumumkan Mukhriz sebagai MB barulah BN Kedah menang. Ini bermakna penyokong Dr Mahathir yang undi PAS pada tahun 2008 kembali mengundi BN pada tahun 2013.
Ini bermakna bukannya PAS kuat pada tahun 2008 tetapi ahli Umno yang mengundi PAS pada tahun tersebut. Jika PAS kuat sudah tentu BN tak menang semula pada tahun 2013.
Seperti kata Ahmad bashah jika beliau gilakan jawatan MB sudah tentu beliau sabotaj BN Kedah pada PRU 2013 tetapi sebaliknya beliau bekerja keras menangkan BN walaupun Najib sudah mengumumkann Mukhriz bakal MB Kedah yang baru.
Sebab itu jika BN Kedah kalah pada PRU 2018, maka penyokong Dr Mahathir yang kembai mengundi PAS dan bukannya kerana PAS kuat.
Isnin, Januari 25, 2016
DATO MOHD NOOR DAN DATO SHAMSUDDIN AWANG SUDAH TIADA
Semalam penduduk Kemaman menerima berita dua kematian. Paginya, seorang bekas AJK Umno Bahagian Kemaman, Dato Mohd Noor Yusof atau Mat Nor Taja meninggal dunia di Hospital Selayang. Jenazahnya dibawa ke Chukai untuk dikebumikan.
Manakala sebelah malam pula bekas Pengerusi 4B Kemaman, Dato Shamsudin Awang meninggal dunia. Mat Nor Taja yang berasal dari Kg Tok Dir, Bukit Payong menetap di Kemaman dari tahun 60an. Pada mulanya beliau bekerja sebagai attendan hospital Kemaman. Selepas itu beliau menjadi kontraktor dan beliau amat rapat dengan MB Terengganu dan ADUN Chukai, Wan Mokhtar Wan Ahmad.
Dengan naungan politik yang kuat, Mat Nor Taja menjadi orang Kemaman yang paling kaya dan akhirnya menjadi pemaju perumahan yang terkemuka dengan syarikat SMNY. Anaknya Zaki pernah menjadi Bendahari Pemuda ketika Dr Ramli Taib menjadi ketua pemuda Umno Bahagian Kemaman dari tahun 1998-2001 tetapi selepas BN kalah di Terengganu, Zaki bersara terus dari politik.
Yang lucu Wan Mokhtar selaku MB pernah mengumumkan dalam akhbar bahawa kerajaan telah menemui galian baru di Rantau Abang. Kawan saya bekas AJK Umno Bahagian Kemaman pergi ke pejabat PTG di Kuala Terengganu untuk membuat permohonan kawasan galian itu tetapi rupa rupanya PTG sudah luluskan kawasan itu kepada Mat Nor Taja. Betapa rapatnya Wan Mokhtar dengan Mat Nor Taja.
Setiap kali pilihanraya bagi DUN Chukai, arwah adalah financiernya. Bukan sahaja untuk DUN Chukai tetapi untuk seluruh DUN di Terengganu. Pernah seorang rakan beritahu arwah panggilnya pegang wang tunai RM1 juta di rumahnya pada pilihanraya umum 1995 kerana arwah tidak percaya kepada anaknya.
Masa itu ahli Semangat 46 melanggar kereta anaknya Zaki di Geliga. Jadi arwah pergi ke Geliga untuk selesaikan kes kemalangan itu dan kawan tadi terpaksa menunggu sampai malam di rumah arwah pegang duit itu dalam bag bertroli sehingga arwah balik.tetapi selepas itu arwah masukkan semula wang itu ke dalam peti besinya kerana dah lewat malam nak hantar duit itu ke Kuala Terengganu.
Saya tak biasa berurusan dengan arwah kerana arwah pun tak kenali saya. Tetapi beliau king maker dalam politik Kemaman. Orang yang nak jadi calon mesti dapat restu beliau. Wan Mokhtar amat mempercayainya. Pernah Wan Mokhtar mahu memberi pingat Dato kepada Ahmad Said selaku Exco Kerajaan Negeri tetapi arwah berpendapat lebih baik pingat itu diberi kepada timbalan ketua bahagian, Dato Abu Bakar Ali kerana Ahmad Said ketua pemuda. Beliau dikatakan tidak ngam dengan Ahmad Said.
Saya lebih rapat dengan arwah Shamsudin Awang yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Kemaman. Dengan bantuan Setiausaha Belia 4B Kemaman, Yusof Jaafar , Shamsudin Awang berjaya mengalahkan Tuan Kecil Tuan Tengah dalam perebutan jawatan Pengerusi Belia 4B Kemaman pada tahun 1990an.
Selepas menjadi Pengerusi Belia 4B Kemaman, arwah berhasrat nak jadi ADUN Ayer Putih menggantikan Dato Harun Hassan. Pada tahun 1999, beliau kecewa tak dapat jadi calon BN apabila Wan Mokhtar memilih Dr Ramli Taib dari Kijal sebagai calon Ayer Puteh.Hasrat pengundi Ayer Puteh mahu anak tempatan sebagai calon berkecai.
Selepas itu arwah meletakkan jawatan sebagai TCS dan bergiat dalam perniagaan sehingga menerima gelaran Dato dari Sultan Pahang.Sudah lama saya tidak temui arwah selepas beliau letak jawatan TCS kerana beliau sibuk ke Kuala Lumpur dengan urusan perniagaannya. Oleh itu saya terkejut menerima berita kematiannya kerana beliau masih muda 56 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka berdua. Alfatihah.

Ahad, Januari 24, 2016
HALEEDA TELITI TAWARAN BERLAKON FILEM
Haleeda yang menyerlah semula selepas program pertandingan Astro Gegar Vaganza 2014 sedang meneliti tawaran untuk berlakon filem pada tahun ini.
Katanya, tawaran filem untuk tahun 2016 itu ada, namun masih dalam proses perbincangan
"Saya mungkin menerima tawaran tersebut," katanya dalam wawancara eksklusif beliau dengan blog catatanzabidi.
Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi telah berlakon lebih dari 20 buah drama televisyen. Tetapi sejak akhir akhir ini beliau menghilangkan diri terus dari bidang lakonan.
Katanya, beliau hanya akan menerima tawaran berlakon setelah beliau meneliti beberapa perkara.
"Bukan hanya bergantung semata-mata pada naskhah yang bagus tetapi cara pengurusan kerja juga saya utamakan. Keutamaan, saya melihat pada cara pengurusan syarikat produksi tersebut," katanya lagi.
Ditanya apa perbezaan di antara sebelum dan selepas menyertai Gegar Vaganza, Haleeda mendakwa semasa menyertai Gegar Vaganza, baru penganjur dan peminat sedar bahawa beliau masih ada dalam industri muzik.
"Mereka ingatkan saya sudah tidak mahu menyanyi lagi. Dengan adanya Gegar Vaganza, telah wujud peminat peminat baru terutama di kalangan anak anak muda," ujarnya.
Tambahnya lagi, sebelum ini ada di antara mereka yang tidak tahu bahawa saya adalah penyanyi lagu Setia Kasih mungkin kerana penampilam beliau yang berbeza kini.
Ditanya mengenai tidak puas hati terhadap Konsert Gegar Vaganza di Istana Budaya baru baru ini, Haleeda berkata secara jujur beliau faham tentang ketidakpuasan yang diperkatakan itu.
"Saya percaya pihak produksi juga mengambil berat akan teguran-teguran demi kebaikan," katanya.
Pada konsert tiga malam itu, Haleeda menyanyi tiga buah lag, satu lagu satu malam,
Pupus di malam pertama, Setia Kasih pada malam kedua dan Sedang Ingin Bercinta berduet dengan Haiza di malam ketiga.
Menyentuh mengenai kisah peribadi, Haleeda berkata beliau tidak serik untuk mendirikan rumah tangga selepas mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali.
"Insya Allah kalau ada jodoh," jawabnya ringkas.

Langgan:
Catatan (Atom)