Jumaat, Februari 05, 2016

BEKAS POLIS TAK HORMATI UNDANG UNDANG



Penulis blog, Papagomo sekali lagi mencuri tumpuan apabila video yang memaparkan dirinya menyepak terajang seorang pekerja asing dikongsi secara meluas di media sosial.

Dalam video kira-kira empat minit yang tidak pasti lokasi kejadian itu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja Pakistan.

Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan.

Papagomo juga memuat naik video berkenaan di laman Facebook Sir Azri bagi mewajarkan tindakannya itu.

Beliau mendakwa bahawa pekerja tersebut membuat gangguan seksual ke atas dua adik perempuannya dan dua rakan mereka.

“Sweet sweet atau main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki.

“Tapi kalau dah buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan seharusnya diberikan pengajaran,” tulisnya di Facebook.

Menurutnya, beliau tidak membuat aduan polis kerana ia memakan masa yang lama dan sukar untuk mengheret pekerja warga asing ke muka pengadilan.

“Jadi aku selaku abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual.

“Jadi pada 29 Januari aku pergi jumpa dengan semua pekerja warganegara asing yang mana dua orang adik perempuan aku dan dua orang lagi kawan adik perempuan aku membuat aduan tentang gangguan seksual yang mereka alami,” katanya sambil secara panjang lebar menceritakan kejadian itu.



Menurutnya setelah pengecaman dibuat, beliau memberi beberapa das penampar, penumpuk dan terajang kepada pekerja itu serta memintanya tidak kembali.

Papagomo juga mengakui tindakannya itu adalah salah kerana tidak mengikut saluran undang undang tetapi beliau melaksanakan tanggungjawapnya sebagai seorang abang dan juga lelaki.

“Aku pun lelaki, pernah mengurat perempuan, kenyit mata, sweet sweet, ejas sikit sikit tetapi tidaklah sampai keterlauan seluk tangan dalam seluar,” katanya.

“Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang abang kepada adik-adik Aku.

“Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada adik aku lepas tu baru aku nak menangis macam pondan?” soalnya bagi mewajarkan tindakannya menerajang pekerja itu sehingga kelihatan dalam amat kesakitan dalam video itu.

Papagomo pada 2014, didapati bersalah selepas Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa Wan Azri adalah blogger Papagomo yang telah memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim memerintahkannya membayar Anwar RM850,000.

Ulasan saya, sebagai bekas polis Papagomo sepatutnya menghormati undang undang dan membuat laporan polis dan biar polis jalankan siasatan.

Jika bekas polis sendiri tidak percaya kepada polis, apatah lagi orang ramai yang tidak pernah menjadi polis. Oleh itu kita jangan bertindak sesuka hati mahu menjadi hero sehingga menghantar video menerajang pekerja asing ke youtube. 

Jika kedutaaan mereka perihatin dengan kebajikan pekerja asing mereka, sudah tentu tindakan Papagomo merugikan hubungan baik antara Malaysia dengan negara tersebut.