KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Penstrukturan semula skim pencen penjawat awam hanya akan melibatkan pegawai lantikan baharu dan bukan penerima pencen sedia ada, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata kerajaan memberi jaminan segala bentuk penstrukturan dan kajian terhadap faedah persaraan dan skim pencen penjawat awam tidak akan memberi kesan kepada faedah persaraan dan kemudahan sedia ada walaupun kerajaan mengalami kekangan kewangan.
"Sehingga Oktober 2018, kerajaan menanggung seramai 824,235 penerima pencen dengan jumlah tanggungan dari Januari hingga Oktober 2018 adalah RM24 bilion.
"Sekiranya penstrukturan skim pencen dilaksanakan, ia hanya akan melibatkan pegawai lantikan baharu sahaja dan tidak melibatkan penjawat awam yang telah menerima pencen serta tidak akan menjejaskan segala kemudahan dan faedah yang mereka nikmati selama ini," katanya menjawab pertanyaan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menstrukturkan semula skim pencen penjawat awam.
Dr Md Farid berkata pada masa sekarang kajian penstrukturan belum dimuktamadkan namun kerajaan sentiasa terbuka menerima cadangan untuk mencari formula terbaik dalam menangani perkara dengan memastikan kebajikan penjawat awam terus dipelihara.
Bagi menjawab soalan tambahan Jamilah berhubung jangkaan tempoh kajian, beliau berkata kerajaan sedang menjalankan kajian bagi memperkasakan perkhidmatan awam yang penstrukturan semula skim pencen penjawat awam turut dijalankan secara bersekali dengan kajian tersebut dan dijangka mengambil masa dua tahun bermula 2019.
-- BERNAMA
Rabu, Disember 12, 2018
Selasa, Disember 11, 2018
SAYA ORANG MISKIN KATA MOHAMADDIN KETAPI
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang aset untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah menurutnya beliau orang miskin yang tidak mempunyai aset lain selain pendapatan bulanannya sebagai seorang menteri.
“Mana ada (aset lain) saya dah bagi semua. Apa nak saya isytiharkan kalau tidak ada harta. Saya tiada harta, saya orang miskin.
“Jika pada masa depan saya ada harta saya akan isytiharkan, tetapi buat masa sekarang saya tiada apa hendak diisytiharkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Beliau mengulas paparan di Portal Pengisytiharan Harta SPRM yang menunjukkan namanya antara beberapa anggota Parlimen yang hanya mengisytiharkan pendapatan bulanan, bukan jumlah aset mereka.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata 13 anggota Parlimen kerajaan masih belum mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Ahad, Disember 09, 2018
PERWAKILAN DAP SELANGOR MENYAMPAH DENGAN TONY PUA
PETALING JAYA, 9 Dis (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baharu pada pemilihan jawatankuasa parti negeri itu di sini hari ini.
Pelantikan itu diumumkan oleh Speaker Konvensyen DAP Selangor 2018, Leong Yu Man.
Terdahulu, Gobind yang juga Anggota Parlimen Puchong merupakan antara 15 anggota jawatankuasa baharu yang mendapat jumlah undian tertinggi dalam pemilihan itu yang diadakan pada konvensyen berkenaan.
Beliau kemudian dilantik sebagai pengerusi negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai timbalannya atas persetujuan bersama dalam kalangan anggota jawatankuasa baharu itu.
Dalam pemilihan jawatankuasa baharu itu, ADUN Kinrara Ng Sze Han mendapat jumlah undi tertinggi sebanyak 491, diikuti bekas Timbalan Setiausaha Publisiti DAP Selangor Tiew Way Kheng dengan 463 undi.
Gobind ketika ditemui pemberita berkata beliau akan memainkan peranan untuk mendengar suara hati dari peringkat akar umbi di samping menyatupadukan parti di peringkat negeri.
“Tugas utama saya adalah untuk mendengar apa yang dikehendaki oleh semua bahagian dalam parti dan kita perlu membina parti yang kuat bagi menghadapi cabaran akan datang.
“Saya cukup yakin bahawa kami merupakan satu ‘team’ yang berkebolehan dan akan melakukan sedaya upaya untuk membawa DAP Selangor ke arah lebih cemerlang,” katanya.
Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika ditemui pemberita, akur dengan keputusan tidak terpilih dalam senarai 15 jawatankuasa tersebut.
Pua yang mendapat 292 undi berkata perwakilan telah membuat pilihan dan beliau menerimanya dengan hati terbuka.
"Terima kasih kepada memberi peluang kepada saya menjadi pemimpin di Selangor selama ini. Keputusan ini tidak akan menjejaskan kerja saya, saya akan terus bekerja untuk parti dan kerajaan PH", katanya.
Hanya 756 daripada 1,092 perwakilan hadir pada konvensyen itu yang menyaksikan 40 calon bertanding untuk 15 jawatan dalam jawatankuasa DAP Selangor.

HANYA 55,000 ORANG PESERTA HADIRI PERHIMPUNAN TOLAK ICERD?
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di sekitar Jalan Raja di sini hari ini berlangsung dalam suasana aman.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berkata dianggarkan 55,000 peserta hadir dan himpunan itu berjalan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Katanya terdapat peserta yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan itu dan ia menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012.
Tinjauan Bernama mendapati perhimpunan yang dijadualkan tamat 6 petang itu berakhir lebih awal susulan hujan di ibu negara petang ini.
Antara pemimpin pembangkang yang hadir ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebelum ini, penganjur perhimpunan ini dilaporkan berkata perhimpunan itu diadakan sebagai tanda ‘kesyukuran’ di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.
-- BERNAMA
Sabtu, Disember 08, 2018
BAIKI KEKURANGAN, BUKANNYA TUTUP AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
NILAI, 7 Dis (Bernama) -- Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berharap kerajaan tidak meneruskan rancangan untuk membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sebaliknya membaiki kekurangan yang ada di bawah pengurusan yang terdahulu.
Beliau yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata AIM telah terbukti banyak membantu terutamanya dalam kalangan wanita luar bandar.
“Sekiranya ada kesilapan dari segi pengurusan yang terdahulu maka kita harus membaikinya, bukan menutup AIM.
“AIM ini saya dimaklumkan mempunyai lebih 340,000 orang Sahabat AIM...badan ini fungsi dan matlamatnya bagus,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di program Jom Kembali ke Sekolah di sini hari ini.
Rina berharap segala tindakan yang akan diambil terhadap AIM, tidak akan menjejaskan sahabat-sahabat AIM terutamanya mereka yang di luar bandar.
“Saya akan berjumpa dengan pengerusi AIM dalam masa yang terdekat untuk bertanyakan dengan lebih lanjut,” katanya.
Akhbar semalam melaporkan kerajaan sedang menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memulakan prosedur pembatalan sijil Pemerbadanan AIM kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak-anak syarikat.
Terdahulu dalam program tersebut, Rina menyampaikan pek bantuan persekolahan kepada 200 pelajar dalam Parlimen Rasah.
Para pelajar turut menerima bantuan baucar RM30 sebagai deposit untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Khamis, Disember 06, 2018
AKHBAR UMNO YANG DEDAH NAFISAH MENGENAI LAPORAN AUDIT 1MDB DIPINDA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata keterangan yang diberikan oleh pengarah sektor audit kerajaan Saadatul Nafisah Bashir Ahmad hari ini dilihat dapat membantu siasatan berhubung dakwaan laporan audit 1MDB dipinda.
Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata, prosiding yang berjalan selama dua jam setengah itu melibatkan soalan berkaitan laporan 1MDB yang diubah sepertimana yang didakwa oleh Ketua Audit Negara Madinah Mohamad.
"Itu merupakan soalan utama yang diajukan kepada Nafisah, Ambrin Buang dan Madinah. Mereka telah nyatakan keterangan kepada PAC.
"Sememangnya, kita tanya berkenaan bagaimana pindaan laporan audit itu dijalankan dan kesemua keadaan pada masa itu.
"Kerana bagi kami (PAC), untuk kami mencapai satu kesimpulan pada akhir prosiding ini, kita hendak mengambil kira kesemua senario dan keadaan yang terlibat pada masa itu," katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.
Untuk rekod, Nafisah merupakan individu yang disebutkan dalam ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang didakwa menyimpan salinan asal laporan audit 1MDB.
Nafisah dikatakan menyerahkan laporan itu kepada Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Nor Salwani Muhammad yang seterusnya menyerahkan salinan itu kepada Madinah.
Sementara itu, Wong juga mengulangi kenyataan Pengerusi PAC Ronald Kiandee bahawa terdapat empat lagi saksi yang akan dipanggil.
Empat individu dalam siasatan itu merupakan bekas peguam negara Apandi Ali, bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa, bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkfli Ahmad dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Namun, Wong tidak menyatakan tarikh empat individu itu akan dipanggil.
Pada 25 November lalu, Madinah mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit asal 1MDB dipinda atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
Madinah mendakwa beliau menderima laporan audit asal 1MDB yang belum dipinda daripada Nor Salwani selepas mengambil alih jawatan ketua audit negada daripada Ambrin.
Antara bahagian dalam laporan itu yang dikatakan dipinda adalah bahagian yang menyebut kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho dalam salah satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB, telah dikeluarkan.
Rabu, Disember 05, 2018
MEMADAI GUNA AKTA HASUTAN 1948
KUALA LUMPUR: Tidak perlu akta baru seperti Akta Menghina Islam dan Raja-raja Melayu (Amira) yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), sebaliknya memadai dengan mengekalkan Akta Hasutan 1948.
Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun (foto), berkata pihaknya mendesak kerajaan supaya mengekalkan akta hasutan demi memelihara keamanan negara.
"Tidak perlu kepada akta atau pun undang-undang baru, bagi kami (MPM) memadai dengan kerajaan mengekalkan akta hasutan.
"Kami mendesak pihak kerajaan supaya mengekalkan dan mempertahankan akta ini.
"Melalui akta hasutan ia merangkumi segalanya, isu Raja-raja Melayu mahupun penghina terhadapa agama Islam dapat dibela melalui akta ini," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.
Sabtu lalu, Perkasa mencadangkan agar kerajaan merangka undang-undang khas bagi melindungi Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Raja-raja Melayu.
Bagi tujuan itu, Perkasa mencadangkan satu akta yang diberi nama Amira diwujudkan kerajaan dengan mengambil semangat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Presiden Perkasa Ibrahim Ali berkata penghinaan terhadap Islam dan Raja-raja Melayu serta tindakan mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu ditangani secara segera.
Sementara itu, Shahbudin berkata, MPM menggesa kerajaan supaya memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Wathyamoorthy.
Katanya, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad diminta supaya menilai semula kedudukan menteri yang ditugaskan bagi menjaga perpaduan kaum itu.
Jelas beliau, Wathya tidak mampu menjalankan tugasnya sebagai menteri seperti mana diharapkan.
Sebagai contoh, katanya, Wathya mencetuskan kontroversi apabila menyalahkan pihak polis lambat bertindak dalam isu rusuhan kuil di Subang Jaya baru-baru ini.
KPSB LULUS 71 LESEN INSTITUT LATIHAN PELANCONGAN
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya meluluskan 71 lesen Institut Latihan Pelancongan (ILP) untuk mengendalikan kursus pemandu pelancong dalam pelbagai bahasa di seluruh negara.
Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata jumlah itu termasuk kursus pemandu pelancong dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan peningkatan bilangan pelancong China ke negara ini.
"Sehingga 31 Okt 2018, kementerian mempunyai seramai 18,113 pemandu pelancong di seluruh negara, dengan seramai 6,885 pemandu pelancong berbahasa Mandarin, 894 berbahasa Kantonis dan 90 pemandu pelancong yang fasih bahasa Hokkien.
"Untuk tempoh yang sama, bilangan pemandu pelancong berlesen di Sabah pula adalah sebanyak 1,092 orang dengan 109 boleh berbahasa Kantonis, ia mencukupi untuk menampung peningkatan kehadiran pelancong dari China," katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Liew Chin Jin (PH-Tawau) yang meminta kementerian menyatakan sama ada pemandu pelancong yang fasih berbahasa Mandarin mencukupi bagi mengatasi peningkatan pelancong dari China dan usaha kementerian bagi memastikan pemandu pelancong yang fasih Bahasa Mandarin cukup untuk menampung keperluan khususnya di Sabah.
Mohamaddin juga berkata kementerian akan menyalurkan bantuan untuk memajukan industri pelancongan di Sabah sekiranya terdapat permintaan daripada kerajaan negeri itu.
Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai jumlah pemandu pelancong fasih berbahasa Arab bagi menampung kedatangan jumlah pelancong dari Timur Tengah, Mohamaddin berkata terdapat seramai 113 pemandu pemancong fasih berbahasa Arab di seluruh negara.
"Jika ada permintaan kita sedia untuk tambah jumlah ini," katanya.
- Bernama
Selasa, Disember 04, 2018
TIDAK BENAR MB TERENGGANU BERSELISIH FAHAM DENGAN PRESIDEN PAS
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Pas Terengganu hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya wujud konflik kalangan kepemimpinan tertinggi di negeri ini termasuk cubaan menggulingkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim memberi jaminan keadaan aman damai dan tenang tanpa sebarang konflik membabitkan kepimpinan tertinggi negeri Beliau berkata, khabar angin yang mengaitkan perselisihan antara Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak benar sama sekali dan fitnah semata-mata.
"Alhamdulillah, Terengganu dalam keadaan damai dan tenang serta sedang bekerja mengisi kemenangan.
"Cerita rekaan itu tidak wujud dan tidak tahu dari mana puncanya, malah kita juga tidak tahu apa tujuan sebenar pembawa cerita ini.
"Yang pasti kerajaan negeri dalam posisi yang sangat baik dan produktif kepada rakyat," katanya.
Dalam catatan beberapa individu di laman sosial Facebook mendakwa terdapat kumpulan yang telah bertemu Abdul Hadi bagi menukar menteri besar Terengganu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Mesej tular bertajuk Kerusi MB Terengganu Panas? itu mendakwa tindakan tersebut disebabkan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan terhadap Dr. Ahmad Samsuri yang dikatakan lebih mengutamakan orang luar dalam membuat lantikan politik bagi jawatan-jawatan berprestij.
Ia turut mendedahkan perbezaan pendapat antara Dr. Ahmad Samsuri dan Abdul Hadi berhubung isu royalti dan isu himpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Isnin, Disember 03, 2018
LAPORAN POLIS TIDAK BERI KESAN KEPADA OPERASI TABUNG HAJI
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung (TH) Datuk Seri Zukri Samat hari ini memberi jaminan kepada semua pendeposit bahawa simpanan mereka selamat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Bernama mengenai kesan laporan polis baru-baru ini terhadap bekas Pengerusi TH, bekas pegawai eksekutif dan kakitangan pengurusan kanan.
Beliau berkata laporan polis itu tidak memberi kesan kepada operasi TH.
“Perniagaan adalah seperti biasa bagi kami. Para pendeposit harus meletakkan kepercayaan bahawa Tabung Haji akan mempastikan simpanan mereka selamat,” katanya.
Jumaat lepas, TH telah membuat laporan dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini melibatkan bekas pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah dan kakitangan pengurusan kanan.
Kakitangan kanan itu ialah Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi) dan Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).
Laporan pertama melibatkan program Yayasan Tabung Haji (YTH) pada 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22.0 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.
Para pemegang amanah YTH pada masa itu ialah Abdul Azeez, Ismee, Johan, Adi dan Rozaida.
YTH ditubuhkan pada tahun 2016 untuk melaksanakan antara lain, bantuan kemanusiaan dan untuk menyumbang kepada yang kurang mampu, golongan miskin dan yang memerlukan. TH menyumbang RM7.0 juta kepada program tersebut.
Laporan kedua terhadap Ismee, Hazlina dan Rifina berhubung dengan salah nyataan dan pemotongan maklumat penting yang melibatkan jualan 95 peratus saham PT TH Indo Plantations pada tahun 2012 yang dipegang oleh dua anak syarikatnya iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$ 910 juta.
PT TH Indo Plantations memiliki ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di Indonesia.
Laporan yang dibuat pada hari Jumaat lepas adalah penyiasatan dalaman yang pertama dalam transaksi masa lalu, yang diterajui oleh pengurusan baharu, sejak Julai 2018.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa semalam mengeluarkan kenyataan yang mengulangi bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sesiapa yang terlibat dalam penggelapan wang pendeposit TH.

Sabtu, Disember 01, 2018
MALAY MAIL BERTAHAN SELAMA 122 TAHUN
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malay Mail, akhbar tertua di Malaysia, malah di dunia, selepas 122 tahun, akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi surat khabarnya yang terakhir hari ini.
Akhbar yang terkenal dengan kewartawanan yang mantap dan pelbagai pendedahan eksklusifnya itu juga telah tiba ke hujung perjalanan yang panjang dan bersejarah apabila revolusi berlaku kepada industri media dengan perubahan teknologi yang berterusan.
Mulai esok, Malay Mail hanya akan boleh didapati secara dalam talian dengan Ketua Pengarangnya Datuk Wong Sai Wan dalam mesej perpisahannya kepada pembaca akhbar itu meminta semua pihak daripada pembaca dan juga pengiklan untuk bersama memulakan perjalanan barunya di mana mereka akan melakukan segalanya secara digital untuk memaklum, menghiburkan dan mempromosi dalam dunia digital global.
Industri akhbar di seluruh dunia kini menghadapi tempoh masa paling sukar dan masa hadaan yang tidak menentu dalam sejarahnya dan banyak yang telahpun menghentikan penerbitannya.
Sebagai contoh di Kanada, berpuluh-puluh akhbar tempatan telah menghentikan penerbitan mereka sejak beberapa tahun yang lalu.
Di Malaysia, Malay Mail sehingga kini telah menjadi mangsa terbesar manakala pengurangan kakitangan secara besar-besaran telah berlaku atau sedang dijalankan di beberapa akhbar utama.
Semalam, seramai 800 kakitangan Utusan Melayu Berhad, penerbit akhbar Melayu berpengaruh Utusan Malaysia, mengucapkan selamat tinggal kepada majikan mereka dalam satu majlis penuh emosi apabila mereka meninggalkan Utusan menerusi skim pemisahan sukarela (VSS).
Jurugambar Bernama, Mohamad Hilmizudin membaca naskah terakhir akhbar Malay Mail. Pembaca akhbar yang beroperasi sejak 122 tahun ini masih dapat menikmati berita secara dalam talian bermula esok.
Di media lain, perkara yang sama telah dilaksanakan di Media Prima, kumpulan media terbesar, dan Star Media Group yang mengurangkan sekurang-kurangnya 1,000 kakitangan, dengan lebih ramai lagi dijangkakan pada masa hadapan.
Apa yang berlaku kepada industri media cetak dengan mudah disimpulkan oleh Wong Sai Wan sendiri dengan kata-katanya: "Model perniagaan akhbar cetak adalah bermasalah kerana ia bergantung kepada pengiklanan untuk terus hidup, dan ledakan akses maklumat secara digital telah menyebabkan kita tidak lagi berfungsi sebagai pembekal berita".
Dan katanya, akhbar yang dicetak tidak ada sebab untuk terus berada dalam pasaran, kecuali melayani warga emas yang tidak boleh membaca tanpa medium berbentuk fizikal untuk mereka pegang.
Dengan golongan pembaca tersebut yang semakin berkurangan dan akan pupus, begitu juga nasib akhbar.
Penerbit Malay Mail Datuk Siew Ka Wei memberitahu Bernama bahawa pengakhiran kepada akhbar itu merupakan hari yang paling menyedihkan untuknya.
"Saya suka Mail Melayu terutamanya halaman hadapannya, kerana kami menceritakan berita yang baik dan buruk juga yang berlaku di sekeliling kita. Kami tidak mempunyai pilihan. Tetapi saya percaya ‘nama’ itu akan kekal kukuh kerana kami mempunyai pasukan yang sangat baik untuk mengembangkannya secara digital. Surat khabar mempunyai masa depan yang sangat terhad dalam jangka masa yang masih ada,” kata Siew, seorang ahli perniagaan terkemuka yang mengambil alih akhbar tersebut sembilan tahun yang lalu.
Pengakhiran penerbitan surat khabar Malay Mail ini turut dikongsi Datuk Ahiruddin Atan, yang lebih dikenali sebagai Rocky, salah seorang perintis blogger negara yang mana blog ‘RockyBru’ merupakan antara yang paling meluas di baca.
Ahiruddin sendiri mencatatkan sejarahnya sendiri kerana pernah menjadi Editor Malay Mail bukan sekali, tetapi dua kali.
“Tentunya, saya sedih kerana Malay Mail tidak akan di cetak lagi. Secara peribadinya saya percaya mereka perlu meneruskan versi cetak kerana namanya masih lagi kukuh dan produk yang bagus dan tentunya mereka tidak akan menggunakan namanya jika ianya tidak terkenal dan berdaya maju?,” tambahnya.
Bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar mengambarkan sebagai satu ironi masa hadapan yang gelap untuk surat khabar dan industri berkaitan dengan pemberhentian beramai-ramai sedangkan “kita hidup dalam era maklumat”.
"Industri media secara keseluruhan perlu merombak dirinya dan model perniagaannya perlu difikirkan semula,” kata Johan, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, sambil menambah sejarah kegemilangan surat khabar mungkin akan berakhir.
Sebagai seorang yang telah menjadi wartawan selama 47 tahun, cetakan terakhir Malay Mail ini tentunya sesuatu yang menyedihkan dan untuk 24 jam yang lepas saya telah meminta rakan-rakan dan kumpulan Whatsapp untuk menyimpan salinan terakhir ini.
Saya tidak pernah membeli dua salinan edisi hari yang sama tetapi saya telah memberitahu vendor berita saya untuk menempah 50 salinan dan 50 salinan lagi dari seorang rakan di Malay Mail untuk generasi akan datang.
Selamat tinggal Malay Mail!
-- BERNAMA
Jumaat, November 30, 2018
401 ORANG BACA BERITA MENTERI, TIMBALAN MENTERI DAN SETPOL PH SOMBONG?
Seramai 401 orang telah baca berita "Menteri, timbalan menteri dan setpol PH sombong?" yang disiarkan dalam blog ini pada 7 November lalu mendapat rating tertinggi pada bulan November 2018.
10 rating tertinggi adalah seperti berikut:-
1. Menteri, timbalan menteri dan setpol PH sombong? (7.11) - 401 hits
2. Tahniah YB Salahuddin tapi kena hati hati dengan orang sekelilingnya (14.11)
3.Mahathir sekolahkan menteri dan timbalan menteri PH mengenai asal usul kita (8.11)
4. Pelik tapi benar. Wanita jadi ketua pemuda MCA (5.11)
5. PKR di ambang perpecahan apabila balun sesama sendiri (7.11)
6. Menteri India PH macam pembangkang pulak? (27.11)
7. Belum tentu PH menang PRU 15 (19.11)
8. Macam mana Razif pilih bukan orang politik jadi calon BN? (11.11)
9. Transaksi harian tidak boleh lebihi RM25,000 mulai 1 Januari 2019 (1.11)
10. Ibrahim yakin peristiwa 1998 tidak akan berulang (6.11)

PRK RANTAU DITANGGUH KERANA MAT HASSAN BUAT RAYUAN
SEREMBAN, 29 Nov (Bernama) – Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytharkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terbatal dan tidak sah.
Timbalan Presiden UMNO itu memfailkan rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat daripada firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak & Co, hari ini, sebelum tempoh notis rayuan selama 14 hari berakhir petang ini.
Mohamad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau mengambil keputusan untuk merayu setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan dan alasan penghakiman secara lisan serta nasihat guaman daripada barisan peguamnya

Khamis, November 29, 2018
ORANG BARU GANTI MAHDZIR BUKAN AHMAD SAID BUKAN IDRIS JUSOH
KUALA TERENGGANU: Sebaik saja Mahdzir Khalid menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi Umno Terengganu, dua pemimpin negeri itu terus disebut-sebut bakal mengambil alih jawatan itu.
Menurut sumber dalaman Umno, dua pemimpin itu ialah Ahmad Said dan Idris Jusoh - dua nama yang masing-masing pernah memimpin Umno negeri dan menjadi menteri besar.
Namun sumber itu berkata Ahmad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Said kemungkinan besar sekali lagi mengetuai Umno negeri berbanding Idris.
"Idris dan Ahmad ada kelayakan untuk mengemudi Umno Terengganu dan disebut-sebut untuk menggantikan Mahdzir.
"Tetapi hampir pasti Ahmad yang akan dipilih untuk kembali menerajui Umno Terengganu tahun depan," katanya
Beliau tidak menafikan kemampuan Idris untuk merampas kembali Terengganu daripada PAS seperti yang dilakukannya pada 2004, tetapi berkata Ahmad lebih diperlukan jika mengambil kira keadaan politik semasa.
Ahmad sebelum ini pernah menyatakan kesediaannya untuk sekali lagi memikul tugas itu jika dipilih pucuk pimpinan parti.
Nama pengganti Mahdzir akan diumumkan dalam masa terdekat selepas surat pelantikan ditandatangani presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.
Untuk rekod, Umno Terengganu sebelum ini pernah mengalami pergolakan dalaman yang membabitkan beberapa tokoh utama parti di negeri itu.
Pada 24 November lalu, Mahdzir yang juga naib presiden umno berkata mahu melepaskan jawatanitu dan berharap ia akan diserahkan kepada pemimpin tempatan.
Beliau dilantik ke jawatan itu untuk menggantikan bekas menteri besar Ahmad Razif Abd Rahman yang tewas dalam pemilihan parti peringkat bahagian tahun ini.
Lantikan Mahdzir adalah sebahagian daripada penyusunan semula Umno ketika Ahmad Zahid Hamidi mula menjadi presiden.
Selain beliau, dua lagi naib presiden Umno, Mohd Khaled Nordin dan Ismail Sabri Yaakob masing-masing dilantik mempengerusikan Umno Perlis dan Selangor.
Ulasan saya, bukan Ahmad Said atau bukan Idris Jusoh yang mengetuai Umno Terengganu. Tetapi orang baru seorang ADUN. Namun demikian namanya terpaksa dirahsiakan takut ada sabotaj di saat saat akhir. Tunggu Zahid Hamidi buat pengumuman bulan hadapan.
Rabu, November 28, 2018
TAKKAN POLIS NAK GUNA WATER CANNON DI RUMAH IBADAT?
SUBANG JAYA, 27 Nov (Bernama) -- Polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi dalam mengawal kekecohan khususnya apabila melibatkan kawasan rumah ibadat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 di sini, pihaknya perlu bertindak mengikut kesesuaian bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk.
“Ini kawasan ibadat, takkan kita nak gunakan water cannon, lojik ke? Kalau buat demikian kita akan lebih diserang dan kalau kita ‘serang’ kita akan disalahkan sedangkan bila kita beri bantuan pun disalahkan.
“Kita buat kawalan kita tidak jangka ada kumpulan tertentu yang didalangi pihak tertentu bertindak awal. Kawalan kita berterusan dan kita tidak boleh sekat kalau orang nak lakukan ibadat (di kuil itu),” katanya dalam sidang media di Pusat Perubatan Subang Jaya di sini, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa pihak polis tidak bertindak awal untuk menyuraikan rusuhan termasuk menggunakan kaedah semburan air.
Beliau sebelum itu meluangkan masa menziarahi anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah akibat dipukul sekumpulan perusuh.
Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata kejadian yang menimpa anggota bomba itu adalah satu perkara yang amat menyedihkan.
“Ini satu perkara yang amat dukacita, bomba hanya membantu padamkan kebakaran atau bantu mangsa yang memerlukan bantuan. Jadi kita rasa amat sedih dengan apa yang berlaku dan saya datang untuk lihat sendiri keadaannya.
“Saya juga telah ziarah anggota saya yang turut cedera (dalam rusuhan) yang mana dia patah tangan. Kita doakan mereka berdua dapat pulih semula dan kembali sihat seperti biasa,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan pihak polis tidak bertindak menghalang kumpulan perusuh yang menyerang anggota bomba berkenaan serta One City Mall, Mohamad Fuzi berkata kumpulan perusuh itu bertindak demikian di kawasan yang tidak dikawal pihak polis.
“Polis tidak berada 100 peratus di tempat itu, bila kita tidak ada di situ baru dia serang. Bila kita berkawal di situ mereka tidak buat, mereka nampak ada ruang untuk bertindak mereka lakukan (serangan) termasuk serang One City Mall.
“Perusuh menyelinap masuk ke kawasan tidak ada polis. One City Mall agak jauh dari kuil kira-kira satu kilometer, bagaimana anda boleh mengharapkan kami untuk kawal (semua kawasan) kecuali jika kami ada maklumat khusus,” katanya.
Ditanya sama ada pihak pengurusan syarikat pemaju One City Development telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut, Mohamad Fuzi berkata setakat ini beliau tidak dapat mengesahkannya kerana belum menerima sebarang maklumat lanjut.
Beliau turut meminta orang ramai membantu pihak polis bagi mengenal pasti dan menangkap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan tersebut.
“Operasi buru mereka yang bertanggungjawab sedang dilancarkan, harap orang ramai bantu kenal pasti mereka yang bertangungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Mengenai dalang utama, kami ada beberapa petunjuk dan sedang menyiasat dan kumpulan awal (yang lakukan serangan terhadap kuil) dah dikenal pasti tapi kami perlukan maklumat lanjut daripada mereka yang saksikan kejadian itu,” katanya.
Mohamad Fuzi juga sekali lagi mengingatkan semua pihak supaya tidak mendengar khabar angin dan berita palsu yang boleh mengeruhkan keadaan serta memberi jaminan pihaknya akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga ketenteraman awam.
-- BERNAMAv

Selasa, November 27, 2018
MENTERI INDIA PH MACAM PEMBANGKANG PULAK?
KUALA LUMPUR: Lima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi, melibatkan “dua kumpulan bangsa India ”.
“Kenyataan ini palsu dan tidak bertanggungjawab.
“Ia menambahkan ketegangan antara masyarakat India, terutamanya susulan respon lambat dan tidak tidak efektif polis Subang Jaya,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.
Waythamoorthy membacakan kenyataan yang dikeluarkan bersama Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Md Farid Md Rafik, yang juga timbalan kepada Waythamoorthy, turut hadir dalam sidang media itu.
Waythamoorthy ialah menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perpaduan negara.
Polis Subang Jaya awal pagi tadi menyifatkan pergaduhan di Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights melibatkan "dua kumpulan bangsa India".
Kenyataan itu kemudian dipinda dengan menyebut ia melihatkan dua kumpulan, tanpa menyebut bangsa terlibat.
Justeru, Waythamoorthy berkata polis Subang Jaya patut disiasat dan diambil tindakan disiplin.
Kenyataan itu juga menyelar pihak polis yang didakwa lambat bertindak, yang menurutnya tiba selepas dua jam pergaduhan berlangsung.
Katanya, polis Subang Jaya tiba ke lokasi insiden kira-kira 4.15 pagi manakala pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 6 pagi.
Ulasan saya, pelik tapi benar. Menteri India PH bertindak seolah olah mereka dari parti pembangkang sedangkan polis adalah di bawah kerajaan PH. Sepatutnya mereka gunakan saluran kabinet untuk menegur polis dan bukannya melalui media. Polis bertindak ikut profesional tanpa dipengaruhi mana-mana parti politik. Muhyiddin Yasin patut sekolahkan menteri menteri India PH dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.
Isnin, November 26, 2018
BEKALAN IKAN 100 HARI PERCUMA?
SERDANG, 25 Nov (Bernama) -- Bunyinya agak unik, teka berat obor-obor, menang bekalan ikan segar sejuk beku untuk 100 hari!
Demikian hadiah yang ditawarkan oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kepada pengunjung ke pavilion persatuan itu di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018, di sini.
Pavilion Nekmat yang terletak di Blok A di MAHA bakal memukau sesiapa sahaja dengan kehadiran beberapa obor-obor berwarna biru dan putih yang disimpan di dalam bekas silinder lutsinar.
Pertandingan tersebut menawarkan tiga hadiah yang mana pemenang pertama akan membawa pulang bekalan ikan sejuk beku untuk 100 hari, tempat kedua bekalan untuk 60 hari manakala tempat ketiga bekalan untuk 30 hari.
Tarikh tutup pertandingan adalah pada Sabtu, 1 Dis dan pemenang akan diumumkan pada Ahad, 2 Dis. Sehingga hari ini, Nekmat telah menerima lebih 1,000 jawapan.
Pengurus Besarnya, Norizaman Ghazali berkata pada pameran MAHA kali ini, pihaknya ingin membawa suatu kelainan dalam menarik lebih ramai pengunjung ke pavilion mereka.
“Lagi ramai pengunjung, lagi ramai yang tahu mengenai Nekmat. Di pavilion Nekmat, kami hendak berkongsi teknologi-teknologi yang kami ada kepada pengunjung, khususnya nelayan. Ini adalah kerana dengan bantuan teknologi, ia mampu mempertingkatkan nilai hasil tangkapan mereka.
“Antara teknologi itu adalah Sistem Penentuan Lokasi Ikan (FSI) yang mana teknologi ini mampu meningkatkan hasil tangkapan sehingga 20 peratus,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Pameran MAHA 2018, di sini, hari ini.
Selain itu, teknologi ‘Individually Quick Frozen’ (IQF) dalam membekukan ikan-ikan segar turut diketengahkan Nekmat di pavilion mereka.
Norizaman berkata mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman mengendali bot nelayan, bolehlah menaiki simulasi bot nelayan yang turut dibina di pavilion itu.
Bukan itu sahaja, pengunjung ke 3.3 juta turut berpeluang memenangi hadiah sebuah motosikal Yamaha LC 135 sempena ulang tahun Nekmat yang ke-33 pada Jumaat ini.
-- BERNAMA
Sabtu, November 24, 2018
KETENGAH RANCANG BUKA BEBERAPA BANDAR BAHARU
DUNGUN, 24 Nov (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merancang untuk membangunkan beberapa bandar baharu yang lebih berdaya saing, di samping terus memajukan lima bandar sedia ada dalam usaha menjadikan Wilayah Ketengah sebagai penempatan yang terbaik untuk para penduduknya.
Pengerusi KETENGAH Datuk Zulkifli Mohamad berkata ini termasuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan rangkaian telekomunikasi yang meluas memandangkan lima bandar sedia ada di Wilayah Ketengah masih jauh ketinggalan dalam segenap aspek berbanding penempatan yang dibangunkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di kawasan lain.
"Agak malang kerana aspek fizikal Wilayah Ketengah tidak berkembang seperti mana yang diharapkan sejak mula diwujudkan 45 tahun lalu, malah lima bandar yang dibangunkan juga tidak boleh dibanggakan… peluang pekerjaan juga kurang menyebabkan penduduknya terutama generasi muda terpaksa berpindah ke bandar besar yang lain.
"Fokus kami selepas ini ialah meningkatkan kemudahan prasarana agar dapat menarik lebih ramai pelabur ke Wilayah Ketengah yang secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama dalam bidang pertanian moden," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan dan bertindik melibatkan 185 kanak-kanak sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah KETENGAH di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini hari ini.
Bermula tahun 1970-an, KETENGAH membangunkan lima pusat bandar iaitu Bandar Al Muktafi Billah Shah sebagai pusat pentadbiran, Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi dan Bandar Ceneh Baharu.
Menurut Zulkifli, kesemua bandar itu diwujudkan hasil Pelan Pembangunan KETENGAH yang akan berakhir pada 2020 dan selepas itu, kajian semula akan dilakukan untuk mencari lokasi sesuai untuk mewujudkan bandar baharu yang lain.
Selain bandar baharu, beliau berkata KETENGAH juga akan menumpukan usaha untuk menyediakan akses laluan ke beberapa destinasi menarik di wilayah itu yang lebih dekat dengan susur keluar masuk ke Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT2) agar pelancong tidak hanya tertumpu untuk bercuti di Tasik Kenyir semata-mata.
"Wilayah KETENGAH ada padang golf 18 lubang yang boleh digunakan 60 pemain pada satu-satu masa. Kita juga ada Tasik Puteri, Air Terjun Chemerong dan dalam fasa akhir untuk menyiapkan Muzium Bukit Besi yang bakal menjadi tarikan pelancongan sejarah untuk aktiviti perlombongan terkenal satu ketika dahulu," kata beliau yang dilantik sebagai Pengerusi KETENGAH pada 1 Nov lalu.
KETENGAH adalah sebuah agensi di bawah KPLB yang diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar turut digezetkan sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan Wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan negeri Terengganu.
-- BERNAMA
ADAKAH P WAYTHA MOORTHY LETAK JAWATAN SELEPAS KABINET TOLAK ICERD?
Keputusan mengenainya disampaikan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini yang turut menyatakan bahawa kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub perkara mengenai kontrak sosial yang dipersetujui oleh perwakilan dari semua kaum semasa pembentukkan negara.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata memang menjadi dasar Pakatan Harapan sejak awal dan PKR secara individu untuk sentiasa mempertahankan semua asas dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Itu (keputusan tidak meratifikasi ICERD) adalah hak dan bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Sudah pasti mereka menyedari tentang perkara semasa, dan ia sangat berkait rapat dengan kedudukan Perlembagaan Persekutuan kita,” katanya ketika mengulas mengenai perkembangan itu.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula menyanjung keberanian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan keputusan kerajaan itu.
“Saya memuji tindakan berani Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun berdepan dengan tekanan pihak tertentu dari dalam dan luar negara,” katanya.
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pula menegaskan kerajaan PH akan terus mempertahan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya sudah termaktub kontrak sosial.
Kontrak sosial berkenaan, tegas Menteri Pembangunan Usahawan itu, dipersetujui wakil semua kaum semasa pembentukan negara Malaysia.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri berpegang kuat kepada pengumuman itu dan berharap tidak ada lagi mana-mana pihak memperjuangkan usaha meratifikasi ICERD.
"Perkara ini mendapat bantahan banyak pihak termasuk persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang sendiri yang pada Rabu lepas meluluskan usul membantah perkara ini, dan Alhamdulillah ia mendapat respons positif," katanya.
Susulan keputusan itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula menggesa semua pihak berhenti daripada menyentuh isu yang menimbulkan sensitiviti kaum di negara ini.
"Ini bukan masa rakyat Malaysia cakap pasal ini (sensitiviti kaum), banyak masalah lain yang perlu jalinan kerjasama, dan pastikan balik ke landasan terbaik," katanya.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan pula menghargai keputusan kerajaan itu yang disifatkannya tegas dan berprinsip.
“Ia sudah pastinya menjawab dan memberi penamat kepada pelbagai spekulasi dan pertikaian panas yang kita lihat selama ini. UMNO akan terus memberi kerjasama serta sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan dalam sebarang usaha yang membawa kebaikan serta kesejahteraan dalam hubungan antara kaum di Malaysia.
“UMNO turut komited untuk terus membantu menambah baik formula keharmonian kaum yang kita bina dan amalkan selama ini,” katanya.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pergerakan itu berpuas hati dengan keputusan itu yang sejajar dengan kehendak rakyat.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu menyambut baik keputusan berkenaan, dan menurutnya satu perhimpunan bulan depan di ibu negara yang pada asalnya bertujuan membantah ratifikasi ICERD dijangka diteruskan, namun bertukar format kepada himpunan kesyukuran rakyat.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Datuk Ibrahim Ali berharap keputusan tidak meratifikasikan ICERD itu kekal dan tidak lagi dibangkitkan pada masa akan datang.
"Perkasa menerima baik keputusan ini dan mahu ia kekal sampai bila-bila, muktamad tolak, maknanya tolak terus," katanya.
-- BERNAMA
Khamis, November 22, 2018
TRADE DAY@MAHA 2018 SASAR NILAI JUALAN RM250 JUTA
SERDANG, 22 Nov (Bernama) – Acara berkaitan perdagangan agro-makanan 'Trade Day@MAHA 2018' disasar menghasilkan anggaran nilai jualan RM250 juta sepanjang dua hari penganjurannya sehingga esok.
Ia diadakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
Ketika berucap merasmikan Trade Day hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Salahuddin Ayub berkata acara itu juga menyasarkan kira-kira 1,000 padanan perniagaan melibatkan peniaga tempatan dan luar negara.
"Ia menjadi platform... untuk meluaskan jaringan perniagaan, mencipta tawaran perniagaan baharu serta meninjau peluang perniagaan di Malaysia," katanya mengenai acara yang julung kali diadakan itu.
Beliau berkata antara negara luar yang mengambil bahagian ialah Taiwan, China, Thailand, India, Australia, Indonesia, Nigeria dan Hungary.
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pedagang berpotensi dari dalam dan luar negara mencari antara lain bekalan produk siap proses, segar, sejuk beku, kering, konfeksioneri dan snek, tenusu, makanan kesihatan, organik, halal dan agro-teknologi," katanya.
Salahuddin berkata di bawah naungan MOA beserta sokongan jabatan dan agensi berkaitan, Trade Day@MAHA 2018 diharap menjadi kedai sehenti (one-stop shop) untuk meningkatkan perdagangan produk berasaskan pertanian – daripada produk segar ke teknologi – dari Malaysia.
Acara itu menampilkan 770 gerai jualan dengan penyertaan 680 pempamer, mesyuarat perniagaan serta forum perniagaan bersama jemputan daripada agensi kerajaan berkaitan.

Langgan:
Catatan (Atom)