Memaparkan catatan dengan label salahuddin ayub. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salahuddin ayub. Papar semua catatan
Rabu, April 03, 2019
MENANTU FADZIL NOOR DITAHAN TERIMA RASUAH
PUTRAJAYA, 1 April (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan setiausaha politiknya hari ini.
Dalam kenyataan malam ini, katanya, beliau dimaklumkan mengenai penahanan setiausaha politiknya.
“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya,” katanya.
Dalam pada itu setiausaha politik Salahuddin direman empat hari bermula hari ini berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan berjenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000.
Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 47 itu sehingga 5 April ini.
Semalam, suspek tersebut ditahan pada kira-kira 5 petang di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.
Khamis, November 22, 2018
TRADE DAY@MAHA 2018 SASAR NILAI JUALAN RM250 JUTA
SERDANG, 22 Nov (Bernama) – Acara berkaitan perdagangan agro-makanan 'Trade Day@MAHA 2018' disasar menghasilkan anggaran nilai jualan RM250 juta sepanjang dua hari penganjurannya sehingga esok.
Ia diadakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
Ketika berucap merasmikan Trade Day hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Salahuddin Ayub berkata acara itu juga menyasarkan kira-kira 1,000 padanan perniagaan melibatkan peniaga tempatan dan luar negara.
"Ia menjadi platform... untuk meluaskan jaringan perniagaan, mencipta tawaran perniagaan baharu serta meninjau peluang perniagaan di Malaysia," katanya mengenai acara yang julung kali diadakan itu.
Beliau berkata antara negara luar yang mengambil bahagian ialah Taiwan, China, Thailand, India, Australia, Indonesia, Nigeria dan Hungary.
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pedagang berpotensi dari dalam dan luar negara mencari antara lain bekalan produk siap proses, segar, sejuk beku, kering, konfeksioneri dan snek, tenusu, makanan kesihatan, organik, halal dan agro-teknologi," katanya.
Salahuddin berkata di bawah naungan MOA beserta sokongan jabatan dan agensi berkaitan, Trade Day@MAHA 2018 diharap menjadi kedai sehenti (one-stop shop) untuk meningkatkan perdagangan produk berasaskan pertanian – daripada produk segar ke teknologi – dari Malaysia.
Acara itu menampilkan 770 gerai jualan dengan penyertaan 680 pempamer, mesyuarat perniagaan serta forum perniagaan bersama jemputan daripada agensi kerajaan berkaitan.
-- BERNAMA

Rabu, November 14, 2018
TAHNIAH YB SALAHUDDIN TAPI KENA HATI HATI DENGAN ORANG SEKELILINGNYA
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) – Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata rakyat Malaysia perlu mempertahankan keharmonian, kesaksamaan dan kehidupan semua kaum di negara ini.
“Apa-apa yang bertentangan dengan perlembagaan dan budaya negara kita tidak boleh terima, kita ada sistem kita sendiri dan kita ada sikap kita sendiri. Apa terkandung dalam perlembagaan akan kita pertahankan," katanya.

Ulasan saya, saya ucapkan tahniah kepada Salahuddin Ayub yang berani bersuara mewakili Parti Amanah mengenai ICERD sedangkan DAP beriya benar mahu Malaysia menandatangani ICERD.
Ketegasan Amanah dan Bersatu membuktikan parti Melayu dalam Pakatan Harapan masih mempertahankan hak orang Melayu. Syabas Salahuddin tapi saya mahu nasihati beliau berhati-hati dengan pegawai di sekelilingnya yang boleh menjejaskan nama baik beliau.
Salahuddin terbukti seorang menteri yang mudah ditemui. Seorang kawan saya baru-baru ini mendapat surat sokongan dari setpol Perdana Menteri yang menulis surat kepada Salahuddin untuk membantunya mendapatkan iklan dari agensi-agensi di bawah kementerian pertanian dan industri asas tani.
Portal news kawan saya memang dahulu sokong kerajaan maka apabila kerajaan sudah bertukar ia menyokong government of the day. Jadi jangan persoal kesetiaan beliau kerana beliau menyokong kerajaan semasa. Salahuddin serah surat itu kepada pegawai kanannya yang kebetulan kenali kawan saya sewaktu mereka sama sama dalam parti pembangkang.
Pegawai itu berkata kepada kawan saya kenapa dahulu lari dari perjuangan dan beliau main peranan supaya Salahuddin tidak menyokong permohonan kawan saya itu. Oleh itu saya ingin nasihati Salahuddin supaya berhati-hati dengan pegawai di sekelilingnya yang boleh merosakkan nama baik beliau.
Kalau surat dari setpol Perdana Menteri dibuang ke dalam tong sampah oleh pegawai Salahuddin, maka Salahuddin sepatutnya disenaraikan sebagai salah seorang menteri yang patut dibuang dalam rombakan kabinet Dr Mahathir akan datang
Langgan:
Catatan (Atom)