Memaparkan catatan dengan label zulkifli mohamad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zulkifli mohamad. Papar semua catatan
Sabtu, November 24, 2018
KETENGAH RANCANG BUKA BEBERAPA BANDAR BAHARU
DUNGUN, 24 Nov (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merancang untuk membangunkan beberapa bandar baharu yang lebih berdaya saing, di samping terus memajukan lima bandar sedia ada dalam usaha menjadikan Wilayah Ketengah sebagai penempatan yang terbaik untuk para penduduknya.
Pengerusi KETENGAH Datuk Zulkifli Mohamad berkata ini termasuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan rangkaian telekomunikasi yang meluas memandangkan lima bandar sedia ada di Wilayah Ketengah masih jauh ketinggalan dalam segenap aspek berbanding penempatan yang dibangunkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di kawasan lain.
"Agak malang kerana aspek fizikal Wilayah Ketengah tidak berkembang seperti mana yang diharapkan sejak mula diwujudkan 45 tahun lalu, malah lima bandar yang dibangunkan juga tidak boleh dibanggakan… peluang pekerjaan juga kurang menyebabkan penduduknya terutama generasi muda terpaksa berpindah ke bandar besar yang lain.
"Fokus kami selepas ini ialah meningkatkan kemudahan prasarana agar dapat menarik lebih ramai pelabur ke Wilayah Ketengah yang secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama dalam bidang pertanian moden," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan dan bertindik melibatkan 185 kanak-kanak sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah KETENGAH di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini hari ini.
Bermula tahun 1970-an, KETENGAH membangunkan lima pusat bandar iaitu Bandar Al Muktafi Billah Shah sebagai pusat pentadbiran, Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi dan Bandar Ceneh Baharu.
Menurut Zulkifli, kesemua bandar itu diwujudkan hasil Pelan Pembangunan KETENGAH yang akan berakhir pada 2020 dan selepas itu, kajian semula akan dilakukan untuk mencari lokasi sesuai untuk mewujudkan bandar baharu yang lain.
Selain bandar baharu, beliau berkata KETENGAH juga akan menumpukan usaha untuk menyediakan akses laluan ke beberapa destinasi menarik di wilayah itu yang lebih dekat dengan susur keluar masuk ke Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT2) agar pelancong tidak hanya tertumpu untuk bercuti di Tasik Kenyir semata-mata.
"Wilayah KETENGAH ada padang golf 18 lubang yang boleh digunakan 60 pemain pada satu-satu masa. Kita juga ada Tasik Puteri, Air Terjun Chemerong dan dalam fasa akhir untuk menyiapkan Muzium Bukit Besi yang bakal menjadi tarikan pelancongan sejarah untuk aktiviti perlombongan terkenal satu ketika dahulu," kata beliau yang dilantik sebagai Pengerusi KETENGAH pada 1 Nov lalu.
KETENGAH adalah sebuah agensi di bawah KPLB yang diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar turut digezetkan sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan Wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan negeri Terengganu.
-- BERNAMA
Rabu, November 21, 2018
PERLANTIKAN DATO ZULKIFLI SEBAGAI PENGERUSI KETENGAH AMAT TEPAT
KUALA TERENGGANU: Semua pihak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kerana membuat pilihan yang tepat melantik bekas calon PKR, Datuk Zulkifli Mohamad sebagai Pengerusi KETENGAH yang baharu.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Bahagian Kuala Terengganu kalah dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU lalu di tangan calon PAS, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar di DUN Ladang.
Kekalahan itu adalah kerana rakyat Terengganu belum dapat menerima Parti Bersatu yang masih baru bertapak di negeri Terengganu. Namun demikian kedudukan beliau sebagai Pengerusi KETENGAH jika beliau pandai menggunakan kuasa untuk menolong rakyat Terengganu insya Allah beliau dapat merampas kerusi DUN Ladang pada PRU ke 15.
Zulkifli seorang bekas TCS memulakan tugasnya sebagai Penolong Pegawai Daerah Kemaman pada tahun 1980 dan berpengalaman luas dalam pentadbiranselama 30 tahun pernah menjadi Pegawai Daerah Dungun dan Pengarah UPEN mampu membuat transformasi terhadap KETENGAH.
Blog ini difahamkan bahawa ramai yang melobi Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun untuk menjadi Pengerusi KETENGAH tetapi Zulkifli dilihat sebagai calon paling mampu untuk menggalas jawatan tersebut.
Semoga perlantikan beliau sebagai Pengerusi KETENGAH dapat mampu membangunkan ekonomi wilayah KETENGAH dengan idea idea baru serta KETENGAH muncul sebagai agensi pembangunan wilayah yang terunggul di negara ini.

Langgan:
Catatan (Atom)