Memaparkan catatan dengan label ganti. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 11, 2016
PFP GANTI GERAKAN DAN MCA DI PULAU PINANG?
BUTTERWORTH 10 Okt. – Penang Front Party (PFP) yang diluluskan pendaftarannya pada 9 September lalu akan berjuang membawa ‘suara’ rakyat negeri ini bagi menentang DAP yang disifatkan mereka hanya memiliki kepentingan peribadi.
Sehubungan itu, PFP yang mendakwa mesra Barisan Nasional (BN) berhasrat bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang bagi menentang DAP.
Penasihatnya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagi mengelak sebarang masalah, parti itu tidak akan bertanding di kerusi yang selama ini milik UMNO, namun menyasarkan kawasan pengundi Cina.
“PFP berasakan sudah tiba masanya untuk kami bertanding dalam pilihan raya untuk berjuang mempertahankan rakyat negeri ini yang selama ini diperalat oleh DAP untuk kepentingan peribadi mereka.
“Itulah sebabnya PFP ambil keputusan untuk meletakkan calon di 25 kerusi yang ditandingi DAP bagi menyaingi parti itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini hari ini.
Dakwa Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, PFP kini mendapat sokongan daripada 80 NGO di negeri ini terutama persatuan tokong-tokong dan NGO perniagaan Cina.
Tambahnya, rakyat negeri ini sudah muak dengan permainan politik DAP yang menindas rakyat bawahan dan hanya mementingkan golongan kaya sehingga mengabaikan rakyat miskin.
Selain itu jelasnya, sudah mula timbul keresahan dalam kalangan rakyat yang terbeban dengan pelbagai cukai dan bayaran yang dikenakan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan PFP bertekad mengubah perkara tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Penaja PFP, Lee Poh Kong berkata, pihaknya sedang menyusun strategi untuk menyelamatkan negeri ini yang turut mendapat sokongan gerakan mahasiswa.
“Kami juga sudah miliki beberapa agenda yang akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya umum akan datang yang pastinya akan memberi manfaat kepada penduduk negeri ini,” ujarnya.
Isnin, Disember 27, 2010
ISA GANTI YUSOF NOOR

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Jan 2011.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.
Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusoff Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA.
Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jan 2011.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusoff di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula dari 1 Julai 2001 hingga 31 Disember 2010. – Bernama
Sabtu, November 28, 2009
AHMAD YAKOB GANTI NIK AZIZ?

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju supaya Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik Menteri Besar sebagaimana saranan anggota Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.
Sekaligus dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan.
Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan sebagai pemimpin paling layak dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.
Nik Amar berkata tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Menteri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.
"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, dekat sini, Khamis.
Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika Menteri Besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.
"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.
Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.
Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta Menteri Besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.
"Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.
Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian.

Khamis, November 26, 2009
NSTP DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI KEPADA ANWAR

The New Straits Times Press (M) Berhad diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini Rabu membayar ganti rugi RM100,000 kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung satu artikel bersifat fitnah bertajuk "Anwar's Link To US Lobbyist".
Pesuruhjaya Kehakiman Harmindar Singh Dhaliwal berkata beliau mendapati laporan yang disiarkan dalam akhbar The News Straits Times pada 2 Mac 2002 itu berunsur fitnah kerana ia menggambarkan Anwar sebagai seorang yang tidak ada integriti, tidak jujur, terlibat dalam rasuah dan seorang pemimpin dan ahli politik yang tidak boleh dipercayai.
"Tujuan kenyataan itu adalah untuk menunjukkan bahawa plaintif (Anwar) telah menyalahguna kedudukan politiknya bagi kepentingan diri.
"Tidak salah jika dibuat kesimpulan bahawa kesan daripada artikel ini pasti akan merendah maruah palintif di mata rakyat. Akan timbul sedikit rasa benci dan dihina," kata Hakim Harmindar Singh ketika membacakan penghakimannya setebal 45 muka surat.
Pada 4 Julai 2003, Anwar memfailkan saman terhadap syarikat itu menuntut ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa artikel berkenaan memfitnah beliau.
Laporan itu menyentuh antara lainnya mengenai hubungan Anwar dengan seorang yang didakwa pelobi di Washington dan mengenai tuduhan yang dibuat dalam akuan berkanun oleh bekas Penolong Gabenor bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid.
Dalam samannya itu, Anwar berkata penulis artikel itu, Datin Rose Ismail, tidak mengambil apa-apa langkah untuk mengesahkan kesahihan kandungan laporan itu sebelum menerbitkannya.
Hakim Harmindar Singh berkata soal keistimewaan dibenarkan tidak timbul kecuali jika penerbitnya bertindak dengan bertanggungjawab.
"Jika wartawan menikmati keistimewaan ini, mereka harus melaksanakannya dengan kemahiran dan bertanggungjawab sebagai seorang profesional. Inilah akibatnya kepada seorang wartawan sebagai balasan kepada keistimewaan itu," katanya.
Mengenai tuntutan RM100 juta itu, Hakim Harmindar Singh berkata ia satu jumlah yang melampau.
"Prinsip membayar ganti rugi ialah ianya satu pampasan dan bukan laluan kepada kekayaan yang tidak terhingga," katanya.
Anwar, yang tidak hadir semasa prosiding, diwakili peguam Karpal Singh dan Sankara Nair, manakala defendan diwakili peguam, Nad Segaram.

Jumaat, Mac 06, 2009
LAJIM GANTI TEMPAT SHAFIE AFDAL

Dengan bertandingnya Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Afdal bagi jawatan Naib Presiden UMNO, maka ahli majlis tertinggi UMNO dari Sabah hanya tinggal Ketua Menteri seorang, Datuk Seri Musa Aman.
Oleh itu perwakilan UMNO Sabah sedang mencari seorang calon untuk mengisi kekosongan kerusi itu. Yang paling layak mengisinya sudah tentu Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajik Haji Okin.
Penulis mengenalinya sejak bekerja di Sabah lagi pada tahun 1989. Ketika itu beliau adalah ADUN dilantik dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang menjaga hal ehwal Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Dua tahun kemudian, beliau menang kerusi DUN Klias dan dilantik menteri penuh dalam kabinet Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan. Pada tahun 1994, beliau mengejutkan rakyat Sabah apabila meninggalkan PBS dan menyertai UMNO.
Bersama Datuk Rubin Balang dan Datuk Haji Zaini, maka tindakan mereka bertiga menyebabkan kerajaan PBS tumbang di Sabah. Oleh itu jasa Lajim dalam membentuk kerajaan BN Sabah amat besar. Tanpa tindakan Lajim ini sudah tentu kerajaan PBS tidak tumbang lagi ketika itu.
Lajim pernah dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pernah menang kerusi ahli majlis tertinggi UMNO buat kali pertama pada tahun 2000. Tetapi beliau gagal mempertahankan kerusi itu pada tahun 2004. Kali ini beliau bertanding lagi atas kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.
Beliau pernah juga disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Sabah setelah Tan Sri Chong Kah Kiat menamatkan tugasnya sebagai Ketua Menteri. Beliau tidak bernasib baik kerana jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Musa Aman. Bagaimanapun Lajim dikekalkan sebagai menteri dalam kabinet Musa Aman.
Ramai bekas timbalan menteri pengangkutan menang kerusi ahli majlis tertinggi UMNO seperti Tan Sri Zaleha Ismail, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Datuk Seri Ali Rustam. Dapatkah Lajim mengikut jejak-langkah mereka? Hanya perwakilan yang tahu menjawabnya pada 25 Mac nanti.
Dengan 63 pencalonan dan ranking di tangga 28, beliau mampu menang. Kelebihan Lajim ialah beliau seorang timbalan menteri yang dapat menjelajah ke seluruh negara tanpa had sedangkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dulu beliau tidak dapat menjelajah seorang negara begitu bebas kerana jawatannya hanya untuk rakyat Sabah. dalam pada itu beliau tetap menang kerusi majlis tertinggi pada tahun 2000.
Oleh itu peluang Lajim untuk menang sebagai wakil dari Sabah amat cerah. Semoga anak Bisaya ini dapat kembali semula ke majlis tertinggi UMNO. Insya Allah.

Langgan:
Catatan (Atom)