Terima kasih kepada pembaca blog ini terutamanya yang membaca posting http://www.catatanzabidi.blogspot.my/2015/11/nak-tarik-undi-cina-pun-jangan-kata-kl.html yang mana pada 12.58 pagi ini sudah mencapai 4,088 orang. Ia adalah rating tertinggi dalam sejarah blog ini. Terima kasih kepada semua rakan dari Sarawak yang menghentam saya dalam Facebook mereka menyebabkan pembaca posting ini naik mendadak sampai 4,088 orang.
Sabtu, November 14, 2015
Jumaat, November 13, 2015
BUKANKAH SPRM SUDAH BERSIHKAN ISU DERMA RM2.6 BILLION?
Kita puji kesediaan PM kita, Najib Razak memberi kerjasama kepada SPRM isu derma RM2.6 b
illion. Yang peliknya dahulu SPRM sudah bersihkan nama PM mengenai isu derma RM2.6 billion itu dengan mengesahkan bahawa ia adalah derma dari putera Arab. Kenapa pula SPRM mahu memanggil semula PM sedangkan SPRM berkata ia sudah melihat surat dari penderma tersebut.
PM berkata beliau akan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.
"Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut.
"Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya sememangnya menjadi hasrat beliau untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes itu memandangkan ia telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.
Sementara itu SPRM akan mengambil keterangan daripada PM dalam masa terdekat berhubung siasatan mengenai SRC International dan dana RM2.6 bilion yang diterima beliau.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed berkata pihaknya sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Perdana Menteri sudah bersetuju untuk diambil keterangan.
"SPRM sedang menunggu tarikh untuk menemu bual beliau (Najib) bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang berkaitan siasatan," katanya.
Abu Kassim berkata SPRM menyasarkan untuk melengkapkan siasatan kes SRC International sebelum akhir tahun ini dengan syarat badan itu boleh mengakses kepada dua pengarah SRC International iaitu saksi penting yang masih berada di luar negara dan diambil keterangan mereka.
"Pun begitu ia tidak menghalang SPRM daripada memanggil Najib untuk diambil keterangan," kata Abu Kassim.
Menurutnya SPRM menjalankan siasatan merangkumi kesemua aspek dan pegawai SPRM sedang bekerja keras untuk menyiapkan kertas siasatan mengikut tempoh masa yang disasarkan.
Mengenai siasatan dana RM2.6 bilion, SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kerana kebanyakan transaksi berlaku di luar negara dan ini memerlukan proses Mutual Legal Assistance (MLA), kata beliau.
"SPRM memerlukan masa untuk mendapatkan kerjsama beberapa pihak di luar negara," kata Abu Kassim.
Beliau berkata sementara SPRM berhasrat menyelesaikan siasatan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion dengan segera, namun badan itu tidak akan berkompromi dari segi kepentingan bukti dan saksi-saksi penting.
SPRM akan memaklumkan status siasatan dari masa ke semasa kepada badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, katanya.
Beliau seterusnya berkata sebagai sebuah suruhanjaya bebas, SPRM mengambil kira harapan semua pihak termasuk kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu pada awal Oktober.
"SPRM memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009," katanya.

Khamis, November 12, 2015
TIBA TIBA TAWFIK MENJADI POPULAR
Siapa Tawfik bin Tun Dr Ismail? Tiada siapa yang mengenalinya sehingga beliau membuat kenyataan bahawa Dr Mahathir Mohamad pernah menemui G25 yang mana Tawfik salah seorang ahlinya yang mahu G25 menyokong bekas PM itu menjatuhkan Najib Razak.
Dengan meletakkan nama ayahnya Tun Dr Ismail orang mengenali beliau sebagai anak TPM di zaman Tun Razak (1970-1973) tetapi kenyataan Tawfik menyanggah Dr Mahathir tidak terserlah sebaliknya kenyataannya mahu kerajaan mahu memansuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menimbulkan kontroversi.
Beliau memang tidak ngam dengan Dr Mahathir yang tidak melantiknya dalam kabinet beliau sama ada sebagai setiausaha parlimen atau timbalan menteri sedangkan beliau adalah anak bekas TPM. Macam mana Dr Mahathir mahu melantiknya sebagai setiausaha parlimen atau timbalan menteri sedangkan beliau tidak pernah berucap ketika menjadi back bencher.
Sebagai calon payong terjun di Sungai Benut, beliau tiada grass root dan sebab itu beliau hanya menjadi ahli parlimen sepenggal sahaja. Masa itu peluang untuk membodek Dr Mahathir sudah ada dengan mempertahankan Dr Mahathir yang sedang dicabar oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan Presiden Umno pada tahun 1987. Sepatutnya beliau menyokong Dr Mahathir dan mungkin diberi jawatan timbalan menteri sebaliknya dua ahli parlimen Johor yang menyokong kuat Dr Mahathir dilantik menteri penuh iaitu Mohamed Rahmat dan Mustafa Mohamed.
Kenyataan beliau tentang Dr Mahathir tidak menonjol sebaliknya kenyataan beliau tentang JAKIM yang membuatkan beliau popular.
Katanya, Dr Mahathir yang menubuhkan JAKIM sehingga mencampuri peribadi orang Islam. Tawfik sebagai bekas ahli parlimen Sungai Benut (1986-1990) tidak memahami sejarah penubuhan JAKIM. Sebagai bekas ahli parlimen BN, mungkin beliau tidak pernah mendengar timbalan menteri berkenaan, Dr Yusof Noor ketika itu menggulung perbahasan bagi pihak JAKIM di parlimen.
Beliau tidak dengar atau jahil tentang peranan JAKIM yang ditubuhkan mengikut perlembagaan negara menyelaras aktiviti agama Islam di seluruh Malaysia.

Dr Mahathir ketika mengulas cadangan Tawfik itu berkata, sebuah negara demokrasi harus dibenarkan menubuhkan atau membubarkan mana-mana jabatan kerajaan yang mereka mahu.
"Jika orang mahu menyingkirkan Jakim, mereka boleh melakukannya. Kerana, ini negara demokrasi, mereka boleh berhenti menyokong kerajaan. Itu saja," kata Dr Mahathir pada sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Tawfik Ismail mengenai perkara itu, sambil menambah kenyataan anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu merupakan pendapat peribadinya.
"Saya tidak bersetuju dengan dia, sebenarnya, sesiapa yang ada 'a little bit off his mind' (otak sedikit tidak betul) akan bersetuju dengan Tawfik," kata bekas perdana menteri yang menubuhkan JAKIM.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom berkata, Jakim diwujudkan berdasarkan Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Katanya, kewujudannya selaras dengan kedudukan Islam dalam sumpah Yang di-Pertuan Agong yang memelihara Islam setiap masa, serta kuasa agama Islam di bawah Raja-raja Melayu.
Jamil berkata, Islam merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada keharmonian dan kestabilan negara selama ini, sambil menyifatkan sumbangan Jakim tidak hanya terhad kepada masyarakat Islam, tetapi juga kepada bukan Islam.
“Saya beri contoh dalam industri halal, 72% yang mendapat sijil halal adalah masyarakat bukan Islam, dan hanya 28% masyarakat Islam.
"Jakim memberi ruang kepada setiap orang termasuk bukan Islam.
"Pandangan supaya Jakim dimansuhkan tidak menepati kehendak Perlembagaan. Sewajarnya, Perlembagaan perlu dihormati semua pihak,” katanya.
Beliau berkata, Jakim melaksanakan tugas yang terkanun dalam Perlembagaan bagi menyelaraskan aktiviti dan program berkaitan agama Islam serta menjaga keharmonian negara.
Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi Dusuki isu itu tidak perlu dipanjangkan kerana ia tidak mewakili suara majoriti sebaliknya hanya pandangan sebilangan individu yang tidak memahami kerangka sejarah perkembangan Islam di negara ini.
"Saya rasa dalam suasana hari ini masyarakat Islam sudah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap agama. Kita tidak boleh kembali kepada zaman di mana kita boleh sewenangnya berfoya dengan perkara yang jelas diharamkan dalam Islam," tambahnya.
Beliau sebelum ini turut dilaporkan sebagai berkata tanggungjawab Jakim bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam, malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Asyraf berkata untuk itu kewujudan Jakim tidak sepatutnya dipersoalkan lagi kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini.
Setiausaha Agung Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub mahu anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu memohon maaf kepada rakyat Islam kerana beliau tidak sepatutnya menyerlahkan kejahilannya dalam agama dengan membuat kenyataan sebegitu.
Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai "tidak Islamik" dan tidak bermaruah, Mustapha menyuarakan kebimbangan beliau, mendakwa Tawfik cuba menjadi jurucakap kepada gerakan anti Islam.
“Kenyataan Tawfik yang mahu kerajaan menghapuskan Jakim adalah kenyataan 'unIslamic' orang Islam. Tidak ada sebab perlu dimansuhkan, kecuali Tawfik menjadi ejen kepada bukan Islam yang tidak senang dengan peranan Jakim.
“Adakah Tawfik cuba menjadi jurucakap kepada gerakan anti Islam yang tidak senang dengan peranan Jakim seperti dakwaan yang mengatakan Jakim menyebar dakyah melalui khutbah Jumaat?” soalnya.
Beliau turut mengkritik kenyataan Tawfik tersebut dengan menggelarkan kumpulan G25 yang dianggotainya sebagai sebuah kumpulan liberal yang cuba mengembalikan negara ini ke zaman jahiliah.
“Tawfik juga tidak faham struktur pentadbiran agama di negara ini yang berada di bawah kuasa negeri dan sultan.
"Walaupun setiap negeri mempunyai mufti yang berkuasa mengeluarkan fatwa, tetapi segala fatwa akan dibincangkan dan diputuskan Majlis Fatwa yang diselaraskan Jakim.
“Begitu juga halnya dengan majlis agama Islam negeri yang juga diselaraskan Jakim. Jadi, apa logiknya kenyataan Tawfik yang mahu Jakim dimansuhkan?” soalnya.
Katanya, Jakim merupakan agensi yang sah dan berperanan menjadi pemantau dan penguatkuasa kepada sebarang kegiatan yang ada kaitan dengan perkembangan perundangan dan gerakan dakwah di negara ini.
“Ia berfungsi khusus menjaga kepentingan umat Islam tanpa menyentuh sensitiviti agama lain. Penubuhannya bersesuaian peruntukan Perlembagaan yang jelas menyatakan Islam sebagai agama persekutuan atau agama rasmi negara,” katanya.
Semalam, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa Dr Amini Amir Abdullah memberi amaran kepada Tawfik, beliau berdepan kemungkinan menerima akibat buruk sekiranya enggan memohon maaf kerana menggesa Jakim dimansuhkan.
Apakah tindakan Tawfik selepas ini? Adakah beliau akan minta maaf? Kita tunggu dan lihat.
Rabu, November 11, 2015
LEBIH BEBAS BERCAKAP DI LUAR DARI BERCAKAP DALAM MAJLIS PEGUAM
Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali mendakwa tidak bebas bercakap dalam Majlis Peguam (Bar Council).
Katanya, di luar, Majlis Peguam memberitahu rakyat, kita mempunyai hak untuk bercakap, (tetapi) di sini, Majlis Peguam cuba menutup mulut beliau.
"Saya cuba bercakap dengan akhbar, anda beritahu saya tidak boleh buat begitu, perlu berhenti. Itu menyekat saya dari bercakap. Anda cuba tutup mulut saya. Jadi, saya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Peguam pada 2001" kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Beliau selaku Bendahari Majlis Peguam selama 12 tahun kesal kerana penglibatannya dalam Umno yang lebih ditonjolkan dari penglibatannya dalam Majlis Peguam.
"Untuk makluman, saya pernah menjadi ahli Umno. Tetapi semasa menjadi peguam, saya sangat aktif dalam Majlis Peguam. Dan untuk menjadi pemegang jawatan dalam Majlis Peguam, kita tidak boleh menjadi ahli mana-mana parti politik. Jadi, saya meletak jawatan dari apa saja pertubuhan atau parti politik apabila saya terlibat dalam Majlis Peguam. Dan untuk makluman, saya berada dalam Majlis Peguam selama hampir 12 tahun (1991-2003), " tegasnya.
Dalam Umno, beliau jadi ahli selama sembilan tahun dari tahun 1982 hingga 1991. Beliau tidak pernah dilantik Bendahari Umno Kelantan sebaliknya beliau adalah Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa.Beliau tidak pernah pegang jawatan di perhubungan Umno Kelantan kerana jawatan Bendahari Umno Kelantan disandang oleh Nik Husain Nik Abdul Rahman pemilik Malaysia Thai Development Berhad (MTD).
Katanya, beliau penasihat undang-undang Umno. Mereka menggelarnya penasihat undang-undang. Anda tahu mengapa? Anda ambil perlembagaan Umno. Tidak ada jawatan yang dikenali sebagai penasihat undang-undang. Tidak ada!
"Anda tahu mengapa saya dipanggil penasihat undang-undang? Kerana saya ambil kes petisyen pilihan raya Umno. Saya buat banyak petisyen pilihan raya untuk Umno. Semua kes di Kelantan, dari 1982 dan seterusnya, apabila saya menjadi peguam. Saya buka firma guaman sendiri, jadi selepas pilihan raya umum pada 1982, saya ambil semua kes petisyen pilihan raya mereka," jelas beliau.
Dalam Umno, beliau hanya Ketua Pemuda bahagian, pemimpin kecil peringkat bahagian tetapi sebagai peguam beliau mengambil semua kes petisyen pilihanraya BN.
Beliau bukan Bendahari Umno Kelantan tetapi Bendahari Majlis Peguam sebanyak dua kali.
"Saya ingin tekankan sekali lagi. Bangunan itu, yang kini dimiliki Majlis Peguam, adalah idea saya ketika saya menjadi bendahari. Saya beritahu Majlis Peguam, 'Hei, kita menyewa premis di sana sini. Tiba masanya kita membeli satu. Saya bertanggungjawab dan saya dapatkan wang untuknya. Dan itulah, bangunannya. Ia patut dinamakan Bangunan Apandi," katanya.
Dan ketika beliau dalam Majlis Peguam, kami menganjurkan Persidangan Undang-undang Komanwel yang paling berjaya pada 1999, Persidangan Komanwel ke-16. Dan kerana kami sangat berjaya, beliau menjadi bendahari dan kemudian, kami mengumpul banyak wang. Dengan itu, beliau dapat idea untuk membeli bangunan kami sendiri. Jadi, membandingkan kehidupan beliau sebagai ahli Umno dan ahli Majlis Peguam, beliau menghabiskan lebih banyak masa di Majlis Peguam daripada Umno.
"Tetapi jika anda bercakap tentang menjadi bendahari, saya bendahari Majlis Peguam dan saya salah seorang ahli yang memegang jawatan, 'the inner circle' (golongan dalaman). Anda tahu siapa golongan dalaman? Presiden, naib presiden, bendahari, setiausaha. Empat orang. Mereka ini golongan dalaman. Mereka semua boleh menjadi ahli Majlis Peguam, tetapi mereka tidak menyertai perbincangan dalaman. Saya adalah sebahagian daripadanya," hurai beliau.
Pertama kali beliau menjadi bendahari, beliau mula keluarkan buah fikiran beliau. Jadi, mereka semua cuba tutup mulutnya. Marahi beliau. Golongan dalaman ini. Orang seperti Tommy Thomas dan Sulaiman Abdullah.
"Mereka mahu kenakan saya kerana pada masa itu saya pengerusi Peguam Kelantan. Saya pengerusi Peguam Kelantan selama 7 tahun. Jadi sebagai pengerusi Peguam Kelantan, akhbar kadang-kadang datang dan bertanya saya macam-macam, jadi, saya berikan pandangan saya mengenai apa saja isu yang dibangkitkan," katanya.
"Sesetengah pandangan saya tidak disukai golongan dalaman Majlis Peguam. Jadi mereka mula menghentam saya dan sebagainya. Jadi, kami boleh dikatakan, menghentak meja. Saya dan Sulaiman. Dan kemudian saya lihat, semua orang memerhatikan apa yang saya katakan, mereka cuba untuk kenakan saya. Kita mempunyai hak untuk bercakap, bukan?" soalnya.
Jelasnya lagi, orang yang boleh mengesahkan hal ini ialah seorang yang sinonim dengan Majlis Peguam, Cik Catherine Eu. Dia masih hidup, ingatannya masih baik, pergi tanya dia. Dia boleh sahkan saja yang beliau beritahu.
"Bercakap mengenai Majlis Peguam, saya berada di Majlis Peguam sebelum orang seperti Ambiga (Datuk S Ambiga), Lim Chee Wee, Christopher Leong dan Steven Thiru. Steven Thiru (presiden Majlis Peguam sekarang) masih merupakan seorang peguam muda apabila saya mengambil petisyen pilihan raya. Dia selalu ikut saya ke sana ke mari, bawa beg dan fail saya," katanya lagi.
Beliau menjadi mangsa persepsi yang salah. Itu apa yang ingin beliau katakan. Beliau menjadi mangsa persepsi yang salah kerana tempoh pendek beliau dalam Umno, di mana beliau tidak memegang apa-apa jawatan tinggi, digunakan untuk menyatakan beliau seorang ahli Umno dan sebagainya.
"Tetapi dari sisi lain, saya lebih aktif dalam Majlis Peguam dan saya beritahu anda, ada ketikanya kerajaan tidak bertindak betul, dan saya beritahu mereka mengenainya," dakwanya.
Pada tahun 1998 atau 1999, enam orang India ditembak di Pengkalan Chepa. Mereka dari Kerala. Dan salah seorang daripada mereka bekerja sebagai atendan hospital. Mereka ditembak. Semua dibunuh. Ditembak di kepala, ditembak di mata, di leher.
"Dan anda tahu, saya dapati tidak ada seorang pun daripada mereka merupakan penjenayah. Mereka (polis) bertindak atas maklumat salah. Ia adalah 'assassination', ia pembunuhan. Jadi saya membuat kecoh, kerana kes itu di negeri saya. Saya menulis memorandum dan pergi berjumpa dengan Dr Mahathir yang ketika itu perdana menteri dan menteri dalam negeri. Memberinya memorandum. Semuanya saya sendiri, anda tahu? Ketika itu saya pengerusi Peguam Kelantan," katanya.
Dan kerana itu, mereka mengarahkan siasatan dijalankan. Beliau menghadiri siasatan itu. Siasatan itu diadakan di Tumpat. Pejabat beliau di Kota Baru. Beliau pergi-balik, pergi-balik, (secara) pro bono. Beliau tidak mengambil apa-apa (upah guaman). Setelah semuanya berakhir, dapatannya ialah, mereka ini dibunuh dengan cara yang salah.
"Saya juga memberi taklimat kepada Majlis Peguam. Kami adakan EGM yang besar di mana saya menjelaskan segala-galanya, apa yang berlaku, bagaimana pihak polis bertindak dengan cara yang 'high-handed' (perbuatan menindas yang begitu angkuh). Dan saya katakan, mereka dibunuh (executed), kerana mustahil untuk menembak dalam gelap, betul-betul di kepala, dan mata dan telinga, semua 6 daripada mereka. Dan mereka membuang revolver berkarat dekat dengan mayat itu dan berkata, mereka melepaskan tembakan. Tidak ada langsung sebarang tanda ditembak pada kenderaan polis. Sebab itu saya begitu marah dengan pihak polis. Rekod semua ada di sana. Jadi, untuk mengatakan saya pro kerajaan tidak benar. Saya pro undang-undang," katanya.
Dan Karpal (Singh), mendiang Karpal, asyik berkata kepada beliau, 'Umno, Umno'. Beliau mengingatkan Karpal kejadian ini. Beliau katakan kepadanya, Encik Karpal, anda pasti akan ingat. Selepas beliau menghabiskan masa dan tenaga beliau membawanya kepada perhatian kerajaan, Karpal secara senyap-senyap pergi dan berjumpa keluarga itu, menyaman kerajaan, dan membuat duit. Kerajaan menyelesaikannya tanpa pergi ke mahkamah kerana mereka tahu mereka bersalah.
Menjelaskan penubuhan NRRET, ia adalah penjenamaan semula yang beliau lakukan atas pasukan petugas lama yang dibentuk pendahulu saya pada 2011. Oleh kerana ada begitu banyak pasukan petugas, semua orang keliru. Lupakan pasukan petugas. Buat penjenamaan baru. Pemulihan hasil adalah untuk mendapatkan kembali apa sahaja hasil kerajaan yang hilang akibat gagal mengisytiharkan cukai pendapatan yang betul, gagal mengisytiharkan duti eksais di bawah Kastam, dan gagal mengisytiharkan transaksi wang ke luar negara.
"Wang yang masuk adalah di bawah pengubahan wang haram. Jadi, ini perkara utama yang kami sedang siasat dan jejaki. Ia melibatkan banyak agensi. Polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam, Bank Negara... semua agensi yang terlibat. Kami juga lihat kepada kes pengubahan wang haram. Tahukah anda banyak wang dibawa keluar dari negara ini? Dibawa keluar secara haram. Kita ada contohnya dua juta pekerja Indonesia di sini," jelas beliau.
Katanya, sudah tentu mereka menghantar wang (pulang) hampir setiap bulan atau setiap minggu. Bagaimana mereka hantar? Ada yang mengikut undang-undang, ada yang mempunyai ejen. Ini adalah komisen yang patut pergi kepada kerajaan. Tetapi tidak, kerana mereka lakukannya di bawah tanah. Mereka ada ejen di sebuah bank di Indonesia, dan mereka juga ada satu lagi ejen di sini. Semua tidak berdaftar. Bagaimana mereka melakukannya? Dan ia sudah dilakukan. Kami gunakan ejen provokasi (ejen yang menyamar), kami berjaya mengesan semua mereka. Kami juga menghantar ejen provokasi ke Indonesia.
Apandi menolak dakwaan NRRET mencari ikan bilis sahaja.
" Tidak, kami juga cari mereka yang besar-besar. Kerana ini tidak diketengahkan atau dilakukan secara terbuka. Kadang-kadang, apabila kami berdepan dengan mereka, kerana tidak membayar cukai contohnya, mereka beritahu kami, 'Okay, jangan bawa saya ke mahkamah, tidak baik untuk imej kami dan sebagainya. Kami sedia bayar apa yang perlu dibayar'. Dan mereka membayar secara senyap-senyap. Ia boleh diterima," katanya lagi.
Selasa, November 10, 2015
SELAMAT HARI DEEPAVALI
Saya ingin mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu terutamanya rakan-rakan dalam Free Malaysia Today dahulu seperti Kabilan, Ratna, Ramani, Narinder, Nantha, Pragalath, Berita baik Deepavali semalam seramai 1,647 orang sudah membaca blog saya yang biasanya dikunjungi 400 orang setiap hari. Posting saya, Nak Tarik Undi Cina, Tak Payah Kata KL Bodoh sudah dikunjungi 3,286 orang merupakan rating tertinggi setakat ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Sarawak yang mempromosi blog saya dalam Facebook mereka.
Isnin, November 09, 2015
RAMALAN KADIR BIAR BERASAS
Dalam posting blog terbaharu bekas Ketua Pengarang NST, Kadir Jasin, beliau meramalkan Najib Razak akan menangguhkan PRU pada tahun 2008 kerana takut hilang kuasa.
Nampak sangat beliau terlalu obses untuk menjatuhkan PM sehingga tergamak membuat ramalan yang tidak masuk akal. PRU diadakan setiap lima tahun. Pernah berlaku genap lima tahun PM tidak membubarkan parlimen tetapi mengikut perlembagaan PM ada masa enam bulan lagi untuk membubarkan parlimen.
Jadi soal menangguhkan PRU melebihi perlembagaan memanglah sesuatu yang tidak logik. Kalau ya pun mahu Najib berundur, janganlah meramalkan benda yang di luar perlembagaan seolah-olah memfitnah Najib akan membuat sesuatu yang di luar dugaaan.
Najib tidak takut menghadapi PRU akan datang kerana bila tiba masanya beliau akan menyerahkan mandatnya kepada rakyat. Terpulang kepada rakyat sama ada mahu mengekalkan beliau sebagai BN atau memilih kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seperti mana kata aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin, BN akan menang PRU akan datang kerana rakyat tidak nampak calon PM yang boleh menggantikan Najib. Pada PRU tahun 2013, adalah kemuncak kepada rakyat sama ada mereka mahu Najib atau Anwar Ibrahim sebagai PM. Tetapi rakyat memilih Najib walaupun BN gagal memenangi majoriti dua pertiga.
Pada PRU akan datang, rakyat diberi pilihan sama ada mahu Najib atau Dr Wan Azizah sebagai PM. Adakah rakyat mahu PM boneka, Dr Wan Azizah yang diremote control oleh Lim Kit Siang? Justru itu rakyat tidak ada pilihan lain mengekalkan kerajaan BN walaupun ia menang dengan simple majoriti.
Oleh itu meramalkan Najib mahu menangguhkan PRU akan datang merupakan satu fitnah yang tidak berdasarkan perlembagaan dan penuh dengan niat jahat.

Ahad, November 08, 2015
KESEDIAAN UMNO TERENGGANU LETAK CALON WANITA SATU TRANSFORMASI
UMNO Terengganu sedia menampilkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika calon berkenaan mampu meraih sokongan dan memenangi kerusi yang ditandinginya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, bagaimanapun berkata individu berkenaan perlulah berwibawa.
"Saya tiada masalah meletakkan calon wanita. Cuma apa yang saya mahukan calon boleh menang tidak kira siapa dia, walaupun calon itu veteran ataupun muda kerana kita mahu menang.
"Kalau katakan hari ini, semua memerlukan calon wanita, maka calon wanitalah akan disenaraikan tetapi kita perlu cari kemenangan sebab keadaan politik di negeri ini sekarang 17-15...majoriti mudah ini, kita tiada pilihan," katanya.

Kenyataan Razif ini wajar disokong kerana ia adalah satu transformasi yang dibawanya. Pada tahun 1969, Perikatan pernah menonjolkan calon wanita di DUN Cukai dan menang iaitu Puan Teh kalau tak silap saya. Tetapi sejak Wan Mokhtar Ahmad menjadi MB Terengganu pada tahun 1974 beliau selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu tidak pernah meletakkan calon wanita. Sebaliknya beliau memperuntukkan satu kerusi Senator dari DUN Terengganu untuk wanita yang biasanya disandang oleh Ketua Wanita Umno Terengganu.
Pada tahun 2004, Idris Jusoh selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu pernah menawarkan kerusi DUN Ladang kepada Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie tetapi beliau menolak tawaran itu dan Idris menawarkan kerusi itu kepada Wan Hisham Wan Salleh. Wan Hisham menang dan dilantik Exco.
Jika Nordiana menerima tawaran tersebut, beliau pasti menang dan menjadi Exco tetapi bukan rezeki beliau menjadi YB. Pada tahun 2008, beliau bertanding di kerusi hitam, Batu Burok memang susah mahu menang maka penonjolan calon wanita mengecewakan Badan Perhubungan Umno Terengganu.
Pada PRU 2013, Umno Terengganu tidak meletakkan sebarang calon wanita tetapi jika benar Razif mahu meletakkan calon wanita, maka carilah kawasan yang selamat seperti DUN Air Putih yang diguraukan oleh Wan Mokhtar dalam ucapannya di konvesyen Umno Terengganu Jumaat lalu. Wan Mokhtar bergurau kerana DUN Air Putih adalah kerusi paling selamat walaupun kini disandang oleh anaknya Wan Hakim yang dikatakan lebih berminat bertanding kerusi parlimen pada PRU 2018.
DUN Air Putih memang selamat tetapi pengundi Air Putih mahu calon tempatan seperti Ustaz Zulkifli Sulong. Cukuplah orang luar jadi calon sejak tahun 1999, Dr Ramli Taib, Wan Ahmad Nizam dan Wan Hakim. Kali ini pengundi Air Putih mahu anak tempatan.
Kalau nak letak calon wanita di kerusi selamat di Kemaman letak sama ada di DUN Kijal atau di DUN Kemasik. Di Kijal, bekas MB, Ahmad Said dijangka tidak mahu bertanding lagi maka kerusi itu yang menjadi rebutan calon lelaki wajar diberi kepada Ketua Puteri Umno Kemaman, Shaheda Jusoh.
Berkelulusan kejuruteraan kimia, meletakkan Shaheda boleh beri kemenangan di DUN Kijal. Atau jika Shaheda tiada rezeki jadi calon, letak Asfalinda Anuar, Exco Puteri Umno Malaysia di DUN Kemasik. Beliau adalah aktivis belia sebagai Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
Asfalinda mampu menang di DUN Kemasik menggantikan Ir Rosli yang sudah dua penggal menjadi ADUN Kemasik. Di bahagian lain calon wanita sukar menang tetapi kalau letak seorang calon wanita sama ada di DUN Kijal atau di DUN Kemasik, saya yakin calon wanita itu boleh menang dan mencatat sejarah sebagai ADUN wanita pertama selepas tahun 1969. Terpulang kepada Razif buat pilihan.
Sabtu, November 07, 2015
APABILA KHABAR ANGIN MENJADI KENYATAAN.
Oleh
Shahbudin Embun
(dipetik dari Berita Harian)
Perbualan dan perbincangan tentang
khabar-khabar angin memang menyeronokkan. Ketika inilah timbul pelbagai teori
dan andaian yang dikemukakan oleh mereka yang berborak dan berbincang tentang isu-isu
yang bermula dari khabar angin.
Di Malaysia ini kebiasaannya, sesuatu
yang sensasi itu bermula dengan khabar angina atau disebut juga sebagai gosip.
Kebanyakannya menjadi kisah yang benar dan tidak kurang juga ada khabar angin yang terus menjadi sesuatu
yang senyap. Penafian pula sudah mula tidak dipercayai dan hanya merupakan
usaha untuk melengahkan berita atau perkhabaran yang sebenarnya sahih.
Antara khabar angin yang sering bertiup
kencang sekarang ialah adakah tindakan displin akan dikenakan ke atas Timbalan
Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebenarnya ini bukanlah satu isu yang
baru. Saya pernah menulis tentang isu ini , sebaik sahaja Muhyiddin Yasin
disingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Khabar angin ini timbul berikutan gara-gara
kelantangan beliau menyuarakan pandangan dalam pelbagai isu yang dikatakan
boleh memecahkan perpaduan dalam UMNO. Bahkan ada pula di kalangan ahli UMNO
yang mahukan Muhyiddin dihalang dari merasmikan Perhimpunan Agung Sayap semasa
Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.Betulkah ini hanya sekadar khabar
angin?
Menerusi perbualan saya dengan beberapa
rakan , ramai yang tidak percaya akan khabar angin tersebut dan mereka
berpendapat, kisah-kisah ini sengaja dilemparkan untuk menghalang usaha
memperkukuhkan parti.Ada yang mahukan Muhyiddin terus dikekalkan dan menunggu
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuka
langkah mencabar beliau .
Namun begitu ada juga yang merasakan
tidak akan bergoncang daun, jika tiada angin yang meniup.Golongan yang percaya
pada khabar angin ini merasakan yang UMNO akan lebih kuat tanpa Muhyiddin.
Itu sebabnya ada juga yang mahukan
khabar angin ini menjadi kenyataan kerana kritikan Muhyiddin terhadap Presiden
UMNO merupakan tindakan yang amat bertentangan dengan kedudukan beliau sebagai
orang nombor dua parti. Apatah lagi rasa tidak puas hati Muhyiddin itu
diluahkan ketika berada di majlis yang bukan dalam platform UMNO.Bukannya tidak
boleh menyatakan pandangan tetapi
kebebasan bersuara itu perlu
dinyatakan dengan menggunakan saluran yang betul.
Golongan yang percaya akan khabar angin
ini merasakan yang Muhyiddin perlu
menjaga maruah parti kerana ini adalah masalah rumahtangga dan tidak perlu
diberitahu kepada seluruh dunia. Adakah khabar angin seperti ini akan menjadi
kenyataan? Buat masa ini, statusnya masih kekal sebagai sesuatu yang tidak
pasti dan boleh dikategorikan sebagai khabar angin sahaja.
Dalam hal ini saya amat bersetuju dengan
kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang
menjelaskan bahawa ahli Umno perlu terus memberi sokongan dan menghormati pucuk
pimpinan sekiranya mahukan parti terus utuh. Apa yang dimaksudkan oleh Zahid
begitu jelas sekali. UMNO tidak boleh berkompromi dalam soal perpaduan kerana
itulah antara elemen yang akan menguatkan parti dan sepatutnya tidak boleh
dipertikaikan lagi.
Masalah yang berkaitan dengan Muhyiddin
dikaitkan juga dengan isu “7 dalang” dalam UMNO. Siasatan telah dijalankan ke
atas “7 dalang UMNO” da nada khabar angin yang menyatakan bahawa tindakan akan
diambil ke atas mereka.
Bagi yang percaya akan khabar angin ini
tentunya bersetuju jika tindakan displin diambil kepada mereka yang cuba
merosakkan parti. Golongan ini merasakan 7 dalang ini seperti gunting dalam
lipatan atau duri dalam daging.Selagi mereka berada dalam UMNO, selagi itu UMNO
akan dilemahkan melalui tindakan “7 dalang “ ini. Walaupun isu ini agak reda
seketika, namun jangan terkejut jika gossip yang berkaitan dengan perkara ini
menjadi satu isu yang besar.Kita nantikan adakah khabar angin akan berubah
menjadi sesuatu yang sensasi.
Satu lagi khabar angin yang bertiup
kencang ialah tentang hubungan antara PAS dan UMNO. Ramai yang menganggap
kedua-dua pihak tidak lagi bermusuh seperti dahulu dan terdapat kemungkinan
satu persepakatan akan muncul . Bahkan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika PAS akan bekerjasama dengan UMNO dalam
pilihan raya umum akan datang.
Sebenarnya ini bukanlah satu isu baru dan
telah lama diperkatakan, apatah lagi PAS tidak berada dalam Pakatan
Harapan.Bukan itu sahaja, kenyataan dari pelbagai pihak menunjukkan yang PAS
sudah tidak mahu untuk menjalin sebarang hubungan dengan Pakatan Harapan. Hadi
pernah menjelaskan beberapa kali yang parti pimpinan beliau itu bukan sahaja
boleh berdiri sendiri malah sudah lama bersendiri.Dalam erti kata lain, PAS
tidak memerlukan Pakatan Harapan.
Untuk menghangatkan lagi keadaan, sejak
kebelakangan ini juga terdapat banyak kenyataan terutamanya dari para pemimpin
PAS yang boleh membawa maksud untuk
bekerjasama dengan UMNO, walaupun para pemimpin parti itu terus menyangkal dan
menegaskan yang PAS tidak akan sekali kali berganding bahu dengan UMNO.
PAS dengan tegas menjelaskan yang parti itu
hanya bersedia menjalin kerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan dan
kebajikan kepada rakyat dan bukannya untuk membentuk kerajaan perpaduan. Namun
ianya tidak boleh menolak sebarang spekulasi dari orang ramai yang merasakan
hubungan antara PAS dan UMNO mula menampakkan bibit bibit kemesraan.
Sebagaimana yang dijealskan, ada kemungkinan juga, segala penafian yang
dilakukan itu hanya merupakan langkah formaliti untuk menjaga hati para
penyokong kedua-dua belah phak.
Spekulasi tentang isu ini semakin hangat
diperkatakan apabila baru-baru ini Haji
Hadi menjelaskan yang PAS membuat
keputusan berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 dan telah
dipersetujui sebulat suara oleh kesemua ahli Parlimen PAS.
Sebelum itu,PAS dikatakan bersedia untuk
menjadi penasihat kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan pimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bersedia untuk mengubah dasar
pentadbirannya.
Hadi menjelaskan lagi bahawa perjuangan
parti Islam itu kini adalah untuk mengubah dasar pentadbiran dan bukan
semata-mata mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara.Walaupun telah diperjelaskan
oleh Hadi, namun masih tidak cukup untuk menghalang orang ramai dari membuat
andaian bahawa PAS dan UMNO akan bergabung juga dalamasa terdekat ini. Sebarang
kemungkinan boleh berlaku.
Buat masa ini kita semua boleh membuat
pelbagai andaian dan teori. Lagipun semua isu yang dibincangkan hanya merupakan
khabar angin
atau gossip sahaja. Hanya masa yang menentukan sejauh mana
isu-isu ini yang menjadi kenyataan dan mana yang hanya sekadar terus menjadi
khabar angin sahaja.
Shahbudin Embun
Ahli Majlis Perundingan
Melayu Malaysia/ Blogger Lawyer Pokok Cherry.
(Penulis Buku NAJIB
PENERAJU TRANSFORMASI)

Jumaat, November 06, 2015
NAK TARIK UNDI CINA PUN, JANGAN KATA KL BODOH
Pilihanraya negeri Sarawak semakin hampir. Macam macam hal nak tarik undi orang Cina sehingga sanggup Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem kata KL bodoh kerana tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina.
Adenan berkata, tidak masuk akal jika tidak mengiktiraf UEC kerana ia akan menyebabkan mereka yang pakar dan berbakat keluar atau berhijrah ke negara yang mengiktiraf kelayakan itu.
“Saya tidak peduli apa yang kerajaan persekutuan buat tetapi saya fikir itu bodoh.
“Saya bersedia untuk mempertahankannya,” katanya merujuk kepada pendidikan masih di bawah bidang kuasa persekutuan meskipun Adenan mengambil langkah menuntut ia semula di bawah Perjanjian Malaysia.
Beliau berkata, Sarawak akan kehilangan banyak individu berbakat kepada negara seperti Singapura dan Taiwan, akibat daripada polisi itu.
“Negara lain akan ambil mereka.
“Sangat membazir. Bagaimana kita hendak sekat peluang mereka (dalam negara ini)?,” katanya semalam.
UEC ialah peperiksaan standard yang perlu diduduki pelajar di semua 60 sekolah menengah persendirian Cina di negara ini.
Sejumlah besar universiti antarabangsa, termasuk Universiti Oxford, United Kingdom yang berprestij itu turut mengiktiraf kelayakan peperiksaan itu.
KL tidak mengiktiraf UEC kerana ia tidak mengikut kurikulum pendidikan negara.
Berhubung langkah Sarawak menuntut semula kuasa autonomi terhadap pendidikan dan meningkatkan keupayaan rakyatnya berbahasa Inggeris dengan menjadikan ia bahasa pengantar di sekolah, Adenan berkata, Bahasa Inggeris bukan lagi bahasa “bekas penjajah” tetapi bahasa antarabangsa.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menutup diri mereka daripada dunia luar.
“Anda bukan di bulan. Anda berada di dunia ini,” katanya.
Beliau berkata memberi penekanan kepada Bahasa Inggeris tidak bermakna negeri itu meletakkan Bahasa Melayu di bawah.
“Kita boleh ada kedua-duanya,” katanya.
Adenan ingat dengan mengatakan KL bodoh, orang Cina akan menyokong SUPP,parti Cina dalam komponen parti BN Sarawak. Jangan haraplah. Mereka tetap menyokong DAP.
Adenan tujukan kepada siapa yang bodoh itu, PM ke, Najib Razak atau Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid? Adenan harap dengan membodohkan Najib dan Mahdzir orang Cina Sarawak akan menyokong BN?
Jangan mimpilah Adenan. Adenan ini tidak sedar diri dan tak tahu bersyukur. Sepatutnya Abang Johari yang jadi Ketua Menteri selaku Timbalan Presiden PBB. Tetapi oleh kerana Abang Jo tidak ngam dengan bekas Ketua Menteri, Taib Mahmud maka Adenan Satem yangt dipilih sebagai pengganti beliau.
Kerusi Ketua Menteri itu hak Abang Jo tetapi Adenan yang dilantik. Bila dah dilantik tu pandai-pandailah bawa diri. Sebaliknya oleh kerana beliau mahu jadi hero orang Cina, dikatanya pula KL bodoh sedangkan Najib Razak yang banyak membantu Sarawak berbanding dengan semua bekas PM.
Selepas BN menang semula dalam PRU tahun depan di Sarawak, sudah wajarlah rakyat Sarawak memilih Ketua Menteri yang baru yang boleh menjaga mulut tidak membodohkan pemimpin KL. Cerdik sangat ke Adenan? Sedangkan beliau menjadi menteri dalam kerajaan pusat dahulu tidak lama. Ini bermakna prestasinya tidak bagus. Kalau prestasinya bagus, sudah tentu beliau lama jadi menteri pusat. Mungkin beliau juga bodoh yang menyebabkan PM dahulu membuangnya dari kabinet pusat.
Siapa yang bodoh? Dasar pelajaran kebangsaan mengatakan semua sekolah hendaklah menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu sebaliknya Adenan mahu pusing ke zaman silam yang mahu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Sarawak.
Nampaknya Adenan adalah pengkhianat bahasa Melayu jika Sarawak mengubah dasar pelajaran kebangsaan yang diperjuangkan oleh bekas Menteri Pelajaran dahulu, Rahman Yaacob yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak.
Rahman Yaacob disanjung kerana tegas mempertahankan bahasa Melayu sebaliknya Adenan Satem yang mahu menjadi pengkhianat bahasa Melayu.

Khamis, November 05, 2015
NIK NAZMI ULANGI ISU BASI
Bila anda jadi Exco, rakyat harapkan Exco mengeluarkan kenyataan baru dan bukannya mengulangi isu basi. Sudah tujuh tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor takkanlah ADUN Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad baru tahu semua MB, Exco di Selangor tidak dibenarkan memasuki sekolah.
Semua sekolah adalah milik kerajaan persekutuan maka kerajaan BN berhak menyekat wakil rakyat pembangkang memasuki premis sekolah. Ini sudah ditetapkan pada tahun 2008. Nampaknya Nik Azmi baru bangun dari tidur kerana baru sedar arahan ini.
Sama juga dengan wakil rakyat BN tidak dibenarkan membuat majlis di dewan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana PBT di bawah kuasa kerajaan negeri. Jadi arahan ini jelas. Maka alangkah cerdiknya Nik Nazmi yang baru jadi Exco bangkit isu yang sudah basi ini.
Nik Nazmi, anda sudah jadi Exco Kerajaan Selangor. Carilah isu lain. Jangan ulangi isu basi kerana benda ini sudah diketahui rakyat Selangor sejak tahun 2008 lagi. Malah kami rakyat Terengganu lebih awal tahu pada tahun 1999 apabila PAS menawan Terengganu.
Ketika itu kami tak boleh guna tadika, dewan majlis, kerana ia milik kerajaan negeri. Budak budak tadika dihalau dari balai raya kerana ia adalah milik kerajaan negeri. Mesyuarat cawangan Umno terpaksa dibuat di rumah ketua cawangan kerana balai raya tidak boleh digunakan lagi.
Carilah isu baru yang boleh menambat hati rakyat. Jika anda menjadi kerajaan pusat pun, wakil rakyat BN yang menjadi pembangkang tidak boleh masuk sekolah pula. Jadi apa pentingnya mengulangi isu basi ini?
Sebagai Ketua Pemuda PKR Malaysia, lebih baik anda menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan golongan muda di Selangor. Apatah lagi anda ada kuasa sebagai Exco untuk membantu mereka. Jangan pula anda kata anda tiada kuasa sebagai Exco. Kalau begitu lebih baik anda letak jawatan sebagai Exco dan ADUN Kelana Jaya.

Rabu, November 04, 2015
MENUNGGU JATUHNYA KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR
Retak sudah menanti belah. Sudah nampak tanda tanda kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan runtuh. Tunggu masa sahaja. Kelmarin seorang ketua cawangan DAP berani mendesak DAP Selangor beri kata dua kepada MB, Azmin Ali supaya memecat PAS dari kerajaan Pakatan Rakyat.
Seperti mana kata Azmin kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR, DAP dan PAS yang menang dalam PRU ke 13. oleh itu tidak timbul kerajaan Pakatan Harapan yang diwakili PKR, DAP dan Amanah.
Jika benar DAP desak PKR buang PAS, maka kerajaan Pakatan Rakyat akan tumbang. Ini memberi kelebihan kepada BN yang boleh membentuk kerajaan dengan ADUN PAS. Jika BN tidak dapat memanfaatkan isu ini sebaik mungkin alangkah ruginya BN.
Inilah masa terbaik bagi BN melagakan DAP dengan PKR supaya pecat PAS. Jika PKR enggan pecat PAS, maka DAP dicadang keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat seperti kata Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong. Tetapi Naib Pengerusi DAP Selangor melihat cadangan ketua cawangan DAP itu menguntungkan BN.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang bila-bila masa dalam suasana Azmin belum mengiktiraf Amanah dalam Pakatan Harapan. Azmin serba salah, Jika beliau mengiktiraf Amanah, PAS pula kecil hati maka pilihan terbaik kekalkanlah kerajaan Pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat Selangor pada 2013.
BN Selangor hendaklah ambil kesempatan dari pertelagahan PAS dan DAP ini. Kalau pemimpin Umno masih tidak insaf, bergaduh sesama sendiri nampaknya pada PRU akan datang Selangor akan berada dalam kerajaan Pakatan Harapan pula. Sehubungan dengan itu wahai pemimpin Umno di Selangor kurangkan pergeseran sesama sendiri.
Jangan pentingkan diri. Pentingkan BN tidak kira siapa jadi calon. Biar pucuk pimpinan memilih pemimpin yang bersih, tidak rasuah, jujur dan amanah. Muka lama jangan diberi lagi jadi calon kerana muka lama itu sudah ditolak rakyat pada PRU akan datang. Mungkin ADUN Semenyih, Johan Abdul
Aziz yang layak jadi MB baharu jika BN dapat merampas negeri Selangor pada tahun 2018.

Selasa, November 03, 2015
MENCARI CALON KETUA PEMUDA
Pemuda Umno di zaman Khairy Jamaluddin amat mengecewakan. Sudah dua penggal beliau mengetuai pergerakan tersebut sejak tahun 2009. Beliau menang setelah menewaskan Mukhriz Mahathir dan Dr Khir Toyo. Selepas menang beliau yang baru jadi ahli parlimen Rembau tidak dapat jadi menteri sebaliknya naib ketua pemuda, Razali Ibrahim yang dilantik timbalan menteri.
Pada tahun 2013 beliau mengalahkan ramai calon termasuk anak Sanusi Junid dan Syed Rosli Jamalulail. Semua calon lain tidak mendapat undi kerana sistem pemilihan yang ada diundi di peringkat bahagian. Bila seseorang itu menang di satu bahagian, maka menanglah calon tersebut. Sistem ini menyebabkan calon baru yang tidak dikenali sukar mendapat undi.
Maka menanglah Khairy buat kali kedua. Kali ini beliau dilantik Menteri Belia dan Sukan selepas menang PRU 13. Khairy dikatakan akan bertanding kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan 2018 kerana ada kekosongan akibat Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.
Maka kerusi ketua pemuda Umno pada tahun 2018 dijangka kosong. Mampukah naib ketua sekarang, Bro Azwan menjadi ketua pemuda yang baru? Maka calon calon ketua pemuda hendaklah dicari dari sekarang supaya dalam masa dua tahun lagi calon itu dapat memperkenalkan diri kepada semua bahagian.
Saya nampak Ali Tinju ketua gerakan merah yang sesuai dijadikan ketua pemuda. Sejak mengetuai gerakan baju merah, beliau dikenali dan menjadi tokoh kontroversial dan rasis. Pemuda Umno memerlukan orang yang berani seperti Ali Tinju atau Ali Baharom yang berasal dari Melaka. Bukannya senang nak mengumpulkan 50,000 orang dalam satu perhimpunan yang besar tetapi Ali Tinju berjaya dalam masa 21 hari. Ini kejayaan yang besar bagi tokoh kecil seperti Ali Tinju.
menyedari keberanian Ali Tinju beliau yang layak mengetuai pemuda Umno pada tahun 2018 seperti cadangan bekas calon ketua pemuda, Syed Rosli. Soal beliau sudah berumur lebih 40 tahun tidak timbul kerana jawatan Ketua Pemuda tidak ada had umur.

Isnin, November 02, 2015
RATING TERTINGGI BAGI BULAN OKTOBER
Sepanjang bulan Oktober, posting Pengarah Takaful Ikhlas wajar letak jawatan mendapat rating tertinggi 1059 hit. Tak sangka pula bukan berita politik yang mendapat tempat tertinggi bagi bulan lepas. Purata hit harian ialah 420 di mana setiap hari posting blog ini mendapat ht sebanyak sekitar 400.
10 posting tertinggi ialah:
1. Pengarah Takaful Ikhlas Wajar Letak Jawatan (6 Oktober)
2.Siapa Yang Tidak Demokratik, Mahathir Atau Najib (8 Oktober)
3.Bila Lagi Zam Mahu Tinggalkan Kapal Najib? (16 Oktober)
4.Malaysiakini Sudah Tiada Modal (17 Oktober)
5.Tol Naik: Najib Selamatkan Duit Rakyat (14 Oktober)
6.Pilihan Buat Muhyiddin (26 Oktober)
7.Undi Pembangkang Pun Dapat Projek RM80 Billion (25 Oktober)
8.Siapa Petualang: Muhyiddin Atau Azizan? (21 Oktober)
9.Malaysiakini Menipu Lagi (20 Oktober)
10.Nazri Jangan Terlalu Negative Thinking (29 Oktober)

Ahad, November 01, 2015
RUPA RUPANYA TONY PUA PENGECUT
Tak sangka pula ahli parlimen DAP yang hebat, Tony Pula pengecut orangnya. Dahulu dia cabar Arul Kanda Presiden 1MDB berdebat, Arul tolak dengan alasan Tony kena letak jawatan ahli PAC. Kini Arul setuju berdebat tanpa syarat Tony pula tak nak berdebat.Dia nak tanya soalan sahaja jadi moderator pula majlis live talk show.
Berat juga Tony Pua ini. Dia tak tahu siapa Arul Kanda yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Kalau RTM siarkan debat itu secara langsung sudah tentu Tony Pua yang tak fasih dalam Bahasa Melayu merangkak-rangkak nak bercakap dalam Bahasa Melayu. Sebab itu dia mahu jadi moderator tanya soalan kepada Arul Kanda sahaja.
Nampaknya Tony nak tanya soalan. Kalau nak tanya soalan tunggulah sidang PAC, anda kan ahli PAC boleh tanya Arul 1000 soalan. Kenapa nak tanya soalan dalam talk show tv pula? Dah tak ada modal ke Tony?
Buat apa jadi moderator. Terimalah cabaran berdebat. Arul Kanda bukan orang politik. Takkan nak berdebat dengan orang profesional pun takut Tony. Buat malu DAP. Lain kali sebelum cabar Arul Kanda berdebat, periksa dahulu latar belakang Arul Kanda yang merupakan tokoh pidato di kolej RMC. Dengan Arul Tony takut berdebat, jangan sampai Arul masuk politik lawan Tony Pua pula.

Sabtu, Oktober 31, 2015
TAK SALAH GUNA TELEGRAM SINGKIR PEMIMPIN
Dikatakan seramai 80 peratus ketua bahagian Umno di seluruh Malaysia bersetuju menyingkirkan pemimpin yang derhaka melalui applikasi telegram. Apa salahnya menggunakan sembang telegram untuk menyingkirkan pemimpin kerana 170 yang bersetuju itu adalah suara majoriti daripada 191 ketua bahagian.
Walaupun dalam telegram itu tidak sebut nama pemimpin, adalah dijangka yang akan dipecat ialah Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yasin dan Shafie Apdal. Inilah duri dalam daging dan api dalam sebut yang disebut PM ketika membentangkan Bajet 2016 pada Jumaat lepas.
Kenapa harus pertikai media sosial sedangkan ia adalah cara tercepat untuk menghubungi semua orang dalam masa yang singkat. Ia adalah kemudahan masa kini yang wajar dimanafaat oleh semua parti politik dalam mengambil sesuatu keputusan yang urgent.
Terpulang kepada pucuk pimpinan sama ada mahu menggunakan keputusan telegram itu untuk melaksanakan keputusan itu. Kononnya telegram itu diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Temerloh, Sharkar Shamsuddin. Yang buat keputusan itu adalah ketua bahagian. Tak perlu dipertikaikan kerana majoriti ketua bahagian bersetuju menyingkirkan pemimpin yang derhaka.
Perlu diingat semua ahli majlis tertinggi Umno juga adalah ketua bahagian. Ini bermakna majoriti ahli majlis tertinggi pun setuju pucuk pimpinan menyingkirkan duri dalam daging. Nazri Aziz yang mahu Muhyiddin kekal sehingga pemilihan 2018 juga mungkin mengundi juga dalam telegram selaku Ketua Umno Bahagian Padang Rengas.

Jumaat, Oktober 30, 2015
RM4.5 BILION HASIL PELANCONGAN TERENGGANU TAHUN LEPAS
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, Terengganu berpotensi besar berkembang menjadi salah satu hab pelancongan di negara ini.
Katanya, pada tahun lalu, sektor berkenaan menyumbang sebanyak RM4.52 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negeri dengan jumlah pengunjung sekitar 4.517 juta.
“Dengan keindahan alam serta adat warisan yang diwarisi, kerajaan negeri akan terus mempromosi Terengganu menerusi penganjuran Tahun Melawat Terengganu 2017.
“Kita bersungguh-sungguh dalam menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong ke negeri ini sekaligus merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri,” katanya di Dataran Merdeka semalam.
Ahmaf Razif memberitahu, Pesona Terengganu 2015 merupakan platform mempromosikan negeri itu serta memberi peluang kepada rakyatnya berniaga dan mencari keuntungan.
“Ini adalah cara kita melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat agar mereka makmur dan sejahtera. Karnival ini adalah satu-satunya kisah Terengganu untuk dikongsi kepada seluruh dunia,” ujarnya.
Karnival Pesona Terengganu 2015 membuka tirai semalam dengan menjanjikan pelbagai program menarik yang membawa ‘wajah’ negeri pantai Timur itu ke ibu kota sepanjang lima hari penganjurannya.
Seiring dengan pendekatan Transformasi Terengganu Baharu (TTB), karnival yang diadakan di Dataran Merdeka dan Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan mempromosikan pelbagai tarikan negeri berkenaan dalam pelbagai bidang termasuk seni budaya dan warisan, kekayaan sumber alam serta pelaburan perniagaan.
Menerusi pendekatan itu, produk-produk keluaran kira-kira 100 usahawan anak negeri termasuk dalam industri kraf diketengahkan, sekaligus membuka ruang niaga mereka ke peringkat antarabangsa.
Pelbagai program telah diatur menerusi lapan segmen seperti TTB, keusahawanan, pelancongan, pendidikan dan sains, ekonomi dan pelaburan, kebudayaan dan kesenian, pertanian, sumber manusia dan sukan.
Antara tarikan karnival itu adalah persembahan ketuk hulu, kebudayaan, forum perdana hal ehwal Islam, lelongan mega, permainan tradisional, demonstrasi masakan oleh dua cef terkenal, Cef Zam dan Chef Haneliza.
Karnival Pesona Terengganu 2015 turut dimeriahkan dengan persembahan penggiat seni yang merupakan anak jati negeri itu dalam pelbagai bidang termasuk segmen Simfoni Penyair Timur sebagai penghargaan kepada penyair, J.M Aziz.
Program di Dataran Merdeka akan berlangsung dari 29 hingga 31 Oktober bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, sementara program Terengganu Kitchen yang diadakan di Dataran DBKL yang mengetengahkan pelbagai produk makanan tradisional negeri itu akan berakhir 2 November ini.
Langgan:
Catatan (Atom)