Bila anda jadi Exco, rakyat harapkan Exco mengeluarkan kenyataan baru dan bukannya mengulangi isu basi. Sudah tujuh tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor takkanlah ADUN Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad baru tahu semua MB, Exco di Selangor tidak dibenarkan memasuki sekolah.
Semua sekolah adalah milik kerajaan persekutuan maka kerajaan BN berhak menyekat wakil rakyat pembangkang memasuki premis sekolah. Ini sudah ditetapkan pada tahun 2008. Nampaknya Nik Azmi baru bangun dari tidur kerana baru sedar arahan ini.
Sama juga dengan wakil rakyat BN tidak dibenarkan membuat majlis di dewan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana PBT di bawah kuasa kerajaan negeri. Jadi arahan ini jelas. Maka alangkah cerdiknya Nik Nazmi yang baru jadi Exco bangkit isu yang sudah basi ini.
Nik Nazmi, anda sudah jadi Exco Kerajaan Selangor. Carilah isu lain. Jangan ulangi isu basi kerana benda ini sudah diketahui rakyat Selangor sejak tahun 2008 lagi. Malah kami rakyat Terengganu lebih awal tahu pada tahun 1999 apabila PAS menawan Terengganu.
Ketika itu kami tak boleh guna tadika, dewan majlis, kerana ia milik kerajaan negeri. Budak budak tadika dihalau dari balai raya kerana ia adalah milik kerajaan negeri. Mesyuarat cawangan Umno terpaksa dibuat di rumah ketua cawangan kerana balai raya tidak boleh digunakan lagi.
Carilah isu baru yang boleh menambat hati rakyat. Jika anda menjadi kerajaan pusat pun, wakil rakyat BN yang menjadi pembangkang tidak boleh masuk sekolah pula. Jadi apa pentingnya mengulangi isu basi ini?
Sebagai Ketua Pemuda PKR Malaysia, lebih baik anda menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan golongan muda di Selangor. Apatah lagi anda ada kuasa sebagai Exco untuk membantu mereka. Jangan pula anda kata anda tiada kuasa sebagai Exco. Kalau begitu lebih baik anda letak jawatan sebagai Exco dan ADUN Kelana Jaya.
Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu. Papar semua catatan
Khamis, November 05, 2015
Selasa, April 20, 2010
BN TIADA ISU LAIN

Nampaknya BN tiada isu lain terpaksa menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada hari Ahad ini.
Dua blog gerakan anti pkr (gap) dan pisau.net telah menyiarkan gambar Zaid memegang botol arak dan gambar kuda Zaid seolah-olah semua ahli parlimen BN lain tidak pernah minum arak dan tidak pernah berjudi.
Sepatutnya BN tidak perlu guna isu peribadi kerana ia memalukan BN sendiri. Orang seperti Zaid yang ada prinsip sanggup meletakkan jawatan menteri perlu ditanya kenapa beliau tinggalkan jawatan itu sedangkan beliau dilantik oleh Pak Lah sebagai menteri? Ini menunjukkan Zaid yang telah membuat rakyat percaya semula kepada undang-undang negara tidak bersetuju apabila Tan Sri Syed hamid Albar menggunakan ISA. Bukan senang nak cari orang yang ada prinsip seperti Zaid sekarang ini.
Terpulanglah kepada para pengundi Hulu Selangor sama ada mereka mahu memilih Kamal atau Zaid. Keputusan terletak di tangan anda!
Langgan:
Catatan (Atom)