Memaparkan catatan dengan label bantuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bantuan. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 22, 2016

BANTUAN KHAS RISDA SELESAI SEPTEMBER INI

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah dijangka selesai diagih kepada pekebun kecil berkenaan selewat-lewatnya akhir Sept ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini sebanyak 97,000 pekebun kecil telah berdaftar untuk mendapatkan bantuan yang diagihkan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) itu.

"Saya telah umumkan seramai 84,000 orang sudah mendaftar namun kini ia meningkat kepada 97,000 dan dijangka akan berterusan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada Majlis Moh Beraya bersama Risda di ibu pejabat Risda di sini, Khamis.

Sabtu, Jun 11, 2016

PM UMUM BANTUAN KHAS KEPADA PEKEBUN KECIL



KUALA KANGSAR, 10 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 kepada 388,111 pekebun kecil di seluruh negara bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata bantuan itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM194 juta.

Bantuan khas RM500 itu dibayar secara 'one off' kepada semua penerima bermula hari ini, katanya.



Pekebun-pekebun kecil menerima sumbangan pada majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Gerah 2016


"Ini (bantuan) bukan kerana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kerana kita telah beri bantuan ini pada 2013, 2014 dan ini adalah kali ketiga.

"Kalau ada yang kata bantuan itu disebabkan PRK itu tak betul. Ini soal kebajikan masyarakat luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016 di sini, hari ini.

Daripada keseluruhan 388,111 penerima itu, seramai 1,479 adalah pekebun kecil dari sekitar kawasan Parlimen Kuala Kangsar yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM739,500.

Menjelas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah keseluruhan penerima itu juga, seramai 307,770 merupakan pemilik pengusaha, manakala bakinya 80,341 adalah penoreh yang tidak mempunyai kebun getah.

"Kerajaan sememangnya mengambil berat keperluan rakyat di mana sahaja mereka berada apatah lagi di kawasan luar bandar yang merupakan penyokong tegar kerajaan sedia ada.

"Walaupun keadaan ekonomi global lembab, waima apa keadaan sekalipun kerajaan tidak sanggup melihat orang kampung susah tanpa bantuan," katanya.

Najib berkata selaku ketua kerajaan, beliau serta menteri-menteri kabinet yang lain sentiasa membuat perancangan yang rapi dan jitu selain mampu dilaksanakan untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedaya upaya sentiasa mengotakan semua janjinya kepada rakyat dan ia berbeza dengan pembangkang yang belum terbukti mampu menunaikan janji mereka.

"Parti pembangkang mereka boleh cakap dan kritik tapi belum buktikan kemampuan. Apatah lagi negeri yang ditadbir oleh pembangkang juga bergantung kepada bantuan kerajaan persekutuan," katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut meminta warga Kuala Kangsar supaya memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen itu, Datin Mastura Mohd Yazid.

"Saya amat berharap apalah kiranya pertimbangkan hajat saya tak lain tak bukan satu sahaja...tolong sokong calon BN," katanya.

PRK Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.

Ia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mastura yang juga balu Allahyarham Wan Mohd Khair-il, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

-- BERNAMA

Selasa, Januari 28, 2014

DR MAHATHIR TIDAK PERNAH MINTA BANTUAN DR SITI HASMAH

PETALING JAYA: Ketika menggulung perbahasan di hari akhir Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan cerita secara terbuka mengenai jasa dan peranan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini. Najib berkata, dalam kejadian pertama kira-kira dua tahun lalu sewaktu seorang pelajar Malaysia telah ditahan di penjara oleh kerajaan Mesir kerana disyaki menjadi ‘perisik.’ “Saya minta isteri saya telefon isteri Presiden Mubarak, Susan Mubarak merayu supaya pelajar kita itu dibebaskan, dalam masa dua jam sahaja dia dibebaskan,” katanya . Kejadian kedua pula kata Perdana Menteri, berlaku sewaktu pergolakan di Mesir dan kerajaan Malaysia berhadapan dengan masalah tidak cukup penerbangan untuk membawa balik pelajar dalam Operasi Piramid. Menurut Najib, kerajaan Malaysia terpaksa meminta jasa baik kerajaan Arab Saudi membenarkan para pelajar terlibat menaiki pesawat Charlie, turun di Jeddah dan ke Kuala Lumpur tanpa memerlukan visa. “Itu satu permintaan yang sukar diberikan oleh kerajaan Arab. Tetapi kerana networking dengan keluarga diraja yang telah diusahakan oleh isteri saya, kerajaan Saudi membenarkan pelajar-pelajar kita,” katanya. Malah menurut Najib, kerajaan Arab Saudi turut menyediakan dua penerbangan Jumbo 747 secara percuma. “Inilah antara sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” katanya sambil menjelaskan isterinya turut menjadi sasaran kritikan pihak yang hendak mengkritik beliau. Menurut beliau, Rosmah turut memainkan peranan besar dalam meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak melalui Program Permata selaku penaungnya. Mendedahkan Inilah kali pertama Najib mendedahkan peranan Rosmah setelah empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Belum pernah seorang Presiden Umno mempertahankan isterinya sendiri di dalam PAU. Mungkin inilah transformasi yang mahu dibawa oleh Najib dalam Umno. Kenapa Najib buat pendedahan ini? Ini adalah kerana pihak pembangkang menyerang Rosmah menggunakan jet kerajaan pergi ke Qatar atas urusan peribadi. Ia juga menjawab perkara yang dibangkitkan seorang perwakilan yang berkata Rosmah berhak menaiki jet kerajaan atas sebab-sebab keselamatan. Secara sinis blogger veteran, Kadir Jasin menyuruh Najib melantik Rosmah sebagai Senator dan Menteri Tugas Tugas Khas kerana Rosmah lebih berfungsi dari Menteri Luar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Pendidikan. Kenapa di zaman Najib peranan Rosmah lebih menonjol berbanding dengan zaman Tunku Abdul Rahman , Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana isteri Perdana Menteri tidak menonjol? Adakah kerana Rosmah pelajar bijak dari Kolej Tunku Khursiah itu lebih bijak dari Najib? Di zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau tidak pernah membenarkan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencampuri urusan negara. Kenapa Najib benarkan Rosmah campurtangan dalam urusan negara? Benarkah Najib menghidap penyakit TB? Faham-faham sahaja makna TB itu. Yang anehnya kenapa Najib sendiri tidak menelefon Hosni Mubarak? Kenapa Rosmah perlu telefon isteri Hosni? Inilah yang menjadi persoalan kepada kita semua. Kalau di zaman Pak Lah, Pak Lah dikatakan membenarkan menantunya, Khairy Jamaluddin campurtangan urusan negara, yang menyebabkan ramainya ahli Umno marah, nampaknya di zaman Najib, isterinya pula yang dikatakan banyak main peranan dalam pentadbiran negara. Sehingga ada istilah bukannya calon BN itu “winnable candidate” tetapi calon RM (Rosmah Mansor). Di zaman Pak Lah, ahli Umno yang kecewa dengan Pak Lah mengadu kepada Dr Mahathir. Dr Mahathir pun buat kritikan bahawa ada peranan budak-budak “tingkat empat” di JPM yang campurtangan dalam pentadbiran negara. BN gagal mendapat majoriti dua pertiga pada PRU 2008 kerana rakyat marah kepada campurtangan Khairy. Jika Najib terus membenarkan Rosmah campurtangan dalam urusan negara, nampaknya PRU akan datang pada tahun 2018 nanti, BN akan gagal lagi membentuk kerajaan majoriti dua pertiga. Siapa yang berani menegur Najib kali ini? Adakah Dr Mahathir akan menegur Najib setelah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Petronas? Sama-samaah kita tunggu dan lihat.

Rabu, Januari 08, 2014

AHMAD SAID KECEWA DITUDUH SONGLAP BANTUAN BANJIR

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya. Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk mangsa banjir di Kemaman. Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak munasabah. "Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya. Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau. Ahmad berkata beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya. -- BERNAMA AEO AZM HM