KUALA TERENGGANU, 31 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat peningkatan 1,261 orang menjadikan jumlah terkini yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah 3,292 mangsa berbanding 2,031 pada pukul 6 petang semalam.
Menurut laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 10 malam tadi
, terdapat 10 pusat pemindahan baharu dibuka menjadikan jumlah keseluruhan 43 di enam daerah negeri itu.
Pemangku Pengarah JKM Terengganu, Rusmi Mahmood berkata sehingga kini sejumlah 993 keluarga terjejas akibat banjir yang mula melanda negeri itu awal pagi tadi.
"Hulu Terengganu adalah daerah yang paling terjejas di mana 1,936 mangsa daripada 666 keluarga telah dipindahkan ke 21 pusat penempatan sementara yang disediakan.
"Ini diikuti daerah Marang (395 mangsa daripada 99 keluarga), Kemaman (380 mangsa daripada 84 keluarga), Besut (282 mangsa daripada 69 keluarga), Setiu (217 mangsa daripada 56 keluarga) dan Dungun (82 mangsa daripada 19 keluarga)," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan
Ahad, Januari 01, 2017
Rabu, Januari 08, 2014
AHMAD SAID KECEWA DITUDUH SONGLAP BANTUAN BANJIR
KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri
Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak
berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya.
Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk
mangsa banjir di Kemaman.
Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan
menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih
sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak
istana.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad menyifatkan kenyataan itu
sebagai tidak munasabah.
"Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada
bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya.
Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu,
ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan
tidak wajar kepada beliau.
Ahmad berkata beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat
laporan polis untuk tindakan seterusnya.
-- BERNAMA
AEO AZM HM
Selasa, Januari 07, 2014
PM AKAN LANCAR PROGRAM BANTUAN BANJIR DI KEMAMAN
KEMAMAN, 7 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dijangka melancarkan program penyampaian bantuan banjir di Padang Astaka
Chukai, di sini, pada 12 Jan ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata
kira-kira 14,000 keluarga mangsa banjir di sekitar Kemaman akan menerima bantuan
kelengkapan rumah iaitu televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan set dapur yang
akan diagih secara berperingkat-peringkat.
"Kita akan agih mengikut jadual tertentu kerana melibatkan logistik yang
besar, di Kemaman sahaja lebih 14,000 keluarga yang layak menerima bantuan, ini
gerak kerja yang rumit, secara simbolik (pada 12 Jan) selepas itu kita hantar ke
kampung masing-masing," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat
penyelarasan program tersebut di sini hari ini.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata program ini amat bermakna
kerana mangsa banjir bulan lalu menanggung kerugian yang besar dan musibah itu
mendapat perhatian daripada kerajaan, agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan
serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, kehadiran Perdana Menteri untuk melancarkan program berkenaan
menunjukan perpaduan kerajaan dan rakyat dalam membantu mangsa banjir di Pantai
Timur baru-baru ini.
Katanya, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) akan turut mengagihkan kira-kira 30,000 unit televisyen baharu kepada
setiap keluarga mangsa banjir dan 14,000 daripadanya melibatkan mangsa banjir di
Kemaman.
"Bantuan ini (pemberian televisyen) sudah ada sebelum ini kepada orang
miskin, Orang Asli dan etnik Sabah, Sarawak yang perlukan alat komunikasi,"
katanya.
Katanya selain bantuan peralatan tersebut, mangsa banjir juga akan menerima
bantuan wang tunai RM500 daripada Kerajaan Pusat dan bantuan antara RM500 dan
RM1,500 daripada kerajaan negeri, bergantung kepada jumlah kerugian.
Sementara itu, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) turut memberi bantuan berupa
peti sejuk, dapur, tilam dan bantal kepada mangsa banjir di Terengganu, Pahang,
Johor, Kelantan dan Melaka.
Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata konvoi penghantaran barang
itu akan dilakukan secara berperingkat mulai malam ini membabitkan 43 lori
treler.
-- BERNAMA
AZM AZE RAM
Khamis, Disember 12, 2013
JPJ TIDAK DIBERITAHU LORI ANGKUT BARANG UNTUK MANGSA BANJIR
TUMPAT, 12 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan
bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan
banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil
setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan
tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.
"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi
kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih
dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial,"
katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)
Daerah Tumpat hari ini.
Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan
kontroversi berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan
kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain
menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah.
Pada 7 Dis lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa
muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan
tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan.
Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan
RM450 kerana membawa muatan lebih.
Terdahulu, Ismail berkata program MyLesen yang bakal diperkenal April depan
akan memudahkan rakyat, khususnya belia bermasalah, untuk mendapatkan lesen
motosikal.
Beliau berkata ini termasuk membenarkan calon yang gagal beberapa kali dalam
ujian berkomputer mengambilnya semula secara bertulis.
"Kadar mereka yang gagal dalam ujian berkomputer adalah sangat tinggi kerana
ramai yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan ini membantutkan
usaha mereka untuk memiliki lesen motosikal," katanya.
MyLesen menyasarkan kelompok usia 16 hingga 45 tahun, terutama pelajar
sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendapatkan lesen
motosikal yang sah.
Ismail juga berkata dengan kadar bayaran RM198 seorang, golongan sasaran
diharap mengambil kesempatan mendapatkan lesen apabila program itu diperkenal.
-- BERNAMA
ZBI SNS SBB
Langgan:
Catatan (Atom)