Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan

Ahad, Julai 30, 2017

DUA PROGRAM SERENTAK HAFLAH ZIKIR PERDANA MALAM TADI

PUTRAJAYA: Malam tadi tercatat sejarah Haflah Zikir Perdana Sedunia 2017 mengadakan dua program serentak.

Bertempat di Masjid Putra, program Tafaqquh Fiddin diadakan telah mendapat sambutan 3,000 orang. Sejarah majlis  Tafaqquh Fiddin secara umumnya ialah majlis yang bersanad semenjak zaman Rasulullah SAW di mana ianya diwarisi oleh para ulama yang telah mengambil ilmu mereka dari guru guru yang tidak terpitis sanad manhaj keilmuan dan akhlaknya sehingga ia berhasil menjamin pengisian ilmu agama yanng disampaikan itu.

Malam tadi Habib Kazim as Saggaf, Syeikh Afeefuffin Al Jailani, Syeikh Nuruddin Al Banjari, Habib Ali Al Hamid dan Syeikh Faisal Canada telah menyampaikan ceramah mereka berkisar sekitar tajuk Ihsan Asas Wasatiyah.

Di Studio TV Hijrah Cyberjaya pula, diadakanpertandingan marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi yang disiarkan secara langsung oleh TV Hijrah. Kira kira 1.5 juta telah menonton siaran langsung tersebut yang menunjukkan umat Islam menghargai eni marhaban atau dalam Bahasa Melayu lebih dikenali sebagai Selamat Datang.

Seni ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai satu cara mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat ketika itu. Pertandingan Marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi adalah acara tahunan yang bertujuan untuk mencetuskan satu kebangkitan peradaban Islam.

Enam kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut.







Selasa, Januari 07, 2014

PM AKAN LANCAR PROGRAM BANTUAN BANJIR DI KEMAMAN

KEMAMAN, 7 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program penyampaian bantuan banjir di Padang Astaka Chukai, di sini, pada 12 Jan ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kira-kira 14,000 keluarga mangsa banjir di sekitar Kemaman akan menerima bantuan kelengkapan rumah iaitu televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan set dapur yang akan diagih secara berperingkat-peringkat. "Kita akan agih mengikut jadual tertentu kerana melibatkan logistik yang besar, di Kemaman sahaja lebih 14,000 keluarga yang layak menerima bantuan, ini gerak kerja yang rumit, secara simbolik (pada 12 Jan) selepas itu kita hantar ke kampung masing-masing," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program tersebut di sini hari ini. Beliau yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata program ini amat bermakna kerana mangsa banjir bulan lalu menanggung kerugian yang besar dan musibah itu mendapat perhatian daripada kerajaan, agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO). Katanya, kehadiran Perdana Menteri untuk melancarkan program berkenaan menunjukan perpaduan kerajaan dan rakyat dalam membantu mangsa banjir di Pantai Timur baru-baru ini. Katanya, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan turut mengagihkan kira-kira 30,000 unit televisyen baharu kepada setiap keluarga mangsa banjir dan 14,000 daripadanya melibatkan mangsa banjir di Kemaman. "Bantuan ini (pemberian televisyen) sudah ada sebelum ini kepada orang miskin, Orang Asli dan etnik Sabah, Sarawak yang perlukan alat komunikasi," katanya. Katanya selain bantuan peralatan tersebut, mangsa banjir juga akan menerima bantuan wang tunai RM500 daripada Kerajaan Pusat dan bantuan antara RM500 dan RM1,500 daripada kerajaan negeri, bergantung kepada jumlah kerugian. Sementara itu, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) turut memberi bantuan berupa peti sejuk, dapur, tilam dan bantal kepada mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan dan Melaka. Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata konvoi penghantaran barang itu akan dilakukan secara berperingkat mulai malam ini membabitkan 43 lori treler. -- BERNAMA AZM AZE RAM