Jumaat, Ogos 22, 2014
MINGGU KETIGA SAMPAI KE BATU PAHAT
Minggu ketiga kami berdua menjejaki anak ayer molek yang berjaya sampai ke Batu Pahat, Johor. Di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) kami menemui pakar nuklear, Prof Madya Dr Zaidi Embong. Jarang anak Melaka bernama Embong kerana biasanya yang bernama Embong adalah anak terengganu. hanya beliau seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang nuklear di Malaysia. Dahulu beliau seorang olahragawan. Apabila beliau berhenti bersukan secara mendadak, akhirnya beliau mendapat penyakit saraf. Selepas tamat Ph D di Bristol university England, beliau menjadi pensyarah OKU. Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang akademik. Walaupun beliau menerima tawaran untuk bekerja di London dengan gaji RM40 ribu sebulan tetapi beliau menolaknya kerana lebih suka berada di negara sendiri. Ayahnya Embong seorang bekas pesara polis pernah jual tikar naik basikal dari ayer molek ke kuala lumpur semata-mata untuk menyara Dr zaidi belajar. Selepas kematian ibunya, dr zaidi dibela kakaknya jamiah yang baru bercerai dengan suaminya. menurut jamiah, adiknya cerdik dan suka belajar. Dia tidak pernah menduga adiknya akan belajar sampai ke tahap PhD kerana dia ingat adiknya habis setakat SPM sahaja. Seorang lagi anak Ayer Molek yang ditemui di parit Sulong, batu Pahat ialah ustaz Maruan yang merupakan anak ayer molek pertama belajar di India dan mesir. Selepas balik dari Mesir beliau mengajar di MRSM sehinggalah pencen di MRSM batu pahat. Ustaz Maruan mengenali Tapa dari kecil dan mereka sering kali bermain badminton dan ustaz maruan mengakui dia selalu kalah di tangan Tapa. alang alang kami dah sampai di Batu Pahat saya sempat menemui emak sepupu saya, Kak hasanah abu bakar yang duduk di simpang lima, batu pahat. dia kahwin dengan cikgu abdullah orang batu pahat. anaknya baru habis belajar perubatan di Makasar, Sulawesi. keturunan kami memang berasal dari Bugis. Mengikut salahsilah keturunan kami Haji Muslimin yang berasal dari Bugis duduk di Paloh, Kuala terengganu dan hari ini cuit puit haji muslimin berkembang ke seluruh malaysia. pada masa yang sama saya singgah di rumah Tan Sri Mohamad Aziz di parit Raja. Tapi beliau yang juga speaker dewan undangan negeri Johor belum balik dari JB. saudara mara beliau ramai di kampung saya di pasir Gajah, kemaman kerana beliau adalah orang jambi. Orang jambi yang membuka pasir gajah. Mereka dari keturunan Raja jambi sebab itu tempatnya dinamakan Parit Raja,Tapi orang Jambi yang berada di Parit Raja tak pakai nama Tengku sebaliknya Sultan terengganu membenarkan orang jambi yang duduk di pasir gajah menggunakan nama Tengku. Sebab itu Mohamad Aziz tidak ada nama Tengku Mohamad di hadapan namanya sedangkan saudara maranya di Pasir Gajah semuanya bernama Tengku. Minggu ini kami menghantar surat untuk wawancara ketua Menteri, Datuk Seri idris harun. begitu juga saya sudah e mail soalan kepada ahli parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Shamsudin. Malah temujanji dengan Pegawai daerah Alor Gajah, Daud Hamzah sudah dibuat pada minggu pertama September kerana minggu hadapan beliau berkursus di tokyo, Jepun. Siapa kamad? Siapa Rahmat? Mereka adalah adik beradik yang datang dari palembang ke ayer molek. rahmat ialah penghulu kuala sungai baru, seperti mana tercatat dalam buku Sekolah menengah kebangsaan rahmat. Kami sempat menemui pengetua sekolah, Hamdan hashim yang pernah belajar di situ. Sekolah tersebut merupakan sekolah tapa malah Datuk Nordin Ahmad yang berjaya dalam bidang perniagaan menjadi ikon sekolah tersebut. Ada orang bertanya saya sampai bila saya berada di ayer molek. mengikut perancanngan saya, bulan pertama mengumpul bahan. bulan kedua, menulis dan mengedit bahan. bulan ketiga, buat grafik dan mencetak buku. Insya allah buku ini berada di pasaran pada bulan November ini jika jadual asal tidak berubah.
Rabu, Ogos 20, 2014
JENAYAH TERENGGANU MENURUN SEBANYAK 17.1 PERATUS
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos (Bernama) -- Polis Terengganu berjaya menurunkan
indeks jenayah sebanyak 17.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini
berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata ini berdasarkan
penurunan sebanyak 1,440 kes yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan pada tahun
ini berbanding 1,736 tahun lalu.
Katanya kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan aktiviti dan program
pencegahan jenayah yang dijalankan secara holistik dan agresif dengan bantuan
serta kerjasama pelbagai pihak bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri ini.
"Terengganu kini berada pada kedudukan ketiga terendah dalam negara...jadi
kita harap orang ramai terus memainkan peranan dalam memastikan kadar jenayah
dapat terus dikurangkan.
"Penurunan indeks jenayah ini telah memberi impak positif iaitu mengurangkan
ketakutan masyarakat terhadap jenayah," katanya kepada pemberita di sini hari
ini.
Jamshah berkata pihaknya juga berjaya menurunkan kadar jenayah kekerasan
dengan hanya tiga kes bunuh direkodkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Selain itu, katanya jenayah harta benda yang melibatkan kes seperti curi,
pecah rumah waktu malam, ragut dan curi motosikal menunjukkan penurunan sebanyak
1,236 kes berbanding 1,492 pada tahun lalu.
Beliau berkata walaupun kes kecurian motosikal menunjukkan penurunan
sebanyak 16.7 peratus, namun ia masih tinggi.
"Walaupun kesemua daerah telah menunjukkan penurunan kadar jenayah, namun
kegiatan mencuri motosikal masih tinggi dan itu merupakan penyumbang utama
kes jenayah di negeri ini," katanya.
Jelasnya Kontinjen Terengganu juga berjaya menyelesaikan 751 kes dalam
tempoh berkenaan berbanding 1,440 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
-- BERNAMA
NFI AZM RAM
Isnin, Ogos 18, 2014
SUDAH SAMPAI MASANYA HAJI HADI BERUNDUR
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan yang dibuat parti itu berhubung krisis politik Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata, Presiden Pas itu akan mengadakan pertemuan dengannya di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim pada pagi esok.
"Beliau (Abdul Hadi) akan jumpa (saya) di pejabat, esok saya baru boleh buat kenyataan, saya perlu dengar daripada dia.
"Saya tidak boleh sebut (komen) selagi presiden tidak memberi penjelasan kepada saya.
"Saya tidak mahu ajar penyokong Pas banyak mulut dan panjang lidah tidak tentu pasal, begitu, begini, akhir sekali masalah semakin rumit," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.
Pas hari ini mengemukakan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Tindakan tersebut bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz yang memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar berkata, beliau bersyukur kerana tidak ada pemimpin Pas dari negeri itu yang mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli.
"Di samping itu saya bersyukur kepada Allah kerana pemimpin Pas Kelantan tidak banyak mulut dalam hal ini, Pas Kelantan lebih berpengalaman dalam perbalahan yang dibuat oleh orang politik.
"Berdoa kepada Allah mudah-mudahan pakatan (pembangkang) kekal, kerana Islam agama tauhid, menyatu, berpakat dan bersama, itu ajaran Islam," katanya.
Ulasan saya, Nik Aziz terkejut kerana PAS u turn keputusan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Oleh kerana Khalid bukan lagi ahli PKR, maka alasan PAS menarik balik sokongannya kepada Khalid memang ada logiknya. khalid terkejut kerana dia tertipu dengan haji hadi. Apakah Khalid akan memecat empat Exco PAS yang menyokongnya selama ini? Dengan berlakunya krisis PKR ini, maka PAS telah terbahagi dua. Sudah sampai ,masanya Haji hadi berundur memimpin PAS kerana cakap-cakapnya sudah tidak diterima lagi oleh majoriti ahli jawatankuasa PAS yang mahu PAS kekal bersama Pakatan Rakyat. Tanpa Pakatan Rakyat PAS hanya menang di Kelantan sahaja kerana cina bandar di Selangor, johor tidak akan menyokong PAS lagi jika PAS bergerak sendirian seperti kata Nik Aziz yang berkata PAS pernah hidup bersendirian selepas ditendang keluar dari BN pada tahun 1977.
Ahad, Ogos 17, 2014
MINGGU KEDUA DI AYER MOLEK LEBIH MENARIK
Oleh kerana jarak antara Ayer Molek, Melaka dengan rumah saya di Bandar Seri Putera, Selangor tidak jauh mana, maka setiap petang Jumaat saya balik ke rumah. manakala pagi isnin saya meneruskan kerja di Ayer Molek. Minggu kedua lebih menarik kerana kali ini kami berpeluang menemui ahli parlimen Masjid Tanah, mas Ermiyati Shamsuddin dan ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman. oleh kerana YB mas tidak dimaklumkan tujuan kami mahu menemuinya oleh pegawainya maka beliau minta tangguh wawancara dengannya. beliau yang juga Ketua Puteri Umno Malaysia menyuruh kami e mail soalan kerana maklum sahajalah jawapan beliau nanti memerlukan fakta yang tepat, maka beliau perlu buat research untuk menyediakan jawapannya. Tetapi lain pula cara ADUN Kuala Linggi yang sudah dua penggal berkhimat untuk rakyat. Beliau secara bersahaja menceritakab perancangannya untuk membangunkan Kuala Linggi. Datuk Ismail datang ke kampung Ayer Molek bersolat jumaat bersama rakyat. Selepas itu kami menemubualnya di beranda masjid baharu. Sepanjang minggu ini kami menemui orang kampung, ada yang berkata kononnya kubur tok Kamad nerada di Bukit Rambai, Melaka. Kami ke sana menemui cicit Tok Kamad, haji Wahab yang mengesahkan bahawa tidak ada ada kubur Tok kamad di Bukit Rambai. Ini bermakna teori awal yang mengatakan kubur Tok Kamad berada di Ayer Molek lebih meyakinkan. melaka terkenal dengan konsep 1Malaysia dari dahulu lagi, Lubok China, Bukit Cina dan Tanjong Keling. Di Ayer Molek masyarakat Cina dan India turut duduk aman damai dengan penduduk kampung orang melayu. Bagi Pak, 58, yang berniaga kedai runcit selepas kematian ayahnya berkata dia tak kesah walaupun ramai penduduk kampung berhutang dengannya. Takkan dia nak jadi macam ceti pula kutip hutang dengan orang kampung. Dia mengimbau kembali sewaktu main guli dan gasing dengan anak-anak melayu sebaya dengannya sewaktu kecil. Nathan juga satu-satunya anak India yang merupakan penduduk jati Kg Ayer Molek. Anaknya Kapten selvarajah merupakan kaptel kapal yang sudah lama berkhidmat dengan MISC. bekerja dengan jurugambar tapa memenag menyeronokkan kerana beliau suka layan orang gila. Satu petang kami minum di pantai pengkalan balak, tapa melayan orang gila. Macam-macam disoal orang gila itu sambil minum kopi dan makan tauhu. Esoknya orang gila di kuala sungai baru ;pula dilayan oleh tapa. Orang gila itu asyik ketawa kerika kami belanjanya minum. Di kedai itu juga saya menemui bekas ADUN Kuala Linggi, Datuk ibrahim durum yang juga bekas Exco Kerajaan negeri melaka. Beliau kini adalah ketua penerangan Umno bahagian Masjid Tanah. Beliau pernah mengajar di sekolah menengah di menggatal di mana Musli Oli turut bersekolah di situ. Saya pernah ikut musli Oli ke Melaka 10 tahun dahulu menemui Datuk Ibrahim Durum. Datuk ibrahim terkejut kerana Musli ada ilmu lambai. Kesimpulannya, minggu kedua di ayer Molek lebih menarik. Kita tunggu pula perkembangan minggu hadapan.
Rabu, Ogos 13, 2014
SIAPA BOHONG PADA 2 JULAI?
pada dua hari lepas, saya menulis dalam FB saya, : "My last warning to fmt. Byr segera duit kwsp 6 bulan sebelum 18 ogos, jika tidak saya lapor kepada kwsp". Seramai 40 orang like posting itu. ramai bekas wartawan FMT menyokong warning saya itu. Pada petang itu saya terima e mail dari pengurus sumber manusia FMt, Ruben Raj yang menulis: Dear Zabidi,
It has come to our attention that you have made a Facebook posting against "FMT", claiming that the company had failed to pay 6 months EPF. This is an untrue statement. There is no such outstanding owed by the company to the EPF board.
Attached is the print screen of your posting.
We urge you to delete the "untrue" posting within the next 1 hour (4.20pm on 11 August 2014), failing which you will hear from our lawyers.
Ruben Raj
MToday News Sdn Bhd. Ada hikmah juga bila saya tulis posting itu, seluruh FMT gempar. Selepas itu saya tulis posting ini dalam FB: "fmt nak saman saya kerana saya tuduh ia tak bayar duit kwsp saya. statement kwsp menunjukkan fmt tak bayar pun. takkan kwsp tipu saya pula. nak saman samanlah". 41 org like posting ini termasuk dua bekas staff Anisah dan Lisa J Ariffin yang mahu cek KWSPnya. Semalam saya mengesahkan dengan KWSP bahawa dua bulan FMT tak bayar duit saya iaitu gaji Jun dan Julai. Pada 2 Julai ketika saya meletakkan jawatan sebagai Editor BM FMT, saya tanya Ruben tentang enam bulan KWSP saya, dia kata semua dah bayar. Bila saya cek statement saya pada hujung bulan Julai, tetap statement baru tak ada. Semalam saya cek statement baru ada. Jadi siapa yang bohong pada 2 Julai sedangklan dalam statement ini bayaran dibuat 15, 17 dan 18 Julai. 15 Julai untuk gaji mei dan Jun 2014. 17 Julai untuk gaji November 2013. Pada 18 julai untuk gaji Oktober 2013 dan Disember 2013. Maka KWSP mengesahkan gaji Jun dan Julai belum dibayar lagi kerana ia kata kalau statement untuk Jun 2014, itu maknanya bagi gaji Mei 2014. baru saya faham baca statement KWSP. Sehubungan itu bila saya mengadu kepada Ruben pada hari terakhir saya dengan FMT pada 2 julai, Ruben kata dah bayar semua sedangkan bayaran dibuat pada 15 Julai. jadi siapa yang bohong? saya atau Ruben? Saya mempertahankan hak saya. oleh itu bagi semua bekas staff FMT sila cek statement KWSP anda sekarang.
Selasa, Ogos 12, 2014
BUKTIKAN DAPAT SOKONGAN MAJORITI KATA DAP DAN PKR
SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mendesak
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat
negeri itu bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Undangan
Negeri (DUN) seperti didakwanya.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP
Selangor Tony Pua dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini, berkata ini
termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara lain
yang boleh membuktikan Abdul Khalid mempunyai sokongan daripada Anggota Dewan
Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno.
"PKR dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa Abdul Khalid tidak lagi
mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Menteri Besar Selangor, ini
bermakna Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan 28 Adun iaitu separuh daripada
jumlah 56 Adun di Selangor.
"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Abdul
Khalid sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat
pada 17 Ogos ini. Oleh yang demikian, kenyataan Abdul Khalid kepada pihak istana
bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata
mereka.
Saifuddin dan Pua berkata dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, ini bermakna
Abdul Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan
daripada 12 Adun Umno.
Sehubungan itu, mereka turut mendesak Umno menyatakan secara terbuka bahawa
12 Adun parti itu menyokong Abdul Khalid seperti mana yang didakwa oleh beliau.
"Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Abdul Khalid, maka jelaslah beliau telah
mempersembahkan maklumat palsu kepada Sultan Selangor," kata mereka.
Saifuddin dan Pua berkata pihak mereka akan terus menggunakan segala kaedah
mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan enakmen yang berkenaan untuk
mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada pakatan pembangkang
yang dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas.
Mereka berkata langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan
dimaklumkan selepas pimpinan pakatan pembangkang bermesyuarat mencari muafakat
menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Abdul Khalid hari ini mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan
Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor sehingga ada
perkembangan terbaharu.
Beliau dilaporkan berkata di sebalik pemecatannya sebagai anggota PKR,
beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota DUN.
-- BERNAMA
FAI RV RHM
Isnin, Ogos 11, 2014
PEMUDA UMNO PERLU BERANI KATA BUNG MOKHTAR
SANDAKAN, 10 Ogos (Bernama) -- Anggota Pergerakan Pemuda Umno perlu berani
dan menambah nilai diri dalam menghadapi perkembangan politik semasa yang
semakin mencabar.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin berkata antara perkara
yang harus diberi tumpuan ialah aspek komunikasi dan teknologi maklumat
berikutan perkembangan politik kini banyak dipengaruhi media sosial dan perang
siber.
"Pemuda Umno perlu berani dan proaktif menghadapi unsur negatif dalam media
sosial berikutan isu yang dimainkan mampu membawa kepada perpecahan kaum dan
agama," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Kinabatangan
di sini hari ini.
Bung Moktar yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan berkata dalam
perkembangan komunikasi dan teknologi maklumat, individu tidak bertanggungjawab
bebas membuat berita palsu dan tuduhan yang tidak membina.
Justeru, katanya di sinilah Pemuda Umno boleh berperanan menerusi media
sosial untuk menangkis tomahan yang boleh mengugat perpaduan kaum dan agama.
Beliau juga berkata usaha perlu dipertingkatkan Umno dan Barisan Nasional
dalam menghadapi tohmahan dan fitnah yang dilemparkan individu tidak
bertanggungjawab termasuk dari parti pembangkang.
"Ia (tomahan) tidak hanya ditangani menerusi media sosial tetapi pendekatan
turun padang ke akar umbi perlu dipertingkatkan untuk berjumpa dan memberi
penerangan kepada rakyat supaya tidak terpengaruhi unsur negatif," katanya.
-- BERNAMA
HG HG RAM
Ahad, Ogos 10, 2014
SELEPAS TUJUH BULAN KHALID BERTAHAN
Pada 27 Januari lalu, saya telah menulis dalam FMT, berapa lama lagi Khalid dapat bertahan sebagai MB? Akhirnya semalam beliau dipecat dari PKR. Dia masih kekal sebagai MB tetapi nasibnya akan ditentukan oleh Dewan undangan negeri. jika beliau menang undi tak percaya, maka dia akan terus kekal sebagai MB, dan jika dia kalah, dia kena berundur. Saya pernah mewawancaranya pada tahun 2009 ketika saya bekerja dengan akhbar Watan. Saya tengok dia hebat sebagai pentadbir tetapi sebagai ahli politik beliau gagal. sebab itu beliau kalah bertanding ketua cabang PKR Kuala Selangor. Sebagai Mb, beliau berjaya kumpul rezab Selangor sampai meningkat RM2 biliion. Pengalamannya mengurus PNB digunakan sebaik mungkiin untuk Selangor tetapi sebagai Mb, beliau tidak popular kepada orang politik kerana beliau tidalk membantu mengkayakan orang politik. Akhinya Datyuk seri anwear Ibrahim berpatah arang dengan Khaldi Ibrahim. Kalau Pakatan rakyat menang menawan Putrajaya tempih hari, sudah tenyu Khalid bakal menteri kewangan Malaysia yang baru tetapi dengan tersingkirnya Khalid maka impiannya untukk menjadi mernteri kewangan jika Pakatan menang pada tahun 2018 sudah hancur berkecai. Untuk pembaca blog ini, saya petik semula rencana saya dalam FMt pada 27Januari lalu seperti mana berikut:-Berapa lama lagi Khalid dapat bertahan?
ANALYSIS
PETALING JAYA: Satu demi satu isu meletus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua pada bulan Mei 2013. Selepas Pakatan mempertahankan negeri Selangor, sudah ada ura-ura orang lain yang jadi Menteri Besar bukannya Khalid Ibrahim
PAS dan DAP menang 15 kerusi manakala PKR dapat 14 kerusi sahaja pada PRU ke 13. Dari segi hak, sepatutnya ADUN PAS atau ADUN DAP yang jadi Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perlembagaan negeri Selangor tidak membenarkan orang Cina menjadi Menteri Besar, maka kerusi itu sepatutnya disandang oleh ADUN PAS.
Tetapi PAS tidak dapat sokongan DAP. Maka kerusi Menteri Besar kekal di tangan PKR. PAS dan DAP sokong jika jawatan itu terus disandang Khalid Ibrahim memandangkan beliau sudah menguruskan negeri itu dengan cemerlang dari tahun 2008-2013.
Selangor mempunyai rezab sebanyak RM2.3 bilion di bawah Khalid. Maka Khalid terus menjadi Menteri Besar Selangor walaupun ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut mengidam jawatan tersebut.
Kalau PKR mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan, Azmin yang sepatutnya jadi Menteri Besar dan bukannya Khalid. Azmin adalah Pengerusi PKR Selangor sedangkan Khalid tiada jawatan dalam Perhubungan PKR Selangor. Malah di peringkat bahagian dan cawangan pun Khalid tiada jawatan.
Azmin memang tidak ngam dengan Khalid kerana Khalid uruskan negeri secara korporat. Sebagai orang politik PR Azmin lain berbanding dengan PR Khalid apabila berurusan dengan orang ramai.
Sebab itu ada usaha untuk menamatkan perebutan jawatan Menteri Besar di antara Khalid dengan Azmin dengan mengadakan pilihanraya kecil untuk membolehkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Orang luar perlu diketengahkan sebagai Menteri Besar supaya kedua-duanya tidak berkecil hati.
Sanggupkah Anwar menjadi menteri besar kerana selama ini beliau mengidam jawatan Perdana Menteri? Berapa lama lagi Khalid dapat bertahan kerana desakan kepada beliau untuk meletakkan jawatan begitu kuat.
Jika beliau enggan meletakkan jawatan, adakah beliau akan dipecat dari parti? Khalid dikatakan menimbulkan kemarahan Anwar kerana tiga isu.
Isu pertama, isu kenaikan gaji ADUN Selangor serta gaji Menteri Besar dan Exco yang naik berkali ganda. Isu kedua, persetujuan Khalid menyerahkan hak kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mengenai pengurusan bekalan air serta isu pemecatan Azmin daripada ahli lembaga pengarah PKNS.
Walaupun Khalid menafikan terlibat memecat Azmin, tetapi selaku Pengerusi PKNS beliau yang patut bertanggungjawab. Atau adakah bekas Pengurus Besar, Othman Omar yang sedang disiasat yang sengaja melaga-lagakan di antara Khalid dengan Azmin?
Sementara itu pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain.
Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.
“Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,” katanya.
Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar.
Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul Khalid di negeri ini.
Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.
Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.
Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.
“Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri,” ujarnya.
Jumaat, Ogos 08, 2014
MINGGU PERTAMA YANG MENYERONOKKAN
Hari ini Jumaat 8 Ogos merupakan minggu pertama saya berada di kampung ayer molek, kuala sungai baru, melaka. Selesai minggu pertama saya mengumpul bahan untuk buku terbaharu saya, KAMPUNG AYER MOLEK MENUJU PEMODENAN. Buku ini ditaja oleh seorang ahli perniagaan yang berasal dari kanpung tersebut, Datuk Nordin Ahmad. Saya sudah lama mengenali Datuk Nordin melalui kawan saya Abdullah karim yang duduk sekampung dengan Datuk Nordin. Pada tahun 2008, saya pernah bawa Datuk Nordin jumpa Menteri pertahanan yang baharu, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di rumah mertuanya di Masjid Tanah, Melaka. Syarikat Datuk Nordin lambat menyiapkan kontrak dengan Mindef kerana masalah pertukaran wang asing. Maka Datuk Nordin merayu kepada Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Beliau minit kepada KSU, Tan SRi Abu Bakar Abdullah. Tetapi KSU jawab rayuan itu ditolak. Saya pun hentam Tan SRi Bakar dalam blog ini kerana tidak berusaha menolong usahawan melayu seperti Datuk Nordin. Tiba-tiba saya terima call dari Mindef yang saya tidak sangka call itu dari Tan Sri bakar sendiri yang merayu saya tarik balik tulisan saya dalam blog ini. Saya pun tarik balik. Sejak itu saya baik dengan Tan Sri dan selepas itu beliau ditukar menjadi Ketua Pengarah JPA. nasibnya kurang baik di JPA kerana kontroversi gaji yang besar bagi pegawai atasan. beliau akhirnya bersara awal dan sepatutnya beliau yang menjdi KSN dan bukannya Tan Sri Ali hamsa jika tidak kerana kontroversi pelarasan gaji baharu itu. Pada bulan Ramadan lalu Datuk Nordin menawarkan projek menulis buku sejarah kampungnya kepada saya. Selasa lalu saya menemui beliau di pejabatnya di Shah Alam Seksyen 27. Stafnya ramai sekitar 60 orang bukan sahaja di Shah Alam malah di Bandung, Jakarta dan bangkok. Walaupun Datuk Nordin dikenali sebagai tokoh korporat global beliau tidak lupakan kampung halamannya. Beliau memberi sumbangan peribadi sebanyak RM800,000 untuk membina semula masjid baharu di kampungnya. Kampungnya dibuka oleh Tok Kamad yang berasal dari Sumatra. Haji Mat Jai cicit Tok Kamad menafikan Tok Kamad berasal dari Siak. menurutnya Tok kamad berasal dari Palembang. Tapi bagi Pengerusi JKKK, Musa Keling, Tok Kamad datang dari Ayer Molek dekat bandaraya Melaka. Mereka empat beradik berhijrah ke Kuala Linggi melalui sungai. Dua beradik bernama kamad dan Rahmat manakala dua orang lagi tidak diketahui namanya. Rahmat menetap di Kuala Sungai Baru yang mana namanya diabadikan di sekolah sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat manakala Kamad pula mmbuka kampung Ayer Molek sempena nama kampung asalnya. Untuk mengelak kekeliruan kerana ada dua nama sekolah kebangsaan ayer molek, maka sekolah kampung itu dinamakan sekolah kebangssaan ayer jerbih. Sepanjang tiga hari pertama di kampung ini, saya seronok mengumpul bahan kerana penduduk kampung memberi kerjasama yang secukupnya. Mertua Datuk nordin mahu menyediakan makan minum untuk saya dan Tapa (nama timbangan Abdullah Karim) tetapi kami menolaknya kerana kami jarang berada di rumah Datuk Nordin. Sepanjang minggu pertama di sini, saya telah menemubual Haji Mat jai, bekas Tok Sidang mahat, Imam Tarmizi, Pak Zubir, Musa Keling,Ibrahim dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer jerneh, Robiah Baba. Saya yakin jika kerjasama ini dikekalkan, buku ini dapat disiapkan kurang dari tiga bulan yang saya tetapkan deadline dengan Datuk Nordin. terima kasih kepada Tapa yang membawa saya menemui orang kampung. tanpa Tapa, kerja saya tidak semudah ini cepat dibuat.
Rabu, Ogos 06, 2014
BN SELANGOR HARUS AMBIL KESEMPATAN SELESAI ISU RAKYAT
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor harus
mengambil kesempatan untuk membuktikan kemampuannya menyelesaikan isu rakyat
ketika kerajaan Selangor berdepan krisis membabitkan Menteri Besar Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim, kata seorang pemerhati politik.
Zakhir Mohamed berkata sekarang adalah masa paling sesuai untuk pimpinan
BN negeri memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan
meletakkan keselesaan dan kepentingan rakyat negeri itu sebagai keutamaan.
"Kemelut politik dalaman PKR secara tidak langsung menjejaskan
pentadbiran Selangor, yang akan turut dirasai rakyatnya ketika mereka
mahu pemimpin yang dipilih menjaga kebajikan rakyat seperti menangani krisis
air.
"Ketika inilah pemimpin BN harus memainkan peranan itu (menyelesaikan
masalah rakyat) daripada terperangkap menjadi 'nasi tambah' untuk keruhkan
keadaaan," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu khas program Ruang
Bicara terbitan Bernama TV yang membincang 'Implikasi MB Selangor Kepada Rakyat'
di Wisma Bernama di sini, malam ini.
Turut menjadi panel dalam rancangan yang dikendalikan Dahlan Maamor itu
ialah Pengerusi Biro Profesional Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan.
Zakhir, yang juga Bendahari Blog House Malaysia, berkata situasi itu juga
perlu digunakan BN dengan sebaik-baiknya untuk membuat persiapan bagi menawan
kembali negeri Selangor apabila menjelangnya Pilihanraya Umum ke-14.
Terdahulu, dalam program berkenaan, Zakhir menyifatkan agenda PKR untuk
menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai
tidak lebih daripada 'drama' yang digarap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
mencapai matlamatnya menguasai pentadbiran negeri melalui isterinya Datin Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan mengisi jawatan itu.
Dalam pada itu, Shahril Sufian berkata isu siapa menjadi menteri
besar bukan lagi tumpuan utama rakyat Selangor sebaliknya mereka mahu pemimpin
yang dapat menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kebajikan mereka.
"Isu denggi, masalah air dan kebersihan setempat merupakan masalah
utama yang sedang dihadapi rakyat Selangor ketika ini. Sehingga kini
Pakatan Rakyat masih tidak dapat menyelesaikannya sebaliknya bertumpu
kepada menyelesaikan kemelut dalaman mereka," katanya.
Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan
Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas menerima cadangan untuk
menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR
mengisi jawatan itu.
-- BERNAMA
SLW MYS NAK
Selasa, Ogos 05, 2014
ESOK SAYA BEKERJA DI MELAKA
Dah lama saya tidak update blog ini kerana di kampung saya, Pasir Gajah, broadband maxis tak dapat diakses. Semalam saya selamat tiba di Kuala Lumpur selepas berada selama 13 hari di kampung. bukannya berhari raya selama 13 hari tetapi kerana emak meninggal seminggu sebelum hari raya, 6 hari sebelum 1 Syawal maka saya dapat lama duduk di kampung. Hari raya pertama, isnin, saya berada di kampung saya Pasir Gajah menziarahi kubur datuk saya, Haji Abdullah Omar penghulu yang berkhidmat dengan negeri terengganu dari tahun 1955 hingga 1980. Saya memanggilnya ayah kerana dia yang membela saya sejak kecil. Saya pergi ke rumah Haji Zakaria jaafar tapi dia dah balik ke Cheneh. Tak sempat jumpanya. Abangnya Haji zulkifli ada yang sekelas dengan bekas MB, Datuk Seri ahmad Said. Selepa situ saya mengunjungi bekas boss saya, datuk rahim hussin di chukai. Rumah Setiausaha Majlis daerah dungun, haji anuar awang di beris Meraga turut saya kunjungi. Pada hari raya kedua, Selasa, saya kunjungi rumah Ayah Chik Man di Darat Olong, binjai di hadapan rumah CKJ, Che Ku Junaidi. Ayah chik man adalah bapa saudara kepada aruah Othman Awang calon BN Wakaf mempelam. Lucu juga rauah kerana ketika itu saya bekerja dengan warta parlimen kepala batas, setiap malam dia call saya, tanya dapat tak dia jadi calon. Saya jawab insya allah. Akhirnya dia dipilih jadi calon Bn pada ;pilihanraya umum 2008. Kami bersaudara dan kami sama-sama minta TCS pada tahun 1983, dia berjaya dapat TCS kerana cable aruah Datuk Abu Bakar daud tetapi saya gagal kerana tidak ada cable ketika itu. Saya turut kejunjungi rumah bapa sepupu saya, azhar Abdul rahman yang juga menantu kepada aruah Ustaz awang dagang, bekas ADUN Chukai. Selepas itu saya pergi ke rumah bapa sepupu di Bukit goh, Kuantan, Ahmad bin Abu Bakar yang pernah duduk se rumah dengan Ahmad said di teluk kalung. BaPA saudara Ahmad, ustaz Husin adalah abang ipar Ahmad said. Hari raya ketiga, saya ke kuala terengganu menziarahi rumah pensyarah UNISZA, Abdul Rahim yang juga rakan sebadge Ahmad said di USM. isterinya, Norizan adalah dua pupu saya. Selepas itu saya ke Machang riumah abang ipar. Esoknya, hari raya keempat, saya ziarahi tok saudara di danan, emak saudara di padang pak amat dan maneghadiri majlis kahwin sepu;pu di tok Khamis, Pasir puteh. Sampai di KT, saya menziarahi dua pupu radzi Mohd Shah di Jalan sultan omar. malam itu saya tidur di Kuala Terengganu kerana esoknya menghadiri majlis kahwin adik ipar anak saudara di FELDA tersat. Saya sempat singgah di Chering, sekayu tengok kebun ayah. Kawan ayah, pak Mat rambai dah meninggal lima bulan lalu. Anak-anaknya dah besar kalau jumpa di tengah jalan pun memang tak kenal. Sempat saya singgah dio rumah mak Su bedah adik ipar Pak Mat yang kahwin dengan Cikgu jamuri di padang setar. Cikgu dfamuri dah tiga tahun pencen. Saya turut pergi ke rumah Cikgu yasin menantu Pak Mat di Kuala Berang. Cikgu yasin yang beli kereta proton saga saya SA4664H yang saya jual di Sabah dahulu. Masa itu Cikgu yasin mengajar di tenom. Datuk Lajim ketika menjadi pembantu menteri di jabatan ketua menteri di kk pada tahun 1990 pernah naik kereta saya itu. Saya sempat menziarahi bekas Pengarah FELCRA terengganu, haji Mohamad Ali yang dah 10 tahun bersara kerana sakit buah pinggang. Ketika saya bekerja dengan FELCRA pada tahun 1983, beliau pernah bekerja di jabatan yang sama dengan saya di jabatan pembangunan peneroka. petang Jumaat saya singgah di rumah haji ghafar Mamat, KPP di yayasan pembangunan keluarga terengganu yang pernah belerja sekali dengan saya dari tahun 1997-2001. Selepas itu saya berekunjung ke rumah terbuka Juki al savur seorang facebooker yang menjatuhkan ahmad said. ramai yang datang termasuk Timbalan SUK, samiun Salleh, mohamad muda, ayah wan, john bekas ajk bahagian kuala nerus, puding dan zawawi yang mengenali aruah ayah saya. dia pernah bekerja dengan FELCRA. Malam itu sekali lagi saya tidur di Kt kerana pagi Sabtu rumah terbuka MB. Saya hadirinya bersama Sumi embong yang sibuk melayan tetamunya. saya balik ikut ajil-bukit besi kerana menghadiri majlis terbuka Din adam yang mana dia situ saya temui Kamaruddin ali dan kamal pesama. Dian Adam junir saya ketika belajar di Sekolah menengah Sultan Sulaiman, KT pada tahun 1976-1977. Sampai di kemaman saya temyui Man KRU dan Kisfi. Pagi Ahad saya temui Man Kru, azam dan Tok Mulu dalam yang melawan Ahmad said dalam pertandingan ketua bahagian tahun lepas. Saya nak balik ke Kuala Lumpur hari ahad tapi tak jadi kerana jalan jem. maka saya balik pagi semalam dan hari ini saya menemui Datuk nordin ahmad yang mahu saya menyiapkan buku mengenai kampungnya Air Molek di masjid tanah di melaka. Mulai esok saya bekerja di melaka selama tiga bulan siapkan buku itu.
Jumaat, Julai 25, 2014
KHALID ENGGAN TUNDUK KEPADA ARAHAN PARTI
SHAH ALAM (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Abdul Khalid berkata beliau berpegang teguh kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.
"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.
Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, PKR menamakan Dr Wan Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.
Penamaan Dr Wan Azizah itu akan dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat untuk diputuskan.
Ramai pihak termasuk pemerhati politik sebelum ini telah pun menduga bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac lepas sememangnya sengaja diadakan dan digunakan sebagai platform untuk menukar Menteri Besar Selangor.
Rata-rata mereka menyifatkan isu pertukaran Menteri Besar sebenarnya berpunca daripada krisis dalaman PKR di Selangor.
Dalam pada itu, Abdul Khalid memberikan jaminan kepada rakyat dan pelabur Selangor bahawa isu pertukaran Menteri Besar tidak sama sekali menjejaskan sistem pentadbiran di negeri itu.
-- BERNAMA
Khamis, Julai 24, 2014
SELANGOR DARURAT JIKA RAKYAT SOKONG KHALID
Perkasa meramalkan Selangor akan diisytiharkan darurat jika rakyat bangkit menentang proses pertukaran MB, tan Sri Khalid Ibrahim. menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, rakyat Kelantan pada tahun 1977 bangkit mennetang usaha tan Sri Asri Muda mahu menggantikan Datuk Mohamad nasir dengan Wan ismail Wan ibrahim. "Saya bimbang hal yang sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid bertegas mahu kekal sebagai MB," katanya dalam sms kepada blog ini. Katanya, Khalid banyak kali berkata mahu kekal sebagai MB sehingga akhir penggal tetapi Datuk Seri anwar Ibrahim tetap mahu menggantikan Khalid dengan isterinya Datuk seri dr wan azizah wan Ismail. Ini bermakna khalid tidak berhasraat untuk berhenti atau diganti.Anwar mahu menggulingkan Khalid ibrata tanduk sudah tidak berguna lagi. "Malunya Khalid dan tidak ada harga satu sen pun kepada Anwar," tegas Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir mas. Katanya, kenapa kalau mahu terajang khalid,dia tidak diganti oleh Azmin Ali anak Selangor jati sedangkan Azizah bukan anak Selangor. Tanyanya, apa pula pendirian Sultan Selangor? dan PAS boleh terima ke wanita jadi MB? Dapatkah rakyat Selangor terima wanita jadi MB? Jika Anwar berjaya mengangkat isterinya sebagai MB, ini bermkana PKR adalah syrikat PKR Sdn Bhd yang mana Anwar menguasai 60 peratus saham, DAP 35 peratus dan PAS 5 peratus. Katanya lagi, Anwar memang hebat kerana pakar smart manipulator dan kali ini Khalid jadi mangsanya.
Rabu, Julai 23, 2014
EMAK DALAM KENANGAN
Semalam tepat 6.15 petang emak,Hajah Zainun binti Haji Abdullah, 73 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya di hadapan dua orang adik, Noridah Saidi dan Dr Noor Laily Shakimah kerana menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung. Saya berada di Kuala Lumpur ada temujanji dengan kawan untuk berbuka puasa terpaksa bergegas ke Hospital Putrajaya dan tak jadi berbuka puasa dengan kawan saya. Jalan jem dari Kuala Lumpur ke Putrajaya menyebabkan saya sampai di situ hampir jam 8 malam. jenazah emak sudah berada di bilik mayat. Semua adik sudah ada di situ, Mahir, Noridah, Dr Noor Laily, Saifuddin kecuali Noor Hafilah yang terus balik ke rumah emak di Balok, Kuantan. Emak sudah banyak kali masuk hospital. Tetapi kemasukannya kali ini bermula Selasa lalu amat sekejap sahaja. Di hari pertama emak dimasukkan ke Hospital Serdang, emak kata dia nak balik dah. Rupa-rupanya maksud nak balik dah, dia akan meninggalkan keenam-enam anaknya buat selama-lamanya. Adik Dr Noor bekas doktor di hospital Putrajaya yang sedang buat Masters di UM tidak puas hati dengan layanan doktor di Hospital serdang. maka Adik Noor pindahkan emak ke Hospital putrajaya yang lebih efisien. Tiga malam emak berada di Hospital Putrajaya, emak menghembuskan nafas terakhir di situ. terima kasih kepada wakil menteri komunikasi (Datuk Seri Ahmad shabery Cheek), Haji Mustafa Abdul Rahman yang sempat melawat emak di hospital serdang. Malah beliau turut hadir di rumah mayat bersama Amlisani rakan FB dari Puchong. Emak boleh dianggap sebagai ibu mithali kerana semua enam anaknya lulusan universiti. Saya lulusan Universiti Malaya, Noridah ITM Shah Alam (sekelas dengan Sunarti Kibat), Saifudin dari Northern IIinois University, Noor hafilah ITM Shah Alam (akauntan) dan Dr Noor Laily (medic dari USM Kubang kerian).Man KRU yang berada di kubur di Balok tanya kenapa emak dikebumikan di Balok, Kuantan dan bukan di pasir Gajah, Kemaman. Emak dan ayah saya, Haji Saidi bin Haji Abdul Latif telah duduk di Balok sejak tahun 1965 lagi. Jadi mereka dapat tanah lot di Balok di zaman Datuk Pak Ngah Aziz jadi ADUN Beserah. Aruah ayah aktif dalam Umno cawangan Balok dan pernah jadi pegawai khas Datuk jamal nasir ketika Datuk jamal jadi ADUN beserah. Saya dari kecil dibela oleh datuk dan nenek saya,Haji Abdullah Omar dan Hajah Zaharah Haji yusof di pasir Gajah. Pasir Gajah adalah gabungan orang Jambi dan orang Kelantan. Datuk saya dari kecil berhijrah dari Bachok Kelantan ke pasir Gajah dengan ayahnya Che Omar. Di kemaman jodohnya bertemu dengan anak Cikgu Haji Yusof kemasik, Zaharah. tanya orang kemaman semua orang kenal Cikgu Haji yusof yang bukan sahaja seorang guru agama malah seorang pendikar. Anak muridnya ramai di seluruh Terengganu. apabila Cikgu Haji Yusof meninggal dunia pada tahun 1974, ribuan anak muridnya menghantarnya ke kubur sehingga jalan raya di Kemasik jem. itulah moyang saya yang Tok Mulu dalam kenalinya. Begitu juga Kisfi pernah berguru dengan moyang saya. Emak saya, zainun anak sulung datuk saya lahir di pasir Gajah pada 7 ogos 1940 ketika Perang jepun. Emak sekelas dengan Pak Wei Cotek. Pada tahun 1955, datuk saya mendapat jawatan Penghulu. Mukim pertama yang mana beliau bertugas di Kijal. Di sinilah ayah saya, saidi yang berhijrah dari padang pak Amat, pasir putih menemui emak saya, Zainun. Mereka bernikah di Kijal ketika datuk saya bekerja di situ. Sebagai penghulu, datuk saya bekerja di semua mukim, Kijal, hulu jabor, pasir semut, binjai, pasir raja, belara, manir dan gelugor. Apabila datuk pencen pada tahun 1980, datuk menetap semula di Pasir Gajah. Datuk ada 10 orang anak tetapi semua anak lelakinya meninggal dunia sejak kecil. maka saya yang dilahirkan di Jabor diambil oleh datuk saya sebagai anaknya sendiri. Sehimgga sekolah rendah saya tak tahu Saidi dan zainun itu ayah dan emak saya kerana mereka saya panggil Abang Di dan kak nun sementara datuk saya dan nenek dipangggil ayah dan cik. Sebab itu saya dibesarkan oleh datuk dan nenek manakala adik adik saya seramai lima orang duduk dengan ayah dan emak. Pada mulanya ayah saya bekerja sebagai penoreh getah ketika datuk saya menjadi penghulu mukim jabor. Dia belajar kelas malam ambil SRP dan SPM. dengan kelulusan SPM gred tiga dia mohon jadi pembantu luar FELCRA. Pada tahun 1972 sehinggalah pencen pada tahun 1990 ayah saya bekerja dengan FELCRA dari pembantu luar ke jawatan penyelia dan akhirnya Pengurus FELCRA Kuala Embomg di Sekayu, Kuala Berang. Ketika bekerja di Kuala berang ayah saya berulang antara Balok dan kuala berang. Apabila beliau pencen pada tahun 1990, beliau terus menetap di Balok sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2002. 12 tahun kemudian emak saya pula mengikut jejak langkah ayah menjadikan kami enam beradik yatim piatu menjelang enam hari raya Aidilfitri. Sudah tentu hari raya tahun ini kami sambut dengan rasa sedih kerana selama ini rumah emak di balok ini menjadi tempat kami berkumpul pada hari raya. Biasanya saya sambut hari raya pertama di rumah mertua di pasir gajah manakala di sebelah malam kami pergi ke Balok dan biasanya pada hari raya kedua kami berkumpul di kubur menziarahi kubur nenek dan ayah di situ. Sudah jadi tradisi tahunan Umno cawangan Balok mengadakan majlis menziarahi kubur beramai-ramai di pagi hari raya kedua. malah aruah emak sudah merancang kami balik raya tahun ini kerana pada hari raya kedua emak mahu mengadakan tahlil untuk aruah ayah. Rupa-rupanya hari raya kedua tahun ini kami menziarahi kubur nenek Hajah Zaharah, kubur ayah dan kubur emak. Alfatihah untuk aruah emak hajah Zainun.
Selasa, Julai 22, 2014
TRAGEDI MH17 PUNCA PERANG DUNIA KETIGA MELETUS?
74 tahun lalu dunia dikejutkan dengan Perang Dunia ke 2 apabila Jepun bangkit menyerang Asia Tenggara. Bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan perang itu tamat dan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa dunia yang baharu. Jumaat lalu kita dikejutkan dengan tragedi kapal tyerbang MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur milik MAS ditembak. Dunia menuduh Rusia yang mendalangi pemberontak Ukraine sebagai dalang yang mengakibatkan MAS ditembak. Presiden Russia telah menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan Rusia tidak terlibat dalam tragedi tersebut. Tapi media sedunia menuduh Russia sebagai dalangnya. Inilah kejayaan Amerika Syarikat yang mesra media. Yang sebenarnya Ukraine yang menembak kapal terbang Malaysia itu kerana Malaysia lantang menentang israel yang sedang menceroboh Tebing Gaza. Siapakah pemimpin Ukraine? Mereka ialah orang Yahudi yang marah dengan Malaysia yang begitu lantang menentang rejim Zionis. Jadi Ukraine menembak MH17 dan menjadikan kumpulan pemberontak Ukraine sebagai kambing hitam. Amerika Syarikat dalang di sebalik Ukraine yang marah kepada Rusia yang menandatangani Bank Brig di mana Rusia, India, China, Brazil akan menggunakan mata wang yang baru yang sudah tentu menjahanamkan mata wang US Dollar. Obama marah kepada Malaysia kerana selepas beliau melawat Malaysia selama tiga hari, Najib pergi ke China pula. China kini muncul sebagai kuasa baharu selepas Russia. Maka Amerika Syarikat menggunakan Ukraine untuk membalas dendam kepada Malaysia. Malaysia yang bersedih dengan kehilangan MH370 sekali lagi menjadi mangsa dengan tragedi MH17. Ukraine berbuat demikian untuk menarik simpati dunia kerana pemberontak itu ditaja oleh Rusia. Apabila NATO menyokong Ukraine, maka akan meletuslah Perang Dunia Ketiga yang mungkin lebih dasyhat akibatnya dari Perang Dunia Kedua. Dunia makin tua. Peperangan dan pergaduhan di seluruh dunia tidak dapat dielakkan. Ketika dunia menjadi tidak tenteram maka akan muncullah Nabi Isa untuk menyelamatkan dunia. Ini bermakna semakin hari semakin dekat kita kepada Hari Kiamat. Maka kita semua bertaubat segera sebelum terlambat kerana dunia kini di ambang kehancuran.
Isnin, Julai 21, 2014
MALAYSIA DESAK AKSES TANPA HAD DIBERIKAN
KIEV, 21 Julai (Bernama) -- Malaysia mendesak supaya akses tanpa had diberikan serta-merta ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 serta jaminan keselamatan bagi pegawainya dan pasukan siasatan bersama antarabangsa.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia juga menuntut bahawa pencarian semua jasad mangsa mesti dibenarkan, dikenal pasti dan dihantar pulang.
Beliau berkata Kuala Lumpur amat bimbang dengan situasi pasukan antarabangsa yang dihalang secara efektif oleh kumpulan pemberontak daripada memasuki lokasi kemalangan di Donetsk, wilayah timur Ukraine.
"Ia adalah penting bahawa kumpulan penyiasat antarabangsa serta anggota bencana diberikan akses penuh tanpa halangan ke lokasi nahas," kata Liow yang tiba di sini, Ahad.
Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) merupakan satu-satunya badan antarabangsa yang setakat ini diberi akses untuk masuk ke lokasi pesawat untuk tempoh masa yang terlalu pendek.
Liow mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman, yang juga merupakan pengerusi Suruhanjaya Khas Kerajaan Ukraine Mengenai MH17.
Beliau turut menemui Menteri Infrastruktur, Maksym Burbak dan Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam, Denys Antonyuk.
"Kerajaan Ukraine telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat mewujudkan satu laluan selamat ke tapak kemalangan serta jaminan di dalam mahupun sekitar kawasan itu untuk pasukan antarabangsa," katanya.
Liow berkata pasukan penyiasat antarabangsa terdiri daripada pegawai-pegawai dari Netherlands, Malaysia, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.
Pasukan Siasatan Khas Malaysia, yang terdiri daripada 133 pegawai dan anggota bencana, pakar forensik, teknikal dan pakar perubatan, telah tiba di sini, Sabtu.
Penerbangan MH17, menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.
Liow berkata kerajaan Ukraine memaklumkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa bahawa lokasi nahas adalah kawasan yang di bawah kawalan penuh kumpulan pemberontak.
Mengenai laporan kumpulan pemberontak telah mendapat kotak hitam pesawat MH17, Liow berkata Malaysia mendesak supaya bukti penting ini tidak diusik dan diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa.
"Walaupun dilaporkan komen oleh pemimpin pemberontak bahawa lokasi nahas tidak diusik dan bahan bukti tidak dicemari oleh mereka namun Malaysia amat bimbang di sebalik kenyataan itu," katanya.
Beliau berkata Malaysia amat bimbang dengan keadaan huru-hara yang jelas di lokasi nahas berikutan laporan kehadiran kumpulan pemberontak yang bersaing sesama mereka tanpa pemimpin yang jelas atau rantaian perintah.
Liow tiba di sini dengan diringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.
Menteri Pengangkutan itu juga dijadual bertemu Duta Netherlands di Ukraine, Kees Klompenhouwer.
-- BERNAMA
Ahad, Julai 20, 2014
TRAGEDI MH17 MENGUJI KECEKAPAN LIOW TIONG LAI
SEPANG, 19 Julai (Bernama) -- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai
bersama enam delegasi bertolak ke Ukraine pukul 11.59 Sabtu malam bagi membantu
operasi pasukan Malaysia dalam insiden penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang
terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas.
Beliau berkata mereka akan transit di Amsterdam sebelum ke Kiev dan dijangka
sampai pada pukul 1 petang esok waktu Ukraine.
"Ini adalah tugas dan saya diarahkan ke Kiev dan saya pasti kami akan dapat
memudahkan pergerakan pasukan penyiasat ke lokasi kejadian," katanya.
Delegasi ke Kiev termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Pengerusi
Malaysia Airlines dan penyiasat.
"Saya tidak dapat memastikan berapa lama saya akan berada di sana...
saya perlu memastikan segala proses perundingan dan kerja-kerja pencarian
maklumat dapat dilaksanakan dengan baik," katanya kepada pemberita sebelum
memasuki balai berlepas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.
Menyentuh mengenai bilakah keluarga mangsa akan di bawa ke lokasi kejadian
beliau berkata keselamatan keluarga mangsa perlu diutamakan kerana kawasan itu
tidak selamat.
"Kita kena pastikan keselamatan mereka sebelum mereka boleh dibawa ke
sana, perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui sidang media kemudian,"
katanya.
Beliau berkata pihaknya akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan serta
Menteri Luar Ukraine.
Liow berkata beliau juga akan memastikan pasukan penyiasat Malaysia dapat
berjumpa wakil Biro Kemalangan Nasional Ukraine yang telah membentuk sebuah
suruhanjaya khas untuk menyiasat insiden itu.
Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu dalam penerbangan dari
Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas
di Donetsk, timur Ukraine, tidak jauh dari sempadan Rusia pada malam Khamis.
Laporan media asing menyebut pesawat itu ditembak jatuh namun sehingga kini
tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
-- BERNAMA
SN2 MAMY JM MK
Sabtu, Julai 19, 2014
MUJUR ROSMAH SURUH PUTIN CALL NAJIB
Peristiwa MH17 ditembak di Ukraine merupakan satu kejadian yang malang. Laluan yang dilalui MAS merupakan laluan yang dilalui oleh kapalterbang Presiden Rusia, Putin yang baru balik dari Brazil. Maka puak Ukraine yang menembak kapalterbang MAS salah anggap. Mereka ingatkan mereka menembak kapal terbang Putin. Petang semalam selepas berbuka puasa dengan blogger di Angkasapuri, perdana Mentyeri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihubungi Putin. Putin dikatakan call Najib kerana disuruh oleh Datin Seri Rosmah Mansor yang melalui kawan rapat Putin (bakal besannya di Uzbekistan?). Rakyat Malaysia berang dengan kejadian itu.Jadi Rosmah suruh Putin call najib bertitahu keadaan sebenar yang berlaku. Jika benar seperti laporan Malaysiakini, kita bertuah kerana ada isteri Perdana Menteri yang bnaik dengan Putin. Jika bukan pemisah Ukaraine pro Rusia yang menembak kapal terbang MAS, maka siapa yang menembak? Adakah CIA kerana Putin baru balik dari sidang di Brazil yang mahu menubuhkan Bank bersama negara Cina, India, Brazil? tembakan itu berlaku selepas Putin berbual dengan Presiden Amerika Syarikat, Obama. Adakah peristiwa ini akan mencetuskan Perang Dunia Ketiga? Oleh itu biar siasatan dilakukan secara adil untuk menghukum siapa yang bertanggungjawab meletupkan kapal terbang komersial. Walaupun ada larangan sejak mac lalu jangan lalu ikut udara Ukraine yang sedang bergolak, kenapa MAS masih lalu laluan tersebut? Ini yang menimbulkan tanda tanya kita walaupun Menteri Pengangkutan yang baharu menegaskan laluan itu diluluskan oleh pihak antarabangsa. Kotak hitam sudah ditemui. jadi biarlah kotak hitam bercerita selepas ini. Amat malang persitiwa ini berlaku yang juga melibatkan kematian nenek tiri Najib sendiri yang berumur 83 tahun. Saham MAS terus merudum selepas kejadian kehilangan MH370 empat bulan lalu. Adakah MAS bakal dibubarkan atau Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari akan diarah take over MAS selepas ini? yang menjadi tanda tanya kenapa kapalterbang dari Belanda ke Kuala Lumpur yang menjadi sasaran. Adakah kerana Rusia membeli kapal selam dari Belanda? Jika teori ini boleh diguna pakai, maka penembakan MAS menjadi mangsa percaturan politik di antara US dengan Rusia, maka 295 orang yang tidak berdosa menjadi mangsanya. Semoga penembak kapal terbang ini dihukum setimpalnya kerana mereka tidak berhati perut menembak kapal terbang komersial. dengan kehebatan Rosmah menyuruh Putin call Najib, maka selepas ini jika ada rombakan kabinet, sudah sampai masanya Rosmah dilantik Senator dan dilantik Menteri Luar menggantikan Datuk Anipah Aman. Apa salahnya Najib dan Rosmah berada dalam kabinet seperti mana sepasang suami isteri pernah berada dalam kabibinet dahulu iaitu menteri undang undang, Tan Sri Kadir Yusof dan menteri Kebajikan masyarakat, tan Sri fatimah Hashim.
Jumaat, Julai 18, 2014
MAS: SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Satu lagi tragedi mengejutkan negara
apabila Malaysia Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas
MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine.
Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika ia
berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan
Rusia.
Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa
280 penumpang dan 15 anak kapal.
Empat bulan sebelum ini pesawatnya MH370 yang membawa 239 penumpang, hilang
ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dipercayai berakhir di
selatan Lautan Hindi pada 8 Mac.
Usaha mencari pesawat itu masih berjalan, bagaimanapun hingga sekarang,
serpihan pesawat itu gagal ditemui.
Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi
tweetnya "terkejut mendengar laporan pesawat MAS terhempas, dan mengarahkan
siasatan segera dijalankan."
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi Bernama
berkata Wisma Putra sedang bekerjasama dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan
tragedi itu.
MAS dalam satu kenyataan mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan
daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan MH17 pada 1415
(GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua
bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung MH17.
"Doa kami adalah bersama mereka yang berada dalam pesawat Malaysia Airlines
yang hilang di ruang udara Ukraine serta keluarga mereka dan orang tersayang,"
kata Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Seattle Khamis.
Portal kerajaan Ukraine http://www.kmu.gov.ua/ menyatakan pada Rabu situasi
di sempadan Ukraine-Rusia masih tegang.
"Pengawal sempadan meneruskan tugas berdasarkan pelan am ATO. Tentera upahan
Rusia dan pengganas saling berbalas tembakan," menurut laman web itu.
-- BERNAMA
Khamis, Julai 17, 2014
MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL HUDUD HARI INI
KOTA BAHARU: Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya esok (hari ini).
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan selepas perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya.
"Esok delegasi seramai lapan orang wakil dari Kelantan yang termasuk saya sendiri akan ke Putrajaya untuk berjumpa Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Selepas kunjungan itu, akan diadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat dan enam wakil daripada kita akan menyertai mesyuarat itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di sini, Rabu.
Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan Kuih Muih kepada 12 pasukan keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan (JBPM) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan.
Pada 2 Mei lepas, Jamil Khir berkata sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat pusat ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.
Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Pembentangan rang undang-undang persendirian itu bertujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud itu seperti yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. - Bernama
Langgan:
Catatan (Atom)